Relaktasi
Definisi relaktasi (relactation) menurut Dr. Jack Newman,
Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.
Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.
Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.
Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
- memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
- mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).
Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti
- Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
- Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?
- Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
- Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
- Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?
- Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
- Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
- Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.
Faktor #4 – Kesediaan ibu.
- Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
- Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
- Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.
Bagaimana caranya?
1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.
- Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
- Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
- Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
- Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
- Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
- Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
- Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
- Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
- Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
- bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
- bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
- Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan. Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
- Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
- Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
- Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
- Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
- Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
- Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
- Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
- Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
- Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
- Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
- Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
- Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
- perah/pam dengan kerap
- makan makanan berkhasiat dan seimbang
- makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
- menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
- kurangkan stress
- berfikiran positif
Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com

saya mempunyai bayi berusia 6 bulan. saya tidak menyusukan nya sejak dari usianya 3minggu. Puncanya adalah kerana bayi saya suke menangis ketika dalam pantang dan ayah ibu saya risau yang bayi saya tidak cukup menyusu badan (mereka pk susu saya sikit sangat) jadi mereka suruh saya bertukar kepada Formula. ibubapa org lama yg kurang pengetahuan dan mereka pk untuk memudahkan saya je dan terlalu risaukan cucu tunggal mereka. Hati saya meronta2 dan rasa seolah2 ibubapa saya memisahkan saya dengan anak saya bila bayi saya mula menyusu botol. Tapi apakan daya nak menolak takut meeka tersinggung pula. Bila mula berkerja saya mula join blogger ibu2 yg semua nya bf dan saya rasa tersentuh alangkah ruginya saya. Saya cube beri anak saya direct sewaktu tetapi beliau tidak mahu dan menolak dengan marah. Kadang2 saya cube juga pujuk dan mengajukan puting saya kearah mulutnya, adakalanya dia nak tetapi dia lepaskan juga kerana rasa pelik kot. Sekarang ni, susu saya sebelah kanan telah kering dan susu sebelah kiri masih keluar kalau dipicit. saya pernah cube mengepam dan mengepam serta memakan pil asi tetapi hasilnya tetap tidak berubah. Bila lihat gambar bayi menyusu diatas ditambah dengan alat bantuan supaya dia inginkan sedutan dari payudara ibu saya ingin mencari dimanakah saya hendak mendapatkan benda tersebut. Bolehkah saya menghasilkan susu, sekurang2nya susu didalam botol adalah susu saya sendiri untuk anak saya. Tapi saya buntu..Tolong la saya menyelesaikan masalah ini.
salam.
saya menghadapi masalah bb menyusu sebelah saja. Asalnya nipple saya both inverted tp alhamdulillah berkat usaha n bb saya yg tak gemar botol juga mmbantu nipple saya slowly keluar dan boleh dihisap oleh bb. Namun masalahnya hanya sebelah saja yang berjaya keluar. Saya rasa mungkin saya tak pandai pegang dia menyebabkan dia selesa dengan breast kiri saya saja sedangkan yg kanan makin mengecil. Saya cuba bg juga breast kanan dan dia mahu menghisap tetapi kemudian dia macam nak muntah saja. Untuk makluman, saya masih meneruskan pumping dan hasil sebelah kiri 3-4oz sekali pump manakala sebelah kanan hanya dapat 1oz sahaja itupun terpaksa perah menggunakan tangan.
harap dapat bantu saya kerana keadaan breast sebelah besar sebelah kecil agak memalukan saya.
Salam Kak Nieza,
Anak saya sekarang sudah berusia hampir 10 bulan dan telah pun bercerai susu pada umurnya 4 bulan. Saya ingin menyusukan anak saya semula tetapi saya tak berapa pasti bagaimana cara yang paling efektif untuk menghasilkan semula susu ibu. Adakah usia 10 bulan agak lewat untuk kembali menyusu? (lagi pun baby dah tumbuh gigi dan dah pandai memilih sekarang) Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan balik susu ibu yg telah lama ditinggalkan. Tolonglah saya kak nieza.
salam nieza.
terima kasih atas nasihat dan layanan soalan2 saya.
saya rasa berminat dengan lactation aid tu. mana nak dapat eh?
sebab bb saya sekarang ni hisap sekejap2 lepas tu macam xnak sedangkan rasanya masih ada susu lagi cuma mungkin tidak banyak dan breast sudah lembut (sebab susu makin kurang sejak akhir-akhir ni).
Sekejap dia hisap, sekejap dia lepas, then hisap balik, lepas balik dan akirnya mengamuk. saya rasa sebab susu saya kurang kot,(refer entry di atas).
buat masa ni saya tengah cuba nasihat nieza untuk kurangkan stress, makan n minum betul2 n kerapkan memerah.
harap nieza boleh membantu sebab bb saya asyik mengamuk sejak akhir2 ni n xnyenyak tido sbb dia xnak botol n lebih suka menetek saja untuk tido. tapi bila susu xde atau xbanyak, dia susah nak tido.
salam nieza.
oo baru saya faham ttg lactation aid tu.
bb saya dah masuk 6 bulan skrg. sejak 3 bulan dia dh diberi susu formula tapi dia kurang berminat.
BB saya lebih suka direct feeding dr minum dlm botol walaupun susu perahan. selalu dia hanya minum 2 kali sahaja pd siang hari (rumah bb sitter) itupun jika betul2 dahaga. dia akan tunggu sehingga saya balik kerja (6 ptg) untuk direct feeding.
sebelah malam saya fully bf cuma bb saya seperti tak cukup susu kerana dia asyik mengamuk nak bf saja.
susu perahan saya dh makin kurang dan itu yg menyebabkan saya mahu tingkatkan penghasilan susu.
Saya kesiankan dia sebab dia xmahu menyusu botol ttp bila bf pula dia selalu mengamuk xkenyang2. Selalu sebelah malam saya pula jd kurang tido kerana melayan dia yg xmau lepas2 bf saya. itu yg sebabkan sebelah malam saya xdapat perah susu utk tambahan.
utk pengetahuan nieza, saya ada amalkan beberapa petua utk tmbahkan susu ttp hanya berkesan 2,3 hari saja. Saya cuba minum air longan, milkmaid tea, pegaga, solok lada, ulam jantung pisang.. tapi susu saya tetap juga kurang.
Sy akan tetap berusaha utk bb saya dan harap nieza menyokong saya. Insya-Allah.
Salam nieza.
Saya mengalami maslah kekurangan air susu. Bayi saya baru berusia 3 bulan. Sebelum ni saya mengambil motilium selama 3 minggu. Atas saranan kawan2 saya berhenti dan mencuba pil ASI. Malangnya semasa mengambil pil ASI air susu jadi cair dan merudum kurang. Dari boleh dapat 3 oz sekali pam dah jadi 1 oz jer. Saya nak tau, berapa lama saya boleh mengambil motilium?
Jelasnya pil ASi tak sesuai dengan saya. Dan saya nak cuba minum rebusan halba.
Salam..
Alhamdulillah..berjumpa saya website ni..nasib saya sama sebijik mcm nasib Noly..sudahlah puting sebelah kecik, saya pulak tak pandai nak menggayakan posisi, lepas tu mak saya pulak byk mendesak suruh bg susu formula bila tgk cucunya meragam kelaparan. Tiapkali sumbat susu badan, mak mula berkata2..susu tak ada..bg je susu botol..budak tu lapar..saya terkilan dan memberontak jugak jiwa ni..sebab niat saya nak stimulate susu dah terbantut..patah semangat saya..
Hari ni bila org melaung2kan soal penyusuan ibu, sedihnya hati tak terkira..rendah rasa diri..tambah2 pulak ada yg dok sebut2 betapa kesiannya nasib baby saya sebab tak dapat zat yg sepatutnya, tak rapat ngan ibunya la..sudahlah ditinggal dgn pengasuh sehari suntuk. Aduhai..hiba hati..
Dengan adanya panduan di sini, saya nak cuba mulakan misi penyusuan ibu. Saya akui adalah amat2 mencabar utk memujuk anak kembali ke pangkuan ‘susu cap gantung’ tp apapun, kita usaha, doa, dan selebihnya..gerak dari Empunya Gerak jua yg menjayakannya..
Doakan agar saya memiliki kesungguhan yg ampuh. Sekian, Salam.
Salam. Terima kasih ya, atas respon. Anak saya dah 5 bulan. 19hb ni cukup 6 bulan. Semalam saya cuba suakan puting susu, mau juga dia sekejap2 tp dia nmpk benda tu pelik la. Kemudian tak mau. Tak apalah baru kali pertama. Dari segi masa saya bersama anak kalau hari bekerja bermula pukul 7 ptg iaitu waktu ambik dia dr rumah pengasuh. Sampai rumah pukul 8. Antara pukul 8-9 tu waktu saya siapkan dia, sama ada bg susu, tukarkan pakaian dsb. Kemudian, dia akan tidur. Masa ni pulak saya ‘bersilat’ mengemas, buat kerja yg patut. Masuk tidur dalam 11 lebih. Bangun dalam 3 kali utk bg susu pd dia. Hmm..pada pandangan akak, macamana cara saya nak jalankan usaha menghasilkan susu dgn keadaan mcm ni? peluang cerah tak?tQ.
salam kenal…
sy nk minta kebenaran nk copy entry ni utk kawan saya boleh tak?
sekrg bb dia masuk 4 bulan dan sedang mencuba utk relaktasi. moga2 entry ni dapat beri semangat utk dia.
thanks..
Salam. Sekarang ni kalau dipicit sebelah kanan, mmg langsung dah kering. Sebelah kiri adalah keluar bak ‘embun di hujung rumput’.
Cuti 2 hari ni saya cuba offer breast pada baby. Dia melonjakkan badan n tunjuk protes. Letak saja atas riba dia terus merengek dan melonjakkan badan. Mcm tau2 je saya nak offer breast. Saya cuba ajak dia tidur mengadap saya, dia tak mau juga.
Jadi, seperti yg disarankan, saya kena usaha cetus penghasilan susu. Insyaallah, dalam proses. Tkasih atas nasihat.
Salam kenal..
Saya dah cuba relaktasi masa umur anak 10 bulan. Masa tu susu memang dah kering langsung. Alhamdulillah dalam masa 2 minggu ada nampak hasilnya. Sekarang anak saya dah setahun 2 bulan, tapi susu yang saya hasilkan terlalu sikit. Mungkin ke sebab anak saya dah makin membesar dan hormon prolaktin dah kurang sebab itu pengeluaran susu sikit. Boleh ke kalau saya nak tingkatkan lagi pengeluaran susu saya ataupun memang dah terlambat untuk mencuba?
Dear Nieza
Saya mengalami Mastitis semasa bayi saya berumur satu bulan, dimana saya perlu mengalami satu minor operation untuk mengeluarkan nanah di payudara saya. Sebelum operation doktor gynae nasihat supaya berhenti penyusuan dengan serta-merta dan saya diberi ubat berhenti “Dostinex”.
Bolehkah saya cuba relaktasi selepas luka di payudara saya sembuh? Ramai yang berpengalaman nasihat supaya jangan beri penyusuan selepas mengambil ubat berhenti sebab ia akan membawa side effect, betulkah?
Thanks in advance for your advise.
Nieza, anak saya dah tak nak direct feeding. Sekarang saya hanya pam dan beri ebm melalui botol sahaja. Tanpa direct feeding boleh ke susu saya bertambah? Apa yang perlu saya lakukan ye?
salam nieza,
bb saya br jer berusia 3 bln 18hb nie…bb saya da x bf lepas jer saya habis pantang 44 aritu..bukan xder susu bdn pon cuma dia mmg xmahu…botol pon mula2 xmahu, tp bila da lapa lama kelamaan dia mahu…tapi dia mmg akan menolak untuk menyusu bdn..mula2 saya igtkan susu saya kurang yg membuatkan dia xpuas, sbab 2 hari sebelum tue saya demam..org ckp klu kita makan ubat, susu kita akan rasa xsedap..tapi saya cuba mintak tolong akak saya yg kebetulan ada anak yg fully bf untuk cuba menyusukan anak saya…tapi anak saya menolak..sudah 3 org yg saya mtak tolong susukan bdn utk dia tp dia tetap menolak..malah menangis meraung2 mcm kita bg dia makan ubat plak…saya housewife sepenuh masa dan ini anak pertama saya…saya da cuba tanya pada pakar laktasi,dan doktor suruh saya cuba pam n bagi melalui botol, mula2 dia nakla juga tp lama kelamaan susu saya makin kurang dan skrg nie klu picit adalah skit jer, klu pam pon nk dapatkan 1 oz pon berjam2..ada org ckp suakan breast kita masa dia tga mamai2, tp bb saya bijak, mmg dia akan menolak…tolongla, apa yang perlu saya lakukan????
salam akak.. bb saya sempat menyusu dgn saya selama dlm pantang je, itupun dah campur dgn susu formula, coz nipple saya yang agak tenggelam menyebabkan bb xnak menghisap.. kini anak dah berumur 2bln lebih, dan bb dah xmahu langsung menyusu menyebabkan penghasilan susu saya hanya beberapa titik sahaja jika dipam (bkn elektronik). dan setiap kali saya suakan nipple saya kepada bb, dia menunjukkan aksi termuntah2 dan menangis terlampau2, menyebabkan saya terpaksa meneruskan susu botol untuk elakkan bb meragam (inilah akibat bb dah kenal susu botol n puting tipu)..selepas bb saya dimasukkan ke wad disebabkan suspek pnemonia, doktor menasihatkan saya memberikan susu dada, untuk menguatkan imunisasi bb.. namun saya tidak tahu kaedah bagaimana yang perlu saya cuba untuk relaktasi bb saya… adakah saya berpotensi menyusu anak saya kembali? akak adakah saya perlu menggunakan alat SNS atau saya perlu mengepam sahaja? dimanakah alat itu boleh diperolehi? saya sekarang bekerja di kawasan ulu menyebabkan saya sukar untuk mencari produk tersebut. jika saya ingin memberi susu fomula dengan menggunakan kaedah cawan atau susu, bagaimanakah caranya? kerana saya telah cuba menggunakan sudu namun penerimaan bb negatif.. saya benar2 ingin menyusu bb saya semula..
salam…
bb sy telah berumur 3++ bulan. semasa dlm pantang bb menyusu terus tanpa susu formula, tp sejak sy bekerja semula selepas cuti bersalin sy hanya mmbekalkan susu formula kepada pada sebelah siang & breastmilk pd waktu mlm.tp lama kelamaan bb tidak mahu terus menyusu dr bdn sebaliknya hanya minum susu yang telah di pam menggunakan botol. masalahnya skrg semakin hari susu badan semakin kurang & saya pula masih ingin menyusukan bayi dari badan. adakah makanan2 tambahan yang perlu saya ambil untuk terus menggalakkan lebih banyak susu kerana bila memikirkan saya tidak lagi boleh menyusukan bayi saya rasa termat sedih. saya benar ingin terus menyusukan bayi saya seperti sblm ni ..
salam..
sy ni 1st time mother.masalah sy ialah susu sy sudah kering n baby cuma sempat menyusu selama seminggu shj.itupun susu sy hanya sedikit sj.sy begitu ingin memulakan relaktasi skarang.untuk makluman bayi sy sdh pun berusia dua bulan.bagaimana caranya untuk sy menghasilkan susu semula?bolehkah sy kembali meyusukan?tolonglah beri pandangan, sy amat menghargainya
sekian,wassalam n terima kasih.
salam…..
ank saya dh berumur sthun 2bln, myusu botol sjak 3bln sbb susu sy kering.msalahnya sjak 2-3hr ni dia dh xnk mnyusu. puas dpujuk tp xnk.saya risau sbb dia msih kecil. mcamana sy nk pujuk spaya dia kembali mahukn susu?
salam..
Anak saya kini dah berumur 4 Bulan 1/2 (14 minggu). Saya amat terkilan dan frustrated x dapat BF anak secara penuh sekarang. Anak saya dilahirkan secara C-section after 12 hours saya bertarung nyawa untuk melahirkannya. Akibatnya anak saya dimasukkan ke dalam NICU selama 6 hari due to Lung Infection. Selama tempoh tersebut saya tidak dapat menyusukanya secara BF dan hanya susu formula diberikan melalui tiub. Niat saya untuk BF masih tinggi walaupun pada mulanya dia menolak untuk BF secara direct dari nipple. Selama 2 hari saya mencuba (without sleep) dan akhirnya berjaya. Namun, masa tempoh berpantang saya harus mengambil ubat-ubatan tertentu yang mana telah menyebabkan susu badan saya kering. Anak saya tidak pernah kenyang dan akan menangis setelah 2-3 minit BF. Atas saranan nurse, saya top up susu formula selepas BF. Everything going OK, at least i still can BF my baby. Malangnya ketika anak saya berusia 9 minggu saya telah dihantar oleh suami ke rumah ibu mertua untuk menghabiskan tempoh berpantang memandangkan anak saya merupakan cucu pertama. Bagi menjaga hati keluarga, saya bersetuju. 2 minggu ketika bersama ibu mertua merupakan satu siksaan buat saya. Ibu mertua bercadang untuk menjaga anak saya dan tidak membenarkan anak saya BF. Setiap kali anak saya ingin menyusu, ibu mertua akan memberikan susu formula. Suami meminta saya bersabar dengan alasan demi menjaga hati orang tua nya. Akibatnya anak saya mengalami nipple confusion dan enggan BF. Saya rasa amat menyesal kerana terpaksa menjaga hati orang lain daripada memberikan hak anak (susu) seperti yang sepatutnya. Lebih terkilan apabila terkenangkan betapa susahnya usaha saya dulu cuba untuk BF (siang dan malam tanpa tidor) selama 2 hari dan akhirnya berkesudahan begini. Setelah tamat tempoh berpantang saya tiada pilihan lain selain memberikan susu formula melalui botol kepada anak memandangkan saya tidak mempunyai masa dan peluang yang cukup untuk mengajar anak BF semula. Mungkin juga saya terkilan dan give up terlalu awal. Baru-baru ini saya mendapat tahu adalah tidak mustahil untuk re laktasi dan Breastfed semula. Namun saya mungkin mengalami kesukaran sekiranya anak saya telah berumur lebih dari 3 bulan. Saya bertekad untuk BF semula. Langkah pertama yang saya ambil, saya beli SNS (Suplemental Nursing System), malangya agar sukar untuk memujuk anak menyusu melalui nipple. Setiap kali saya cuba, anak akan memalingkan muka dan kemudian menangis kerana rimas. Setaip kali ditolak saya akan menangis kerana terlalu sedih apabila anak saya tidak mahu menyusu dari badan saya. Walaubagaimanapun saya masih bertekad untuk mencuba sehingga berjaya walaupun sering diperli oleh suami dan ahli keluarga sekeliling. Apa yang membimbangkan saya adalah saya akan frustrated dan menyebabkan baby turut tertekan. Saya tidak mendapat sokongan penuh dari orang-orang sekeliling, dan anak pula sering kali menolak untuk menyusu dari nipple saya. bolehkan anak saya kembali BF dan bagaimana ingin memujuk nya? Untuk pengetahuan, susu saya telah kering dan saya cuba untuk hasilkan susu dengan mengambil pil ASI dan mengepam secara manual setiap 3 jam.. Harap dapat memberi panduan. Sekian, terima kasih.
sy mngambil anak angkat skrg brusia sebulamn seminggu..maslh nya sejak bb brusia 4 hari sy dh berikan dia susu formula..baru2 ini sy telah berjumpa pakar penyusuan ibu..sy ingin menyusukan ank saya mtetapi ank sy menolak puting sy dan sy juga mempunyai puting yg kecil..begitu legat dia menangis..tpi sy tetap akan brusaha..namun terbit juga rasa kecewa..sy nak tahu ..bagamina harus sya lakukan….memujku ank saya
mohon izin copy article untuk dikongsi dalam blog saya
salam kak nieza,
saya baru melahirkan anak sulung dan kini berusia 36 hari. dari awl mengandung, sy bertekad untuk menyusu bayi melalui bf sepenuhnya. tetapi semasa bayi berusia kurang dr s’minggu, die kerap menangis dengan kuat. ini menyukarkan sy untuk menyusu (bayi menangis dgn mulut nganga dgn luas menybabkan bayi tidak dpt menangkap puting dan menyusu).tmbhn pula, puting sy pendek. disebabkan tidak mahu bayi terus menangis emak memberikan susu formula. saya hnya boleh bagi bf ketika bayi dlm keadaan tenang. sy tetap b’usaha untuk menyusu bayi wlpn emak sering menyuruh sy memberikan susu formula. alhamdulillah, semasa bayi b’umur krg dr 2 minggu, bayi sy sudah mula pandai menyusu melalui bf. akan tetapi susu formula tetap diberikan juga kerana emak akan menyuruh sy membuat susu bf untuk bayi apabila bayi sy menangis (wlpn kdg2 sy abaikan). katanya bayi sy tak kenyang, susu formula akan membuatkan bayi kenyng. saya risau lama kelamaan bayi sy terus tidak mahu bf kerana kdg2 semasa menyusu bayi sy menangis seperti merungut2. emak sy cakap bayi sy jemu minum susu sy. tetapi pd wktu malam, sy memberikan bf pada bayi. dengan ini, sy ada beberapa soalan..
1) betul ke bayi tak kenyang kalau bf dan kenyang bila minum susu formula?
2) kenapa bayi boleh menangis semasa bf? boleh ke bayi jemu minum susu badan atau sebab susu sikit ataupun susu terlalu laju menyebabkan bayi terase lemas. kalau terlalu laju, apa perlu sy buat.
3) saya ada memerah susu semasa bayi tidak pandai bf hingga sekarang. selepas memerah, sy terus masukkan dlm botol susu dan akan beri pada bayi kalau die menangis (dalam masa 4 jam dr masa memerah). blh ke sy buat mcm tu. atau kene panaskan dulu.
4) susu yg diperah boleh tahan selama 4 jam pd suhu bilik. soalan sy, kalau tak habis dlm masa 4 jam, kene letak dlm peti ais untuk digunakan semula ataupun selepas minum, bakinya perlu terus diletakkan dalam peti ais dgn segera.
5) sy lihat kdg2 susu sy pekat, kdg2 cair hampir seperti air kosong. adakah kepekatan susu mempengaruhi nutrien yg ade dlm susu. sy ada minum susu khas untuk ibu menyusu untuk meningkatkan pengeluaran susu tetapi kdg2 susu tetap cair.
sy harap usaha sy untuk memberikan bf sepenunhnya akan berhasil selepas sy pulang kerumah sndr nanti lps habis pantang (kerana tiada siapa yg akan paksa sy membancuh susu formula untuk bayi). cuma sy risau bila bayi tinggal di rumah pengasuh dan minum m’gunakan botol, bayi sudah tidak mahu bf. time kasih kak nieza, diharap dapat membantu..
salam k.nieza…
sy mempunyai masalah yg lebih kurang sama dgn ibu-ibu di atas.sy melahirkan baby sy scra caesarian.sejak dilahirkan sy berusaha utk fully bf baby sy dan baby memberi kerjasama yg baik.dia amat suka bf.tetapi mslh sy ialah penghasilan susu sy amat kurang.jika diperah utk dptkn 0.5oz pn susah.sy pn x tau knpa.jd sy terpaksa cmpur dgn susu formula,menyusukannya menggunakan botol.walapun begitu jika ditawarkan puting payudara,dia ttp mahu.slps dia menyusu botol,dia ttp mau menghisap puting sy sblm tidur..merujuk kpda artikel di atas,baby sy ni mcm situasi paten 1.
(# bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.)
setelah umurnya 43hari,sy terpaksa berpisah dgn baby sy krna trpksa pulang mengajar di sabah dan sy bersendirian di sini.baby saya terpaksa saya tinggalkan pada emak sy di kampung dan suami jg bekerja di sana.jadi amat sukar utk sy bawa baby bersama memandangkn tmpt sy bertugas di pedalaman..skrg umurnya 2 bulan.jadi cuti sekolah hjg thn ni,sy mau menyusukannya kembali.skrg sy msh mengepam ttpi menggunakan pam manual.hasil susu amat sedikit.apa yg perlu sy lakukan utk tambah pengeluaran susu saya?sy tiada masalah ttg rejection from baby tp mslh dr segi production of breastmilk from the beginning…pls help me..
salam..mohon copy page nih..utk tatapan sendiri… hope dgn adanyer tunjuk ajar dari page nih..sy dapat mghasilkan susu yg byk serta dapat mgenyangkan bby sy yg br 2 bulan…. utk pgetahuan saudari…bby sy tpakse diberi susu tambahan.. iaitu susu isomel..kerana alahan susu lembu… sy pulak tidak dpt mngenyangkan dia stiap kali dia myusu badan… dalam 1 hari cuma 2kali sj dia puas myusu badan..yg len,dia kan merengek..tidak kenyang… sy rs dgn page nih..sy akan mampu mghasilkan susu yg lebih byk..lgpun bby sy suka memerap dgn sy… mungkin kan bhasil..doakanlah sy bjaya…. klo boleh..sy tidak mahu bby sy myusu susu lain drpd susu sy….
Slm… sy nk cuba relaktasi nie…tp sy skrg nie mkn pil perancang marvelon..anak sy dah berusia lbh krg 1 tahun 3 minggu..die bhnti menyusu bdn sekitar umr 4bln..sy bimbang..camner nak relaktasi sdgkan sy mkn pil perancang…sy minta nasihat dan pendapat saudari..apa yg perlu sy lakukan..apakah sy perlu berhenti mengambil pil perancang atau mengambil perancang khas untuk menyusu bdn? sy bnr2 hendak menyusukan anak sy semula..bantulah sy..tq..
Assalamualaikum.
sy mempunyai bayi yg berumur 11bulan.saya telah menghentikan BF drpdnya ketika ank berumur 7bulan kerana kekurangan susu.saya cuba untuk relaktasi kerana ank menghadapi masalah penghadaman (cirit-birit) walaupun telah diberi ubat.masalah sy,selain susu yg kurang,anak menolak untuk menghisap puting payudara.sy pula yg rasa tertekan.sy minta pendapat puan untuk menyelesaikan masalah sy ini.terima kasih.
Bayi saya berusia 4 bulan,masih BF,tp siang hari diberi dlm botol susu dan malam direct feeding.Disebabkan terlalu sibuk dan banyak outstation,saya banyak skip memerah dan menyusukan bayi saya dan sekarang jumlah perahan semakin kurang,kadang2 hanya dapat 1 oz.Sekarang saya betul2 tertekan dan buntu…soalan saya
1)Masih adakah peluang saya untuk menambah jumlah perahan
2)Apakah makanan yang paling sesuai untuk menambah susu perahan.
3)Saya ada mengambil fenugreek supliment,B complex,Vit.c dan evening primerose,tp susu saya masih kurang,adakah apa yg saya ambil sesuai untuk penyusuan
4)Benarkah mengambil minuman berais menyebabkan susu makin kurang
baby sy baru sebulan..2 mggu saya bg susu badan tapi main perah and letak dlm botol..mula2 perah dpt dlm 60ml..lama2 bila perah dpt 40 ml..pastu makin kurang plak..kenapa ye?shari skali saya perah,kadang2 letih.sy kalau boleh nak slalu bg anak susu badan..
salam…saya nak tanya…ank saya sekarang dah masuk 5 bulan…masa dia 3 bulan saya dah berhenti menyusu badan sebab penghasilan susu saya semakin hari semakin berkurang…anak saya pun tak mahu menyusu dari puting saya..bila saya letak puting dia akan termuntah…tolong lah saya..saya ingin sangat nak menyusukan anak saya…sekarang ni susu saya dah kering..saya pernah cuba suruh anak saya menyusu dari puting saya tapi dia tetap menolak…pelbagai pil atau suppliment dah saya cuba…
salam..
anak saya skarang 7 bulan.sy melahirkannya secara c-sect.pembedahan.reason: big baby :4.17kg.n dis is my first baby.since lahir sy dh campur dgn fm sbb baby susah nak df.tiap kali nak df, baby mesti melaung laung.susah sgt nak bg melekap…tp sy try jgk la bg df.mcm2 cr dh cuba.n masa umur 3 bulan trus x bg bf, full fm dah.sbb ssh sgt nak df.melaung2 x nak.kadang 2 tu just letak mlut je kat breast tp x hisap.dh cb pam tp hasil frustrated.yg plg byk sy dpt bila pam ada la dlm 0.5 oz.sikit sgt.putu s asa.baby sy mmg jns kuat menyusu..dh lama rs ingin relaktasi,tp x tahu camane cara.selain keep on discipline on pumpingh.any other way?btw, susu sy bila d picit still kluar lg.rs mcm syg la pulak kalau x menyusu baby.
assalamualaikum.
saya mempunyai anak kembar lelaki yg kini berusia 6 bulan. sejak berusia 5 hari mereka telah diberikan susu formula melalui botol kerana saya lambat dpt menyusukan mereka setelah menjalani pembedahan c-sect. saya mengalamami tekanan darah yg sgt tinggi semasa dan selepas melahirkan dan hanya dpt menyusukan mereka kali pertama pada hari ketiga.selepas pulang dari hospital barulah susu mulai banyak, dan saya tetap menyusukan mereka dgn kerap setiap hari wlpun ada ditambah susu formula. selesai waktu berpantang, saya terpaksa meninggalkan mereka di kampung kerana persekitaran rumah saya yg tidak sesuai utk membawa bayi, banyak warga asing (indon, bangla, nepal, myanmar, african) dan lif aparment sentiasa rosak. saya mengepam di pejabat dan membawa pulang stok susu setiap hujung minggu. hari jumaat, sabtu dan ahad memang saya akan meneruskan direct feeding sebanyak mungkin. namun, ketika usia bayi 5 bulan, mereka sudah tidak mahu direct feeding. mereka menolak ketika disuakan, dan akan menangis jika saya bersungguh2 ingin menyusukan mereka. mereka hanya mahu minum susu yang diperah melalui botol. lama kelamaan susu yg dihasilkan semakin berkurangan. saya dah cuba pelbagai makanan penambah susu namun tidak berhasil. saya mulai rindu utk memegang dan menyusukan anak2 saya sehingga tertidur, seperti waktu berpantang dulu. namun malang nasib saya, anak2 tetap tak mahu. saya cuba fake nipple avent, pun tak berjaya. apa yang harus saya lakukan? pada pendapat saya, milk booster yg paling sesuai utk badan saya ialah daya hisapan dari bayi, tetapi bayi tak mahu menghisap lagi. susu semakin berkurang, dan saya semakin tertekan. saya berusaha pam skerap mungkin tp hampa. saya rasa terkilan kerana bayi2 saya masih kecil, baru 6 bulan. mereka sepatutnya masih menyusu di badan.
Salam.anak saya sekarang berusia 1thn 9 bulan.semasa baru lahir saya bertekad untuk menyusu hingga usia dia 2 tahun ,tapi saya tak berjaya sbb selepas 3 bulan susu saya muali kering.dah mcm2 cara saya buat ,saya pam tapi yg kuar sikit sgt anak saya selalu mengamuk. susu fomula juga yg dia mahukan.Selepas itu saya jumpa doc minta ubat tambah susu.masih sikit juga.saya cuba pula vitamin yang amat terkenal shaklee tambahan setelah lihat byk hasilnya dalam bloq..tapi saya pula yg merana pinggang saya menjadi sakit akibat ubat itu.Slpas itu saya diserang sejenis penyakit ,antibodi badan saya menyerang badan saya sendiri dan dimasukkan ke spital dan mc selama 2 bulan kerana sakit teruk. selama itulah saya langsung tak menyusu badan.kerana anak saya dibawa balik ke kg.hgga kini saya dah tak berjaya nak menyusukan anak saya sedih sgt2 rasanya.saya takut nak berusaha balik kerana saya terpaksa makan sejenis ubat yg mengandungi streoid dan beberapa jenis ubat lagi hingga kini.Saya juga dinasihatkan tidak pregnant lagi oleh doc disebabkan sakit saya ini.saya nak tya boleh tak kiranya saya nak cuba balik atau ada ubat yg membolehkan saya menyusu balik setelah saya berhenti mengambil ubat steroid tadi.Anak saya mugkin tak akan menyusu sendiri saya tak kisah kiranya saya boleh pam dan bagi melalui botol..harap dapat bantu saya…
salam..akak mohon dikongsi artikel akak ini dgn kwn2 sy diluar ek…
Assalamualaikum…bayi saya lahir pada 6.4.2012..dan kini sudah berumur 2 bulan lebih..masalah saya adalah,bayi saya hanya dapat minum susu saya sehingga berusia 1 bulan tp ada sikit minum susu formula..kerana ini adalah pengalaman pertama..lagipon bayi saya tidak pandai menghisap kerana puting yg pendek.saya hanya perah dan masuk kedalam botol…skrg saya bercadang ingin memberi susu bdn semula..lgpon susu ada lagi walaupon x byk…1 jam perah hnye dpt dlm 2 ouz sahaja..apa yg perlu saya buat..saya rasa kekurangan bila taak menyusukan bayi saya..Tolong saya…
As salam…
saya mempunyai masalah anak saya yang berumur 8 bulan tak nak direct bf..dan susu saya semakin kurang..saya masih juga direct bf waktu malam tapi dapat sekali je..itu pun menangis2 paksa minum la juga..tapi kesian la..sampai bila asik paksa dia direct bf…saya rasa mungkin susu saya makin kurang….ada tak cara yang saya boleh buat untuk banyak kan susu saya semula seperti mula2 dulu..kalau perah pun tak sampai 1 oz
Salam Niza, saya nak tanya, possible tak saya nk relaktasi sbb baby dh umo 1tahun 6 bulan, pastu sblm ni dia dh stop bf ms 8 bulan, tp bila sy check tgk susu badan saya ada lagi, bole tak sy wat relaktasi ni supaya baby minum lagi susu saya menggunakan botol, sbb punca stop dulu baby gigit nipple saya, then saya continue guna botol, lepas tu sy trus stop susu ibu dan continue ngan FM. sekarang sy ingat nak pam lagi lah susu badan. boleh tak buat? berapa lamakah saya bole berjaya relaktasi, dan bole tak Niza bantu saya macam mana cara nak buat sehingga berjaya? terima kasih atas bantuan niza yang sangat saya harap-harap.
salam semua..saya baru hbs pantang, n masih bf bb sepenuhnya. badan saya jenis cepat naik selepas bersalin n sekarang saya cube nak maintan/turunkan sedikit berat badan sekarang!. ader cadangan produk yang boleh digunakan? walaupun saya masih nak ‘fully bf’.
Salam kak,
Bb saya berumur 1 bln 2 mnggu..saya ingin sekali bf anak saya..akan tetapi nipple saya yg pendek menyebabkan bb saye susah nak latch..saya hanya pam susu dan bagi dlm botol.saya ada menggunakan nipple shield tapi banyak susu membazir memeleleh keluat bila bb tarik nipple shield sehingga tercabut..adakah cara untuk saya bf direct dgn bb saya?mnta pertolongan akak..tq
Salam kak.
Masalah saya sama dengan Noly.bb asyik menangis sampaikan parents risau susu sy tak cukup for bb.so sy dengan terpaksa bg bb susu formula.sekarang ni syg keep pumping tp tak consistent,susu still belum kering.boleh ke sy mulakan relactation ni?
salam kak,
Sy menyusu secara eksklusif sehingga sekarang (baby baru 6 bln).Sy direct feeding sepanjang 3 bln pertama. Bila mula kerja,sy sediakan ebm utk pengasuh dan direct feeding time di rumah. Baby sy hanya mahu feeding breast belah kiri. So, sy pam sebelah kanan dan simpan utk bekalan ebm hari kerja. Masalahnya sekarang semenjak bulan puasa yang lalu, bekalan susu berkurangan dgn mendadak terutamanye belah kanan. Stok susu harian sy terjejas tapi sy xnk mengalah kepada susu formula. lagipun, anak sy sjak lahir sehingga sekarang mmg jarang buang air besar sehingga beberapa hari sekali meskipun doktor sendiri tidak mengesahkan sebarang penyakit. Sy telah mencuba pelbagai makanan tambah susu tp kurang berhasil disebabkan kurang disiplin dan masa. Sy juga smakin kurang mengepam kerana susu yang dapat sgt sedikit sehingga hampir putus asa. Sy sgt sedih nk berpisah bf dgn anak sbb sy amat sukakan saat2 bersama anak. Org sekeliling byk syorkan sy bg susu formula sj tp sy x suka. Selepas 1 minggu cuti raya, baby sy xnk hisap susu dlm botol dan menangis serta rela x minum sehingga sy balik kerja (sy cikgu). Maybe keran sepanjang 1 week tu sy hanya direct feeding sbb beraya merat tempat. Sy rs amat tertekan antara pilihan2 yang ada. Sy ingin kembali ada bekalan susu yg byk supaya sy x perlu bg susu formula. Pd masa yg sama, minta bantuan utk buat baby kembali mahu menyusu ebm dlm botol. Niat sy utk menyusu anak slama mampu x kiralah anak dh start mkn mknan tambahan.
Tq atas saranan2 yg diberi..alhamdulillah, anak sy sudah mula mkn mknan pelengkap dan buang air besar setiap hari..namun disebabkan susu masih kurang, sy hanya membekalkan 1-2 botol ebm ke rumah pengasuh dan selebihnya ditambah dgn susu formula..di rumah direct feeding sepenuhnya..sy juga telah byk mencuba makanan penambah susu tetapi hasilnya hanya bertambah sedikit..sy pernah amalkan shaklee,horlicks, habatus sauda dan ubat (motilium dan pulin) namun masih sikit..sekarang sy minum air longan kering,horlicks dan susu segar..hasilnya lebih berbanding biasa namun masih blum cukup utk stok jangka panjang…dimana boleh sy dptkan galacta capsule?tq
Terima kasih kak.
Bby br 2 bulan tp sedih sbb h fully fm. Bby mmg dah tak nak direct feeding.
Sy dh comsisten pump tp bile consisten, lgsg takde susu kelluar kak. Kenape eh.
Susu sy dh kering ke? Tp kli picit ade lg 2 3 titik.
Boleh ke sy guna sns tu as medium untuk ajar bby latch on balik?
kak…
saya menjadi ibu susuan br 1 bln mengambil domperidone, susu dah mula ada tapi xbanyak,baby minum pon xkenyang.saya menjadi fedap kerana susu skit….
macam mana ye kak..saya masih makan lg domeperidone sehingga kini
salam,
saya syafinaz, baru memiliki anak sulung yg kini baru berusia 44 hari. disebabkan saya berpantang sendiri dirumah (mak bapa dan mertua org sabah), maka saya tidak tahu tentang penyusuan bayi. saya amat sedih kerana tidak menyusukan bayi. puncanya, saya memiliki ketulan susu di buah dada. dr mengatakan yang ianya sudah dijangkiti kuman dan perlukan injection serta makan dostinex untuk berhentikan susu. untuk mngelakkan terjadinya ketulan susu yang ke dua. saya makan ubat dostinex selama 2 hari iaitu sehari, satu biji ketika usia anak saya 3 minggu. saya memang ingin bf sepenuhnya anak saya walaupun saya bekerja. saya tlh beli pelbagai kelengkapa spt pam manual, ais, cooling beg dan pelbagai lagi. saya sedih kerana anak menyusu formula. saya cuba memicit payudara dan saya dapati, masih ada sedikit susu yang keluar. bagaimanakah caranya untuk saya bf semula? bolehkah saya bf semula setelah mkn dostinex.. saya ingin bf anak saya.. sedih..
Salam
Bayi saya berusia 1thn 2bln, karana faktor air susu yg mulai berkurang saya mau memberinya susu formula dan berhenti memberimya susu badan, tapi masalahnya selepas 3hri bercerai susu dan minum susu formula badannya demam dan cirit birit, saya sangat risau,
ada pergi brjumpa dokter, dokter cakap suruh ganti susu sementara dengan susu jenama SIMILAC LF.Tapi baby saya tak mau susu jenama SIMILAC.
Saya pula dah makan ubat untuk berhenti susu, tapi buah dada saya masih bengkak, saya tak sampai hati tengok baby. Saya nak memberinya lagi susu badan,
Bolehkah saya berikan air susu badan saya ke baby lagi sedangkan saya dah makan ubat berhenti susu selama 4hari.
Mohon saran , terima kasih…
Salam..anna skrg ni berusia 26 thn n mpunyai 2 chyamata.nk tanya ye if nak pisahkn susu badan dr ank kedua sy yg skrg ni berusia 1 thn 8 bulan.n sy nk tanya kenapa breast kiri sy mbesar dr breast kanan.sy malu dgn org sekeliling yg suke memerli sy tmasuk suami sy..mcm mn sy nk betulkan breast sy supaya kmbali normal (sama besar)?? Tlg sy… :’(
salam.
bayi saya sekara berumur 3 bulan. namun saya hanya berjaya exclusive breastfeed selama sebulan 2bulan sahaja. terpaksa menambah susu formula kerana anak poor weight gain. untuk pengetahuan, saya sudah mencuba kaedah mengepam dengan kerap namun hasil masih sedikit. jika boleh saya ingin menyusukan anak secara eksklusif semula. adakah relactation aid boleh membantu menambah susu badan?
salam puan,
Baby saya baru berusia 35 hari. Sejak dilahirkan sampai sekarang baby saya tak pernah langsung direct feeding. Bila disuakan breast baby nangis terjerit2 dan menolak. Perkara ni terjadi dari saat saya lahirkan baby lagi. Even doktor n nurse datang membantu pon masih gagal. Kini saya pamkan susu sahaja dan beri fm sebab susu terlalu sikit. Saya harap puan dapat membantu saya sebab saya tak pernah lagi rasa nikmat menyusukan anak saya. Breast saya pon da lembut mungkin susu da makin kering.