(Kisah benar) proses bercerai susu

Perbualan mak dan anak yang dalam proses bercerai susu…

Situasi 1:

Mak: Adik dah besar… adik tak payah le tek (menyusu) lagi.

Anak: Nak tek jugak… nak tek jugak…

Mak: Kawan-kawan adik kat sekolah (tadika) tak tek dah kan?

Anak: Kawan-kawan kat sekolah pun tek jugak…

Mak: Tak…. kawan-kawan adik minum susu botol kan?

Anak: Minum susu botol tu tek lah… sama lah tu…

Mak: Bila adik nak berhenti tek?

Adik: Nanti adik 10 tahun adik sekolah convent (SK Convent) adik tak tek lah…

Mak: Waaaaa…. lambat lagi tu….!!!

Adik: Tak pe lah… lepas 6 tahun, 7 tahun, lepas 7 tahun, 8 tahun, lepas 8 tahun, 9 tahun, lepas 9 tahun, 10 tahun lah..

Mak: ye lah… ye lah… tak lama lah tu…

 

Situasi 2:

Selepas disahkan hamil…

Mak: Nanti dah ada baby adik berhenti tek tau…

Anak: Kenapa…??

Mak: Nanti baby pun nak tek jugak…

Anak: Tak pe lah… nanti baby tek sebelah sini (kanan) adik tek sebelah sini (kiri).

Mak: Kena tunggu baby keluarlah, baru boleh kongsi tek.

Anak: Bila baby nak keluar?

Mak: Lambat lagi… bulan 9 atau bulan 10.

Anak: Sekarang bulan berapa?

Mak: Bulan 2…

Anak: Lepas bulan 2 bulan berapa?

Mak: Bulan 3…

Anak: Lepas bulan 3 bulan berapa?

Mak: Bulan 4…

Anak: Lepas bulan 4 bulan berapa?

Mak: Bulan 5… lepas tu bulan 6, 7, 8, 9, 10…

Anak: oooo lambat lagi baby nak keluar ni… (sambil muka begitu serius memikirkan sesuatu…)

 

Situasi 3:

Selepas balik dari berjumpa pakar O & G kerana berlaku sedikit pendarahan (pada usia kehamilan 8 minggu)

Mak: Adik, tadi doktor cakap adik tak boleh tek dah… (doktor tak cakap pun, sudah tentu doktor tak tanya adakah masih menyusu kerana melihatkan usia anak terdahulu nak masuk 6 tahun)

Anak: Kenapa…?

Mak: hmmm… tek mak sakit… tek dah habis… tek kena simpan untuk baby nanti…

Sebenarnya tiada alasan… boleh saja meneruskan penyusuan ketika hamil tetapi memandangkan usianya sudah hampir 6 tahun, maka sangat wajar untuknya berhenti menyusu…

Setelah puas memujuk, sesekali menangis teresak-esak meminta terutama sebelum tidur, dilekakan dengan pelbagai cara… bercerita… berbual tentang sekolah… membaca doa… dan lain-lain sehingga terlena… akhirnya dia tidak meminta lagi…

Dengan rasminya dia berhenti menyusu pada tanggal 24 Februari 2011 pada usia 5 tahun 4 bulan…

 

9 Responses to “(Kisah benar) proses bercerai susu”

  • Linda:

    Tahniah utk mama…

    Adik,
    Adik dah jadi kakak… Tak boleh tek dah ye. Sebab ‘kakak’ kena jaga adik pula…

    thanks linda… selalu itulah yg diberitahu “adik sudah jadi kakak” tapi tak jalan jugak.
    semlm sebelum tidur dia meminta lagi… dalam linang air mata dan esak tangis… sedih dan kasihan juga. kemudian kami pun bercerita cerita kartun yg dia suka, akhirnya dia menguap dan berkata “ngantuk… nak tidurlah…” dia pun terlupa utk meminta semula…

  • comel….

    tq 🙂

  • haza:

    tahniah2x.. sehingga 5 thn masih tek lg… pasti membeso dgn sihat kan..

    da pasti mamanya rasa sedeh sket tgk adik menagis nak sesuatu yg blh je utk diberi.. tp sbb nak buat satu perubahan.. mamanya kena kuat sket.

    tahhniah adik!

    terima kasih. dia memang membesar dgn sihat, jarang sangat sakit, kalau sakit/demam biasanya tak lama 1-2 hari sembuh. alhamdulillah.
    sedih juga sebab selalu terasa dia “masih kecil” (agaknya kerana dia belum ada adik).. 🙂

  • Salam..anak miss sgt22 la comel..pkai tdung pLak tuu..alaa comel..
    lau aisy lme lgi nak ada anak..now,still stUdy in nursing course..sll singgah sini..
    cri mkLmat ttg breast feeding..btw,tahnk u sO much yeaa..mmg byk bantu aisy information kat cnie..tq

    salam.tq.. semoga mendapat manfaat daripada blog ini.

  • rose:

    salam. sy tengah pregnant 4 bulan & bulan 7 ni genap anak sy yg sulung 2 tahun. sekarang im a preggy BF mommy. Mmg sgt2 mencabar. dengn nips sakit tapi kutahan jugak. anak plak alergi susu lembu yg teruk & dia taknak langsung susu soya
    cuba2 jugak bagi. tapi dia baling botol.
    apekah cara terbaik utk wean off? leh tak kasi tips?
    sbb anak sy baru 20 bulan. bercakap pon belum tahu..if dah leh becakap n faham ape kita kata senang skit kan..huhu

    as salam. nak beritahu cara terbaik tu… tak ada cara yg terbaik sbb masing2 anak dan ibu berbeza caranya. penyusuan ketika hamil masih boleh diteruskan kerana tiada fakta kesihatan yang mengaitkan penyusuan ibu ketika hamil dengan masalah atau kesan sampingan ke atas ibu dan fetus dalam kandungan. tetapi jika ibu tekad untuk memberhentikan penyusuan, mungkin blh baca info di sini…wean like a winner… http://www.momschoice.com.my/blog/?p=704

  • Rozy:

    salam k niezah,

    wahh dah akan ada ahli baru dalam keluarga.tahniah!
    anak k niezah memang comellaaa..

    salam rozy, lama x jumpa. thanks ya… rozy bila nk tambah lagi??. hehe

  • nailofar:

    lamanye menyusu..kagum..selagi ada permintaan selagi itu ada susus kan..he he

    ya betul… itulah konsep ‘demand & supply’. tq 🙂

  • imah:

    akak sangat comel anak akak..bestnya kak dapat bf sepenuhnya kat anak sampai anak 5 tahun lebih..sy pun insyallah anak kedua nie nak bagi bf sepenuhnya..sekarang die dah 2 bulan lebih bf sepenuhnya..sy pun sama cam akak jugak anak pertama coz kekurangan ilmu sy menyusu baby sy sampai die 8 bulan jea..lepas die putus susu 2 sy bagi susu dada jea..memang terasa sedih sangat rasa tak rapat gan baby..selalu masa die menyusu sy tengok die pandang wajah saya..2 y sy nekad anak kedua 2 nak bagi bf kat baby//doakan sy berjaya yea kak

    semoga berjaya… penyusuan ibu memerlukan kesabaran dan kegigihan 🙂

  • ala..sweetnyer muka dia…naif jer..tahniah….

    anak susu ibu memang mukanya tembun comel…hehehe…tq

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
May 2017
M T W T F S S
« Jun    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Tags