Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:
- Mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit)
- Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi
- Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam
- Mengurangkan risiko alahan
- Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik
- Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga
- Mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
- Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti
- Menggalakkan tumbesaran yang baik
- Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik
Kebaikan susu ibu kepada ibu:
- Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan
- Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
- Menjarakkan kelahiran
- Mempercepatkan penurunan berat badan
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- Menjimatkan masa dan wang
- Mudah dan tidak perlu persediaan
Nota peribadi: Kebaikan-kebaikan di atas dapat dinikmati dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Insya Allah.
saya bru bersalin dlm 6 bulan…..masih lg b/f ank sya…..mslah nya sya sampai sekarang masih tak period..msa kelahiran pertama…sya datang haid slps lima bulan.adakah kemungkinan saya mengandung lg…?
Salam..saya mempunyai 3orang anak, dan baru bersalin 3bulan dan masih menyusukan anak…saya baru mula berkerja, sekarang ni tiap2 hr saya pam susu dan simpan dalam botol..saya nak tanya bole ke susu yang sya pam tu diberikan pada anak kedua yg brumur 4tahun…