0
Kesihatan, Relaktasi

Relaktasi

Definisi relaktasi (relactation) menurut Dr. Jack Newman,

Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.

Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.

Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:

  1. memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
  2. mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:

Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti

  • Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
  • Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.

Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?

  • Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
  • Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
  • Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.

Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?

  • Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
  • Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
  • Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.

Faktor #4 – Kesediaan ibu.

  • Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
  • Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
  • Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

Bagaimana caranya?

1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.

  • Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
  • Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
  1. Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
  2. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
  3. Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  4. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  5. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  6. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
  • Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
  1. bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
  2. bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
  • Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
  • Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
  • Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
  • Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
  • Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
  • Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
  • Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
medela sns

MEDELA Supplemental Nursing System (SNS)

2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.

  • Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
  • Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
  • Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
  • Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  1. perah/pam dengan kerap
  2. makan makanan berkhasiat dan seimbang
  3. makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  4. menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  5. kurangkan stress
  6. berfikiran positif

Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com

Previous Post Next Post

You Might Also Like

69 Comments

  • Reply noly 03/07/2009 at 4:12 pm

    saya mempunyai bayi berusia 6 bulan. saya tidak menyusukan nya sejak dari usianya 3minggu. Puncanya adalah kerana bayi saya suke menangis ketika dalam pantang dan ayah ibu saya risau yang bayi saya tidak cukup menyusu badan (mereka pk susu saya sikit sangat) jadi mereka suruh saya bertukar kepada Formula. ibubapa org lama yg kurang pengetahuan dan mereka pk untuk memudahkan saya je dan terlalu risaukan cucu tunggal mereka. Hati saya meronta2 dan rasa seolah2 ibubapa saya memisahkan saya dengan anak saya bila bayi saya mula menyusu botol. Tapi apakan daya nak menolak takut meeka tersinggung pula. Bila mula berkerja saya mula join blogger ibu2 yg semua nya bf dan saya rasa tersentuh alangkah ruginya saya. Saya cube beri anak saya direct sewaktu tetapi beliau tidak mahu dan menolak dengan marah. Kadang2 saya cube juga pujuk dan mengajukan puting saya kearah mulutnya, adakalanya dia nak tetapi dia lepaskan juga kerana rasa pelik kot. Sekarang ni, susu saya sebelah kanan telah kering dan susu sebelah kiri masih keluar kalau dipicit. saya pernah cube mengepam dan mengepam serta memakan pil asi tetapi hasilnya tetap tidak berubah. Bila lihat gambar bayi menyusu diatas ditambah dengan alat bantuan supaya dia inginkan sedutan dari payudara ibu saya ingin mencari dimanakah saya hendak mendapatkan benda tersebut. Bolehkah saya menghasilkan susu, sekurang2nya susu didalam botol adalah susu saya sendiri untuk anak saya. Tapi saya buntu..Tolong la saya menyelesaikan masalah ini.

    Salam Noly, usia bayi noly sudah pun mencapai 6 bulan dan pernah menyusu dalam waktu yg sangat singkat merupakan cabaran yang besar untuk relaktasi. Masalah noly perlu ditangani secara tersendiri. Akak akan hubungi noly secara peribadi.
    Akak kagum dgn kesungguhan noly utk mencuba relaktasi, semoga hasilnya positif.

  • Reply umi 10/07/2009 at 2:20 pm

    salam.
    saya menghadapi masalah bb menyusu sebelah saja. Asalnya nipple saya both inverted tp alhamdulillah berkat usaha n bb saya yg tak gemar botol juga mmbantu nipple saya slowly keluar dan boleh dihisap oleh bb. Namun masalahnya hanya sebelah saja yang berjaya keluar. Saya rasa mungkin saya tak pandai pegang dia menyebabkan dia selesa dengan breast kiri saya saja sedangkan yg kanan makin mengecil. Saya cuba bg juga breast kanan dan dia mahu menghisap tetapi kemudian dia macam nak muntah saja. Untuk makluman, saya masih meneruskan pumping dan hasil sebelah kiri 3-4oz sekali pump manakala sebelah kanan hanya dapat 1oz sahaja itupun terpaksa perah menggunakan tangan.
    harap dapat bantu saya kerana keadaan breast sebelah besar sebelah kecil agak memalukan saya.

    Salam umi. Tahniah kerana inverted nipple berjaya dikeluarkan hasil usaha ibu dan bayi. Berkenaan posisi memegang bayi ketika menyusu puan boleh cuba posisi yg berbeza, pasti ada satu dua posisi yg akan menjadi kesukaan bayi. Saya rasa mungkin bukan posisi yg menyebabkan bayi tidak mahu menghisap payudara sebelah kanan… tetapi mungkin kerana dia sudah selesa dgn nipple sebelah kiri yg sudah tertonjol manakala nipple kanan masih inverted maka bayi prefer sebelah kiri. Jadi puan harus cuba untuk menonjolkan puting kanan supaya ia sama seperti puting kiri. Mengepam boleh membantu menonjolkan puting yang inverted. Puan juga boleh mengentel dan menarik keluar puting (dgn lembut) sebelum menyusukan bayi atau bila-bila masa untuk membantu menonjolkannya. Hisapan bayi memang mekanisme terbaik merangsang penghasilan susu oleh kerana itulah susu di sebelah yg digemari bayi lebih byk berbanding yg satu lagi. Mungkin ini juga penyebabnya bayi gemar sebelah kiri.

  • Reply umi arif 15/07/2009 at 10:07 pm

    Salam Kak Nieza,
    Anak saya sekarang sudah berusia hampir 10 bulan dan telah pun bercerai susu pada umurnya 4 bulan. Saya ingin menyusukan anak saya semula tetapi saya tak berapa pasti bagaimana cara yang paling efektif untuk menghasilkan semula susu ibu. Adakah usia 10 bulan agak lewat untuk kembali menyusu? (lagi pun baby dah tumbuh gigi dan dah pandai memilih sekarang) Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan balik susu ibu yg telah lama ditinggalkan. Tolonglah saya kak nieza.

    Salam umi arif, sudahkah umi arif mencuba kaedah yg saya terangkan dalam artikel di atas? Bagaimana penerimaan bayi terhadap puting ibu? Menambah penghasilan susu boleh diusahakan namun yang pertama sekali ialah memujuk bayi kembali menghisap payudara ibu. Kerana jika bayi mahu menghisap payudara ibu, rangsangan hisapan bayi mampu mencetuskan penghasilan susu semula (walaupun bukan dlm jangka waktu yg cepat). Jika bayi tidak mahu menghisap payudara ibu tetapi ibu mahu menghasilkan susu semula, ibu boleh memerah (jika susu masih ada) atau menggunakan ubat seperti Domperidone untuk mencetuskan semula penghasilan susu. Sila berjumpa terus pakar laktasi atau doktor dan minta nasihat mengenai penggunaan ubat ini.

  • Reply umi 16/07/2009 at 10:38 am

    salam nieza.
    terima kasih atas nasihat dan layanan soalan2 saya.
    saya rasa berminat dengan lactation aid tu. mana nak dapat eh?
    sebab bb saya sekarang ni hisap sekejap2 lepas tu macam xnak sedangkan rasanya masih ada susu lagi cuma mungkin tidak banyak dan breast sudah lembut (sebab susu makin kurang sejak akhir-akhir ni).
    Sekejap dia hisap, sekejap dia lepas, then hisap balik, lepas balik dan akirnya mengamuk. saya rasa sebab susu saya kurang kot,(refer entry di atas).
    buat masa ni saya tengah cuba nasihat nieza untuk kurangkan stress, makan n minum betul2 n kerapkan memerah.
    harap nieza boleh membantu sebab bb saya asyik mengamuk sejak akhir2 ni n xnyenyak tido sbb dia xnak botol n lebih suka menetek saja untuk tido. tapi bila susu xde atau xbanyak, dia susah nak tido.

    salam umi, lactation aid itu digunakan untuk ibu yg hendak relaktasi bukan yg kurang production susu. Kerana di dlm botol lactation aid itu diisi susu formula dan baby akan menghisap hujung tiub yang dilekatkan berdekatan puting ibu untuk merangsang puting dan seterusnya mencetuskan semula penghasilan prolaktin utk menggalakkan penghasilan susu.
    Dlm kes umi, adakah baby sudah diberi susu formula? Berapakah umur baby sekarang? Tumpuan umi sekarang harus kepada menambahkan penghasilan susu ibu iaitu dgn lebih kerap memerah, lebih kerap dirrect feeding, makan makanan berkhasiat dgn cukup (jgn skip makan), byk minum air, kurangkan stress, rehat secukupnya. Proses meningkatkan penghasilan susu memang tidak mudah, dan juga pastinya akan mengambil masa sehingga 1-2 minggu. Namun begitu teruskan usaha dan berfikiran positif bahawa susu ibu masih cukup untuk baby.

  • Reply umi 19/07/2009 at 9:08 pm

    salam nieza.
    oo baru saya faham ttg lactation aid tu.
    bb saya dah masuk 6 bulan skrg. sejak 3 bulan dia dh diberi susu formula tapi dia kurang berminat.
    BB saya lebih suka direct feeding dr minum dlm botol walaupun susu perahan. selalu dia hanya minum 2 kali sahaja pd siang hari (rumah bb sitter) itupun jika betul2 dahaga. dia akan tunggu sehingga saya balik kerja (6 ptg) untuk direct feeding.
    sebelah malam saya fully bf cuma bb saya seperti tak cukup susu kerana dia asyik mengamuk nak bf saja.
    susu perahan saya dh makin kurang dan itu yg menyebabkan saya mahu tingkatkan penghasilan susu.
    Saya kesiankan dia sebab dia xmahu menyusu botol ttp bila bf pula dia selalu mengamuk xkenyang2. Selalu sebelah malam saya pula jd kurang tido kerana melayan dia yg xmau lepas2 bf saya. itu yg sebabkan sebelah malam saya xdapat perah susu utk tambahan.
    utk pengetahuan nieza, saya ada amalkan beberapa petua utk tmbahkan susu ttp hanya berkesan 2,3 hari saja. Saya cuba minum air longan, milkmaid tea, pegaga, solok lada, ulam jantung pisang.. tapi susu saya tetap juga kurang.
    Sy akan tetap berusaha utk bb saya dan harap nieza menyokong saya. Insya-Allah.

    salam umi, kalau nk dibandingkan baby x tak mau botol dgn baby yg x mau breast, lebih baik baby yg x mau botol. Kerana baby yg suka breast akan membantu ibu merangsang penghasilan susu dgn lebih berkesan. (Berbanding beberapa kes ibu yg babynya x mau breast, usaha ibu menambah production susu tertumpu kpd mengepam dgn kerap).
    Baby yg prefer breast memang sanggup berlapar menunggu uminya balik. Begitu cekal baby itu, umi pun harus cekal juga menambah production susu supaya dpt memenuhi keperluan baby. Jika baby x mau botol, boleh minta babysitter cuba memberinya susu dgn sudu atau cawan kecil.
    Untuk meningkatkan penghasilan susu, saya cadangkan umi ambil cuti bersambungan dgn hujung minggu (Jumaat dan Isnin) utk menjalankan misi menambah susu ibu iaitu dgn kerap direct feeding & mengepam. Semasa cuti itu aturkan jadual menyusu dan mengepam setiap 2-3 jam (termasuk malam). Jgn risau bila baby dah hisap direct susu “habis” dan tiada apa lagi nk dipam utk jam berikutnya. Sebenarnya umi masih perlu mengepam mengikut jadual (walaupun hasilnya hanya setengah oz sahaja) kerana ini akan menyebabkan otak memberi respon kepada hipotalamus bahawa permintaan susu adalah tinggi maka hipotalamus akan merangsang penghasilan prolaktin yg tinggi utk meningkatkan penghasilan susu. Selepas selesai misi hari cuti itu, teruskan kekerapan mengepam 3-4 kali semasa di pejabat dan 1-2 kali pada sebelah mlm.
    Semoga berjaya.

  • Reply Arissa 20/07/2009 at 12:54 pm

    Salam nieza.
    Saya mengalami maslah kekurangan air susu. Bayi saya baru berusia 3 bulan. Sebelum ni saya mengambil motilium selama 3 minggu. Atas saranan kawan2 saya berhenti dan mencuba pil ASI. Malangnya semasa mengambil pil ASI air susu jadi cair dan merudum kurang. Dari boleh dapat 3 oz sekali pam dah jadi 1 oz jer. Saya nak tau, berapa lama saya boleh mengambil motilium?

    Jelasnya pil ASi tak sesuai dengan saya. Dan saya nak cuba minum rebusan halba.

    Salam Arissa, pengambilan ubat-ubatan atau supplement utk menambah penghasilan susu bukanlah satu yg pasti utk berjaya. Penggunaan pil bergantung kepada keserasian individu. Saya lebih suka menyarankan ibu2 yg hendak menambah penghasilan susu menambah kekerapan direct feeding dan mengepam berbanding bergantung kpd pemakanan supplement tadi. Di samping itu kurangkan stress, rehat secukupnya, makanan makanan berkhasiat, minum banyak air, kurangkan minuman mengandungi cafein (kerana cafein boleh mengurangkan kandungan air dlm badan) dan berfikiran positif.

  • Reply atiena 05/08/2009 at 1:03 pm

    Salam..

    Alhamdulillah..berjumpa saya website ni..nasib saya sama sebijik mcm nasib Noly..sudahlah puting sebelah kecik, saya pulak tak pandai nak menggayakan posisi, lepas tu mak saya pulak byk mendesak suruh bg susu formula bila tgk cucunya meragam kelaparan. Tiapkali sumbat susu badan, mak mula berkata2..susu tak ada..bg je susu botol..budak tu lapar..saya terkilan dan memberontak jugak jiwa ni..sebab niat saya nak stimulate susu dah terbantut..patah semangat saya..

    Hari ni bila org melaung2kan soal penyusuan ibu, sedihnya hati tak terkira..rendah rasa diri..tambah2 pulak ada yg dok sebut2 betapa kesiannya nasib baby saya sebab tak dapat zat yg sepatutnya, tak rapat ngan ibunya la..sudahlah ditinggal dgn pengasuh sehari suntuk. Aduhai..hiba hati..

    Dengan adanya panduan di sini, saya nak cuba mulakan misi penyusuan ibu. Saya akui adalah amat2 mencabar utk memujuk anak kembali ke pangkuan ‘susu cap gantung’ tp apapun, kita usaha, doa, dan selebihnya..gerak dari Empunya Gerak jua yg menjayakannya..

    Doakan agar saya memiliki kesungguhan yg ampuh. Sekian, Salam.

    Salam atiena, anak umur berapa ya? Teruskan mencuba utk memujuk anak kembali menyusu daripada ibu. Akak doakan semoga Allah mempermudahkan segala usaha atiena.

  • Reply atiena 06/08/2009 at 2:42 pm

    Salam. Terima kasih ya, atas respon. Anak saya dah 5 bulan. 19hb ni cukup 6 bulan. Semalam saya cuba suakan puting susu, mau juga dia sekejap2 tp dia nmpk benda tu pelik la. Kemudian tak mau. Tak apalah baru kali pertama. Dari segi masa saya bersama anak kalau hari bekerja bermula pukul 7 ptg iaitu waktu ambik dia dr rumah pengasuh. Sampai rumah pukul 8. Antara pukul 8-9 tu waktu saya siapkan dia, sama ada bg susu, tukarkan pakaian dsb. Kemudian, dia akan tidur. Masa ni pulak saya ‘bersilat’ mengemas, buat kerja yg patut. Masuk tidur dalam 11 lebih. Bangun dalam 3 kali utk bg susu pd dia. Hmm..pada pandangan akak, macamana cara saya nak jalankan usaha menghasilkan susu dgn keadaan mcm ni? peluang cerah tak?tQ.

    Salam Atiena. Cuba picit sedikit payudara, ada susu tak? Umur anak baru 5 bln bermakna sepatutnya dia masih exclusive bf. Jika Atiena masih ada susu lagi, offer breast ketika dia minta susu pada waktu mlm. Jika susu tiada, Atiena kena usahakan mencetuskan penghasilan susu semula. Perah/pam payudara 3-4 kali ketika di pejabat walaupun tiada susu yg keluar. Jika dipraktikkan dgn rutin yg tetap, insya Allah susu akan dihasilkan semula. Selain itu makan makanan berkhasiat, jgn stress dan berfikirlah dgn fikiran yg positif bahawa usaha Atiena akan berjaya. Atiena juga boleh gunakan alat SNS (spt gambar di atas). Tujuannya utk merangsang payudara menghasilkan susu dgn cara hisapan bayi. Ingat bahawa, hisapan bayi adalah mekanisme paling baik merangsang penghasilan susu. Jika penghasilan susu telah berjaya dilakukan, mula kurangkan pemberian susu formula dan gantikan dgn susu ibu. Kuatkan semangat, saya doakan Atiena berjaya.

  • Reply laila 08/08/2009 at 9:45 am

    salam kenal…
    sy nk minta kebenaran nk copy entry ni utk kawan saya boleh tak?
    sekrg bb dia masuk 4 bulan dan sedang mencuba utk relaktasi. moga2 entry ni dapat beri semangat utk dia.
    thanks..

    Salam Laila, boleh copy… silakan. Baby kawan tu baru umur 4 bulan, insya Allah lebih mudah relaktasi. semoga berjaya.

  • Reply atiena 10/08/2009 at 12:52 pm

    Salam. Sekarang ni kalau dipicit sebelah kanan, mmg langsung dah kering. Sebelah kiri adalah keluar bak ’embun di hujung rumput’. 🙂

    Cuti 2 hari ni saya cuba offer breast pada baby. Dia melonjakkan badan n tunjuk protes. Letak saja atas riba dia terus merengek dan melonjakkan badan. Mcm tau2 je saya nak offer breast. Saya cuba ajak dia tidur mengadap saya, dia tak mau juga.

    Jadi, seperti yg disarankan, saya kena usaha cetus penghasilan susu. Insyaallah, dalam proses. Tkasih atas nasihat.

  • Reply Normaliza 10/08/2009 at 1:16 pm

    Salam kenal..
    Saya dah cuba relaktasi masa umur anak 10 bulan. Masa tu susu memang dah kering langsung. Alhamdulillah dalam masa 2 minggu ada nampak hasilnya. Sekarang anak saya dah setahun 2 bulan, tapi susu yang saya hasilkan terlalu sikit. Mungkin ke sebab anak saya dah makin membesar dan hormon prolaktin dah kurang sebab itu pengeluaran susu sikit. Boleh ke kalau saya nak tingkatkan lagi pengeluaran susu saya ataupun memang dah terlambat untuk mencuba?

    Salam Normaliza, tahniah kerana berjaya relaktasi ketika umur anak 10 bulan. Umur anak tidak berkadar songsang dgn penghasilan hormon prolaktin. Walau berapa pun umur anak, jika dia masih terus menyusu dan ibu kekalkan rutin mengepam, hormon prolaktin masih akan terus dihasilkan dan susu akan terus ada. Susu ibu semakin berkurang boleh disebabkan beberapa perkara. Adakah baby mahu menyusu direct? Tingkatkan direct feeding supaya baby boleh stimulate puting ibu dgn baik. Ibu juga perlu meningkatkan sesi perahan utk meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu pengambilan pil perancang boleh merencat penghasilan susu ibu. Kurangkan stress, berehat secukupnya, minum banyak air, makan makanan berkhasiat dan seimbang. Semoga berjaya.

  • Reply KL Liew 13/08/2009 at 11:45 pm

    Dear Nieza

    Saya mengalami Mastitis semasa bayi saya berumur satu bulan, dimana saya perlu mengalami satu minor operation untuk mengeluarkan nanah di payudara saya. Sebelum operation doktor gynae nasihat supaya berhenti penyusuan dengan serta-merta dan saya diberi ubat berhenti “Dostinex”.

    Bolehkah saya cuba relaktasi selepas luka di payudara saya sembuh? Ramai yang berpengalaman nasihat supaya jangan beri penyusuan selepas mengambil ubat berhenti sebab ia akan membawa side effect, betulkah?

    Thanks in advance for your advise.

    hello KL Liew, actually ibu-ibu yg mengalami mastitis tidak perlu memberhentikan penyusuan ibu. Penyusuan ibu masih boleh diteruskan. Namun begitu puan telah dipreskripkan Dostinex oleh doktor utk berhenti menyusu. Adakah puan telah diberi penjelasan yg menyeluruh tentang kesannya? Dostinex bertindak sebagai “prolactin inhibitor” iaitu ia bertindak menghentikan rembesan prolaktin dpd kelenjar pituitari di otak dan seterusnya merencat penghasilan susu ibu. Ia memberi kesan jangka masa lama iaitu pengambilan 1mg dos pada hari pertama akan memberi kesan berterusan sehingga 21 hari! Ibu-ibu yg diberi ubat ini wajib diberitahu dgn jelas kesan besar yg akan dihadapi (penghasilan susu ibu akan berhenti terus). Sorry to say, a ‘change of mind’ is not possible with this drug.
    Untuk kembali menyusukan semula bayi puan, ada beberapa persoalan yg perlu saya ketahui:
    1. adakah puan masih mengambil ubat tersebut?
    2. bilakah pembedahan itu dijalankan?
    3. berapakah usia bayi (sekarang dan ketika pembedahan dilakukan)?
    4. berapa lama bayi pernah menyusu sebelum berhenti?
    5. adakah puan pernah menyusu anak2 sebelum ini (jika ini bukan anak pertama)?
    6. pernahkah puan mengalami mastitis ketika menyusukan anak2 terdahulu?

    Saya bersimpati dgn masalah puan ini. Saya merasakan puan telah tidak diberi penjelasan yg lengkap oleh doktor yang merawat puan berkaitan dgn penyusuan ibu. Namun begitu jika puan benar-benar mahu relaktasi, saya harap puan lakukannya dengan bersungguh-sungguh dan dengan komitmen yg tinggi kerana situasi puan berbeza daripada kes-kes berhenti menyusu secara semulajadi.

    [p/s Saya ingin mengucapkan terima kasih kpd Rita Rahayu (kaunselor laktasi) kerana membantu memberi penjelasan utk masalah ini.]

  • Reply Normaliza 17/08/2009 at 1:33 pm

    Nieza, anak saya dah tak nak direct feeding. Sekarang saya hanya pam dan beri ebm melalui botol sahaja. Tanpa direct feeding boleh ke susu saya bertambah? Apa yang perlu saya lakukan ye?

    Salam Normaliza, mengapa baby x nak direct feeding? Puan boleh cuba pujuk baby direct feeding semula kerana tidak ada mesin (pam) yg benar2 dpt menyamai hisapan baby. Tetapi jika puan mahu bergantung kpd mengepam sahaja, puan perlu mengepam dlm rutin yg sama spt direct feeding iaitu setiap 2-3 jam sekali. Ada juga ibu2 yg berjaya memberi susu ibu sehingga anak berumur 2 thn hanya dgn mengepam sahaja. Puan perlu bersungguh-sungguh menjaga rutin mengepan utk menyimpan stok yg cukup utk baby. Namun begitu saya masih menyarankan agar puan cuba memujuk baby kembali direct feeding. Kenalpasti punca mengapa baby tidak mahu direct feeding. Mungkinkah kerana kesukaannya kpd botol kerana aliran air melalui puting botol lebih laju dpd usaha menhisap puting ibu. Ini bermakna baby puan telah keliru puting. Rujuk artikel Keliru Puting.

  • Reply mama.joe 03/09/2009 at 10:04 am

    salam nieza,
    bb saya br jer berusia 3 bln 18hb nie…bb saya da x bf lepas jer saya habis pantang 44 aritu..bukan xder susu bdn pon cuma dia mmg xmahu…botol pon mula2 xmahu, tp bila da lapa lama kelamaan dia mahu…tapi dia mmg akan menolak untuk menyusu bdn..mula2 saya igtkan susu saya kurang yg membuatkan dia xpuas, sbab 2 hari sebelum tue saya demam..org ckp klu kita makan ubat, susu kita akan rasa xsedap..tapi saya cuba mintak tolong akak saya yg kebetulan ada anak yg fully bf untuk cuba menyusukan anak saya…tapi anak saya menolak..sudah 3 org yg saya mtak tolong susukan bdn utk dia tp dia tetap menolak..malah menangis meraung2 mcm kita bg dia makan ubat plak…saya housewife sepenuh masa dan ini anak pertama saya…saya da cuba tanya pada pakar laktasi,dan doktor suruh saya cuba pam n bagi melalui botol, mula2 dia nakla juga tp lama kelamaan susu saya makin kurang dan skrg nie klu picit adalah skit jer, klu pam pon nk dapatkan 1 oz pon berjam2..ada org ckp suakan breast kita masa dia tga mamai2, tp bb saya bijak, mmg dia akan menolak…tolongla, apa yang perlu saya lakukan????

    salam mama joe, agak sukar utk akak menjawab soalan ini kerana sewajarnya hanya ibu yg kenal anaknya dan yg boleh memahami kehendak dan keperluan anak pada ketika2 yg tertentu. Agak jarang baby menolak menyusu direct dpd payudara ibu. Mungkin pada ketika baby menolak itu disebabkan dia tidak selesa dgn keadaan tertentu spt terlalu panas/sejuk, bunyi bising, bauan ibu, ketegangan ibu (baby boleh merasanya!), posisi yg tidak selesa, terlalu lapar, atau pada ketika itu dia mahukan belaian, dakapan dan pujukan utk menenangkannya.
    Namun begitu jika baby sudah selesa minum daripada botol dan menolak minum direct daripada payudara ibu, bermakna baby telah “keliru puting”. Baby yg baru lahir mempunyai naluri hisapan yg baik justeru dia akan pandai dgn secara semulajadi utk menyusu dpd payudara ibu. Tetapi jika bayi diperkenalkan dgn puting tiruan (puting botol) terlalu awal, dia akan cenderung utk memilih menyusu melalui botol kerana ianya lebih mudah berbanding menyusu direct, kurang menggunakan otot rahang dan air susu dpd botol lebih mudah mengalir.
    Untuk memujuk bayi yg telah “keliru puting”, sila rujuk artikel berkenaan. Harap puan tidak berputus asa.

  • Reply linda_o9 08/12/2009 at 3:17 pm

    salam akak.. bb saya sempat menyusu dgn saya selama dlm pantang je, itupun dah campur dgn susu formula, coz nipple saya yang agak tenggelam menyebabkan bb xnak menghisap.. kini anak dah berumur 2bln lebih, dan bb dah xmahu langsung menyusu menyebabkan penghasilan susu saya hanya beberapa titik sahaja jika dipam (bkn elektronik). dan setiap kali saya suakan nipple saya kepada bb, dia menunjukkan aksi termuntah2 dan menangis terlampau2, menyebabkan saya terpaksa meneruskan susu botol untuk elakkan bb meragam (inilah akibat bb dah kenal susu botol n puting tipu)..selepas bb saya dimasukkan ke wad disebabkan suspek pnemonia, doktor menasihatkan saya memberikan susu dada, untuk menguatkan imunisasi bb.. namun saya tidak tahu kaedah bagaimana yang perlu saya cuba untuk relaktasi bb saya… adakah saya berpotensi menyusu anak saya kembali? akak adakah saya perlu menggunakan alat SNS atau saya perlu mengepam sahaja? dimanakah alat itu boleh diperolehi? saya sekarang bekerja di kawasan ulu menyebabkan saya sukar untuk mencari produk tersebut. jika saya ingin memberi susu fomula dengan menggunakan kaedah cawan atau susu, bagaimanakah caranya? kerana saya telah cuba menggunakan sudu namun penerimaan bb negatif.. saya benar2 ingin menyusu bb saya semula..

    salam puan linda, baby baru berusia 2 bln bermakna peluang utk relaktasi adalah cerah. puan harus kuatkan tekad dan berusaha dgn bersungguh-sungguh utk menghasilkan susu semula. dpd soalan puan di atas, ada beberapa masalah yg perlu puan harungi terlebih dahulu utk berjaya relaktasi iaitu (1) puting payudara agak tenggelam; (2) memujuk bayi kembali menyusu daripada payudara; dan (3) meningkatkan penghasilan susu.
    cubalah kaedah yg disarankan dlm artikel di atas. dapatkan breastpump yg baik yg bukan sahaja membolehkan puan mendapatkan hasil perahan yg banyak tetapi juga dpt menimbulkan puting payudara yg tenggelam. alat SNS juga boleh dicuba utk memujuk bayi kembali menyusu terus daripada payudara ibu di samping dapat merangsang payudara menghasilkan lebih banyak susu melalui rangsangan hisapan bayi. jika puan bimbang bayi keliru puting dan cenderung kepada botol, puan boleh ubah kaedah penyusuannya iaitu menggunakan sudu atau cawan kecil. dgn kaedah ini diharap bayi tidak bergantung kpd botol dan puting tiruan dan seterusnya dapat menerima puting ibu.
    harap puan dapat menghubungi saya melalui telefon utk perbincangan lanjut.

  • Reply fiza 29/12/2009 at 5:44 pm

    salam…
    bb sy telah berumur 3++ bulan. semasa dlm pantang bb menyusu terus tanpa susu formula, tp sejak sy bekerja semula selepas cuti bersalin sy hanya mmbekalkan susu formula kepada pada sebelah siang & breastmilk pd waktu mlm.tp lama kelamaan bb tidak mahu terus menyusu dr bdn sebaliknya hanya minum susu yang telah di pam menggunakan botol. masalahnya skrg semakin hari susu badan semakin kurang & saya pula masih ingin menyusukan bayi dari badan. adakah makanan2 tambahan yang perlu saya ambil untuk terus menggalakkan lebih banyak susu kerana bila memikirkan saya tidak lagi boleh menyusukan bayi saya rasa termat sedih. saya benar ingin terus menyusukan bayi saya seperti sblm ni ..

    salam fiza, ada 2 perkara yg perlu diambil perhatian di sini:
    1. baby mengalami keliru puting dan lebih cenderung menyusu dpd botol berbanding direct feeding;
    2. susu badan sudah mulai berkurang kerana kurang rangsangan hisapan dpd baby.
    Apa yg perlu dilakukan ialah melatih baby menyusu semula terus dpd payudara kerana hisapan baby sangat berkesan utk menambah penghasilan susu ibu.
    Teruskan mengepam dgn kerap sama ada di pejabat atau di rumah utk meningkatkan stimulasi.
    Makan makanan yg seimbang yg mengandungi nutrisi yg cukup, jangan skip waktu makan, banyakkan rehat, kurangkan stress, minum banyak air, kurangkan pengambilan kopi, boleh juga makan supplement penambah susu spt MilkMaid Tea.
    Dari semasa ke semasa, kurangkan pemberian susu formula kpd baby dan gantikan dgn susu perahan.
    Baby fiza baru berusia 3 bln, akak yakin usaha menambah production susu akan berjaya.
    Teruskan berusaha dan yakin diri! 🙂

  • Reply rose 17/01/2010 at 11:58 pm

    salam..

    sy ni 1st time mother.masalah sy ialah susu sy sudah kering n baby cuma sempat menyusu selama seminggu shj.itupun susu sy hanya sedikit sj.sy begitu ingin memulakan relaktasi skarang.untuk makluman bayi sy sdh pun berusia dua bulan.bagaimana caranya untuk sy menghasilkan susu semula?bolehkah sy kembali meyusukan?tolonglah beri pandangan, sy amat menghargainya

    sekian,wassalam n terima kasih.

  • Reply anis 24/01/2010 at 3:27 pm

    salam…..
    ank saya dh berumur sthun 2bln, myusu botol sjak 3bln sbb susu sy kering.msalahnya sjak 2-3hr ni dia dh xnk mnyusu. puas dpujuk tp xnk.saya risau sbb dia msih kecil. mcamana sy nk pujuk spaya dia kembali mahukn susu?

    salam puan anis. saya tidak dapat menjawab soalan puan bagaimana memujuk anak mahukan susu formula. apa yg boleh saya katakan mungkin anak puan mengalami “growth spurt” (beralih bulan) bila mana pada satu2 ketika anak akan “meragam” spt tidak mahu menyusu, tidak mahu makan, tidak mahu tidur, merengek minta perhatian dan sebagainya. ia adalah fasa normal dlm perjalanan kehidupannya.
    namun begitu jika puan mahu memujuk anak kembali menyusu daripada payudara ibu, puan harus cuba utk relaktasi. mungkin anak akan menolak utk menyusu direct daripada payudara kerana usianya yg sudah agak besar dan pengalamannya yg sedikit dlm penyusuan ibu, namun puan masih boleh mengepam dan memberinya susu melalui botol.

  • Reply Iza 28/01/2010 at 11:52 am

    salam..

    Anak saya kini dah berumur 4 Bulan 1/2 (14 minggu). Saya amat terkilan dan frustrated x dapat BF anak secara penuh sekarang. Anak saya dilahirkan secara C-section after 12 hours saya bertarung nyawa untuk melahirkannya. Akibatnya anak saya dimasukkan ke dalam NICU selama 6 hari due to Lung Infection. Selama tempoh tersebut saya tidak dapat menyusukanya secara BF dan hanya susu formula diberikan melalui tiub. Niat saya untuk BF masih tinggi walaupun pada mulanya dia menolak untuk BF secara direct dari nipple. Selama 2 hari saya mencuba (without sleep) dan akhirnya berjaya. Namun, masa tempoh berpantang saya harus mengambil ubat-ubatan tertentu yang mana telah menyebabkan susu badan saya kering. Anak saya tidak pernah kenyang dan akan menangis setelah 2-3 minit BF. Atas saranan nurse, saya top up susu formula selepas BF. Everything going OK, at least i still can BF my baby. Malangnya ketika anak saya berusia 9 minggu saya telah dihantar oleh suami ke rumah ibu mertua untuk menghabiskan tempoh berpantang memandangkan anak saya merupakan cucu pertama. Bagi menjaga hati keluarga, saya bersetuju. 2 minggu ketika bersama ibu mertua merupakan satu siksaan buat saya. Ibu mertua bercadang untuk menjaga anak saya dan tidak membenarkan anak saya BF. Setiap kali anak saya ingin menyusu, ibu mertua akan memberikan susu formula. Suami meminta saya bersabar dengan alasan demi menjaga hati orang tua nya. Akibatnya anak saya mengalami nipple confusion dan enggan BF. Saya rasa amat menyesal kerana terpaksa menjaga hati orang lain daripada memberikan hak anak (susu) seperti yang sepatutnya. Lebih terkilan apabila terkenangkan betapa susahnya usaha saya dulu cuba untuk BF (siang dan malam tanpa tidor) selama 2 hari dan akhirnya berkesudahan begini. Setelah tamat tempoh berpantang saya tiada pilihan lain selain memberikan susu formula melalui botol kepada anak memandangkan saya tidak mempunyai masa dan peluang yang cukup untuk mengajar anak BF semula. Mungkin juga saya terkilan dan give up terlalu awal. Baru-baru ini saya mendapat tahu adalah tidak mustahil untuk re laktasi dan Breastfed semula. Namun saya mungkin mengalami kesukaran sekiranya anak saya telah berumur lebih dari 3 bulan. Saya bertekad untuk BF semula. Langkah pertama yang saya ambil, saya beli SNS (Suplemental Nursing System), malangya agar sukar untuk memujuk anak menyusu melalui nipple. Setiap kali saya cuba, anak akan memalingkan muka dan kemudian menangis kerana rimas. Setaip kali ditolak saya akan menangis kerana terlalu sedih apabila anak saya tidak mahu menyusu dari badan saya. Walaubagaimanapun saya masih bertekad untuk mencuba sehingga berjaya walaupun sering diperli oleh suami dan ahli keluarga sekeliling. Apa yang membimbangkan saya adalah saya akan frustrated dan menyebabkan baby turut tertekan. Saya tidak mendapat sokongan penuh dari orang-orang sekeliling, dan anak pula sering kali menolak untuk menyusu dari nipple saya. bolehkan anak saya kembali BF dan bagaimana ingin memujuk nya? Untuk pengetahuan, susu saya telah kering dan saya cuba untuk hasilkan susu dengan mengambil pil ASI dan mengepam secara manual setiap 3 jam.. Harap dapat memberi panduan. Sekian, terima kasih.

    salam puan iza, penyusuan ibu sebenarnya tidak sukar tetapi persekitaran selalu menyukarkan keadaan. Sokongan suami amatlah penting utk menjayakan penyusuan ibu. Puan boleh cuba meraih sokongan suami dengan mendapatkan artikel2 berkaitan kepentingan penyusuan ibu kepada bayi. Puan perlu tekad, cekal dan bersungguh-sungguh dalam usaha puan. Merasa tertekan dgn penolakan baby utk menyusu dan stress dgn keadaan sekeliling akan menyulitkan keadaan dan usaha puan utk relaktasi. Puan harus tenang, yakin dan kuat semangat. Jika tiada sokongan daripada org2 di sekeliling puan, teguhkan tekad puan dan banyakkan berdoa semoga puan kuat dan tabah utk menjayakan hasrat murni ini. Penghasilan hormon ada kaitannya secara tidak langsung dgn psikologi. Jika puan stress, penghasilan hormon akan terjejas dan mengganggu penghasilan susu ibu.
    Jika baby menolak menyusu terus daripada payudara, cuba hasilkan susu dan perah, beri baby minum susu perahan. Ia masih lebih baik daripada tidak memberinya langsung. Dalam pada itu secara perlahan-lahan puan masih boleh cuba pujuk baby menyusu direct. Memang agak sukar utk memujuk baby yg sudah biasa minum melalui botol utk menyusu dpd payudara ibu walaupun ia tidak mustahil. Jika masih tidak berjaya, puan masih boleh mengepam utk membekalkan susu kpdnya.
    Semoga usaha puan berjaya.

  • Reply zana 01/06/2010 at 7:54 am

    sy mngambil anak angkat skrg brusia sebulamn seminggu..maslh nya sejak bb brusia 4 hari sy dh berikan dia susu formula..baru2 ini sy telah berjumpa pakar penyusuan ibu..sy ingin menyusukan ank saya mtetapi ank sy menolak puting sy dan sy juga mempunyai puting yg kecil..begitu legat dia menangis..tpi sy tetap akan brusaha..namun terbit juga rasa kecewa..sy nak tahu ..bagamina harus sya lakukan….memujku ank saya

  • Reply hana 30/07/2010 at 10:54 am

    mohon izin copy article untuk dikongsi dalam blog saya

    dengan izin, silakan… 🙂

  • Reply nurul 28/09/2010 at 5:16 pm

    salam kak nieza,
    saya baru melahirkan anak sulung dan kini berusia 36 hari. dari awl mengandung, sy bertekad untuk menyusu bayi melalui bf sepenuhnya. tetapi semasa bayi berusia kurang dr s’minggu, die kerap menangis dengan kuat. ini menyukarkan sy untuk menyusu (bayi menangis dgn mulut nganga dgn luas menybabkan bayi tidak dpt menangkap puting dan menyusu).tmbhn pula, puting sy pendek. disebabkan tidak mahu bayi terus menangis emak memberikan susu formula. saya hnya boleh bagi bf ketika bayi dlm keadaan tenang. sy tetap b’usaha untuk menyusu bayi wlpn emak sering menyuruh sy memberikan susu formula. alhamdulillah, semasa bayi b’umur krg dr 2 minggu, bayi sy sudah mula pandai menyusu melalui bf. akan tetapi susu formula tetap diberikan juga kerana emak akan menyuruh sy membuat susu bf untuk bayi apabila bayi sy menangis (wlpn kdg2 sy abaikan). katanya bayi sy tak kenyang, susu formula akan membuatkan bayi kenyng. saya risau lama kelamaan bayi sy terus tidak mahu bf kerana kdg2 semasa menyusu bayi sy menangis seperti merungut2. emak sy cakap bayi sy jemu minum susu sy. tetapi pd wktu malam, sy memberikan bf pada bayi. dengan ini, sy ada beberapa soalan..

    1) betul ke bayi tak kenyang kalau bf dan kenyang bila minum susu formula?
    2) kenapa bayi boleh menangis semasa bf? boleh ke bayi jemu minum susu badan atau sebab susu sikit ataupun susu terlalu laju menyebabkan bayi terase lemas. kalau terlalu laju, apa perlu sy buat.
    3) saya ada memerah susu semasa bayi tidak pandai bf hingga sekarang. selepas memerah, sy terus masukkan dlm botol susu dan akan beri pada bayi kalau die menangis (dalam masa 4 jam dr masa memerah). blh ke sy buat mcm tu. atau kene panaskan dulu.
    4) susu yg diperah boleh tahan selama 4 jam pd suhu bilik. soalan sy, kalau tak habis dlm masa 4 jam, kene letak dlm peti ais untuk digunakan semula ataupun selepas minum, bakinya perlu terus diletakkan dalam peti ais dgn segera.
    5) sy lihat kdg2 susu sy pekat, kdg2 cair hampir seperti air kosong. adakah kepekatan susu mempengaruhi nutrien yg ade dlm susu. sy ada minum susu khas untuk ibu menyusu untuk meningkatkan pengeluaran susu tetapi kdg2 susu tetap cair.

    sy harap usaha sy untuk memberikan bf sepenunhnya akan berhasil selepas sy pulang kerumah sndr nanti lps habis pantang (kerana tiada siapa yg akan paksa sy membancuh susu formula untuk bayi). cuma sy risau bila bayi tinggal di rumah pengasuh dan minum m’gunakan botol, bayi sudah tidak mahu bf. time kasih kak nieza, diharap dapat membantu..

    salam. penyusuan susu ibu walaupun fitrah semulajadi bayi baru lahir tetapi persaingan dgn susu formula menjadikan penyusuan ibu sesuatu yg sukar. halangan dpd org tua terutama ibu sendiri adalah cabaran yg perlu nurul tangani dan jadikan penguat semangat utk menjayakan penyusuan susu ibu utk bayi nurul.

    berikut adalah jawapan utk soalan di atas:

    1) betul ke bayi tak kenyang kalau bf dan kenyang bila minum susu formula?
    susu ibu lebih mudah dihadamkan menyebabkan bayi akan cepat lapar semula selepas 1-2 jam menyusu. sebab itu bayi perlu disusukan antara 8-12 kali sehari bermakna setiap 1-2 jam bayi perlu menyusu. berbeza dgn susu formula yg “agak berat” dan sukar dihadamkan maka ia akan berada di dalam perut bayi lebih lama menyebabkan bayi lebih kenyang dan lambat lapar semula. yg manakah lebih baik.. mudah hadam atau sukar hadam??

    2) kenapa bayi boleh menangis semasa bf? boleh ke bayi jemu minum susu badan atau sebab susu sikit ataupun susu terlalu laju menyebabkan bayi terase lemas. kalau terlalu laju, apa perlu sy buat.
    sedih sekali mendengar ungkapan “bayi jemu minum susu ibu”. ibu adalah org yang mengandungkan bayi selama 9 bulan, org yg pertama mendakapnya sebaik dia lahir dan org yg pertama menyusukannya pada jam pertama hayatnya di dunia… mana mungkin bayi sekecil itu menjadi jemu dgn susu ibunya!
    bayi menangis boleh disebabkan banyak perkara. setiap bayi ada ragamnya yg tersendiri… mungkin dia mahu didakap, dibelai dan ditenangkan terlebih dahulu sebelum menyusu. mungkin juga dia sudah terlalu lapar dan tidak cukup kenyang dgn penyusuan sebelumnya. kitalah sebagai ibu yg perlu belajar utk memahami isyarat yg hendak disampaikan oleh si kecil itu. akak nasihatkan nurul menghabiskan banyak masa bersama bayi nurul, membelai, mendakap, memujuk dan menyusukannya sekerap yg mungkin.

    3) saya ada memerah susu semasa bayi tidak pandai bf hingga sekarang. selepas memerah, sy terus masukkan dlm botol susu dan akan beri pada bayi kalau die menangis (dalam masa 4 jam dr masa memerah). blh ke sy buat mcm tu. atau kene panaskan dulu.
    4) susu yg diperah boleh tahan selama 4 jam pd suhu bilik. soalan sy, kalau tak habis dlm masa 4 jam, kene letak dlm peti ais untuk digunakan semula ataupun selepas minum, bakinya perlu terus diletakkan dalam peti ais dgn segera.

    susu perahan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum diberikan kpd bayi. tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis baru diberikan susu tetapi ikutlah rutin setiap 2 jam sekali bayi perlu disusukan. jika bayi sudah menangis ini menjadikan penyusuan semakin sukar dan ibu akan menganggap bayi tidak mahu menyusu atau bayi “jemu” dgn susu ibu.
    susu yg tidak habis diminum boleh disimpan pada suhu bilik atau di dlm peti sejuk dan dipanaskan semula utk penyusuan berikutnya. jangka masa penyusuan berikutnya antara 1-2 jam sahaja.

    5) sy lihat kdg2 susu sy pekat, kdg2 cair hampir seperti air kosong. adakah kepekatan susu mempengaruhi nutrien yg ade dlm susu. sy ada minum susu khas untuk ibu menyusu untuk meningkatkan pengeluaran susu tetapi kdg2 susu tetap cair.
    susu ibu memang mempunyai 2 komposisi, susu cair dan susu pekat atau pun disebut foremilk dan hindmilk. foremilk adalah susu permulaan yg bayi dapat apabila dia mula menyusu. susu foremilk mengandungi lebih banyak air, maka ia kelihatan lebih cair. susu foremilk akan menghilangkan dahaga bayi. selepas beberapa ketika menyusu bayi akan mendapat susu hindmilk yg lebih pekat, mengandungi kalori yg tinggi dan susu bahagian inilah yg mengenyangkan bayi. sebab itu jika bayi menyusu sekejap bayi tidak akan kenyang kerana dia hanya mendapat foremilk sahaja dan tidak mendapat hindmilk. baca selanjutnya artikel Foremilk dan Hindmilk.

    Akak harap jawapan di atas sedikit sebanyak dpt membantu nurul memahami penyusuan ibu. teruskan usaha utk menyusukan bayi dgn susu ibu. kerapkan direct feeding kerana ini membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu dan yg lebih penting mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. semoga berjaya.

  • Reply ummi_arshad 17/10/2010 at 4:41 pm

    salam k.nieza…
    sy mempunyai masalah yg lebih kurang sama dgn ibu-ibu di atas.sy melahirkan baby sy scra caesarian.sejak dilahirkan sy berusaha utk fully bf baby sy dan baby memberi kerjasama yg baik.dia amat suka bf.tetapi mslh sy ialah penghasilan susu sy amat kurang.jika diperah utk dptkn 0.5oz pn susah.sy pn x tau knpa.jd sy terpaksa cmpur dgn susu formula,menyusukannya menggunakan botol.walapun begitu jika ditawarkan puting payudara,dia ttp mahu.slps dia menyusu botol,dia ttp mau menghisap puting sy sblm tidur..merujuk kpda artikel di atas,baby sy ni mcm situasi paten 1.
    (# bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.)
    setelah umurnya 43hari,sy terpaksa berpisah dgn baby sy krna trpksa pulang mengajar di sabah dan sy bersendirian di sini.baby saya terpaksa saya tinggalkan pada emak sy di kampung dan suami jg bekerja di sana.jadi amat sukar utk sy bawa baby bersama memandangkn tmpt sy bertugas di pedalaman..skrg umurnya 2 bulan.jadi cuti sekolah hjg thn ni,sy mau menyusukannya kembali.skrg sy msh mengepam ttpi menggunakan pam manual.hasil susu amat sedikit.apa yg perlu sy lakukan utk tambah pengeluaran susu saya?sy tiada masalah ttg rejection from baby tp mslh dr segi production of breastmilk from the beginning…pls help me..

  • Reply malis 22/02/2011 at 8:47 pm

    salam..mohon copy page nih..utk tatapan sendiri… hope dgn adanyer tunjuk ajar dari page nih..sy dapat mghasilkan susu yg byk serta dapat mgenyangkan bby sy yg br 2 bulan…. utk pgetahuan saudari…bby sy tpakse diberi susu tambahan.. iaitu susu isomel..kerana alahan susu lembu… sy pulak tidak dpt mngenyangkan dia stiap kali dia myusu badan… dalam 1 hari cuma 2kali sj dia puas myusu badan..yg len,dia kan merengek..tidak kenyang… sy rs dgn page nih..sy akan mampu mghasilkan susu yg lebih byk..lgpun bby sy suka memerap dgn sy… mungkin kan bhasil..doakanlah sy bjaya…. klo boleh..sy tidak mahu bby sy myusu susu lain drpd susu sy….

  • Reply siti 24/04/2011 at 10:11 pm

    Slm… sy nk cuba relaktasi nie…tp sy skrg nie mkn pil perancang marvelon..anak sy dah berusia lbh krg 1 tahun 3 minggu..die bhnti menyusu bdn sekitar umr 4bln..sy bimbang..camner nak relaktasi sdgkan sy mkn pil perancang…sy minta nasihat dan pendapat saudari..apa yg perlu sy lakukan..apakah sy perlu berhenti mengambil pil perancang atau mengambil perancang khas untuk menyusu bdn? sy bnr2 hendak menyusukan anak sy semula..bantulah sy..tq.. 🙂

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:07 am

      salam, kebanyakan pil perancang merencat penghasilan susu ibu. saya cadangkan puan rujuk artikel Induce Lactation utk mencetuskan semula susu ibu dgn mengambil pil yg sesuai. puan boleh rujuk doktor atau pakar laktasi berdekatan utk nasihat dan panduan. penggunaan pil pencetus susu seperti domperidone memberi kesan sampingan, jadi dapatkan nasihat pakar.

  • Reply sinar 18/05/2011 at 8:44 am

    Assalamualaikum.
    sy mempunyai bayi yg berumur 11bulan.saya telah menghentikan BF drpdnya ketika ank berumur 7bulan kerana kekurangan susu.saya cuba untuk relaktasi kerana ank menghadapi masalah penghadaman (cirit-birit) walaupun telah diberi ubat.masalah sy,selain susu yg kurang,anak menolak untuk menghisap puting payudara.sy pula yg rasa tertekan.sy minta pendapat puan untuk menyelesaikan masalah sy ini.terima kasih.

  • Reply anijah bt abdul hadi 19/09/2011 at 4:11 pm

    Bayi saya berusia 4 bulan,masih BF,tp siang hari diberi dlm botol susu dan malam direct feeding.Disebabkan terlalu sibuk dan banyak outstation,saya banyak skip memerah dan menyusukan bayi saya dan sekarang jumlah perahan semakin kurang,kadang2 hanya dapat 1 oz.Sekarang saya betul2 tertekan dan buntu…soalan saya
    1)Masih adakah peluang saya untuk menambah jumlah perahan
    2)Apakah makanan yang paling sesuai untuk menambah susu perahan.
    3)Saya ada mengambil fenugreek supliment,B complex,Vit.c dan evening primerose,tp susu saya masih kurang,adakah apa yg saya ambil sesuai untuk penyusuan
    4)Benarkah mengambil minuman berais menyebabkan susu makin kurang

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:41 am

      salam. puan sendiri sudah sedia maklum penyebab kepada pengurangan susu puan adalah kerana kurang memerah dan menyusu bayi. makanan penambah susu hanyalah alternatif yg boleh dicuba utk menambah penghasilan susu tetapi tidak dijamin 100% susu akan bertambah dgn banyaknya. di samping makan makanan penambah susu badan, puan juga perlu
      1. makan makanan harian (breaskfast, lunck, dinner) makanan yg berkhasiat dan seimbang
      2. kurangkan stress dan risau atau tertekan
      3. (paling penting) memerah susu di tempat kerja secara konsisten dgn rutin yg tetap setiap hari
      jika puan memerah susu dan mendapati hanya 1-2 oz sahaja hasilnya, puan jangan cepat putus asa dan rasa tertekan, sebaliknya tingkatkan kekerapan memerah kerana apabila payudara lebih kerap dikosongkan, ini akan memberi mesej kpd otak bahawa permintaan terhadap susu adalah tinggi, oleh itu lebih banyak hormon yg merangsang penghasilan susu akan dihasilkan dan dihantar ke payudara dan seterusnya merangsang payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu. namun begitu tindak balas ini bukanlah berlaku serta merta, hasilnya akan dinikmati selepas beberapa hari rutin ini dipraktikkan.

  • Reply nur khalina 13/11/2011 at 6:01 pm

    baby sy baru sebulan..2 mggu saya bg susu badan tapi main perah and letak dlm botol..mula2 perah dpt dlm 60ml..lama2 bila perah dpt 40 ml..pastu makin kurang plak..kenapa ye?shari skali saya perah,kadang2 letih.sy kalau boleh nak slalu bg anak susu badan..

  • Reply umi fina 11/01/2012 at 4:28 pm

    salam…saya nak tanya…ank saya sekarang dah masuk 5 bulan…masa dia 3 bulan saya dah berhenti menyusu badan sebab penghasilan susu saya semakin hari semakin berkurang…anak saya pun tak mahu menyusu dari puting saya..bila saya letak puting dia akan termuntah…tolong lah saya..saya ingin sangat nak menyusukan anak saya…sekarang ni susu saya dah kering..saya pernah cuba suruh anak saya menyusu dari puting saya tapi dia tetap menolak…pelbagai pil atau suppliment dah saya cuba…

  • Reply niey 01/04/2012 at 11:42 am

    salam..

    anak saya skarang 7 bulan.sy melahirkannya secara c-sect.pembedahan.reason: big baby :4.17kg.n dis is my first baby.since lahir sy dh campur dgn fm sbb baby susah nak df.tiap kali nak df, baby mesti melaung laung.susah sgt nak bg melekap…tp sy try jgk la bg df.mcm2 cr dh cuba.n masa umur 3 bulan trus x bg bf, full fm dah.sbb ssh sgt nak df.melaung2 x nak.kadang 2 tu just letak mlut je kat breast tp x hisap.dh cb pam tp hasil frustrated.yg plg byk sy dpt bila pam ada la dlm 0.5 oz.sikit sgt.putu s asa.baby sy mmg jns kuat menyusu..dh lama rs ingin relaktasi,tp x tahu camane cara.selain keep on discipline on pumpingh.any other way?btw, susu sy bila d picit still kluar lg.rs mcm syg la pulak kalau x menyusu baby.

  • Reply mai 23/04/2012 at 5:09 pm

    assalamualaikum.

    saya mempunyai anak kembar lelaki yg kini berusia 6 bulan. sejak berusia 5 hari mereka telah diberikan susu formula melalui botol kerana saya lambat dpt menyusukan mereka setelah menjalani pembedahan c-sect. saya mengalamami tekanan darah yg sgt tinggi semasa dan selepas melahirkan dan hanya dpt menyusukan mereka kali pertama pada hari ketiga.selepas pulang dari hospital barulah susu mulai banyak, dan saya tetap menyusukan mereka dgn kerap setiap hari wlpun ada ditambah susu formula. selesai waktu berpantang, saya terpaksa meninggalkan mereka di kampung kerana persekitaran rumah saya yg tidak sesuai utk membawa bayi, banyak warga asing (indon, bangla, nepal, myanmar, african) dan lif aparment sentiasa rosak. saya mengepam di pejabat dan membawa pulang stok susu setiap hujung minggu. hari jumaat, sabtu dan ahad memang saya akan meneruskan direct feeding sebanyak mungkin. namun, ketika usia bayi 5 bulan, mereka sudah tidak mahu direct feeding. mereka menolak ketika disuakan, dan akan menangis jika saya bersungguh2 ingin menyusukan mereka. mereka hanya mahu minum susu yang diperah melalui botol. lama kelamaan susu yg dihasilkan semakin berkurangan. saya dah cuba pelbagai makanan penambah susu namun tidak berhasil. saya mulai rindu utk memegang dan menyusukan anak2 saya sehingga tertidur, seperti waktu berpantang dulu. namun malang nasib saya, anak2 tetap tak mahu. saya cuba fake nipple avent, pun tak berjaya. apa yang harus saya lakukan? pada pendapat saya, milk booster yg paling sesuai utk badan saya ialah daya hisapan dari bayi, tetapi bayi tak mahu menghisap lagi. susu semakin berkurang, dan saya semakin tertekan. saya berusaha pam skerap mungkin tp hampa. saya rasa terkilan kerana bayi2 saya masih kecil, baru 6 bulan. mereka sepatutnya masih menyusu di badan.

  • Reply sakinah 29/04/2012 at 12:23 am

    Salam.anak saya sekarang berusia 1thn 9 bulan.semasa baru lahir saya bertekad untuk menyusu hingga usia dia 2 tahun ,tapi saya tak berjaya sbb selepas 3 bulan susu saya muali kering.dah mcm2 cara saya buat ,saya pam tapi yg kuar sikit sgt anak saya selalu mengamuk. susu fomula juga yg dia mahukan.Selepas itu saya jumpa doc minta ubat tambah susu.masih sikit juga.saya cuba pula vitamin yang amat terkenal shaklee tambahan setelah lihat byk hasilnya dalam bloq..tapi saya pula yg merana pinggang saya menjadi sakit akibat ubat itu.Slpas itu saya diserang sejenis penyakit ,antibodi badan saya menyerang badan saya sendiri dan dimasukkan ke spital dan mc selama 2 bulan kerana sakit teruk. selama itulah saya langsung tak menyusu badan.kerana anak saya dibawa balik ke kg.hgga kini saya dah tak berjaya nak menyusukan anak saya sedih sgt2 rasanya.saya takut nak berusaha balik kerana saya terpaksa makan sejenis ubat yg mengandungi streoid dan beberapa jenis ubat lagi hingga kini.Saya juga dinasihatkan tidak pregnant lagi oleh doc disebabkan sakit saya ini.saya nak tya boleh tak kiranya saya nak cuba balik atau ada ubat yg membolehkan saya menyusu balik setelah saya berhenti mengambil ubat steroid tadi.Anak saya mugkin tak akan menyusu sendiri saya tak kisah kiranya saya boleh pam dan bagi melalui botol..harap dapat bantu saya…

  • Reply azma 24/05/2012 at 2:35 pm

    salam..akak mohon dikongsi artikel akak ini dgn kwn2 sy diluar ek…

  • Reply Puan ita 09/06/2012 at 2:35 pm

    Assalamualaikum…bayi saya lahir pada 6.4.2012..dan kini sudah berumur 2 bulan lebih..masalah saya adalah,bayi saya hanya dapat minum susu saya sehingga berusia 1 bulan tp ada sikit minum susu formula..kerana ini adalah pengalaman pertama..lagipon bayi saya tidak pandai menghisap kerana puting yg pendek.saya hanya perah dan masuk kedalam botol…skrg saya bercadang ingin memberi susu bdn semula..lgpon susu ada lagi walaupon x byk…1 jam perah hnye dpt dlm 2 ouz sahaja..apa yg perlu saya buat..saya rasa kekurangan bila taak menyusukan bayi saya..Tolong saya…

  • Reply nanie 14/06/2012 at 4:09 pm

    As salam…

    saya mempunyai masalah anak saya yang berumur 8 bulan tak nak direct bf..dan susu saya semakin kurang..saya masih juga direct bf waktu malam tapi dapat sekali je..itu pun menangis2 paksa minum la juga..tapi kesian la..sampai bila asik paksa dia direct bf…saya rasa mungkin susu saya makin kurang….ada tak cara yang saya boleh buat untuk banyak kan susu saya semula seperti mula2 dulu..kalau perah pun tak sampai 1 oz

  • Reply masliana 16/06/2012 at 1:36 pm

    Salam Niza, saya nak tanya, possible tak saya nk relaktasi sbb baby dh umo 1tahun 6 bulan, pastu sblm ni dia dh stop bf ms 8 bulan, tp bila sy check tgk susu badan saya ada lagi, bole tak sy wat relaktasi ni supaya baby minum lagi susu saya menggunakan botol, sbb punca stop dulu baby gigit nipple saya, then saya continue guna botol, lepas tu sy trus stop susu ibu dan continue ngan FM. sekarang sy ingat nak pam lagi lah susu badan. boleh tak buat? berapa lamakah saya bole berjaya relaktasi, dan bole tak Niza bantu saya macam mana cara nak buat sehingga berjaya? terima kasih atas bantuan niza yang sangat saya harap-harap.

  • Reply siti 18/06/2012 at 1:47 pm

    salam semua..saya baru hbs pantang, n masih bf bb sepenuhnya. badan saya jenis cepat naik selepas bersalin n sekarang saya cube nak maintan/turunkan sedikit berat badan sekarang!. ader cadangan produk yang boleh digunakan? walaupun saya masih nak ‘fully bf’.

  • Reply Noraini 17/07/2012 at 8:20 pm

    Salam kak,
    Bb saya berumur 1 bln 2 mnggu..saya ingin sekali bf anak saya..akan tetapi nipple saya yg pendek menyebabkan bb saye susah nak latch..saya hanya pam susu dan bagi dlm botol.saya ada menggunakan nipple shield tapi banyak susu membazir memeleleh keluat bila bb tarik nipple shield sehingga tercabut..adakah cara untuk saya bf direct dgn bb saya?mnta pertolongan akak..tq

  • Reply surya 27/08/2012 at 11:58 am

    Salam kak.
    Masalah saya sama dengan Noly.bb asyik menangis sampaikan parents risau susu sy tak cukup for bb.so sy dengan terpaksa bg bb susu formula.sekarang ni syg keep pumping tp tak consistent,susu still belum kering.boleh ke sy mulakan relactation ni?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:27 am

      salam, berapa umur baby? relaktasi boleh berjaya dengan usaha yg konsisten, kerapkan mengepam di samping direct feeding. Digalakkan juga makan mkn penambah susu spt Galacta Capsule.

  • Reply Mummy Amzar 31/08/2012 at 3:32 pm

    salam kak,
    Sy menyusu secara eksklusif sehingga sekarang (baby baru 6 bln).Sy direct feeding sepanjang 3 bln pertama. Bila mula kerja,sy sediakan ebm utk pengasuh dan direct feeding time di rumah. Baby sy hanya mahu feeding breast belah kiri. So, sy pam sebelah kanan dan simpan utk bekalan ebm hari kerja. Masalahnya sekarang semenjak bulan puasa yang lalu, bekalan susu berkurangan dgn mendadak terutamanye belah kanan. Stok susu harian sy terjejas tapi sy xnk mengalah kepada susu formula. lagipun, anak sy sjak lahir sehingga sekarang mmg jarang buang air besar sehingga beberapa hari sekali meskipun doktor sendiri tidak mengesahkan sebarang penyakit. Sy telah mencuba pelbagai makanan tambah susu tp kurang berhasil disebabkan kurang disiplin dan masa. Sy juga smakin kurang mengepam kerana susu yang dapat sgt sedikit sehingga hampir putus asa. Sy sgt sedih nk berpisah bf dgn anak sbb sy amat sukakan saat2 bersama anak. Org sekeliling byk syorkan sy bg susu formula sj tp sy x suka. Selepas 1 minggu cuti raya, baby sy xnk hisap susu dlm botol dan menangis serta rela x minum sehingga sy balik kerja (sy cikgu). Maybe keran sepanjang 1 week tu sy hanya direct feeding sbb beraya merat tempat. Sy rs amat tertekan antara pilihan2 yang ada. Sy ingin kembali ada bekalan susu yg byk supaya sy x perlu bg susu formula. Pd masa yg sama, minta bantuan utk buat baby kembali mahu menyusu ebm dlm botol. Niat sy utk menyusu anak slama mampu x kiralah anak dh start mkn mknan tambahan.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:26 am

      Salam Cikgu… saya pun cikgu juge 🙂 antara sebab baby tidak mahu menyusu direct adalah kerana susu kurang atau baby malas menghisap dan gemarkan botol yg lebih mudah. baby yg x mau botol pula (spt anak2 saya juga) sangat gemar ‘bergayut’ dan sanggup x menyusu sepanjang pagi sehingga si ibu balik dari kerja.
      Beberapa saranan boleh saya cadangkan:
      1. makan makanan penambah susu seperti Galacta capsule (antara produk yg plg berkesan bg saya utk menambah penghasilan susu)
      2. mengepam dgn kerap dan rutin yg tetap, disiplin diri amat penting (1 atau 2 kali semasa di sekolah)
      3. baby kerap menyusu (sgt penting utk stimulate penghasilan susu) pada payudara yg kurang susu akan merangsang penghasilan susu semula.
      Dlm kes baby sudah boleh makan, ibu boleh juga tambahkan susu ibu dlm makanan baby jika baby x mau minum susu perahan melalui botol. Ini penting utk memastikan baby mendapat khasiat susu ibu walaupun sudah makan makanan pejal. Atau boleh juga beri baby susu perahan melalui sudu atau cawan kecil. Kaedah ini agak remeh terutama jika pengasuh tidak mahu melakukannya.

  • Reply Mummy Amzar 13/09/2012 at 2:08 pm

    Tq atas saranan2 yg diberi..alhamdulillah, anak sy sudah mula mkn mknan pelengkap dan buang air besar setiap hari..namun disebabkan susu masih kurang, sy hanya membekalkan 1-2 botol ebm ke rumah pengasuh dan selebihnya ditambah dgn susu formula..di rumah direct feeding sepenuhnya..sy juga telah byk mencuba makanan penambah susu tetapi hasilnya hanya bertambah sedikit..sy pernah amalkan shaklee,horlicks, habatus sauda dan ubat (motilium dan pulin) namun masih sikit..sekarang sy minum air longan kering,horlicks dan susu segar..hasilnya lebih berbanding biasa namun masih blum cukup utk stok jangka panjang…dimana boleh sy dptkan galacta capsule?tq

  • Reply surya 20/09/2012 at 2:28 pm

    Terima kasih kak.
    Bby br 2 bulan tp sedih sbb h fully fm. Bby mmg dah tak nak direct feeding.
    Sy dh comsisten pump tp bile consisten, lgsg takde susu kelluar kak. Kenape eh.
    Susu sy dh kering ke? Tp kli picit ade lg 2 3 titik.
    Boleh ke sy guna sns tu as medium untuk ajar bby latch on balik?

  • Reply nurul 04/10/2012 at 4:20 pm

    kak…
    saya menjadi ibu susuan br 1 bln mengambil domperidone, susu dah mula ada tapi xbanyak,baby minum pon xkenyang.saya menjadi fedap kerana susu skit….
    macam mana ye kak..saya masih makan lg domeperidone sehingga kini

  • Reply syafinaz 06/10/2012 at 1:31 pm

    salam,
    saya syafinaz, baru memiliki anak sulung yg kini baru berusia 44 hari. disebabkan saya berpantang sendiri dirumah (mak bapa dan mertua org sabah), maka saya tidak tahu tentang penyusuan bayi. saya amat sedih kerana tidak menyusukan bayi. puncanya, saya memiliki ketulan susu di buah dada. dr mengatakan yang ianya sudah dijangkiti kuman dan perlukan injection serta makan dostinex untuk berhentikan susu. untuk mngelakkan terjadinya ketulan susu yang ke dua. saya makan ubat dostinex selama 2 hari iaitu sehari, satu biji ketika usia anak saya 3 minggu. saya memang ingin bf sepenuhnya anak saya walaupun saya bekerja. saya tlh beli pelbagai kelengkapa spt pam manual, ais, cooling beg dan pelbagai lagi. saya sedih kerana anak menyusu formula. saya cuba memicit payudara dan saya dapati, masih ada sedikit susu yang keluar. bagaimanakah caranya untuk saya bf semula? bolehkah saya bf semula setelah mkn dostinex.. saya ingin bf anak saya.. sedih..

  • Reply yusnita dewi 20/10/2012 at 10:16 am

    Salam
    Bayi saya berusia 1thn 2bln, karana faktor air susu yg mulai berkurang saya mau memberinya susu formula dan berhenti memberimya susu badan, tapi masalahnya selepas 3hri bercerai susu dan minum susu formula badannya demam dan cirit birit, saya sangat risau,
    ada pergi brjumpa dokter, dokter cakap suruh ganti susu sementara dengan susu jenama SIMILAC LF.Tapi baby saya tak mau susu jenama SIMILAC.
    Saya pula dah makan ubat untuk berhenti susu, tapi buah dada saya masih bengkak, saya tak sampai hati tengok baby. Saya nak memberinya lagi susu badan,
    Bolehkah saya berikan air susu badan saya ke baby lagi sedangkan saya dah makan ubat berhenti susu selama 4hari.
    Mohon saran , terima kasih…

  • Reply anna woodford 14/11/2012 at 6:16 pm

    Salam..anna skrg ni berusia 26 thn n mpunyai 2 chyamata.nk tanya ye if nak pisahkn susu badan dr ank kedua sy yg skrg ni berusia 1 thn 8 bulan.n sy nk tanya kenapa breast kiri sy mbesar dr breast kanan.sy malu dgn org sekeliling yg suke memerli sy tmasuk suami sy..mcm mn sy nk betulkan breast sy supaya kmbali normal (sama besar)?? Tlg sy… :'(

  • Reply salhah 21/12/2012 at 11:08 am

    salam.

    bayi saya sekara berumur 3 bulan. namun saya hanya berjaya exclusive breastfeed selama sebulan 2bulan sahaja. terpaksa menambah susu formula kerana anak poor weight gain. untuk pengetahuan, saya sudah mencuba kaedah mengepam dengan kerap namun hasil masih sedikit. jika boleh saya ingin menyusukan anak secara eksklusif semula. adakah relactation aid boleh membantu menambah susu badan?

  • Reply sharifah 03/01/2013 at 6:45 pm

    salam puan,
    Baby saya baru berusia 35 hari. Sejak dilahirkan sampai sekarang baby saya tak pernah langsung direct feeding. Bila disuakan breast baby nangis terjerit2 dan menolak. Perkara ni terjadi dari saat saya lahirkan baby lagi. Even doktor n nurse datang membantu pon masih gagal. Kini saya pamkan susu sahaja dan beri fm sebab susu terlalu sikit. Saya harap puan dapat membantu saya sebab saya tak pernah lagi rasa nikmat menyusukan anak saya. Breast saya pon da lembut mungkin susu da makin kering.

  • Reply memey 25/02/2013 at 3:08 pm

    salam puan hanizah…

    mungkin masalah sya amat jarg diutarakan sebelum ni…sya da cari banyak info untuk masalah saya namun sehingga kini tidak menemuinya…saya berumur 26 tahun…anak sulung saya da masuk 5 bulan 9 hari…1st susu sya memang x banyak…masa dlm pantang baby saya sy da perkenalkan fm…kira sy bgi baby sy bf n fm…pada hari ke-40 selepas melahirkan saya mengambil pil perangcang sehingga hari ini…soalan saya mampu@bolehkah saya menghasilkan kembali susu badan sy yg sememangnya kering disebabkn pgmbiln pil perancang…klu sya berhenti mengambil pil prancang ada harapan x sy kembalikan susu badan untuk baby sya…please help me

  • Reply Kartini 12/03/2013 at 9:43 pm

    Salam puan, baby saya berusia 6 bulan dan berhenti direct feed pada usia 3 bulan di sebabkan nipple confuse..pada peringkat ini saya masih lagi memberikan bayi saya susu ibu melalui botol dengan juga di bantu susu formula kerana bekalan yang sedikit..namun, saya masih berusaha untuk mengembalikan baby saya menyusu secara terus..boleh puan bantu saya..

  • Reply emmy 12/03/2013 at 10:04 pm

    Salam puan,bayi saya 2bln dan lebih suka minum susu botol berbanding df. Sy cuba bg df tp hanya lepas beberapa hisapan dia akan mengamuk. Jadi terpaksa berikan botol. Bagaimana nak selesaian mslh ini? Adakah sbb aliran susu krg lancar n puting sy yg menghala ke sisi menyebabkan bayi x dapat latch dgn sempurna?

  • Reply ermasuziyana 18/03/2013 at 8:24 pm

    salam.saya mengalami masalah anak saya baru berusia sebulan lebih masalahnya saya mengalami breast abscess pada 40 hari berpantang.dalam proses pembedahan anak saya berada dirumah ibu mertua jaga saya dihospital jadi anak saya dibekalkan dengan susu formula.selepas balik dari hospital susu badan saya tidak lagi terhasil kerana doc bagi saya ubat untuk mengurangkan susu.kata doc kalau susu bayak terhasil akan menganggu breast yg telah dibedah dan melambatkan proses penyembuhan.skrg susu saya dah kering.macam mana saya nak hasilkan susu semula.adakah boleh bagi saya menjayakan susu badan lagi?saya betul2 runsing dan sedih.tolong sayadan jika susu bejaya terhasil bagaimana kah dengan luka pembedahan?adakah akan menganggu proses penyembuhan….

  • Reply ermasuziyana 18/03/2013 at 8:32 pm

    salam puan saya mengalami masalah anak saya baru berusia sebulan lebih masalahnya saya mengalami breast abscess pada 40 hari berpantang.dalam proses pembedahan anak saya berada dirumah ibu mertua jaga saya dihospital jadi anak saya dibekalkan dengan susu formula.selepas balik dari hospital susu badan saya tidak lagi terhasil kerana doc bagi saya ubat untuk mengurangkan susu.kata doc kalau susu bayak terhasil akan menganggu breast yg telah dibedah dan melambatkan proses penyembuhan.skrg susu saya dah kering.macam mana saya nak hasilkan susu semula.adakah boleh bagi saya menjayakan susu badan lagi?saya betul2 runsing dan sedih.tolong sayadan jika susu bejaya terhasil bagaimana kah dengan luka pembedahan?adakah akan menganggu proses penyembuhan….hari2 saya kehospital untuk cuci luka.saya selalu menangis memikirkan masalah yg dihadapi.bantu saya puan.saya ingin bagi anak saya susu badan… 🙁

  • Reply momoykerry 09/04/2013 at 12:46 pm

    saya nak Tanya ,buat masa sekarang saya dibawah pegawasan doctor pakar, sakit o&g… dan sekarang saya ingin mempunyi anak angkat dan saya mahu menususukan baby tersebut… boleh kah saya makan ubat ini,,,dan apa kah kesannya terhadap saya..

  • Reply emy batrisyia 21/04/2013 at 9:12 am

    Hye kak,sy perlu bertanya… Sy sudah makan ubat berhentikan susu (dostinex).. Tp,payudara sy masih membengkak.. Perukah sy memerah susu keluar?

  • Reply mawarni 01/05/2013 at 1:01 pm

    Assalamualaikum.ank sy skrg sdh msk 4bln.sy mula bg formula seawal usianya 4hr lg,iaitu selps kuar hospital.sy bersalin scra operate hy hr ke2 sy dpt menyusui ank sy.d hospital ank sy dletkkan di wad brasingn,jd sy akn prgi menyusu ank sy dlm 3x sehari ja.blk rmh baby sy asyik menekap sj di B sy,mak sy kt susu sy kurg sb tu trs bg formula.bl sy bg bf,mak sy tgur ank xkenyang soh bncuh formula.akhirnya sy pun stop direct bf,tp still perah susu hy bila B sy bengkak shja.bila sy byk bc info psl bf ni br sy sdr kesilpn sy.bila ank dh nk msk sebuln sy cb bg dia dbf dia dh tolak.nmun sy msh xputus asa smpai skrg sy pam 3j sekali,nmun hasilnya cm 1oz tiap sesi smpaila skrg.sy jg ada amik vit shaklee,dh hmpr sebulan hasilnya msh sm,cm sy dpati susu sy mkn pkt.sy msh topup dgn formula.mcm mn sy nk direct bf balik?sy dh cb mcm2 cr dr pmbcaan sy,tp msh gagal.bl sy cb nk bf sj tnpa bg botol,ank sy akn meraung at last bg botol jg.mcm mn ha?sy takut sgt susu bdn bkn brtmbh mlh brkrg krn sy tau yg rnsgn trbaik adlh dr hisapan bayi sdri.sy prnh cb nk jd exsclusive pumping,tp sy rs sy xmampula,krna bdkerja sy skr utk bgn tgh2 mlm pam susu.minta bantuan & bimbingan please..

  • Reply Fatimah 17/05/2013 at 10:40 pm

    Salam.bb sy berusia 4 bulan.ketika dlm pantang sy mengalami breast bengkak sehingga demam pada suhu tinggi dan menggigil.sy juga mengalaminya 2 kali selepas pantang. Sy ditahan di wad kerana doctor syak sy kene breast abcess. Selama 5 ari doctor telah mengeluarkn nanah dari breast kiri sy.sy dirawat oleh doc pakar bedah, die sarankan sy stopkan bf utk sembuhkan nanah dan tidak mahu ade risiko breast abcess lg slps ni.sy sedey sgt bile diberitahu xdpt bf lg walaupun sy masih mahu bf lg.dan sy diberitahu sy xbole bf disebabkan sedang mengambil ubat antibiotik.jadi sebelum sy diberi ubat stop susu iaitu dostinex sy telah pam susu dan buang, bb sy juga telah start fm sejak sy masuk wad (atas saranan doc). Pd ari terakhir sy di wad, scare kebetuln nurse lactation mengetahui keadaan sy dan mengatakan sy boleh bf even ambil antibiotik.sy sgt hepi n stop mkn dostinex. (Setelah mkn 3 biji). Ketika itu susu sy masih ade tp sudah berkurang. Masalahnye skrh setelah 2 minggu berlalu, susu sy hampir kering, hanye beberapa titik shj yg keluar.bb sy selalu menangis mgkin kerana lapar susu sy hanya titik shj yg ade.jd sy topapkan dgn fm.die hanye mahu menghisap ketika mahu tdo setelah diberi fm.sy sedang amalkan proses mengepam selang 3-4 jam dan mkn habbatus sauda, halba dan minum air longan.jadi, adakah harapan sy utk relaktasi even sy dah mkn dostinex?

  • Reply salwa 23/05/2013 at 9:25 am

    Tiba-tiba baby saya ‘nursing strikes’, pening kepala dibuatnya. Baby saya hampir 6 bulan. Memang fully breastfeed. Kalau EBM dalam botol ok je… taknak direct feeding… camne ni?

  • Reply ziela 28/05/2013 at 2:36 pm

    Salam,
    Saya sudah lama berhenti BF since baby berumur sebulan stgh setelah mengambil ubat dari klinik berdekatan yg menyebabkan productivity susu stop. ini disebabkan atas faktor2 pekerjaan di mana saya terpaksa berjauhan dgn baby saya dan kesukaran mendapatkan khidmat baby sitter yg boleh menjaga anak saya jika saya berkerja shift malam.
    sekarang anak saya sudah menjangkau usia ke 8 bulan..adakah possible jika saya ingin melakukan relaktasi skrg?

  • Reply Vaucer Zalora 01/08/2013 at 2:07 am

    Dalam mencari maklumat di internet, banyak yang menyimpang dari isu sebenar… tahniah kepada admin… pos awak memang menarik dengan idea yang tulin… tahniah sekali lagi..

  • Reply salmiah tawang 05/09/2013 at 3:17 pm

    saya dah kahwin 13 tahun dan baru dikurniakan anak,kini berusia tiga bulan.masalahnya disini,bayi asyik mengamuk apabila menyusu badan,ini kerana air susu saya terlalu banyak keluar apabila bayi menghisapnya,macam mana nak atasi masalah saya ini

  • Reply tia 10/09/2013 at 9:18 pm

    Salam..
    Baby skrg usia 3bln berhenti mnyusu BF umur sbln sbb baby x cukup & air susu kering puting menjadi lembik
    Dh cuba cara di atas tp bby tetap menolak..bile picit dua2 masih ade susu
    Bile masukkn puting dlm mlut bby jilat2 rase dlu & nk muntah..
    Cmne nk buat puting x lembik..
    Cuba sedaya upaya nk kembali bg BF dari bagi susu formula..

  • Reply yann 03/11/2013 at 9:51 pm

    hi…sy berpantang d rmh family in law jd sy mengalami masalah utk pam air susu lebih kerap
    selain itu, masalah inverted nipple, oleh itu sy bergntung sepenuhnya hasil susu pam utk baby.
    penghasilan susu yg sedikit mmbuatkn sy stress n malas utk pam susu. adakah susu ibu ini blh
    trhasil semula setelah berhenti seketika selama 2minggu?

  • Reply fifi 20/08/2014 at 2:49 pm

    Hii.. saya dah berhenti bf sejak anak umur 3bulan disebabkan terpaksa meninggalkan anak di kampung. Sekarang anak saya berusia setahun 4bulan.. adakah harapan saya untuk kembali menyusukan anak dan bagaimana caranya??

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:09 am

      as salam. jarak berhenti menyusu dan keinginan utk relaktasi penting untuk menjamin kejayaan proses relaktasi. walaupun tidak mustahil untuk berjaya menghasilkan susu semula kerana puan pernah menyusukan bayi selama 3 bulan pertama namun usaha relaktasi perlu lebih gigih kerana puan sudah lama berhenti menyusu. Mulakan dengan memakan supplement atau penggalak susu seperti galakta capsule di samping berusaha memerah susu 10-12 kali sehari, iaitu setiap 2-3 jam sama ada di rumah atau di tempat kerja. Makan makanan harian penggalak susu dalam menu makan tengah hari atau malam seperti ulam pegaga, kurma, halba, longan, lobak putih, tempe, soya dan lain-lain lagi. Di samping itu cuma galakkan bayi menyusu terus daripada puting untuk merangsang penghasilan susu ibu semula. Adalah agak sukar utk memujuk bayi yg sudah besar untuk menyusu terus daripada payudara ibu kerana bayi sudah biasa menyusu botol. Jika bayi mahu menghisap puting ibu, insya Allah peluang utk berjaya relaktasi lebih mudah.

    Leave a Reply