Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League

Gambar ihsan Rizua (thanks ya! :) )

274 Responses to “Penyimpanan Susu Ibu”

  • azahfie:

    salam..
    saya dah simpan susu badan di peti ais 1 pintu selama 1bulan lebih..so melbihi dari masa yang puan nyatakan.boleh tak saya gunakan susu tersebut untuk anak saya?/adakah ia memudaratkan??sayang rasanya nak buang susu2 yang ada dalam freez tu..please puan,help me..

    salam. jangka masa penyimpanan itu hanyalah panduan semata-mata, utk benar2 memastikan susu masih elok dan tidak basi, sebaiknya puan rasa dulu sebelum beri kpd bayi. jika susu rasa masam ia perlu dibuang.

  • farah:

    kak, saya baru mula guna breastpump. saya nak tahu, jika kita guna dual pump, katakan botol kanan dpt 2oz, botol kiri dapat 2oz. boleh tak kita campurkn dalam satu botol dan kemudian baru simpan dlm peti sejuk? atau susu kiri kanan tak boleh dicampur? terima kasih.

    boleh campur… takde masalah.

  • noormah:

    sy ingin bertanya.. jika sya memerah susu saya pada pukul 3 ptg dan simpan pada suhu bilik sahaja kemudian pada pukul 6.00 petang balik ke rumah dan sampai kira2 jam 6.30 terus disimpan di dalam peti sejuk. Berapa lamakah susu tersebut boleh disimpan. tq

    secara teorinya susu tersebut boleh disimpan dlm peti sejuk dan jangka hayatnya sehingga 7 hari. namun begitu puan perlu pastikan semasa dibawa pulang, suhu di dalam kereta menyamai suhu bilik di pejabat puan kerana jika suhu persekitaran terlalu panas bimbang susu akan rosak. adalah lebih baik jika puan bawa pulang di dalam cooler bag berisi ice pack yg sejuk utk benar2 menjamin susu selamat.

  • laila:

    sy nak tanya..adakah satu2 btol susu yang disukat mesti dihabiskan?maksud sy ..klu sebotol susu penuh 5auns..dan bb hanya menyusu 3 auns bg yang berusia 2-4 bulan..bolehkah setelah dipanaskan susu itu disimpan semula??/dan berapa lama ia boleh bertahan…

  • fida:

    salam… sy simpan EBM dlm peti sejuk beku yg bleh tahan hingga 6 bln.stok pd bulan FEB 2011 terdapat tompokan putih . Kawan sy ada bg tahu tompokan putih tu fungus. Adakah EBM masih berkeadaan elok?? Bagaimana boleh adanya fungus??

    salam. ada kemungkinan tompokan putih itu bukan fungus tetapi “freezer burn”, sama seperti kita bekukan ais di dalam freezer, kita akan dapati ada seperti ‘tompokan putih’ yg sebenarnya adalah kesan pembekuan. fungus tidak mungkin boleh wujud jika suhu peti sejuk beku kurang dpd -18 darjah celcius.

  • diana:

    salam.. boleh tak bagi info bagaimana susu perahan yang telah diberikan kepada baby berapakah jangkamasa boleh disimpan. contohnya sy telah memanaskan susu perahan sbyk 3oz. tapi anak sy hanya minum 1oz shj.. bgmn susu selebihnya perlu dibuat.. dlm jangkamasa brapa lama boleh disimpan ke dlm suhu bilik. dalam info yg tlh dbrkn blh dmskkn smla ke dlm peti.. boleh terangkan details tak.. still xfhm n confius

    salam, sebaiknya simpan lebihan susu itu di dalam peti sejuk dan tidak dibiarkan berada di dlm suhu bilik saja. panaskan semula susu apabila hendak memberinya kepada bayi kemudian (jangka masa tidak lebih 2 jam).
    susu yg telah diminum oleh bayi boleh mengandungi mikroorganisma daripada air liur atau mulut bayi, oleh itu jika dibiarkan pada suhu bilik, pertumbuhan bakteria adalah lebih pesat berbanding jika disejukkan semula (suhu sejuk merencat pertumbuhan bakteria).

  • salam..
    saya ada beberapa kemusykilan mengenai EBM.

    1. saya memilik deep freezer dan benarkah ia mampu mengekalkan kepanjangan jangka hayat EBM ke 6 bulan?
    2. rumah saya mudah sangat electric trip dan menyebabkan suis utama jatuh.(padam).pernah satu hari tu,saya keluar ke pekan dan sejurus pulang,saya mendapati suis utama jatuh.persoalannya,adakah ebm saya masih boleh digunakan hingga ke 6 bulan jika EBM di dalam deep freezer tidak mencair?berapa lamakah EBM mampu membeku di dalam deep freezer jika ketiadaan elektrik?

    salam.
    utk soalan 1, ya benar jangka hayat susu disimpan di dalam deep freezer sehingga 6 bulam.
    utk soalan 2, jika ebm tidak mencair, ia masih boleh terus dibiarkan di dlm deep freezer dan tahan sehingga 6 bulan, insya Allah. mungkin ketiadaan elektrik hanya berlaku sekejap dan suhu di dalam deep freezer masih kekal sejuk maka ebm masih selamat.

  • Awatif Aqilah:

    Assalamuallaikum Puan…
    Saya mempunyai masalah kekurangan susu tetapi saya bersyukur kerana masih lagi dapat memberikan susu ibu untuk anak saya. Soalan saya sekiranya kita nak campur susu yang telah diperah ke dalam botol yang sama(contohnya :perahan yang pertama 1 oz, ke dua 1 oz dan seterusnya pn 1 oz, boleh tak saya campurkan di dalam botol yang sama?? adakah saya perlu menyejukkan terlebih dahulu susu yang baru diperah kemudian baru dicampur dengan susu yang dah sedia ada??Terima kasih…

    salam. susu yg diperah pada hari yg sama boleh dicampur dgn syarat semua susu disejukkan terlebih dahulu sebelum memcampurkannya, bermakna tidak boleh campur susu baru diperah yg masih hangat kpd susu yg telah disejukkan.

  • zuefir:

    salam,
    terima kasih kerana byk info yg dikongsi di blog ini..
    sy cume nk bertanya, adakah nutrien susu berkurang jika pekatanyg trjadi di permukaan susu yg disimpan bhgian sejuk biase dibuangdan hanya mengambil susu yg cair sahaja..

  • aniem:

    assalamualaikum…
    saya nak tanya boleh ker susu dari kedua2 belah breast dicampurkan?
    satu lagi, pernah terjadi susu yang saya panaskan mertukar warna menjadi warna kuning dan kadang2 terdapat 1 layer nipis dibahagian atas walaupun setelah digoncang, bolehkah susu tersebut digunakan lagi?
    terima kasih bebanyak di atas panduan yang diberikan.

    salam. susu kedua-dua belah payudara boleh dicampurkan.
    warna susu ibu yg sebenar ialah putih kebiruan, tetapi warnanya boleh jadi pelbagai spt kuning kerana kandungannya (bergantung kpd apa yg ibu makan). Jadi tidak perlu bimbang jika warnanya agak berlainan asalkan bau dan rasa susu masih elok maka ia masih selamat utk diminum. Lapisan di bahagian atas biasanya adalah lapisan lemak, ia boleh sebati dgn susu jika digoyang atau “swirl” (bukan digoncang spt ibu2 mengoncang susu formula!). Jika lapisan tersebut masih ada walaupun telah digoyang, mungkin juga ada kaitan dgn pemakanan ibu yg tinggi kandungan lemak menyebabkan tekstur susu sedikit berbeza. wallahua’lam

  • […] Sumber: (2009, Februari 9). Penyimpanan Susu Ibu. Mom’s Choice; the right choice for todays’ moms. Diakses pada Mei 3, 2011 melalui http://www.momschoice.com.my/blog/?p=214 […]

  • Salam Puan Nieza, saya masukkan entri ini di blog saya dan saya linkkan kembali rujukan di sini. Terima kasih atas ilmu yang ditulis ni :-)

    Rujukan : http://duniasusuibu.com/pemerahan-dan-penyimpanan-susu-ibu/penyimpanan-susu-ibu/

  • rose:

    asmekum pn…nak tanya apa beza gel ice dgn ice pek?sy mempunyai collerbag,perlu ka sy myimpn susu perahan dalm collerbag bsama gel ice?harap pn dapat membantu sy cara penggunaan collerbag dan gel ice krn ini adalah ptama kali membelinya dan tdk tau cara penggunaanya walaupun sudah mempunyai anak saramai 4 org.terima kasih.

    salam. gel ice dan ice pack itu sama saja, cuma ia dinamakan gel ice kerana kandungan di dalam ice pack itu adalah gel (jelly). utk menggunakan ice pack, ia hendaklah dibekukan terlebih dahulu di dalam freezer semalaman. kemudian bolehlah digunakan bersama dgn cooler bag. tujuan penggunaan cooler bag dan ice pack adalah utk memastikan susu perahan disimpan dalam keadaan sejuk jika tiada peti sejuk di pejabat atau semasa membawa susu yg diperah di pejabat balik ke rumah.

  • munira:

    sy ingin bertanya.. jika sya memerah susu saya pada pukul 3 ptg dan simpan pada suhu bilik sahaja kemudian pada pukul 6.00 petang balik kerumah dan sampai kira2 jam 6.30 terus disimpan didalam peti sejuk. Berapa lamakah susu tersebut boleh disimpan. tq

  • tini:

    Salam… Nk tanya kenaper susu yg telah dibekukan tidak boleh dibekukan semula bila dah cair…

    salam. susu yg dibekukan akan kehilangan sebahagian nutrien dan bahan semulajadi yg mencegah pembiakan bakteria di dalam susu. oleh itu jika susu sudah cair, perubahan suhu akan menggalakkan pertumbuhan bakteria di dalam susu. oleh sebab itu susu yg sudah cair perlu dihabiskan dan tidak boleh dibekukan semula

  • Mimi:

    Salam,saya nak tanya sikit.
    Sekarang saya bekerja,dan saya memerah dalam masa yg berperingkat2.daripada pukul 10.00 am,1.00noon,3.00 pm dan 5.00 pm.Dan hanya menyimpan di dalam suhu bilik sahaja.Apabila sampai di rumah pd pukul 6.30 baru lah saya menyimpan di dalam freeze
    Adakah susu ini masih boleh di berikan kepada bayi saya?

  • zaem:

    slm.betul ke thawed breastmilk mesti dihabiskan oleh baby dalam masa 1 jam?

  • ayu:

    Salam. Sy menyimpan EBM di freezer 2 pintu dan ia lebih kurang 50 bekas dadih 4oz-5oz/unit. Masalhnya ayah saya telah tertekan butang “defroze”tanpa kami semua menyedari kesemua EBM sy cair dan telah membeku kembali. Sy terperasan EBM itu pernah cair kerana bila ia membeku, ada lapisan lemak dibahagian atas. Persoalan sy 1) sy tidak pasti brp lama freezer itu telah defroze dan membeku kembali. Ini bermakna sy tidak pasti brp lama EBM itu telah cair. 2) adakah EBM sy masih lg bole digunakan? 3) Atau adakah EBM sy telah rosak? Tolong bantu sy as sy akn mula berkerja isnin depan 30/5 dan sekiranya EBM itu telah rosak, maka sy perlu bertukar ke EBM yg lain. (EBM yg terbabit dr tarikh 6/5-16/5)

  • farah:

    asalamualaikum sy nk tnye sangsi dgn cara sy menyimpan susu,ble sye pump susu bdan sy sy hanya dpt 2auns lepas itu sy simpan kn didalam peti beku,selepas 2jam sy pumpkn lg susu badan sy dan sy campurkan susu badan sy yg telah disimpan 2jam yg lalu boleh ke begitu

  • eta:

    salam…saye msih myusukan anak selama 9 bulan. Saya bekerja dan saya tinggalkan perahan susu di rumah pengasuh. Tetapi anak saya xnak minum susu perahan yg dibekukan. Kalau minum pun sedikit je dalam 1oz. Kenape ye..risau anak x minum susu banyak seperti baby yang lain.

  • umi:

    salam..sy nak tnya..sy dah memerah susu pada pukul 9 am..kmudian pd pukul 2.00 pm sy memerah lg n letakkan hasil susu pd pukul 2.00 pm td ke dlm botol yg sama.sedangkan sy dah letakkannya ke dlm freezer..adakah susu tsebut masih bleh dgunakan?

    salam. tidak boleh mencampurkan susu segar (baru diperah) terus ke dlm botol berisi susu sejuk apatah lagi susu beku. kerana jika puan berbuat demikian, suhu susu sudah berubah (meningkat), hal ini serupa spt puan telah memanaskan susu tersebut. oleh itu susu yg sudah bercampur itu perlu dihabiskan dan tidak boleh disimpan lagi.
    saya cadangkan susu yg puan perah simpan dahulu di bhg bawah peti sejuk jangan terus dibekukan. jika hendak mencampurkan susu perahan sesi kedua, susu tersebut juga perlu disejukkan terlebih dahulu. apabila kedua-dua susu telah sejuk barulah boleh dicampurkan dan bolehlah disimpan di freezer jika mahu.

  • rose:

    mekum..nak tanya,sy dapat tau minum teh blh myebabkan air susu berkurang betul ke tu?

  • noris:

    salam… saya akan balik ke kg utk jangkamasa seminggu. tetapi perjalanan dr rumah ke kg mengambil ms kira-kira 4jam lebih… jika saya memerah susu di kg, dan ingin membawa balik ke rumah.. boleh tak sy bekukan dan letak dlm termos yg berisi ais sepanjang perjalanan balik ke rumah. dan setelah sampai ke rumah blh tak sy terus simpan dlm freezer…susu tu blh digunakan lg tak???

    salam. kaedah itu boleh digunakan, cuma pastikan bekalan ais mencukupi utk memastikan susu kekal beku sehingga sampai ke rumah.

  • fana:

    salam,
    saya baru dalam menyimpan susu perahan memandangkan ini anak pertama saya…
    setelah dipanaskan susu yang disimpan didalam freezer, bau dan warna yang dapat berlainan setiap kali…
    kekadang bau hamis dan warnanya kuning..kekadang pulak bau hamisnya kurang sikit tetapi warnanya putih..setelah dibandingkan dengan perahan yang baru, kenapa xde bau langsung dan warnanya pulak putih jernih?
    macamna nak saya pastikan bau dan warna yang mana elok diminum dan bau mana yang tidak elok? saya takut cara penyimpana saya salah dan menyebabkan kerosakan sebelum penyimpan dilakukan…diharap puan dapat membantu..
    terima kasih

    salam, susu yg dibekukan memang mempunyai bau yg agak kurang enak berbanding susu sejuk dan susu segar. saya juga pernah terbaca bau susu dipengaruhi juga oleh pemakanan ibu. utk menentukan susu masih elok adalah lebih baik merasa sedikit susu tersebut sebelum memberi kepada bayi, jika rasanya masam bermakna susu sudah tercemar.

  • eida:

    salam, saya nak tanye bolehkah ibu yang meyusukan anak minum kopi/nescafe setiap hari & adakah akan memudaratkan anak?

    salam, antara kesan pengambilan kopi/nescafe ialah ia mengurangkan kandungan air di dalam badan. oleh itu jika puan minum kopi, minum air masak dengan banyak selepas pengambilan kopi/nescafe. adalah digalakkan puan minum sebaik selepas menyusukan bayi supaya kandungan kafein di dalam badan sudah menurun pada sesi penyusuan berikutnya.

  • nurul:

    assalamualaikum…saya memang menyusukan anak secara ekslusif. di sini saya ingin bertanya jika saya keluar bershoping dan membawa anak saya berusia dua bulan, saya akan memerah susu ke dalam botol susu dan memberikan kepada anak saya. saya ingin bertanya mengenai tempoh hayat susu tersebut.jika saya keluar dari rumah pukul 2 petang dan pulang semula pukul 8 malam…adakah sepanjang tempoh saya di shoping complex susu itu boleh digunakan untuk anak saya? atau susu itu hanya bertahan hanya 3 jam sahaja? perlukah saya membawa cooler bag untuk memastikan susu sentiasa segar?

    W’salam. susu perahan boleh tahan sehingga 4 jam pada suhu bilik. oleh itu susu tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 4 jam dari masa memerah di rumah. adalah lebih baik jika puan membawa susu di dalam cooler bag utk memastikan ia kekal sejuk sepanjang masa dan memanaskannya apabila diperlukan, tambahan pula semasa keluar rumah perubahan suhu adalah pelbagai seperti cuaca panas di luar atau dalam perjalanan ke shopping complex.
    adalah lebih baik lagi sekiranya puan memilih utk menyusu terus (direct feeding) walau di mana pun berada kerana sudah tentu baby puan mendapat susu segar yg benar2 dijamin bersih dan mengandungi khasiat yg maksimum berbanding susu perahan. kebanyakan shopping complex menyediakan bilik penyusuan atau boleh saja menyusu di mana2 saja dengan ditutupi nursing cover, selimut bayi, tudung, tuala dll.

  • alia:

    assalamualaikum…nak tanya setiap kali perahan msti 4 auns ke…macamnih saya perah utk pagi dapat 2 auns tghari 2 auns boleh ke campur susu perahan tersebut…ataupon utk pagi bekas lain untuk tghari bekas lain.macamana ek….penyimpanan yang macam nih

    w’salam. boleh dicampur selepas kedua-dua bekas berada pada suhu yg sama, iaitu kedua-duanya telah disejukkan. ini bermakna puan perlu perah dlm bekas berlainan dan simpan kedua-duanya di dalam peti sejuk, jika sudah sejuk baru boleh dicampurkan. jika susu sejuk dicampur dgn susu baru diperah, susu akan rosak kerana perubahan suhu meningkatkan kebarangkalian pembiakan mikroorganisma.

  • azma:

    salam.klu dlm satu2 ms,sy perah susu sblh kanan dulu n memandangkn botol susu still ade ruang lg utk diisi,sy perah plk susu sblh kiri.adakah ianya dblhkn?or perlu ke botol yg berbeza wlupun perahan d buat dlm ms yg sama?

    salam. perahan dalam waktu yg sama boleh dicampur walaupun daripada breast yg berlainan.

  • angah:

    Salam kak,…
    Susu yg di keluarkan dari peti sejuk (tpt biasa) pd jam 6pagi dan dibiarkan didlm cooler bag tanpa ada ice pack…dan nak masukkan semula ke dlm peti sejuk pada jam 3ptg. Bila sy lihat, susu sdh menjadi warna kuning….
    1.Adakah susu itu boleh dimasukkan semula ke dlm peti sejuk(tpt beku)?
    2.Bolehkah digunakan lagi susu tersebut?
    3.Adakah warna kuning itu menunjukkan susu itu sudah tidak boleh digunakan lagi?

    Salam. Cooler bag hanya akan berfungsi sebagai cooler (penyejuk) apabila digunakan bersama ice pack kecuali kita menggunakan special cooler bag spt fridge on the go yg tak perlukan ice pack. jangka masa 6 pagi hingga 3 ptg adalah sangat lama utk membiarkan susu dlm keadaan suhu bilik. sorry to say… susu itu memang telah rosak dan tidak boleh diminum.

  • mama DH:

    Salam kak…
    kat sini saya de beberapa perkara yang saya keliru n nak tanya pendapat….

    1)apakah petua n pemakanan yang bagus utk memperbanyakkkan susu badan.masalah saya ialah apabila saya perah susu hanya dpt dlm kuantiti yang sedikit….

    2)boleh tak terangkan cara n waktu perahan yang betul…

    tenq

  • zaitil:

    salam puan,

    saya menghantar anak ke nursery berdekatan dengan office. saya telah membuat stok dan pengasuh menyimpannya selama 3 hari di dalam peti ais sejuk beku. pada hari ketiga, anak saya diberi susu yang disimpan dalam peti ais oleh pengasuh dan saya mendapati terdapat selaput seolah-olah seperti minyak. warna susu adalah kekuningan. selaput berwarna keemasan. adakah ini normal kepada susu yang disimpan di bahagian sejuk beku?

    terima kasih

    Salam. Keadaan susu yg masih elok hanya boleh benar-benar dipastikan dgn merasa susu tersebut, jika rasanya masam maka susu sudah tercemar dan tidak boleh diminum. jika rasa susu masih elok walaupun bau kurang menyenangkan spt bau tengit (kerana susu beku memang berbau kurang enak berbanding susu segar) susu tersebut masih elok.
    selaput keemasan dan berminyak itu mungkin lemak susu. ia akan sebati dgn susu apabila kita goyang (bukan goncang!) botol susu selepas memanaskan susu tersebut.

  • yusno:

    salam saya menghadapi masalah yang amat merunsingkan… susu yang dihasilkan adalah tidak mencukupi untuk dinikmati sepenuhnya oleh baby saya yang berumur 2 bulan… saya terpaksa mencampurkan susu formula kerana baby saya akan menyusu 2 @ 3 jam sebanyak 4 oz sedangkan saya hanya menghasilkan 2 oz setiap kali saya mengepam susu antara 6 jam. bagaimanakah cara terbaik bagi saya untuk menghasilkan susu yang banyak dan mengepam susu dengan betul… tolonglah bantu saya

  • nadiya:

    salam,saya mau tanya..jika susu kita da masukkan ke dalam bahagian sejuk beku 7hb..kemudian boley x kita nak masukkan susu itu ke bahagian sejuk biasa pada malam 8hb utk mencairkannya bagi penggunaan esoknya iaitu pada 9hb?

    salam, boleh. itulah cara yg baik utk mencairkan susu perahan yg beku.

  • sarah:

    saya akan pergi bercuti selama 4 hari.. adakah susu saya akan berkurangan sekiranya dalam masa 4 hari tersebut saya langsung tidak memerah susu seperti yg biasa saya lakukan semasa di rumah.. saya bimbang produktiviti susu akan menurun sekiranya saya kurang mngepam susu untuk stok semasa saya mula bekerja nanti..

    ye penghasilan susu akan berkurang apabila puan berhenti memerah walaupun sehari, melainkan puan membawa bayi bersama dan bayi menyusu dgn kerap (10-12 kali sehari).

  • sarah:

    adakah kandungan nutrien dalam susu akan berkurangan sekiranya susu dipanaskan dalam warmer lebih 15 min.. ini kerana saya pernah terlupa mengambil susu yg dipanaskan kerana menenangkan anak yang sedang menangis…

  • rose:

    salam..bgmana hendak memanaskan susu perahan yg telah disimpan didlm freezer?

  • lynn:

    Salam..saya nk tanye berkenaan penyimpanan susu ibu.baby girl saya skg dah 3 months lebih tp susu saya mcm makin kurang.ini dpt saya pastikan bila perah susu utk satu sessi hanya dpt 1-2oz. Soalan sy,boleh ke nk cmpurkn susu perahan utk lain hari?contoh,hari ni sy perah dpt 2oz dan esk perah lg dpt 2oz.then,susu ni sy simpan dlm fridge bwh utk dptkn suhu yg sama supaya nnt dpt sy campurkn. Boleh ke mcm tu?hrp puan dpt share ngn sy since this is my 1st baby n sy harap sgt dpt bg exclusive for her. Time kasih..

  • syazaa:

    slm..sy nk tnya..kalo sy pump susu kanan & kiri dpt 4oz..lps 4jam sy nk pump pula kalo msukkan dlm btol yg sma xpe ke @pn kena pump masuk btol lain..tq..

  • HMD:

    Assalamualaikum….

    saya mmg memberikan penyusuan scra ekslusif kepada bayi ke-3 saya….saya nak tanya adakah ada makanan atau minuman yang boleh menggalakkan susu menjadi lebih banyak?

  • Yuss:

    susu saya sgt sedikit, tiap kali pam cuma dapat 1-2 oz sahaja. ofis tak ada peti sejuk. saya boleh pam tiap 2-3 jam. boleh ke campur2 yg diperah tu dlm satu bekas, atau kena asing?

  • normala:

    salam….saya nk tnya stu soaln…saya bekerja di selgor,sekrg blk berpntg kat kedah…bagaimn saya nk mngekalkn susu perahan saya sehgga smpai ke selgor yg mgmbil ms 6 hgga 7 pjlnn?

    salam. terlebih dahulu rancang sesi perahan semasa berada di kg. jika susu yg diperah disimpan melebihi 1 minggu dpd tarikh balik ke selangor, susu tersebut perlu dibekukan. tetapi jika susu perahan kurang seminggu dpd tarikh balik ke selangor, maka sebaiknya susu disejukkan sahaja. ini adalah kerana menggendalikan susu beku lebih sukar berbanding susu sejuk.
    bagi susu beku, susu perlu kekal berada dlm keadaan beku sepanjang perjalanan hinggalah tiba di rumah. oleh itu puan perlu menyediakan ice pack secukupnya dan cooler bag (atau cooler box) yg boleh tahan sejuk dlm tempoh 10 jam (anggaran masa persiapan dan perjalanan). susu beku tidak boleh mencair sehingga tiba di rumah.

  • jun:

    salam….

    sy nk tnya, elok x kite panaskan EBM dgn menggunakan air panas di dlm termos?

    salam. adakah maksudnya merendam dgn air panas yg disimpan di dalam termos atau memanaskan susu di dlm termos berisi air panas? kedua-duanya boleh dilakukan, namun begitu sentiasa waspada dgn suhu susu tersebut, rasa dahulu sebelum memberi kpd bayi kerana bimbang susu terlalu panas apabila direndam di dlm termos.

  • wardiah:

    Salam,saya nak tanya,
    di opis saya memerah dalam masa yg berperingkat2.pukul 10.00 am,1.00noon,3.00 pm dan 5.00 pm.Dan hanya menyimpan di dalam suhu bilik sahaja.Apabila sampai di rumah pd pukul 6.30 baru lah saya menyimpan di dalam freeze
    Adakah susu ini masih boleh di berikan kepada bayi saya?

  • sofea:

    assalamualaikum puan,bagaimana persediaan terbaik bagi ibu menyusu dalam bulan puasa agar penghasilan susu tetap memberangsangkan..mohon tip-tips yg berguna utk ibu menyusu..t.kasih

    w’salam. menyusu di bulan ramadhan memang mencabar. ramai ibu mengadu kekurangan susu, perkara ini adalah normal kerana ibu yg berpuasa kekurangan air dalam badan. oleh itu manfaatkan waktu mlm sebaiknya untuk menambah kuantiti air dlm badan, makan makanan berkhasiat dan makan makanan penggalak penghasilan susu seperti kurma dan oat. jangan tinggal waktu makan sahur. kurangkan atau jangan minum minuman berkafein spt kopi kerana kafein mengurangkan kuantiti air dalam badan. perah susu pada waktu malam dan awal pagi (sebelum sahur) utk menampung stok susu.

  • kak eda:

    skrg sy mmg dh terlambat utk mnyimpan susu stok ebm krana kurang ilmu jadi bila sy bekerja mmg ngam2la susu sy ari nie sy keja sya perah dptla 5oz dan sy bagi kpada pengasuh seterusnya balik rumah sy direct bf…..esoknya pn diulang samala tpi satu ari sy penat mgepam so dpt 2oz jerla lgiplak sy mmg cmpur susu fm tapi ari tu anak sy menangis kelaparan dn x nk susu fm sbelum tu dia nk tapi sbb asyik bf jer dia dh x nak susu fm ,,,so skrg sy nak kumpulkn stok ebm mcmana yer???

    salam, utk menambah stok susu apa yg perlu ibu2 buat adalah meningkatkan sesi perahan. kalau di pejabat paling kurang pam 3 kali sehari. di rumah pun kena pam jugak pada sebelah mlm. pengalaman ibu2 yg pernah mengalami kekurangan stok yg kritikal, ibu2 sanggup bangun jam 2 pagi dan 4 pagi utk mengepam. kekerapan memerah susu (iaitu mengosongkan payudara) akan memberi isyarat kpd otak bahawa permintaan adalah tinggi maka hormon prolaktin akan dirembeskan dgn lebih banyak utk menghasilkan lebih banyak susu ibu.

  • RUHAYA:

    salam kak saya nk tanye…ofis saya mmg tak ade freezer…ade tak alternatif lain u simpan susu perahan waktu di ofis?…mcm mne kt nk tau cooler bag y sesuai untuk susu…?saya rase bersalah rugi sgt sbb kne buang ssu perahan skrng nie…lg pula…husband saya marah simpan susu perahan untuk diberi pada ank kami…katenye…takut susu tu dh tercemar…itu yang buat saya lg takut…

  • baiti:

    salam puan.
    saya bekerja.sya memerah susu berperingkat2 ketika di tpt kerja n xada tpt utk smpn adakah susu bleh brthn sehingga sya smpi kerumah pda jam6 ptg..dan bleh dsimpan ddlm peti sejuk n keesokan harinya di beri pada bayi sya.

  • namira:

    salam..
    saya nak tanya.. anak saya nak masuk 3 bln
    brapa oz yg anak saya perlu minum dalam 1 hari?
    adakah setiap peringkat umur nya berlainan oz?
    sebab saya bekerja, saya akan perah susu pada sebelah malam 4 oz
    untuk anak saya minum keesokan harinya,dan pada waktu tgh hari saya balik lunch,sy bf ank sy dulu n saya pump 4 oz lagi untuk anak sy minum pada sebelah petng, saya balik keje dlm pukul 6…
    cukup ke susu yg dia minum tu ?
    pls reply

    salam. berapa oz yg baby minum dalam sehari atau setiap sesi penyusuan perlu dibuat ujikaji oleh ibu sebelum ibu kembali bekerja. latihan penyusuan susu perahan melalui botol, picagari, sudu atau cawan kecil boleh dimulakan sebulan (atau sekurang-kurangnya 2 minggu) sebelum ibu kembali bekerja. dalam masa yg sama ibu sudah mempunyai stok susu perahan yang mencukupi. biasanya bagi bayi berusia 2-3 bulan minum 2-3 oz setiap sesi penyusuan. berdasarkan maklumat yg puan nyatakan, bayi puan dibekalkan 4 oz susu perahan utk sesi pagi (anggaran 8 pagi hingga 12 tghari), menyusu terus dari payudara pada waktu tengahari dan bekalan susu perahan 4 oz pada sebelah petang (jam 2 – 6 ptg).
    pada pendapat saya kuantiti susu perahan yang dibekalkan adalah “cukup-cukup makan” saja iaitu pada sesi pagi bayi puan akan menyusu 2 kali dan setiap kali menyusu hanya minum 2 oz, begitu juga pada sebelah petang. saya cadangkan puan bekalkan susu perahan 4 oz lagi utk sehari, bermakna sekurang-kurangnya sehari 8 oz. kita tidak boleh menjangka bayi akan minum 2 oz utk sela masa 2 jam, ada ketikanya bayi minum lebih dan ada ketikanya pula kurang.
    puan juga perlu kerapkan sesi memerah di pejabat sekurang-kurangnya 3 kali sehari (semasa waktu pejabat) dan pada malam hari 1 atau 2 kali perahan. ini untuk menjamin bekalan susu perahan mencukupi dan untuk memastikan penghasilan susu berterusan. sekiranya puan tidak memerah susu semasa waktu pejabat, penghasilan susu pasti akan berkurangan.

  • yan:

    drpd apa yg sy bc dr blog ni,sy ingin berkongsi ilmu yg saya adani dgn kwn2,sbb dr pengalaman saya,utk 1st baby n 2nd baby saya ialah dlm tempoh b`pantang tu saya bg ank saya full bf,tp dlm masa yg sama sya pn ada pam susu utk stok ebm,so ebm yg saya pam tu ,sy smpn utk guna lepas pantang nnt,sbb bila kita direct bf penghasilan susu dpt dihasilkan dgn lebih cepat,so bila cukup time jer sy bg bf kat baby,setiap 3-4jam sy akan pam susu utk ebm,skrg ebm dlm peti sejuk saya dh penuh dlm ms 26ari(simpanan tdk termasuk diruangan pintu-sbb suhu xok)alhamdulillah…hasil dr usaha saya dan tnjk ajar doktor,nurse dan kwn2,mnm air putih dlm sehari lebih dr hari biasa..sbb sy yakin susu ibu susu yg terbaik utk ank2,ank sy yg 1st sehat dan cerdik, IQ dia pn tinggi dr sepupu dia..alhamdulillah..

  • Ras:

    “salam….saya nk tnya stu soaln…saya bekerja di selgor,sekrg blk berpntg kat kedah…bagaimn saya nk mngekalkn susu perahan saya sehgga smpai ke selgor yg mgmbil ms 6 hgga 7 pjlnn?

    salam. terlebih dahulu rancang sesi perahan semasa berada di kg. jika susu yg diperah disimpan melebihi 1 minggu dpd tarikh balik ke selangor, susu tersebut perlu dibekukan. tetapi jika susu perahan kurang seminggu dpd tarikh balik ke selangor, maka sebaiknya susu disejukkan sahaja. ini adalah kerana menggendalikan susu beku lebih sukar berbanding susu sejuk.
    bagi susu beku, susu perlu kekal berada dlm keadaan beku sepanjang perjalanan hinggalah tiba di rumah. oleh itu puan perlu menyediakan ice pack secukupnya dan cooler bag (atau cooler box) yg boleh tahan sejuk dlm tempoh 10 jam (anggaran masa persiapan dan perjalanan). susu beku tidak boleh mencair sehingga tiba di rumah.”

    Apa yg berlaku kalau sekiranya susu yg beku tu cair wp sedikit? adakah perlu dibuang atau masih blh digunakan?kalau masih blh digunakan, brp jangka hayatnya?

    susu beku yg mencair dlm perjalanan tidak boleh dibekukan semula apabila tiba di rumah. ia perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam (dari masa ia mencair)

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
November 2014
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Tags
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.