Melatih bayi yang “keliru puting”

Soalan daripada Hayati;

salam kak nieza….sy dah melahirkan baby 1bln yg lebih. bayi saya tlh keliru puting akibat kesilapan sy sendiri. adakah pengeluaran susu akan bertambah jika hanya dgn mengepam tanpa bayi menyusu direct?sekarang susu sy hampir kering dan ini myebabkan bayi sy menolak utk menyusu badan .sy juga rasa putus asa utk terus mengepam susu…sy betul2 rasa tertekan, bantulah saya….

salam hayati,

ada 2 persoalan besar di sini:

  1. bayi telah keliru puting
  2. adakah susu akan bertambah dengan mengepam sahaja tanpa direct feeding

Umur bayi Hayati baru 1 bln bermakna masih dalam pantang lagi. Masih belum terlambat utk melatih bayi latch on dengan betul dan kembali kepada direct feeding dan juga fully breastfeeding (saya rasa bayi telah diperkenalkan dengan susu formula). Kalau bayi sudah biasa minum susu formula harus hentikan pemberian susu formula dan fokuskan kepada direct feeding sahaja. Pastikan bayi menyusu setiap 1-2 jam sehingga bayi mahir untuk latch on dengan baik. Bayi dilahirkan dengan naluri hisapan yang kuat tetapi pengenalan terlalu awal kepada puting tiruan akan menyebabkan dia lebih selesa menyusu melalui botol kerana lebih senang untuk mendapatkan susu tanpa perlu menggunakan otot mulut dengan kuat.

Untuk melatih bayi kembali kepada direct feeding perlukan usaha kuat dan kesabaran yang tinggi. Pujuk bayi dengan bercakap-cakap dengannya memintanya menyusu pada payudara ibu. Beri dia menyusu ketika dia belum terlalu lapar sehingga mengamuk. Menyusulah dalam posisi yang selesa bagi ibu dan bayi sama ada dalam keadaan duduk atau berbaring. Bayi mungkin akan menguji kesabaran kita dengan cara “mengamuk” dan menolak payudara ibu. Ibu jangan putus asa sehingga mengalah dan akhirnya memberi susu formula di dalam botol kerana kasihan bayi lapar, menangis dan takut perut masuk angin. Inilah rasionalnya proses ini dilakukan ketika bayi belum terlalu lapar. Jika bayi masih menolak dan ibu gagal pada percubaan pertama, beri bayi minum susu ibu yang diperah dengan menggunakan sudu (jangan guna botol dan puting tiruan kerana ia akan memberi signal kepada bayi bahawa adanya alternatif menyusu yang lebih senang dan bayi akan mengulangi taktik yang sama iaitu menangis dan mengamuk). Selepas beberapa ketika cuba ajar lagi bayi menyusu dari payudara ibu. Jangan putus asa kerana Hayati masih dalam pantang dan masih bersama bayi sepanjang masa. Keadaan akan lebih mencabar jika ditangguhkan apatah lagi jika telah kembali bekerja.

Kekurangan susu mungkin satu faktor menyebabkan bayi tidak mahu menyusu terus daripada payudara ibu. Penghasilan dan pengeluaran susu memang akan bertambah dengan kerapnya mengepam. Tetapi rangsangan paling berkesan adalah  hisapan bayi. Jadi ajarlah bayi menyusu terus daripada ibu di samping tingkatkan kekerapan mengepam. Bayi baru lahir biasanya menyusu 10-12 kali dalam tempoh 24 jam (bermakna setiap 2 jam sekali). Jika bayi tidak direct feeding, gantikan dengan mengepam dalam kekerapan yang sama. Teruskan mengepam walaupun hasilnya hanya 0.5 atau 1 oz sahaja. Kekerapan mengepam akan memberi signal kepada otak bahawa permintaan terhadap susu adalah tinggi dan ini akan merangsang lebih hormon prolaktin dirembeskan untuk merangsang penghasilan susu. Tetapi hal ini bukanlah boleh berlaku dalam sehari dua tetapi memerlukan masa untuk berjaya.

Faktor jenis pam juga memainkan peranan.  Pam yang tidak selesa dan menyakitkan mungkin akan membantutkan usaha menambah pengeluaran susu kerana ibu menjadi stress apabila dalam kesakitan apatah lagi apabila melihat hasil yang kurang memberangsangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila puting ibu melecet akibat menggunakan pam yang menyakitkan. Pilih pam yang baik dan mengikut ritma hisapan bayi. Atau pun ibu boleh memerah dengan tangan, kurang menyakitkan tetapi perlukan teknik yang betul.

Di samping itu, ibu harus menjaga permakanan. Makan makanan yang seimbang dan awasi kalau-kalau ibu makan makanan atau ubat-ubatan (termasuk pil perancang) yang mengganggu penghasilan susu ibu. Jaga emosi, jangan stress dan tanamkan keazaman yang tinggi untuk memberi yang terbaik untuk anak kita.

Semoga berjaya Hayati.

p/s Artikel ini juga untuk Liza (Ipoh) yang telefon saya pagi tadi mengenai masalah yang sama. Semoga berjaya Liza.

78 Responses to “Melatih bayi yang “keliru puting””

  • anne:

    as’salam puan,

    skrg ank sy berusia 3 bln..masalahnya skrg ni ank sy sudah tidak mahu bf..mgkn kerana sy kurg memberinya bf pada bln puasa yg lalu kerana kekurgn susu..dan skrg sy mahu meneruskn bf kpd ank sy..tetapi setiap kali sy mahu memberikn bf padanya..dia akan memalingkn muka dan mengamuk..bagaimana cara yg perlu sy lakukan utk memujuk kembali ank sy utk bf..terima kasih…

  • nini:

    salam,
    anak saya sekrg berusia 3 buln lebih..semasa umur 1 hari sy dah memperknalkn susu formula dan bf..tapi pada usia 2 buln dia hanya nk bf shja..bila hntr mengasuh dia x nak langsung botol..bermacam cara dah dibuat tetapi tetap tak mahu botol..walau susu ibu diletak dlm btol..dia rela berlapar..kemudian saya ambil keputusan stop bf dan bg susu botol tpi pada masa sama saya pam susu dan susu fm tetap diberi.tapi sekarg susu saya berkurangan (hanya pam sahaja),bila saya cuba untuk bf balik anak saya x nak langsung..hanya nk botol..macmana saya nak banyakkan susu dan bf anak sya semula(untuk makluman sy bekerja dari jam 7 hgga jam 3)

    salam. dpd kenyataan puan di atas saya rasa ada kekeliruan di antara susu ibu dan susu formula. bayi puan telah membuat PILIHAN TERBAIK semasa berumur 2 bulan iaitu dia HANYA MAHU SUSU IBU sahaja (melalui direct breastfeed dan bukannya botol). Tetapi keputusan puan utk berhenti bf adalah kurang tepat. sepatutnya puan teruskan menyusu bayi secara direct ketika bersama, dan memerah susu ketika di pejabat. susu perahan itu boleh diberi dgn cara lain jika bayi tidak mahu botol iaitu menggunakan picagari, sudu atau cawan kecil. yg penting BAYI DIBERI SUSU IBU walau dgn apa cara sekalipun. disebabkan puan telah berhenti menyusu direct dan memberi bayi susu formula, maka penghasilan susu memang akan berkurangan. memerah susu dgn kerap memang boleh meningkatkan penghasilan susu tetapi hisapan bayi adalah mekanisme TERBAIK untuk merangsang penghasilan susu ibu. tiada pam terbaik di dunia yg dpt menggantikan hisapan bayi terus ke payudara ibu. masalahnya sekarang bayi puan sudah tidak mahu direct bf dan hanya mahukan botol. belum terlambat utk memujuk bayi kembali menyusu direct di samping meningkatkan penghasilan susu ibu.

  • anne:

    salam…

    ank sy berusia 4 bln…masalah keliru puting ni b’mula dr bln puasa lg..ini kerana pd bln tersebut sy jrg m’beri direct bf kerana kekurgn susu…sy telah melatih kembali dgn cara yg puan saran kan..tapi masih lg tidak berhasil..ank sy akn cuma mahu direct bf semasa dia mengangtuk (mamai) shj..bagaimanakah cara utk sy menangani masalah ini..??sy mahu terus memberi direct bf kpd ank sy..

    terima kasih.

    salam.ada kemungkinan bayi puan tidak mahu direct bf kerana merasakan susu sudah kurang (puan jarang bf semasa bulan puasa maka penghasilan susu sudah tidak laju spt sebelumnya). bayi yg biasa menyusu botol memang akan memilih botol yg lebih senang air susu mengalir dan sentiasa banyak. manakala menyusu terus dpd payudara “memenatkan” bayi kerana terpaksa menggunakan otot pipi dan pergerakan rahang utk mendapatkan susu. oleh itu puan perlu “bersaing” dgn penyusuan botol utk memenangi hati bayi puan. tingkatkan penghasilan susu dgn memerah lebih kerap, elakkan menggunakan botol dan puting tiruan sebaliknya gantikan dgn cup feeding, jika terpaksa menggunakan botol (terutama jika dihantar ke rumah pengasuh) pilih puting yg hampir menyamai puting ibu iaitu puting yg lubangnya kecil dan air susunya hanya akan keluar apabila dihisap (utk menggalakkan bayi menggunakan otot pipi utk menghisap)

  • mimie:

    Salam Kak…

    saya baru melahirkan anak pertama 3 bln yg lalu. skang ni saya dah mula bekerja. dan alhamdulillah…masih menyusu badan. waktu bekerja, saya akan sediakan EBM untuk anak saya. Masalah yang saya hadapi skang ni, anak saya mcm dah tak nak direct bf…sentiasa menolak…kecuali waktu die tido…mcm mana ye kak nak tarik minat die menyusu semula secara direct???….terima kasih

  • pn ju:

    sy akn mula bkrja 22hr dr skrg(byi brusia 68hr) telah seminggu sy brusaha utk mmprkenalkn byi sy dgn botol susu tp dia menolk dn mgamuk tdk mhu mnyusu,dia hnya mhu bf, sy rungsing utk tinggalkn dia dgn pgasuh krn tkut dia lapar..sy buntu bgmn harus sy lakukn supaya dia boleh mnyusu dgn botol n dlm ms yg sma still bf bila sy brsamanye..tolong bntu sy..

  • leena:

    salam..
    ank sya sudah berusia 3 bln lebih.masalahnya,adalah anak sya tdk kerap untuk bf, sya takut jika ada apa2 yang akan berlaku…anak sya juga tdk mahu untuk minum susu fm…sya berasa sangat risau..bagaimanakah untuk memujuk ank sya untuk menyusu kembali bf kpada saya?

  • hafienna:

    salam.,

    baby saya sudahpun berumur 4 bulan, masalahnya dia tidak mahu menghisap susu menggunakan botol. Saya telah cuba mengepam susu tapi dia tetap menolak. Untuk pengetahuan puan juga saya telah cuba beberapa jenis puting dari pelbagai jenama tapi keadaan masih tidak berubah. saya agak tertekan dengan keadaan ini.

  • mummy izzar:

    Salam semua

    Banyak soalan yang diutarakan spt bayi tidak mahu minum botol dan banyak kali dijawab empunya blog, rasanya banyak yang tidak membaca jawapan2 yg telah di berikan. Jadi bagi soalan2 yang tidak berjawab tu cari jawapan pada soalan2 kawan2 yg lain. Maaf klu menyinggung. Sekadar berkongsi 😉

  • isma:

    salam pn.

    anak saya berumur 3 bulan dan masih lagi breast feed. isunya, isteri sy akan kembali bekerja dan akan menghantar anak kami kepada pengasuh. kami telah melatih anak kami menggunakan botol untuk menyusu dan hasilnya anak kami menolak mungkin kerana telah biasa dengan breast feed. blh x puan bantu kami untuk memberi kaedah terbaik untuk melatih anak kami supaya dpt biasakn dgn menyusu menggunakan botol. jika boleh, pn cadangkn jenama botol susu yg biasanya digunakan untuk kes-kes sebegini.

    tq.

    isma

  • eja:

    salam..
    saya ada sedikit msalah mengenai penyusuan bayi..bayi saya berumur 2 bulan dan sekarng dia mnum susu melalui botol dimna sya akan perah dan trnsfer dlm botol.mslh sekrng sya mahu dia direct hisap dari badan..bila sya bgi baby hisap..dia mcm nk termntah.bila dia sedut puting msti dia akan nak termuntah..sya pun xtau ape mslah nye..bantula sya..sya nk dia direct hisap dri badan supya sya bolh perah dan smpan susu untk buat stok.sya bekerja takut nti susu x mncukupi utk baby..tolong advice ye

  • Melatih bayi yang “keliru puting” is interesting! My sister was telling me about it last week!

  • Mala:

    Bayi saya enggan menyusu direct sejak usia 4 bln..dan skrg dia sudah brusia 10 bln. Masih belum terlambat kah utk saya melatih bayi saya agar menyusu direct semula??

  • Mala:

    Bayi saya enggan menyusu direct sejak usia 4 bln..dan skrg dia sudah brusia 10 bln. Masih belum terlambat kah utk saya melatih bayi saya agar menyusu direct semula?? Sampai skrg saya hanya masih menggunakan pump sahaja & menggunakn botol kpd bayi. penghasilan susu mmg banyak cuma saya ingin bayi saya menyusu direct & masih tidak bjaya melatih bayi sy. Lagi pula saya mmg tidak bekerja & punyai byk masa utk bayi pertama saya. Bantulah saya! Tq

  • nira:

    Salam..kak masalah saya puting melecet merekah sehingga cebis isi puting tkeluar slepas bb hisap..agak mngerikan kak.ttp sya ttap bf bb wlu dlm keadaan yg sgt sakit n kperitan..hasil perahan yg ada sya botolkan kpd bb jka trlalu kerap myusu apbla slps bgun tdo yg agk lama..sya agk stres ktka susukan bb sya sring mngis..sya ada minta bntuan kwan n pakar andai kta posisi n latch on bb yg salah mbuatkan pting sya luka..kak tlg la sya kak sya sdey sbb tkut xdpt nk bf bb skrang krgnya 6 blan..

  • vinn:

    ank sy berumur 2bln dan tidk mahu lg BF mgkin kerana puting breast kecil dan tenggelam… masihkah boleh sy ambil supplement tmbhn utk hasilkan susu bdn dgn byk wlaupn ank sudahmula tidak BF? Apakah tips yg boleh di beri kpd sy utk menrik minat ank utk BF semula???TRIMA KASIH

  • eija:

    salam kak.
    sy ada satu masalah,anak sy skrang umur 4bln,dia dh xmahu susu badan..munkin disebabkan susu sy kurang,tp sy dh cuba pelbagai produk so far ok tp dia plk xnk isap…mcmna cara nk latih dia supaya kmbali mcm dulu myusu bdan?

  • fatin:

    salam puan.. saya mempunyai 1 masalah dimana saya telah melahirkan bayi seminggu yang lalu..tetapi bayi saya mengalami masalah jantung berdegup agak laju dan telah dimasukkan ke nicu. semasa berada di nicu, misi telah memberi susu kepada bayi saya melalui tiub yg dimasukkan melalui mulutnya.. sekarang bayi saya sudah semakin sihat dan tiub itu telah dikeluarkan dari mulutnya dan doktor menyuruh saya direct feeding bayi saya.. tetapi masalahnya bayi saya tidak mahu menghisal dan menelan susu dari puting dan dia hanya mengemam puting sahaja..saya juga telah mencuba senaman mulit utk bayi saya dan cuba memasukkan jari kedalam mulut bayi saya dan dia boleh menghisap jari saya tetapi masih tidak mahu menghisap puting. bagaimanakah cara untuk menyelesaikan casalah ini?

  • salam, sekadar berkongsi pengalaman. bukan nk bangga ke ape, juz nk share mana tau berguna n dpt membantu ibu2. anak sy skang 4 bulan ++. sy mula kenalkan botol pd dia ms dia berumur 2 minggu. sy byk dengar masalah bby x nk botol bila mak da start kje so sy mula kenalkn awl. satu sbb lg sbb nipple sy melecet teruk ms susukn dia. tp sy x berhenti pam n buat stok ms dlm pantang tp still sy bg ebm pd bby melalui botol. bila anak sy da masuk 3 bulan, sy direct balik dgn dia. mulut dia pon da bsr, so sng skit nk masuk dlm mulut dia. masa lahir dia x nk belah kanan sbb putting kecik n tenggelam, tp Alhamdulillah da 3 bulan ni kiri kanan dia boleh minum. tp mmg ms ada sy dia x nk minum botol. bau mak dia. bila sy kje, sy kol nenek dia, dia ok x minum botol, ok je.. so jgn ssh hati. we should be proud coz our bby know their mom.. hee..

    terbaik…sis..tahniah !!!

  • ain:

    Salam saya ada masalah baby xnak hisap susu guna botol..saya fully breastfeed n skrg baby 2month++..kalau guna botol mesti dia main tolak2 teat tu guna lidah n xnak isap..dh guna mcm2 jenis dh dia tolak jugak..mcm mana ya?

  • frisca:

    Salam…baby saya udah 2 bulan 10 hari, ASI saya berlimpah waktu baru melahirkan trus puting saya tenggelam, waktu umur 3week anak sy bisa nyusu direct dan menyusu lwt dot, tp skrg dy gak mau sm,sekali menyusu direct, jadi saya pompakan,ASI dan dminum melalui dot, tapi tetap sy ajari mdnyusu langsung dr saya..wlpun puting sy udah ada ,smpe skrg blm,berhasil..Tolong bantuannya bgmana spy bayi sy bisa menyusu lgsung, karena ASI sdh mulai berkurng meski terus dpompa..

  • Luna:

    Salam,

    Saya mempunyai masalah yang sama. Bayi sudah 3 bulan lebih dan saya ibu bekerjaya. Setelah dua minggu dirumah pengasuh anak saya menolak untuk direct feeding. Malah mengamuk apabila diletakan pada posisi penyusuan. Saya buntu kerana apabila mamai anak saya tetap tidak mahu menyusu. Malah saya cuba menangkat isyarat terawal anak saya apabila waktu malam malah tetap gagal. Saya cuba skin to skin dan cuba susukan bayi ketika mandi namun bayi saya menolak. Saya buntu memikirkan jalan penyelesaian harap dapat bantu.

    w’salam. dlm kes puan, ada beberapa perkara perlu diselidiki. pertama, adakah susu badan puan telah berkurang? ada kemungkinan baby x mahu menyusu kerana susu kurang. apabila dia cuba menghisap susu lambat keluar. kedua, adakah baby diberi susu melalui botol yang aliran susunya laju? baby mungkin telah selesa dengan penyusuan botol yg mudah kerana air susu melalui botol mengalir laju tanpa perlu dia menyedutnya. gantikan puting botol baby dgn puting yg alirannya perlahan atau puting jenis “no-spill nipple” yg hanya akan mengeluarkan susu apabila dihisap. kemungkinan baby “tidak mahu bersusah payah” menyedut susu daripada puting ibu kerana lambat dapat susu berbanding susu melalui botol. ketiga, bagaimana cara pengasuh memberi susu kpd baby? adakah dgn cara meriba atau baring atau bagaimana? mungkin baby suka posisi tersebut. cuba gunakan posisi yg lain spt menyusu dlm keadaan duduk. cuba juga menyusu dalam kereta yang sedang bergerak ketika suami memandu. mungkin ada posisi-posisi tertentu yg baby suka. kadang kala situasi ini juga disebabkan “growth spurt” atau disebut juga “beralih bulan” iaitu ada ketikanya baby akan meragam pada masa tertentu apabila usianya meningkat. jangan putus asa.

  • Sha:

    Assalam. Sy telah melahirkan bayi kembar lelaki dn perempuan umur hampir 2 bulan. Semasa lahir sy bfeed. Tapi Seminggu lepas lahir sy telah memberi susu formula dalam boto dan masih lg bfeed kpd mereka kerana risau tak cukup susu dan baby ada kuning sikit. Masalah sy sekarang ialah bayi lelaki sy kadang2 tidak mahu bfeed tapi mahu susu formula dlm botol walaupun sy lihat susu badan masih lg keluar.Bayi prrempuan pulakadang2 ada tidak mahu susu dlm botol dn jg kdg2 tidak mahu bfeed. Sy buntu memikirkan jln penyelesaian. Harap dapat bantu sy.

    w’salam. memberi baby susu melalui botol pada usia terlalu awal ini adalah tidak digalakkan. sementara puan masih dalam pantang, ada baiknya puan teruskan penyusuan ibu dan tidak perlu memberi susu botol kpd baby. susu kurang akan menjadi banyak jika puan lebih kerap menyusukan mereka. pada usia baby kurang 1 bulan, jangan hadkan masa penyusuan. kerapkan menyusu baby, kalau boleh selang setengah jam. disebabkan ada 2 baby, puan harus lebih kerap menyusukan mereka. kerana keperluan susu yang banyak. percayalah…. semakin kerap baby menghisap puting ibu semakin banyak susu akan dihasilkan. baby tidak mahu menyusu badan (selalunya baby lelaki) kerana dia telah selesa dengan penyusuan botol. menyusu botol amat relax kerana dia tidak perlu menggunakan otot mulut dan rahang utk menghisap keluar susu. susu dari puting botol akan mengalir laju. menyusu terus dari puting ibu perlukan kekuatan otot mulut. sebenarnya inilah yang perlu dilatih pada baby baru lahir. biarkan dia membina kekuatan otot mulutnya dgn menyusu terus dari payudara ibu. jika puan hendak memberikan susu melalui botol juga, gunakan puting yang alirannya lambat atau puting yg hanya akan mengeluarkan susu apabila dihisap atau yang dinamakan non-spill nipple (kalau kita tunggingkan botol, susu x tumpah). sebaiknya isikan dengan susu ibu perahan dan bukannya susu formula. pada ketika baby x mau menyusu daripada ibu, maka ibu perlulah memerah susu tersebut dan susu perahan itu bolehlah diberikan melalui botol. tetapi saranan saya, ada baiknya puan hentikan penyusuan susu formula dan fokuskan kepada usaha menambah penghasilan susu ibu dengan cara kerapkan penyusuan, lakukan perahan dan makan makanan berkhasiat yg membantu menambah penghasilan susu ibu. puan juga digalakkan melatih baby menghisap susu terus daripada payudara kerana jika puan terus selang selikan dengan botol, maka ada kemungkinan yg besar baby puan akan cenderung memilih botol. apabila usia baby semakin meningkat adalah lebih sukar utk memujuknya kembali menyusu daripada puting ibu. kesannya, apabila baby kurang menghisap puting ibu, penghasilan susu ibu akan secara automatik menjadi berkurang. jadi akan timbul 2 masalah besar pula pada masa akan datang iaitu memujuk baby menyusu dpd ibu dan menambah penghasilan susu ibu.

  • LINA:

    assalamualaikum……bby saya berumur 6 bln dan saya baru melatih dia makan pejal…so far dia penerimaan dia ok…bby saya semasa di rumah pengasuh mmg minum FM tp kat rumah fully breastfeeding….masalahnya selepas makan makan pejal bby saya mengalami sembelit dan menolak botol ……

  • Azleena:

    Aslkm…baby sy dr awl smpi 6 bln skrg mmg df je. Mslh sy skrg dia tdo setengah jam da bgn nk nyusu. So breast msh lembik lg. Ada ms dia nyusu kedua2 belah tp msh mengamuk. Persoalan nye apakah cukup susu untuk baby sy wlu pn breast x bengkak sbb dia mmg reject botol wlu pn sy da tkr mcm2 jenis puting. Apakah jenama botol yg puting nye btl2 mcm puting ibu. Lg 1 nk ty klu baby df mmg brt bdn nek x byk ye compare baby nyusu botol? Terima ksh…

    wsalam. Baby kerap menyusu adalah isyarat yang baik kepada kelenjar pituitari di dalam otak ibu supaya hormon-hormon yang mengawal rembesan susu ibu meningkatkan pengeluaran susu ibu daripada kelenjar susu. Breast lembik dan tidak bengkak itu tidak bermakna susu tiada. Malah orang yang mempunyai breast yang kecil pakai bra cup A pun boleh mengeluarkan susu sehingga 9 oz pada 1 kali perahan (saya pernah mengalaminya). Memang bayi yang menyusu ibu akan menyusu dengan kerap selang setengah jam kerana susu ibu mudah dihadam. Puan tidak perlu risau. Jika bayi menyusu dengan baik dan air susu masuk ke perutnya (lihat pergerakan pipi ketika bayi menyusu), puan tidak perlu terlalu risau bayi tidak cukup susu. Antara tanda bayi tidak cukup susu ialah najisnya berwarna kehijauan dan bukannya kuning. Kemungkinan bayi puan hanya hendak bermanja saja. Berat badan bayi menyusu ibu memang tidak naik banyak spt bayi menyusu susu formula tetapi beratnya sepadan dengan carta perkembangan bayi yang ada di dalam buku klinik baby tu.

  • fizah:

    Salam kak..

    Anak saya sekarang sudah berusia 6bulan.saya sekarang masih fully breastfeeding.masalahnya sekarang saya nak bekerja,tp agak susah membuatkn anak saya minum susu botol.bila saya cuba bagi susu botol dia akan muntah ataupun mengamuk..dah 3 4 jenis susu saya cuba beri dia minum,tp tak berjaya..harap kak dpt bantu saya..

  • Wow, terima kasih atas info yang sangat detail. Semoga dapat membantu ibu-ibu kat luar sana. 😀

  • wahyuni:

    salam kak..
    anak sy skrg dah masuk 3 bulan,dah biasa isap susu formula dlm btol,stiap kali sya pergi klinin,sy sllu kena marah oleh nurse sbb bwa botol susu kat klinik

    waalaikumussalam dik. kalau akak pun marah jugak dik. Baby 3 bulan masih perlu exclusive breastfeeding maknanya minum susu ibu sahaja sehingga berumur 6 bln. bukan susu formula je, air masak pun tak boleh bg dik. beri dalam botol pulak tu 2x marah la ni…huhu. maaf dik, akak harap adik boleh cuba menyusukannya dgn susu ibu. masih belum terlambat sbb baru berumur 3 bulan. sayang sangat. usahakanlah ye. kalau perlu bantuan segera… whatsapp akak ye 013-4921262

  • Mimi:

    Info yang terbaik. Bagi saya semangat nak BF dengan anak. Masih belum terlambat anak saya baru 4 hari. Jadi keliru masih boleh diperbetulkan. Saya paksa anak hisap sebab BF saya sakit. Even dea mengamuk, menangis saya tetap bagi BF. Ada perubahan, banyak mengurangkan kesakitan diBF saya. Kali ni saya nekad untuk tidak beri puting selain puting ibu. Anak saya marah sebab dah biasa tapi saya masih belum terlamabat untuk berubah ke Bf. Tq

    tahniah… ibu2 harus cekal melatih baby yg keliru puting utk kembali direct feeding. kadang2 mengamuk dan menangis adalah taktik untuk dibelai dan dimanja… pandai2lah pujuk baby dengan cara mendakap dan membelai untuk menghentikan tangisan dan amukannya…

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
August 2017
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Tags