Puting Leper (Flat Nipples) dan Puting Tenggelam (Inverted Nipples)

Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. (Kerana dari situlah kita dikategorikan sebagai mamalia).

Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.

Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting. 

Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam. Lihat Rajah di bawah:

"Pinch Test" Untuk Menentukan Puting Normal, Leper atau Tenggelam

"Pinch Test" Untuk Menentukan Puting Normal, Leper atau Tenggelam

Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?

Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:

  1. Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
  2. Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
  3. Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran). Rujuk Teknik Lekapan.
  4. Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
  5. Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan. Rujuk Posisi Penyusuan Ibu.
  6. Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
  7. Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
  8. Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.

Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Sumber: askdrsears.com, breastfeedingbasic.com, breastfeeding.hypermart.net, babycenter.com

41 Responses to “Puting Leper (Flat Nipples) dan Puting Tenggelam (Inverted Nipples)”

  • Ina:

    salam.. saya ingin bertanyakan soalan berkenaan dengan susu ibu. untuk pengetahuan, anak saya kini berusia 4 bulan dan susu saya telah kering, tapi bila saya picit dengan tangan, ader sikit2. masih ader masakah untuk saya memerah susu walaupun dalam kuantiti yang sedikit. saya ingin dan menharapkan agar dapat terus menyusukan anak saya susu badan… tapi… harap dapat membantu.

  • Salam Ina,
    Anak 4 bulan bermakna masih perlu penyusuan eksklusif (minum susu ibu sahaja tanpa air masak/susu lain). Untuk meningkatkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu, hisapan bayi adalah mekanisme paling berkesan. Kerapkan beri bayi direct feeding di samping kerapkan mengepam. Simpan hasil perahan walaupun hanya 1 oz. Semakin lama breast akan adjust semula dgn rutin penghasilan susu. Ingat bahawa susu ibu akan dihasilkan bila breast dikosongkan. Penghasilan mengikut permintaan. Jika tiada “permintaan” (baby x hisap atau x dipam), susu baru x akan dihasilkan. Lama kelamaan susu akan kering. Jika bayi sudah diperkenalkan dgn susu formula, kurangkan kekerapan memberinyanya dan gantikan dgn EBM. Sedikit demi sedikit, pemberian susu formula akan diganti sepenuhnya dgn susu ibu. Proses ini juga dinamakan “relaktasi”.
    Harap berjaya.

  • lyna:

    salam.. saya lyna.
    saya ada 1 soalan,
    semasa anak saya berusia 2 bln dia telah berhenti susu badan
    bolehkah saya melakukan proses relaktasi pada usia dia kini 7 bln?

    salam lyna, insya Allah masih boleh relaktasi tetapi amat memerlukan usaha keras dan bersungguh-sungguh. Saya akan cuba buka topik ini utk penjelasan seterusnya mengenai relaktasi. Boleh saya tahu kenapa baby berhenti menyusu pada usia 2 bln?

  • lyna:

    salam..
    start ja keja, lyna hantar baby kat umah pengasuh,
    jadi bagi minum susu formula.
    bila blk dr kaje, nak bagi baby susu badan tapi dia cam memberontak tak mau langsung.
    menangis ja..bila lyna perah susu bg baby minum pun dia tak nak. so, start dr situ la.

    oic… maknanya tidak ada masalah puting tenggelam/leper? mungkin penyebabnya ialah baby sudah “selesa” minum melalui botol yg “lebih mudah” berbanding direct feeding. utk relaktasi pada usia baby sudah agak besar memang lebih sukar berbanding ketika di bawah usia 6 bln tetapi lyna masih boleh mencuba.

  • lyna:

    salam..
    sebnarnye payu dara lyna tak besar. so.. puting pun kecik ja.
    itu salah satu sebab juga baby macam tak puas nak hisap.

    saiz puting atau payudara tidak mempengaruhi sebenarnya. yg penting baby kena pandai latch on. Akak ada post tajuk Relaktasi, mungkin boleh beri sedikit panduan jika hendak mencuba.

  • as:

    salam, kak nieza, saya menghadapi masalah puting tenggelam di payudara sebelah kiri sahaja.apabila saya cuba juga untuk menyusukan bayi, rasa sakit yang teramat sangat.ini menyebabkan saya hanya menyusukan bayi pada payudara kanan sahaja.bagaimanakah cara saya untuk mengatasi kesakitan ini or alternatif lain.adakah nipple shield boleh membantu?adakah cukup untuk bayi jika menyusu di sebelah payudara sahaja?saya sekarang sedang mengandungkan anak ke-3 dan berazam untuk menyusukan bayi di kedua2 belah payudara.terima kasih.

    salam as. Adakah kesakitan itu berlaku setiap kali menyusu? Bagaimana dgn anak2 terdahulu? Seperti yg akak tulis di dlm artikel di atas, baby kena dilatih latching on dgn baik supaya penyusuan itu benar2 berkesan. Penggunaan nipple shield bukanlah pilihan yg terbaik. Boleh rujuk artikel Nipple Shield… Friend or Foe?. Rujuk pakar laktasi atau doktor untuk membuat pemeriksaan terperinci dan mengenalpasti masalah sebenar.

  • as:

    salam..terima kasih atas jawapan kak nieza.kesakitan yg dialami adalah setiap kali menyusu di payudara kiri.ini disebabkan puting melekat dengan isi di sebelah dalam..kedua2 anak saya sebelum ini hanya menyusu di payudara kanan sahaja disebabkan kesakitan tersebut.saya hanya memerah dengan menggunakan tangan pada payudara kiri kerana menggunakan pam juga turut menyakitkan..anak kedua saya sekarang berusia 2thn8bln dan masih menyusu badan pada waktu malam.

  • yaty:

    salam…macam mana nak pulihkan nipple yg tenggelam?sekarang ni saya tidak pregnant..sebelum ni anak menyusu cuma 2 bulan sahaja..lagipun sepanjang saya berpantang dahulu tidak rasa sakit pada breast saya..breast pun x bengkak…sekarang ni saya nak cuba pulihkan nipple saya sebelum for the next pregnant..(dulu saya ada guna breast pump,tapi nipple still x kuar)

    salam Yaty, nipple tenggelam adalah kejadian fizikal semulajadi yg agak mustahil utk dipulihkan utk menonjol sebagaimana puting biasa. namun begitu puting tenggelam tidak boleh menjadi penghalang utk menyusukan anak. menggunakan breast pump boleh membantu menonjolkan sedikit puting yg tenggelam. melatih baby menghisap payudara dgn betul akan membantu baby menyusu dgn berkesan. pastikan lekapan yg betul, mulut baby merangkum sebahagian besar areola bukannya menghisap hujung (puting) sahaja sebagaimana baby menyusu dpd botol. rujuk artikel teknik lekapan.
    kegagalan kali pertama juga bukan ukuran utk gagal kali kedua. “thinking with a breastfeeding mindset” adalah titik tolak kpd kesungguhan pada kali kedua. semoga berjaya menyusukan anak yg seterusnya. :)

  • CT:

    saya berumur 27 tahun dan masih belum berkahwin. saya mempunyai nipple tenggelam bg kedua dua belah payudara saya. saya ingin tahu boleh ia diperbetulkan melalui pembedahan dan sekiranya boleh, di manakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut.

    salam. saya tidak pasti dgn pembedahan membetulkan puting tenggelam. tetapi puting tenggelam bukan kekangan kepada penyusuan ibu sekiranya cik mempunyai iltizam dan komitmen yg tinggi utk menjayakan penyusuan ibu.

  • untuk masaalah nipple kecil atau tenggelam boleh la email saya nyh_shila@yahoo.com

  • rina:

    salam.
    puting saya leper, setiap kali menyusukan bayi terasa sakit sgt.
    hinggakan saya dah tak tahan lagi.skrg setiap kali waktu menyusukan bayi,saya terpaksa mengepam susu. soalannya saya nak tahu adakah susu akan berkurangan sekiranya tidak diberikan bayi menghisapnya terus dr payudara?tq

  • suhaili:

    salam. saya baru 42 hari melahirkan bayi pertama dan sedang dalam pantang. saya mempunyai puting tenggelam pada kedua2 belah payu dara saya. pada awal kelahiran, doktor mencadangkan saya menggunakan botol susu memandangkan anak saya menangis tak henti2 semasa dihospital. Selain itu, saya juga mengepam susu dan memberikan kepada bayi. Sekarang, saya menggunakan puting tiruan dan melekapkan di payu dara saya. cubaan ini nampak seperti berjaya kerana bby masih terima dan pengeluaran susu pun agak ok. (tp bby masih lagi lapar selepas hmpir 1 jam ‘bergayut’ dengan puting palsu. untuk pengetahuan puan, susu saya masih banyak dan saya rasa bersalah pada bayi kerana tak memberikan ‘hak’nya. saya betul2 ingin menyusu secara terus memndangkan saya tidak bekerja.

    salam. jika baby bergayut selama 1 jam tetapi masih tak kenyang ini mungkin bermakna dia tidak mendapat susu yg mencukupi. penggunaan puting tiruan (atau nipple shield) tidak digalakkan oleh pakar laktasi kerana ia menafikan rangsangan terus pada payudara dan ini boleh menyebabkan penghasilan susu akan berkurangan.
    sebaiknya latih bayi puan menerima seadanya keadaan payudara puan, latih baby melekap dgn betul pada payudara (bukan pada puting). jika penggunaan nipple shield membantu menonjolkan puting yg tenggelam, gunakan pada awal penyusuan sahaja dan alihkan nipple shield selepas bayi kelihatan selesa menyusu dan biarkan dia menyusu terus dari payudara. dari sehari ke sehari kurangkan penggunaan nipple shield sehingga baby boleh menyusu direct tanpa bantuan puting tiruan.
    jika puan mengepam susu, berikan kepada baby dgn menggunakan cawan dan bukannya botol susu kerana dia akan menggemari puting botol dan tidak mahu menyusu dari payudara nanti.
    saya doakan puan berjaya.

  • shila:

    salam… sy berusia 23 tahun. untuk pengetahuan saiz payudara saya besar tetapi puting payudara saya leper…. saya rasa kurang berkeyakinan untuk mendirikan rumah tangga. blh beri pandangan puan mengenai masalah saya ini. dan cara mengatasi masalah sy

    salam cik shila. puting payudara leper atau tenggelam sepatutnya tidak boleh menghalang penyusuan ibu kepada bayi. malah ibu yg mempunyai puting leper atau tenggelam perlu yakin bahawa dia masih boleh berjaya menyusukan bayi. Jika bayi dilatih dari awal menyusu dgn teknik lekapan yg betul, saya pasti tiada masalah bayi menolak penyusuan ibu disebabkan puting yg leper atau tenggelam. penyusuan susu ibu asasnya ialah “breastfeeding” dan bukannya “nipple feeding”, bermakna bayi menyusu pada payudara ibu bukannya menghisap puting ibu sahaja. bayi perlu dilatih melekap pada payudara dgn mulutnya merangkum sebahagian besar areola (kawasan gelap di sekeliling puting). jika bayi hanya menghisap bhg hujung iaitu puting sahaja, bayi akan sukar mendapatkan susu dan ini biasanya menyebabkan bayi mengamuk dan menolak penyusuan susu ibu. cik shila boleh search di you tube video berkaitan teknik lekapan bayi supaya lebih mudah memahami kaedah yg betul melatih bayi melekap pada payudara ibu.

  • lyla:

    salam….sya berusia 23 tahun ,saya memiliki payudara kecil dan puting susu saya tenggelam.saya merasa kurang pede akan hal ini to membina rumah tangga atau menyusui anak saya nanti.boleh mintak pandangan mengenai bagai mana menonjolkan puting susu dan bagaimana cara mengatasi payudara supaya besar.terimakasi

  • belz:

    adakah satu mslh yang mna puting susu tengglm sblh kepada remaja?ada kaitan ka perkara tersebut dgn kanser payu dra?

    puting tenggelam bukanlah faktor penyebab kanser payudara. puting tenggelam adalah keadaan anatomi semula jadi kepelbagaian manusia. ia adalah keadaan yg biasa dialami oleh ramai wanita dan bukan alasan utk tidak menyusukan anak.

  • miki:

    biasanya ketulan dibahagian ketiak adalah normal atau hanya orang yang menghidapi kanser payudara tanpa seberang ketulan atau benjolan di bahagian payudara?

    ketulan di bahagian ketiak mungkin biasa saja akibat bengkakan nodus limfa di bawah ketiak. namun begitu puan perlu menjalani ujian lanjut jika bimbang ketulan itu mungkin tanda awal kanser.

  • siti:

    saya ibu yg berumur 29 thn,dan baru di sahkan hamil 2 bulan,semasa pertama kali membuat pemeriksaan, puting saya didapati tenggelam, dan saya d ajar cara membuka menggunakan tangan semasa mandi. tapi setelah melakukannya saya dapati puting saya terasa sakit…jd saya ingin tahu knapa jd sedemikian?

    salam. boleh lakukan ‘senaman’ menaikkan puting yg tenggelam tetapi lakukan dgn lembut dan berhenti jika sakit. kesakitan itu adalah kerana tisu bhg dasar puting masih ‘ketat’, teruskan usaha menaikkan puting setiap hari, insya Allah puting yg tenggelam boleh ditonjolkan, kalau pun tidak banyak, sedikit pun memadai. apabila bayi telah lahir hisapan bayi juga mampu membantu menonjolkan puting yg tenggelam. boleh baca selanjutnya mengenai teknik menonjolkan puting tenggelam di link ini.

  • liza:

    salam,
    baby saya baru berumur 2 bln, tp susah untuk tidur. saya bekerja dan bby dihantar ke rumah pengasuh. untuk senang dan cepat kan bby tidur saya beli puting kosong tp bby tidak mahu menghisapnya. adakah puting itu tidak sesuai dgn bby. boleh tak bg cadangan jenis puting apa yg sesuai dan lembut untuk bby?

    salam. puting kosong bukan penyelesaian masalah tidur bayi malah ia mengundang masalah lain seperti kolik/angin sebab itu puting kosong tidak disarankan diberi kpd bayi walaupun utk menenangkannya. puan pasti tahu bagaimana menenangkan baby utk tidur yg lena, spt menyusu sehingga kenyang, membalut badannya supaya dia tidak mudah terkejut dan tidur di dlm suhu bilik yg sesuai, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

  • Linda:

    Assalamualaikum, Saya mengalami masalah puting leper di kedua2 belah payudara. Sewaktu bersalinkn anak pertama, bayi sy dpt menekapkn dan menghisap puting tp setelah 3-5min bayi sy mula menangis teresak2. begitulah yg berlaku setiap kali sy cube menyusukannye. Setelah 4hari, sy bertanye pd bidan kampung yg mengurut sy.. setelah melihat pd puting susu dan payudara saya.., beliau mengesahkn yg sy mengalami masalah bukn setakat puting susu tenggelam malah salur susu dlm payudara sy terlalu halus sehingga bayi tidak akn puas menyusu krn jumlah susu yg dpt dsedut terlalu sedikit.. Benarkah begitu? hrp puan boleh membantu. Terima kasih..

  • Tihah:

    assalamualaikum…saya masih remaja 20an.Saya nak tanya, adakah inverted nipple ni terjadi sewaktu menyusu sahaja…? saya risau kerana puting tidak kelihatan…aerola disekeliling tu seperti remaja 15 tahun…adakah saya perlu membuat rawatan di hospital? harap puan dapat membantu ya..terima kasih.

  • nurizhan:

    salam… klu perempuan yang belum kahwin tapi puting nye tertonjol adakah normal…. atau ada masalah lain

  • cheezy:

    salam.. di cni sa kurang yakin kalo dpt menyusukan anak. disebabkan puting sa termasuk kedalam, sa selalu risau hal ini, kerana takut anak tak dapat susu sa. . harap puan boleh tolong sa. . terima kasih

  • qaseh:

    sala…saya ada baby yang berusia 7 bln…tp masalah saya hanya 2 bln jer baby menyusu secara BF. puting saya tenggelam..mcm ner nk bagi puting timbul..saya rasa terkilan sgt x dpt bg baby BF…

  • dilemma:

    salam , saya berusia 20an . saya ingin bertanya,mengapa puting saya tidak ada?apakah masalh yang saya sedang alami ? saya rasa kurang keyakinan diri dan takut untuk berkahwin sedangkan perkara itu dalam perancangan saya . saya harap puan dapat membantu saya .

  • ummu aira:

    Salam…bayi saya baru berusia 12 hari…tetapi tidak pernah mendapat direct bf kerana saya kurang susu. Saya hanya mengepam susu dan kadang-kadang bayi di beri susu formula. apabila di beri direct bf..baby akan mengamuk dan akan tersedak-sedak apabila menghisap susu botol selepas mengamuk. itu yang membuatkan saya takut untuk membiarkan dia mengamuk terlalu lama..risau akan tersedak susu….bagaimana untuk mengatasi masalah ini. ? adakah belum terlewat untuk saya memulakan direct bf kepada bayi saya?

  • hati kecewa:

    salam ,
    saya berusia 26 tahun. saya ingin bertanya,mengapa puting saya tidak ada? apkah masalh yang saya sedang alami? saya rasa kurang keyakinan diri dan takut untuk berkahwin.saya harap puan dapat membantu saya.

  • Linda:

    Salam,

    Saya ibu kpd 2 ank. kedua-dua ank saya xdapat bf sbb xnk menyusu direct..masa preggy yg second,saya byk dptkan info dr internet berkenaan cara bf yg betul..tp still xdapat bf juga..

    masalah saya,puting saya leper n besar..bila picit mcm cara di atas tu, dia tenggelam..ank first saya mmg give up n terus bg formula kt dia..yg second plk saya nekad nk bf..saya paksa dia direct..mula2 dia boleh masukkan puting ke mulut, tp baru sekali dua sedut, dia meraung2 n alihkan mulut dr puting..n finally failed!! susu pump dapat sikit je tp bila x pump, susu keluar mencurah2 means susu saya mmg byk..saya pump sekerap yg boleh n at last puting saya merekah berdarah..then saya terus stop pump n bg formula pd bby..

    skg saya pregnant ank ketiga..saya btl2 nk bf ank saya kali ni..FYI, susu saya mmg banyak,cuma ank xnk direct..tp bila pump n bg guna botol, kejap je dah licin..tolonglah saya..skg dah 5 bulan pregnant..ada x teknik yg blh saya buat start fr now utk timbulkan puting lepas bersalin nti??

  • sharifah:

    Salam..

    usia anak dah 3 bulan saya boleh bagi BF lagi tak? ada tak jln penyelesaian bagi masalah ini? saya btul2 terkilan saya hanya sempat bagi susu selama 3 minggu sahaja disebabkan susu tak de dan breast tenggelam. bby tak nak hisap.

  • syazura:

    Salam. saya ada masalah puting leper, kini anak berusia 3 bulan, dari awal kelahiran bb mmg x nk direct bf, so terpaksa pam n isi dlm botol…tp kini masih susu kan bb dgn susu ibu. macam mana nk pujuk bb utk direct bf..sbb bile je time n direct bf..die akan nangis sekuat hati n keraskan badan nye..so saya takut bb kena tawan nangis..so x berani nk paksa bb..huhuhu, dl hati ni kecewa sgt sbb bb xnk direct bf…huhhuhu

  • fatin:

    Saya umur br 22 tahun,saya tak kahwin lg,saya ada masalah puting tenggelam di dua belah payudara saya,saya nak kahwin nti tapi perasaan malu dekat suami saya seolah olah cacat,saya nak tahu apa produk nak bg puting timbul,tolong bantu saya..

  • mimi:

    salam,,,sy memag mempunyai puting buta a,k,a tenggelam n kecil,,tetapi alhamdulillah puting yg lg 1 ok n xder masalah,,sy pnah bg yg putig xtimbul,,anak sy asek terlepas jer,,ble da mcm tu,,mgamuk la ape lg,,d sbbkn ini sy hnye bg seblah sahaja,,klu nk pam pun mcm x ckup almaklumlah hnye gune blah kanan aje,,sy da cube pam yg tenggelam,,susu kuar amatla sdikit brbanding yg sblah,,malahan lg sakit mnggunakn pam,,mcm mane nk mgatasi masalah ini

  • Nurul Asyikin:

    saya ader malasah puting tenggelam tertarik kedalam.. dah macam2 cara saya lakukan malah bayi tak mahu menghisap sewaktu 1 jam slpas klahiran sbb puting tenggelam… sampai skarng saya masih cube utk muyusukan bayi tapi bayi sya masih tidah mahu menghisap kerana asik terlepas jer.. dan skrang susu badan pun dah smkin berkurang.. saya sgt sedih dan mahu sgt menyusukan bayi saya.. saya buntu.. bantulah saya..macam mane nak mengatasi maslh ini…..

    untuk permasalahan begini rujuk

  • yaya:

    Hai.sy berumur 18 tahun..tp puting susu sy tidak timbul..bagaimana cara sy hendak menimbulkan puting susu saya .?

  • ifa:

    gambar reflek lactasi diambil dari buku apa ya? trimakasih..

  • mada:

    boleh ker kalau breast kita tengah bengkak(lupa bawa pam-so susu penuh nie..adui sakitnya…hihihi)balik umah ambil anak kat pengasuh dan…terus kasi anak hisap susu badan kita…ker kita kena buang dulu sikit…baru susukan anak?

  • ain kamalia:

    Tetek saya trlalu besar. Bahagian atas lebih besar dr bahagian bawah jd aerola payudara juga sgt luas. Saya tidak dapat memasukkan aerola ke dalam mulut bayi. Sy memberi bayi susu bdn sepenuhnya pd bulan kedua namun sy mula sedar yg kencing bayi semakin kurang, tidak bbuang air besar selama seminggu dan bayi kelihatan tidak puas ketika menyusu. Bagaimana saya mahu menjayakan proses penyusuan ini?

  • ekin:

    Salam..saya mngalami payudara besar sebelah..anak saya da 8 bulan..masih mnyusu lgim.tapi dia menyusu belah kanan sahaja,so..payudara saya besar sblah..belah kanan..ketara sgat..please minta puan bagi petua bagaimana nak pulihkn saiz payudara saya sama besar kedua2 nyr??

  • mama aqil:

    salam, sy nk tnye..
    sy bakal melahirkan anak kedua insyaAllah bulan 6 nie, sy ada mslh inverted nipple. sy rse kecewa sb anak ptama dlu sy xsempat nk bg direct bf, sb sy dah cuba untuk bg anak direct bf tp susu xdapat then die mengamuk, alternatif lain, sy bg jugak fm walaupon sy da plan nk full bf, so kali nie sy nekad nk bg anak sy no 2 nie direct bf, cuma sy nk tau camna nk atasi problem nie, skang sy byk google nk dptkan info psl nie..walaupon sy dah urut kawasan puting/ aerola time mandi.tlong…

    as salam. saya akan jawap permasalahan puan dlm artikel terbaru nanti sebab penjelasannya agak panjang lebar.

  • shikin:

    Salam. Sy baru berusia 20tahun. Blom berkhwin. Sy ade masalah inverted nipple
    So kalao sy nak pakai nipple medele former tu boleh tak? Ataupub tggu smpai dh khwin nnty?

  • afifah:

    Saya berumur 20th.tp saya mpy puting yg tenggelam.bhkan gak klihtan.bagaimana saya mngatsi hal ini?soalnya saya malu dan khwatr jika nanti suami saya kcewa.mhon tipsnya ya…thanks

  • MERI:

    Assalamu’alaikum…
    Saya ada masalah ni, saya sekarang sedang hamil 4 bulan tapi puting saya leper (tenggelam…
    Apa ad cara tertentu agar puting saya bisa muncul??

    terima kasih

    w’salam. memang ada sesetangah alat boleh digunakan utk menimbulkan puting leper atau tenggelam tetapi ia bukan perkara paling penting yg menjamin penyusuan ibu berjaya dilakukan. Ada juga ibu2 yang mempunyai puting leper/tenggelam mampu menyusui bayi tanpa bantuan alatan seperti nipple shield atau nipple former. ini adalah kerana bayi menyusu bukan menghisap puting (ia kaedah yg salah dan boleh menyebabkan puting luka/melecet). Bayi menyusu dengan memasukkan sebahagian besar areola ke dalam mulutnya. Rujuk Teknik Lekapan. Jika lekatan betul maka bayi boleh menyusu dengan baik dalam keadaan puting leper/tenggelam.

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
July 2014
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Tags
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.