0
Kepentingan Susu Ibu, Masalah Penyusuan, Penyusuan Eksklusif

Penyusuan Eksklusif perlukan usaha dan kesabaran

Soalan daripada azza:

salam kak nieza….saya sedang hamil anak ke-3..saya teringin bf anak2 saya secara ekslusif tapi tak pernah berjaya. Pengalaaman saya di hospital swasta,.sebaik lepas melahirkan..nurse2 sebok nak tolong bg susu formula..Alasannye takut anak kena jaundis kalau tak cukup minum susu..Jadi saya yg tak cukup pengalaman tpaksa membiarkn mrk bg formula susu pada anak saya…
Bila balik ke rumah ..saya cuba juga bf anak..tapi dah mula campur dgn susu formula sbb suami juga risau anak tak cukup susu….Hari kedua dan ketiga susu dah mula keluar..tapi saya perasan,susu cuma keluar di tgh2 puting sahaja….kata mak saya sepatutnye puting payu dara ade lebih dr satu lubang..sebab itula anak saya tak puas bila bf. Betul ke kak niza cakap emak saya tu?

Salam azza, di sini akak beri jawapan, nasihat dan panduan:

1. Sebelum melahirkan bayi iaitu ketika hamil, tanamkan di dalam fikiran dan niatkan di dalam hati bahawa azza hendak menyusukan bayi secara eksklusif apabila bayi lahir nanti. Tanamkan sikap positif bahawa susu ibu pasti ada sebaik bayi dilahirkan nanti. Buat persediaan secukupnya termasuk usahakan utk mencari dan membaca seberapa banyak info berkaitan penyusuan ibu termasuk juga kesukaran2 yg mungkin akan berlaku supaya kita benar2 bersedia dan tidak mudah patah semangat. Ajak juga suami, ibu atau ibu mertua berkongsi info yang kita perolehi itu.

2. Sebaiknya sebelum melahirkan bayi (terutama di hospital bukan rakan bayi = hospital yg kurang menekankan bf), beritahu kepada doktor/nurse/bidan bahawa azza nak menyusukan bayi sebaik sahaja bayi lahir nanti. (baca kepentingan menyusu pada 1 jam pertama kelahiran dan amalan di hospital rakan bayi). Selepas bayi lahir pun jika nurse tidak membawa bayi kpd azza, minta nurse ambilkan bayi segera. Jika kelahiran secara ceaser, ibu kena pandai2 adjust position supaya tidak menyakitkan bhg pembedahan (lihat posisi penyusuan ibu).

3. Untuk mengelakkan dan mengurangkan jaundis pada bayi baru lahir, penyelesaian terbaik ialah dengan memberi bayi susu ibu secukupnya BUKAN dengan susu formula!

4. Pada hari2 awal (hari 1-3) biasanya susu ibu yang putih dan cair belum lagi muncul. Ini menyebabkan ramai ibu membuat kesimpulan bahawa mereka “tidak ada susu”, “kurang susu”, “memang keturunan tak banyak susu” (mak sendiri pun pernah cakap camni!) dan macam2 lagi kesimpulan yg negatif. Hakikatnya susu yang hadir ketika itu hanyalah kolostrum yg pekat, berwarna kekuningan dan sedikit. Namun yg pekat, kuning dan sedikit itulah makanan terbaik dan mencukupi utk bayi baru lahir. JANGAN buang kolostrum itu kerana kolostrum hanya hadir sekali itu sahaja sepanjang hayat anak itu! Baca info mengenai kolostrum selanjutnya.

5. Mulai 1 jam pertama kelahiran, beri bayi menyusu seberapa kerap yg bayi mahu atau setiap 1-2 jam sekali. Penyusuan kerap akan merangsang penghasilan lebih banyak susu. Maka tidak akan terjadi isu “tiada susu” atau “susu kurang”.  Memberi bayi susu formula atau air masak akan mendedahkan bayi kepada “pencemaran”. Sebab itu penyusuan eksklusif bermaksud SUSU IBU SAHAJA tanpa susu formula atau air masak sekali pun. Baca selanjutnya kenapa bayi kurang 6 bulan tidak perlu air tambahan.

6. Pada setiap puting ada lebih kurang 15-20 liang susu. Liang2 ini perlu dibersihkan supaya tidak tersumbat dan memudahkan pengaliran keluar air susu ibu. Selalu dinasihatkan pada akhir kehamilan, ibu2 digalakkan mencuci liang2 puting dengan air bersih ketika mandi pagi. Sekali sudah mencukupi… jgn kerap2 kerana tindakan ini dikhuatiri merangsang pengecutan rahim pula. Elakkan menggunakan sabun kerana ia boleh menyebabkan kawasan puting menjadi kesat.

Harap jawapan ini dapat memjadi panduan untuk azza dan juga ibu2 lain. Semoga berjaya menyusukan anak ke3 ini secara eksklusif. 🙂

Previous Post Next Post

You Might Also Like

21 Comments

  • Reply azza 16/03/2009 at 12:08 pm

    terima kasih kak nieza ..kali ini saya akan buat persediaan lebih awal..sekarang ni pon saya dah mula kumpul info ttg breastfeeding, nak suruh husband baca.Harap kali ini takde masalah seperti yg lepas2…kalau ada masalah nanti, saya refer pada akak ok? 🙂

    • Reply nieza 16/03/2009 at 3:29 pm

      sama2… semoga berjaya, insya Allah 🙂

  • Reply mama-syakil 28/03/2009 at 5:07 pm

    salam kak,

    mcmana nak menyusu anak bila dah mula bekerja. sebelum bekerja ada sediakan stok untuk baby minum, tapi skrg bila dah kerja, hanya dapat pam 3 auns 3 botol, sedangkan baby minum lebih dari itu…susah hati la…kindly advise

    • Reply nieza 29/03/2009 at 12:37 pm

      salam mama syakil,
      sekiranya production tidak mencukupi utk menampung keperluan baby, maka usaha keras diperlukan utk menambah production susu. Antara caranya, pam setiap 2-3 jam di pejabat dan juga wajib mengepam di rumah (waktu mlm), kurangkan stress dan makan makanan berkhasiat. Kerapkan stimulation dpd baby kerana hisapan baby adalah cara paling baik merangsang penghasilan susu. Ambil cuti bersambungan dgn hujung minggu supaya dpt lebih kerap menyusu direct di samping terus mengepam juga.
      Nasihat utk yg masih dlm pantang, pam susu seawal 2-3 minggu selepas bersalin utk memastikan bekalan susu mencukupi (harus berlebihan) utk bekalan baby selepas ibu kembali bekerja kerana kita tidak dpt menjangka kemungkinan production susu merudum apabila kembali bekerja (mungkin kerana stress, rindu pada anak yg ditinggalkan dll).
      Mama syakil, Semoga berjaya mengumpul stok susu yg banyak.

  • Reply hayati ibrahim 01/04/2009 at 9:52 pm

    salam kak nieza….sy dah melahirkan baby 1bln yg lebih. bayi saya tlh keliru puting akibat kesilapan sy sendiri. adakah pengeluaran susu akan bertambah jika hanya dgn mengepam tanpa bayi menyusu direct?sekarang susu sy hampir kering dan ini myebabkan bayi sy menolak utk menyusu badan .sy juga rasa putus asa utk terus mengepam susu…sy betul2 rasa tertekan, bantulah saya….

  • Reply nieza 02/04/2009 at 5:26 pm

    salam hayati… kak nieza jawabkan soalan yati pada pos seterusnya sebab nk explain pjg lebar.

  • Reply Maziah 12/06/2009 at 2:34 pm

    Salam kak nieza,
    Nk tnye ni,sy skang da 32 minggu preggy..
    Puting tu mmg warna die cm pink n putih ke??

  • Reply nieza 12/06/2009 at 8:31 pm

    salam maziah,
    kalau color pink tu biasa la… tapi putih?? i’ve no idea.. maksud maziah celah2 lubang nipple tu putih ke?

  • Reply Maziah 15/06/2009 at 9:45 am

    salam kak nieza,
    haah celah2 puting tu kaler pink + putih skit ok ke
    pastu mcm sy skang da ada kuar susu ke patutnye..sbb sy tak kuar pun lagi

  • Reply nieza 18/06/2009 at 10:54 am

    salam maziah, pada minggu2 akhir kehamilan ibu2 digalakkan mencuci puting sekali sehari (biasanya waktu mandi pagi) untuk membersihkan liang2 susu pada puting dan merangsang payudara bersedia menghasilkan susu. Tetapi jgn terlalu kerap “mengusik” (mengentel) puting… bimbang pula ia akan mencetuskan kontraksi awal pada rahim.

  • Reply Maziah 18/06/2009 at 2:08 pm

    TQ kak niza,
    Ada pendapat mengatakan elok kita cuci puting dengan air suam ye kak.
    Harapan saya moga saya dapat menyusukan bayi sy nnt dengan sempurna.Amin.

    • Reply nieza 20/06/2009 at 11:59 am

      Boleh juga cuci dgn air suam semasa mandi. Akak doakan Maziah berjaya menyusukan baby nanti dgn susu ibu. Berfikiran positif adalah langkah awal utk berjaya. Good luck…

  • Reply yatie 25/06/2010 at 2:28 pm

    salam k.niza……
    saya baru mengandung 2 bulan…..saya banyak terbaca berkaitan kebaikan-kebaikan penyusuan eksklusif,jadi saya pun teringin untuk memberikan penyusuan secara eksklusif kepada bayi yang bakal lahir nanti….tapi saya ada satu kemusykilan nak bertanya dengan k.niza…..sekarang saya bekerja di Kuantan sedangkan suami saya bekerja di KL….di Kuantan saya tinggal menyewa dengan kawan-kawan ofis…saya bercadang bila bersalin nanti,saya akan tinggalkan bayi saya dengan suami sebab suami saya tinggal bersama ibu dan ayah di KL….jadi macam mana caranya saya nak memberikan penyusuan eksklusif kepada bayi saya nanti kalau saya berjauhan dengannya.

    salam. tahniah kerana puan bersedia dpd awal untuk memberi penyusuan ekslusif kepada baby yg bakal lahir. ada 2 pilihan yg boleh puan buat:
    1. apabila puan tinggalkan baby bersama suami dan mungkin hanya akan balik seminggu sekali, bermakna baby akan kurang direct feeding. ketahui bahawa direct feeding adalah kaedah paling berkesan merangsang pengeluaran susu yang banyak dan mengekalkan production susu ibu. namun begitu puan masih boleh mengepam susu dan kekerapan mengepam haruslah menyamai kekerapan baby menyusu iaitu dlm 10-12 kali sehari! kurang direct feeding dan memberi baby susu ibu perahan melalui botol meningkatkan kebarangkalian untuk baby mengalami nipple confusion (baby menjadi lebih gemar menyusu dpd botol dpd direct feeding). puan mungkin akan stress apabila baby tidak mahu menyusu direct dpd puan apabila puan bersamanya… bayangkanlah puan datang dari jauh dan hanya bertemu sekali seminggu, baby menolak untuk menyusu! saya yg menulis ini pun rasa sebak memikirkannya…. stress boleh menyebabkan pengeluaran susu ibu berkurang sedangkan puan perlu bawa stok susu yg banyak setiap kali balik berjumpa baby (anggaran sehari baby menyusu 40 oz, bermakna bekalan baby utk seminggu (7x40oz=280oz)). ingat juga keletihan boleh menyebabkan stress dan mengurangkan production susu ibu!
    2. pilihan ke2 yg saya cadangkan ialah baby bersama puan di kuantan manakala suami boleh berulang-alik balik menjenguk puan dan baby. puan boleh tinggalkan baby di rumah pengasuh atau nursery. jadi pengendalian penyusuan ibu menjadi lebih mudah. puan hanya perlu merancang perahan susu di pejabat, sementara pada waktu malam atau hujung minggu puan boleh selesa direct feeding. masalah-masalah yg saya tuliskan di pilihan 1 di atas mungkin kurang dialami dan lebih mudah menanggani masalah kurang production susu sekiranya terjadi. saya harap puan boleh memikirkan option ke2 ini.
    saya ingin tegaskan bahawa penyusuan susu ibu bukan semata-mata memberi susu ibu kepada baby tetapi ia datang bersama pakej ikatan kasih sayang, kemesraan, dakapan, belaian, keselamatan, kesihatan, kebersihan, penghargaan, keyakinan, komitmen dan segalanya!

  • Reply Mama Ima 20/08/2010 at 3:08 pm

    Salam Kak Nieza, nk tanya le, utk menambahkan pengeluaran susu, perlu ke kita mulakan sms pregnant lagi cnthnya makan supplement @ apa2 produk utk menambah susu (mcm minum teh mulberry) atau mulakan slps bersalin ?

    salam, supplement penambah susu ibu x sesuai diambil ketika hamil. namun begitu pada bulan2 akhir kehamilan digalakkan ibu2 hamil mencuci puting setiap kali mandi pagi, memadai 1 kali sehari, jangan terlalu kerap kerana rangsangan yang kerap boleh memberi signal kepada contraction untuk bersalin.
    nasihat akak secara peribadi, jgn terlalu risaukan kemungkinan utk “tidak ada susu” selepas bersalin nanti sebaliknya bina minda yg positif dan semangat yg kental kerana persediaan psikologi amat penting menghadapi saat2 awal kelahiran.

  • Reply Mama Ima 22/08/2010 at 8:12 am

    K.Nieza..
    Nk tya lagi..slps cuti bersalin,saya m’hantar anak ke rumah ibu mertua ( dlm masa 20 mnt )Kat sekolah x boleh balik utk direct bf,sbb “karenah birokrasi” (padahal 10mnt p’jalanan dr rumah ibu mertua).Katakan sya mengepam susu disekolah,boleh x sya tgglkan ebm t’sebut di rumah mertua slps sekolah (dlm pukul 3) dan simpan di bhgn bwh shj ( blh simpan berapa lama ye?) utk sesi penyusuan esok harinya? Atau perlu sya bwa balik ebm t’sebut sbg stok baru dan bawa ebm lain (yg lbh lama tarikhnya)ke rumah ibu mertua? Mmm..blh paham ke sn sya ni

    salam. susu boleh tahan disimpan di bhg sejuk biasa sehingga 5-7 hari. jika puan ada stok ebm lama di rumah, sebaiknya bekalkan ebm lama dan ebm baru kepada baby di rumah mertua, contohnya jika baby menyusu 5 botol bekalkan 3 ebm lama dan 2 ebm baru untuk menghabiskan stok lama yang ada di rumah.
    cadangan akak, untuk mengurangkan pergerakan ebm dari rumah, rumah ibu mertua dan pejabat, apa kata setiap kali balik dari kerja, terus simpan ebm di rumah ibu mertua. pastikan label tarikh supaya ibu mertua tahu ebm mana yang perlu digunakan terlebih dahulu. 🙂

  • Reply noor rizan 28/10/2010 at 4:36 pm

    salam. bayi berumur sekitar 4 bulan….berapa oz kah biasanya mereka perlukan tqvm

    salam. biasanya bayi berumur 4 bulan minum antara 3-5oz sekali penyusuan, bergantung kepada bayi. namun begitu puan boleh bertanya pengasuh yang memberi bayi minum susu perahan ketika puan keluar bekerja sama ada jumlah yang dibekalkan mencukupi atau sebaliknya. ada baby yg suka minum banyak sekali penyusuan dan ada juga yg suka minum sedikit tetapi kerap.

  • Reply adila 04/02/2011 at 10:32 am

    saya telah melahirkan anak sudah sebulan tp sy masih belum dapat memberi susu saya kepada anak..saya telah mencuba untuk memberi tapi bayi saya tidak dapat untuk mencapai lekapan yang betul..menyebabkan bayi saya meradang dan sya terus memberi susu formula..puting saya memang tenggelam pengeluaran susu seperti susu getah yang menitik sahaja,tidak memancut..mcm2 cara telah saya buat untuk menaikkan puting seperti menggunakan picagari,gentelan,urutan dan menyuruh suami saya yang hisapkan tapi tetap tidk berhasil..puting saya juga mempunyai satu lubang sahaja..setiap kali mandi mesti saya mencuci puting dengan air suam jikalau lubang2 yang lain tersumbat..tapi hasilnya juga sama sahaja..susu tetap mengalir perlahan seperti susu getah..saya membuat perahan hanya mendapat 2oz shj..
    Soalan saya adalah:-

    1)bagaimana nk buat supaya susu memancut,laju dan banyak
    2)bagaimana nk banyakkan lubang susu?
    3)ada tak ubat yang boleh naikkan puting

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:30 am

      salam. mengambil masa sebulan utk melatih bayi melekap dgn betul utk penyusuan yg berkesan adalah jangka masa yg agak lama. bayi diperkenalkan dgn penyusuan ibu seawal 1 jam pertama sebaik dia dilahirkan. ini juga langkah awal utk memastikan penghasilan susu berterusan dan semakin hari menjadi semakin banyak mengikut peningkatan umur dan keperluan bayi. namun begitu puan masih belum terlambat utk memulakan relaktasi memandangkan puan masih di dalam tempoh berpantang dan bersama bayi sepanjang masa. apa yg boleh saya nasihatkan adalah seperti berikut:
      a. bayi puan perlu dilatih menerima keadaan puting puan yg tenggelam dan menyesuaikan diri utk melekap dgn baik. kerana tidak banyak pembetulan yg boleh dilakukan dgn keadaan semula jadi puting tersebut. menaikkan puting dgn cara menggentel, mengepam dan urutan adalah langkah sementara dan puting tersebut masih tidak akan timbul dgn banyak. oleh itu bayi puan perlu dilatih menerima keadaan tersebut.
      b. saya percaya bayi puan telah diberikan susu formula menggunakan botol dan puting tiruan. perkara ini akan menyukarkan usaha utk melatih bayi menerima keadaan puting tenggelam dan melekap dgn baik. ini adalah kerana bayi akan menjadi selesa menyusu dgn botol dan puting tiruan kerana susu akan mengalir dgn mudah melalui puting botol, sedangkan penyusuan dan pelekapan yg betul memerlukan otot mulut dan otot pipi bekerja keras utk mengeluarkan susu daripada payudara ibu. tambahan pula melalui penyusuan botol bayi hanya menghisap hujung puting sahaja. oleh sebab itu bayi tidak dapat melekap pada payudara dgn baik apabila puan cuba utk direct feeding kerana dia cuma menghisap puting sahaja sebagaimana dia menghisap puting botol. hentikan penyusuan botol sebaliknya diganti dgn kaedah lain spt cup feeding, finger feeding atau picagari.
      c. kerapkan mengepam dgn konsisten. di samping usaha melatih bayi melekap dgn betul, puan perlu menambah penghasilan susu dgn cara mengepam dgn kerap. walaupun hanya 1 oz yg dpt dikumpul jangan mudah putus asa. teruskan mengepam dgn kerap selang 2-3 jam sekali. insya Allah susu akan bertambah banyak dari sehari ke sehari.
      d. mengenai liang-liang susu yg tersumbat saya cadangkan puan berjumpa dengan kaunselor laktasi dan doktor (pakar laktasi) supaya dapat meneliti masalah puan dgn lebih terperinci.
      e. setakat ini tiada ubat utk menaikkan puting tenggelam kerana ia adalah keadaan fizikal semula jadi. di negara barat pembedahan menaikkan puting tenggelam pernah dilakukan namun saya tidak pasti di negara kita dan apakah risiko pembedahan tersebut.
      namun begitu puan telah menunjukkan adanya penghasilan susu (walaupun hanya beberapa titik). ini bermakna puan masih mampu menyusukan bayi puan dgn susu ibu, sama ada secara direct atau melalui susu perahan. semoga berjaya.

  • Reply za 24/10/2011 at 4:17 pm

    salam,

    bby sy berusia 2bln stgh dan menyusu penuh dgn sy. adakah normal jika bby sy sentiasa melekap di waktu mlm wpun tidur? jika terlepas B, bby akan merungut. adakah ianya menjadi tabiat bg bby yg menusu bdn atau dia tidak kenyang? berat lahirnya 3.1kg dn pd umur 2 bln, berat 5.2kg.

  • Reply hani 30/01/2014 at 5:57 pm

    salam kak nieza..
    smasa sya lahirkn bby dlu bby lemas..so doc trus msukn bby ke ward bby sbb dia lmas msa lahir..sya xdpt nk bg kolestrum ptma tu.. masa sya cuba bg susu slps bby dh blh kluar dr incibutor (sehari jga lah) bby xblh hisap breast sbb puting sya tenggelam n hanya ad 1 lubang je kedua2 puting..sya hya bg susu formula sampai dia dh 5 blan skrg, smasa patang sya pump jgak tp hya dpt 1 oz ja..sdih sgt2..sya menagis bla tgk anak n ksian dia xdpt susu ibu..dr pegnen lg sya dh niat nk susukn anak smpai 2thn..tp apa kan daya..skrg pn sya still berusaha utk bg dia susu bdan jgak..mcm mna nk atasi mslh sya yg xda puting ni?blh lg ke kalau sya nk bg bby susu bdan?tp bila sya pump, pting belah kanan ada hny setitik susu.. kak bantu lah sya..

  • Reply Sal 23/10/2014 at 12:12 am

    Terima kasih puan untuk perkongsian ni…saya pasti ramai lagi ibu2 kat luar sana yang masih hadapi masalah yang sama. Bagi saya, apa yang penting adalah niat yang kita tanam sebelum bayi dilahirkan lagi. Selepas tu, usaha yang berterusan dan berfikiran positif…insyaAllah 🙂

  • Leave a Reply