Pengalaman Hamil pada usia 40-an

Pengalaman Hamil pada usia 40-an

Assalamu’alaikum

Saya ingin berkongsi pengalaman hamil anak ke 4 ini pada usia 43 tahun dan bersalin tepat pada hari lahir saya yang ke 44 pada 9 Februari 2015. Sebenarnya semasa hamil anak ke 3 pada 2011 usia saya sudah pun menginjak ke angka 40. Memang ketika itu nurse di Klinik Ibu dan Anak sudah bising2 mengingatkan saya supaya nanti semasa bersalin (saya bersalin cesarean utk kali ke 2 ketika itu) minta buat prosedur ikat atau BTL (Bilateral Tubal Ligation) satu prosedur pencegahan kehamilan yang kekal dan tidak berbalik. Namun saya menolak atas alasan tiada risiko yang mendesak.

Pada Jun 2014 ketika saya sibuk dengan urusan berpindah sekolah, pindah rumah dan pindah negeri menjelang Ramadhan ketika itu saya dapat rasakan ‘kelainan’…. dan apabila ke klinik doktor sahkan ramalanku benar belaka. Syukur alhamdulillah saya memang jenis yang kurang mengalami alahan teruk semasa hamil. Alahan makan jarang berlaku spt yg selalu para ibu alami. Saya tetap ada selera makan dan tidak begitu cerewet memilih makanan. Semasa hamil anak pertama, kedua dan ketiga masalah yg biasa saya alami ialah bacaan Hb (hemoglobin) yg rendah, tekanan darah rendah, mudah pitam, gastrik dan migrain. Malah semasa hamil anak ketiga pula saya kerap mengalami pendarahan pada trimester pertama sehingga terpaksa mengambil suntikan untuk menguatkan rahim. Maka keraplah saya MC sepanjang kehamilan.

Namun syukur pada Allah kerana kehamilan kali keempat ini lebih mudah berbanding kehamilan terdahulu walaupun dalam keadaan sibuk berpindah rumah dari Taiping, Perak ke Sungai Limau, Yan, Kedah. Kisah berpindah ini pun banyak ceritanya… berpindah 2 kali ke 2 rumah sewa, menyewa homestay selama 2 bulan, berulang-alik balik ke Taiping setiap hujung minggu untuk mengambil barang-barang di rumah lama di sana. Memang sangat memenatkan. Namun semuanya dapat diharungi dengan tidak banyak masalah. Malah saya rasa sangat sihat sepanjang trimester pertama itu. Apa rahsianya?

Sebelum hamil saya memang mengamalkan minuman soya ESP Shaklee di samping multivitamin Vitalea. Sejak mengambil supplemen ini secara konsisten saya perasan saya sudah tidak mengalami migrain dan gastrik seperti selalu. Apabila disahkan hamil, saya terus makan set lengkap kehamilan. ESP memang kegemaran saya kerana ia membantu saya kekal bertenaga sekiranya lambat mengambil sarapan dan kekal rasa kenyang semasa berpuasa dan menyusukan anak. Alhamdulillah perjalanan kehamilan saya kali ini adalah yang paling mudah walaupun pada usia 40-an. Malah suami dan rakan-rakan saya mengakui saya nampak lebih sihat dan cergas semasa hamil kali ini. Saya boleh melakukan rutin harian di rumah dan di tempat kerja seperti biasa, mengemas dan menyusun barang2 pindah rumah, memanjat pasang langsir, angkat-panjat-susun barang2 di rak dalam bilik stor, mengangkut barang2 dari Taiping ke Yan setiap hujung minggu, menjalani ibadat puasa penuh tanpa gastrik, migrain atau kencing kotor seperti yg pernah berlaku pada kehamilan2 terdahulu. Cuma sekali berlaku penurunan bacaan hemoglobin (Hb) semasa ke klinik pada minggu ke 28. (boleh baca kisahnya di sini) Itu pun kerana saya skip makan Vitalea beberapa hari…huhuhu… Malah saya masih menyusukan anak yang ketiga yang berusia 3 tahun sehinggalah hari saya nak masuk wad bersalin sehari sebelum pembedahan cesearean. Dan kemudian si kakak menjadi breastfeeding buddies (tandem nursing) bersama bayi yang baru lahir. Nanti saya kongsikan kisah tandem nursing kakak dan adik kecik ni.

NINA N IMAN

Ini set yang saya ambil dan masih terus makan sehingga sekarang. Malah saya tambah dengan vitamin Zinc Complex dan Mealshakes. Zinc Complex bagus utk mempercepatkan penyembuhan luka selepas pembedahan. Mealshakes pula sangat sedap jadi memang tak boleh miss….. campur dgn ESP atau minuman koko atau campur ketiga-tiganya sekali. Sedap dan berkhasiat. Anak-anak pun suka minum.

set prenatal posnatal

Set Healthy Prenatal dan Set Healthy Postnatal bukanlah semata-mata untuk si ibu yang hamil saja tetapi boleh juga diambil oleh ibu2 yang tidak hamil, bapa2, dan anak2 belia dan remaja. Jika anda berminat utk mendapatkan set-set di atas jangan segan silu hubungi saya ye. Lebih manis jika terus mendaftar sebagai ahli kerana pada bulan Mei hingga Oktober 2015 ini Shaklee dengan berbesar hati memberi multivitamin Vitalea secara percuma utk anda sempena ulang tahun ke 100 multivitamin Vitalea. Banyak lagi manfaat lain akan menyusul dengan keahlian Shaklee.

IMG-20150512-WA0009-picsay

Hubungi saya di nombor 013-4921262

Cari Hanizah Mom’s Choice di Facebook:

FB

Like page Mom’s Choice di Facebook:

FB page

Follow hanizah_momschoice di Instagram:

IG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *