“Foremilk” dan “Hindmilk”
Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).
Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.
Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.
Description: Two 25ml samples of human breast milk. The left hand sample is Foremilk, the watery milk coming from a full breast. The right hand sample is Hindmilk, the creamy milk coming from a nearly empty breast. (Source: wikipedia.org)
Oleh itu, pastikan ibu-ibu membiarkan bayi menghabiskan sebelah payudara sepenuhnya dan tidak bertukar ke payudara yang satu lagi untuk memastikan bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk tersebut.

salam akak…
saya nak tanya beberapa soalan..
1) Betul ke mase mula2 nak menyusu kita perlu bagi payudara belah kanan dulu kat bayi..lepas tu baru bagi payudara belah kiri?
2) mase lam pantang anak pertama dulu mak mertua saya selalu bagikan bayi saya ngan air masak bila dia tgk lidah bayi jadi putih..katanya kalau tak kasi air masak nanti bayi sakit lidah..betul ke?
salam kak..
terima kasih byk2 ngan jawapan akak tu..terasa lebih yakin nak menyusu my 2nd baby secara eks..rase sgt2 kecewa sbb tak dpt menyusu anak sulung dulu…breastfeed pon sampai umo dia 6 bulan je..tu pon campo gak ngan air masak..lepas tu dia jadik tanak susu badan dah..jadi, 2nd baby ni ingat nak menyusu sampai 2 tahun..insyaAllah..
Alhamdulillah sebab saya jumpa blog akak ni awal..boleh la saya buat persediaan fizikal dan mental..terima kasih byk2 kak..