0
Berhenti Menyusu, Kepentingan Susu Ibu, Kesihatan, Penyusuan Eksklusif, Penyusuan Ibu

Wean Like A Winner

Pernahkah mendengar slogan “Membesar bagai Johan” dalam iklan susu formula sekitar tahun 80an?? Benarkah anak-anak susuan susu formula itu telah membesar dengan jayanya?? Istilah “membesar” itu sendiri mempunyai tafsiran yg pelbagai… Artikel ini tidak mahu bicara lanjut tentang perkara membesar bagai johan itu… Fikir-fikirkanlah…

Wean like a winner… bercerai susu bagai juara!! Mengapa?

Kerana…

  1. Bayi menyusu seawal 1 jam pertama sebaik dilahirkan. Bermakna bayi telah mendapat khasiat kolostrum yang tidak ternilai harganya. Kolostrum yang hadir hanya sekali sepanjang hayat seorang manusia!
  2. Bayi telah menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama… tanpa susu formula atau minuman lain waima air masak. Bermakna bayi telah mendapat khasiat sepenuhnya susu ibu. Bayangkan setiap inci tubuh badan bayi yang membesar dari sedetik usianya hingga 6 bulan adalah terbina daripada asid amino (protein), karbohidrat, kalsium, zat besi dan nutrien-nutrien lain yang disalurkan oleh titis-titis susu ibu… alangkah!
  3. Bayi diperkenalkan dengan makanan pejal pertamanya hanya selepas 6 bulan tetapi penyusuan ibu masih diteruskan sehingga 2 tahun. Bayi masih mendapat khasiat kebaikan susu ibu. Yang lebih penting selepas tempoh ini hubungan keakraban (bonding) ibu dan anak tetap terjalin erat.
  4. Bayi dan ibu boleh saja memberhentikan penyusuan ibu (bercerai susu) pada bila-bila masa selepas 2 tahun tetapi ada juga bayi (dan ibu) yang tidak mahu “berpisah”. Bayi yang menyusu daripada ibu masih mendapat nutrien yang terdapat pada susu ibu yang segar.

Mereka telah menjadi JUARA !!!

Bercerai susu (weaning off)

Ramai para ibu tertunggu-tunggu usia anak mencecah 2 tahun kerana dirasakan di situlah ukuran kejayaan ibu menyusukan anak sebagaimana yg telah digariskan di dalam Al Quran mengenai penyempurnaan penyusuan anak sehingga usia 2 tahun.

Sebab-sebab ibu mahu bercerai susu:

  1. ibu sudah bersedia untuk hamil semula atau ibu sedang hamil; atau
  2. ibu yang tandem nursing sebelum ini ingin menumpukan perhatian untuk melengkapkan penyusuan si adik pula; atau
  3. ibu tidak mahu lagi mengusung breast pump dan peralatan penyusuan ibu ke pejabat setiap hari; atau
  4. ibu tidak mahu orang sekeliling memandang serong kerana anak ‘sudah besar’ masih menyusu badan; atau
  5. ibu sudah penat!!

Namun begitu ibu-ibu tidak perlu tergesa-gesa untuk menceraikan susu sebaik anak mencecah usia 2 tahun 1 hari! Proses bercerai susu memerlukan ‘persetujuan’ kedua-dua pihak iaitu ibu dan anak. Selalunya ibulah yang telah bersedia untuk memberhentikan penyusuan ibu tetapi jarang sekali anak yang telah menyusu selama 2 tahun itu menolak susu ibunya.

Memberhentikan penyusuan ibu boleh dilakukan secara perlahan-lahan.

  1. Beritahu anak bahawa dia ‘sudah besar’ dan boleh mula kurang menyusu
  2. Kurangkan sesi penyusuan sebaliknya gantikan dengan makanan pejal yang lebih mengenyangkan
  3. Habiskan stok susu (iaitu EBM) di dalam simpanan
  4. Tawarkan hanya direct feeding terutama pada waktu malam (proses menghentikan penyusuan malam adalah yang paling sukar!)
  5. Tawarkan susu ibu hanya apabila anak minta
  6. Tidak perlu memaksa anak minum susu formula sebagai ganti susu ibu. Jika anak tidak mahu tawarkan apa saja minuman yang berkhasiat seperti susu segar, minuman koko atau malt,  fresh juice dan lain-lain
  7. Kekalkan hubungan akrab dengan anak seperti mendakap dan bermesra dengannya pada bila-bila masa

The winner is…..

Nour Insyirah Syamimie

Nour Insyirah Syamimie

Hari ini 11 Oktober 2010 genap usia Nour Insyirah Syamimie 5 tahun… dan dia masih menyusu badan 🙂

Previous Post Next Post

You Might Also Like

11 Comments

  • Reply ayu 14/10/2010 at 8:03 pm

    salam kak nieza,

    tahniah ayu ucapkan utk akak…kagumnya ngan akak..^_^

    salam ayu… terima kasih. hanya susu ibu pilihan terbaik… 🙂

  • Reply DeLLa 28/02/2011 at 12:48 pm

    salam..

    tahniah..anak sy aisyah..umur hampir 3thn…masih nenen lg..kdg2 penat nk melayan..tp rasa syg sgt nk wean off…

  • Reply azila 03/04/2011 at 2:21 am

    salam,
    akak rasa cam seronok dgr akak dapat bf anak sampai umur 6tahun..tp kadang2 sakit dia gigit puting ..insyaAllah saya akan ikut jejak akak..doakanlah yer..memang ngah bersemangat sangat2 nie..tambah2 duk selalu buka blok kak farah farhan..

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:14 am

      salam, bab menggigit puting tu memang biasa berlaku… sakitnya teramatlah ngilu… hehehe..
      semoga azila berjaya menyusukan baby selama yg boleh… insya Allah

  • Reply Mardziah 11/05/2011 at 6:08 pm

    Salam Puan Nieza, saya masukkan entri ini di blog saya dan saya linkkan kembali rujukan di sini. Terima kasih atas ilmu yang ditulis ni =)

    Rujukan : http://duniasusuibu.com/penyapihan-bercerai-susu/wean-like-a-winner/

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:05 am

      silakan berkongsi… semoga dpt dimanfaatkan oleh semua

  • Reply Mardziah 14/05/2011 at 1:13 pm

    Salam Puan Nieza, saya masukkan entri ini di blog saya dan saya linkkan kembali rujukan di sini. Terima kasih atas ilmu yang ditulis ni

    Rujukan : http://duniasusuibu.com/penyapihan-bercerai-susu/wean-like-a-winner/

  • Reply MamaAisyamyra 22/07/2011 at 5:17 pm

    Wow..Thumbs up to Mrs.Nieza. Saya mohon izin utk masukkan dlm blog saya yer >_<

    TQ. dengan izin… 🙂

  • Reply cerimerah 13/08/2011 at 9:55 am

    terima kasih atas perkongsian ilmu puan..walaupun sy tidak berpengalaman lagi tp apa yang puan kongsikan disini amat berharga…saya sedang menjalankan kajian berkenaan susu ibu, jika puan tidak keberatan, sy ingin meminta jasa baik puan untuk menjawab soalan kaji selidik ini dgn klik link dibawah ini…jasa baik puan amatlah sy hargai…

    http://kwiksurveys.com?u=breastfeedingmother

  • Reply Fiza 26/03/2012 at 3:14 am

    perjalanan saya masih jauh. Anak baru 3 bulan. Doakan saya ya. Macamana agaknya perasaan bila dan berhenti menyusu.

    Kongsi kegembiraan dengan Set B Breastfeeding

  • Reply aiza 17/10/2013 at 4:31 pm

    akak..bagusnye sampai umur 5 thn..sy ni ngandungkan anak no.2..anak 1st dh 3 thn mcm tak puas je lagi nk nenen..die asyik menggentel je kalau masa tidur tu..ingat dpt adik dia ni esok nk continue je semula..hihi

  • Leave a Reply

    Chat with us
    Chat with us
    Questions, doubts, issues? We're here to help you!
    Connecting...
    None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
    Our operators are busy. Please try again later
    :
    :
    :
    Have you got question? Write to us!
    :
    :
    This chat session has ended
    Was this conversation useful? Vote this chat session.
    Good Bad