Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League

Gambar ihsan Rizua (thanks ya! 🙂 )

283 Responses to “Penyimpanan Susu Ibu”

  • Syafiqah:

    salam. nak tanya susu yg telah saya bekukan ada bau hanyir dan berminyak . adakah susu ini telah rosak atau elok lagi? kerana saya risau peti sejuk saya dh lama dh x elok.

  • Syafiqah:

    salam . nak tanya lagi jika susu yang dibekukan dan telah dicairkan di peti sejuk bahagian sejuk tetapi tidak digunakan dalam 24 jam, adakah susu ini masih boleh guna lagi?

  • faridah:

    salam sy nk tya adakah simpanan susu di peti ais dua pintu dan 1 pintu sama kaedah nya dan tempoh bleh digunakan susu tersebut..

  • CheentaCNje:

    Salam,
    Saya baru saja mulakan kerja selepas cuti bersalin 90hari. Saya ingin meneruskan breast feeding. Saya difahamkan, susu perahan hanya bertahan 2-4jam pada suhu bilik. Saya tidak dapat menyimpan susu perahan tersebut dalam peti ais memandangkan opis saya tidak disediakan peti ais. untuk pengetahuan puan, tiap hari (waktu bkerja), saya akan pam susu pd jam 10pg dan 2.30 ptg (dpt 4oz setiap kali perahan). Jika susu perahan disimpan dalam suhu bilik, perahan jam 10pg tidak boleh diberikan kepada bayi la kan?

    salam,
    susu perahan boleh disimpan di dalam cooler bag yg diisikan dgn ice pack secukupnya untuk tahan selama 10 jam waktu bekerja. saya cadangkan Autumnz cooler bag set atau Stylo Mama Era Cooler bag set. (rujuk online store http://www.momschoice.com.my)

  • aishah:

    As salam..saya nak bertanya..sekiranya saya bawa susu perahan yang telah dibekukan masuk ke dlm cooler bag untuk perjalanan 2 jam dan bila smpi ke destinasi tersebut saya masukkan semula ke tempat beku (sekiranya susu masih belum cair)..
    agak-agaknya boleh tak dan tahan berapa lama ?
    saya nak mintak org tua sy tlg jaga ank sbb ada urusan pnting..

  • sarifah:

    bagus sangat share info ni..

  • ina azura:

    salam
    saya ada peti satu pintu dan bahagian freeezer telah dikhaskan untuk menyimpan susu yang dibekukan. daging dan ikan saya awet menggunakan garam dan diletakkan di bahagian bawah. adakah susu yang dibekukan itu dijangkiti bakteria ?

  • siti:

    saya ada kemusykilan, jika susu yg disimpan di dalam deep freezer di pindahkan ke freezer biasa untuk kegunaan harian, adakah susu itu thn selama 6 bln juga.?

  • ely:

    Salam..Suka sgat blog nie…Alhmdulillah semua yg sy nk tau ttg meyusu secara exclusive, eveything dh terjawab. ..tqvm….

  • shita:

    good info
    byk maklumat yg sy dpt
    promise utk trs mnyusukan baby..

  • Assalamualaikum. saya share info ini di blog saya k. thanx u

  • assalamualaiku.. minta kebenaran papar di beloh saya. terima kasih

  • anis:

    Salam..
    Kalau susu yg.beku telah dicairkn dgn meletakkannya dibhgn bwh peti sejuk dan tidak digunakan’ adakah ia masih boleh digunakan untuk keesokan harinya?

  • nurul aizan:

    salam..
    saya nak tanye..kalu saya simpan susu perahan di opis kat peti sejuk biasa…pastu camner nak bawak balik tanpa cooler bag…nak samapai kerumah

  • Ina:

    Nak tanya info no 5. Betul ke susu perahan yg dipanaskan boleh disimpan semula? Setau sy hanya tahan 1 jam lps dipanaskan n tak boleh digunakan semula. Mohon pencerahan sis..

  • azliana ahmad:

    Sy nk tya…bekalan elektrik terputus dlm 7-8 jam. Dlm tempoh tsbt sy dapati susu msh keras beku slps eletrik disambung…adakah susu tersebut msh elok?

    Saya mbawa susu yg dibekukn dr freezer ATS mnggunkn cooler bag Tanpa mnyahbekukn tlbh dahulu ke rumah pengasuh. Adakah susu tsbt blh disimpan sml dlm freezer beku atau perlu dihabiskn dlm tempoh 24 jam jg?

  • azura:

    tq utk info ni..
    lawat blog sya http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

  • Dayang:

    Salam,

    saya ada beberapa soalan nk bertanya:

    1. betul ke susu yg telah dipanaskan cuma boleh digunakan dalm tempoh 1 jam sahaja. klu tak habis baby minum kene buang.

    2. klu kita panaskan susu menggunakan warmer, brape lama kita boleh biarkan susu dlm warmer berkenaan. sbb kdg2 kene panakan awal2 susu sblm baby bgn..baby slalunyer tak sabar nk menyusu lepas bgn tdo n utk mengelakkan baby menangis kuat nk susu.

    3. baru2 nie saya bari baby sy susu beku yang lebih kurang 1 minggu. setelah dipanaskan sy beri kepada baby sy. tp selepas je abis minum, baby muntah semula susu yg diminumnya..adakah susu sy tu dah rosak? sy check bau dia mmg ‘tengit’ skit compare dgn susu yg baru diperah dr opis pg tu. ada apa2 komplikasi x bagi susu yg tlh rosak..

    harap pihak puan dpt membantu…perlukan khidmat nasihat berkenaan penyimpanan n penggunaan ebm dgn betul…

    sekian, terima kasih.

  • Dayang:

    salam,

    1 lg soalan, sy ada baca bebrapa artikel mengatakan botol utk menyimpan susu perahan tidak perlu di steril…hanya perlu di basuh dgn warm soapy water n keringkan..? tp ada juaga yg mengatakan perlu disteril?? mana 1 info yang betu.

  • info yang bagus =)

  • eina82:

    mohon pendapat n nasihat panduan penyimpanan susu ibu bagi perjalanan jauh.saya tinggal baby dikampung n sy pam susu utk simpan.setiap minggu sy blk utk bwk blk susu dlm bekas sejuk.soalannya :bila sampai dikg susu telah cair,blhkah sy simpan ditempat beku lg?soalannya:apa yg sy bc sekiranya susu yg dh dibeku bila dh cair xblh masuk tempat beku lg,bila cair susu itu bertahan selama 48 jam shj,cmne klau sy bwk blk dlm kuantiti yg byk,mayb baby xsempat nk habiskn dlm masa 2 hari..sekiranya dpt dihabiskan baby tiada stok lain….

    mohon sgt pendapat sbb xde pengalaman penyimpanan susu ibu
    tq

    as salam. saya menjawab persoalan ini dalam artikel Pengendalian Susu Ibu untuk perjalanan jauh

  • Dayang:

    salam puan,

    saya nk bertanya…kita semua tahu khasiat dan nutrient aerta antibodi yg terdapat dlam susu ibu adalah yg terbaik utk anak kita…so, selalunya bayi yg di beri susu ibu jarang jatuh sakit…

    tp dlm situasi sy, sy Breasfeeding baby sy…tp nape ye, anak sy sering deman, batuk n flu…adakah susu yg sy hasilkan tidak berkhasiat? skrg baby dah berumur 9 bln lebih…

    mohon pandangan daripada pihak puan..

  • Syikin:

    Salam,Saya nk tnya.. Boleh x susu yg dibekukan cmpur ngan susu yg dibekukan yg lain..? Contohnya saya sejukkan susu beku then bila dh cair sy nk cmpur ngan EBM yg cair lain dlm botol utk cukupkan 3 @ 4 auns utk dihantar ke BS..?

    as salam. boleh dicampur susu beku dari botol berlainan spt yg puan nyatakan di atas. Digalakkan campur sebaik sebelum memberi kpd bayi bukannya dicampur dari awal di rumah sebelum dihantar kepada babysitter. Susu yang dicampur itu perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam.

  • umi:

    As salam sis,

    kalu susu EBM di simpan dlm peti.sejuk mini bar mcm kt hotel tu tahan lama mane ya

  • info yang lengkap dan sangat berguna..tq sis atas perkongsian ini

  • Fateen:

    Salam..
    Maaf saya masih x berapa nak faham tentang pemberian susu ibu ni..selalu nya sy akan keluarkan stok susu yg beku pada mlm hari dan diletakkan di tempat sejuk biasa utk kegunaan keesokkan paginya..selalu saya akan keluarkan 5@6 botol..dan kadang2 bayi saya hanya minum 4 botol sahaja..adakah botol selebihnya masih boleh diminum pada hari berikutnya?

    w’salam. susu beku yg sudah diturunkan daripada freezer perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira bermula daripada masa menurunkannya ke bhg bawah). Jika tidak diminum dalam tempoh tersebut, ia tidak boleh disimpan semula maka ia perlu dibuang.
    Cadangan saya, jika bayi puan biasa minum 6 botol sehari (sebagai contoh) bekalkan dia 2 botol susu beku dan 4 botol susu sejuk (yg disimpan di bhg sejuk biasa). Pesan kpd pengasuh supaya habiskan yang susu beku dahulu. sebabnya jika susu beku x habis diminum pada hari tersebut, ia TIDAK BOLEH disimpan semula. Tetapi jika susu sejuk biasa tidak sempat digunakan pada hari itu ia masih boleh disimpan semula ke dalam peti sejuk dengan syarat ia masih kekal dalam keadaan sejuk pada hari itu sama ada disimpan di dalam cooler bag berisi ais atau disimpan di dalam peti ais di rumah pengasuh.
    Tambahan pula, susu beku telah mengalami pengurangan nutrien akibat proses pembekuan. oleh itu membekalkan bayi dgn susu beku sahaja tidak digalakkan utk memastikan bayi mendapat nutrien yang baik setiap hari.

  • Siti:

    Salam..

    Boleh tak susu perahan dicampurkan pada hari2 yang berlainan? Contohnya sy pam hari jumaat petang dpt 2 oz, lepas tu sy balik kg & terlupa bawak balik susu tersebut..& blh x dicampurkan dgn susu yg di pam pd hari Isnin?

  • Farhanah:

    Assalamualaikum sis..

    Saya nak bertanya, susu EBM yang diletakkan di freezer peti ais dua pintu hanya bertahan hingga 3 bulan kan?

    Saya sudah membuay stok sejak berpantang tapi susu2 tersebut masih tidak digunakan dan hingga kini (selepas 3bulan) masih banyak.apa yang perlu saya lakukan dengan susu2 ebm ni ya?

    Sayang nak buang..(T_T)

    Waalaikumussalam. EBM di dalam freezer memang hanya boleh bertahan 3 bulan sahaja. EBM yg disimpan sejak awal berpantang sepatutnya digunakan dari semasa ke semasa supaya tidak terkumpul terlalu banyak dan terlalu lama. Puan boleh gunakannya utk melatih bayi minum EBM dlm botol utk persediaan kembali bekerja. Apabila telah kembali bekerja pastikan bekalan EBM untuk baby di rumah pengasuh mengandungi EBM beku di samping EBM fresh. Jika masih banyak juga bolehlah ditambah pada makanan/minuman lain utk anak2 yg lebih besar spt campurkan dalam dadih, dibuat aiskrim, campur dlm minuman milo dll jika puan ada anak yg lebih besar. Atau minum sendiri… hehehe (saya biasa buat, sbb sayang nk buang). Jika tidak digunakan maka EBM itu terpaksa dibuang jika telah melepas tarikh luput iaitu selepas 3 bulan. Utk membuangnya apa yg saya biasa lakukan ialah cairkan terlebih dahulu dan siram pada pokok.

  • wanaz:

    as salam sis. saya ingin kepastian tentang susu frozen yg sudah dicairkan dan susu chiller tahan berapa lama pada suhu bilik?

  • Veronal:

    Hai saya mau tanya bolehkah kalau saya langsung gabung asi perahan yang berselang 2-3 jam tanpa menyamakan suhu dan setelah itu langsung dimasukkan freezer?kalau sudah terlanjur demikian apakah asi masih baik diberikan pada bayi?terima kasih

  • Shila:

    As salam…
    Sis..saya ade beberapa soalan;

    Saya simpan stok ebm saya dlm deep freezer accidently suami saya ter reset temperature controller..dan tk pasti waktunya. Saya hanya perasan pada pukul 9pm hari berikutnya (17.8.15). 7 botol saya dapati fully defrost sebab saya letak pd bhgn atas…berhampiran pintu. Tp stok ebm yang disimpan di bahagian bawah peti ada yang masih beku dan ada juga yang sedikit defrost. Soalan saya boleh ke saya bekukan semula susu yang sudah sedikit defrost dan berapa lama boleh digunakan. Dan susu yang fully defrost saya perlu consume dalam masa 24jam..sedangkan saya tk pasti pukul berapa pencairan berlaku dan ape kesannya jika saya insist berikan susu tersebut kepada baby saya.. adakah boley menyebabkan cirit birit..muntah… atau keracunan. Harap sis dpt membantu sbb saya buntu.

  • Nur:

    Salam.saye ank frst so xtahu sgt pasal pympanan susu ibu ni..saye pam susu dalam botol dan simpan susu kat freezer di bhagian pintu.so susu still boleh gunà lagi x.

    wassalam. Mmg x digalakkan simpan susu dibhg pintu peti sejuk sama ada di bhg freezer (beku) atau bhg sejuk biasa di bwh sbb suhu di bhg tersebut tidak stabil kerana kekerapan kita membuka dan menutup pintu peti sejuk. Tetapi jika sudah berbuat demikian jgnlah pula terus buang susu tersebut. Puan blh gunakan segera susu2 tersebut dan pastikn rasa dahulu sblm beri kpd baby.

  • ina:

    Salam
    Saya nak Tanya, sesuai tak susu yang diperah disimpan bersama makanan sejuk beku yang lain. cth: ikan,ayam dan daging

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
July 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Tags