Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League

Gambar ihsan Rizua (thanks ya! :) )

274 Responses to “Penyimpanan Susu Ibu”

  • Aleesya:

    Assalammualaikum.
    tyvm kak coz blog ni byk membantu saya.
    soalan: jika sya perah susu di office dan simpan dlm peti sejuk. berapa lama masa susu tersebut boleh tahan sehinggalah saya masukkan semula ke dalam peti sejuk di rumah. 4 jam juga ke?

    wa’alaikumussalam…
    terima kasih kerana membaca bloq ini, semoga mendapat manfaat daripadanya.
    berdasarkan situasi puan mengepam di office dan menyimpan susu tersebut di dalam peti sejuk, puan perlu menggunakan cooler bag dgn ice pack yg cukup utk membawa susu itu ke rumah. bila sampai di rumah susu boleh terus disimpan di dlm peti sejuk bhg bawah atau freezer (terpulang kpd bila nak menggunakan susu tersebut). jangka hayat ketahanan susu itu dalam perjalanan sehingga 12 jam (bergantung kpd ice pack yg digunakan).

  • Aleesya:

    adakah susu yg dicampurkan drp berlainan waktu perahan menyebabkn susu tersebut rosak. sbg cth: perahan pertama sudah dimasukkn kedlm peti sejuk. 2 jam kemudian perahan kedua dimasukkn kedlm bekas yg sama tnpa disejukkn terlebih dahulu.

    ya susu akan rosak. kerana susu perahan yg pertama telah disejukkan manakala susu perahan kali ke2 masih suam. ini menyebabkan suhu susu telah berubah (tidak lagi sejuk). peningkatan suhu akan meningkatkan kebarangkalian pertumbuhan mikroorganisma yg merosakkan susu.

  • mar:

    slm,

    sya ada persoalan. saya ada lebih kurang 10 botol stok EBM yang disimpan di bghn beku peti sejuk 2 pintu. baru2 ini suami saya membuka pintu peti sejuk bghn beku tersebut dan selepas 1 jam saya mendapati suami tidak menutup semula pintu peti sejuk dgn ketat menyebabkan EBM saya kelihatan sedikit mencair (akibat penurunan suhu). walaubgmnpun saya tidak mengeluarkannya dari bhgn beku trsbut. Persoalan sya bolehkah EBM tersebut digunakan lagi kerana telah ada sedikit yg mencair

    salam. insiden tidak sengaja sebegini sering berlaku… malang sekali saya terpaksa memberitahu susu beku yg sudah mencair (walaupun sedikit) jangka hayatnya hanyalah 24 jam sahaja (dikira dari waktu ia mula mencair iaitu waktu pintu freezer puan tidak ditutup rapat).
    jika insiden sebegini berlaku, cepat2 periksa semua susu beku. jika ada yg sudah mencair, terus asingkan dan turunkan ke bhg bawah dan habiskan hari itu juga. jika ada yg masih beku (biasanya yg disimpan paling dalam) biarkan di dalam freezer.

  • sue:

    Assalamualaikum Puan Nieza,

    Saya sgt2 berterima kasih dgn Puan sbb byk membantu saya menjayakan penyusuan ibu penuh. Dlm masa yg sama, saya juga seolah-olah menjadi mentor kpd bbrp rakan yg berhasrat menyusu penuh tp masih belum berjaya (dicampur dgn susu formula). Namun,saya kdg2 terasa stress bila rakan membandingkan berat dan perkembangan bayi mrk dgn bayi saya, seolah-olah memberi isyarat bhw susu formula dan susu ibu takde beza pun dlm merangsang perkmbgn anak, malah (seolah-olah) lebih baik esp bila anak saya yg hmpir 4 bln skrg ni masih belum meniarap, sdgkan anak-anak rakan yg lebih muda usianya telah pun meniarap dgn sempurna. Saya sendiri rasa was-was adakah saya telah memberikan susu ibu perahan dgn sempurna atau ada terkurang di mana2 yg menyebabkan keadaan ini.

    w’salm. pada zaman sekarang apabila mentaliti ibu2 ‘moden’ sudah diasak oleh ‘kelebihan’ susu formula di media, tiada yg dapat mengubahnya melainkan diri sendiri juga. perkembangan setiap bayi adalah unik dan tidak sama antara satu sama lain. puan harus yakin bahawa susu ibu tetap jauh lebih baik daripada susu formula hatta ibu yg menyusu dalam keadaan kurang zat (malnutrisi) pun masih lebih baik berbanding susu haiwan lain. apatah lagi kita ibu2 yg sihat dan cukup makan, sudah tentu susu yg dihasilkan berkualiti.
    jika puan telah pastikan dia menyusu cukup, berat badan bertambah seperti yg sepatutnya, baby sihat, cergas dan ceria tiada apa yg perlu dirisaukan jika dia lambat merangkak. mungkin dia lambat pada bahagian ini tetapi pada bahagian lain dia lebih cepat. insya Allah.

  • naa anilzah:

    salam akak,

    ada tak artikel yang berkaitan dengan jangka hayat botol susu? sebenarnya saya baru tahu botol susu tak boleh guna lebih dr 3 bulan (bukan BPA free) dan bagi botol BPA Free boleh guna 6 bulan je… thanks kak.

  • noeyzzy:

    salam..kalau kita simpan ebm dalam peti sejuk 1 pintu yang tidak digunakan untuk simpan benda lain..i mean hanya untuk simpan susu semata-mata..boleh tahan berapa lama ye?..yg saya tau kalu simpan dalam peti sejuk 1 pintu tahan 2 minggu kan..tapi itu kalau peti sejuk tu simpan sekali ikan, daging, sayur n so on kan…tapi peti sejuk 1 pintu saya guna untuk simpan susu je..harap ada yang dapat membantu..tq

    salam. jangka hayat ketahanan susu masih sama iaitu 2 minggu sama ada peti sejuk itu mengandungi susu sahaja atau makanan2 lain. yg membezakan jangka hayat susu ialah jenis peti sejuk. freezer yg ada di dlm peti sejuk 1 pintu mempunyai suhu lebih tinggi (-4 hingga -10 darjah celcius) berbanding freezer yg terasing spt peti sejuk 2 pintu iaitu lebih kurang -18 darjah celcius.

  • lyna:

    salam,
    saya ada satu soalan tentang mencairkan ebm menggunakan warmer.
    boleh ke kita panaskan ebm sebanyak 4 oz dalam warmer dan hanya gunakan 2 oz saja, dan biarkan sehingga baby bangun dari tidur untuk balance 2 oz lagi? maksudnya lebih kurang 1-2 jam ebm dalam warmer.

    salam. pendapat saya, tidak digalakkan membiarkan susu dalam keadaan suam selama 2 jam kerana suhu suam (lebih kurang 40 darjah celcius) adalah suhu optimum utk pertumbuhan mikroorganisma. lagipun suhu yg tinggi akan menyejat kandungan air di dalam susu. adalah lebih baik jika panaskan kuantiti yg hendak digunakan saja. jika terdapat lebihan susu, lebih baik disejukkan semula dan dipanaskan utk kegunaan kali kedua.

  • iza:

    salam..

    Saya nak tanyer beberapa soalan..ank sulung saya mmg tak suke susu putih..skang ni dia minum susu yg berperisa coklat..boleh EBM kite ni di campurkan dengan milo n bg dia minum?masih berkhasiat tak?

    Biasa yer bagi bayi 2 bulan lebih berapa kekerapan bayi tersebut menyusu EBM?ank saya 4 jam sekali tu pun 2 or 3 ounz..adekah ia normal?

    Biasa yer saya akan perah susu saya di dalam botol susu utk sekali hisap n then simpan di dalam peti ais..apabila ank saya mahu susu saya terus panaskan susu tersebut di dalam botol tersebut n then terus bg dia hisap..adakah cara saya betul?perlukah saya tukar susu ke dlm botol lain?

    Kalau kite simpan EBM kite dlm bekas dadih, kite tak boleh panas kan terus EBM tersebut dlm bekas dadih tu ker?

    Sory kalau soalan sya terlalu seng utk di jawab..byk lagi perkara yg saya tak tau tentang EBM ni..saya berminat utk mmberi ank saya yg kedua ni fully BF ni..thanks

    salam. saya sudah menjawab pertanyaan ini di email tetapi utk panduan pembaca yg lain saya copy & paste jawapannya di sini.
    boleh campurkan susu ibu ke dlm minuman lain (utk anak yg lebih besar) atau campurkan dlm bubur, cereal, kek, puding pun boleh. insya Allah khasiat susu ibu masih ada dan dapat dinikmati oleh si anak.

    pengendalian susu yg disejukkan tu betul, boleh terus panaskan guna botol yg sama dan beri kpd baby, tak perlu tukar botol lain. tetapi jika guna bekas dadih jangan panaskan guna bekas dadih itu kerana plastiknya bukan jenis bpa free. ramai pakar laktasi sebenarnya tidak menggalakkan penggunaan bekas dadih utk simpan susu perahan kerana plastiknya sama spt bekas air mineral yg tidak bebas bpa.

    jika nak guna jugak, bila nk panaskan tuang susu ke dlm botol dan barulah panaskan.

    harap menjawab kemusykilan puan.

  • baiti:

    asalam..
    saya nk tya 1 soalan yg maseh saya tidak faham iaitu :susu yg saya pam di ofice dan diletakan dlm cooler bag,dan sampai dirumah saya terus masukkan kedalam freezer adakah ianya tahan selama 3 bulan???

    salam… ya betul..

  • jue:

    salam.. nk tny blh tak susu yg disimpn di bwh di naikkn ke frezer? lau dari office saya letak lam peti ais dan bila nk blik tak msukkan lam cooler beg dan sampai dirumah saya masukkan lam peti dahkan boleh? dan ketahanannye bape lame?

    salam. susu yg disimpan di bhg bawah boleh dinaikkan ke bhg freezer utk memanjangkan tempoh hayat susu sehingga 2 minggu (bg peti sejuk 1 pintu) dan sehingga 3 bulan (bg peti sejuk 2 pintu).
    sebaiknya susu yg dipam di ofis dibawa balik menggunakan cooler bag dgn ice pack yg mencukupi utk mengekalkan keadaan sejuk susu tersebut. apabila tiba di rumah boleh masukkan ke dlm peti sejuk bhg bawah atau bhg freezer, tempoh ketahananny spt dinyatakan di atas.

  • jue:

    susu simpan bahgian bawah than bape lame?peti 1pintu ? 2 pintu?..
    cmne nak bgi stok susu banyak sebab bb saya memerlukan 40 oz sehari..cmne nak tingkatkan jumlah susu,sebab sy kursus dalam seminggu memandangkan sy dapt menyimpan 40oz sehari

    susu yg disimpan di bhg bawah peti sejuk sama ada 1 pintu atau 2 pintu sama saja iaitu sehingga 5-7 hari. jika selepas 5 hari susu belum digunakan lagi maka bolehlah dinaikkan ke bhg freezer utk memanjangkan tempoh hayat susu tersebut.
    utk menambah penghasilan susu ibu, puan perlu mengepam dgn kerap di samping menyusu direct kerana kekerapan mengosongkan breast akan memberi isyarat kpd otak utk menghasilkan lebih byk hormon prolaktin utk meningkatkan penghasilan susu di payudara. di samping itu makan makanan berkhasiat, minum banyak air, kurangkan stress dan rehat yg cukup. namun begitu peningkatan penghasilan susu tidak akan naik mendadak kerana ia mengambil masa utk meningkat. amalkan perkara-perkara di atas secara konsisten setiap hari, insya Allah susu akan bertambah banyak dari sehari ke sehari.

  • jue insyirah:

    salam akak..
    nk tanya susu yang cam bercampur ngan ketulan susu leh minum tak lagi..
    betul ke susu ibu yang dismpan lama tak bagus.. hari 2 kawan saya p klinik doktor yang ckp cmtu..

    salam. apa yg dimaksudkan dgn ketulan susu? biasanya susu yg disejukkan/dibekukan akan menyebabkan bhg lemak dan bhg air terasing (lemak di atas, air di bawah). jika ini yg berlaku, semasa memanaskan susu goyangkan botol perlahan-lahan supaya semua bhg susu sebati semula.
    susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk (waima sehingga maksimum 6 bulan di dalam deep freezer) masih jauh lebih baik berbanding susu formula.
    kalau mengikut turutan (ranking), susu paling baik ialah menyusu direct daripada ibu, diikuti susu perahan yg disimpan pada suhu bilik (2 jam selepas diperah), diikuti susu perahan yg disejukkan (dlm peti sejuk bhg bawah) dan akhir sekali susu perahan yg dibekukan (dlm freezer). ini adalah kerana susu yg disejukkan/dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses penyejukan dan pembekuan.
    oleh sebab itu selalu dinasihatkan ibu-ibu jangan hanya bekalkan bayi dgn susu perahan yg dibekukan sepanjang hari sebaiknya bekalkan kedua-dua jenis stok susu beku dan susu sejuk.

  • jue insyirah:

    mekaseh akak atas nasihat akak..
    1 lg nk tye? susu yg di pam mmg kena msuk lam bks 1 kali minum ke? lau yg bsar cmne? lau susu 2 di pam ari ni n diminum separuh air ni..susu yg lebh cmne plak hayat dia

    ada beberapa cara boleh dilakukan.
    1. simpan susu di dlm botol besar (contohnya botol 8oz) utk menjimatkan ruang menyimpan, jika bayi biasa minum 4 oz sahaja, tuang 4 oz saja ke dlm botol lain utk dipanaskan. yg selebihnya boleh disimpan semula ke dlm peti sejuk utk digunakan pada masa menyusu yg seterusnya. jangka hayatnya masih sama iaitu 5-7 hari di dlm peti sejuk.
    2. boleh juga panaskan ke semua 8 oz tetapi bayi hanya minum 4 oz sahaja, bakinya masih boleh disimpan di dlm peti sejuk semula hanya utk next feeding. jika selepas dipanaskan kali kedua utk next feeding tidak habis juga maka harus dibuang. sebabnya ialah susu itu sudah dipanaskan kali pertama maka ia tidak boleh lagi disimpan selepas dipanaskan kali kedua.

  • umi_aneesa:

    salamm..saya nk tanya kalau pergi mana2 ngan kereta.tak ada warmer.boleh tak kt keluarkan ebm dr cooler n biarkan let say sejam ka..lps tu bagi baby..contohnya nk g mall ke..atau mcm mana cara yg baik ms kt public selain bg direct bf.tk

    salam. agak sukar menjawab soalan ini kerana sepatutnya apabila bersama bayi (tak kira di mana) ibu-ibu yg menyusu sepatutnya tidak perlu membawa EBM dan cooler bag kerana boleh direct bfeed, kebanyakan shopping complex atau mall sekarang ada disediakan feeding room atau boleh gunakan poncho/ baby’s blanket semasa menyusu di khalayak. namun begitu beberapa cadangan boleh saya kemukakan:
    a. menyusu baby sepuasnya (direct feeding) semasa di dalam kereta atau dlm perjalanan.
    b. bawa EBM dlm cooler bag, jika bayi hendak menyusu singgah di kedai makan, minta air panas dan panaskan EBM sebelum diberi kpd bayi.
    jika EBM dibiarkan di luar selama sejam, ia belum cukup utk memanaskannya berbanding kaedah merendam atau menggunakan warmer kerana suhu persekitaran tidak mampu memanaskan EBM itu seperti yg sepatutnya.

  • jue insyirah:

    ketulan susu tu macam lemak sayur..bercampur dgn susu bila letk kt bhgian frigde.. susu 2 leh minum ka tak? n 1 lagi susu pam sebelah kiri dan kanan kena asing ke? leh cmpur skali lam botol akak…

  • jue insyirah:

    salam akak.mf byk lak soalan sy nk tye.sebab sy btul daif bab SI ni.. akak adakah susu yang kita simpan lam frezer 2 lbh baik dari susu formula…

  • aishah:

    saya nak tanye, jika saya perah susu di pejabat, dan saya terus masukkan susu itu ke dalam tempat beku sebelum balik ofis. dalam jam 5.15 ptg saya ambil utk bawa balik rumah dengan menggunakan cool pack. Semasa saya ambil susu tu, ianya dah beku. sampai dirumah, susu dah mencair tetapi masih sejuk. saya terus letakkan di peti sejuk bahagian bawah sehingga digunakan utk esok hari. berape jam sebenarnya susu itu bertahan? atau saya dah silap dari segi cara penyimpanan?

  • mastura:

    salam…

    sy ingin bertanya perkara berikut :

    1) sy baru habis berpantang di kg dan sy telah menyimpan susu dlm 20 botol dlm tempoh 2 minggu ni.. sekarang ni sy dah nak pulang semula ke rumah sendiri, semua susu tu sy akan bawa dlm coller bag, sampai di rumah sy akan simpan dlm freezer (peti sejuk 1 pintu), soalannya berpapa lama plak jangka hayat susu tu setelah sy simpan di dlm freezer (1 pintu) di rumah sy dan mcm mana plak kalau susu tu sudah mencair sedikit dlm perjalanan sy pulang ke rumah? berapa lama plak ketahanan susu tu?

    2)Jika sy pump susu di ofis, adakah susu tersebut perlu terus disimpan dlm freezer atau tmpt sejuk biasa atau dlm cooler bag sementara waktu bekerja sblm dibawa pulang ke rumah.

    diharap akak dpt menjwb soalan sy… terima kasih…

  • mastura:

    salam kak…

    sori nak tanya lg…

    kalau sy minum Melilia Soya Organic tu, adakah sy masih perlu minum susu Anmum yg sy amalkan sekarang atau sudah mencukupi hanya minum Melilia Soya Organic tu sahaja?

    terima kasih…

  • jue:

    salam,nak tye sebelum pam susu adakah pd mulanya susu kena buang dahulu..coz ada org ckp ia msam dan jika hnta rumah pengasuh yg diambil dr bwh peti ais…bape lama hayat susu tersebut krn kdg2 susu tersebut tidak habis digunakn adakah boleh disimpan?

  • rose:

    Aslamalaikum… susu ibu yg diperah dn dikeluarkan dari peti sejuk stlah dpanaskn dberi minum kepada ank kmudian mempunyai lebih.blh ka lbihan susu tadi dsimpan smula kdalam peti sejuk.klu tdk boleh brapa lama susu tersbut blh btahan?

  • munirah:

    salam kak,

    nak tanye, kalau bf boleh tak minum minuman berais selepas pantang? ade effect kat baby tak?

  • aimi:

    salam puan,

    saya masih kurang faham tentang penyimpanan ebm namun saya sangat bersemangat untuk mengumpul stok ebm untuk meneruskan penyusuan ekslusif.

    di pejabat saya mengepam susu dan menyimpannya di dalam peti sejuk 1 pintu di bahagian freezer. saya menunggu susu menjadi beku barulah saya membawanya pulang ke rumah. kerana saya fikir susu hanya boleh dipindahkan apabila dalam keadaan beku.
    adakah amalan saya ini salah dan menyebabkan kualiti ebm saya berkurangan atau rosak?

    saya juga mempunyai stok ebm yang telah disimpan selama 2 bulan. adakah ia masih elok kerana saya difahamkan ia kurang bernutrien. adakah saya patut membuangnya?

    terima kasih di atas nasihat puan :)

    salam. sebaiknya di pejabat puan simpan susu di bhg sejuk biasa saja, tidak perlu dibekukan. harap baca maklumat tambahan yg saya tuliskan di dalam artikel di atas.
    stok ebm yg dibekukan selama 2 bulan masih elok dan boleh diberi kepada bayi puan. memang ada sedikit nutrien dan antibodi yg hilang akibat proses pembekuan namun ia masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula!
    harap jangan dibuang begitu saja kerana ia adalah hasil perahan yg amat bernilai utk bayi puan.

  • aimi:

    puan,

    saya juga nak ucapkan terima kasih kerana tulisan di blog puan sangat membantu saya dan sentiasa membakar semangat saya untuk meneruskan penyusuan eklsusif. terima kasih sangat-sangat..

  • Rose:

    Aslamualaikum…..sy myusukan ank dengan susu perahan yg telah sy simpan dlm frezer dan telah dipanaskan sblum itu.susu yg sy gunakn td ada lbihan dan tdk blh dimasukn smula kdalm peti sejuk.berapa jam ka susu tersebut blh btahan tuk diminum kepada anak semula?

  • liza:

    salam puan…
    saya ingin tahu di mana boleh dapatkan ice pack tu?
    dan macam mana nak tau samaada botol susu tu free BPA atau tidak.
    Harap dpt beri jawapan melalui e-mail.
    Terima kasih.

    salam. saya sudah menjawab melalui email spt yg diminta

  • jue:

    salam. leh tak sy nk tye? kalau susu yng dismpn di frezer tapi masih blum smpat keras lagi..lau di bawa keluar cmne jngka hayat susu tu..adakh sama?

    salam. kalau susu belum beku bermakna ia hanya disimpan sekejap di freezer. pendapat peribadi saya, susu itu sama spt susu yg disimpan di peti sejuk bhg bawah, jangka hayatnya 5-7 hari.

  • noor irwani:

    salam..sy pernah turunkan susu beku tuk stok baby minum..tp ade 1bkas xhabs..so sy naikkan balik susu cair td ke tempat beku..esknyer sy bg smule pd baby.ape effectnyer yer..tq..

  • salam..

    kak nk tanye, if sy tgah pam susu n dpt 2.5oz…then bb bangun nk menyusu (amik masa 5-10min) , boleh tak sy smbung pam blik dlm bekas yg same tuk jd kan 3 oz

  • suraya:

    slm,sy nk tanya..
    bole ke simpan ebm dlm plastik?
    dan di ikat dengan getah…

  • Ina:

    Salam,

    Saya nak tanya, setelah saya perah susu dan simpan di peti sejuk di ofis, apabila hendak balik ke rumah perjalanan lebih kurang 15-20 min,susu dibawa balik tanpa menggunakan cooler bag. Adakah susu itu masih boleh terus disimpan dipeti sejuk (1 pintu) dalam tempoh 5-7 hari juga.Adakah khasiat ye masih sama & tidak ada pertumbuhan mikroorganisma?
    Terima Kasih.

    salam. susu tersebut telah disimpan di dalam peti sejuk ofis bermakna susu sudah sejuk. tetapi apabila puan bawa balik tanpa cooler bag suhu susu sudah berubah (meningkat). dlm hal ini susu tersebut tidak boleh disimpan semula ke dlm peti sejuk. jangkahayatnya 4 jam pada suhu bilik. ia perlu dihabiskan dalam tempoh itu.

  • Jessel:

    Hi Puan

    Apa akan terjadi jika perahan susu ibu itu tidak disejukkan atau disimpan dlm cooler bag atau ice pack semasa mengepam di pejabat. Tetapi hanya akan disimpan di dlm peti sejuk biasa apa bila sampai di rumah.

    susu perahan boleh dibiarkan pada suhu bilik antara 2-4 jam sahaja. jika sepanjang hari di pejabat susu tidak disejukkan, susu itu akan basi.

  • jaja:

    salam kak..
    1. saya nk tanya susu yg baru diperah mesti dimasukan dlm peti ais dgn segera atau perlu dibiar kan pada suhu bilik dulu (klu perlu brape lame tempohnye)
    2. kebiasaannye ank sy minum 4 oz..kadang2 susu yg sy perah dapat dlm 5 oz..so saya hanya panaskan 4oz utk skali minum n balance 1oz saya simpan balik dlm peti ais.boleh x balace 1 oz tu saya campurkan dgn susu perahan waktu lain utk minum seterusnye..
    3.boleh x susu perahan saya diofis hanya dimasukan dlm cooler bag sehingga time balik (tempoh dlm cooler bag lbh kurang 10 jam)

    tq so much kak atas bantuan n sokongan

    salam. menjawab soalan puan,

    1. saya nk tanya susu yg baru diperah mesti dimasukan dlm peti ais dgn segera atau perlu dibiar kan pada suhu bilik dulu (klu perlu brape lame tempohnye)
    selepas diperah biarkan seketika pada suhu bilik (lebih kurang 10-15 minit) utk menstabilkan suhu susu dan barulah simpan di dalam peti sejuk.

    2. kebiasaannye ank sy minum 4 oz..kadang2 susu yg sy perah dapat dlm 5 oz..so saya hanya panaskan 4oz utk skali minum n balance 1oz saya simpan balik dlm peti ais.boleh x balace 1 oz tu saya campurkan dgn susu perahan waktu lain utk minum seterusnye..
    kalau balance 1 oz itu belum dipanaskan semasa kali pertama dikeluarkan puan boleh campur dgn susu perahan waktu lain tetapi campurkan sebaik sebelum dipanaskan bukannya dicampur dahulu kemudian simpan semula di dalam peti ais.

    3.boleh x susu perahan saya diofis hanya dimasukan dlm cooler bag sehingga time balik (tempoh dlm cooler bag lbh kurang 10 jam)
    boleh tetapi pastikan ice pack yg digunakan mampu mengekalkan suhu sejuk selama 10 jam.

    happy breastfeeding :)

  • Assalammualaikum..

    saya ingin bertanya adakah yang dimaksudkan simpan susu di bahagian bawah itu adalah bahagian chiller ke?? kalu betul, bukankah sekiranya meletakkan susu perahan di bahagian chiller hanya bertahan selama 48 jam sahaja. Maklumat ini saya baca daripada laman web susu ibu juga. Timbul kemusykilan disini bahawa puan mengatakan susu perahan sebolehnya disimpan di bahagian bawah sahaja seandainya tidak digunakan sehingga hari ke 5 baru lah disimpan di bahagian beku. Harap pihak puan dapat menjawab segala kemusyilan yang saya alami ini. Sekian.

    w’salam. susu perahan yg disimpan di bahagian sejuk biasa (bhg bawah) boleh bertahan 5-7 hari bergantung kepada suhu peti sejuk, biasanya suhunya kurang dari 4 darjah celcius. boleh rujuk maklumat lanjut di link ini.

  • edamartila:

    assalamualaikum.. saye just nk tnye..sy smpan susu kt tmpt paling atas n susu tu dah membeku.. one day saye cuci fridge then tgk susu yg dah beku tu menjadi cair..so, susu yg cair tu dah xleh guna lg kan kalo kite bekukan balik pun? ke mcmne proses penyimpanan berkaitan susu yg sudah beku tu?? tolong jwb kemusykilan saye tu

    w’salam. susu beku yg sudah mencair perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam, oleh itu susu beku yg mencair itu perlu dipindahkan ke bhg peti sejuk bawah dan habiskan dalam tempoh 24 jam.

  • fauziah:

    Assalammualaikum..

    sy ibu menyusu yang berkerja..di tempat kerja sy pump susu dengan pump elektrik..kadang-kadang sy pump,puting saya terasa sakit,ngilu.waktu mengepam pun x boleh lame coz tak tahan rase sakit tu.
    bila balik rumah direct menyusu pun puting rase sakit.bila sy tengok di sekeliling puting sy kemerahan dan merekah.mcmane sy nk menanganinya…

    w’salam. puting sakit disebabkan puting merekah atau luka, biasanya disebabkan baby tidak melekap dgn betul semasa direct feeding. utk menangganinya, selepas menyusu atau mengepam, sapu sedikit lebihan susu ibu di sekeliling puting. insya Allah cara ini berkesan. di samping itu pastikan baby melekap dgn betul semasa menyusu, dan juga jangan basuh puting dgn sabun semasa mandi.

  • mamahannan:

    salam..sy nk tnya anak sy lahir xcukup bln 34 week.masa lahir berat dia 1.63kg.skg umo dia da 5bln tp berat dia lambat naik baru 3.3kg.mmg baby premature berat lambat naik ker walaupun sy bg susu bdn..

  • Haslinda:

    sy amat risau.sy telahpun membuat stok susu yg amat byk dgn menggunakan plastik biasa shj yg diikat dgn getah (cth:plastik isi mknn).apakah kondisi susu tersebut??

  • laila:

    Kak,
    nak tanya,saya pam susu dapat 1oz dan saya simpan dalam peti sejuk. esoknya saya pam lagi 4 oz, leh tak saya campur dua2 tu untuk simpan semula

    salam, susu berlainan tarikh yg sudah disejukkan boleh dicampur (pastikan susu yg dipam kali kedua juga telah disejukkan sebelum mencampurkannya) tetapi tarikh hayatnya mengikut tarikh hayat susu terawal

  • nita:

    Salam…
    saya hantar EBM saya kepada babysitter seminggu sekali. peti sejuk bahagian bawah ade masalah. Jadi EBM saya disimpan di bahagian beku. Soalan saya : apabila ingin memberi susu kepada bayi boleh tak stok yg disimpan di bahagian beku terus di keluarkan dan dibiarkan cair di luar peti ais, suhu bilik . pls advice…

  • syikin:

    salam
    1)saya nak bertanya, adakah susu formula boleh menyebabkan demam kuning anak semakin meningkat?..ini kerana sudah 16 hari anak saya mengidap demam kuning tetapi masih belum sembuh. Saya berusaha memberi susu saya tapi saya dapati anak saya masih belum kenyang kerana mulutnya masih mencari-cari makanan. Ibu saya cuba memberi susu formula tetapi saya berasa sangsi adakah susu itu penyebab demam kuning anak saya tidak kebah2..adakah ini hanya perasaan saya?..mohon nasihat dari pihak puan.

  • ummu aiman:

    salam.

    1. berapa lama susu boleh dibiarkan dalam warmer? Biasanya sy panaskan susu awal dan kekalkan dlm warmer supaya bila baby bangun tidur sy boleh terus bagi dia susu tersebut?

    2. adakah betul cara saya, meletakkan susu yg baru diperah perlu di peti sejuk bawah terlebih dahulu(untuk menyejuk kan susu) sebelum dicampurkan dengan susu yg lain (yang telah sedia sejuk di peti ais bawah)?

    tq

  • ummu aiman:

    (pembetulan soalan no.2)

    adakah betul cara saya, meletakkan susu yg baru diperah di peti sejuk bawah terlebih dahulu(untuk menyejuk kan susu) sebelum dicampurkan dengan susu yg lain (yang telah sedia sejuk di peti sejuk bawah)?

    tq

  • sya:

    salam ..
    bby sy tak menyusu direct but still fully bfeed…
    ni kerana dia da biase dgn puting botol ..
    persoalan nyer…mcmana saya nk manage penyusuan sy bile berada di luar ? …
    tq :)

  • liza:

    salam..saya baru nk mula memerah dan menyimpan susu ibu.saya baru 30 hari bersalin.jadi saya baru nk mencari breastpump yang sesuai.bleh ta akak bagi cadangan yang mana lebih baik, yg elektrik ke yg manual.dan lagi baik kalu ader suggestion jenama seperti yg pernah akak gunakan.u ank yg petama sy ada guna yg bateri tetapi dh rosak dn sukar nk dapat perahan yg baik smapi kuar drh.jadi u ank yg kedua ni sy nk cuba bg fully walaupun bekerja.tolong yea kak.tq

    salam, apa saja jenis breastpump yg baik yg mempunyai ciri-ciri “mimic baby’s suction rhythm” iaitu meniru gaya hisapan baby menyusu boleh digunakan. yg agak popular sekarang ialah spectra 3 breastpump (elektrik) kerana harganya agak murah berbanding jenama lain spt jenama Medela (Freestyle, Swing atau PISA). Kalau nak guna pump manual pun boleh seperti Medela Harmony atau Avent. Jadi terpulang kpd budget utk membeli breastpump yg hendak digunakan.
    Actually banyak atau sedikit hasil perahan bukan bergantung sepenuhnya kpd breastpump, maknanya breastpump yg mahal tidak semestinya akan mendapat hasil perahan yg banyak. breastpump cuma membantu dan memudahkan saja. malah ada ibu yg memerah dgn tangan saja sepanjang 2 thn membekalkan susu utk anaknya.

  • fatinakashah:

    salam..

    baby sy skang dah 2 bln..sy still bg direct bfeed but sometimes sy perah..coz bby sy xpuas biler bg direct bfeed..

    now,sy bekerja..mcm maner sy nak manage penyimpanan susu yg diperah coz sy hanya berjumpe bby seminggu sekali..?

    dalam sehari berapa kali kite perlu perah susu..?

    hope akak dpt explain dgn jelas..tqvm…

  • Ainen:

    Assalamu’alaikum,

    dari pembacaan artikel/panduan nieza, saya rase, byk yg saya dah buat silap dalam proses EBM ni. Saya dah memerah di ofis dan ade dalam 16oz dalam masa 2 hari. Setelah perah, saya masukkan terus ke dalam freezer 2 pintu di ofis. hari ke-3 saya akan bawa pulang ke rumah menggunakan cooler bag dan terus masuk ke dlm freezer 2 pintu di rumah persoalannya..

    1. Adakah susu itu akan cair dalam cooler bag yg tahan 12 jam(dlm perjalanan ke rumah)?
    2. Saya harus masuk ke dalam freezer terus di rumah atau bhg bawah?
    3. Sekiranya cair sedikit, dan tidak digunakan dlm masa 24 jam, adakah susu itu harus dibuang?
    4. Seharusnya masuk bhg bawah peti ais, bila tidak digunakan dlm masa 5 hari baru diletakkan ke freezer, adakah betul ?

    Terima kasih!

  • liza:

    salam…

    saya cuma nak tanya 1 soalan
    baby saya baru berumur sebulan
    saya cuba utk memerah susu badan utk disimpan sebelum saya start kerja bulan hadapan…

    soalan nyer :-
    utk kali pertama saya telah perah susu & masukkan kedalam botol susu
    sebanyak 2onz & simpan didalam peti.
    utk perahan kedua & seterus nyer boleh ke saya masukkan kedalam botol yg sama (dikeluarkan dr dlm peti)

    tenkiu~~

  • syahiera:

    salam,
    saya nak tanya cara nak memanaskan susu kalau kite guna plastik/liner storage?

  • sheeda:

    salam. susu yg baru diperah perlu disejukkan dulu before dimasukkan dlm freezer ke? sy biasa buat after perah terus masuk freezer.

    freezer kt rumah satu pintu shj, kdg2 susu xbeku sgt. selamat tak?

    salam, sebaiknya susu perahan disimpan di bhg sejuk biasa sehingga 5 hari, jika tidak digunakan barulah bekukan di dlm freezer. susu sejuk lebih baik dpd susu beku dari segi kandungan nutrien kerana pembekuan menghilangkan sebahagian nutrien dan antibodi di dlm susu.
    jika susu yg disimpan di dlm feeezer tidak beku, ada kemungkinan suhu freezer puan tidak mencapai suhu yg sepatutnya. jadi susu perahan yg dibekukan tetapi tidak beku sepenuhnya dianggap sama spt susu yg disimpan di bhg bawah.

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
November 2014
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Tags
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.