0
Kepentingan Susu Ibu, Kesihatan, Penyusuan Eksklusif

Kolostrum

Adalah biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak mengalami “kurang susu” atau “tiada susu” pada hari-hari awal selepas kelahiran bayi kerana pada 3 hari pertama itu yang dihasilkan hanyalah kolostrum yang pekat, melekit, berwarna kekuningan dan tidak menyerupai air susu.

Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi baru lahir kerana kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi untuk melindunginya daripada jangkitan penyakit. Ia kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).

Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran. Semasa di dalam kandungan, bayi menerima immunoglobulin G (IgG) daripada ibu melalui plasenta. IgG bertindak melalui sistem peredaran darah iaitu melindungi bayi daripada dalam tetapi IgA melindunginya daripada luar.  Kolostrum juga mengandungi sel darah putih (leukosit) yang melawan antigen yang terdiri daripada bakteria dan virus.

Kolostrum bukan sahaja makanan pertama dengan nutrisi yang lengkap bagi bayi baru lahir tetapi yang lebih penting ia melindungi bayi daripada jangkitan. Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir sekali itu sahaja, jadi berilah peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.

Previous Post Next Post

You Might Also Like

11 Comments

  • Reply buhafis 18/12/2008 at 1:47 pm

    Salam perkenalan,,,, buat momschoice.
    Saya ada satu cerita yg nak kongsi bersama, sy pernah jumpa ibu yg baru bersalin x tahu cara nak bagi anak comel 2 susu, habis terbuka semua baju ttp baby nangis tak dapat susu, bila ditanya napa katanya susahlah nak bg coz tak tau cara duduk, cara nak masukan puting kat mulut baby 2 dll. sy pun ajarlah, amin now dah pandai pun. Inilah yg sy selalu ingat kat kawan rapat2 masa mengandung 2 rajinlah ambik bantal kecik belajar mcm nak bagi susu n rajin-rajinkan diri baca apa jua tentang baby,kandungan atau apa jua yg berkaitan…

    • Reply nieza 19/12/2008 at 8:42 pm

      salam kenal buhafis, sorry lambat reply 🙂
      memang ada teknik2 dan posisi2 tertentu semasa menyusukan bayi… insya Allah saya akan kongsikan info berkaitan nanti. Juga ada teknik lekapan mulut bayi pada payudara yg perlu ibu2 ketahui utk mengelakkan terjadinya puting melecet, bayi x dpt susu dsb. Bukan ibu baru saja yg bermasalah, ibu2 yg dah ada anak ramai pun masih kekok memegang baby utk menyusu… harap2 ibu2 tidak menjadikan itu alasan utk tidak memberi susu ibu kpd bayi! hmmm…

  • Reply mummy sara & syasya 19/12/2008 at 12:04 pm

    hi kak nieza..

    ye la.. masa fara duduk d hospital 3 hari (yang tak bersalin2 lagi br2 ni) fara rajin pi tgk katil sebelah punya baby. fara pun ade ajar one new momma x reti nk menyusu. dia siap nangis kata susu dia tak keluar. fara pun ckp la.. mmg susu putih tu tak keluar lagi.. susu kan je baby tu.. and dia c-section, mcm tak bersemangat sgt nk ssukn anak sbb takleh bgn. tp br2 ni dia msg, dia mmg masih lg menyusukan anak dia. syukur,, suka la…. =)

    • Reply nieza 19/12/2008 at 8:14 pm

      ye fara, memang best bila dpt bantu mommies menyusu baby mereka… seronok bila tengok diorang berjaya menyusukan baby dgn susu ibu, kan? 🙂

  • Reply nOnnie 19/12/2008 at 1:52 pm

    salam kenal kak..
    menarik blog ni sbb sy mmg tgh usaha bf ank yg ke 4 ni. yg no 3 dulu dptlh setahun bf. tp masalah nya bb saya ni rajin sgt kembung perut kalu sy salah mkn. minum air akar kayu pn x bole, kn cirit birit. sy plak x bleh mkn sawi ms dlm pntg ni sbb sakit suma sendi. kalu ada kelapangan, bolelah senaraikn panduan makanan utk ibu menyusu. makanan yg rangsang bykkn susu bdn. thanks.

    • Reply nieza 19/12/2008 at 8:19 pm

      salam kenal nonnie, semoga berjaya menyusukan baby seterusnya dgn susu ibu… rajin2 baca info di sini. Insya Allah akak akan tambah byk lagi info tentang breasfeeding, memang tujuan blog ini utk bantu ibu2 mendapat info supaya lebih ramai yg berjaya menyusukan baby dgn susu ibu… Tentang makanan tu, yg penting makan makanan berkhasiat dan seimbang. 🙂

  • Reply marisamerr 21/12/2008 at 2:11 pm

    salam perkenalan, sy member SI..kalau dlm 3 hari pertama bb hanya dapat kolustrum jer..dia tak menangis kelaparan ker..risau gak..so kena kerapkan penyusuanlah biarpun production susu blum ada?

    • Reply nieza 21/12/2008 at 3:48 pm

      salam perkenalan 🙂 Kolostrum adalah makanan pertama yg terbaik dan mencukupi untuk bayi baru lahir. Saiz perut bayi berumur 1 hari hanyalah sebesar sebiji guli (5-7 ml sahaja) dan kuantiti kolostrum yang sedikit itu mencukupi untuk mengenyangkannya. Jika baby menangis tidak semestinya dia kelaparan, mungkin dia merasa tidak selesa, sejuk atau hanya perlukan perhatian, dakapan dan belaian, kerana dia baru sahaja berada di dunia baru yang asing baginya. Ibu-ibu disarankan agar memberi bayi menyusu selang 1-2 jam sekali kerana susu ibu cepat dihadam, di samping memastikan rangsangan pada payudara dapat membantu mempercepatkan pengeluaran susu ibu untuk hari-hari seterusnya. 🙂

  • Reply umie mysara 31/12/2008 at 11:30 pm

    Salam perkenalan….
    Saya bakal melahirkan anak yang kedua bulan mac nanti… Masa anak pertama dulu… ilmu tak cukup..n orang tua pun beri info negatif tentang penyusuan ibu…. masa tu rasa menyesal sangat sebab tak susukan anak pertama sepenuhnya dengan susu sendiri… Tapi saya ada kemusykilan kak nieza… kalau kita susukan bayi boleh ke makan ubat-ubatan selepas bersalin contohnya produk nona roguy?

    • Reply Nieza 01/01/2009 at 12:49 pm

      Salam umie mysara,
      Tahniah kerana bakal menimang cahaya mata kedua beberapa bulan lagi. Penyusuan ibu memang bukan sesuatu yg mudah tapi bukan juga terlalu susah…. malah amat menyenangkan kalau kena gayanya 🙂
      Untuk anak kedua nanti, tanamkan keyakinan utk menyusukannya dgn susu ibu secara eksklusif, tambah info, banyakkan membaca dan libatkan suami juga utk sama2 memahami peri pentingnya penyusuan ibu dan bagaimana menjayakannya.
      Berkaitan dgn ubat-ubatan selepas bersalin spt nona roguy tu, berdasarkan pengalaman akak sendiri (dulu pun makan set nona roguy jugak) tidak menjadi masalah kpd penghasilan susu ibu. Tapi ibu2 kena sentiasa alert kpd apa2 perubahan kpd baby… kalau dgn makan ubat-ubatan tu menjejaskan susu atau memberi kesan kpd bayi (spt kembung, warna najisnya berubah dsb) hentikan makan atau kurangkan kuantitinya. Apa yg biasa akak amalkan pastikan makan makanan seimbang & berkhasiat dan lebihkan air… tak kira air masak ke, makanan berkuah ke, sup ke…, kerana khuatir ubat-ubatan itu menyebabkan kekontangan/panas. Dan juga harapnya nutrien dalam susu ibu itu lebih byk berpunca dpd makanan ibu manakala kesan ubat dineutralkan… (ini teori sendiri…hehehe)

  • Reply ANA 18/01/2010 at 11:02 pm

    aslkm. bulan 10 semasa dlm pantang saya br makan produk nona roguy phytonatal saja.produk ini ok badan saya sentiasa segar.bangun tengah malam pun tak penat keesokan harinya.sehingga sekarang saya masih makan produk ini,saya ingin bertanya sekarang saya mengambil pil perancang. adakah produk ini menyuburkan hormon kita atau untuk kesegaran tubuh badan saja.

  • Leave a Reply

    Chat with us
    Chat with us
    Questions, doubts, issues? We're here to help you!
    Connecting...
    None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
    Our operators are busy. Please try again later
    :
    :
    :
    Have you got question? Write to us!
    :
    :
    This chat session has ended
    Was this conversation useful? Vote this chat session.
    Good Bad