Posisi Penyusuan Ibu

Posisi Penyusuan Ibu

Ada beberapa posisi mendukung bayi ketika penyusuan ibu. Secara asasnya apa saja posisi yang dipilih, ibu dan anak haruslah dalam keadaan selesa, tenang dan tidak menyakitkan mana-mana bahagian badan.

feeding-position

1. Posisi Mendukung (Cradle Hold)

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu.  Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2. Posisi Mendukung Bersilang (Cross-Cradle Hold)

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

3. Posisi Mendakap (Football Hold)

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

4. Posisi Berbaring (Lying Down)

Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah.  Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.

Secara amnya:

  1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari
  2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut
  4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu
  5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok

 

Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM
Sumber gambar: med.umich.edu

5 thoughts on “Posisi Penyusuan Ibu

  1. Salam Wan, posisi yang wan katakan itu boleh saja dipraktikkan asalkan bayi pandai menghisap puting payudara ibu dan kedua-dua ibu dan anak selesa…
    Posisi penyusuan yang dicadangkan dlm entri ini khusus bagi bayi baru lahir kerana tulang belakang masih belum kuat, jadi ibu perlu mengampu bayi dengan betul untuk keselesaan kedua-duanya.
    Bila anak sudah besar sedikit (umur 6 bulan ke atas), dia akan memilih apa2 posisinya sendiri.. hatta meniarap, tertonggeng dsb 🙂 ikut suka dia je… terpulang kepada ibu2 utk memilih posisi yg bagaimana sebab anak sudah pandai menghisap puting dengan baik. Yang penting pastikan ibu dan anak selesa, puting tidak sakit dan payudara diampu dengan baik. 🙂

  2. salam.
    saya ada bertanyakan masalah saya tp agaknya di salah entry.. hehe.
    harap dapat menjawab kerana saya rasa masalah penyusuan saya ialah saya tak pandai pegang bb saya untuk breast sebelah kanan menyebabkan bb tak boleh hisap dengan selesa disamping masalah nipple saya yang inverted. harap dapat bantu ye. TQ.

  3. Salam..boleh x bg penerangan macamana nk posisi menyusuan bayi kembar yg baru lahir? Rasa takut le pulak nak kepit dua2. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *