About Me

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Berkenalan kepada yang baru kenal ūüôā

Nama saya HANIZAH SAMAD. Boleh panggil saya NIEZA or KAK NIEZA.¬†Blog ini saya khususkan untuk berkongsi maklumat terutama berkaitan dengan Penyusuan Ibu. Saya telah mengalami sendiri penjgalaman gagal dalam penyusuan lengkap 2 tahun untuk anak pertama saya, Mohammad Izhan Shahmie. Oleh itu dengan belajar daripada¬†kesilapan lalu di samping banyak mencari maklumat yang berkaitan serta¬†dengan izin Allah s.w.t ¬†jua, alhamdulillah saya¬†berjaya memberi susu ibu secara eksklusif kepada anak kedua saya dan meneruskan penyusuan ibu melebihi 2 tahun. Nour Insyirah Syamimie hanya berhenti menyusu pada usianya 5 tahun 4 bulan setelah saya disahkan hamil anak ketiga ūüôā

Kini saya menyusukan Nour Irdina Syahmina yang lahir pada 28 September 2011 dengan penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan masih menyusukannya sehingga kini. Malah saya masih menyusukannya walaupun usianya sudah melebihi 3 tahun dan ketika saya hamil anak keempat. Jika dia masih mahu menyusu selepas saya bersalin Februari 2015 ini, dia akan memberikan saya pengalaman “tandem nursing” pula. Alhamdulillah perjalanan penyusuan semakin mudah kerana pengalaman lalu banyak mengajar untuk lebih tenang menghadapi dugaan dan cabaran dalam menjayakan penyusuan ibu.

Saya juga mengalu-alukan perkongsian info, pertanyaan atau cadangan berkaitan susu ibu agar sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya.

Saya ingin sekali membantu para ibu yang dahagakan informasi berkaitan penyusuan susu ibu. Saya dapati agak kurangnya info terutama dalam Bahasa Melayu menyebabkan para ibu di Malaysia masih kurang mendapat kesedaran tentang keperluan memahami dan mengetahui dengan mendalam tentang penyusuan¬†susu ibu.¬†Artikel-artikel di dalam blog ini adalah hasil usaha saya yang dikutip daripada pengalaman peribadi atau saya petik atau terjemah daripada mana-mana sumber (seperti yang dicatat), maka diharap¬†sesiapa yang ingin memetik kembali¬†artikel di dalam blog ini, anda dibenarkan berbuat demikian tetapi diharap anda dapat linkkannya kembali ke blog ini. ūüôā Terima kasih di atas keprihatinan anda.

Untuk khidmat nasihat secara peribadi (jika tidak mahu dipublish di blog ini) boleh juga email di alamat admin@momschoice.com.my atau isikan contact form.

Untuk mendapatkan barangan berkaitan penyusuan ibu, silalah lawati kedai online kami di¬†www.momschoice.com.my ūüôā

logonew2
 
Salam Ikhlas,
HANIZAH SAMAD
Kaunselor Laktasi
Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
April 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
Tags