Induced Lactation (Mencetuskan Penyusuan Ibu)

Artikel ini ditujukan khusus kepada ibu-ibu yang mengambil anak angkat dan berusaha untuk menjadi ibu susuan kepada anak angkat.

Mencetuskan penyusuan ibu atau induced lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah perkara mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak sebelum itu. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun begitu ini tidak boleh menjadi penghalang untuk ibu-ibu angkat berusaha untuk menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk tujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Jack Newman di dalam bukunya, “The Ultimate Breastfeeding Book of Answers”, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu dari ibu susuan.

Semasa kehamilan badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin (dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara untuk penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras progesteron dan estrogen akan menurun manakala aras prolaktin akan bertambah untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payudara. Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payudara mereka. Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

Bilakah induced lactation harus bermula?

Sebaik-baiknya lebih awal bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha untuk mencetuskan susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula 6 bulan atau lebih awal sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan susu ibu kepada bakal bayinya.

Persediaan bagi ibu yang mempunyai masa 6 bulan:

  1. 6 bulan sebelum jangkaan bayi lahir; makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10 mg Domperidone 4 kali sehari selama 1 minggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg 4 kali sehari. Payudara akan mengalami sedikit perubahan saiz dan ini adalah normal.
  3. Teruskan kekalkan dos yang sama sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan bayi lahir.
  4. 6 minggu sebelum bayi lahir; hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini akan mengurangkan aras progesteron dan meningkatkan penghasilan prolaktin pula untuk persediaan mencetuskan susu ibu.
  5. 2 minggu kemudian, ibu boleh mula mengepam setiap 3 jam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade brastpump )untuk mendapatkan hasil yang baik. Apabila ibu mula mengepam ibu-ibu boleh menambah makanan penggalak susu ibu dalam nutrisi mereka seperti Fenugreek (halba) dan oat. Ibu juga harus minum banyak air tetapi kurangkan pengambilan kopi (minuman berkafein) kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam badan.
  6. Pada peringkat ini susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warna putih yang jernih sebelum mendapat susu sebenar selepas beberapa hari/minggu.
  7. Sebaik bayi lahir (jika boleh) ibu boleh terus cuba menyusukan bayi pada payudara ibu. Alternatif lain yang lebih baik, ibu sebenar boleh menyusukan bayinya kerana kolostrum daripada ibu adalah makanan paling baik untuk bayi baru lahir.

Persediaan bagi ibu yang mempunyai masa kurang daripada 6 bulan:

  1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30-60 hari bersama 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, rasa tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg 4 kali sehari.
  3. Ibu juga boleh mula mengepam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade brastpump )untuk mendapatkan hasil yang baik. Makan makanan penggalak susu ibu seperti Fenugreek (halba) dan oat,  minum banyak air.
  4. Sama seperti saranan di atas, ibu angkat boleh terus cuba menyusukan bayi sebaik bayi lahir.

Kes yang pernah terjadi kepada rakan saya yang mengambil anak angkat dan melakukan proses induced lactation sebulan sebelum kelahiran bayi angkatnya. Pada hari bayi dilahirkan ibu sebenar tidak mahu menyusukan bayinya (sedih sekali!) dan terus menyerahkan bayi kepada ibu angkat pada hari kedua bayi lahir…  Ibu angkat berusaha menyusukan anak angkatnya walaupun kuantiti susu masih belum mencukupi! Namun beliau berjaya mencetuskan susu ibu untuk diberikan kepada bayi angkatnya.

Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada 4 fasa:

Fasa 1: makan pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.

Fasa 2: hentikan pil perancang tetapi teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.

Fasa 3: memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.

Fasa 4: beri bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

Nasihat saya kepada ibu (ibu angkat):

  1. Susu ibu tetap makanan terbaik bagi bayi baru lahir. Sebaiknya susukannya sekurang-kurang selama 6 bulan pertama hayatnya.
  2. Ibu harus berfikiran positif, cekal, sabar dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya mencetuskan susu ibu. Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Jadi “didik”lah otak supaya ia mahu bekerjasama dengan kita utk menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayi kita.
  3. Latih bayi menyusu terus dari payudara ibu untuk meningkatkan rangsang ke atas payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jika perlu alat SNS (rujuk rajah di bawah) boleh digunakan.
  4. Jangan perkenalkan puting tiruan kepada bayi. Walaupun ketika susu ibu masih belum mencukupi dan ibu terpaksa memberi susu formula kepada bayi, sebaiknya beri menggunakan sudu atau cawan kecil bagi mengelak bayi keliru puting.
  5. Jika masalah keliru puting berlaku lebih sukar memujuk bayi menyusu daripada payudara ibu. Kesannya payudara kurang dirangsang maka penghasilan susu akan berkurangan.
  6. Dapatkan nasihat doktor dan pakar laktasi untuk membincangkan penggunaan pil dan ubat-ubatan di atas. Kenalpasti juga kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan penggunaan ubat-ubatan tersebut. Namun begitu ibu harus kuat, tabah dan yakin bahawa “susu ibu makanan terbaik bagi bayi”.
MEDELA Supplemental Nursing System (SNS)

MEDELA Supplemental Nursing System (SNS)

 

cup feeding

Teknik “Cup Feeding”: Bayi menghirup susu daripada cawan kecil (bukannya menuang susu ke mulut bayi)

Sumber: www.asklenore.info

24 Responses to “Induced Lactation (Mencetuskan Penyusuan Ibu)”

  • […] anaknya Walaubagaimanapun, saya link kan entri kaunselor laktasi yang lain disini (Puan Farah) dan disini (Puan […]

  • Salam. Kak Hanizah, mohon izin ambil artikel ni untuk diletakkan di blog ye. Saya dah tulis sumbernya dari blog Kak Hanizah. Terima kasih

    http://duniasusuibu.com/relaktasi-dan-mencetuskan-penyusuan/induce-lactation-mencetuskan-penyusuan-ibu/

  • umisyimir:

    Salam .
    Saya ada mengambil anak angkat usianya dalam 1 1/2 bln . Tetapi baby dah dah minum susu botol. Apakah cara terbaik membolehkan saya memberi susu badan kepada baby.
    Terima kasih .

    salam, cuba praktikkan langkah-langkah yang disenaraikan dlm artikel di atas

  • hidyanti othman:

    saya akan mengambil anak angkat,dalam beberapa hari ini bayi akan dilahirkan. saya pernah keguguran kandungan brusia 3 bulan beberapa tahun sebelum ini, dan setelah sekian lama masih belum hamil. semasa keguguran dahulu, kedua-dua payudara saya menghasilkan susu selama 3-5 hari. saya perah dan buang susu tersebut.. perlukah saya mengambil pil2 hormon untuk mencetuskan susu? bolehkah payudara saya mengeluarkan susu tanpa perlu mengambil pil2 hormon?

  • fiffy:

    Saya ambil anak angkat skg berusia 2bln+..
    saya masih runsing susu masih belum keluar..walaupun dh mkn pil.

  • fiffy:

    SNS ada dijual di mana yer????

    ada dijual di sini.

  • Salam,
    Saya mempunyai bayi berumur 1 tahun dan masih menyusu badan. tetapi susu badan saya sudah berkurangan, jadi bolehkah saya mengambil Domperidone sahaja sekiranya saya mahu memperbanyakkan susu badan? Jika boleh, berapakah sukatan yang harus saya ambil?

    Saya kini mengamalkan pengambilan noriday untuk menjarakkan kandungan. Pakar memberitahu saya bahawa hanya pil perancang jenis noriday sahaja dibenarkan untuk diambil oleh ibu yang masih menyusu bayinya.

    Jadi soalan saya seperti di atas. Bolehkah saya hanya mengambil Domperidone sahaja?

    salam. domperidone bukanlah penyelesaian muktamad kepada masalah kekurangan susu badan atau utk meningkatkan penghasilan susu. pengambilan domperidone seharusnya mendapat nasihat doktor terlebih dahulu kerana ia mempunyai kesan sampingan seperti keletihan dan depression.
    jika puan mengalami masalah kekurangan susu, tingkatkan penghasilan susu dgn cara mengepam lebih kerap, mengepam selepas baby menyusu, makan makanan berkhasiat, banyakkan minum air dan kurangkan stress.

  • […] Hanizah Samad (2009). Induce Lactation (Mencetuskan Penyusuan Ibu). Mom’s Choice. 29 […]

  • soffia:

    salam,
    saya akan mengambil bayi angkat sy akan lahir hujung bulan nov ini. sy ada pergi bejumpa doc berkenaan pengambilan ubat bagi susu badan. Doc menggalakkan sy mengambil pil calsium lacta dan beberapa minggu sebelum bayi lahir baru beliau akan memberi ubat bagi penghasilan susu.. sy keliru dan tekanan. tak tahu mana 1 tip yang nak diikuti. harap beri pandangan.

  • khalilah:

    bayi sy berusia 4 bulan ++..skrg sy mgalami kekurangan susu badan..sy jd tension bila stok susu kehabisan dan keperluan susu harian hny cukup2 shj..kebiasaan bila pam boleh dpt 8-10oz..skrg semakin kurang..ape yg perlu sy lakukan…sedih bila teringat susu tiada utk disimpan bt stok..

  • Sy nk beli alat sns buat wife sy tu..mcm mn crnye..adakh alat terdpt d farmasi

  • Benarkh kesan jngka pnjng wanita yg tidk prnh hamil tp berusaha mengeluarkn susu badan dgn bantuan ubt ubtan akan mndpt cancer dkemudian hr?….sy rse bersalah dgn pengorbann isteri utk mmberi susu bdn nye kpd ank angkt kami…sila berikn maklumat yg tepat puan..tq

  • SARA:

    Saya dah mengamil anak angkat dan dah berusia 3 bulan. Dari bulan pertama kelahiran dia saya dah makan ubat untuk pengeluaran susu, tapi susu masih tak banyak, hanya setitik dua aje. Saya selalu guna kan pum sewaktu di pejabat dan dirumah. Saya memang nak menyusukan anak saya tu. Pernah ambil produk shaklee dan ada nampak perubahan tapi saya alergik pulak dengan sunplemnent tu, jadi nya sekarang tak ambil lagi. Boleh tolong bagi kan pendapat, terima kasih.

  • ija82:

    salam puan,
    saya ramizah, saya dah kawin beberapa tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata, dan baru2 ni dpt panggila telefon ada org sudi beri anak dia utk dijadikan anak angkat..due date kelahirannya pun cuma tinggal sebulan lebih sikit jer..awal bulan 8 ni…atas maksud tersebut saya merancang ingin menyusukan bayi tersebut dgn susu badan agar bayi tadi jadi bayi susuan saya dan automatik batas aurat antara ibu bapa n anak angkat td selesai dgn status anak susuan…
    Pendek cerita saya terjumpa page puan nie…jadiknya langkah mula mcm mana saya perlu lakukan…mana saya perlu dpt kan pil2 tersebut…difarmasi atau perlu menjalani consultation dulu ker dgn pihak doktor…
    diharap puan dpt membantu…
    saya yg berhajat,
    syukran…

  • Hidayah:

    Salam puan, nak tanya… boleh ke saya ikuti program induce lactation ni utk sususkan anak angkat…tapi sekarang saya mengandung 4 minggu.

  • adzrinain:

    salam puan,

    saya telah mengambil anak angkat berusia 11 bln dan dia tidak pernah menyusu badan ibunya…saya baru 2 hari mengambil domperidone 10mg 3 kali sehari…(itu yg disaran kan oleh pharmasis)….saya nak tanya adakah itu memadai atau apa yang saya perlukan lagi selain domperidone? diharap puan dapat membantu saya…sekian terima kasih.

  • saya berpengalaman amik anak angkat…actually saya dpt fon call 2 wks b4 baby lahir..terus saya amik motilium 3x sehari..plus fenugreek n minum mamil mama, horlicks..saya pump 3x sehari..alhamdulillah a week after baby lahir susu mula keluar n now saya dapat bg bby bfeed..yg penting kena try bg kat bby even susu sikit sgt, n yakin….

  • Suhana:

    Saya mempunyai seorang anak angkat berusia 4 bulan. saya bercadang untuk menyusukan anak tersebut supaya menjadi anak susuan saya. Untuk itu, saya telahpun mengambil suntikan di klinik pakar pada dua minggu lepas, dan turut diberikan 2 jenis ubat, motilium dan metoclopramide untuk dimakan selama 2 minggu. Namun, masih belum kelihatan susu keluar dari payudara saya. Saya seorang yang bekerja. Saya diberitahu, tekanan kerja boleh menyebabkan pengeluaran susu terganggu. Saya benar-benar ingin menyusukan anak angkat saya. Apakah yang perlu saya lakukan? Bayi saya telah pun minum susu formula menggunakan botol. Harap puan dapat membantu. Terima kasih.

  • Mahani:

    Saya sudsh mangambil anak angkat now 2 bulan. Sedang berusaha untuk beri susu badan. Di mana boleh saya dapatkan ubat utk penggalak pengeluaran susu ini.

  • roza:

    slm puan. anak sy dh setahun. dh bhenti minum susu bdn. sy nk bg die minum lg. ade cr x nk dpt/kluarkn air susu lg?

  • MIDS:

    ADAKAH SAYA PERLU MENGHENTIKAN PENGAMBILAN PIL RANGSANG SUSU KETIKA SAYA HAID

  • lisa:

    Salam..sy ada anak angkat usia 3bln dan ingin menjadi ibu susuan..bole ke masa period mkn ubt VOMETA FT domperidone utk mengelyarkn air susu..

  • hamidah:

    Bila perlu saya mula ambil pil yasmin dan domperidone ini? perlu tunggu haid kering dulu atau bila-bila masa sahaja?
    dan semasa haid bolehkah saya makan pil-pil ini?

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
June 2017
M T W T F S S
« Jun    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Tags