Memerah Susu Ibu

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:

  1. untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
  2. bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
  3. untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
  4. puting payudara yang luka/melecet
  5. meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu

Cara memerah susu:

hand-expressing1
  1. Memerah dengan tangan
    • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
    • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
    • sediakan bekas yang bersih dan steril
    • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
    • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
    • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
    • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
    • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
    • buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
    • tekan payudara ke belakang ke arah dada
    • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
    • teruskan memicit sehingga susu keluar
    • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
    • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
    • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
    • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
    • tukar ke payudara yang satu lagi
    • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi 
    • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
    • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
  2. Memerah dengan pam payudara
    • baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
    • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
    • basuh tangan dengan bersih
    • duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
    • rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
    • posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
    • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
    • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
    • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
    • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Expressing Breast Milk

Panduan umum:

  1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
  2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
  3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
  4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
  5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
  6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
  7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
  8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Sumber: thewomens.org.au, breastfeeding.com, breastfeeding.asn.au, my.inova.com

52 Responses to “Memerah Susu Ibu”

  • azura:

    Nak tnya kpada sesiapa tau mana nak dptkan pil tambah susu ibu iaitu meridone?sya tingal di seremban…tolong info..tq..

  • yati:

    sy dok pantai dlm,kl.kat sini ada jual.moridone…

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
November 2014
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Tags
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.