Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:

  1. Mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit)
  2. Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi
  3. Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam
  4. Mengurangkan risiko alahan
  5. Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik
  6. Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga
  7. Mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti
  9. Menggalakkan tumbesaran yang baik
  10. Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik

Kebaikan susu ibu kepada ibu:

  1. Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan
  2. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  3. Menjarakkan kelahiran
  4. Mempercepatkan penurunan berat badan
  5. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  6. Menjimatkan masa dan wang
  7. Mudah dan tidak perlu persediaan

Nota peribadi: Kebaikan-kebaikan di atas dapat dinikmati dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Insya Allah.

2 Responses to “Kebaikan Penyusuan Susu Ibu”

  • yanty:

    saya bru bersalin dlm 6 bulan…..masih lg b/f ank sya…..mslah nya sya sampai sekarang masih tak period..msa kelahiran pertama…sya datang haid slps lima bulan.adakah kemungkinan saya mengandung lg…?

    salam. kedatangan haid selepas melahirkan anak berbeza bagi setiap individu dan berbeza antara kelahiran dahulu dan kelahiran sekarang. Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif (tanpa susu formula atau makanan tambahan lain) selama 6 bulan pertama biasanya boleh merancang kehamilan secara semulajadi jika haid tidak datang sepanjang tempoh itu. Namun begitu ia bukanlah dijamin 100% berkesan. Ada juga ibu yang tidak datang haid selama 6 bulan pertama dan kemudian mendapati dirinya sedang hamil. Saya juga pernah tidak datang haid bukan sahaja 6 bulan pertama malah sehingga 3 tahun kerana menyusukan anak di samping mengambil pil perancang kehamilan. Puan bolehlah merujuk kepada klinik ibu dan anak atau LPPKN untuk berbincang kaedah merancang kehamilan yang sesuai utk puan.

  • nani:

    Salam..saya mempunyai 3orang anak, dan baru bersalin 3bulan dan masih menyusukan anak…saya baru mula berkerja, sekarang ni tiap2 hr saya pam susu dan simpan dalam botol..saya nak tanya bole ke susu yang sya pam tu diberikan pada anak kedua yg brumur 4tahun…

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
July 2014
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Tags
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.