Pengendalian Susu Ibu untuk perjalanan jauh

Pengendalian Susu Ibu untuk perjalanan jauh

Bismillahirrahmanirrahim….

Kerap juga saya mendapat persoalan tentang bagaimana mengendalikan susu perahan yang telah disejukkan atau dibekukan untuk perjalanan jauh seperti ini….

mohon pendapat n nasihat panduan penyimpanan susu ibu bagi perjalanan jauh.saya tinggal baby dikampung n sy pam susu utk simpan.setiap minggu sy blk utk bwk blk susu dlm bekas sejuk.soalannya :bila sampai dikg susu telah cair,blhkah sy simpan ditempat beku lg?soalannya:apa yg sy bc sekiranya susu yg dh dibeku bila dh cair xblh masuk tempat beku lg,bila cair susu itu bertahan selama 48 jam shj,cmne klau sy bwk blk dlm kuantiti yg byk,mayb baby xsempat nk habiskn dlm masa 2 hari..sekiranya dpt dihabiskan baby tiada stok lain….

mohon sgt pendapat sbb xde pengalaman penyimpanan susu ibu
tq

Penjelasan saya…

Memang susu perahan yang beku lebih sukar untuk dikendalikan kerana kita perlu memastikan susu perahan tersebut kekal beku sepanjang perjalanan sehingga tiba ke destinasi. Namun begitu agak sukar untuk mendapat bekas penyimpan sejuk yang mampu mengekalkan suhu beku seperti di dalam freezer di rumah kita.

Apabila susu perahan yang beku telah mencair dalam perjalanan tersebut, mahu tidak mahu kita terpaksa akur bahawa susu perahan itu TIDAK BOLEH dibekukan semula dan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam. Agak malang jika kuantiti susu sangat banyak berbotol-botol…. adalah mustahil untuk menghabiskannya dalam tempoh tersebut. Jika di habiskan maka tiadalah stok untuk bayi untuk hari-hari seterusnya….

Apa yang boleh saya cadangkan dalam kes puan ialah susu perahan yang dibawa dalam perjalanan adalah SUSU PERAHAN SEJUK bukan susu perahan beku. Susu perahan sejuk lebih mudah dikendalikan.

susu beku

 

Gunakan ice pack yang tahan sejuk lebih lama yang sesuai untuk jarak perjalanan tersebut. Jika ice pack mencair tukarkan dengan ice pack baru yang masih beku. Alternatif lain yang boleh digunakan jika tiada ice pack tambahan ialah beli ketulan-ketulan ais di kedai makan atau R&R untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam bekas penyimpan susu.

Ini bermakna stok susu ibu yang disimpan terdiri daripada susu perahan sejuk sahaja. Bolehkah?

Soalan saya… adakah puan balik kampung untuk menghantar susu perahan setiap minggu? Jika jawapannya YA, maka puan tidak perlu menyimpan susu dalam keadaan beku. Susu perahan boleh disimpan dalam bahagian sejuk biasa dari hari Isnin sehingga Jumaat.

Bagaimana ya? Semestinya puan akan memerah susu setiap hari bekerja bermula dari hari Isnin sehingga Jumaat/Sabtu. Susu yang diperah pada hari Isnin boleh disimpan di dalam peti sejuk (bahagian sejuk biasa) tidak perlu dibekukan. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk biasa tahan sehingga 5-7 hari . Ini bermakna menjelang hari Jumaat susu perahan itu baru disimpan 4 hari maka ia masih boleh dibawa dalam keadaan sejuk biasa hingga ke kampung. Apabila tiba di kampung, gunakan susu yang paling awal diperah dahulu, iaitu susu hari Isnin. Jika stok hari Isnin itu sangat banyak, barulah puan simpan di dalam bahagian beku (freezer) untuk memanjangkan tempoh hayatnya. Oleh itu tidak perlu menyimpan stok susu beku jika puan balik menghantar susu setiap minggu.

Pastikan susu perahan dikendalikan dengan tahap kebersihan maksima semasa sesi perahan dan penyimpanan. Pastikan dilabel dengan tarikh. Boleh juga gunakan buku log untuk merekod hasil perahan setiap hari supaya mudah mengendalikannya apabila tiba di kampung.

Harap penjelasan ini dapat membantu. Semoga berjaya ūüôā

 

p/s ¬†gambar stok susu kepunyaan Puan Farah Farhah (SaraKids). Thanks…. ūüôā

Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu

Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.

  • Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

  • SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

  • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.

  • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan ¬†boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.

  • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

  • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.

  • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
  • (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

  • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti

  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

Sumber:  The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.

Kekangan dalam menjayakan Penyusuan Ibu

Kekangan dalam menjayakan Penyusuan Ibu

Seringkali ibu-ibu baru yang bercadang untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu secara eksklusif akan menghadapi kekangan dan cabaran seperti berikut:

  1. Kita hidup di dalam masyarakat yang menganggap penyusuan susu formula adalah lumrah (perkara biasa) untuk bayi.
  2. Masyarakat sedar penyusuan ibu adalah baik untuk bayi dan ibu tetapi susu formula masih dilihat pilihan yang baik, tambahan pula dalam keadaan penyusuan ibu tidak begitu berjaya.
  3. Ibu-ibu baru tidak mendapat sokongan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang menyokong penyusuan ibu atau yang berjaya dalam penyusuan ibu untuk berkongsi pendapat, pengetahuan dan pengalaman.
  4. Profesional kesihatan seperti doktor dan jururawat menerima penyusuan susu formula adalah penyelesaian kepada masalah penyusuan ibu tanpa memberi nasihat /cadangan bagaimana mengatasi masalah penyusuan ibu yang dialami.
  5. Agensi kerajaan tidak memahami kepentingan penyusuan ibu dan mengapa kerajaan harus memperbanyakkan usaha mempromosikan penyusuan ibu.
  6. Media massa memperoleh pendapatan lumayan daripada pengiklanan susu formula tanpa menghiraukan kesan buruk pengaruhnya kepada masyarakat umum.
  7. Syarikat susu formula membelanjakan wang yang banyak untuk promosi yang ada ketikanya melanggar etika yang digariskan dalam kod etika WHO berkaitan promosi dan pemasaran susu formula.
  8. Pandangan umum mengatakan ibu-ibu¬†tidak perlu merasa “bersalah” sekiranya tidak menyusukan anak mereka¬†dengan susu ibu.¬†

Pendapat umum #1: Kita selalu menganggap jika penyusuan ibu tidak berjaya, penyusuan susu formula adalah pilihan kedua terbaik untuk menyusukan bayi.

Hakikatnya: WHO telah menggariskan secara jelas bahawa susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Pilihan kedua ialah penyusuan susu ibu yang diperah. Jika gagal juga maka pilihan ketiga ialah susu ibu daripada ibu susuan. Jika tidak dapat diperolehi maka barulah susu formula boleh diberikan kepada bayi (pilihan keempat!)

Pendapat umum #2: Profesional perubatan seperti doktor dan jururawat tahu banyak perkara berkaitan penyusuan ibu (atau penyusuan yang sesuai untuk ibu berikan kepada bayinya).

Hakikatnya: Memang semua profesional perubatan menyokong penyusuan ibu kerana agak sukar menafikan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Tambahan pula hampir semua hospital telah menggariskan polisi penyusuan ibu di hospital masing-masing. Namun ramai profesional perubatan tidak dapat membantu ibu sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah berkaitan penyusuan ibu. Ketidakupayaan ini mungkin berpunca daripada pengalamannya sendiri. Pasti sukar memberi nasihat atau galakan kepada ibu-ibu untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu sedangkan diri sendiri gagal memberikan susu ibu kepada anaknya. Malah ramai doktor mengakui penyusuan ibu tidak ada di dalam sukatan pelajaran ketika di universiti.

Kenalpasti antara tanda-tanda atau petunjuk seseorang profesional perubatan (doktor/jururawat) menyokong penyusuan ibu:

  • Tidak mempamerkan bahan cetak atau logo mana-mana syarikat pengeluar susu formula di kliniknya termasuk carta pertumbuhan kanak-kanak.
  • Poster, brosur¬†dan maklumat penyusuan ibu dipamerkan di klinik.
  • Menyenaraikan kumpulan sokongan yang boleh dirujuk oleh ibu-ibu sekiranya menghadapi masalah penyusuan ibu.
  • Tidak menyebarkan brosur atau risalah (walaupun berkaitan penyusuan ibu) daripada syarikat pengeluar susu formula.
  • Tidak memberikan “gift pack” berupa sampel susu formula.
  • Sebelum bersalin, ibu-ibu diberi¬†nasihat dan panduan berkaitan penyusuan ibu dan kepentingan penyusuan ibu pada 1 jam pertama selepas kelahiran.

 Kod Antarabangsa Pemasaran Susu Formula (1981).

  • Syarikat pengeluar susu formula tidak boleh memasarkan secara terus sebarang produk¬†(susu formula, botol atau puting tiruan, dan makanan tambahan)¬†kepada pengguna. Wakil syarikat pengeluar tidak dibenarkan mempromosikan produk mereka kepada wanita hamil, ibu-ibu baru¬†atau ahli¬†keluarga mereka terutamanya di wad bersalin, klinik atau hospital.
  • Syarikat pengeluar susu formula tidak dibenarkan memberikan sampel percuma atau potongan harga istimewa kepada wanita hamil, ibu-ibu baru¬†atau ahli¬†keluarga mereka.
  • Informasi saintifik berkaitan susu formula hanya boleh diberikan¬†kepada profesional perubatan.
  • Informasi berkaitan penyusuan¬†untuk bayi hanya boleh diberikan oleh¬†kerajaan bukannya oleh syarikat pengeluar susu formula.
  • Semua sumbangan derma atau peralatan perubatan daripada syarikat pengeluar susu formula kepada pihak tertentu (klinik / hospital)¬†perlu diumumkan secara terbuka dan tiada keistimewaan boleh diberikan kepada syarikat tersebut kerana sumbangannya itu.¬†

Persoalannya.. adakah kod etika ini dipatuhi sepenuhnya di negara kita??

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman.

Bengkak Payudara (Breast Engorgement)

Bengkak Payudara (Breast Engorgement)

Bengkak payudara biasa berlaku pada hari 3-6 selepas kelahiran apabila pengeluaran susu ibu bertambah dengan mendadak. Payudara akan kelihatan penuh, saiz lebih besar daripada biasa tetapi tidak menyakitkan sekiranya ditangani segera. Ini adalah petanda bahawa hormon prolaktin sudah mula berfungsi dengan berkesan (untuk menghasilkan susu baru apabila payudara dikosongkan). Biasanya pembengkakan payudara yang normal tidak menyakitkan dan bayi masih boleh menyusu dengan baik

Namun begitu sekiranya bengkak payudara tidak ditanggani segera, pembengkakan akan menjadi serius, kesannya:

  • payudara menjadi sangat tegang dan kelihatan berkilat,
  • payudara terasa hangat, berdenyut-denyut¬†
  • puting payudara tertarik menjadi leper,
  • bayi sukar melekap dengan baik,
  • kadangkala terasa sakit sehingga ke bawah ketiak,
  • puting tersumbat, pengaliran susu tidak lancar,
  • boleh¬†menyebabkan¬†ibu demam.

Bagaimana mengelak bengkak payudara?

  1. Susui bayi sekerap mungkin iaitu 10-12 kali dalam tempoh 24 jam, bermakna setiap 2-3 jam sekali termasuk pada waktu malam.
  2. Penyusuan “on demand” iaitu menyusu pada bila-bila masa yang bayi mahu. Tetapi sekiranya bayi asyik tidur, kejutkannya dan susui dia pada selang masa 2-3 jam sekali.
  3. Biarkan bayi¬†“menghabiskan susu” pada sebelah payudara sebelum menawarkan payudara yang satu lagi. Jangan bertukar-tukar payudara sepanjang bayi menyusu.
  4. Pastikan lekapan bayi betul untuk memastikan penyusuan berkesan.
  5. Pastikan posisi bayi menyusu dalam keadaan selesa, tidak menyakitkan ibu dan tidak menekan mana-mana bahagian payudara.
  6. Sekiranya bayi tidak mahu menyusu atau menyusu sekejap-sekejap dan payudara masih berbaki susu, perah susu atau pam payudara untuk mengekalkan penghasilan susu dan mengelakkan pembengkakan.
  7. Elakkan menggunakan bra yang agak ketat dan menekan mana-mana bahagian payudara kerana ini boleh menyebabkan saluran susu tersumbat dan mastitis.

Bagaimana menanggani bengkak payudara?

1. Sebelum menyusu

  • buat urutan¬†lembut pada payudara dari atas menghala ke puting
  • tuam sejuk payudara selama¬†beberapa minit
  • mandi dalam pancuran shower air suam sebelum menyusu untuk melancarkan pengaliran susu (tetapi jgn halakan pancuran terus ke payudara)
  • elakkan tuam panas terlalu lama pada payudara sekiranya pembengkakan sangat serius kerana ia boleh menyebabkan keradangan dan pembengkakan menjadi lebih teruk
  • sekiranya bayi sukar melekap pada payudara kerana puting menjadi leper akibat pembengkakan payudara, perah/pam sedikit susu sebelum bayi menyusu

2. Selepas menyusu dan antara waktu menyusu

  • jika bayi sudah kenyang dan berhenti menyusu tetapi payudara masih terasa berat dan ibu rasa kurang selesa, perah/pam payudara untuk mengeluarkan “semua” susu yang masih ada
  • perahan menggunakan tangan adalah lebih baik kerana ia melancarkan perjalanan susu sepanjang duktus susu; atau gunakan pam dengan kadar sedutan paling rendah untuk mengelakkan kerosakan tisu payudara
  • buat urutan dari atas menghala ke¬†puting semasa memerah susu
  • tuam sejuk payudara (menggunakan ice packs) selama selang masa 20 minit
  • tuam dengan kobis sejuk juga boleh membantu menyusutkan bengkak payudara
  • berjumpa doktor untuk rawatan jika pembengkakan terlalu teruk

 

Sumber: kellymom.com, motherlove.com

Puting Leper (Flat Nipples) dan Puting Tenggelam (Inverted Nipples)

Puting Leper (Flat Nipples) dan Puting Tenggelam (Inverted Nipples)

Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. (Kerana dari situlah kita dikategorikan sebagai mamalia).

Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.

Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting. 

Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam. Lihat Rajah di bawah:

"Pinch Test" Untuk Menentukan Puting Normal, Leper atau Tenggelam
"Pinch Test" Untuk Menentukan Puting Normal, Leper atau Tenggelam

Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?

Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:

  1. Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
  2. Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
  3. Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran). Rujuk Teknik Lekapan.
  4. Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
  5. Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan. Rujuk Posisi Penyusuan Ibu.
  6. Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
  7. Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
  8. Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.

Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Sumber: askdrsears.com, breastfeedingbasic.com, breastfeeding.hypermart.net, babycenter.com

Melatih bayi yang “keliru puting”

Melatih bayi yang “keliru puting”

Soalan daripada Hayati;

salam kak nieza….sy dah melahirkan baby 1bln yg lebih. bayi saya tlh keliru puting akibat kesilapan sy sendiri. adakah pengeluaran susu akan bertambah jika hanya dgn mengepam tanpa bayi menyusu direct?sekarang susu sy hampir kering dan ini myebabkan bayi sy menolak utk menyusu badan .sy juga rasa putus asa utk terus mengepam susu…sy betul2 rasa tertekan, bantulah saya….

salam hayati,

ada 2 persoalan besar di sini:

  1. bayi telah keliru puting
  2. adakah susu akan bertambah dengan mengepam sahaja tanpa direct feeding

Umur bayi Hayati baru 1 bln bermakna masih dalam pantang lagi. Masih belum terlambat utk melatih bayi latch on dengan betul dan kembali kepada direct feeding dan juga fully breastfeeding (saya rasa bayi telah diperkenalkan dengan susu formula). Kalau bayi sudah biasa minum susu formula harus hentikan pemberian susu formula dan fokuskan kepada direct feeding sahaja. Pastikan bayi menyusu setiap 1-2 jam sehingga bayi mahir untuk latch on dengan baik. Bayi dilahirkan dengan naluri hisapan yang kuat tetapi pengenalan terlalu awal kepada puting tiruan akan menyebabkan dia lebih selesa menyusu melalui botol kerana lebih senang untuk mendapatkan susu tanpa perlu menggunakan otot mulut dengan kuat.

Untuk melatih bayi kembali kepada direct feeding perlukan usaha kuat dan kesabaran yang tinggi. Pujuk bayi dengan bercakap-cakap dengannya memintanya menyusu pada payudara ibu. Beri dia menyusu ketika dia belum terlalu lapar sehingga mengamuk. Menyusulah dalam posisi yang selesa bagi ibu dan bayi sama ada dalam keadaan duduk atau berbaring. Bayi mungkin akan menguji kesabaran kita dengan cara “mengamuk” dan menolak payudara ibu. Ibu jangan putus asa sehingga mengalah dan akhirnya memberi susu formula di dalam botol kerana kasihan bayi lapar, menangis dan takut perut masuk angin. Inilah rasionalnya proses ini dilakukan ketika bayi belum terlalu lapar. Jika bayi masih menolak dan ibu gagal pada percubaan pertama, beri bayi minum susu ibu yang diperah dengan menggunakan sudu (jangan¬†guna¬†botol dan puting tiruan kerana ia akan memberi signal kepada bayi bahawa adanya alternatif menyusu yang lebih senang dan bayi akan mengulangi taktik yang sama iaitu menangis dan mengamuk). Selepas¬†beberapa¬†ketika cuba ajar lagi bayi menyusu dari payudara ibu.¬†Jangan putus asa kerana Hayati masih dalam pantang dan masih bersama bayi sepanjang masa. Keadaan akan lebih mencabar jika ditangguhkan apatah lagi jika telah kembali bekerja.

Kekurangan susu mungkin satu faktor menyebabkan bayi tidak mahu menyusu terus daripada payudara ibu. Penghasilan dan pengeluaran susu memang akan bertambah dengan kerapnya mengepam. Tetapi rangsangan paling berkesan adalah  hisapan bayi. Jadi ajarlah bayi menyusu terus daripada ibu di samping tingkatkan kekerapan mengepam. Bayi baru lahir biasanya menyusu 10-12 kali dalam tempoh 24 jam (bermakna setiap 2 jam sekali). Jika bayi tidak direct feeding, gantikan dengan mengepam dalam kekerapan yang sama. Teruskan mengepam walaupun hasilnya hanya 0.5 atau 1 oz sahaja. Kekerapan mengepam akan memberi signal kepada otak bahawa permintaan terhadap susu adalah tinggi dan ini akan merangsang lebih hormon prolaktin dirembeskan untuk merangsang penghasilan susu. Tetapi hal ini bukanlah boleh berlaku dalam sehari dua tetapi memerlukan masa untuk berjaya.

Faktor jenis pam juga memainkan peranan.  Pam yang tidak selesa dan menyakitkan mungkin akan membantutkan usaha menambah pengeluaran susu kerana ibu menjadi stress apabila dalam kesakitan apatah lagi apabila melihat hasil yang kurang memberangsangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila puting ibu melecet akibat menggunakan pam yang menyakitkan. Pilih pam yang baik dan mengikut ritma hisapan bayi. Atau pun ibu boleh memerah dengan tangan, kurang menyakitkan tetapi perlukan teknik yang betul.

Di samping itu, ibu harus menjaga permakanan. Makan makanan yang seimbang dan awasi kalau-kalau ibu makan makanan atau ubat-ubatan (termasuk pil perancang) yang mengganggu penghasilan susu ibu. Jaga emosi, jangan stress dan tanamkan keazaman yang tinggi untuk memberi yang terbaik untuk anak kita.

Semoga berjaya Hayati.

p/s Artikel ini juga untuk Liza (Ipoh) yang telefon saya pagi tadi mengenai masalah yang sama. Semoga berjaya Liza.

Penyusuan Eksklusif perlukan usaha dan kesabaran

Penyusuan Eksklusif perlukan usaha dan kesabaran

Soalan daripada azza:

salam kak nieza….saya sedang hamil anak ke-3..saya teringin bf anak2 saya secara ekslusif tapi tak pernah berjaya. Pengalaaman saya di hospital swasta,.sebaik lepas melahirkan..nurse2 sebok nak tolong bg susu formula..Alasannye takut anak kena jaundis kalau tak cukup minum susu..Jadi saya yg tak cukup pengalaman tpaksa membiarkn mrk bg formula susu pada anak saya…
Bila balik ke rumah ..saya cuba juga bf anak..tapi dah mula campur dgn susu formula sbb suami juga risau anak tak cukup susu….Hari kedua dan ketiga susu dah mula keluar..tapi saya perasan,susu cuma keluar di tgh2 puting sahaja….kata mak saya sepatutnye puting payu dara ade lebih dr satu lubang..sebab itula anak saya tak puas bila bf. Betul ke kak niza cakap emak saya tu?

Salam azza, di sini akak beri jawapan, nasihat dan panduan:

1. Sebelum melahirkan bayi iaitu ketika hamil, tanamkan di dalam fikiran dan niatkan di dalam hati bahawa azza hendak menyusukan bayi secara eksklusif apabila bayi lahir nanti. Tanamkan sikap positif bahawa susu ibu pasti ada sebaik bayi dilahirkan nanti. Buat persediaan secukupnya termasuk usahakan utk mencari dan membaca seberapa banyak info berkaitan penyusuan ibu termasuk juga kesukaran2 yg mungkin akan berlaku supaya kita benar2 bersedia dan tidak mudah patah semangat. Ajak juga suami, ibu atau ibu mertua berkongsi info yang kita perolehi itu.

2. Sebaiknya sebelum melahirkan bayi (terutama di hospital bukan rakan bayi = hospital yg kurang menekankan bf), beritahu kepada doktor/nurse/bidan bahawa azza nak menyusukan bayi sebaik sahaja bayi lahir nanti. (baca kepentingan menyusu pada 1 jam pertama kelahiran dan amalan di hospital rakan bayi). Selepas bayi lahir pun jika nurse tidak membawa bayi kpd azza, minta nurse ambilkan bayi segera. Jika kelahiran secara ceaser, ibu kena pandai2 adjust position supaya tidak menyakitkan bhg pembedahan (lihat posisi penyusuan ibu).

3. Untuk mengelakkan dan mengurangkan jaundis pada bayi baru lahir, penyelesaian terbaik ialah dengan memberi bayi susu ibu secukupnya BUKAN dengan susu formula!

4. Pada hari2 awal (hari 1-3) biasanya susu ibu yang putih dan cair¬†belum lagi muncul. Ini menyebabkan ramai ibu membuat kesimpulan bahawa mereka “tidak ada susu”, “kurang susu”, “memang keturunan tak banyak susu” (mak¬†sendiri pun pernah cakap camni!) dan macam2 lagi kesimpulan yg negatif. Hakikatnya susu yang hadir ketika itu¬†hanyalah kolostrum yg pekat, berwarna kekuningan dan sedikit. Namun yg pekat, kuning dan sedikit itulah¬†makanan terbaik dan mencukupi utk bayi baru lahir. JANGAN buang kolostrum¬†itu kerana kolostrum hanya hadir sekali itu sahaja sepanjang hayat anak itu! Baca info mengenai kolostrum selanjutnya.

5. Mulai 1 jam pertama kelahiran, beri bayi menyusu seberapa kerap yg bayi mahu atau setiap 1-2 jam sekali. Penyusuan kerap akan merangsang penghasilan lebih banyak susu. Maka tidak akan terjadi isu “tiada susu” atau “susu kurang”.¬† Memberi bayi susu formula atau air masak akan mendedahkan bayi kepada¬†“pencemaran”. Sebab itu¬†penyusuan eksklusif bermaksud¬†SUSU IBU SAHAJA tanpa¬†susu formula atau air masak sekali pun. Baca selanjutnya kenapa bayi kurang 6 bulan tidak perlu air tambahan.

6. Pada setiap puting ada lebih kurang 15-20 liang susu. Liang2 ini perlu dibersihkan supaya tidak tersumbat dan memudahkan pengaliran keluar air susu ibu. Selalu dinasihatkan pada akhir kehamilan, ibu2 digalakkan mencuci¬†liang2 puting¬†dengan air bersih¬†ketika mandi pagi. Sekali sudah mencukupi… jgn kerap2 kerana tindakan ini dikhuatiri merangsang pengecutan rahim pula. Elakkan menggunakan sabun kerana ia boleh menyebabkan kawasan puting menjadi kesat.

Harap jawapan ini dapat memjadi panduan untuk azza dan juga ibu2 lain. Semoga berjaya menyusukan anak ke3 ini secara eksklusif. ūüôā

Kegagalan Penyusuan Ibu

Kegagalan Penyusuan Ibu

Seringkali ibu-ibu mengadu tidak berjaya menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan pertama usia seorang bayi itu dengan sebab-sebab berikut:

  1. payudara tidak cukup susu
  2. bayi tidak mahu menghisap susu ibu
  3. bayi tidak pandai menghisap puting payudara
  4. puting payudara luka/melecet
  5. puting payudara tenggelam atau leper
  6. bengkak payudara
  7. ibu bekerja
  8. dan lain-lain lagi

Penting untuk ibu-ibu faham bagaimana payudara berfungsi, bagaimana susu ibu dihasilkan dan bagaimana mengekalkan penghasilan susu ibu untuk memastikan bayi terus diberi susu ibu sekurang-kurangnya selama 6 bulan atau sehingga usianya 2 tahun atau selama mana yang ibu dan bayi mahu.

Penyusuan Ibu… sesuatu yang perlu dipelajari

Penyusuan Ibu… sesuatu yang perlu dipelajari

Ramai menganggap (termasuk saya sendiri pada mulanya) bahawa penyusuan ibu adalah suatu fenomena biologi yang akan berlaku secara¬†semula jadi¬†apabila seorang ibu melahirkan anak.¬†Justeru apabila menghadapi masalah atau keadaan seperti kuantiti air susu ibu semakin berkurang, kita juga menganggap ia adalah¬†perkara biasa saja… tidak dapat dielak dan tidak dapat diperbaiki.

Namun begitu, penyusuan ibu adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan diberi perhatian¬†penuh¬†sekiranya kita berazam untuk melengkapkan penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya¬†2 tahun atau lebih.¬†Semasa ibu-ibu sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai terlupa atau tidak mengendahkan untuk menambah pengetahuan tentang penyusuan¬†ibu sebaliknya sibuk dengan persiapan-persiapan fizikal seperti baju bayi, katil, mainan, alatan mandian dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut memang perlu diberi perhatian kerana kita¬†mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Namun ada satu yang TERBAIK yang kita lupakan iaitu SUSU IBU. Siapa berani menyangkal yang susu ibu adalah¬†makanan terbaik untuk bayi???¬†¬†Jadi berikan yang terbaik untuk bayi kita iaitu SUSU IBU. Sesungguhnya tiada susu di dunia yang mampu menandingi kehebatan susu ibu, malah pengeluar-pengeluar susu formula di dunia masih terus berusaha untuk menghasilkan susu formula yang “menyamai” khasiat susu ibu. Tetapi saya amat percaya yang original itulah yang terbaik dan tiada tandingannya!