Posts Tagged ‘nutrisi’

Kepentingan Zat Besi semasa hamil

Assalamu’alaikum,

Bagi ibu yang hamil pemeriksaan darah semasa kunjungan bulanan ke klinik adalah perkara biasa. Angka yang selalu menjadi perhatian jururawat yg memeriksa ibu hamil ialah bacaan hb iaitu kandungan hemoglobin di dalam darah.

image

Perhatikan bacaan Hb saya pada minggu ke 25 dan minggu ke 28. Hb 12.3 adalah ideal bagi ibu hamil tetapi hb 10.8 ditandai dgn pen merah menunjukkan kandungan hemoglobin menurun ke paras yg tidak sepatutnya.

Apakah kepentingan hemoglobin? Henoglobin ialah komponen utama yg membentuk sel darah merah. Hemoglobin berfungsi mengangkut oksigen yang diperolehi daripada peparu dan mengedarkannya ke seluruh badan. Jika hemoglobin berkurang maka akan berkuranglah juga oksigen yg boleh diangkut ke sel-sel badan. Kekurangan hemoglobin dalam darah boleh menyebabkan anemia (kekurangan sel darah merah). Kesannya amat berbahaya kepada ibu hamil kerana boleh menyebabkan  keletihan, pucat, kurang tenaga, merencat perkembangan fetus dan boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Oleh itu ibu hamil sangat digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi (iron) seperti ayam, daging, ikan, makanan laut, bayam dan sayuran kekacang. Ibu hamil juga digalakkan mengambil vitamin tambahan yang mengandungi zat besi.

VitaLea Iron Formula

Nota peribadi: Penurunan paras hb di atas disebabkan sy telah kehabiban stok Vitalea selama 3-4 hari.. Hubungi saya utk stok Vitalea anda.

Biz card rear

 

Kehamilan dan nutrisi

Assalamu’alaikum,

Ibu-ibu yang hamil perlukan nutrisi yang cukup dan seimbang untuk keperluan dirinya dan memastikan bayi dalam kandungan berkembang dengan sihat. Pemakanan yang seimbang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, viamin, mineral, serat dan air pada kadar yang mencukupi. Nutrisi yang seimbang boleh diperolehi daripada pemakanan harian. Pengambilan makanan tambahan atau supplemen digalakkan untuk menampung kekurangan nutrisi yang diambil melalui pemakanan harian.

Nutrisi untuk ibu hamil

Nutrisi untuk ibu hamil

Antara vitamin yang penting untuk ibu-ibu hamil:

1. Asid folik atau folat – komponen vitamin B yang penting untuk perkembangan otak dan sel saraf bayi dalam kandungan, mengelakkan kecacatan saraf neural, otak dan saraf tunjang dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang (bayi tidak cukup bulan). Sumber asid folik boleh diperolehi daripada sayuran hijau, bijirin, kekacang dan buah-buahan sitrus seperti buah limau/oren.

2. Kalsium – penting untuk menguatkan tulang dan gigi, dan membantu melancarkan sistem peredaran darah, sistem saraf dan otot. Sumber kalsium boleh diperolehi daripada susu, yogurt dan keju.

3. Vitamin D – membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk menguatkan tulang dan gigi. Penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi dalam kandungan. Juga diperlukan untuk kulit dan mata yang sihat. Boleh didapati melalui susu, telur dan minyak ikan.

4. Zat besi (ferum/iron) – komponen penting untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah, mengelakkan anemia (kekurangan sel darah merah), mengurangkan risiko bayi kurang berat badan dan kelahiran pramatang. Sumber boleh didapati melalui daging merah, ikan, kekacang, gandum dan oat.

5. Vitamin C – antioksidan yang memelihara tisu badan, membantu penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imunisasi. Boleh didapati melalui pengambilan makanan seperti buah-buahan sitrus (limau), strawberi, betik, tomato dan ubi kentang.

Keperluan nutrien di atas boleh didapati melalui pemakanan harian. Namun begitu ibu-ibu yang hamil perlu menggandakan kuantiti nutrien tersebut bagi menampung keperluan nutrisi bagi perkembangan fetus di dalam kandungan.  Contohnya zat besi (iron) diperlukan dalam kuantiti yang lebih banyak bagi ibu hamil untuk menghasilkan lebih banyak hemoglobin dalam sel darah merah kerana hemoglobin berfungsi mengangkut oksigen dalam darah. Ini bagi memastikan bekalan oksigen kepada fetus mencukupi untuk perkembangannya.

Pada trimester pertama kehamilan selalunya ibu-ibu mengalami loya dan muntah yang kerap menyebabkan kurang selera makan dan kehilangan nutrisi yang sepatutnya diserap oleh badan. Oleh itu pengambilan supplemen boleh menampung kekurangan nutrisi tersebut. Cadangan supplemen untuk ibu hamil:

 

Set Kehamilan

Set Kehamilan

Satu lagi nutrien yang sangat penting untuk ibu hamil ialah PROTEIN. Ia penting untuk membekalkan asid amino untuk membina sel-sel, tisu dan organ di dalam badan terutamanya untuk pertumbuhan fetus dalam kandungan. Sumber protein boleh didapati daripada susu, ikan, daging, telur dan kekacang.

Amatlah digalakkan ibu-ibu mengambil nutrien tambahan yang mengandungi protein yang tinggi semasa hamil.

esp

 

ESP mengandungi 22 jenis asid amino perlu termasuk 9 asid amino penting, mengandungi kalsium, vitamin B, tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), zat besi (iron) dan natrium. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan memberi tenaga berpanjangan kepada ibu hamil. ESP juga diminumkan sebagai milk booster (penggalak susu ibu) yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan menjadikan susu ibu lebih pekat. Di samping itu ESP membantu memudarkan parut dan mencantikan kulit. ESP dihasilkan daripada soya berprotein tinggi yang tidak diubah secara genetik (non-GMO soy).

Hubungi kami untuk konsultasi peribadi.

name kad shaklee 1

p/s Sekiranya anda adalah ibu baru (anak pertama) ada sesuatu yang menarik untuk anda…hubungi segera ya…

 

Sumber rujukan: americanpregnancy.org, mayoclinic.org, healthline.com, jurnal the american college of o&g

Kolostrum

Adalah biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak mengalami “kurang susu” atau “tiada susu” pada hari-hari awal selepas kelahiran bayi kerana pada 3 hari pertama itu yang dihasilkan hanyalah kolostrum yang pekat, melekit, berwarna kekuningan dan tidak menyerupai air susu.

Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi baru lahir kerana kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi untuk melindunginya daripada jangkitan penyakit. Ia kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).

Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran. Semasa di dalam kandungan, bayi menerima immunoglobulin G (IgG) daripada ibu melalui plasenta. IgG bertindak melalui sistem peredaran darah iaitu melindungi bayi daripada dalam tetapi IgA melindunginya daripada luar.  Kolostrum juga mengandungi sel darah putih (leukosit) yang melawan antigen yang terdiri daripada bakteria dan virus.

Kolostrum bukan sahaja makanan pertama dengan nutrisi yang lengkap bagi bayi baru lahir tetapi yang lebih penting ia melindungi bayi daripada jangkitan. Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir sekali itu sahaja, jadi berilah peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.

Selamat Datang
Selamat Datang ke laman blog Mom's Choice. Semoga bakal ibu (dan bapa) mendapat manfaat daripada pengkongsian ilmu berkaitan Penyusuan Ibu dalam laman ini.
Takwim
July 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Tags