0

About

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Berkenalan kepada yang baru kenal 🙂

Nama saya HANIZAH SAMAD. Boleh panggil saya NIEZA or KAK NIEZA. Blog ini saya khususkan untuk berkongsi maklumat terutama berkaitan dengan Penyusuan Ibu. Saya telah mengalami sendiri pengalaman gagal dalam penyusuan lengkap 2 tahun untuk anak pertama saya, Mohammad Izhan Shahmie. Oleh itu dengan belajar daripada kesilapan lalu di samping banyak mencari maklumat yang berkaitan serta dengan izin Allah s.w.t jua, alhamdulillah saya berjaya memberi susu ibu secara eksklusif kepada anak kedua saya dan meneruskan penyusuan ibu melebihi 2 tahun. Nour Insyirah Syamimie hanya berhenti menyusu pada usianya 5 tahun 4 bulan setelah saya disahkan hamil anak ketiga 🙂

Selepas itu saya menyusukan Nour Irdina Syahmina yang lahir pada 28 September 2011 dengan penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan masih menyusukannya walaupun disahkan hamil anak keempat pada 2014. Pada ketika itu usianya sudah melebihi 3 tahun. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang masalah menyusu ketika hamil. Selepas saya bersalin anak keempat pada Februari 2015, dia memberikan saya pengalaman “tandem nursing” pula iaitu menyusukan 2 anak yg berbeza usia secara bersama.

Alhamdulillah walau pun ada rintangan dan cabaran dalam perjalanan penyusuan ibu yang saya lalui namun pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih tenang menghadapi dugaan dan cabaran dalam menjayakan penyusuan ibu untuk anak-anak saya.

Saya ingin sekali membantu para ibu yang dahagakan informasi berkaitan penyusuan susu ibu. Saya dapati agak kurangnya info terutama dalam Bahasa Melayu menyebabkan para ibu di Malaysia masih kurang mendapat kesedaran tentang keperluan memahami dan mengetahui dengan mendalam tentang penyusuan susu ibu. Artikel-artikel di dalam blog ini adalah hasil usaha saya yang dikutip daripada pengalaman peribadi atau saya petik atau terjemah daripada mana-mana sumber (seperti yang dicatat), maka diharap sesiapa yang ingin memetik kembali artikel di dalam blog ini, anda dibenarkan berbuat demikian tetapi diharap anda dapat linkkannya kembali ke blog ini. 🙂 Terima kasih di atas keprihatinan anda.

Untuk khidmat nasihat secara peribadi (jika tidak mahu dipublish di blog ini) boleh juga email atau isikan borang ini.

Untuk pembelian produk penyusuan ibu, boleh klik link kedai online ini.

Salam Ikhlas,


Kaunselor Laktasi

Chat with us
Chat with us
Questions, doubts, issues? We're here to help you!
Connecting...
None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
Our operators are busy. Please try again later
:
:
:
Have you got question? Write to us!
:
:
This chat session has ended
Was this conversation useful? Vote this chat session.
Good Bad