Archive for the ‘Kehamilan’ Category

YES… INILAH MASANYA!

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,
YES… Inilah masanya! Khusus untuk siapa saja yang ingin memulakan perniagaan dan mencari dana tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Inilah masanya anda menyertai Shaklee. Dengan hanya bermodalkan yuran pendaftaran ahli sebanyak RM68.90 seumur hidup tanpa perlu renew setiap tahun, tanpa perlu menyimpan stok, dan tanpa perlu menyediakan premis perniagaan atau menggaji pekerja… anda boleh meraih pendapatan sehingga 4, 5, 6 dan 7 angka disamping bonus-bonus percutian di dalam dan di luar negara, pakej umrah, bonus kereta, dan pelbagai hadiah lagi untuk anda dan seisi keluarga.
Pada bulan Mei yang lalu Shaklee telah melancarkan program khusus untuk para usahawan dan bakal usahawan Shaklee yang berminat menjana pendapatan tambahan tanpa had di samping mengekalkan kehidupan yang sihat dengan izin Allah. Program itu diberi nama YES iaitu Young Entrepreneur System.

 

Apakah program YES?

Program YES atau Young Entrepreneur System ini berjalan selama 13 bulan bermula daripada bulan anda menyertai Shaklee antara bulan Mei hingga Oktober 2015. Maksudnya jika anda menyertai Shaklee pada bulan Jun 2015 maka program ini akan berakhir pada Jun 2016. Jika anda menyertai Shaklee pada bulan Ogos 2015 maka program YES anda berakhir pada Ogos 2016.

 

Apakah yang boleh anda capai dalam tempoh itu?

Dalam tempoh 13 bulan itu anda akan menikmati pelbagai ganjaran atau bonus di samping keuntungan runcit melalui penjualan produk Shaklee. Malah anda boleh mencapai sehingga tahap tertinggi iaitu Master Coordinator sekiranya anda benar-benar komited mengaplikasikan program ini.

 

Siapa yang layak menyertai program YES?

Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas dan mendaftar sebagai AHLI BARU pada Mei hingga Oktober 2015.

Apakah manfaat yang diperolehi daripada program YES?

Pendaftaran baru akan menerima hadiah percuma 1 botol multivitamin Vitalea Iron dengan pembelian mana-mana 1 produk Shaklee semasa pendaftaran.
Berpeluang membeli produk YES Wellness Pack dengan harga lebih murah berbanding harga runcit malah lebih murah berbanding harga keahlian biasa.
Keuntungan 100% milik anda
Matching Bonus atau bonus setara antara 10% hingga 50% mengikut nilai tertentu. Contohnya jika bonus anda pada bulan tersebut bernilai RM2000 maka Shaklee akan menggandakannya kepada 50% iaitu tambahan bonus RM1000 lagi.
Bonus Extra untuk Rank Up iaitu bonus tambahan jika anda layak naik ke ranking yang lebih tinggi.
Anda juga berpeluang mendapat hadiah tambahan sehingga RM10000 di samping trofi dan hadiah iringan yang lain.
YES WELLNESS PACK

YES WELLNESS PACK

Bagaimana Shaklee membantu anda sebagai usahawan?

Dengan bermodalkan yuran keahlian RM68.90 seumur hidup, anda sudah boleh memulakan perniagaan Shaklee anda.
Ø Tidak perlu menyimpan stok produk.
Ø Tidak perlu menyediakan premis perniagaan.
Ø Tidak perlu menggaji pekerja.
Ø Malah tidak perlu menanggung kos penghantaran barang kepada pelanggan.
Ø Shaklee juga menyediakan bimbingan dan latihan mengenai produk dan perniagaan.
Anda juga akan dibantu oleh leader-leader yang berpengalaman sama ada secara langsung (face to face) atau jika anda tiada masa dan kekangan jarak perjalanan dan sebagainya bimbingan melalui online disediakan.

Ramai yang telah mendapat manfaat dengan program YES ini.

YES... INILAH MASANYA !

YES… INILAH MASANYA !

Mengapa memilih Shaklee?

  • Shaklee telah diiktiraf sebagai “Best MLM Brand” dalam produk nutrisi untuk tahun 2014/2015.
  • Shaklee merupakan syarikat nutrisi semulajadi No 1 di Amerika Syarikat sejak lebih 50 tahun lalu.
  • Shaklee yakin dengan falsafahnya “sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan sentiasa mesra alam”.
  • Shaklee telah melaburkan USD250 juta untuk pembangunan produk, penyelidikan dan percubaan klinikal ke atas produk-produk keluarannya.
  • Shaklee menjalankan lebih 83000 ujian makmal dan ujian jaminan kualiti setiap tahun ke atas produk dan bahan-bahan produk mereka.
  • Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf “Climate Neutral” di mana Shaklee telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Produk Shaklee diiktiraf halal oleh Islamic Services of America (I.S.A.)
  • Shaklee tidak pernah culas membayar bonus kepada ahli-ahlinya setiap bulan.
  • Shaklee telah berkembang 1000% dalam tempoh 6 tahun di Malaysia.
  • Kajian menunjukkan pengguna yang mengamalkan produk Shaklee mengalami peningkatan taraf kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil apa-apa suplemen atau mengambil pelbagai jenama suplemen yang berbeza.
image

Sijil Halal Shaklee 2015

Bagaimana hendak bermula?

Hubungi saya untuk pendaftaran keahlian anda. Butir-butir diri dan pasangan anda diperlukan untuk pendaftaran beserta yuran pendaftaran RM68.90 dan kos pos sebanyak RM10.60 jika anda ingin member kit dipos oleh Shaklee HQ terus kepada anda atau dipos melalui saya; atau
Anda boleh mendapat keahlian percuma (tanpa perlu membayar yuran) dengan pembelian barangan berjumlah RM660 atau 200uv point; atau
Keahlian percuma dan kos pos percuma juga boleh diperoleh dengan pembelian 2 botol Vivix.
Jika anda perlukan bantuan, hubungi saya segera. Tunggu apa lagi? YES… inilah masanya

Sedia untuk dihubungi: WhatsApp 013-4921262 (nieza)

front

 

Pengalaman Hamil pada usia 40-an

Assalamu’alaikum

Saya ingin berkongsi pengalaman hamil anak ke 4 ini pada usia 43 tahun dan bersalin tepat pada hari lahir saya yang ke 44 pada 9 Februari 2015. Sebenarnya semasa hamil anak ke 3 pada 2011 usia saya sudah pun menginjak ke angka 40. Memang ketika itu nurse di Klinik Ibu dan Anak sudah bising2 mengingatkan saya supaya nanti semasa bersalin (saya bersalin cesarean utk kali ke 2 ketika itu) minta buat prosedur ikat atau BTL (Bilateral Tubal Ligation) satu prosedur pencegahan kehamilan yang kekal dan tidak berbalik. Namun saya menolak atas alasan tiada risiko yang mendesak.

Pada Jun 2014 ketika saya sibuk dengan urusan berpindah sekolah, pindah rumah dan pindah negeri menjelang Ramadhan ketika itu saya dapat rasakan ‘kelainan’…. dan apabila ke klinik doktor sahkan ramalanku benar belaka. Syukur alhamdulillah saya memang jenis yang kurang mengalami alahan teruk semasa hamil. Alahan makan jarang berlaku spt yg selalu para ibu alami. Saya tetap ada selera makan dan tidak begitu cerewet memilih makanan. Semasa hamil anak pertama, kedua dan ketiga masalah yg biasa saya alami ialah bacaan Hb (hemoglobin) yg rendah, tekanan darah rendah, mudah pitam, gastrik dan migrain. Malah semasa hamil anak ketiga pula saya kerap mengalami pendarahan pada trimester pertama sehingga terpaksa mengambil suntikan untuk menguatkan rahim. Maka keraplah saya MC sepanjang kehamilan.

Namun syukur pada Allah kerana kehamilan kali keempat ini lebih mudah berbanding kehamilan terdahulu walaupun dalam keadaan sibuk berpindah rumah dari Taiping, Perak ke Sungai Limau, Yan, Kedah. Kisah berpindah ini pun banyak ceritanya… berpindah 2 kali ke 2 rumah sewa, menyewa homestay selama 2 bulan, berulang-alik balik ke Taiping setiap hujung minggu untuk mengambil barang-barang di rumah lama di sana. Memang sangat memenatkan. Namun semuanya dapat diharungi dengan tidak banyak masalah. Malah saya rasa sangat sihat sepanjang trimester pertama itu. Apa rahsianya?

Sebelum hamil saya memang mengamalkan minuman soya ESP Shaklee di samping multivitamin Vitalea. Sejak mengambil supplemen ini secara konsisten saya perasan saya sudah tidak mengalami migrain dan gastrik seperti selalu. Apabila disahkan hamil, saya terus makan set lengkap kehamilan. ESP memang kegemaran saya kerana ia membantu saya kekal bertenaga sekiranya lambat mengambil sarapan dan kekal rasa kenyang semasa berpuasa dan menyusukan anak. Alhamdulillah perjalanan kehamilan saya kali ini adalah yang paling mudah walaupun pada usia 40-an. Malah suami dan rakan-rakan saya mengakui saya nampak lebih sihat dan cergas semasa hamil kali ini. Saya boleh melakukan rutin harian di rumah dan di tempat kerja seperti biasa, mengemas dan menyusun barang2 pindah rumah, memanjat pasang langsir, angkat-panjat-susun barang2 di rak dalam bilik stor, mengangkut barang2 dari Taiping ke Yan setiap hujung minggu, menjalani ibadat puasa penuh tanpa gastrik, migrain atau kencing kotor seperti yg pernah berlaku pada kehamilan2 terdahulu. Cuma sekali berlaku penurunan bacaan hemoglobin (Hb) semasa ke klinik pada minggu ke 28. (boleh baca kisahnya di sini) Itu pun kerana saya skip makan Vitalea beberapa hari…huhuhu… Malah saya masih menyusukan anak yang ketiga yang berusia 3 tahun sehinggalah hari saya nak masuk wad bersalin sehari sebelum pembedahan cesearean. Dan kemudian si kakak menjadi breastfeeding buddies (tandem nursing) bersama bayi yang baru lahir. Nanti saya kongsikan kisah tandem nursing kakak dan adik kecik ni.

NINA N IMAN

Ini set yang saya ambil dan masih terus makan sehingga sekarang. Malah saya tambah dengan vitamin Zinc Complex dan Mealshakes. Zinc Complex bagus utk mempercepatkan penyembuhan luka selepas pembedahan. Mealshakes pula sangat sedap jadi memang tak boleh miss….. campur dgn ESP atau minuman koko atau campur ketiga-tiganya sekali. Sedap dan berkhasiat. Anak-anak pun suka minum.

set prenatal posnatal

Set Healthy Prenatal dan Set Healthy Postnatal bukanlah semata-mata untuk si ibu yang hamil saja tetapi boleh juga diambil oleh ibu2 yang tidak hamil, bapa2, dan anak2 belia dan remaja. Jika anda berminat utk mendapatkan set-set di atas jangan segan silu hubungi saya ye. Lebih manis jika terus mendaftar sebagai ahli kerana pada bulan Mei hingga Oktober 2015 ini Shaklee dengan berbesar hati memberi multivitamin Vitalea secara percuma utk anda sempena ulang tahun ke 100 multivitamin Vitalea. Banyak lagi manfaat lain akan menyusul dengan keahlian Shaklee.

IMG-20150512-WA0009-picsay

Hubungi saya di nombor 013-4921262

Cari Hanizah Mom’s Choice di Facebook:

FB

Like page Mom’s Choice di Facebook:

FB page

Follow hanizah_momschoice di Instagram:

IG

Kepentingan Zat Besi semasa hamil

Assalamu’alaikum,

Bagi ibu yang hamil pemeriksaan darah semasa kunjungan bulanan ke klinik adalah perkara biasa. Angka yang selalu menjadi perhatian jururawat yg memeriksa ibu hamil ialah bacaan hb iaitu kandungan hemoglobin di dalam darah.

image

Perhatikan bacaan Hb saya pada minggu ke 25 dan minggu ke 28. Hb 12.3 adalah ideal bagi ibu hamil tetapi hb 10.8 ditandai dgn pen merah menunjukkan kandungan hemoglobin menurun ke paras yg tidak sepatutnya.

Apakah kepentingan hemoglobin? Henoglobin ialah komponen utama yg membentuk sel darah merah. Hemoglobin berfungsi mengangkut oksigen yang diperolehi daripada peparu dan mengedarkannya ke seluruh badan. Jika hemoglobin berkurang maka akan berkuranglah juga oksigen yg boleh diangkut ke sel-sel badan. Kekurangan hemoglobin dalam darah boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah). Kesannya amat berbahaya kepada ibu hamil kerana boleh menyebabkan  keletihan, pucat, kurang tenaga, merencat perkembangan fetus dan boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Oleh itu ibu hamil sangat digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi (iron) seperti ayam, daging, ikan, makanan laut, bayam dan sayuran kekacang. Ibu hamil juga digalakkan mengambil vitamin tambahan yang mengandungi zat besi.

VitaLea Iron Formula

Nota peribadi: Penurunan paras hb di atas disebabkan sy telah kehabiban stok Vitalea selama 3-4 hari.. Hubungi saya utk stok Vitalea anda.

Biz card rear

 

Penyusuan Ibu ketika Hamil

Assalamu’alaikum

Ada 1 persoalan berkaitan penyusuan ketika hamil yang menarik minat saya untuk mengulas..

salam. sy tengah pregnant 4 bulan & bulan 7 ni genap anak sy yg sulung 2 tahun. sekarang im a preggy BF mommy. Mmg sgt2 mencabar. dengn nips sakit tapi ku tahan jugak. anak plak alergi susu lembu yg teruk & dia taknak langsung susu soya
cuba2 jugak bagi. tapi dia baling botol.
apekah cara terbaik utk wean off? leh tak kasi tips?
sbb anak sy baru 20 bulan. bercakap pon belum tahu..if dah leh becakap n faham ape kita kata senang skit kan..huhu

Ibu yang hamil dan dalam masa yang sama masih menyusukan si kakak atau abang sering menghadapi dilema sama ada untuk meneruskan penyusuan atau memberhentikan penyusuan ibu. Antara kebimbangan ibu yang paling biasa ialah

  • risiko keguguran
  • menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan,
  • bayi dalam kandungan tidak mendapat nutrien secukupnya,
  • orang tua kata “susu tu untuk adik dlm perut”
  • tanggapan masyarakat… kelihatan “pelik” bila anak yang “besar” menyusu ketika ibu hamil

Namun begitu ibu masih boleh memilih untuk meneruskan penyusuan ibu walaupun ibu sedang hamil. Tiada rekod, bukti atau maklumat kesihatan yang mengaitkan penyusuan ketika hamil dengan masalah atau kesan sampingan ke atas ibu hamil atau anak dalam kandungan. Walau bagaimana pun ibu akan merasa perubahan yang ketara seperti sakit pada puting, rasa susu berubah dan kuantiti susu berkurang ketika hamil. Ketiga-tiga perkara ini berkait rapat dengan perubahan hormon ketika hamil. Oleh itu dalam sesetengah keadaan, anak akan berhenti sendiri menyusu dari ibunya kerana dapat mengesan rasa yang berbeza dan kuantiti yang berkurang. Walau bagai manapun ada juga anak yang tidak kisah dengan rasa yang berbeza dan kuantiti yang kurang kerana penyusuan baginya lebih kepada inginkan “comfort”, belaian dan dakapan sahaja.

Oleh kerana kesakitan puting berkait dengan perubahan hormom, tiada rawatan atau penyelesaian yang sesuai ututk menghilangkan kesakitan itu. Apa yang boleh dilakukan ialah memendekkan waktu penyusuan, mengurangkan kekerapan penyusuan atau memperbetulkan “latching” seperti meminta anak yang menyusu membuka mulut luas-luas untuk memastikan dia tidak menghisap hujung (puting) sahaja.

Ibu hamil yang pada masa yang sama menyusukan anak yang lebih besar perlu memastikan dirinya mengambil makanan berkhasiat yang seimbang, pertambahan berat badan bersesuaian dengan usia kehamilan dan mendapat rehat secukupnya. Ibu yang sihat tidak perlu bimbang masalah kekurangan nutrien untuk bayi dalam kandungan dan nutrien dalam susu ibu untuk anak besar yang sedang disusukan. Apa yang penting ialah pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sesuai dengan keperluan ibu, bayi dalam kandungan dan anak besar yang disusukan. Oleh itu jika semasa pemeriksaan bulanan di klinik mendapati ibu-ibu tiada masalah maka penyusuan ibu masih boleh diteruskan untuk anak yang lebih besar. Malah penyusuan itu masih boleh diteruskan selepas bayi dalam kandungan lahir kelak. Keadaan bila mana ibu menyusukan bayi baru lahir dan si kakak atau abang yang lebih besar dikenali sebagai “tandem nursing”.

Saya kini sedang hamil kandungan ke 4 nak masuk 6 bulan dan masih menyusukan anak ke3 yang berusia 3 tahun. Saya pernah cuba menghentikan penyusuan ibu tetapi nampaknya si anak belum bersedia untuk berhenti. Maka penyusuan masih diteruskan atas permintaan.

sudah 3 tahun ya

sudah 3 tahun ya

 

Namun begitu jika ibu bertekad juga untuk menghentikan penyusuan ibu kerana anak sudah “besar” dan penyusuan sudah lengkap 2 tahun maka ibu perlu menyediakan si anak untuk sama-sama bersedia untuk berhenti menyusu. Bagaimana menghentikan penyusuan ibu? Boleh baca artikel saya yang terdahulu… “Wean Like A Winner” di sini dan kisah saya menghentikan penyusuan anak ke2 pada usianya 5 tahun di sini.

Dalam kes kehamilan yang bermasalah atau ibu ada sejarah keguguran pada kehamilan yang lalu, ibu boleh mendapatkan nasihat doktor atau pakar perbidanan sama ada mahu meneruskan penyusuan atau memberhentikan penyusuan ibu. Kemungkinan untuk berlaku keguguran adalah antara 16-30% pada awal kehamilan namun tiada kajian yang mengaitkannya secara langsung dengan penyusuan ibu.

Kesimpulannya, ibu-ibu boleh memilih sama ada untuk memberhentikan atau meneruskan penyusuan ibu ketika hamil. Bagi ibu-ibu yang bercadang untuk meneruskan penyusuan ibu, pastikan ibu-ibu mengambil makanan berkhasiat yang seimbang sesuai dengan keperluan ibu, bayi dalam kandungan dan anak besar yang disusukan. Pengambilan supplemen tambahan digalakkan bagi menampung kekurangan nutrien yang diperolehi daripada menu harian.

Set Kehamilan

Set Kehamilan

 

 

Rujukan: breastfeedingbasics.com

 

 

 

 

 

Kehamilan dan nutrisi

Assalamu’alaikum,

Ibu-ibu yang hamil perlukan nutrisi yang cukup dan seimbang untuk keperluan dirinya dan memastikan bayi dalam kandungan berkembang dengan sihat. Pemakanan yang seimbang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, viamin, mineral, serat dan air pada kadar yang mencukupi. Nutrisi yang seimbang boleh diperolehi daripada pemakanan harian. Pengambilan makanan tambahan atau supplemen digalakkan untuk menampung kekurangan nutrisi yang diambil melalui pemakanan harian.

Nutrisi untuk ibu hamil

Nutrisi untuk ibu hamil

Antara vitamin yang penting untuk ibu-ibu hamil:

1. Asid folik atau folat – komponen vitamin B yang penting untuk perkembangan otak dan sel saraf bayi dalam kandungan, mengelakkan kecacatan saraf neural, otak dan saraf tunjang dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang (bayi tidak cukup bulan). Sumber asid folik boleh diperolehi daripada sayuran hijau, bijirin, kekacang dan buah-buahan sitrus seperti buah limau/oren.

2. Kalsium – penting untuk menguatkan tulang dan gigi, dan membantu melancarkan sistem peredaran darah, sistem saraf dan otot. Sumber kalsium boleh diperolehi daripada susu, yogurt dan keju.

3. Vitamin D – membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk menguatkan tulang dan gigi. Penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi dalam kandungan. Juga diperlukan untuk kulit dan mata yang sihat. Boleh didapati melalui susu, telur dan minyak ikan.

4. Zat besi (ferum/iron) – komponen penting untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah, mengelakkan anemia (kekurangan sel darah merah), mengurangkan risiko bayi kurang berat badan dan kelahiran pramatang. Sumber boleh didapati melalui daging merah, ikan, kekacang, gandum dan oat.

5. Vitamin C – antioksidan yang memelihara tisu badan, membantu penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imunisasi. Boleh didapati melalui pengambilan makanan seperti buah-buahan sitrus (limau), strawberi, betik, tomato dan ubi kentang.

Keperluan nutrien di atas boleh didapati melalui pemakanan harian. Namun begitu ibu-ibu yang hamil perlu menggandakan kuantiti nutrien tersebut bagi menampung keperluan nutrisi bagi perkembangan fetus di dalam kandungan.  Contohnya zat besi (iron) diperlukan dalam kuantiti yang lebih banyak bagi ibu hamil untuk menghasilkan lebih banyak hemoglobin dalam sel darah merah kerana hemoglobin berfungsi mengangkut oksigen dalam darah. Ini bagi memastikan bekalan oksigen kepada fetus mencukupi untuk perkembangannya.

Pada trimester pertama kehamilan selalunya ibu-ibu mengalami loya dan muntah yang kerap menyebabkan kurang selera makan dan kehilangan nutrisi yang sepatutnya diserap oleh badan. Oleh itu pengambilan supplemen boleh menampung kekurangan nutrisi tersebut. Cadangan supplemen untuk ibu hamil:

 

Set Kehamilan

Set Kehamilan

Satu lagi nutrien yang sangat penting untuk ibu hamil ialah PROTEIN. Ia penting untuk membekalkan asid amino untuk membina sel-sel, tisu dan organ di dalam badan terutamanya untuk pertumbuhan fetus dalam kandungan. Sumber protein boleh didapati daripada susu, ikan, daging, telur dan kekacang.

Amatlah digalakkan ibu-ibu mengambil nutrien tambahan yang mengandungi protein yang tinggi semasa hamil.

esp

 

ESP mengandungi 22 jenis asid amino perlu termasuk 9 asid amino penting, mengandungi kalsium, vitamin B, tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), zat besi (iron) dan natrium. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. ESP juga diminumkan sebagai milk booster (penggalak susu ibu) yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan menjadikan susu ibu lebih pekat. Di samping itu ESP membantu memudarkan parut dan mencantikan kulit. ESP dihasilkan daripada soya berprotein tinggi yang tidak diubah secara genetik (non-GMO soy).

Hubungi kami untuk konsultasi peribadi.

name kad shaklee 1

p/s Sekiranya anda adalah ibu baru (anak pertama) ada sesuatu yang menarik untuk anda…hubungi segera ya…

 

Sumber rujukan: americanpregnancy.org, mayoclinic.org, healthline.com, jurnal the american college of o&g

Set Bersalin / Berpantang Shaklee

Assalamu’alaikum,

Set vitamin / supplemen untuk ibu baru bersalin dan dalam pantang ini boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin sama ada luka pada perineum dalam proses bersalin normal mahu pun luka akibat pembedahan cesarean.

Set ini juga dapat membantu dalam menggalakkan penghasilan susu ibu dan menguatkan otot rahim selepas bersalin.

Set Bersalin / Berpantang / Penyusuan Ibu

Set Bersalin / Berpantang / Penyusuan Ibu

Set ini mengandungi:

1. Vita Lea – multi vitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting. Mengandungi zat besi (iron) yang penting untuk pembentukan hemoglobin dalam darah, menggalakkan pertumbuhan sel dan tisu badan, mengandungi kalsium dan fosforus untuk kesihatan tulang dan gigi, membantu metabolisme lemak dan karbohidrat dalam badan.

2. B-complex – mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. Vitamin B dapat membantu menggalakkan pertumbuhan sel, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, mengurangkan kolesterol, memperbaiki struktur kulit, mengurangkan stress, membantu kelancaran sisitem saraf.

3. Vita C – mengandungi Vitamin C dgn kawalan pelepasan semula jadi dalam tempoh 5 jam, mengandungi antioksida, meningkatkan imuniti dan meningkatkan kekuatan sel, kesihatan mata, tulang, gigi, otot dan salur darah.

4. Zinc Complex – mempercepatkan penyembuhan luka, menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru, meningkatkan imuniti.

5. Alfalfa Complex –  mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin. Setiap hidangan (10 tablet) mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu. Membantu melegakan sakit sendi dan belakang, mengurangkan kelesuan dan stress, memulihkan urat selepas bersalin, melegakan sembelit dan masalah penghadaman, meningkatkan stamina, membuang angin dan toksik dalam badan, merawat keputihan, menggalakkan penghasilan susu ibu.

Harga set: RM322.50

Note: Boleh pilih Alfalfa (S) atau Alfalfa (L), Vita C boleh juga diganti dengan Chewable Vita C

Tambahan pembelian ESP (minuman soya) digalakkan.

Order sekarang…

Klik logo untuk order

Klik logo untuk order

 

Nak dapat harga ahli?? Hubungi kami untuk pendaftaran, banyak manfaat lain akan menyusul… (hadiah menarik menanti utk dimiliki)

name kad shaklee

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
April 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Tags