0
Kepentingan Susu Ibu, Metodologi/Teknik

Penyusuan Susu Ibu yang Berkesan

Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, perhatikan tanda-tanda penyusuan ibu yang berkesan seperti berikut:

  1. Tanda penghisapan yang berkesan
    1. hisapan perlahan dan dalam
    2. nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
    3. dengar bunyi bayi menelan
    4. hisapan cepat dan cetek
  2. Kekerapan penyusuan
    1. susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya, “on-demand feeding
    2. sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap
    3. minggu pertama – susukan bayi lebih kerap
    4. bayi yang tidur lama (lebih daripada 2-3 jam) perlu digerakkan untuk disusukan
    5. menyusu kerap pada waktu malam
    6. purata penyusuan 8-12 kali dalam 24 jam
  3. Tanda bayi mendapat cukup susu
    1. bayi berhenti sendiri apabila kenyang
    2. penyusuan kerap 8-12 kali dalam 24 jam
    3. kencing lebih 6 kali dalam 24 jam
    4. kekerapan membuang air besar yang normal (4-8 kali dalam 24 jam)
    5. bayi kelihatan puas, ceria dan kulit bayi sihat
    6. payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ‘ringan’ selepas menyusu
  4. Memberhentikan penyusuan
    1. biar bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
    2. payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
    3. berikan kedua-dua payudara secara bergilir selagi bayi hendak terus menyusu
    4. jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali untuk membetulkan pelekapan
    5. untuk memberhentikan pelekapan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya

Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM

Previous Post Next Post

You Might Also Like

3 Comments

  • Reply izan 28/06/2011 at 11:43 am

    salam nieza…

    saya baru melahirkan ank no.2..bb gurl…dia full breastfeed…tapi saya dapati dia jarang buang air besar…slalunya lpas 2hr baru bb berak tu pun smpi kuar air mata dia bila time berak tu…dulu ank 1st(boy)kerap buang air besar dlm shari adalah 5-6 kali…tu yg saya risau bila bb 2nd ni sush berak…bb mnum susu krap juga…tapi dia byk buang angin…slalu sgt..adakah dia ada msalah usus or mslh ln?sy ada tya nurse,tp diorang ckp tu perkara biasa..cuba puan terangkn masala bb sy ni…tq

  • Reply fieza 21/02/2012 at 6:04 pm

    nk tnya sket la.now bby dh 37mggu,full breastfeeding tp mse bby mnum mcm ssh nk tlan.knape ye

  • Reply norhaya 20/03/2012 at 3:55 pm

    Hai, saya baru melahirkan anak ke 3 dan baru berusia 5 bulan. Nak tanya sikit..ok ke jika saya menyusukan bayi saya pada sebelah malam sahaja. ada kah ini akan mengurangkan kuantiti susu saya.

  • Leave a Reply