0
Metodologi/Teknik

Memerah Susu Ibu

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:

  1. untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
  2. bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
  3. untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
  4. puting payudara yang luka/melecet
  5. meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu

Cara memerah susu:

Expressing By Hand

Expressing By Hand

  1. Memerah dengan tangan
    • memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
    • basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
    • sediakan bekas yang bersih dan steril
    • lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
    • boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
    • buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
    • melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
    • tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
    • buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
    • tekan payudara ke belakang ke arah dada
    • perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
    • teruskan memicit sehingga susu keluar
    • perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
    • buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
    • tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
    • ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
    • tukar ke payudara yang satu lagi
    • urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
    • perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
    • setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
  2. Memerah dengan pam payudara
    • baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
    • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
    • basuh tangan dengan bersih
    • duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
    • rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
    • posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
    • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
    • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
    • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
    • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Expressing By Breast Pump

Expressing By Breast Pump

Panduan umum:

  1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
  2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
  3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
  4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
  5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
  6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
  7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
  8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Sumber: thewomens.org.au, breastfeeding.com, breastfeeding.asn.au, my.inova.com

Previous Post Next Post

You Might Also Like

76 Comments

  • Reply umi 14/07/2009 at 12:55 pm

    salam.
    saya masih menyusu dan memerah susu di tempat kerja. setiap hari saya hanya sempat memerah 2 kali saja antara waktu kerja manakala sebelah malam saya fully bf dan tiada masa untuk perah kerana menguruskan anak sulung.
    sekarang saya dapati susu saya makin berkurangan. kali pertama perahan (10-12 tghari, mana2 time yg sempat) dapat 5-6oz. 3-4 jam after perahan pertama dapat cuma 2oz je.
    saya risau sebab selalu tak cukup stok dan perlu ditambah susu formula.
    adakah saya perlu tambahkan kekerapan perahan dan betul ke jika bb tak menyusu dengan betul menyebabkan pengeluaran susu berkurangan?

    • Reply Nieza 14/07/2009 at 3:35 pm

      salam umi, tidak dinafikan kekerapan perahan dan hisapan bayi memang akan mempengaruhi hasil perahan. Jika umi bekerja 8 am – 5 pm, sekurang-kurangnya perlu 3 kali mengepam, contohnya pada jam 9-10 am, 12-1 pm dan 4-5 pm. Pada waktu malam dan hujung minggu pun masih perlu mengepam jika hendak menambah production susu. Di samping itu jangan skip makan breakfast, lunch dan tea time atau sekurang-kurang minum atau makan sedikit (kuih/biskut/cereal) antara waktu mengepam. Keperluan air sangat penting, pastikan minum air secukupnya. Kurangkan stress dan rehat secukupnya. Mungkin faktor stress kerana bebanan kerja menyebabkan production susu merudum.

      Saya kurang faham maksud “bb tak menyusu dengan betul”. Bagaimana baby puan umi menyusu? Kalau dimaksudkan baby tidak menyusu sehingga ‘menghabiskan’ sebelah payudara… ya memang betul. Jika baby kerap bertukar-tukar payudara sebelum benar2 menghabiskan sebelah payudara akan memberi kesan kepada penghasilan susu baru. Pastikan baby menyusu sebelah payudara sehingga rasa ringan. Jika baby sudah kenyang tetapi masih terasa ada susu di dlm payudara, pam atau perah dgn tangan dan simpan hasil perahan itu. Utk penyusuan seterusnya tawarkan payudara yg 1 lagi.

      “bb tak menyusu dengan betul” juga boleh bermaksud baby tidak melekap dgn betul (latching-on).

      Selalunya kalau baby tak melekap dgn betul akan menyebabkan puting sakit, merekah dan luka.

      Rujuk teknik lekapan.
      Harap umi tidak berputus asa dlm menambah produksi susu ibu. Semoga usaha menyusukan baby dengan susu ibu sepenuhnya akan berjaya. Insya Allah.

  • Reply umi 15/07/2009 at 5:19 pm

    Salam puan.

    Terima kasih atas advise dan penerangan yg panjang lebar. Sekarang saya faham masalah saya memang seperti yg puan maksudkan iaitu stress kerja, kurang mengepam, skip makan & kurang minum, bb x melekap dengan betul (latching-on) dan juga bb x hisap habis.

    saya akan berusaha untuk lebih mengambil berat masalah2 ini dan harap juge dapat improve penghasilan susu saya.
    Terima kasih sekali lagi. ada masalah boleh kan saya bertanya lagi..

    • Reply Nieza 15/07/2009 at 7:47 pm

      Teruskan usaha menambah production susu. Insya Allah jika mempraktikkan kaedah dan teknik yg betul, susu akan kembali banyak. Yang penting berfikiran positif dan berkeyakinan tinggi bahawa susu ibu pasti mencukupi utk anak. Meminjam kata-kata seorang pakar laktasi, “thinking with a breastfeeding mindset”.

  • Reply Hah 21/07/2009 at 11:36 am

    Assamulaikum puan,
    Di sini saya nak senaraikan beberapa perkara yang sy perlu tahu, diharap pn sudi menjawabnya 🙂 =

    1) Saya akan berpantang di umah mak di kelantan dan saya akan mula pump di sana. bagaimana cara yg terbaik utuk membawa susu dgn keadaan yg baik dan tempoh perjalanan pulang ke rumah adalah lebih kurang 8 jam? atau saya tak sepatutnya mula pump di kampung?

    2) Untuk penyimpanan susu, bekas yg macamana yg sesuai utk pyimpanan supaya kualiti susu kekal terjamin?

    3) Boleh puan terangkan secara detail mengenai cara penggunaan storage liners…. dari mula simpan susu sehingga hendak menggunakannya?

    4) Bila masa saya nak perkenal kan bb ngan mengunakan botol supaya senang ms berkerja?

    tq vm 🙂

    • Reply Nieza 22/07/2009 at 9:53 am

      Salam puan Hah, di sini jawapan saya…

      Pengepaman dan penyimpanan stok susu boleh mula dilakukan seawal minggu ke 2 selepas kelahiran. Latihan minum susu perahan (EBM) kepada bayi pula boleh dimulakan seawal bulan ke 2 dlm pantang. Puan memang sepatut mula mengepam, menyimpan susu dan melatih bayi minum EBM semasa dlm pantang. Jgn ditangguhkan.

      Berapa lama masa puan akan berada di kampung? Jika 2 bulan, bermakna puan mungkin akan mempunyai stok susu beku juga jika puan telah mula mengepam seawal minggu ke2. Rujuk artikel Penyimpanan Susu Ibu.

      Puan boleh membawa stok susu menggunakan cooler bag atau cooler box dengan ice pack secukupnya untuk perjalanan selama 8 jam. Membawa EBM sejuk lebih mudah berbanding membawa EBM beku kerana EBM beku harus kekal dalam keadaan beku selama perjalanan itu dan saya rasa ianya agak mustahil kerana sukar untuk mendapatkan susu sesejuk seperti bhg beku dalam peti sejuk.

      Saya mencadangkan puan membawa EBM sejuk sahaja (bermakna EBM yg disimpan pada minggu terakhir di kampung). EBM beku (jika ada) digunakan sehingga habis semasa melatih bayi minum EBM.

      Puan boleh menggunakan cooler bag seperti Mom’s Precious Cooler Bag atau boleh juga guna Coleman Cooler box yg boleh didapati di pasaraya (di bhg barangan memancing). Sediakan juga ice packs secukupnya. Simpan cooler bag atau cooler box itu dlm kereta (keadaan beraircond) dan bukannya di bhg menyimpan barang (kerana suhu bhg ini sangat panas). Ice packs boleh tahan sehingga 8 jam perjalanan. Namun begitu jika didapati ice packs mencair, puan boleh top up dgn ais ketul yg boleh dibeli di kedai makan.

      Storage liner digunakan utk menyimpan susu sekali sahaja dan dibuang selepas digunakan. Cara menggunakannya, pam susu ke dalam botol dan pindahkan susu ke dlm storage liner utk disimpan di dlm peti sejuk. Ikat storage liner dgn ketat menggunakan gelang getah atau cable tire atau klip yg disediakan (sesetengah storage liner disertakan klipnya sendiri). Utk mencairkan susu pula, jgn panaskan storage liner sebaliknya tuang susu ke dlm botol dan barulah panaskan susu di dlm botol. Rujuk artikel Mencairkan Susu Perahan utk teknik mencairkan susu perahan.

      Baby boleh dilatih minum EBM seawal bulan ke 2 sama ada menggunakan botol atau suap dgn sudu/cawan kecil. Selalunya baby akan menolak jika ibu sendiri yg memberinya botol kerana baby kenal bau ibunya dan dia prefer direct feeding berbanding botol. Minta org lain (bapa atau pengasuh) menyusukan bayi semasa melatihnya minum dari botol. Jadual latihan minum EBM boleh didapati daripada Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya.

      sama2. semoga penjelasan di atas dapat membantu. 🙂

  • Reply Nai 13/08/2009 at 5:17 pm

    Puan,
    Skrg saya belum mula bekerja jadi saya ingin menyimpn stok susu yg banyk, hopefully. bolekh saya meninggalkn pam susu saya sebentr utk uruskn ank2 sometimes menangs… dan sambg pam. or adakh ia menyebabkn bakteria masuk ke…
    tq puan

    • Reply Nieza 13/08/2009 at 6:03 pm

      salam Puan Nai, ia bergantung kpd tahap kebersihan persekitaran. Jika hanya sebentar dan persekitaran puan mengepam bersih spt di dalam bilik, peralatan tidak dibiarkan terdedah kpd habuk, saya kira ianya tidak menjadi masalah. Bakteria atau kuman memang ada di persekitaran, malah pada tangan dan udara pernafasan kita pun sentiasa ada kuman. Namun begitu susu ibu adalah ajaib kerana ia mengandungi bahan antibakteria di dlmnya so ia steril secara semulajadi.

  • Reply yani 07/10/2009 at 12:44 pm

    salam puan,

    saya baru mula bekerja selepas habih pantang. masalah saya sekarang, baby xmau menyusu badan dah sejak belajar hisap botol. die xmau direct bf..terpaksala saya perah dn bagi die minum..kenapa ye…sepanjang saya bekerja, baby saya mak mertua yang jaga..buat pengetahuan puan, sejak umur die 40hari, mak mertua saya bg die hisap puting (pacifier)..adakah ni menyebabkan die xmau direct bf? mcm man cara nk atas? saya susah hati bile nk bg die direct bf..saya paksa smpi die menangis..kesian plk ade..tp saya nk die mnum susu saya sndiri

    • Reply Nieza 07/10/2009 at 2:05 pm

      salam puan yani, daripada cerita puan di atas, saya percaya baby puan telah mengalami “keliru puting”. Baby yg dilatih minum dgn botol (tambah2 kerap hisap pacifier) memang lebih gemar kepada puting botol berbanding puting ibu. Ini adalah kerana minum dgn botol lebih mudah, air susu akan mengalir dgn mudah berbanding direct feeding bila mana dia harus menggunakan otot rahangnya utk mendapatkan susu daripada payudara ibu. Namun begitu masalah ini masih boleh diperbetulkan. Sila rujuk artikel Melatih bayi yang keliru puting. Selamat mencuba. Jangan putus asa. Semoga baby puan yani kembali menyukai direct feeding. 🙂

  • Reply Hilmiah bt Ramli 10/11/2009 at 10:41 am

    Salam…
    Saya seorang ibu bekerja di Kuala Lumpur. Memandangkan saya duduk berjauhan dengan anak dan suami saya hanya dapat berjumpa weekend sahaja. Bagaimana cara terbaik untuk saya memberi anak saya susu badan? Adakah susu yang disimpan masih elok diberi pada bayi. Apakah cara terbaik yang perlu saya lakukan memandangkan susu badan saya banyak.

    • Reply Nieza 10/11/2009 at 1:10 pm

      Salam Puan Hilmiah, puan masih boleh memberi susu ibu kepada bayi tetapi usaha yg berterusan dan semangat yg kuat amat diperlukan. Pertamanya kerana puan berjauhan daripada anak, maka stimulasi hisapan direct bayi ke payudara amatlah terhad. Kedua, puan perlu merancang jadual pemerahan susu, penyimpanan dan stok susu di rumah puan dan juga di rumah baby. Apa yg puan perlu lakukan:
      1. Pam susu dgn kerap, sekerap bayi menghisap iaitu antara 8-10 kali dalam sehari (24 jam). Bermakna puan perlu mengepam di pejabat dan di rumah termasuk antara waktu tidur (dari jam 12 tgh mlm hingga 6 pagi).
      2. Gunakan pam elektrik yg baik, kalau boleh hospital grade breastpump (double pumping) utk memaksimumkan penghasilan susu.
      3. Ketika bersama bayi, cuba beri direct feeding utk merangsang payudara menghasilkan lebih banyak susu.
      4. Jika susu badan puan banyak (saya agak puan baru habis pantang), jangan berlengah lagi, simpan stok susu yg banyak itu kerana perkara “susu banyak” ini mungkin tidak akan berulang lagi jika puan tidak berbuat apa-apa sekarang. Jika puan belum membeli breastpump, cuba perah dgn tangan.
      5. Ingatlah bahawa semakin kerap mengepam (atau baby menyusu) kuantiti penghasilan susu ibu semakin banyak.
      6. Labelkan tarikh mengepam susu pada setiap botol susu. Baca panduan penyimpanan dan ketahanan susu perahan dalam artikel Penyimpanan Susu Ibu.
      7. Rancang jadual penyimpanan susu, berapa byk yg perlu disejukkan atau dibekukan, bagaimana membawa susu perahan kepada bayi (puan perlukan cooler bag yg sesuai bergantung jarak dan masa perjalanan), dan berapa byk stok diperlukan oleh bayi. Semuanya perlu jelas.
      8. Baca semua artikel saya berkaitan penyusuan ibu dalam blog ini, mungkin puan dapat informasi yg lebih jelas.
      9. Jika perlukan perbincangan lanjut, puan boleh hubungi saya.

  • Reply mama_leesya 08/12/2009 at 11:54 am

    salam kak nieza..

    saya sekarang pregnant anak ke dua..dan dah tanam hajat nak menyusu eks..masalah saya sekarang sama seperti masalah Puan Hah..saya dah baca komen akak yg kat atas..tapi ada satu lagi kemusykilan di hati saya..

    seperti yg akak cadangkan “Saya mencadangkan puan membawa EBM sejuk sahaja (bermakna EBM yg disimpan pada minggu terakhir di kampung”

    Bawa blk EBM sejuk shj..bile sampai destinasi boleh ke masukkan lam freezer utk panjangkan jangka hayat susu tersebut?

    Harap akak dapat membantu saya..
    Terima kasih

    • Reply Nieza 08/12/2009 at 1:20 pm

      salam mama_leesya, tahniah kerana sudah menanam hasrat utk menyusukan anak secara eksklusif. Persediaan mental pada peringkat ini amat penting supaya kita dpt merancang pengendalian penyusuan baby nanti dgn baik.
      Ya.. EBM sejuk yang dibawa dari kampung boleh disimpan di dlm freezer apabila sampai ke rumah nanti utk memanjangkan tempoh hayatnya.
      Pastikan tidak lupa melabelkan tarikh mengepam supaya kita dpt mengatur giliran menggunakan EBM yg paling lama terlebih dahulu.
      Terima kasih. Semoga berjaya 🙂

  • Reply mama_leesya 14/12/2009 at 2:56 pm

    terima kasih akak!
    doakan saya semoga dapat menyusu dengan jayanya..

  • Reply Mazuin Yusof 15/12/2009 at 7:34 pm

    Salam..

    Terlebih dahulu terima kasih diucapkan di atas penyediaan info yang sangat berguna bagi menggalakkan penyusuan ibu. Saya mempunyai anak berusia 4 bulan setengah dan menyusukan secara sepenuhnya. Namun begitu pada bulan Januari 2009 saya akan kembali bekerja. Saya ingin tahu bagaimana caranya memberi susu ibu di dalam botol? saya telah cuba selama 2 minggu tetapi anak masih belum mahu menghisap botol. Saya terpaksa memberikan botol apabila dia tidur setelah kepenatan menangis menolak susu botol tersebut. Adakah kerana usianya 4 bulan dan terlambat untuk susu botol?Bantulah saya…terima kasih.

    • Reply Nieza 15/12/2009 at 8:24 pm

      salam puan mazuin, memang inilah antara masalah yg biasa dihadapi, sama ada anak tidak mahu botol (lebih suka direct feeding) atau anak tidak mahu direct feeding (lebih suka botol). Mungkin juga kerana faktor usia yg sudah agak besar (4 bulan) puan baru melatihnya minum EBM dpd botol menyebabkannya menolak. Namun begitu puan boleh cuba meminta org lain menyusukannya kerana anak biasanya amat kenal dgn bau ibunya, jadi dia tahu bahawa dia boleh menyusu melalui payudara ibu kerana ibu ada bersama jadi dia akan menolak minum melalui botol. Puan perlu melatihnya mengikut jadual (iaitu waktu siang mesti minum dpd botol dan diberi oleh org lain) dan malam sahaja direct feeding atau ketika ibu ada bersama… insya Allah anak akan dapat mengikut jadual itu.
      Alternatif lain yg boleh dicuba ialah memberinya minum melalui sudu atau cawan kecil kerana cara ini berlainan daripada botol. Maksud saya cara penghisapan botol dan payudara hampir sama (jadi dia akan memilih kaedah menyusu yg lebih baik adalah direct feeding) tetapi dia mungkin akan menganggap minum susu dpd sudu atau cawan kecil adalah perkara yg lain (seperti makan) bukannya menyusu. Saya juga mengalami masalah spt puan ketika anak saya 4 bulan dan memang gagal utk memujuknya minum dpd botol. Jadi saya melatihnya minum EBM menggunakan sudu. Pada saya, ada juga kebaikannya perkara ini terjadi. Sehingga sekarang setelah berusia 4 tahun anak saya tidak mempunyai kebergantungan kpd botol yang mana pada sesetengah kanak2 agak sukar memberhentikannya minum daripada botol kerana sudah terbiasa. Anak saya lebih gemar minum (apa saja minuman) melalui cawan tetapi masih direct feeding. Tanggapannya ialah minum susu ibu melalui direct feeding tetapi minum minuman lain (termasuk EBM) melalui sudu atau cawan. Jadi anak saya sudah terbiasa dgn keadaaan apabila ibu tiada maka cara minum ialah melalui sudu atau cawan.
      Teruskan berusaha…

  • Reply Mazuin Yusof 21/12/2009 at 9:07 am

    Terima kasih..really appreciate it..

  • Reply zairin 27/12/2009 at 8:46 pm

    salam,
    sy akan mula bekerja pd tahun baru ini.masalah sy anak sy (3mons) tidak mahu menyusu melalui botol.

    soalan sy :

    masalah tidak mahu menyusu dari botol ini disebabkan oleh botol dan puting itu sendiri atau tidak? ada rakan sy mengatakan tidak perlu untuk sy menukar2 botol dan puting.adakah benar? ye la..botol dan puting baby ni pun agak mahal harga nya..

    sy akan htr anak sy di nursery..bimbang takut org di nursery tidak mahu memberi susu melalui sudu atau cawan..

    • Reply Nieza 27/12/2009 at 10:26 pm

      salam puan zairin, melatih anak minum melalui botol banyak juga cabarannya… kerana baby puan lebih gemar menyusu direct daripada ibu.
      latihan minum EBM melalui botol sepatutnya dimulakan 3-4 minggu sebelum ibu mula bekerja. mulakan dgn memberinya botol 1 kali sehari pada waktu pagi selama 2 hari berturut-turut, diikut dgn 2 kali sehari selama 2 hari dan seterunya kekerapan ditingkatkan sehingga menyamai waktu puan bekerja pada siang hari (mungkin 8 a.m – 5 p.m).
      Mungkin juga baby tidak mahu botol kerana puan sendiri yang memberinya (baby tahu bahawa ibunya ada bersama, jadi dia tahu dia boleh menyusu terus daripada ibu). Cuba minta org lain (spt suami) utk memberinya EBM melalui botol. jika tiada orang lain bermakna puan harus berusaha sendiri utk melatihnya sehingga baby “faham” bahawa pada waktu siang dia harus minum melalui botol. Bercakap-cakaplah dgn baby dgn memujuknya, latihan juga harus dilakukan dlm keadaan baby tidak terlalu lapar, jgn memaksanya jika dia tidak mahu… cuba lagi di lain masa.
      Puting botol juga sedikit sebanyak memainkan peranan. Sesetengah puting keras, berbau getah, aliran terlalu laju dan sebagainya menjadi faktor penyebab. Dapatkan puting yg lembut, potongan lubang “Y” atau “non-drip nipple” (susu hanya akan keluar apabila baby menghisap) sesuai utk baby yg sudah biasa dgn puting payudara ibu.
      Pilihan minum daripada sudu atau cawan memang alternatif yg lebih baik utk mengelak masalah keliru puting selepas baby suka dgn puting botol. Berbincanglah dgn babysitter di nursery kaedah yg puan pilih utk menyusukan baby puan.
      semoga berjaya.

  • Reply Mazuin Yusof 07/01/2010 at 3:28 pm

    salam akak..
    saya ade soalan lagi ni..harap akak sudi menjawapnye ye..Alhamdulillah berkat usaha anak saya mahu menyusu susu badan melalui botol..sya pam susu di ofice sebanyak 2 kali iaitu pada jam 12.00 tgahari then saya simpan di mini peti sejuk dan kali kedua jam 4.45 petang sebelum saya balik dr ofis jam 5.00 ptg. saya tidak mempunyai cooler beg ..soalan saya:

    1. bolehkah saya membawa kedua2 EBM saya dengan hanya meletakkan 2 botol susu tersebut di tmpat letak btol menghadap aircond (bg kereta kenari ada tmpt letak btol air tersebut)dengan suhu aircond yg saya kuatkan sepanjang perjalanan balik selama 1 jam dan sampai di rumah saya terus masukkan ke dalam peti ais(bukan frezer kerana untuk kegunaan keesokan harinya)? harap akak dapat membantu saya lagi..terima kasih yg tak terhingga…

    • Reply Nieza 07/01/2010 at 4:29 pm

      salam Puan Mazuin, pertamanya saya cadangkan puan tingkatkan kekerapan mengepam di pejabat iaitu 3 kali (9 pg, 12 tgh, 3 ptg) kerana pengepaman pertama puan pada jam 12 tghari agak lama jarak masanya daripada kali terakhir bayi menyusu (saya anggarkan mungkin pada jam 6-7 pagi) bermakna 6 jam puan tidak mengepam. Kekerapan mengepam boleh meningkatkan penghasilan stok susu.
      Kedua, meletakkan botol EBM mengadap aircond tidak memadai utk mengekalkan suhu sejuk EBM sama spt di dlm peti sejuk. Suhu aircond paling sejuk saya kira mungkin sekitar 18 darjah celcius sahaja (itupun selepas dibuka pada tahap max selama beberapa jam). Saya cadangkan puan dapatkan cooler bag utk membawa balik EBM ke rumah. Perubahan suhu boleh merosakkan EBM.

  • Reply siti hajjar 20/01/2010 at 3:12 pm

    Salam k.Nieza,saya ibu yg mempunyai anak berusia 1thn 4bln.Anak saya masih bf,dan minum ebm melalui botol sepanjang saya bekerja.Saya berhasrat untuk memberikan anak saya dengan susu ibu sehingga dia sekurang2nya berusia 2 thn.Persoalan saya di sini ialah:
    1)Baru2 ni,semasa saya memerah susu,susu yg didapati semakin berkurangan dan stok frozen ebm semakin berkurangan.Bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini.Buat pengetahuan k.Nieza saya memerah susu sebyk 3 kali sewaktu bekerja dan di rumah sebyk 2 kali.

  • Reply mama hana 16/02/2010 at 11:35 pm

    Salam, akak, saya amat memerlukan bantuan akak.masalah yang saya hadapi ialah anak saya menyusu badan tetapi hanya sebelah kanan sahaja.dia tidak suka menyusu sebelah kiri.saya sudah berusaha melatih dia menyusu breast sebelah kiri tetapi dia tidak berminat sangat.sekarang breast kiri saya dah mula mengecil dan menghasilkan susu yg sedikit berbanding kanan.saya mengepam breast kiri dua kali sehari.setiap kali pam breast kiri hasilnya hanya 2-3 oz sj.anak sy berusia hampir 4 bulan dan kuat menyusu.saya bekerja sebagai guru mula jam 12.00 tghari dan pulang jam 6.30 ptg.sewaktu bekerja sy hanya mengepam 1 kali iaitu pd pkl 3.15 ptg.soalan sy:adakah saya dapat menghasilkan susu dari breast kiri saya sbgaimana breast kanan?bagaimana caranya?bagaimana saya nak melatih anak sy agar dia dapat menghisap breast kiri dengan jayanya seperti breast kanan?bantulah saya…

    • Reply Nieza 17/02/2010 at 8:32 am

      salam mama hana, mengapa baby kurang gemar menyusu breast sebelah kiri? adakah putingnya tenggelam atau susu yg sedikit berbanding breast kanan? apabila rangsangan hisapan baby kurang pada breast sebelah kiri, ini jugalah punca penghasilan susunya berkurangan. cadangan akak; gantikan hisapan baby dgn mengepam sebelah kiri walaupun ketika di rumah.. atau boleh juga lakukan mengepam dan menyusu serentak, maknanya ketika baby menyusu sebelah kanan, pada masa yg sama pam susu sebelah kiri. mungkin apabila penghasilan susu sebelah kiri banyak baby akan mahu menyusu daripadanya.
      selamat mencuba.

  • Reply T. Yoheswary 09/03/2010 at 11:27 am

    Kak Hana,

    Saya baru melahirkar anak (3 minggu). Saya telah cuba memberi susu ibu tetapi dia lebih gemar susu botol. Kalau pam pun susu tak keluar. Yang ada cuma one table spoon. Please advise me bagaimana cara nak lebihkan susu.

  • Reply irma 11/03/2010 at 8:28 pm

    salam puan,
    saya mmpunyai anak berumur 5 bulan lebih…dr lahir hingga umurnya 4 bulan saya menyusuinya secara ekslusif.saya sanggup mgusung beg pump menaiki komuter dr shah alam hingga ke kl setiap hari untuk memastikan anak kesayangan saya dpt menikmati susu terbaik didunia ini..masuk usianya 5 bulan stok susu berkurangan dan saya sgt sedih hingga menangis kerana hanya tinggal 10 botol stok didlm freezer.bermacam cr saya lakukan..megepam dengan kerap(4x sehari),mengambil supplement spt Pil ASI,moridone(dicadangkan oleh farmasi).Saya juga meminum Anmum Lacta untuk menambah nutrient dlm bdn..hingga lah 2 minggu yg lepas,saya terpaksa membeli susu formula(SF) di kedai(stok EBM dh hbs)…sedihnya bukan kepalang..adakah saya terlampau stress sehingga mjejaskan pengeluaran susu saya?…saya hanya mmperoleh 10oz/day berbanding 20oz spt sebelumnya.adakah jarak masa saya mmbuat nipple stimulation singkat 10-15 minit shj?sgt mgharap bantuan dari puan…

  • Reply rozana 30/08/2010 at 2:46 pm

    Salam,

    Saya nak tanya, kalau breastmilk storage liners tu boleh guna ulang2 ker? atau guna sekali terus buang?

    TQ

    • Reply Nieza 30/08/2010 at 3:35 pm

      salam. liner guna 1 kali saja, tak boleh ulang guna.

  • Reply ain Haron 13/10/2010 at 12:55 pm

    Salam, soalan saya

    1) Bayi 3 bulan lebih biasanya jumlah atau anggaran oz yang diminum berapa?? dari jam 8pg – 6 ptg.

    • Reply Nieza 13/10/2010 at 2:37 pm

      salam,
      jumlah bayi minum berbeza-beza mengikut saiz dan usia bayi.
      seminggu atau 2 minggu sebelum mula bekerja puan boleh melatih bayi minum susu perahan pada waktu siang sebagaimana waktu puan bekerja. pada sesi latihan ini puan boleh memahami pola kekerapan penyusuan dan jumlah yang diminum oleh bayi puan untuk mengganggar kuantiti susu perahan yang perlu ditinggalkan kepada pengasuh bayi apabila puan keluar bekerja.
      namun biasanya bayi berumur 3 bulan minum antara 3-4oz setiap sesi dan sebanyak 5-6 kali penyusuan dari jam 8 pg – 6 ptg.

  • Reply ieda 23/11/2010 at 8:14 pm

    Salam kak nieza…

    Saya ada 2 org anak berumur 5 tahun dan 2 bulan… anak ptama mnum susu formula sejak lahir… Anak ke-2 fully breastfeed coz di awal pregnancy saya dah niat nak fully breastfeed.. Minggu depan saya akan mula bekerja… soalan saya:

    1) Bolehkan EBM di simpan dalam peti sejuk satu pintu? berapa lama tempoh EBM tersebut selamat di minum oleh baby saya?

    2) Sekarang saya sudah mula pam susu utk stok kerja nanti… sehari saya pam 2-3 kali sehari.. setiap sessi mengepam saya boleh dapat antara 3-4 oz.. berapa lama tempoh susu itu dapat bertahan jika diletakkan di dalam fridge (bukan di freezer)…

    3) Jika EBM yang dihantar ke taska masih berbaki 1 @ 2 botol, bolehkan EBM tersebut dibekukan semula atau perlu dibuang??

    4) Jika saya mula bekerja nanti, saya perlu kerap pam susu bagi memastikan pengeluaran susu btahan… jika sessi pertama dan kedua saya dapat antara 4-5 oz dan pada sessi ketiga saya dapat 2 oz dan sessi keempat dapat 1 oz, bolehkan susu perahan pada sessi keempat di campurkan bersama susu perahan sessi ketiga???

    Harap kak nieza dapat menjawab kemusykilan saya.. terima kasih kak….

    • Reply Nieza 15/09/2018 at 2:40 am

      salam. tahniah kerana memilih penyusuan ibu utk anak ke-2. semoga berjaya 🙂
      jawapan kpd kemusykilan ieda:
      1) Bolehkan EBM di simpan dalam peti sejuk satu pintu? berapa lama tempoh EBM tersebut selamat di minum oleh baby saya? –
      boleh. tempoh penyimpanan di bhg sejuk 5-7 hari, utk bhg beku (freezer) 2 minggu.

      2) Sekarang saya sudah mula pam susu utk stok kerja nanti… sehari saya pam 2-3 kali sehari.. setiap sessi mengepam saya boleh dapat antara 3-4 oz.. berapa lama tempoh susu itu dapat bertahan jika diletakkan di dalam fridge (bukan di freezer)… –
      jawapan sama spt di atas, 5-7 hari.

      3) Jika EBM yang dihantar ke taska masih berbaki 1 @ 2 botol, bolehkan EBM tersebut dibekukan semula atau perlu dibuang?? –
      EBM yg belum diminum dan belum dipanaskan utk diberi kpd bayi masih boleh disimpan semula di dlm peti sejuk dgn syarat EBM itu dikekalkan suhu sejuknya sepanjang berada di taska, maknanya jika EBM itu diambil dari bhg fridge (bukan freezer) dibawa ke taska menggunakan cooler bag yg berisi ice pack dan sampai di taska disimpan di dlm peti sejuk taska (atau dibiarkan di dlm cooler bag dlm keadaan sejuk), EBM itu belum dipanaskan, maka apabila balik ke rumah semula EBM itu masih boleh disimpan semula ke dlm peti sejuk. tetapi jika EBM itu telah dipanaskan tetapi tidak diminum oleh bayi, EBM itu masih boleh disimpan semula di dlm peti sejuk dan dipanaskan sekali lagi utk penyusuan berikutnya (hanya sekali itu sahaja dan tempohnya lebih kurang dlm jangka masa 2 jam sahaja daripada sesi pemanasan kali pertama.)

      4) Jika saya mula bekerja nanti, saya perlu kerap pam susu bagi memastikan pengeluaran susu btahan… jika sessi pertama dan kedua saya dapat antara 4-5 oz dan pada sessi ketiga saya dapat 2 oz dan sessi keempat dapat 1 oz, bolehkan susu perahan pada sessi keempat di campurkan bersama susu perahan sessi ketiga??? –
      susu yg dipam pada hari yg sama boleh dicampur dgn syarat suhu ketika percampuran adalah sama. maknanya jika susu yg dipam sesi pertama telah disimpan ke dlm peti sejuk, maka susu yg dipam pada sesi kedua perlu disejukkan terlebih dahulu barulah boleh dicampur dgn susu sesi pertama, begitu juga dgn susu hasil perahan kali ke3 dan ke4 masih boleh dicampur dgn susu perahan sebelumnya asalkan susu itu disejukkan terlebih dahulu. tidak boleh mencampur susu yg fresh dlm keadaan suam-suam kuku atau yg berada pada suhu bilik ke dlm EBM yg telah sejuk kerana ini akan meningkatkan suhu susu yg telah sejuk tadi. seperti kita mencampurkan air milo panas ke dlm air milo sejuk, ia akan menjadikan air milo yg sejuk itu menjadi suam!

      Semoga berjaya menyusukan baby dgn susu ibu sehingga 2 tahun. GOOD LUCK :)!

  • Reply ieda 30/11/2010 at 8:42 pm

    Terima kasih kak nieza… lega hati saya setelah mendapat jawapan dari kak nieza..

  • Reply monic 01/12/2010 at 10:59 pm

    salam sejahtera Kak,

    Nak tanya,susu perahan yang dimasukkan dalam botol berapa lama boleh disimpan dan diberi minum kepada bayi jika tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk? Tq.

    salam. susu segar yg dibiarkan pada suhu bilik tahan sekitar 2 jam (pada suhu tidak panas, 28 darjah celcius) dan sekitar 4 jam jika di dlm bilik hawa dingin.

  • Reply SYA 13/12/2010 at 6:36 am

    Salam,

    Baru2 ni saya anta BB ke nursery..rupa2nya dia cakap time BB sya minum EBM 1st, dia akan kuarkan EBM yg ke 2 dr fridge n rendam dgn air suam.. dah seminggu dia buat mcm tu.. ok ker? tak rosak kan EBM tu??? knowlegde sya kurang sikit pasal BB & breasfeed ni.. hope boleh advice..

    salam, jika jangka masa antara waktu menyusu itu dlm lingkungan 2 jam, susu itu masih elok dan boleh diminum. mungkin pengasuh berbuat demikian utk mengelakkannya terlupa menyediakan susu utk penyusuan seterusnya. kerana proses memanaskan susu mengambil masa 5-10 minit, jadi jika bayi sudah mula menangis ini menyukarkan pengasuh menyediakan susu dgn segera. namun begitu puan perlu memberitahu pengasuh jika boleh sediakan susu 15 minit sebelum waktu menyusu utk mengurangkan masa susu perahan terdedah terlalu lama kepada persekitaran.

  • Reply ieda 15/12/2010 at 10:09 am

    slm…
    saya baru sahaja hbs pantang anak pertama dan sekarang nie sudah mula bekerja,ank sy spupu saya yang jaga kt rumah dia.sekarang sy dh mula pump susu bg membekalkan kpd anak sy sepanjang sy bekerja.seperti sedia maklum susu sblh kanan adalah nasi dn sebelah kiri air,persoalan sy sekarang blh ker susu yg dipump itu sy cmpur kedua belah dn dijadikan 1 botol sahaja…tq

    salam. sebenarnya tiada istilah susu sebelah nasi, sebelah lagi air. istilah yg tepat ialah foremilk (susu awal) dan himdmilk (susu akhir). semasa menyusu bayi perlu menghabiskan sebelah payudara sebelum bertukar ke payudara yg sebelah lagi supaya bayi mendapat kedua-dua bahagian susu. susu awal bersifat cair utk menghilangkan dahaga manakala susu akhir lebih pekat dan mengandungi banyak lemak utk mengenyangkan bayi. (baca artikel mengenai foremilk dan hindmilk). Jika bayi hanya menyusu sekejap dan bertukar ke payudara sebelah lagi bermakna bayi hanya mendapat bhg foremilk sahaja dan ini menyebabkan bayi tidak kenyang dan tidak mendapat nutrien secukupnya.
    Semasa mengepam boleh mencampurkan susu daripada kedua-dua belah payudara ke dlm 1 botol, yg penting pam sehingga habis/kosong sebelah payudara barulah bertukar kpd sebelah lagi.

  • Reply umi alif 03/01/2011 at 8:37 pm

    salam…anak saya sekarang telah berusia 4 bulan.Ini adalah pertama kali saya menyusu badan sepenuhnya…saya ingin bertanya ada akan ada risiko saya hanya memerah susu badan hanya menggunakn tangan.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:59 am

      salam. jika puan selesa dgn pemerahan susu dgn tangan teruskanlah. malah ramai juga ibu2 hanya memerah susu dgn tangan utk mengumpul stok ebm sehingga anak berusia 2 tahun. cuma yg perlu diambil perhatian ialah teknik yg betul supaya tidak mencederakan tisu payudara spt tidak menekan atau memicit dgn kuat kerana ini boleh menyebabkannya lebam, tidak menggosok dgn kuat kerana boleh menyebabkan kulit melecet dsb.

  • Reply ieda 19/01/2011 at 11:31 am

    salam puan,
    anak saya skg br berusia 3 bulan. dn saya masih memberi susu ibu padanya dan saya juga sudah campur dengan susu formula.. masalah saya ialah, semenjak saya balik ke KL 2 minggu lalu anak saya enggan menyusu secara direct walhal sebelumnya dia mmg menyusu secara direct. saya mempunyai masalah puting pendek. kini jika saya hendak menyusukan secara direct die akan menangis dn x mau bukak mulutnya. saya mahu menyusuknnya secara direct. sudahnya saya terpaksa pam n beri padanya melalui botol susu. utk pengetahuan puan juga saya sudah mula bekerja n memerah susu 2-3 kali sepanjang waktu pejabat.
    ada x cara/kaedah supaya anak saya mahu untuk menyusu secara direct semula?

  • Reply hanisah 22/01/2011 at 11:22 am

    salam…alhmdulillah ank sy br shja genap 2thn dan masih bf…namun, sy terpaksa meninggalkan dia selama seminggu untuk berkursus. jadi bagaimana kita nk atasi masalah bengkak susu sepanjang bayi tidak menyusu?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:49 am

      salam. puan boleh mengepam semasa berkursus seminggu. cuma masalahnya kena cari peti sejuk utk simpan susu. jika puan tidak mengepam, bengkak susu mungkin berlaku beberapa hari dan kemudian diikuti dgn susu berkurangan atau terhenti terus.

  • Reply Nurul Akhmal 02/02/2011 at 8:30 pm

    Salam Puan,

    Nak bertanya. Susu yg mengandungi kolostrum boleh disimpan berapa lama dalam deep freezer? Kawan-kawan mengatakan hanya boleh disimpan selama sebulan sahaja. Walaubagaimanapun, saya tidak jumpa mana-mana hasil kajian yang menyatakan begitu.

    Untuk makluman puan, saya telah mula memerah susu seawal hari ke-4 selepas bersalin sebab breast bengkak. Saya bercadang untuk menggunakan susu yang mengandungi kolostrum itu setelah mula bekerja pada bulan Mac nanti.

    TQ

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:47 am

      salam. secara asasnya kolostrum jarang2 disimpan dlm jangka masa lama kerana kolostrum amat diperlukan pada hari-hari awal seorang bayi. ia mengandungi antibodi yg penting utk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit. oleh itu kolostrum yang diperah perlu diberi segera kepada bayi utk memastikan dia mendapat perlindungan antibodi yg sepatutnya dia perolehi pada minggu pertama kelahirannya. lagipun susu perahan yg disimpan di dalam freezer akan kehilangan sebahagian antibodi yg terkandung di dalamnya akibat proses penyejukan dan pembekuan.
      nasihat saya, berikan kolostrum itu secepat mungkin kepada bayi puan dan tidak perlu menyimpannya sebagai stok susu selepas kembali bekerja kelak.

  • Reply Ummi 2H 07/02/2011 at 11:16 am

    Salam,Puan
    Mohon Sedikit pandangan..Anak saya kini berumur 1 tahun 4 bulan..Masih menyusu badan…juga minum susu fmular jika d rumah pengasuh sahaja..Jika bersama saya memng xda can susu fmular..(dekat umah memng xda susu tin) Yang menjadi masalahnya anak suka menghisap cik B sebelah kanan..kiri xmahu langsung..Macam mana saya nak atasi yer puan…Saya risau susu akan brkurangan

  • Reply Moon 26/02/2011 at 6:42 pm

    Salam…saya baru sahaja melahirkan baby pertama Dan pramatang. Saya nak tanya saya mengepam susu menggunakan Pam mesin..pertayaan saya breast saya menjadi seperti luka/merah2 di sekitar nipple..kenapa jadi sedemikian? Bagaimana cara untuk menghilangkan luka tersebut dan kesakitan akibat luka tersebut??

  • Reply Nita 22/03/2011 at 4:48 pm

    Salam Kak.. anak saya gemar hisap sebelah kanan berbanding sebelah kiri. Kini dah kurang susu di bahagian kiri dan saiz payudara pun sudah kecil berbanding sebelah kanan. apa yang saya perlu buat untuk kembalikan susu yang banyak di sebelah kiri. Saya sudah mula bekerja minggu ini…. tapi masih ingin menyusu badan utk anak saya. Saya tiada peluang untuk mengepam di tempat kerja sebab majikan tidak sediakan bilik untuk berehat. Saya akan memicit keluarkan susu di bilik air 4-5 kali sepanjang di tempat kerja. Adakah ini akan mengganggu untuk teruskan saya menyusu anak saya… Please Advice… thanks

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:17 am

      salam. nampaknya anak gemar susu sebelah kanan kerana kuantiti susunya lebih banyak berbanding kiri. jadi utk menukar minat anak utk menyusu di sebelah kiri juga, puan kena tingkatkan pernghasilan susu sebelah kiri. cara yg paling berkesan utk menambah penghasilan susu ialah rangsangan hisapan bayi itu sendiri di samping tingkatkan kekerapan mengepam. jika dari awal bayi menyusu secara seimbang sebelah kiri dan kanan, keadaan sebegini mungkin tidak berlaku. oleh itu galakkan bayi menyusu di sebelah kiri juga, jika bayi menolak gantikan sesi menyusu sebelah kiri itu dgn mengepam. lakukan berulang kali dan kerap, insya Allah bayi akan menyusu di bahagian kiri juga.
      Saya ingin penjelasan lanjut, adakah puan memicit susu di bilik air itu untuk dibuang? jika demikian alangkah ruginya kerana susu itu dibuang begitu sahaja. jika pejabat atau tempat kerja tidak ada bilik khas menyusu, puan perlu mengusahakan cara lain utk mengepam susu, contohnya mengepam di surau, bilik pantry, stor atau pun di dalam kereta. malah ada ibu yg mengepam sorok-sorok di meja sendiri tanpa disedari orang sekeliling! mengepam di pejabat sangat perlu kerana ini menjamin bekalan susu yg mencukupi utk anak ketika ditinggalkan dan memastikan rangsangan berterusan untuk meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

  • Reply Nita 23/03/2011 at 9:47 am

    Masalahnya, saya tiada peluang lansung, pejabat saya kawasan terbuka dan kaum lelaki ulang alik kesini-sana. Jadi tiada privacy langsung untuk mengepam. jadi saya terpaksa memicit dan buang susu. bagaimana cara untuk mengepam dalam kereta. Saya rasa kurang bersih jika mengepam dalam kereta..Saya amat sedih…

  • Reply ummu amir 24/03/2011 at 12:47 pm

    salam kak,

    saya telah mula berkerja setelah 9 minggu bercuti. dalam tempoh bercuti anak saya telah dilatih minum melalui botol. sekarang, saya sedang membiasakan diri memerah susu di opis.

    selalunya saya akan mengepam pukul 10am dan 3pm. setiap sesi saya akan kumpul 8 – 10 aun susu.

    persoalan saya,
    1. ada sesetengah hari saya hanya berjaya mengumpul 4 aun saja satu sesi (ini agak menyedihkan saya). Mengapa?

    2. Saya masih tidak paham dengan corak pengeluaran susu. (saya pakai manual breastpump medela). adakalanya macam dah tak keluar, tapi setelah saya ubah2 gaya, keluar banyak pula. saya tak berapa nak dapat konsep kosongkan payudara. boley puan terangkan?

    sekian

  • Reply Nora 21/04/2011 at 4:17 pm

    Puan

    baru-baru nie saya lihat payudara syaa sebelah kanan tidak keluar begitu banyak air susu berbanding sebelah kiri..kenapa ia boleh jadi begitu?
    baaimana cara betul payudara jika kasi anak menyusu?

  • Reply ijah 19/05/2011 at 5:49 pm

    salam..
    sy ade baca kat atas ni soalan2 dan jawapan…sy jadi musykil akan 1 perkara ni:

    “susu segar yg dibiarkan pada suhu bilik tahan sekitar 2 jam (pada suhu tidak panas, 28 darjah celcius) dan sekitar 4 jam jika di dlm bilik hawa dingin.”

    sy de baca yang kalo suhu bilik tahan 4 jam dan 6 jam jika dlm bilik hawa dingin..mane 1 yg betul?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:02 am

      Salam. tidak perlu terlalu tegar dgn tempoh masa. saya suka mengambil tempoh masa yg lebih singkat kerana ia menjamin susu benar2 masih elok. malah jika membaca artikel luar negara ada yg menyatakan tahan sehingga 8-10 jam pada suhu bilik. ia bergantung kpd persekitaran, iklim negara kita lebih hangat walaupun di dalam bilik berhawa dingin. apa pun utk memastikan susu masih elok walau berapa tempoh masanya hanyalah dengan merasa susu tersebut.

  • Reply linda 20/06/2011 at 4:51 pm

    salam…
    saya sekarang mengalami masalah… setiap kali mengepam susu dengan pam susu berbateri puting susu saya akan berdarah… jadi saya hanya dapat mengepam setakat 1 oz kemudian puting saya berdarah… jadi saya akan stop mengepam takut susu bercampur darah… boleh tak bagi petua atau ada ubat-ubatan untuk merawat puting susu saya ini…

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:56 am

      salam. ada kemungkinan pam yg digunakan mempunyai hisapan yg terlalu kuat dan tidak beritma spt ritma hisapan bayi (baby suction rhythm) menyebabkan puting mudah luka, melecet dan berdarah. saya cadangkan guna pam yg mempunyai gaya hisapan spt hisapan bayi. cara yg paling mudah dan berkesan merawat luka puting adalah dgn menyapu lelehan susu ibu pada puting tersebut, insya Allah luka puting akan sembuh. boleh amalkan setiap kali selepas menyusu atau selepas mengepam walaupun puting sudah sembuh dan tidak luka.

  • Reply rose 21/06/2011 at 3:30 pm

    Saya ibu bekerja dan pada masa yg sama masih belajar. Berusia 32 thn dan mempunyai anak berusia 30 hari sehingga 8 thn. Saya baru melahirkan anak ke5 dan bayi saya pramatang serta masih menerima rawatan di NICU.

    Sepanjang kelahiran dulu, mungkin disebabkan kurang keazaman, saya tidak pernah memerah stok susu untuk dibekalkan kepada bayi saya sebelum ini. Percubaan pertama waktu kelahiran sulung agak mengecewakan dimana kuantiti susu badan saya tidak memberangsangkan mungkin disebabkan ilmu dan teknik yang tidak betul. Kurang sokongan dan sebagainya antara faktor saya lebih senang memilih susu formula untuk bayi saya. Walaubagaimana pun saya masih meneruskan penyusuan secara terus (direct bf)selagimana bayi saya mahukan. Selalunya selepas waktu bekerja dan hari cuti. Secara purata 4 anak sebelumnya masih mahu meneruskan penyusuan badan sehingga usia 6 bulan.

    Walaubagaimana pun untuk anak yg ke5 ini saya berazam memberikan susu badan secara eklusif. Malangnya kuantiti susu perahan saya tidaklah begitu banyak. Saya rasa teknik perahan yang tidak betul kerana payudara saya masih terasa berat setiap kali selepas diperah menggunakan pam(manual) Sekali sesi perahan saya hanya mampu perolehi kurang 100ml. Bagaimana membuat jadual perahan yang konsisten dengan rutin harian saya yg agak padat serta bagaimana teknik perahan yang betul bagi proses pengeluaran susu yang maksimum.

    Sehingga kini, bayi saya masih dibekalkan susu badan untuk keperluannya diNICU cuma saya agak stres untuk memastikan keperluan itu mencukupi kerana masih perlu di tambah dengan susu formula.

    Sekian terima kasih.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:55 am

      tahniah kerana berusaha utk memberi penyusuan ibu secara eksklusif utk bayi puan. sejarah lama jadikan pengajaran utk berjaya kali ini. susu ibu dicipta memang unik kerana kandungan susu ibu yg melahirkan bayi pramatang tidak sama dengan kandungan susu ibu bagi ibu yg melahirkan anak cukup tarikh. bagi anak yg pramatang komposisi susu ibu mengandungi lebih banyak protein utk membantu tumbesaran dan kematangan organ bayi sehingga mencapai kematangan bayi lahir cukup bulan. itulah istimewanya susu ibu. oleh itu saya nasihatkan seupaya mungkin jangan campur susu formula utk diberikan kepada bayi puan.
      jika bayi puan boleh disusukan secara terus, kerapkan penyusuan terus dari payudara kerana cara inilah yg paling berkesan utk memperbanyakkan susu ibu. di samping itu kerapkan sesi pemerahan setiap 1 jam atau satu setengah jam sekali (jika boleh). kekerapan mengepam akan menggalakkan penghasilan susu ibu. setiap sesi penyusuan, kosongkan payudara dengan mengepam payu dara selepas bayi menyusu.
      puan juga perlu rehat yang cukup dan jangan stress kerana stress akan merencat penghasilan susu ibu. saya faham puan perlu menguruskan anak2 yg lain juga, berbincanglah dgn suami dan minta bantuan suami atau ahli keluarga yg lain untuk membantu tugasan di rumah.
      makan makanan yg berkhasiat dan minum banyak air. ibu2 yg menyusu selalunya kerap berasa lapar selepas menyusu. ini adalah perkara normal dan makanlah sedikit makanan di antara waktu menyusu/mengepam. makan sedikit tetapi kerap adalah lebih baik. elakkan minum kopi kerana kafein mengurangkan kandungan air dalam badan.
      semoga berjaya 🙂

  • Reply atiea 27/06/2011 at 5:43 pm

    salam,
    anak ke2 sy skrg berusia 2 minggu, sy nak mula utk menyimpan stok susu tapi masalah nya skrg bb saya kuat menyusu hingga sy tak tau bila nak mengepam.
    kalo sy pam pun dpt la 1oz tapi itu pun terpaksa bagi bb sbb kadang dia mcm tak cukup.

    mcmn sy nak simpan stok susu kalo bb sy berterusan mcn ni

  • Reply Safa 15/07/2011 at 3:40 pm

    Assalammualaikum.

    Saya, ibu kepada 3 orang anak yang sememang diberi susu badan. Anak sulung saya, menyusu badan sepenuhnya hingga berusia 2 tahun 3 bulan. Akibat kemalangan, kmk berpisah selama 10 hari menyebabkan di berhenti terus menyusu badan. Anak kedua pula terpaksa dihentikan untuk menyusu badan kerana saya hamil semula ketika dia berusia 9 bulan. Kesian juga pada awal proses peceraian susu badan, namun dia juga menyusu susu formula sejak berusia 3 bulan.

    Menjadi masalah saya sekarang, bayi ketiga saya yang berusia 7 bulan . Dia menyusu badan dengan kerap pada waktu malam dan ketika hendak dan semasa tidur. Menjadi masalah apabila saya terpaksa meninggalkannya bermalam kerana urusan kerja. Dia akan mencari susu badan walaupun dia sudah dibiasakan dengan susu botol kerana pada siang hari dia menyusu menggunakan botol ketika ditinggalkan dengan pengasuh. Kalau diberi susu badan sekalipun, dia tidak berminat.

    Jadi, bagaimana saya hendak mengatasi masalah ini kerana saya bakal mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam? Untuk membawanya bersama, adalah mustahil. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya belum pernah berjauhan dengan anak saya ini. Tolonglah saya agar saya tenang untuk meninggalkan anak saya ini tanpa memikirkan kepayahan dia ketika ditinggalkan. Tolong…

  • Reply nor 24/09/2011 at 5:27 pm

    salam, oleh sebab ini adalah 1st baby saya masih lagi blur dan tak taw untuk perkara2 ni:

    1. saya bekerja shift petang, mula 12.45 sampai 6.45 ptg, if susu perahan tu sy letak lam cooler bag bersama2 icepack, agak2 berapa lama susu tu ble tahan?
    2. n lagi satu lau saya perah sebelum waktu keje, let say kul 11 lebih adakah susu tu juga masih ble bertahan sehingga 8malam?sbb jarak perjalanan dari umah ke tempat keje ambik masa yg lama, tambah ngan traffic jam….so sy terpaksa bertolak awl n sampai umah lewat..
    3.sekiranya susu itu masih bole digunakan, boleh tak saya simpan balik dalam peti ais untuk digunakan pada esoknya?
    4. bayi saya dah masuk 2bulan,berapakah jumlah botol yg saya perlu sediakan untuk keperluan baby dalam sehari berdasarkan waktu kerja saya dan berapa oz bagi setiap botol ?

    harap dapat bantu saya ye…tq

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:40 am

      salam, menjawab kemusykilan puan…
      1. saya bekerja shift petang, mula 12.45 sampai 6.45 ptg, if susu perahan tu sy letak lam cooler bag bersama2 icepack, agak2 berapa lama susu tu ble tahan?
      berapa lama susu boleh bertahan bergantung kpd ketahanan ice pack dan cooler bag yg digunakan. pilihlah icepack yg tahan sejuk sehingga 10-12 jam utk menjamin susu kekal sejuk sepanjang hari sehingga tiba di rumah
      2. n lagi satu lau saya perah sebelum waktu keje, let say kul 11 lebih adakah susu tu juga masih ble bertahan sehingga 8malam?sbb jarak perjalanan dari umah ke tempat keje ambik masa yg lama, tambah ngan traffic jam….so sy terpaksa bertolak awl n sampai umah lewat..
      jawapan spt no 1 di atas
      3.sekiranya susu itu masih bole digunakan, boleh tak saya simpan balik dalam peti ais untuk digunakan pada esoknya?
      susu yg diperah ketika waktu pejabat, dibawa pulang dlm cooler bag berisi ice pack perlu kekal sejuk sehingga tiba di rumah. apabila tiba di rumah, susu perahan itu boleh disimpan di dalam peti sejuk (bhg bawah sejuk biasa, bukan bhg beku) utk kegunaan bayi keesokan harinya.
      4. bayi saya dah masuk 2bulan,berapakah jumlah botol yg saya perlu sediakan untuk keperluan baby dalam sehari berdasarkan waktu kerja saya dan berapa oz bagi setiap botol?
      bergantung kpd kebiasaan bayi minum setiap sesi penyusuan. anggaran utk bayi 2 bulan, 3-4oz sekali penyusuan (rujuk pengasuh bayi utk mengetahui berapa byk bayi minum setiap sesi menyusu). anggaran bayi akan menyusu 2 jam sekali, jadi puan boleh mengira berapa oz perlu dibekalkan dari waktu bayi ditinggalkan bersama pengasuh sehingga puan balik semula ke rumah.

  • Reply iera 28/09/2011 at 4:58 pm

    salam, sya baru habis keguguran,kandungan sya time tu baru 2 bulan,first pregnant. sy nak tanye,kenape ye walaupun sy dah kguguran, payudara sya mgeluarkan air susu?sya musykil,adakah memang mcm tu? loya dan mual still ade sikit2. harap boleh terangkan sebab sy still muda utk memahami sume ni.maklumlah kahwin pd usia yg muda.

  • Reply Mas 29/09/2011 at 1:09 pm

    Salam…

    saya ibu bekerja dan fully breastfeed anak kedua saya hampir setahun. masalah saya skrg anak saya sudah tidak mahu minum susu EBM sejak tiga minggu lalu. 2 minggu lalu, pengasuh saya beri dia mkn bubur dan semua makanan yang digemari dan tetap menolak jika mahu diberi minum susu EBM. Pada waktu malam, anak saya direct feeding. Minggu lepas, saya terpaksa berinya susu formula sebab dia terus menolak susu EBM dan direct feeding mcm biasa pada waktu malam. Saya masih mengepam di tpt keja mcm biasa utk meningkatkan penghasilan susu.

    Harap dapat membantu saya sebab saya amat berharap dapat bagi fully breastmilk kepada anak saya…tq

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:39 am

      salam. anak puan mungkin tidak menggemari EBM sebab rasanya berbeza berbanding susu fresh daripada direct feeding. Anak berusia hampir setahun sudah boleh makan makanan tambahan spt bubur nasi dan keperluan nutriennya tidak bergantung kepada susu ibu semata-mata. Namun begitu susu masih diperlukan utk membekalkan kalsium. Puan tidak perlu menggantikan keperluan susunya dengan susu formula jika puan tidak mahu. EBM yang diperah boleh dimasukkan ke dalam makanannya spt di dalam bubur nasi atau bijirin atau diolah mengikut kreativiti ibu spt dibuat ais krim, puding dll. Sumber kalsium juga boleh diperolehi dpd sayuran spt bayam, brokoli dan kangkung.

  • Reply michael wijaya 14/10/2011 at 3:07 pm

    aku michael wijaya sayadri kcl sampai umur16 thn blm prnh di kasih asihibu siapa yangmau kasih ibu samasaya blh ajaiklahs saya tungu yah klo mau smske 081287504430

  • Reply shaliza 13/11/2011 at 12:53 pm

    salam…saya cuma ingin tahu

    1) EBM yang disejukkan apabila dipanaskan pada kali pertama boleh bertahan berapa lama pada suhu bilik?

    2) jika tidak habis digunakan, bolehkah disimpan semula dan bolehkah digunakan pada bila2 masa?

  • Reply IELA 20/12/2011 at 11:47 am

    Salam puan,

    Saya ada masalah..anak saya berusia 3 bulan..tp susu yang saya pump dipejabat hanya dapat sikit sahaja.setiap kali pump mayb dapat 2oz @ 3oz saja..saya kerap pum 2 jam sekali..myb dari jam 8 hingga 5 petang, saya hanya boleh dapat dalam 7oz. saya amat risau..saya nk susukan anak saya sepenuhnya..skrg saya tinggalkan 9 oz kepada pengasuh dan sparekan susu tepung sbb saya tahu susu saya xckup utknya dari jam 8 hingga 5 petang. macam mana ye nak banyakkan air susu setiap kali pump..saya jeles bila dgr member2 cerita setiap kali pum boleh dapat 9 ke 10oz.tolong la bantu saya..adakah saya perlu mencari ubat di farmasi untuk menambahkan air susu saya setiap kali pump.

  • Reply Sue 10/01/2012 at 9:19 am

    Assalamualaikum saya ada masalah,sekarang ni baby suda 7 bulan.saya menyusukan dengan susu ibu.masalahnya payudara saya sebelah saja yang mengeluarkan susu yang banyak.baby pun suka yang sebelah saja.sekarang ni saiz payudara pun dah tak sama.saya dah cuba susukan yang sebelah jugak.tapi baby tetap tak suka .cammana ye

  • Reply siti 09/02/2012 at 2:57 pm

    salam…

    saya ade sedikit keraguan yg hendak di tanya.. saya ade bayi berusia dalam 2 bulan lebih.. saya ade pam susu tuk baby d opis, masalahnye opis saya xde peti sejuk tuk saya simpan stok susu saya… saya cuma perah sekali dalam kol 2 atas sebab takut susu x dapat tahan lama… salah ke klu saya bagi susu formula dan susu saya selang seli pada baby?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:36 am

      salam. utk menjawab soalan “salah ke klu saya bagi susu formula dan susu saya selang seli pada baby?” agak sukar bg saya kerana ia pilihan ibu sendiri. banyakkan membaca info berkaitan penyusuan ibu seperti berikut:
      risiko bayi tidak diberi susu ibu
      kekangan dlm menjayakan penyusuan ibu

      jika di pejabat tiada peti sejuk, puan boleh menyimpan susu di dlm cooler bag berisi icepack yg tahan sehingga 10-12 jam, susu akan tahan sepanjang hari puan bekerja dan apabila tiba di rumah susu perahan tersebut bolehlah disimpan di dlm peti sejuk.

  • Reply firda 27/02/2012 at 2:57 pm

    Salam…
    saya baru saje melahirkan ank last 2 weeks.sy ada sedikit masalah dimana puting susu saya tidak timbul dan ini memberi masalah ketika menyusukan anak.Untuk pengetahuan saya memberi anak saya susu ibu melalui botol dr hari ke 3 selepas dia dilahirkan sehingga sekarang. walaupun saya memaksa anak saya menghisap puting namun dia menolak puting susu saya dan memilih untuk menghisap puting botol…disebabkan itu saya mengepam susu dan memberinya melalui botol setiap masa….bagaimana saya boleh menyusukan anak saya direct ke puting susu dan bukan nyer melalui botol….pls bagi saya pendapat n cadangan bg atasi masalah saya…

    tq

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:35 am

      salam. berdasarkan penjelasan yg diberi, sy boleh katakan anak puan telah mengalami masalah keliru puting disebabkan terlalu awal diperkenalkan dgn penyusuan botol (hari ke-3) dan kurang menyusu terus dpd puting payudara ibu. baca info berkaitan keliru puting di link ini. cuba aplikasikan kaedah penyelesaiannya. sy rasa puan masih ada peluang utk melatih bayi menyusu dari puting ibu memandangkan usia bayi masih sangat kecil.
      selamat mencuba.

  • Reply halimah 09/04/2012 at 9:42 pm

    Salam.saya baru 27 tahun. baby saye da 7 bulan sekarang.saya telah pegnant semula sekarang msh berusia 8 minggu.soalan saye,bolekah saya beri baby saye bf lagi kerana ibu sya mengatakan susu saya sekarang dah tukar darah tidak boleh lagi diberikan kepada baby saye? betolkah itu? Tolong saya selesaikan kekeliruan ini…. saya memang masih ingin berikan bf saya pada baby saya sehingga la baby saye usia 2 tahun nanti.. biarlah baby saye kongsi susu selepas adiknya lahir nant…

  • Reply Yatty 15/05/2012 at 11:28 pm

    Assalamualaikum,..
    Saya seorang ibu berusia 32 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 3 bulan. Saya tinggal jauh dari anak saya. Saya cuma dapat berjumpa dengan anak saya 2 minggu sekali. Saya akan mengepam susu dan akan menghantar bekalan itu 2 minggu sekali. Baru-baru ini, ketika mengepam susu, tiba-tiba keluar darah dari perahan susu saya itu. Adakah itu menandakan yang susu saya dah abis atau disebabkan masalah lain? Susu saya dah memang makin berkurangan tetapi saya masih mengalami sakit pada payu darah dan kekadang masih bengkak. Ada tak cara lain selain dari hisapan dari anak untuk mengekalkan payu dara saya sentiasa mengandungi susu? saya tidak mahu anak saya berhenti menyusu badan saya walaupun saya tinggal berjauhan ngan anak saya…

  • Reply azura 19/07/2012 at 7:23 pm

    Nak tnya kpada sesiapa tau mana nak dptkan pil tambah susu ibu iaitu meridone?sya tingal di seremban…tolong info..tq..

  • Reply yati 29/09/2012 at 9:14 pm

    sy dok pantai dlm,kl.kat sini ada jual.moridone…

  • Leave a Reply

    Chat with us
    Chat with us
    Questions, doubts, issues? We're here to help you!
    Connecting...
    None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
    Our operators are busy. Please try again later
    :
    :
    :
    Have you got question? Write to us!
    :
    :
    This chat session has ended
    Was this conversation useful? Vote this chat session.
    Good Bad