Melatih bayi yang “keliru puting”

Soalan daripada Hayati;

salam kak nieza….sy dah melahirkan baby 1bln yg lebih. bayi saya tlh keliru puting akibat kesilapan sy sendiri. adakah pengeluaran susu akan bertambah jika hanya dgn mengepam tanpa bayi menyusu direct?sekarang susu sy hampir kering dan ini myebabkan bayi sy menolak utk menyusu badan .sy juga rasa putus asa utk terus mengepam susu…sy betul2 rasa tertekan, bantulah saya….

salam hayati,

ada 2 persoalan besar di sini:

  1. bayi telah keliru puting
  2. adakah susu akan bertambah dengan mengepam sahaja tanpa direct feeding

Umur bayi Hayati baru 1 bln bermakna masih dalam pantang lagi. Masih belum terlambat utk melatih bayi latch on dengan betul dan kembali kepada direct feeding dan juga fully breastfeeding (saya rasa bayi telah diperkenalkan dengan susu formula). Kalau bayi sudah biasa minum susu formula harus hentikan pemberian susu formula dan fokuskan kepada direct feeding sahaja. Pastikan bayi menyusu setiap 1-2 jam sehingga bayi mahir untuk latch on dengan baik. Bayi dilahirkan dengan naluri hisapan yang kuat tetapi pengenalan terlalu awal kepada puting tiruan akan menyebabkan dia lebih selesa menyusu melalui botol kerana lebih senang untuk mendapatkan susu tanpa perlu menggunakan otot mulut dengan kuat.

Untuk melatih bayi kembali kepada direct feeding perlukan usaha kuat dan kesabaran yang tinggi. Pujuk bayi dengan bercakap-cakap dengannya memintanya menyusu pada payudara ibu. Beri dia menyusu ketika dia belum terlalu lapar sehingga mengamuk. Menyusulah dalam posisi yang selesa bagi ibu dan bayi sama ada dalam keadaan duduk atau berbaring. Bayi mungkin akan menguji kesabaran kita dengan cara “mengamuk” dan menolak payudara ibu. Ibu jangan putus asa sehingga mengalah dan akhirnya memberi susu formula di dalam botol kerana kasihan bayi lapar, menangis dan takut perut masuk angin. Inilah rasionalnya proses ini dilakukan ketika bayi belum terlalu lapar. Jika bayi masih menolak dan ibu gagal pada percubaan pertama, beri bayi minum susu ibu yang diperah dengan menggunakan sudu (jangan guna botol dan puting tiruan kerana ia akan memberi signal kepada bayi bahawa adanya alternatif menyusu yang lebih senang dan bayi akan mengulangi taktik yang sama iaitu menangis dan mengamuk). Selepas beberapa ketika cuba ajar lagi bayi menyusu dari payudara ibu. Jangan putus asa kerana Hayati masih dalam pantang dan masih bersama bayi sepanjang masa. Keadaan akan lebih mencabar jika ditangguhkan apatah lagi jika telah kembali bekerja.

Kekurangan susu mungkin satu faktor menyebabkan bayi tidak mahu menyusu terus daripada payudara ibu. Penghasilan dan pengeluaran susu memang akan bertambah dengan kerapnya mengepam. Tetapi rangsangan paling berkesan adalah  hisapan bayi. Jadi ajarlah bayi menyusu terus daripada ibu di samping tingkatkan kekerapan mengepam. Bayi baru lahir biasanya menyusu 10-12 kali dalam tempoh 24 jam (bermakna setiap 2 jam sekali). Jika bayi tidak direct feeding, gantikan dengan mengepam dalam kekerapan yang sama. Teruskan mengepam walaupun hasilnya hanya 0.5 atau 1 oz sahaja. Kekerapan mengepam akan memberi signal kepada otak bahawa permintaan terhadap susu adalah tinggi dan ini akan merangsang lebih hormon prolaktin dirembeskan untuk merangsang penghasilan susu. Tetapi hal ini bukanlah boleh berlaku dalam sehari dua tetapi memerlukan masa untuk berjaya.

Faktor jenis pam juga memainkan peranan.  Pam yang tidak selesa dan menyakitkan mungkin akan membantutkan usaha menambah pengeluaran susu kerana ibu menjadi stress apabila dalam kesakitan apatah lagi apabila melihat hasil yang kurang memberangsangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila puting ibu melecet akibat menggunakan pam yang menyakitkan. Pilih pam yang baik dan mengikut ritma hisapan bayi. Atau pun ibu boleh memerah dengan tangan, kurang menyakitkan tetapi perlukan teknik yang betul.

Di samping itu, ibu harus menjaga permakanan. Makan makanan yang seimbang dan awasi kalau-kalau ibu makan makanan atau ubat-ubatan (termasuk pil perancang) yang mengganggu penghasilan susu ibu. Jaga emosi, jangan stress dan tanamkan keazaman yang tinggi untuk memberi yang terbaik untuk anak kita.

Semoga berjaya Hayati.

p/s Artikel ini juga untuk Liza (Ipoh) yang telefon saya pagi tadi mengenai masalah yang sama. Semoga berjaya Liza.

69 Responses to “Melatih bayi yang “keliru puting””

  • Eheh, nama pengirim ini sama lah..tapi dia bukan ku..ekeke. Ye betul, baby masih 1 bulan satu train untuk direct BF sedaya upaya. Klu tak kuat, hayati mungkin akan end up exclusive pumping seperti saya, dan masuk 6 bulan dah!. Believe me it is not easy and need a lot of determination and sacrifices. Pam juga boleh merangsangkan susu agar sentiasa ada, dengan syarat perlu pam sekerap yang mungkin sepertimana bayi yang kerap menyusu begitu juga la pam sptmana yang kak nieza katakan. Tapi x ramai yg boleh untuk strict pam mengikut jadual..Selamat berjaya!

  • Thanks Hayatie kerana sudi berkongsi info. Ya memang mencabar bagi ibu2 yg exclusively pumping . Disiplin mengepam tu harus dipatuhi. Tahniah kerana berjaya melakukannya… semoga menjadi inspirasi dan motivasi kepada ibu2 lain.

  • kak nieza,sy sempat menyusukan anak sy yg pertama dalam 4 hari shj itupun melalui perahan dgn tangan,selepas tu sy berhenti,sy stress sebab sy x dpt bg susu direct kepada anak sy,sy mengantikannya dgn susu formula,silap sy,sy pun kurang pengetahuan tentang penyusuan…masalah sy ialah puting payudara sy leper dan tenggelam,puas di urut dan di gentelkan tetap tenggelam juga…kini sy mengandung anak kedua (4 bulan),sy berazam nak bg anak sy susu badan,sy dah survey utk membeli breast pum dgn harapan utk menyusukan anak sy secara eksklusif selama 6 hingga 24 bln…boleh ker dgn cara mengepam susu ajer,susu badan sy akan ader berturusan..?..susu aper yg sesuai utk di minum oleh sy sepanjang penyusuan nnti..?kata org bile kiter bnyk minum susu,akan memperbanyakkan susu..betul ker..?bagaimana dgn memakan pil JAMU ASI yg di katakan bagus utk menambahkan susu ibu…?

  • Salam izani, kegagalan penyusuan bagi anak pertama tidak akan melambangkan kegagalan utk kali kedua dan seterusnya. Yakin dan percayalah bahawa Izani boleh menyusukan anak kedua nanti dengan usaha yang kuat dan kesabaran yang tinggi. Masalah puting leper atau tenggelam tidak boleh membantutkan usaha kita utk menyusukan anak secara eksklusif. Akak akan publishkan nanti artikel tentang puting tenggelam… tunggu ya…
    Mengenai breast pump, tidak dinafikan pump yang baik sedikit sebanyak mempengaruhi hasilnya juga. Mengepam juga salah satu cara menimbulkan puting yg tenggelam. Mengepam susu sahaja (tanpa bayi menghisap terus daripada payudara ibu) memang boleh dilakukan tetapi ia perlukan usaha keras dan semangat yg tinggi utk mematuhi rutin mengepam yg sama kekerapannya dgn hisapan bayi (iaitu 10-12 kali sehari!). Kekerapan ini sangat penting bagi memastikan penghasilan susu tidak merudum. Sila rujuk artikel di atas, ada dibincangkan perkara ini.
    Meminum susu semasa mengandung bukanlah jaminan ia akan menyebabkan susu ibu akan terhasil dgn banyaknya selepas bersalin. Ada sebilangan ibu-ibu tidak gemar minum susu semasa hamil tetapi masih dapat menghasilkan susu yang banyak. Pil ASI (dan Milkmaid Tea juga) tidak boleh diambil ketika hamil. Kegunaannya untuk menambah susu selepas bersalin, bukannya semasa mengandung lagi. Namun begitu hisapan bayi adalah stimulasi paling berkesan utk menambah penghasilan susu.

  • t.kasih kak atas penerangan yg di berikan…membuatkan sy bertambah semangat untuk memberi anak sy susu badan walaupun puting tenggelam..
    ermmm..sy nak tny,jamu pil asi sesuai ker semasa dalam pantang dan xder kesan pada susu yg kiter perah dari segi rasa atau bau..?..
    x sabar rasanya nak tunggu artikel yg seterusnya ttg puting tenggelam…
    akak,blog ni meberi maklumat berguna dan panduan utk sy..bnyk yg sy dapat melalu sini..thanks kak

  • salam izani, biasanya semasa dlm pantang ibu-ibu digalakkan menumpukan usaha kepada melatih bayi melekap dgn betul semasa penyusuan ibu dan menggalakkan bayi menyusu dgn kerap (10-12 kali sehari). Ini bagi memastikan penghasilan susu dirangsang dgn berkesan. Jika ini diamalkan jarang2 berlaku masalah tidak cukup susu atau susu kurang semasa dlm pantang. Fenomena penghasilan susu merudum biasanya berlaku selepas ibu kembali bekerja kerana kurang kekerapan mengepam, ibu stress dgn kerja, dan bayi kurang menghisap direct daripada payudara ibu. Pada ketika begini pil asi adalah 1 cadangan utk menambah susu ibu (tetapi tidak semestinya akan berhasil). Setakat ini yg diketahui memakan pil asi tidak mengubah rasa atau bau susu ibu, kalau ada pun mungkin sedikit dan tidak ketara.

  • mama iffah:

    Assalamualaikum..
    Kak Nieza,
    1. Bagaimana nak pujuk baby hisap puting botol. Baby skrg dh 3 bln lbh. Sy ada smpn susu perahan, tp baby x mau hisap puting. Masalah bg sy berulang alik dr pejabat ke rmh.. direct feeding..
    2. Bolehkah susu perahan yang pertama, kedua, ketiga, keempat..dicampur dlm satu bekas yang sama pada hari yg sama berbeza waktu?
    3. Bagaimana nak pastikan sama ada susu perahan yang di simpan dlm peti sejuk rosak?
    4. Sy mendapat maklumat bahawa pam ‘avent’ adalah salah satu pam yang baik.. bagaimana sy bole menempah pam ‘avent’ ni secara online? memandangkan tempat tinggal sy sukar memperolehi pam jenama ini.
    5. Apakah cara untuk memperbanyakkan susu badan?

  • umianis:

    salam puan,
    Soalan saya bagaimana hendak memberhentikan anak menyusu badan kerana anak saya telah berumur dua tahun enam bulan,tambahan pula saya sedang mengandung tiga bulan.Harap puan dapat membantu.

  • Salam mama iffah,
    1. Nak pujuk bayi hisap puting memang agak mencabar… ada ibu yg cuba berbagai jenis puting tapi baby masih menolak (termasuk anak k.nieza sendiri masa umurnya 4 bln lansung x mau minum dgn botol). Puting tiruan memang tidak mampu menyamai puting ibu! Alternatif lain ialah memberi anak susu ibu dgn sudu/cawan kecil.
    2. Susu perahan pada hari yg sama boleh dicampur tapi suhunya mestilah sama. Contoh pam kali pertama pukul 9 a.m, pastu simpan dlm peti sejuk, pam kali kedua pukul 11 a.m, simpan juga di dlm peti sejuk. Bila suhu telah sama (sama2 telah sejuk) boleh dicampur, atau boleh juga campur ke dlm 1 botol selepas dipanaskan ketika hendak memberi kpd bayi.
    3. Susu rosak dikenalpasti melalui bau dan rasanya… bau masam atau tekstur berketul2. Tetapi jika disimpan dgn betul, EBM akan kekal baik kerana susu ibu mengandungi bahan antibakteria, so dia dgn sendirinya adalah steril.
    4. Pam avent boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar dan kedai baby. Kalau nak beli online boleh rujuk http://www.sarakids.com
    5. Memperbanyakkan susu badan dgn cara memperbanyakkan kekerapan mengepam dan kekerapan bayi menghisap, makan makanan berkhasiat dan jangan skip meal- breakfast, lunch, dinner, supper. Boleh juga amalkan makan makanan yg dikatakan boleh menambah susu ibu seperti halba, kurma, oat, dll.

  • Salam umianis,
    Tahniah… anak telah berumur 2 tahun 6 bulan, bermakna telah lengkap penyusuan susu ibu sehingga 2 thn. Alhamdulillah.
    Menyusu semasa mengandung masih boleh dilakukan kecuali jika ada sejarah keguguran, dapatkan nasihat doktor atau pakar laktasi di hospital.
    Memberhentikan penyusuan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Amalkan “memberi apabila diminta sahaja” bermakna jika anak hendak menyusu, berikan dia menyusu tetapi jika dia tidak minta, jangan offer… Permintaan yang berkurangan akan mengurangkan penghasilan susu dan susu akan kering dgn sendirinya. Anak pula dapat merasai susu ibu sudah semakin berkurangan, jadi dia akan jarang2 minta. Ini akak amalkan pada anak akak yg sudah berumur 3 thn ni… Secara peribadi, akak tidak setuju cara pemberhentian secara mengejut, seperti meletakkan benda pahit pada puting. Biarlah dia berhenti sendiri dengan kehendaknya sendiri.
    Selamat mencuba.

  • mama iffah:

    tq k.nieza…

  • umianis:

    Terima kasih puan.Saya pun bersetuju dengan pandangan puan biarlah anak berhenti dengan sendiri.Sblm ini byk cadangan dari kawan2 supaya meletak benda2 pahit pada puting yang saya rasa agak ‘kejam’.Selalu saya mohon pada Allah supaya disampaikan hasrat hati ini pada si anak…mudah-mudahan dimakbulkan.Salam dari saya.

  • Yanty, Miri:

    Kak nieza,
    1) Bayi saya baru berumur 1 bulan lebih (anak kedua). Saya menyusukan anak dengan susu badan dan juga susu formula. Susu badan saya tidak mencukupi untuk dibagi kepada bayi yang sekarang ini agak kuat menyusu sehingga 2-3oz sekali. Saya juga kerap mengepam susu badan untuk menambahkan pengaliran susu tetapi hanya cuma 1-2oz sahaja (sekali pam). Dalam satu hari cuma dapat 4-5oz sahaja. Stok itu pun hanya saya bagi untuk bayi saya pada waktu malam sahaja tetapi masih tidak mencukupi. Kebanyakkan artikel yang saya baca untuk menambahkan susu badan dengan lebih kerap menyusukan bayi terus dengan susu badan dan dengan kaedah mengepam tetapi masalah ini juga tetap sama. Waktu siang memang saya bagi dengan menyusui susu badan dahulu diakhiri dengan susu formula. Walaupun saya mempunyai masalah puting tenggelam tetapi saya tidak berputus asa untuk memberi susu badan kepada bayi saya kerana anak yang pertama cuma dapat menyusu susu badan hanya dalam tempoh tidak sampai seminggu. Saya bersyukur kerana anak yang kedua ini lebih dari 1 bulan menyusu cuma saya hanya nak menambahkan pengaliran susu badan sahaja.
    2) Pada permulaan mengepam, saya dapati susu badan saya agak pekat kekuning-kuningan tetapi akhir2 ini warnanya putih dan cair. Adakah bagus untuk dibagi kepada bayi saya kerana mak saya beritahu susu tersebut tidak bagus untuk bayi saya tetapi saya tetap bagi bayi saya minum.
    3) Untuk menghasilkan susu badan yang banyak saya telah mengamal minum air suam, susu anmum dan juga jus lobak putih. Permulaan penyusuan memang agak banyak dan selalu menitik di bra saya tetapi sekarang sudah berkurangan walaupun saya tetap mengamalkan minum minuman seperti di atas. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Bolehkan saya mencuba kapsul halba (Fenugreek) atau Domperidone? Tidakkah ia memudaratkan saya dan bayi nanti?

    Salam Puan Yanty, puting tenggelam bukan masalah utk menyusu. Puan masih boleh menyusukan bayi secara terus (direct feeding) dan latih bayi melekap dgn betul. Rujuk artikel Teknik Lekapan.
    Persoalan saya, mengapa puan memberi bayi susu perahan pada waktu malam? Ada kemungkinan dlm situasi puan sekarang, puan mengalami kekurangan susu kerana puan kurang direct feeding. Mengharap kpd mengepam sahaja memang kurang berkesan utk menambah penghasilan susu. Hisapan bayi terus dpd payudara adalah mekanisme paling berkesan utk menambah penghasilan susu. Jadi nasihat saya, susukan bayi secara terus terutama pada waktu malam. Bayi perlu menyusu secara purata 10-12 kali dlm tempoh 24 jam, bermakna dia perlu menyusu setiap 2 jam.
    Berkenaan susu berwarna kekuningan, adakah ia kolostrum? Bilakah puan memerap susu kekuningan itu? Jika pada 3-4 hari pertama usia bayi, ia memang kolostrum. Kolostrum adalah makanan terbaik utk bayi baru lahir kerana mengandungi antibodi yg melindunginya daripada jangkitan penyakit.
    Jangan terlalu mengharap pengambilan supplement boleh meningkatkan penghasilan susu. Puan harus lebih kerap direct feeding. Hentikan pemberian susu formula dan gantikan dgn direct feeding setiap 1-2 jam. Makan makanan berkhasiat, yakin dan berfikiran positif, kurangkan stress, rehat secukupnya, Insya Allah penghasilan susu akan bertambah.

  • Yanty, Miri:

    Askum,
    Sejak minggu yg lalu sya tlh disarankn oleh jururawat/doc utk mengambil pil perancang. Mslh sya susu bdn sys langsung brkurangn dr sehari ke sehari dan skrg tiada lagi cuma setitik dua shj. Sya tlh dimklmkn oleh doc ini adalh slh satu risiko sekiranya mengambil pil perancang. Kwn2 pun memberi pendpt yg sama. Skrg anak sya hanya mengambil susu formula sepenuhnya. Memandangkn skrng bln puasa, jd sya kekurangn minum air suam. Adakh cara lain blh membantu sya mengatasi mslh saya ini?

    salam yanty, apakah jenis pil perancang yg diambil? Jika selain dpd Noriday, saya percaya pil perancang itulah yg menyebabkan penghasilan susu berkurangan. Semasa doktor memperskripsikan pil perancang tersebut, adakah beliau memberitahu kesannya kepada penyusuan ibu? Kerap juga berlaku doktor tidak peka kepada usaha ibu utk menyusukan bayi sehingga 2 tahun (sesetengah doktor tidak pro breastfeeding, maaf jika ada doktor terbaca statement ini.. ianya berlaku kpd saya sendiri).
    Yanty harus menghentikan pil perancang tersebut dan bertukar kpd pil Noriday (ia tidak menjejaskan pengeluaran susu) atau jika Yanty tidak sesuai dgn pil Noriday, minta nasihat doktor tentang alternatif perancang yg lain.

  • Anah:

    Salam,

    Anak ke 3 sy exclusively breastfeeding + EBM. Sekarang baru 3 bulan lebih. Stok alhamdulillah byk di peti, sy buat masa cuti bersalin. Mulai anak berusia 2 bulan, sy mula bekerja (7.00 am – 7.00pm) baru smpi rumah. Masalah sekarang, anak saya tidak mahu lagi puting sy, lebih suka puting botol. Setiap malam, sebelum tido dia akan menangis kelaparan. Bila dia sudah mamai2 nak tido, baru dia hisap puting sy. Alhamdulillah sy dikurniakan susu yg banyak. tp sy takut, bila kekurangan direct bf, akan mengurangkan susu sy. Untuk makluman, purata dia direct bf dgn sy 2-3 kali shj. Siang hari mggunakan EBM melalui botol susu sepenuhnya.

    Weekend, sy pastikan dia direct bf, alhamdulillah. tp bila mula hari Isnin, dia akan buat lagi (tidak mahu direct bf). Mohon nasihat

    Sekian, tk

    Salam Puan Anah, sesetengah bayi gemar puting botol dan tidak mahu direct feeding dari payudara… ada pula bayi yang tidak mahu langsung puting botol dan hanya mahu direct feeding melalui payudara ibu sahaja. :)
    Baby yg tidak mahu direct feeding daripada payudara ibu adalah kerana dia sudah “selesa dan seronok” dgn puting botol kerana dia tidak perlu berusaha keras menggunakan otot rahangnya sebagaimana dia menyusu direct dpd ibu. Susu daripada botol akan mudah mengalir keluar. Perkara ini memang sukar dineutralkan kerana memang begitulah keadaannya apabila ibu memperkenalkan puting botol kepada bayi.
    Sebab itu penyusuan botol sebenarnya tidak digalakkan kerana masalah keliru puting memang akan terjadi. Alternatif yg selalu dicadangkan ialah menggantikan penyusuan botol dgn penyusuan menggunakan sudu atau cawan kecil. Walau bagaimana pun tidak ramai pengasuh yg mahu menyusukan baby dgn cara ini kerana merasakan ia leceh dan lambat berbanding memberi botol kepada baby. Tidak memperkenalkan puting botol kepada bayi adalah pilihan terbaik dari awal lagi utk mengelak masalah keliru puting tetapi tidak ramai yg mahu melakukannya.
    Jika ibu tiada pilihan… waktu ibu bekerja baby kena minum juga dpd botol, apabila bersama ibu baby kena minum dpd ibu. Ibu hanya boleh berharap baby akan “faham” peraturan ini. :)

  • Nurul:

    salam k.nieza..

    baby saya dah berumur 2 bulan lebih. Semasa awal kelahiran dulu, saya berikan baby direct feeding dan EBM serta susu formula. namun sejak akhir-akhir ini, baby sudah tidak mahu minum susu formula kerana setiap kali diberikan susu formula, baby akan memuntahkan semula. Ini mungkin disebabkan saya lebih banyak memberikan baby bf. Jadi saya berusaha untuk menyediakan susu yang diperah agar bekalannya cukup ketika saya keluar bekerja. Saya sendiri sebenarnya memang berharap dapat memberikan hanya susu saya kepada baby. Apa yang menjadi masalah dan persoalan kepada saya, saya ingin mengurangkan berat badan. Apakah bf akan berkurangan jika saya mengurangkan kuantiti makanan yang diambil? Saya juga ingin mengambil pil perancang tetapi bimbang bf akan berkurangan. harap k.nieza dapat membantu.

    Salam Nurul, nampaknya baby pun tahu susu apa yg terbaik dan paling sedap untuknya…:) Tahniah kerana berusaha utk memberi susu ibu kepada baby. Pada ketika ini Nurul sudah boleh mula mengepam dan menyimpan stok EBM dan melatih baby minum EBM (sebaiknya menggunakan sudu atau cawan kecil utk mengelakkan masalah keliru puting) sebagai persediaan kembali bekerja nanti. Hentikan pemberian susu formula kerana baby Nurul sepatutnya exclusive breastfeeding, iaitu hanya minum susu ibu sahaja tanpa minuman lain waima air masak apatah lagi susu formula. Menyusulah dgn kerap kerana semakin kerap baby menyusu maka penghasilan susu ibu akan bertambah.
    Ibu yang menyusukan bayi lebih mudah mengembalikan berat badan ke berat asal seperti sebelum hamil kerana menyusukan baby akan membakar banyak kalori dalam badan (sebab itu ibu menyusu cepat lapar :) ) Namun begitu mengurangkan makan tidak begitu menjejaskan kuantiti susu yg dihasilkan asalkan ibu tetap mengamalkan diet yg seimbang iaitu makan makanan berkhasiat. Banyakkan minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yg boleh menggalakkan penghasilan susu ibu.
    Mengenai pil perancang kehamilan, kebanyakan pil perancang boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Pil perancang Noriday sesuai utk ibu menyusu namun tidak semua ibu sesuai dgnnya. Berbincanglah dgn doktor untuk menentukan kaedah terbaik dan sesuai utk Nurul. Tegaskan kpd doktor bahawa Nurul menyusukan bayi dan mahu meneruskan penyusuan sehingga 2 thn.

  • Nurul:

    thanks k.nieza atas nasihat yang diberikan..

  • as:

    saya bekerja bermula jam 7.30pg-4.30ptg. bertolak dari rumah kira2 jam 6.45 pg dan tiba di rumah kira2 jam 5.30ptg.. buat masa ini saya menyusu badan penuh tanpa susu formula dan secara direct feeding kerana bby ditinggalkan di nursery jabatan..

    salam, bagusnya jabatan yg menyediakan nursery begini

    masalah saya,
    1. bagaimana mahu mgajar mnyusu melalui botol bagi mmudahkan pengasuh myusu baby semasa ketiadaan saya?

    mengajar baby menyusu botol ada pro dan kontra. pro.. mudah bg pengasuh menyusukan baby. kontra… baby akan mudah keliru puting dan kemungkinan besar akan menolak menyusu direct. alternatif yg dicadangkan ialah memberi baby menyusu melalui sudu atau cawan kecil. namun begitu jika mahu juga melatih baby menyusu melalui botol, biarkan org lain yg melakukannya kerana biasa baby menolak jika ibu sendiri yg memberinya botol (baby kenal bau susu ibu ada dekatnya :) )

    2. brp lama susu yg disimpan ditempat beku dan tmpt biasa (dlm peti sejuk) bleh bertahan??

    suhu perahan tahan 3 bln di tempat beku, 5-7 hari di tempat biasa dlm peti sejuk.

    3. bolehkan susu perahan yg disimpan di tmpat beku di kluarkan dan di simpan di tpt biasa (dlm peti sejuk) dan berapa lama ia bleh bertahan??

    biasanya susu beku boleh diturunkan ke tempat sejuk biasa pada mlm hari sebelum menggunakan susu pada siang esoknya. Susu ini perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkan susu tersebut pada sebelah mlmnya.)

    4. bolehkan susu yg diletakkan dlm ice bag disimpan semula ke dlm peti sejuk dan brp lama ia bleh bertahan?

    biasanya kita akan bawa susu perahan di pejabat balik ke rumah menggunakan cooler bag. susu perahan itu boleh dimasukkan ke dlm peti sejuk (tempat biasa) atau ke dlm tempat beku. ketahanannya sama spt jawapan no 2 di atas.

    Baca selanjutnya kaedah penyimpanan susu dalam artikel berkaitan.

  • ibu sedih:

    salam kak nieza,

    aanak sy baru nak msk 3 bln, dan saya br masuk keje lbih kurg 2 mggu..spnjg tmpoh bcuti saya tiada mslh menyusukan bayi dan merupakan tempoh plg gembira bg saya.. tetapi sblm sy mula bkerja, MIL beri susu formula krn dia merasakan susu yg sy bekalkan tdk ckp..mcm mana nak ckp kalo susu yg diperah lbh awal dibuang krn katanya xelok utk bayi..hnya susu perahan pagi diberikan, itupun hnya sebahagian..dan 2-3 hari ini, anak sy tdk mahu direct feed slps blk keje, usaha2 di ats sy ttlh buat, tp gagal krn tiapkali diberi susu bdn baby mengamuk dan MIL terus beri susu formula..hendak ditegur bnyk hati perlu dijaga..sy sdih dan risau lama2 nant anak dah xmau susu direct krn hnya masa beri susu bdn la sy dpt bonding dgn anak stlh seharian keluar bekerja..dan sy risau bekalan susu akan berkurangan..buat ms ni perahan susu di pg hari min 6oz, max 10oz

    bolehkah kak berikan cdgn utk mslh sy ni kalo nak elak susu krg n baby nak nyusu smula

    salam, nampaknya baby puan telah mengalami keliru puting dan juga cenderung kepada susu formula. perkara utama dalam masalah puan adalah ibu mertua yg kurang faham pengendalian susu perahan kerana menyangka susu tidak boleh disimpan lama. berbincanglah dengan ibu mertua dengan membawa bersama risalah/artikel/buku tentang pengendalian susu perahan agar beliau yakin bahawa susu yg puan bekalkan masih elok dan jauh lebih baik berbanding susu formula yang diberikan kepada bayi puan. berikan contoh ibu2 yang pernah berjaya menyusukan anak dgn susu ibu dan kebaikan2 penyusuan eksklusif. jika ibu mertua memahami kaedah pengendalian susu ibu dengan betul saya kira tiada masalah menggantikan kandungan dlm botol yg diberikannya kepada bayi puan dpd susu formula kpd susu perahan. Ajaklah juga suami utk sama2 menanggani masalah ini.
    Jika ini boleh dilakukan saya yakin usaha puan utk kembali memujuk bayi puan direct feeding akan lebih mudah, insya Allah.

  • salam 1 malaysia..saya perlukan bantuan sikit..saya ada anak perempuan berumur 19bulan dan masih menyusu badan.masalahnya sekarang air susu badan saya semakin berkurangan dan sakit disebabkan anak saya suka menggigit.saya dah try letak serbuk kopi disekitar puting saya tapi anak saya bedal juga…saya nak cerai susu disebabkan nak continue kerja.saya dah try macam2 produk susu dan puting/botol susu tapi anak saya tak nak dan memberontak.bagaimana caranya lagi saya nak latih anak saya menyusu dalam botol?masalah saya lagi,payudara sebelah kanan saya kecil berbanding payudara sebelah kiri besar.sewaktu anak saya masih bawah 5 bulan dia tak suka menyusu sebelah kanan.bagaimana nak seimbangkan kebesaran payudara saya?

    salam. usia anak puan baru 19 bulan, bermakna belum lengkap 2 tahun tempoh penyusuan ibu yang disarankan. nampaknya bayi puan belum bersedia bercerai susu, malah dia tahu susu ibu lebih baik daripada mana-mana produk susu formula di pasaran. saya cadangkan puan teruskan penyusuan ibu, kemahuan bayi utk menyusu menandakan penyusuan ibu masih diperlukan dan ini akan membantu menambah pengeluaran susu puan yg sudah mula berkurang. mungkin kekurangan susu itu disebabkan puan telah setkan di dalam minda untuk memberhentikan penyusuan ibu. teruskan penyusuan ibu sehingga anak puan berusia 2 tahun.
    sebenarnya bayi tidak semestinya dilatih menyusu daripada botol selepas bercerai susu. bayi yang berumur 2 tahun sudah boleh minum melalui cawan. ini lebih baik untuk mengelakkan masalah lain pada masa akan datang seperti kebergantungan kepada botol sehingga sukar pula memberhentikan penyusuan botol apabila anak sudah memasuki alam persekolahan kelak. penyusuan botol juga cenderung menyebabkan masalah pergigian kepada anak-anak.
    saiz payudara yang berbeza adalah normal bagi semua orang. ibu yang menyusu mempunyai banyak kelenjar susu di dalam payudara. selepas berhenti menyusu saiz payudara akan kembali kepada saiz asal apabila kelenjar susu tidak lagi menghasilkan bekalan susu di dalamnya.

  • sal:

    1.adakah perahan susu sebelah kanan dan kiri boleh disimpan dalam satu botol yang sama?

    boleh. tidak ada masalah.

  • ina:

    salam..
    Puan..saya ingin bertanya masalah,mengapa anak saya yang berusia 5 bulan tidak mahu lagi menyusu badan.

    salam, saya perlukan penjelasan, apakah yg dimaksudkan dgn tidak mahu menyusu badan… tidak mahu menyusu terus dpd payudara ibu? atau tidak mahu minum EBM?
    Adakah puan telah memperkenalkan susu formula dan penyusuan menggunakan botol kepada bayi puan?

  • Azma:

    Anak saya sekarang berumur 2 bln lebih. Sepanjang kelahirannya saya tidak pernah menyusu secara direct kerana dia sentiasa menolak bila saya ingin beri direct BF kepadanya. Jadi saya terpaksa pump dan masukkan ke dlm botol. alhamdulillah susu badan saya walaupun anak saya tidak minum direct tetapi saya dapat pump dlm kuantiti yg byk & mencukupi utknya. Tetapi saya mcm hilang 1 nikmat sbg seorg ibu kerana tak dpt nk menyusu anak secara terus. Adakah saya masih ada peluang utk menyusu secara terus sekiranya saya mengajar dia menyusu ketika umurnya sudah mencecah lbh dr 2 bln?

    salam. benar penyusuan ibu bukan sekadar memberi bayi minum susu ibu tetapi di sebaliknya ada ikatan (bonding) yg akrab antara ibu dan anak melalui penyusuan terus dari ibu. puan masih belum terlambat untuk melatih bayi untuk direct feeding kerana usia bayi puan baru 2 bulan lebih. namun sebelum itu kenalpasti mengapa bayi tidak mahu menyusu terus, adakah puan mempunyai keadaan puting tengelam? atau bayi mempunyai masalah lidah seperti tougue tie? jika puan mempunyai puting tenggelam, bayi sebenarnya masih boleh menyusu terus daripada payudara ibu kerana penyusuan ibu bukan menghisap puting sebaliknya mulut bayi perlu merangkum sebahagian besar areola di sekeliling puting ibu. rujuk artikel berkenaan puting tenggelam.
    latih bayi menyusu direct daripada payudara ibu semasa bayi dalam keadaan tidak terlalu lapar dan tidak terlalu mengantuk. mungkin ia akan mengambil masa kerana bayi yg sudah biasa minum daripada botol memang akan memilih penyusuan botol kerana ia lebih mudah. sementara itu puan boleh gantikan penyusuan botol dengan penyusuan menggunakan sudu atau cawan kecil untuk mengurangkan “persaingan” antara puting ibu dan puting botol. bayi baru lahir sebenarnya mempunyai naluri hisapan semulajadi yang kuat jadi sepatutnya bayi akan dengan sendirinya mampu menyusu terus daripada payudara ibu sejak lahir lagi.
    latih bayi dengan sabar dan jangan memaksa bayi puan jika dia tidak mahu menyusu terus daripada payudara pada percubaan pertama, kedua atau ketiga. puan tidak ada masalah susu kurang jadi saya yakin proses melatih bayi untuk direct feeding akan menjadi lebih mudah.
    semoga berjaya.

  • Ayu:

    Salam…anak saya berusia 2 bulan dan saya menyusu BF..msa diddlm pantang saya ada mengajar anak saya menyusu bagi persediaan bila masuk kerja..masa itu dia boleh menerima botol susu tetapi sekarang bila saya sudah mula berkerja dia sudah tidak mahu menyusu..makin hari makin kurang susu yg diminum waktu saya bekerja…jika dulu dia boleh minum 12 oz sekarang 4 oz pun susah nak abis…bermacam puting telah saya cuba masih belum mendatangkan hasil…anak saya minum tapi tak byk dan kadang2 tidak mahu minum susu perahan…dan satu lagi masalah saya apabila melihat anak menolak susu saya ibu mertua saya memberikan susu formula dan kadang kala bayi saya akan minum susu formula daripada susu yg saya perah…apa yg boleh saya buat supaya bayi saya mahu minum susu perahan kembali?

  • Ima:

    salam Puan,
    saya mmpunyai bayi berusia 3 bulan yg xclusive breastfeeding. Masalah saya skrg, bayi saya tidak mahu menyusu badan setelah dia mulai belajar menghisap jari. Boleh dikatakan sepanjang masa dia menghisap jari. Bila dia nampak puting saya ketika saya ingin menyusukannya, dia menangis. Bila dia lapar, dia sanggup mnghisap jarinya sehingga terlelap. Pernah juga saya memakaikan dia sarung tangan tapi dia akan menangis seharian. Buat pngetahuan Puan, bayi saya ceria dan tidak mempunyai apa2 masalah kesihatan. Dlm 1 hari hanya 5-6 kali saja dia menyusu itupun saya ambil kesempatan sewaktu dia tidur sambil menghisap jari. Bagaimana saya hendak mengatasi masalah ini. Buat pengetahuan puan, seblm ini bayi saya kuat menyusu (2-3jm sekali) dan mempunyai badan yang semangat tetapi sejak akhir2 ni berat badannya mulai menurun dan bdannya susut. Saya mulai risau. Tolong berikan pandangan….

  • Ima:

    salam Puan,
    saya mmpunyai bai berusia 3 bulan yg xclusive breastfeeding. Masalah saya skrg, bayi saya tidak mahu menyusu badan setelah dia mulai belajar menghisap jari. Boleh dikatakan sepanjang masa dia menghisap jari. Bila dia nampak puting saya ketika saya ingin menyusukannya, dia menangis. Bila dia lapar, dia sanggup mnghisap jarinya sehingga terlelap. Pernah juga saya memakaikan dia sarung tangan tapi dia akan menangis seharian. Buat pngetahuan Puan, bayi saya ceria dan tidak mempunyai apa2 masalah kesihatan. Dlm 1 hari hanya 5-6 kali saja dia menyusu itupun saya ambil kesempatan sewaktu dia tidur sambil menghisap jari. Bagaimana saya hendak mengatasi masalah ini. Buat pengetahuan puan, seblm ini bayi saya kuat menyusu (2-3jm sekali) dan mempunyai badan yang semangat tetapi sejak akhir2 ni berat badannya mulai menurun dan bdannya susut. Saya mulai risau. Tolong berikan pandangan….

  • Shikin:

    Puan,
    Bayi saya berusia 3 bln. saya hantar dia ke taska dgn bekalkan susu yg saya pam sendiri. Masalah sy ialah, apabila pulang ke rumah dia tidak mahu menyusu direct dr payudara saya. Saya tahu dia lapar tp puas saya beri susu dia tetap tidak mahu menyusu direct. kadang2 dia hisap, tarik dan lepas puting susu saya. Saya terpaksa beri dia puting kosong utk dihisap kerana sy tak mahu pamkan susu saya utk dia jika kami dirumah bersama. lepas beberapa ketika baru saya cabut puting kosong dan berikan puting susu saya. Apabila dia isap direct, dia tak isap betul2.. isap sekejap dan tidur.. isap dan tidur.. kenyangkah die kalau begitu? saya tahu dia lebih suka minum susu dari botol. tp saya tetap mahukan dia susu secara terus apabila berada di rumah dengan saya. Dan lagi satu saya merancang utk stop puting kosong, saya pernah cuba tapi tidak berjaya. bayi saya seharian menangis kerana tidak ada puting. terutamanya waktu dia nak tidur.

  • shaida:

    Puan,
    Bayi saya berusia 4 bulan dan berusaha mahu menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun.tapi masalah saya sekarang ialah bayi tidak mahu direct dari saya lagi sejak saya kembali bekerja.puas saya mencuba tetapi bayi akan menolak mulut nyer setiap kali saya sua payudara saya, ini yang membuatkan saya terpaksa mengepam susu siang dan malam supaya bayi dapat terus menyusu dengan susu saya sendiri melalui botol.kalau boleh saya mahu bayi direct dengan saya ketika saya berada bersama nyer dan hanya menyusu botol ketika saya bekerja sahaja.tiada la pengalaman saya bayi mengigit puting ketika menyusu seperti rakan-rakan lain yang becerita kerana bayi tidak mahu direct terus pada saya.tolong berikan tunjuk ajar

    salam. bayi yg berusia 4 bulan memang sudah cerdik utk memilih. ada sesetengahnya tidak mahu menyusu botol dan hanya mahu direct kerana ibu sudah lama bercuti dan menyusu direct sahaja, dan ada pula bayi hanya mahu menyusu melalui botol dan tidak mahu menyusu direct seperti yg puan alami.
    bayi yg gemar menyusu melalui botol sudah merasa ‘amat selesa’ menyusu botol kerana tidak perlu menggunakan otot mulut dan otot rahang yg kuat utk mendapatkan susu kerana susu botol mengalir laju tanpa perlu menghisap dgn kuat. utk memujuknya kembali menyusu terus melalui payudara, ada beberapa perkara boleh dilakukan:
    i. gantikan penyusuan botol dgn kaedah lain spt cup feeding. ini bertujuan melupakannya seketika pada puting botol;
    ii. pujuk bayi menyusu direct melalui payudara dlm keadaan dia belum terlalu lapar atau mengantuk;
    iii. tingkatkan penghasilan susu kerana bayi mungkin akan mengamuk jika susu kurang ketika dia menyusu direct melalui payudara;
    iv. perah susu seketika sebelum menyusukannya supaya apabila disuakan payudara susu sudah banyak dan bayi tidak mengamuk kerana sukar mendapatkan susu
    v. jangan mudah putus asa, jika bayi menolak pada cubaan pertama, beri dia menyusu melalui cawan dgn cara menghirup susu melalui cawan atau sudu kemudian cuba tawarkan payudara semula.
    vi. jika mahu menggunakan botol juga gunakan puting yg mempunyai lubang paling kecil atau lubang berbentuk Y yg hanya akan mengeluarkan susu apabila dihisap

  • ani:

    nak berkongsi pengalaman untuk ima,
    Bayi saya pun bila 3 bulan sudah belajar hisap jari dan menolak terus direct bf,jangan risau sebab bayi kita memang cerdik, kena tabah dan cekal terus bagi direct bf bila dia betul-betul lapar dan baru bangun dari tidur. Ataupun pujuk dia Macam kejam sikit tengok dia tidur dalam keadaan lapar, tapi lepas bangun sahaja terus minum tanpa menolak. Lama kelamaan perangai dia akan berubah. Yang penting jangan putus asa.

    thanks pn ani kerana sudi berkongsi pengalaman :)

  • azma:

    Salam..

    Sis mcmana nak dapatkan MEDELA supplement Nursing System?

    salam. call or sms akak 013 4921262 utk maklumat lanjut.

  • jue:

    Salam.
    Baby saya sekarang sudah 3 bln, ank saya menyusu badan sepenuhnya.. Melalui kekerapan bayi menghisap dan kekerapan mengepam susu akan bertambah.. Masalahnya bayi saya langsung tidak mahu dengan puting susu botol.. Bolehkah susu bertambah sekiranya saya langsung tidak mengepam hanya menyusu bayi dengan kerap sahaja?

    salam, jika puan tidak bekerja dan boleh menyusukan bayi secara direct 8-12 kali sehari… inilah yg terbaik berbanding mengepam, kerana rangsangan menyusu terus daripada payudara ibu lebih kuat berbanding rangsangan mengepam.
    namun begitu jika puan bekerja dan meninggalkan bayi sepanjang waktu siang maka puan perlu mengepam bagi menggantikan sesi bayi menyusu direct utk memastikan penghasilan susu tidak terhenti.
    masalah bayi tidak mahu menyusu botol tidak ada kaitan dgn mengepam. jika puan mengepam dan menyimpan stok susu utk ditinggalkan kpd pengasuh semasa puan keluar bekerja, bayi masih boleh menikmati susu ibu yg diperah menggunakan kaedah lain selain botol, sama ada cup feeding (menyusu menggunakan cawan kecil), finger feeding (jarang diaplikasi di Malaysia tetapi popular di US), menggunakan picagari dan lain-lain kaedah yg sesuai.
    sbg perkongsian, saya sendiri berhenti mengepam sebelum anak berumur 2 tahun, anak lebih kerap menyusu direct dan susu masih ada sehingga sekarang (anak saya sudah 5 tahun lebih!!)

  • AKMA:

    salam…
    baby saya sekarang dah 2bln lebih.masa lepas bersalin baby xnk susu direct,baby nak melalui botol.bile dalam pantang saya bg bf dia nak,semasa baby demam n dimasukan wad xnk bf jd saya terpaksa perah dan campur dgn susu formula..selang beberapa hari baby nk bf lak sampai sekarang.2mingu sebelum saya mula kerja saya dah praktik byk cara contohnye bg susu melalui sudu tapi xnk lak.melalui puting pun xnk jgk..mcm2 jenis puting sy bli baby xnk..akhirnya sy beli puting bentuk mcm puting ibu baby isap tp hari esknye xnk pulak..sy xtau nk buat mcmane dh..baby nk bf je..sampai pengasuh telefon saya cakap baby xnk susu dan saya terpaksa balik..
    saya harap kak nieza dpt bg pendapat dan saranan.

  • t'rah:

    Assalamualaikum…
    Anak saya berumur 2 bln lebih, tak lama lagi saya akan kembali bekerja, masalahnya anak saya tidak mahu menyusu menggunakan puting botol. Setiap kali saya susukan dia dengan menggunakan puting botol , baby saya akan menangis dan mengamuk walaupun susu tersebut adalah susu yang saya perah…saya sangat susah hati memikirkannya..ada sesiapa yang blh tolong saya menyelesaikan masalah ini….

    w’salam. masalahnya sekarang bayi puan bukannya tidak menyukai rasa susu itu tetapi bayi puan tidak menyukai puting tiruan…. dia mungkin mahukan direct feeding sahaja. memang agak rumit melatih bayi menyusu menggunakan puting tiruan dan ada kemungkinan nanti bayi menyukai puting botol dan menolak puting ibu pula! ada beberapa cara boleh dilakukan, antaranya tidak menggunakan puting botol tetapi menggantikan dgn kaedah cup feeding (menggunakan sudu), finger feeding (menggunakan jari – kaedah ini jarang ditekankan di Malaysia) atau menggunakan picagari. namun jika puan memilih penyusuan botol juga (mungkin utk memudahkan pengasuh) puan kena sanggup bereksperimen dgn pelbagai jenis puting hingga bertemu puting yg disukai bayi puan.

  • siti:

    as-salam,,

    boleh sesiapa tolong tak, anak saya dah 10 bulan still taknak minum susu gunakan botol, so far dengan saya b/f n kekadang kacam susu tak berapa ada saya dan penjaga gunakan syringe untuk pam susu ke dalam mulut dia….sebrg cadangan ker????

  • idayu:

    salam puan,

    Anak sya yg kedua b’umur 4 bln dn skg tidak mahu minum susu guna botol..pd awal umur baby 2 bln dia nk minum susu guna botol apb antar ke nursery..dn skg tdk mahu dah…puas sya pk bagaimana nk solve poblem nih..kalau baby ngan sya mmg fully b/f tp ade jugak sya try guna botol tp still x nak…adakah ia disebabkan susu atau puting..puting dh byk sya bli but still baby xnak..

    soalan sya

    1) kenyang ke baby kalu guna stringe/cup kalau baby still xnak minum guna botol
    2) cup apa yang sesuai utk baby umur 4bln

  • shima:

    hai kak…,anak saya sudah berusia 3 minggu, namun jaundis yg dihadapinya masih lagi 170 , ramai kawan2 mengesorkan agar saya memberi anak susu fomula agar anak saya kerap berak dan kencing, tapi saya bimbang anak saya keliru dng puting tiruan, sebab saya benar 2 inginkan anak saya menyusu badan, adakah benar dng memberi anak saya susu tambahan (susu fomula) jaundis yg di hadapinya akan sembuh?…ibu bingung….

    susu formula (atau apa saja susu lain selain susu ibu) bukanlah penyelesaian kepada masalah jaundis. jaundis memang boleh dikurang jika bayi membuang air besar dan air kecil sekaligus membuang kandungan bilirubin dalam badan. jaundis bagi bayi baru lahir biasanya disebabkan organ hati yang belum matang untuk menyingkirkan bilirubin dalam darah. memberi bayi susu formula akan merumitkan masalah kerana susu formula tidak sesuai dengan sistem pencernaan bayi baru lahir, boleh menyebabkan masalah lain seperti sembelit, keracunan, cirit birit dll.
    susu ibu adalah penyelesaian terbaik kerana susu ibu adalah susu yg paling sesuai untuk bayi baru lahir. teruskan memberi bayi puan susu ibu dengan kerap tanpa perlu menetapkan waktu penyusuan dan lama mana bayi menyusu. ada juga kemungkinan bayi menghidap jaundis kerana kekurangan susu, oleh itu susui bayi puan dengan kerap.

  • sarah:

    kak niza..bayi saya nak masuk 3 bulan.tapi sejak 3 minggu lepas dia xnak direct bf sebab da nipple confius.mula2 tu dia minum jugak direct bila mlm.tapi skrg terus xnak.adakah saya masih berpeluang utk pujuk dia direct bf??

    salam, secara amnya bayi yg masih kecil lebih senang dipujuk utk kembali direct bf berbanding jika usia bayi sudah besar. harap puan tidak putus asa melatih bayi kembali menyusu terus dari payudara. atasi masalah nipple confusion dgn tidak memberinya puting tiruan (botol) dan gantikan dgn cup feeding.

  • sarah:

    salam kak niza..

    saya plan nak beli medela Supplement nursing system nak atasi mslh keliru puting disamping cup feeding.betul tak tindakan saya ni kak??

  • diyana:

    salam kakniza…

    anak saya sekarang nie sudah menjangkaui usia 2bln lebih,masalah sekarang saya terpaksa tinggalkan anak saya dengan ibu mertua saya,kerana pada siang hari saya bekerja.yang merusingkan saya banyak sudah byk saya menukar susu dan memerah susu saya untuk anak saya menyusu botol tapi tidk berhasil juga,nampak saja botol menangis mcm kena pukul saja,macam macam cara saya usaha termasuk beri dengan sudu,ataupun dengan sedut jarum suntikan..dengan sikit2 la.tapi pandai pulak anak saya luahkan balik susu yang diberi itu.sekarang ni buntu sudah saya mcm mana nak atasi ini..minta tolong bantu saya.

  • rose:

    Assalamualaikum puan,

    anak saya 11 bulan, dah nak masuk setahun dah. tapi dia tiba tiba tak mahu menyusu badan secara direct. kalau saya nak nyusukan dia, dia terus berpaling dan menangis. ataupun dia terus gigit tanpa cubaan menghisapnya.walaupun sakit dengan luka, tapi saya tetap menawarkan kepadanya. dan dia dah pandai mencubit dan menolak pulak.. sedangkan susu saya banyak masa tu. Dah seminggu saya menghadapi masalah ini.

    untuk makluman, saya hantar anak saya di taska dengan berbekalkan beberapa botol EBM setiap hari dan juga ada bekalkan susu formula kalau EBM tak cukup di taska. sebelum ni tak ada masalah langsung, semua susu dia minum (EBM n Formula) dan di rumah memang direct jer dari saya.

    adakah itu bermaksud dia sudah tidak memerlukan susu saya? adakah saya terus boleh berhentikan perahan saya ini, walaupun hasrat hati nak nyusukan dia selama yg mungkin? setakat ni, saya terpaksa memerah susu walaupun di rumah.

    satu maklumat lagi, saya perhatikan dia, sejak dia menolak menyusu direct dari saya, dia sudah banyak makan. sebelum ni, kuat menyusu dan kurang makan. adakah ini keputusan anak saya utk dia berhenti menyusu badan? harap dapat membantu kekeliruan saya ini. terima kasih.

  • nozaa:

    salam…kak niza, saya merupakan seorang ibu bekerja drpd 8.00am-5.00pm dan perlu menghantar bayi saya kat rumah pengasuh.mslh yg saya hadapi ialah bayi saya enggan menyusu menggunakan susu botol dan saya khuatir bayi saya tidak minum dalam kuantiti yang mencukupi jika diberi menggunakan sudu kerana susu yang diberi sering diluahkan semula…tidak ditelan.brapa oz kah yg sepatutnya diberikan utk bayi berusia 3 bulan?

  • Salam..
    saya mengandung 9 bulan tapi masih menyusukan anak berumur 2 tahun adakah kolostrum dihasilkan untuk bayi saya yg akan lahir

    salam. kolostrum akan dikeluarkan sebaik bayi dilahirkan bukan sebelum bayi lahir. oleh itu apabila bayi dilahirkan nanti, keutamaan menyusu harus diberikan kpd bayi baru lahir kerana dia memerlukan nutrisi dan antibodi yg terdapat di dlm kolostrum. saya nasihatkan utk anak yg lebih besar diberi minum susu perahan selama 3-4 hari kolostrum dihasilkan utk bayi baru lahir. apabila susu matang telah dikeluarkan, bolehlah kedua-dua anak berkongsi susu tetapi masih keutamaan diberi kepada bayi yg lebih kecil.

  • ema:

    salam akak,
    anak saya nak masuk 2bln dan sekarng sy tgh nak ajar dia memgunakan puting botol utk dihantar ke pengasuh..masalah yg sy hadapi sekarng ialah anak saya bolehla terima puting botol (sy tpaksa cekal wlaupun dia mgamuk2 pd awalnya dan byk puting dh dia cuba)yg lebih besar masalah sy ialah anak saya nak tido jika sy bf dia shj..dia rela tak tido jk diberi puting botol..mcm mn nk ajar dia supaya tdo sndiri?

  • pn.lailey:

    salam..
    Saya perlukan jawapan yang tepat:
    1.sekiranya saya meletakkan susu dibahagian sejuk(bawah), berapa lamakah ianya boleh disimpan sekiranya saya mengalihnya ke bahagian atas(beku)
    2.biasanya berapakah kuantiti susu yang diperlukan bayi untuk satu sesi penyusuan.
    3.sekiranya saya gemar minum nescafe atau kopi, adakah akan memberikan effect kepada penghasilan susu saya.

    salam. jawapan saya:
    1. susu perahan yg disejukkan di bahagian bawah boleh dinaikkan ke bahagian beku selepas 5 hari.
    2. kuantiti susu yg diperlukan bayi berbeza mengikut usia dan berbeza antara bayi, biasanya 2-4oz diperlukan utk bayi berusia 2-4 bulan. namun begitu ibu perlu membuat “eksperimen” sendiri dengan memberi bayi latihan minum susu perahan 2 minggu sebelum mula bekerja utk melihat kuantiti yg diperlukan bayi apabila ditinggalkan bersama pengasuh nanti.
    3. minuman berkafein akan mengurangkan kuantiti air dalam badan, oleh itu puan kena seimbangkan dengan minum banyak air. di samping itu dikatakan juga kafein boleh diserap ke dalam susu ibu, oleh itu sekiranya puan masih mahu mengambil minuman berkafein, dinasihatkan puan minum sebaik sebelum menyusukan bayi utk membolehkan kandungan kafein menurun dlm tempoh 2 jam kemudian (kerana 2 jam kemudian adalah masa penyusuan utk bayi).

  • zura:

    salam sis,
    saya baru melahirkan bayi ke-2 seminggu lepas. sy bertekad untuk bf xclusive 6 bln untuk ank ke2 ini memandangkan ank pertama dulu saya gagal melaksanakannya. permasalahan saya ialah bayi saya sgt kuat tidur dan amat susah untuk membuatkan dia terjaga untk diberikan bf. wpun saya b’usaha menghalakan puting dan menitiskan susu bg dia merasa sampai masa untuk menyusu, dia masih lali dan kdg2 menolak untuk menyusu. akibat tension krn gagal membuat dia terjaga,kdg2 sy biarkan shj dia trus lena hingga terjaga sendiri kelaparan. apa yg buat saya keliru,,bila disuakan puting badan,dia akn mnyusu sebentar dan mula terlena kembali mnjadikan hisapannya mnjadi perlahan dan berhenti. tolongla bg tips untuk buat bayi mudah dibgunkan untuk menyusu dan nasihat pd saya untuk atasi kekeliruan ini.
    ~tq~

    salam. bayi puan baru berusia seminggu dan memang menjadi kebiasaan bayi kerap tidur lama. namun begitu penyusuan ibu sangat penting utk membekalkan bayi dgn nutrien dan antibodi yg diperlukan pada usia awalnya itu. selain itu puan juga perlu menyusukannya utk merangsang payudara menghasilkan lebih banyak susu di samping mengelakkan payudara membengkak. seupaya mungkin puan kena kejutkan bayi dari tidurnya utk menyusukannya sekurang-kurangnya setiap 2 jam. jika bayi sukar utk dikejutkan dari tidur, antara panduan yg boleh diberikan ialah buka ikatan bedung bayi kerana bayi yg dibedung amat selesa utk tidur, selain itu bawa bayi ke tempat yg agak cerah dan sedikit bising kerana bilik yg suram, sunyi dan sejuk menyebabkan bayi tidur lena, atau boleh juga ajak bayi “bersembang” kerana bayi amat kenal suara ibunya yg selalu didengarinya semasa di dalam kandungan. mungkin suara ibu akan menarik minat bayi utk bangun dan menyusu.

  • ziera:

    salam…puan

    anak saya sekarang dh 6 bln..pd awl 3 bln dia langsung xnak menyusu dari badan..puas juga la saya pujuk untuk memberi susu badan tapi tetap juga xnak..dia pilih susu botol lagi dari susu badan..saya xpernah ajar minum susu formula lagi.kalau boleh saya ingin memberi susu dari badan..tapi bagaimana?

  • aYu:

    salam puan..saya ingin meluahkan permasalahn saya, bayi saya sudah berumur 2 bulan lebih, dan saya akan kembali bekerja seminggu lebih lagi..permasalahannya adalah bayi saya tidak mahu menghisap botol dan lebih suka bf..apabila diberikan botol bayi saya akan mengamuk:P..boleh puan bantu saya..

    salam. sesetengah bayi suka menyusu terus dpd ibu dan menolak minum dpd botol, ada pula yg suka minum melalui botol dan menolak menyusu terus dpd payudara ibu. situasi yg pertama adalah lebih baik kerana bayi yg gemar menyusu direct dpt merangsang payudara ibu menghasilkan lebih banyak susu. jika bayi tidak gemar puting botol, ada alternatif lain yg boleh digunakan spt minum dpd cawan (cup feeding) utk mengelakkannya mengalami keliru puting. jika ibu tetap mahu memberikan bayi minum daripada botol, dapatkan puting yg menyerupai puting ibu, puting yg mempunyai aliran rendah dan hanya mengeluarkan susu apabila dihisap (bukan puting yg aliran susunya laju). semasa melatih bayi menyusu menggunakan botol, minta org lain menyusukannya kerana bayi sangat kenal bau ibunya dan sudah pasti bayi cenderung mahu menyusu direct kerana tahu ibunya ada bersama.

  • normala:

    salam,,,sya akn b’kerja…ank akn dihntar ke rmah pngasuh…bgaimna sya hndak mngelak anak drpda keliru putng….ini krna sya tdak mhu mnyusahkn pngasuh dngan menyuruhnya membri mnggunkan sudu atau cup…

  • HMD:

    salam puan….
    sya mmmg mmberikan ebm sepenuhnya kpd byi saya. bayi saya mmg menyusu ebm melalui botol, tetapi yang menjadi masalah ialah byi saya mengamuk sekiranya mahu tidur walaupun sudah kenyang menyusu. bayi saya hanya akan tidur selepas diberikan bf,ini menjadi masalah kpd sya dan juga pengasuh yg mnjaganya….

  • nurul:

    salam puan…
    sejak anak saya lahir,saya dah memberinye susu botol,kerana susu saya tidak keluar…stelah anak saya kene demam kuning barulah saya memberi susu perahan,dan memberinye minum ngan botol….masalahnye sekarang nie,saya cube memberi susu badan pada anak saya,tapi dia menolak dan mengamuk,tapi saya agak pelik,bila ibu saya yang memberi,dia terus menghisap walaupun ibu saya tiada susu…apa yang tidak kene ngan saya sebenarnye?..tolonglah saya puan

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
July 2014
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Tags
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.