Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

thaw

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

  1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
  2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
  • Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer):

autumnz home warmer

Sumber: askdrsears.com, babyfriendlyhalton.ca

62 Responses to “Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan”

  • ekin:

    oh yer,satu lagi saya nak tanya…drp info yg saya baca,susu beku yg dicairkan hendaklah dihabiskan dlm tempoh 24jam , betul ye?bagaimana pula jika susu beku masih tidak cair sepenuhnya dalam tempoh 24jam setelah dipindahkan ke bahagian bawah.masih boleh digunakan selepas 24jam tak? setahu saya susu beku perlu cair terlebih dahulu & disuamkan sebelum diberi kepada bayi.minta pendapat…musykil sgt2.
    terima kasih sekali lagi.

  • siti:

    Salam…

    Saya perlukan bantuan. Bangun pagi ni, bukak freezer, stok EBM saya mencair tetapi tidak totally cair. Kemungkinan peti freezer tidak rapat semalamam.Ada yang masih beku, separa beku dan cair. Luluh hati tengok stok EBM saya tu..:( Mood nak keje pun tiada. Persoalannya,
    1.macam mana saya nak uruskan ketiga-tiga keadaan stok EBM saya yang beku, separa beku dan cair tu?
    2.Betul ke kalau EBM dah mula mencair, tempoh bertahan hanya 24jam?
    3.Tidak bolehkah susu berkenaan dibekukan semula memandangkan saya tidak mengeluarkan satu pun dari freezer, hanya menutup rapat kembali pintu peti?

    Tolong mommies, saya kerungsingan & moody memikirkan stok EBM saya.. :(

  • syaz:

    Assalam. puan, sy ingin bertnya berkenaan:
    1) stok susu beku yg diturunkan ke peti sejuk utk proses pencairan. Liner utk menyimpan susu bersaiz besar & bole menyimpan hgga 350ml. spt yg puan nyatakan, susu beku yg telah dicairkan hanya boleh digunakan dlm tempoh 24jam. bermakna jika tidak dpt dihabiskan, susu tersebut perlu dibuang..?
    2) susu yg telah dicairkan & dipanaskan perlu dihabiskan dlm tempoh 4-6jam. jika dipanaskkan didlm botol yg digunakan utk feeding bayi, kemudian ia tidak habis diminum bolehkan ia dipanaskan semula utk penyusuan seterusnya..? dan mmg strictly kena habiskan dlm tempoh 2-3jam shj..? tq puan.

  • mamayusa:

    Assalam,sy nk tnya bagaimana klau nk tau sama ada susu tu dh basi ye? Adakah bau masam atau macamana ye? Hrp puan dpt mmbntu sy yg bru nk bljr ni..tqvm

  • Mummy safa:

    Assalam.. Saya baru menjadi ibu 2 minggu… Saya nak tahu jawapan bagi kemusykilan saya seperti berikut:
    1) setelah memerah susu saya, berapa lama susu boleh disimpan di dalam bilik, tanpa perlu memasukkan ke dalam peti ais.
    2) saya telah keluarkan satu botol susu yang saya bekukan di dalam peti ais (bahagian atas), saya tidak cairkan ia menggunakan warmer, tetapi membiarkannya cair sendiri (selalunya mengambil masa dalam 1-3jam utk cair), apabila cair, baru saya gunakan warmer untuk memanaskannya. Adakah cara saya betul?
    3) sekiranya perahan susu yang sudah dipanaskan tidak habis diminum oleh baby, berapa lama susu itu boleh bertahan lagi? Bolehkah ia dipanaskan lagi?

    Saya sangat-sangat menghargai response akak… Saya susah hati sangat sebab takut apa yang saya lakukan tidak betul…. Tq very much…

  • lela:

    kenapa susu yg telah dipanaskan tidak boleh disimpan ke dalam peti sejuk semula??

  • kema:

    mntk izin nk share kt fb sy ye kak?

  • kema:

    nk msk kt fb sy bleh?tp sy xtau camne…

  • berapa harga satu ni?

  • Azie:

    salam, terima kasih..panduan yg sngt berguna :)

  • ira:

    salam..

    saya ade sedikit persoalan..bagaimana untuk saya meningkatkan pengeluaran susu badan..saya telah mencuba produk shaklee tetapi hasil perahan tetap sama iaitu 2oz..kini anak saya berumur 5 bulan lebih..bagaimana cara untuk saya meningkatkan pengeluaran susu..saya telah amalkan minum air kosong 3liter dan pemerahan 3jam skali..ape yang harus saya lakukan supaya saya boleh menyusukan bayi sehingga 2th..saya juga telah mengamalkan makanan untuk menambah susu tapi hasil tetap sama..harap puan dapat membantu..

  • ieka:

    Salam
    Saya nak tya..susu yg telah di panaskan pakai home n car warmer bertahan berapa jam…ade mengatakan 1 jam sahaja? Betul ke…
    Adakah boleh dipanaskan semula jika susu tersebut tidak di minum utuk kgunaan pyusuaan seterusnya???
    Sila membantu…sangat kebuntuan…sayang maw buang

    w’salam. susu yang telah dipanaskan tetapi tidak habis diminum baby boleh disimpan semula di dalam peti sejuk utk penyusuan seterusnya. Jangka masanya adalah dalam tempoh 1-2 jam sahaja. Jika baby x mau minum susu tersebut pada penyusuan kedua itu, susu tidak boleh disimpan semula dan perlulah dibuang. Tidak digalakkan susu dibiarkan pada suhu bilik kerana pencemaran air liur baby sudah pun berlaku maka kemungkinan untuk susu basi lebih cepat pada suhu bilik. oleh itu adalah disarankan panaskan kuantiti susu yang diperlukan sahaja. contohnya jika baby biasa minum 3 oz sahaja, panaskan susu dalam lingkungan 4 oz sahaja, tak perlulah panaskan sampai 7 oz… sayang kalau x habis minum.

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
December 2014
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Tags
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.