Uniknya Susu Ibu

Uniknya Susu Ibu

Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009.

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

  1. sentiasa segar (fresh)
  2. tersedia dalam suhu yang optimum
  3. tersedia steril
  4. tiada pencemaran
  5. tersedia bila-bila masa
  6. tiada tarikh luput
  7. species-specific
  8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
  9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
  10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
  11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
  12. mengandungi antibodi
  13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
  14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
  15. mudah hadam
  16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
  17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
  18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
  19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
  20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana-mana susu lain di dunia! Subhanallah…

5 thoughts on “Uniknya Susu Ibu

  1. salam Maal Hijrah & new year.

    betul tu nieza saya setuju seratus peratus. satu persoalan ingin saya utarakan di sini. my MIL pernah mengatakan pada adik ipar & biras saya (masa tu kami dlm confinement) kalau ibu demam @ selsema jgn disusukan anak nanti berjangkit, say asebenarnya tidk bersetuju dengan kenyataan tersebut tapi apakan daya sebab hormatkan ibu mertua terpaksalah diamkan. so my ipar & biras bulat2 terima kenyataan tersebut.
    nieza, adakah kenyataan bahawa susu ibu akan menyebarkan virus/bakteria yang menjangkiti ibu kepada baby?

  2. salam mamalya,
    tentang selsema & demam tu… bukan halangan utk menyusukan baby. Teruskan menyusu. Mungkin baby akan juga dijangkiti kerana tidak dapat dielak penyebaran virus selsema melalui udara tetapi insya Allah akan cepat sembuh. Sewaktu ibu selsema, badan ibu akan membina antibodi utk melawan virus selsema tersebut dan baby juga akan mendapat antibodi itu melalui susu ibu. Sebab itu baby juga akan cepat sembuh. Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *