Pengendalian Susu Ibu untuk perjalanan jauh

Bismillahirrahmanirrahim….

Kerap juga saya mendapat persoalan tentang bagaimana mengendalikan susu perahan yang telah disejukkan atau dibekukan untuk perjalanan jauh seperti ini….

mohon pendapat n nasihat panduan penyimpanan susu ibu bagi perjalanan jauh.saya tinggal baby dikampung n sy pam susu utk simpan.setiap minggu sy blk utk bwk blk susu dlm bekas sejuk.soalannya :bila sampai dikg susu telah cair,blhkah sy simpan ditempat beku lg?soalannya:apa yg sy bc sekiranya susu yg dh dibeku bila dh cair xblh masuk tempat beku lg,bila cair susu itu bertahan selama 48 jam shj,cmne klau sy bwk blk dlm kuantiti yg byk,mayb baby xsempat nk habiskn dlm masa 2 hari..sekiranya dpt dihabiskan baby tiada stok lain….

mohon sgt pendapat sbb xde pengalaman penyimpanan susu ibu
tq

Penjelasan saya…

Memang susu perahan yang beku lebih sukar untuk dikendalikan kerana kita perlu memastikan susu perahan tersebut kekal beku sepanjang perjalanan sehingga tiba ke destinasi. Namun begitu agak sukar untuk mendapat bekas penyimpan sejuk yang mampu mengekalkan suhu beku seperti di dalam freezer di rumah kita.

Apabila susu perahan yang beku telah mencair dalam perjalanan tersebut, mahu tidak mahu kita terpaksa akur bahawa susu perahan itu TIDAK BOLEH dibekukan semula dan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam. Agak malang jika kuantiti susu sangat banyak berbotol-botol…. adalah mustahil untuk menghabiskannya dalam tempoh tersebut. Jika di habiskan maka tiadalah stok untuk bayi untuk hari-hari seterusnya….

Apa yang boleh saya cadangkan dalam kes puan ialah susu perahan yang dibawa dalam perjalanan adalah SUSU PERAHAN SEJUK bukan susu perahan beku. Susu perahan sejuk lebih mudah dikendalikan.

susu beku

 

Gunakan ice pack yang tahan sejuk lebih lama yang sesuai untuk jarak perjalanan tersebut. Jika ice pack mencair tukarkan dengan ice pack baru yang masih beku. Alternatif lain yang boleh digunakan jika tiada ice pack tambahan ialah beli ketulan-ketulan ais di kedai makan atau R&R untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam bekas penyimpan susu.

Ini bermakna stok susu ibu yang disimpan terdiri daripada susu perahan sejuk sahaja. Bolehkah?

Soalan saya… adakah puan balik kampung untuk menghantar susu perahan setiap minggu? Jika jawapannya YA, maka puan tidak perlu menyimpan susu dalam keadaan beku. Susu perahan boleh disimpan dalam bahagian sejuk biasa dari hari Isnin sehingga Jumaat.

Bagaimana ya? Semestinya puan akan memerah susu setiap hari bekerja bermula dari hari Isnin sehingga Jumaat/Sabtu. Susu yang diperah pada hari Isnin boleh disimpan di dalam peti sejuk (bahagian sejuk biasa) tidak perlu dibekukan. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk biasa tahan sehingga 5-7 hari . Ini bermakna menjelang hari Jumaat susu perahan itu baru disimpan 4 hari maka ia masih boleh dibawa dalam keadaan sejuk biasa hingga ke kampung. Apabila tiba di kampung, gunakan susu yang paling awal diperah dahulu, iaitu susu hari Isnin. Jika stok hari Isnin itu sangat banyak, barulah puan simpan di dalam bahagian beku (freezer) untuk memanjangkan tempoh hayatnya. Oleh itu tidak perlu menyimpan stok susu beku jika puan balik menghantar susu setiap minggu.

Pastikan susu perahan dikendalikan dengan tahap kebersihan maksima semasa sesi perahan dan penyimpanan. Pastikan dilabel dengan tarikh. Boleh juga gunakan buku log untuk merekod hasil perahan setiap hari supaya mudah mengendalikannya apabila tiba di kampung.

Harap penjelasan ini dapat membantu. Semoga berjaya 🙂

 

p/s  gambar stok susu kepunyaan Puan Farah Farhah (SaraKids). Thanks…. 🙂

2 Responses to “Pengendalian Susu Ibu untuk perjalanan jauh”

  • Nadia:

    As salam. Nak tanya, susu yg disimpan di bahagian rak atas (bukan dibekukan) boleh tahan berapa lama jika tiada elektrik selama hampir 3 jam?

    wa’alaikumussalam…. jika tiada elektrik, susu di dalam peti sejuk akan mengalami peningkatan suhu seperti ia diletakkan di luar (pada suhu bilik). Oleh itu ia hanya bertahan antara 2-3 jam sahaja. Jika gangguan elektrik disedari awal adalah lebih baik pindahkan susu ke dalam bekas kedap atau cooler bag/box dan diletakkan ice packs atau ketulan ais yg mencukupi utk mengekalkan suhu sejuknya.

  • ira:

    thanks for sharing. Refresh buat saya 🙂

Leave a Reply

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
August 2017
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Tags