Relaktasi

Relaktasi

Definisi relaktasi (relactation) menurut Dr. Jack Newman,

Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.

Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.

Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:

  1. memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
  2. mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:

Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti

  • Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
  • Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.

Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?

  • Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
  • Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
  • Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.

Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?

  • Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
  • Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
  • Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.

Faktor #4 – Kesediaan ibu.

  • Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
  • Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
  • Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

Bagaimana caranya?

1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.

  • Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
  • Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
  1. Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
  2. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
  3. Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  4. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  5. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  6. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
  • Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
  1. bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
  2. bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
  • Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
  • Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
  • Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
  • Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
  • Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
  • Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
  • Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
medela sns
MEDELA Supplemental Nursing System (SNS)

2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.

  • Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
  • Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
  • Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
  • Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  1. perah/pam dengan kerap
  2. makan makanan berkhasiat dan seimbang
  3. makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  4. menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  5. kurangkan stress
  6. berfikiran positif

Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com

64 thoughts on “Relaktasi

  1. Salam puan,bayi saya 2bln dan lebih suka minum susu botol berbanding df. Sy cuba bg df tp hanya lepas beberapa hisapan dia akan mengamuk. Jadi terpaksa berikan botol. Bagaimana nak selesaian mslh ini? Adakah sbb aliran susu krg lancar n puting sy yg menghala ke sisi menyebabkan bayi x dapat latch dgn sempurna?

  2. salam.saya mengalami masalah anak saya baru berusia sebulan lebih masalahnya saya mengalami breast abscess pada 40 hari berpantang.dalam proses pembedahan anak saya berada dirumah ibu mertua jaga saya dihospital jadi anak saya dibekalkan dengan susu formula.selepas balik dari hospital susu badan saya tidak lagi terhasil kerana doc bagi saya ubat untuk mengurangkan susu.kata doc kalau susu bayak terhasil akan menganggu breast yg telah dibedah dan melambatkan proses penyembuhan.skrg susu saya dah kering.macam mana saya nak hasilkan susu semula.adakah boleh bagi saya menjayakan susu badan lagi?saya betul2 runsing dan sedih.tolong sayadan jika susu bejaya terhasil bagaimana kah dengan luka pembedahan?adakah akan menganggu proses penyembuhan….

  3. salam puan saya mengalami masalah anak saya baru berusia sebulan lebih masalahnya saya mengalami breast abscess pada 40 hari berpantang.dalam proses pembedahan anak saya berada dirumah ibu mertua jaga saya dihospital jadi anak saya dibekalkan dengan susu formula.selepas balik dari hospital susu badan saya tidak lagi terhasil kerana doc bagi saya ubat untuk mengurangkan susu.kata doc kalau susu bayak terhasil akan menganggu breast yg telah dibedah dan melambatkan proses penyembuhan.skrg susu saya dah kering.macam mana saya nak hasilkan susu semula.adakah boleh bagi saya menjayakan susu badan lagi?saya betul2 runsing dan sedih.tolong sayadan jika susu bejaya terhasil bagaimana kah dengan luka pembedahan?adakah akan menganggu proses penyembuhan….hari2 saya kehospital untuk cuci luka.saya selalu menangis memikirkan masalah yg dihadapi.bantu saya puan.saya ingin bagi anak saya susu badan… 🙁

  4. saya nak Tanya ,buat masa sekarang saya dibawah pegawasan doctor pakar, sakit o&g… dan sekarang saya ingin mempunyi anak angkat dan saya mahu menususukan baby tersebut… boleh kah saya makan ubat ini,,,dan apa kah kesannya terhadap saya..

  5. Hye kak,sy perlu bertanya… Sy sudah makan ubat berhentikan susu (dostinex).. Tp,payudara sy masih membengkak.. Perukah sy memerah susu keluar?

  6. Assalamualaikum.ank sy skrg sdh msk 4bln.sy mula bg formula seawal usianya 4hr lg,iaitu selps kuar hospital.sy bersalin scra operate hy hr ke2 sy dpt menyusui ank sy.d hospital ank sy dletkkan di wad brasingn,jd sy akn prgi menyusu ank sy dlm 3x sehari ja.blk rmh baby sy asyik menekap sj di B sy,mak sy kt susu sy kurg sb tu trs bg formula.bl sy bg bf,mak sy tgur ank xkenyang soh bncuh formula.akhirnya sy pun stop direct bf,tp still perah susu hy bila B sy bengkak shja.bila sy byk bc info psl bf ni br sy sdr kesilpn sy.bila ank dh nk msk sebuln sy cb bg dia dbf dia dh tolak.nmun sy msh xputus asa smpai skrg sy pam 3j sekali,nmun hasilnya cm 1oz tiap sesi smpaila skrg.sy jg ada amik vit shaklee,dh hmpr sebulan hasilnya msh sm,cm sy dpati susu sy mkn pkt.sy msh topup dgn formula.mcm mn sy nk direct bf balik?sy dh cb mcm2 cr dr pmbcaan sy,tp msh gagal.bl sy cb nk bf sj tnpa bg botol,ank sy akn meraung at last bg botol jg.mcm mn ha?sy takut sgt susu bdn bkn brtmbh mlh brkrg krn sy tau yg rnsgn trbaik adlh dr hisapan bayi sdri.sy prnh cb nk jd exsclusive pumping,tp sy rs sy xmampula,krna bdkerja sy skr utk bgn tgh2 mlm pam susu.minta bantuan & bimbingan please..

  7. Salam.bb sy berusia 4 bulan.ketika dlm pantang sy mengalami breast bengkak sehingga demam pada suhu tinggi dan menggigil.sy juga mengalaminya 2 kali selepas pantang. Sy ditahan di wad kerana doctor syak sy kene breast abcess. Selama 5 ari doctor telah mengeluarkn nanah dari breast kiri sy.sy dirawat oleh doc pakar bedah, die sarankan sy stopkan bf utk sembuhkan nanah dan tidak mahu ade risiko breast abcess lg slps ni.sy sedey sgt bile diberitahu xdpt bf lg walaupun sy masih mahu bf lg.dan sy diberitahu sy xbole bf disebabkan sedang mengambil ubat antibiotik.jadi sebelum sy diberi ubat stop susu iaitu dostinex sy telah pam susu dan buang, bb sy juga telah start fm sejak sy masuk wad (atas saranan doc). Pd ari terakhir sy di wad, scare kebetuln nurse lactation mengetahui keadaan sy dan mengatakan sy boleh bf even ambil antibiotik.sy sgt hepi n stop mkn dostinex. (Setelah mkn 3 biji). Ketika itu susu sy masih ade tp sudah berkurang. Masalahnye skrh setelah 2 minggu berlalu, susu sy hampir kering, hanye beberapa titik shj yg keluar.bb sy selalu menangis mgkin kerana lapar susu sy hanya titik shj yg ade.jd sy topapkan dgn fm.die hanye mahu menghisap ketika mahu tdo setelah diberi fm.sy sedang amalkan proses mengepam selang 3-4 jam dan mkn habbatus sauda, halba dan minum air longan.jadi, adakah harapan sy utk relaktasi even sy dah mkn dostinex?

  8. Tiba-tiba baby saya ‘nursing strikes’, pening kepala dibuatnya. Baby saya hampir 6 bulan. Memang fully breastfeed. Kalau EBM dalam botol ok je… taknak direct feeding… camne ni?

  9. Salam,
    Saya sudah lama berhenti BF since baby berumur sebulan stgh setelah mengambil ubat dari klinik berdekatan yg menyebabkan productivity susu stop. ini disebabkan atas faktor2 pekerjaan di mana saya terpaksa berjauhan dgn baby saya dan kesukaran mendapatkan khidmat baby sitter yg boleh menjaga anak saya jika saya berkerja shift malam.
    sekarang anak saya sudah menjangkau usia ke 8 bulan..adakah possible jika saya ingin melakukan relaktasi skrg?

  10. Dalam mencari maklumat di internet, banyak yang menyimpang dari isu sebenar… tahniah kepada admin… pos awak memang menarik dengan idea yang tulin… tahniah sekali lagi..

  11. saya dah kahwin 13 tahun dan baru dikurniakan anak,kini berusia tiga bulan.masalahnya disini,bayi asyik mengamuk apabila menyusu badan,ini kerana air susu saya terlalu banyak keluar apabila bayi menghisapnya,macam mana nak atasi masalah saya ini

  12. Salam..
    Baby skrg usia 3bln berhenti mnyusu BF umur sbln sbb baby x cukup & air susu kering puting menjadi lembik
    Dh cuba cara di atas tp bby tetap menolak..bile picit dua2 masih ade susu
    Bile masukkn puting dlm mlut bby jilat2 rase dlu & nk muntah..
    Cmne nk buat puting x lembik..
    Cuba sedaya upaya nk kembali bg BF dari bagi susu formula..

  13. hi…sy berpantang d rmh family in law jd sy mengalami masalah utk pam air susu lebih kerap
    selain itu, masalah inverted nipple, oleh itu sy bergntung sepenuhnya hasil susu pam utk baby.
    penghasilan susu yg sedikit mmbuatkn sy stress n malas utk pam susu. adakah susu ibu ini blh
    trhasil semula setelah berhenti seketika selama 2minggu?

  14. Hii.. saya dah berhenti bf sejak anak umur 3bulan disebabkan terpaksa meninggalkan anak di kampung. Sekarang anak saya berusia setahun 4bulan.. adakah harapan saya untuk kembali menyusukan anak dan bagaimana caranya??

    as salam. jarak berhenti menyusu dan keinginan utk relaktasi penting untuk menjamin kejayaan proses relaktasi. walaupun tidak mustahil untuk berjaya menghasilkan susu semula kerana puan pernah menyusukan bayi selama 3 bulan pertama namun usaha relaktasi perlu lebih gigih kerana puan sudah lama berhenti menyusu. Mulakan dengan memakan supplement atau penggalak susu seperti galakta capsule di samping berusaha memerah susu 10-12 kali sehari, iaitu setiap 2-3 jam sama ada di rumah atau di tempat kerja. Makan makanan harian penggalak susu dalam menu makan tengah hari atau malam seperti ulam pegaga, kurma, halba, longan, lobak putih, tempe, soya dan lain-lain lagi. Di samping itu cuma galakkan bayi menyusu terus daripada puting untuk merangsang penghasilan susu ibu semula. Adalah agak sukar utk memujuk bayi yg sudah besar untuk menyusu terus daripada payudara ibu kerana bayi sudah biasa menyusu botol. Jika bayi mahu menghisap puting ibu, insya Allah peluang utk berjaya relaktasi lebih mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *