Teknik Lekapan dan Penyusuan Susu Ibu

Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:

  1. Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
  2. Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
  4. Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
  6. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu
Pegangan

Cara Mengampu Payudara:

  1. Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold
  2. Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
  3. Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini
Lekapan Bayi

Teknik Lekapan Bayi:

  1. Mulut bayi terbuka luas
  2. Dagu bayi memcecah payudara
  3. Bibir atas dan bawah melengkup keluar
  4. Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
  5. Pipi bayi menggelembung
  6. Ada nada hisapan glup..glup..  hisap-telan-hisap-telan

Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:

  1. untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
  2. memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
  3. mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
  4. mengelakkan bengkak payudara ibu
Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM
Sumber gambar: Le Leche League International

4 Responses to “Teknik Lekapan dan Penyusuan Susu Ibu”

  • izan:

    ape makne comfort zone dlm penyusuan.. A.S.A.P

  • umi @ anakku:

    assalamualaikum..bru tau..time kasih byk2..alhmdulillah bile dh tau care lekap bru x rase sakit bile nk susu kan anak..syukran

  • nazirah:

    rase kecewa sbb xdapat nk breasfeeding baby..baby xnak..kenapa baby xnak susu ibu???? aduhai..

  • ctz:

    saya sudah bersalin 7 hari lepas & sehingga sekarang baby tak nak hisap susu badan saya.saya terpaksa pam & beri susu tersebut kepada baby melalui penggunaan botol. Buat pengetahuan semua, saya memang tak nak guna botol jadi kadang2 saya menggunakan sudu. Saya sangat stress & tiap kali beri susu, saya akan menangis.
    Saya dah cuba teknik yang diajar tapi mungkin sebab puting susu saya kurang timbul. Please help me!

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
October 2014
M T W T F S S
« Jul    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Tags
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.