0
Metodologi/Teknik

Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Thaw

Thaw

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

  1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
  2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
  • Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer):

Autumnz Home Warmer

Autumnz Home Warmer

Sumber: askdrsears.com, babyfriendlyhalton.ca

Previous Post Next Post

You Might Also Like

77 Comments

  • Reply mummy sara & syasya 11/03/2009 at 6:45 pm

    kak, nk mintak ijin (izin) link entry ni kat entry farah ye…. muah muah..

    • Reply nieza 11/03/2009 at 7:21 pm

      farah, silakan… silakan… 🙂

  • Reply mama_Hakim 29/04/2009 at 4:53 pm

    salam.. saya nk tanya bole ke stok susu dibekukan bersama2 dgn ikan, ayam dan sebagainya di ruangan sejukbeku peti ais 1 pintu?

    • Reply nieza 09/05/2009 at 9:49 am

      salam mama_Hakim,
      Boleh. Stok susu masih boleh disimpan bersama-sama ikan, ayam dan sebagainya di ruang sejukbeku (freezer). Sebaiknya semua makanan lain juga ditutup rapat. Namun begitu bau dan rasa susu tidak berubah walaupun ada makanan lain di dalam freezer kerana penyebaran bau agak perlahan pada suhu yang rendah. (Pergerakan atom/molekul adalah perlahan apabila suhu dan tekanan rendah, apabila suhu meningkat, zarah-zarah akan bergetar lebih cepat… begitulah sebaliknya). Harap telah membantu. 🙂

  • Reply Leina 15/11/2009 at 4:26 pm

    Salam Kak Nieza,
    boleh ke susu yg disimpan dalam sejuk beku dipanaskan terus mengunakan warmer?
    maksud saya tak payah tunggu susu tu cair tapi sy terus mengunakan warmer utk cairkan susu tersebut.

    salam Liena, boleh terus panaskan susu beku tapi akan ambil masa yg lama utk mencairkannya kerana susu ibu tidak boleh dididihkan. Jika menggunakan warmer, pastikan suhunya tidak melebihi 75 darjah Celcius kerana suhu yg terlalu tinggi akan memusnahkan sebahagian besar nutrien dalam susu ibu.

  • Reply MamaLove 21/11/2009 at 11:20 pm

    Salam Kak Nieza,
    boleh tak susu yang hendak dibekukan di simpan didalam peti sejuk bawah untuk temph masa sehari? atau boleh terus dibeku kan..?

    salam mamalove, ebm boleh terus dibekukan atau simpan dulu di bhg bawah sehingga 5 hari sebelum dinaikkan ke freezer.

  • Reply Yusnita 11/12/2009 at 4:10 pm

    Salam perkenalan, saya sedang menyusu badan pada bayi saya. Banyak info berguna di sini. Macamana kalau saya nak linkkan pada blog saya? Saya tak berapa retilah.

    salam perkenalan. dialu-alukan utk link ke blog puan. masukkan saja url blog saya ke dlm blogroll/blog list puan

  • Reply Sha 22/12/2009 at 11:48 am

    salam kak nieza,
    terdapat ais di bahagian atas susu yang saya bekukan. biasa ke macam ni? adakah susu tersebut boleh diminum selepas dicairkan? risau juga saya.

    Salam Sha, ebm beku memanglah menjadi ais. mungkin yg dimaksudkan terdapat lapisan di bhg atas… it’s normal. apabila dicairkan dan dipanaskan, goyangkan botol (bukan goncang) supaya lapisan susu bercampur.

  • Reply Sha 22/12/2009 at 3:35 pm

    salam kak nieza,
    terdapat ais di bahagian atas susu yang saya bekukan. biasa ke macam ni? adakah susu tersebut boleh diminum selepas dicairkan? saya juga perasan bau susu yang dah dicairkan tu pelik, macam dah basi. boleh ke bagi baby minum susu tersebut? risau juga saya.

    salam, jika ada bau basi, ebm kenalah dibuang…. jgn beri baby minum. Mungkin cara pengendalian semasa memerah menyebabkan susu sudah tercemar.

  • Reply Sha 22/12/2009 at 5:35 pm

    thanks for the info.. tentang bau ebm tu, saya ada terbaca artikel online yang mengatakan ebm memang berbau tengit dan berbeza dari susu fresh yang baru diperah. betul ke?

    ye betul.. memang ebm beku berbau tengit… adakah bau begitu yg dimaksudkan bukannya bau basi? actually susu ibu tidak mudah basi jika disimpan dlm suhu sejuk. lagipun ia mengandungi bahan antibakteria semula jadi.

  • Reply Sha 22/12/2009 at 5:47 pm

    macam mana ye cara pengendalian yang betul? semua part pam saya dah steril b4 each time guna, botol simpan ebm pun steril. ke ada yg saya tertinggal?

    baca panduan penyimpanan susu ibu di sini. ebm yg disimpan di bhg sejuk masih boleh menyerap bau persekitarannya (bau makanan lain dlm peti sejuk), oleh itu sha boleh masukkan botol2 ebm dlm 1 bekas bertutup. selepas 5 hari ebm sejuk perlu dinaikkan ke freezer jika tidak digunakan.

  • Reply new mom 06/01/2010 at 8:24 pm

    saya ada kemusykilan, kenapa susu beku (yg sudah disimpan selama 3 minggu) yg saya cairkan dibahagian peti sejuk berbau seperti muntah bayi, adakah susu itu telah basi atau mmg berbau begitu.saya mohon jawapan segera kerana kalau basi saya nak buang takut nnt baby sakit perut bila minum.

  • Reply cham 02/03/2010 at 6:06 pm

    akum..just nk confirmkn…saya pernah dgr susu ibu yg sejuk x elok direndam dengan air panas atau didih…seeloknya air suam…separuh air panas dan separuh air paip..

    salam. terma yg sepatutnya digunakan ialah “warm water” iaitu air suam/air panas, bukan air mendidih pada suhu 100C.

  • Reply Mama Ima 19/08/2010 at 11:48 am

    Salam..saya seorang guru, alhamdulillah masa kerja agak fleksibel. Jd perlu x saya sediakan stok ebm yg byk smpi b’botol2 mcm dlm gambar tu. Pengalaman lepas, sya msh boleh direct bf baby saya kec.ada meeting atau kursus shj. Sya sdg mengandung 4 bln, twin. Jd rasa mcm x cukup susu pulak klu x buat stok nnt..

    salam, walaupun masa bersama baby agak banyak kerana bekerja separuh hari bagi guru-guru (kecuali ada meeting, kokurikulum dll) namun stok EBM masih perlu disediakan untuk waktu-waktu yg tak dijangka seperti pada ketika hasil perahan berkurangan dan kemungkinan utk menghadiri kursus. Mungkin tidaklah sebanyak spt dlm gambar itu tetapi sekurang-kurangnya tidaklah ‘pam hari ini utk hari esok’ semata-mata. Jika ada stok utk extra 3 hari itu sudah memadai. Saya pun seorg guru. Berdasarkan pengalaman menyusu eksklusif 5 thn lalu, saya mengepam mengikut rutin 2 kali sehari pun akan ada lebihan stok EBM yg banyak kerana baby hanya minum sekitar 6-8oz sahaja sepanjang ketiadaan saya. Tambahan pun saya ada masa utk balik pada waktu rehat untuk direct feeding.
    Bagi baby kembar, saya rasa puan wajar menyediakan stok EBM yang banyak kerana kadar penyusuan akan bertambah sekali ganda! Saya akan dapatkan maklumat berkaitan menyusu baby kembar. Tunggu artikel nanti, insya Allah.

  • Reply Mama Ima 20/08/2010 at 9:10 am

    TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATIAN PUAN..SAYA TGGU ARTIKEL PENYUSUAN BAYI KEMBAR YE!

  • Reply ida 10/11/2010 at 4:22 pm

    salam. sy pump susu sekitar jam 3-4 ptg di office. boleh ke sy x simpan terus susu tersebut di dlm peti ais sebaliknya tunggu sehingga sampai dirumah jam 6 ptg baru masukkan ke dlm peti ais?

    salam. sebaiknya susu tersebut disimpan di dalam peti ais utk menjamin ketahanan jangka hayatnya dan bawa pulang ke rumah dengan cooler bag berisi ice pack. susu yg baru diperah biasanya masih elok walaupun dibiarkan pada suhu bilik selama 2 jam (dlm keadaan hawa dingin atau suhu nyaman tidak panas), namun begitu perubahan persekitaran semasa perjalanan balik seperti udara panas di luar pejabat atau di dalam kereta boleh merosakkan susu. jadi simpanlah susu di dalam peti sejuk di pejabat sementara menunggu waktu balik ke rumah.

  • Reply emy 06/12/2010 at 5:19 pm

    salam..
    sye nk tya bagaimana cara tuk memanaskan susu yg diperah utk diberi pd baby smasa di luar… kadang2 tmpt yg kita pegi tu tak sesuai tuk baby meyusu terus dr payudara kita. so ada masa kita terpaksa bagi susu yang diperah di dalam botol.. tolong bagi sedikit pandangan…

    salam. saya agak musykil di mana yg puan maksudkan ‘tempat yg tak sesuai utk menyusukan baby’? saya rasa di mana baby boleh berada, di situ tempat yg boleh utk menyusukannya. jika tempat itu di kelilingi ramai org, puan boleh menggunakan poncho atau kain utk menutup bahagian yg mungkin akan terdedah atau boleh mencari sudut yg tersembunyi, atau boleh menyusu di dalam kereta…
    walau bagaimanapun puan boleh membawa susu perahan di dlm cooler bag dan dipanaskan apabila hendak diberi kpd bayi sama ada menggunakan electrik warmer atau rendam di dlm air panas. namun kaedah ini agak menyusahkan kerana ianya sama spt ibu2 yg memberi susu formula kpd anak kerana terpaksa membawa bekal air panas di dlm termos!

  • Reply sue 14/12/2010 at 3:56 pm

    Assalamulaikum..

    Saya ibu yang baru memulakan perjuangan susu ibu sepenuh masa ni. Saya masih keliru tentang bekas penyimpanan susu yang selamat utk digunakan bagi tujuan pembekuan dan penyejukan. Bolehkah saya guna botol susu (feeding bottle) yang biasa utk tujuan tersebut atau mesti mencari yang BPA free juga? Kalau saya guna liner, masa memerah saya kena guna bottle and transfer ke liner, begitu ke? Dan apabila nak guna, transer pulak dari liner ke feeding bottle?? Harap dpt penjelasan. Shukran.

    salam. bekas penyimpanan yg selamat ialah botol bebas Bisphenol A (BPA-free) kerana botol biasa yg diperbuat daripada polycarbonate mengandungi BPA yang boleh larut di dlm makanan/minuman apabila dipanaskan. oleh itu amat digalakkan utk menggunakan botol penyimpan yang bebas BPA.
    Sesetengah liner boleh attach pada pump jadi boleh pump terus susu ke dalam liner, atau semasa mengepam pegang liner dgn sebelah tangan, atau pamkan susu ke dlm botol dan pindahkan ke dlm liner utk menyimpan. Begitu juga semasa memanaskan, ada sesetengah jenis liner boleh dipanaskan bersama susu di dalamnya. Baca arahan pada kotak liner sama ada ia boleh digunakan utk memanaskan susu, jika tidak susu perlu dituang ke dlm botol utk dipanaskan. Jika susu beku, cairkan dahulu di dalam liner dan barulah pindahkan ke dlm botol utk dipanaskan.

  • Reply SUE 15/12/2010 at 12:20 pm

    Assalamulaikum,

    Saya ni ibu yg baru memasuki dunia perjuangan susu ibu sepenuh masa ni. Nak bertanya samada boleh tak membeku, menyejuk dan memanaskan EBM guna feeding bottle yg biasa (takde tulis BFA free). Saya guna bottles tu selama ni, susu simpanan masih boleh terus guna ke idak?
    Satu lagi, boleh tak cuci bottles tu dan alat2 perahan lain ngan sabun pencuci pinggan yg biasa? Parts pada Pam bergetah manual nak steril camne plak ye? Tlg lah jawab. Mekasih wa shukran jaziilan.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 8:05 am

      salam, botol biasa adalah diperbuat daripada polycarbonate yg tidak selamat digunakan kerana bahan polycarbonate itu boleh menjadi toksik di dalam badan.
      Botol dan peralatan mengepam boleh dicuci dgn sabun pencuci pinggan dan bilaslah dgn air bersih kemudian sterilkan dengan alat pensteril (sterilizer) atau merendam di dlm air suam. Bhg2 nipis seperti membran pada pump jangan direndam dlm air panas, memadai melalukan air suam padanya kerana ia mudah koyak jika direndam dlm air panas.

  • Reply sue 16/01/2011 at 1:58 pm

    Assalamualaikum,

    Puan,
    Perlukah kita cuci cik B kita setiap kali sebelum memerah? Kalau memerah di ofis, terasa leceh sedikitlah kalau mcm tu. Hrp mendapat tips berkenaan perkara ini. Terima kasih. Jazakillah.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:54 am

      wa’alaikumussalam.
      tak perlu mencuci payudara dgn air yg banyak setiap kali sebelum atau selepas memerah, memadai mengelap puting dan kawasan areola dgn tuala bersih, kalau boleh tuala yg dibasah dgn air didih.

  • Reply anna 01/02/2011 at 8:50 pm

    slm

    puan, susu lps dicairkan, tahan berapa lama ye?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:47 am

      salam. susu selepas dicairkan dan dipanaskan tahan 2-4 jam sahaja.

  • Reply hanakhairi 17/02/2011 at 10:06 am

    assalamualaikum,
    izinkan saya paste artikel ni di blog saya yer

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:27 am

      w’salam.. dgn izin, semoga dapat berkongsi bersama rakan yg lain

  • Reply aishah 20/02/2011 at 1:52 am

    salam kak…mohon share ye kat blog sy…

  • Reply aisya 09/03/2011 at 9:19 pm

    salam kak…

    sy telah turunkn susu beku (dr freezer) mlm smalam..tp x habis diminum..boleh ker sy beri pd baby sy jika susu telah lebih 24jam..sedih nye klau trpaksa dibuang sbb ade 9oz 🙁

  • Reply mumynabhan 17/03/2011 at 5:17 pm

    kak sgt berguna info ni…….tp sy da trlambat cz ank da x mnyusu badan…..cz dulu
    sy kje kilang mmg ade niat nk bg kt baby scare ekslusif tp sy x tau bole simpan byk n lame…
    kak sy pon nk akak pnyer blok tuk link sy tp cne sy x tau nk transfernyer……harap tolong yer……..

  • Reply Laila Nazura Nawi 23/03/2011 at 11:36 pm

    Kak…saya mintak akak halalkn saya nak copy info ni

  • Reply ana 20/04/2011 at 10:14 am

    salam…

    saya nak tanya,klu stok ebm dah di beku kan dlm freezer masa b’pantang,tp memandangkan perjalanan ambik masa dlm 6jam (mungkin ebm mencair),tp msukkan dlm cooler bag,sampai umah still boleh masuk dlm tempat beku lg,boleh ke? hrp dpt m;bantu yek..tq

  • Reply ctzubaidah 30/04/2011 at 8:16 am

    salam..kalau travel 2-3 hari, peti ais beku pula tidak berfungsi dan saya simpan ebm saya dalam peti sejuk biasa. hari ke3 saya balik ke rumah dgn membawa ebm dalam cooler bag dengan perjalanan selama 4 jam. macamana sy nak kendalikan ebm saya? boleh digunakan atau pun tidak?

    terima kasih…

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:07 am

      salam. susu yg disimpan di dalam peti sejuk biasa boleh tahan sehingga 5-7 hari dan dibawa di dalam cooler bag boleh tahan sehingga 12 jam (bergantung kpd kualiti ice pack yg digunakan)
      ebm puan masih elok dan bila tiba di rumah selepas perjalanan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sama ada di bhg sejuk biasa atau di bhg sejuk beku

  • Reply halimaton 15/06/2011 at 1:14 pm

    slm..tahniah..saya sentiasa jdkan blog ini utk panduan saya menyusu..ada soalan saya nak kemukakan. saya akan mula keje tak lama lg. baby saya akan stay kat taska sepanjang saya keje. saya telah menyimpan stok susu perahan dlm freezer. ada yg saya guna botol dan ada yg guna breastmilk plastik bag. saya akan turunkan stok dr freezer mlm tu ke peti sejuk.then esok pagi sblm ke taska saya akan masukkan stok botol susu utk hari tersebut dari peti sejuk tu ke dlm cooler bag utk memudahkan pengasuh amik botol tu dr cooler beg. boleh ke saya pindahkan susu breastmilk plastik bag freeze yg telah cair ke dlm botol susu dan masukkan dlm cooler bag utk diletakkan di taska?adakah susu2 tu still ok sehingga jam 6 ptg?harap bantu.saya guna cooler bag utk kemudahan dan khuatir peti sejuk pengasuh penuh.tq

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:58 am

      salam. perancangan yg puan buat itu betul. susu di dlm storage bag pun boleh dipindahkan ke dlm botol dan kemudian disimpan di dlm cooler bag. cuma pastikan ice pack mencukupi dan cooler bag mampu mengekalkan suhu sejuk sepanjang tempoh bayi berada di taska (anggaran 10 jam). di samping itu bekalkan juga susu perahan sejuk biasa (bukan susu beku dari freezer) setiap hari, contohnya jika puan bekalkan 6 botol, 3 botol adalah susu dari freezer dan 3 botol lagi susu sejuk biasa.

  • Reply halimah 21/06/2011 at 9:20 am

    saya nak tanya..susu freezer yg saya cairkan berwarna kekuningan dan berminyak…adakah susu berkenaan masih elok atau sebaliknye?bila saya merasa susu itu masih elok..tetapi susu tersebut mempunyai bau berminyak kekuningan…..tima kasih berkongsi info…

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:56 am

      salam. jika rasa susu masih elok dan tidak berasa masam maka susu masih boleh diminum. warna kekuningan dan berminyak itu adalah lemak susu dan ia akan bercampur dgn susu dgn cara menggoyang (bukan menggoncang) botol selepas memanaskan susu tersebut. saya pernah juga terbaca tentang keadaan susu ibu dipengaruhi juga oleh pemakanan ibu, apabila ibu makan makanan berlemak, maka kandungan lemak di dlm susu juga meningkat. mungkin ada juga benarnya kerana apa yg kita makan itulah yg dihasilkan di dlm susu ibu.

  • Reply ashnani 22/06/2011 at 12:41 pm

    salam. kak. nak bertanya sebab lagi 2 minggu nak bekerja dah. so, nak gtau BS ttg ssu ibu ni.

    Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.

    persoalan saya. apa perbezaan dengan susu yang dah dipanaskan bertahan 1 jam sahaja? saya jadi keliru. adakah susu yang sudah dipanaskan bertahan sejam atau 4-6 jam?

    terima kasih.

  • Reply ain 22/06/2011 at 5:20 pm

    salam.. thu x website @ mane2 blog ade jual warmer n cooler? kt jusco sini abes stock plk.. x thu smpi bile. tq

  • Reply aifa 23/06/2011 at 3:11 pm

    Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).

    dlm tempoh 24 jam, klu baby nyusu tp x abis, perlu ker susu tsebut dipanaskan semule?

  • Reply halimah 02/07/2011 at 11:36 pm

    saya mmg berniat utk memberikan susu bdn sepenuhnya utk ank yg ketiga ini memandangkan ank pertama menyusu hampir 6 bulan dan yg ke2 3 bln sahaja….
    skang saya sudah mempunyai stok 60 bks susu yang tlh diletakkan di frezeer.12.7.11 ni sy akan memulakan kerja semula setelah 3 bln cuti bersalin. saya tidak mempunyai keyakinan dan risau mengenai pemberian susu yng akan saya bekalkan kepada pengasuh nanti…saya risau pengasuh tidak mengetahui dan memahami cara2 utk menyimpan dan mencairkan susu berkenaan…
    tolong berikan info yng lebih mudah dan dgn ini sy boleh mencatatkan cara2 yg betul mengenai pengendalian susu perahan di atas kertas sebagai nota utk diberikan kpd pengasuh…

  • Reply halimah 03/07/2011 at 12:10 am

    saya nak tanya pengambilan makanan apakah yang membolehkan susu saya menjadi lebih banyak? saya sememangnya masih mempunyai susu walaupun sudah hampir 3 thun ank ke2 sy tidak menyusu badan…tetapi saya mAsih risau kerana tidak lama lagi sy akan memulakan tugas. jadi saya risau susu yng saya bekukan dlm freezer tdk mencukupi utk diberikan kpd anak sy yg ke3 nnti..

  • Reply halimah 03/07/2011 at 12:19 am

    terima kasih diatas kewujudan blog yang sememangnya hebat ini…melalui blog ini saya mendapat pelbagai informasi mengenai penyusuan scara eklusif utk bayi ke3 saya…

    saya akan sentiasa melayari dan mengadaptasi semua info dan akan mengesyorkan kpd rakan2 mengenai kewujudan blog ini…
    tahniah and well done….

  • Reply emmanizam 03/07/2011 at 12:48 am

    saya telah mncairkan dan mmberikan susu frezer yg bertarikh 17.5.11 kpada byi sya.sblum diberi susu berkenaan sy tlh merasa dn susu tersebut mmg tidk basi tetapi mempunyai bau yang tdk meyenangkan,berminyak dan berwarna kuning…….saya telah mmberikan susu berkenaan kpd by saya….setelah beberapa ketika by saya membuang air besar dengan byk dan kerap serta sering meragam…
    sya nak tanya adakah susu yg saya berikan tersebut tercemar atau sebaliknya?
    saya risau sekiranya perkara tersebut berulang andainya saya bkalkan susu yg lain (yg dibekukan )kpda pengasuh nnti….

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:54 am

      sekiranya puan telah yakin susu tersebut masih elok dan tidak basi, bayi puan meragam dan membuang air besar yg banyak bukan disebabkan susu basi tetapi mungkin disebabkan kandungan di dalam susu. susu yg dibekukan memang berbau agak kurang enak berbanding susu segar. teksturnya yg berminyak dan berwarna kuning mungkin ada kaitan dgn apa yg puan makan (kerana makanan yg ibu makan sedikit sebanyak mempengaruhi kandungan air susu).

  • Reply rossy 14/07/2011 at 11:23 am

    Assalamualaikum halimah,just utk share my experience. Saya bekalkan 4 botol susu sehari utk anak sy yg berusia 4 bulan. Saya bekalkan dlm botol yg boleh dipanaskn terus dlm air panas,so setiap kali waktu penyusuan pengasuh akan memanaskan 1 botol susu,yg selebihnya disimpan dlm peti sejuk bhgn bawah utk penyusuan seterusnya. Susu yg telah dipanaskan perlu dihabiskan dlm masa 1jam selepas dipanaskan(refer pada buku panduan penyusuan).

  • Reply Emizana 18/07/2011 at 10:25 am

    Salam,

    byk btl info yg berguna dalam blog ni. Saya nak tanya boleh ke kita simpan air susuperahan utk di simpan dalam freezer ke dalam bekas plastik yg biada kita buat dadih eh? Saya tgk kwn saya pakai bekas plastik tu. bila dia nak bg kat anak dia barulah dia tuangkan dlm botol susu bpa free pastu dia akan panaskan susu tu.
    terima kasih

  • Reply norizz 21/07/2011 at 6:58 pm

    salam
    saya perlukan pnjelasan mngenai susu ibu yg dibekukan jika diturunkan ke bhg bwah peti sejuk mmg tidak bleh disimpan mlebihi 24 jam w’pn tidak digunakan,kenapa ye?
    susu beku yg dibt stok berlainan tarikh bila dicairkan boleh dicampur sekali x?sy x de pngalaman mngenai bf,jd bl sy pam susu n sesudah itu trus msuk ke tmpt beku,apakah kesan ke atas susu trsebut?selamatkah utk anak sya?sya brharap pn.dpt mmberikan jawapan kerana 1hb ogos ni sy telah mula bekerja..terima kasih

  • Reply wan 22/07/2011 at 12:23 pm

    Saya nk tanya, susu yang dah dibekukan, saya cairkan dulu, boleh dicampurkan sekali tak dengan susu beku yang dicairkan juga tetapi dipam pada sesi berlainan. Boleh tak campuran kedua-dua susu ini saya panaskan untuk diberi minum pada baby….

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:50 am

      boleh campur tak ada halangan

  • Reply yani 22/07/2011 at 5:46 pm

    salam kak…

    nak tanya.sy msh baru lg dan x mahir dlm hal ni…sy nk ty, boleh x saya simpan susu perahan dlm bekas dadih? then bekas dadih tu blh ke digunakan berulang kali?

    tq

  • Reply HMD 28/07/2011 at 11:29 am

    Assalamualaikum..
    saya nak tanya bolehkah susu freezer yang berlainan tarikh dicampurkan dalam 1 botol setelah dicairkan…..
    ini kerana pengasuh ank saya mencampurkan 2 bekas (2.5 oz dn berlainan tarikh)dalam 1 botol susu sebelum diberikan kpd bayi…
    adakah kualiti susu berkenaan masih sama atau sebaliknya..
    dan juga bagaimanakah kesan susu berkenaan keatas byi saya?

  • Reply Nozi 21/08/2011 at 11:05 am

    Assalam,

    Saya baru juga blajar fully breastfeed ni…nk tanya..kenapa bila dipanaskan guna warmer,susu kelihatan seperti berketul2..mcm suhu tk kena dgnnya…tp mmg ikut arahan daripada guideline pd warmer tu la..sy dah gongcang dah..tp ada nmpak putih2 mcm rupa dadih gitu..bkn keras..dah cair..tp ada tompok2 ala2 dadih..

  • Reply noli 29/09/2011 at 12:55 pm

    salam… saya nk tanya, bagaimana cara nk bg susu perahan? klu pakai cup, macam susah jer, coz anak saya akan dihantar ke taska… macammana yek? nk bagi guna botol , anak saya pulak x nk. ada cara lain ker? harap tolong jawab yer,… terima kasih.

  • Reply sharaz 16/11/2011 at 8:11 am

    salam, kak saya nak tanya. saya simpan susu perahan didalam peti beku. semalam ada yang buka pintu peti beku tetapi terlupa tutup. pagi tadi bangun tengok susu semua telah mencair. adakah saya boleh bekukannya semula. atau saya boleh turunkan ke peti ais bawah untuk kegunaan dalam masa seminggu. cadangkan kak yang mana terbaik?…
    saya keliru…

  • Reply yatt 03/12/2011 at 8:47 pm

    sis…minta izan mengcopy maklumt ini ok…tq

  • Reply zsa2 04/12/2011 at 11:29 am

    salam,kak….nk tnyela…sy difahamkn susu yg telah dipanaskn hnya tahan 1jam…tp akak kte 4-6jam…cne ye? kompiusla…tq…

  • Reply fasha 09/03/2012 at 4:02 pm

    Salam..

    Saya mempunyai seorang kawan yg menyusukan baby dan menyimpan EBM. Tetapi dalam pada masa yg sama dia juga seorg sosial smoker. Saya ada bertanya berapa batang rokok yg dia ambil sehari dan dia mengatakan dia cuma menghisap 2 batang sehari kerana dia tidak boleh berhenti merokok serta merta.

    Soalan saya di sini apabila dia memberikan susunya kepada anaknya tidakkah susu itu terjejas akibat bahan2 yg terdpt di dlm rokok itu? Adakah dgn merokok juga blh menyebabkan susu berkurangan? Bolehkah puan memberikan jawapan krn saya sering tertanya2 dan ingin menasihatinya agar berhenti merokok.

  • Reply ekin 22/03/2012 at 4:45 pm

    As-salam.

    semasa dlm pantang saya byk membuat stok perahan susu.setiap perahan akan saya labelkan.apabila saya mula bekerja,saya terlepas pandang ada susu perahan saya yg telah 4 bln disimpan.saya menyimpan susu perahan saya ditingkat atas (peti sejuk 2 pintu).saya ingin tau,adakah saya masih boleh memberi anak saya susu tersebut? kandungan zat didalam susu tersebut masih ada atau tidak?
    Terima kasih.

  • Reply ekin 22/03/2012 at 5:08 pm

    oh yer,satu lagi saya nak tanya…drp info yg saya baca,susu beku yg dicairkan hendaklah dihabiskan dlm tempoh 24jam , betul ye?bagaimana pula jika susu beku masih tidak cair sepenuhnya dalam tempoh 24jam setelah dipindahkan ke bahagian bawah.masih boleh digunakan selepas 24jam tak? setahu saya susu beku perlu cair terlebih dahulu & disuamkan sebelum diberi kepada bayi.minta pendapat…musykil sgt2.
    terima kasih sekali lagi.

  • Reply siti 13/04/2012 at 8:22 am

    Salam…

    Saya perlukan bantuan. Bangun pagi ni, bukak freezer, stok EBM saya mencair tetapi tidak totally cair. Kemungkinan peti freezer tidak rapat semalamam.Ada yang masih beku, separa beku dan cair. Luluh hati tengok stok EBM saya tu..:( Mood nak keje pun tiada. Persoalannya,
    1.macam mana saya nak uruskan ketiga-tiga keadaan stok EBM saya yang beku, separa beku dan cair tu?
    2.Betul ke kalau EBM dah mula mencair, tempoh bertahan hanya 24jam?
    3.Tidak bolehkah susu berkenaan dibekukan semula memandangkan saya tidak mengeluarkan satu pun dari freezer, hanya menutup rapat kembali pintu peti?

    Tolong mommies, saya kerungsingan & moody memikirkan stok EBM saya.. 🙁

  • Reply syaz 02/05/2012 at 12:58 am

    Assalam. puan, sy ingin bertnya berkenaan:
    1) stok susu beku yg diturunkan ke peti sejuk utk proses pencairan. Liner utk menyimpan susu bersaiz besar & bole menyimpan hgga 350ml. spt yg puan nyatakan, susu beku yg telah dicairkan hanya boleh digunakan dlm tempoh 24jam. bermakna jika tidak dpt dihabiskan, susu tersebut perlu dibuang..?
    2) susu yg telah dicairkan & dipanaskan perlu dihabiskan dlm tempoh 4-6jam. jika dipanaskkan didlm botol yg digunakan utk feeding bayi, kemudian ia tidak habis diminum bolehkan ia dipanaskan semula utk penyusuan seterusnya..? dan mmg strictly kena habiskan dlm tempoh 2-3jam shj..? tq puan.

  • Reply mamayusa 23/05/2012 at 11:19 pm

    Assalam,sy nk tnya bagaimana klau nk tau sama ada susu tu dh basi ye? Adakah bau masam atau macamana ye? Hrp puan dpt mmbntu sy yg bru nk bljr ni..tqvm

  • Reply Mummy safa 06/07/2012 at 2:42 pm

    Assalam.. Saya baru menjadi ibu 2 minggu… Saya nak tahu jawapan bagi kemusykilan saya seperti berikut:
    1) setelah memerah susu saya, berapa lama susu boleh disimpan di dalam bilik, tanpa perlu memasukkan ke dalam peti ais.
    2) saya telah keluarkan satu botol susu yang saya bekukan di dalam peti ais (bahagian atas), saya tidak cairkan ia menggunakan warmer, tetapi membiarkannya cair sendiri (selalunya mengambil masa dalam 1-3jam utk cair), apabila cair, baru saya gunakan warmer untuk memanaskannya. Adakah cara saya betul?
    3) sekiranya perahan susu yang sudah dipanaskan tidak habis diminum oleh baby, berapa lama susu itu boleh bertahan lagi? Bolehkah ia dipanaskan lagi?

    Saya sangat-sangat menghargai response akak… Saya susah hati sangat sebab takut apa yang saya lakukan tidak betul…. Tq very much…

  • Reply lela 13/07/2012 at 11:53 am

    kenapa susu yg telah dipanaskan tidak boleh disimpan ke dalam peti sejuk semula??

  • Reply kema 05/08/2012 at 4:03 pm

    mntk izin nk share kt fb sy ye kak?

  • Reply kema 05/08/2012 at 4:16 pm

    nk msk kt fb sy bleh?tp sy xtau camne…

  • Reply SYAFI 27/12/2012 at 11:45 am

    berapa harga satu ni?

  • Reply Azie 10/02/2013 at 1:52 pm

    salam, terima kasih..panduan yg sngt berguna 🙂

  • Reply ira 25/03/2013 at 3:14 pm

    salam..

    saya ade sedikit persoalan..bagaimana untuk saya meningkatkan pengeluaran susu badan..saya telah mencuba produk shaklee tetapi hasil perahan tetap sama iaitu 2oz..kini anak saya berumur 5 bulan lebih..bagaimana cara untuk saya meningkatkan pengeluaran susu..saya telah amalkan minum air kosong 3liter dan pemerahan 3jam skali..ape yang harus saya lakukan supaya saya boleh menyusukan bayi sehingga 2th..saya juga telah mengamalkan makanan untuk menambah susu tapi hasil tetap sama..harap puan dapat membantu..

  • Reply ieka 23/09/2014 at 3:45 pm

    Salam
    Saya nak tya..susu yg telah di panaskan pakai home n car warmer bertahan berapa jam…ade mengatakan 1 jam sahaja? Betul ke…
    Adakah boleh dipanaskan semula jika susu tersebut tidak di minum utuk kgunaan pyusuaan seterusnya???
    Sila membantu…sangat kebuntuan…sayang maw buang

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:08 am

      w’salam. susu yang telah dipanaskan tetapi tidak habis diminum baby boleh disimpan semula di dalam peti sejuk utk penyusuan seterusnya. Jangka masanya adalah dalam tempoh 1-2 jam sahaja. Jika baby x mau minum susu tersebut pada penyusuan kedua itu, susu tidak boleh disimpan semula dan perlulah dibuang. Tidak digalakkan susu dibiarkan pada suhu bilik kerana pencemaran air liur baby sudah pun berlaku maka kemungkinan untuk susu basi lebih cepat pada suhu bilik. oleh itu adalah disarankan panaskan kuantiti susu yang diperlukan sahaja. contohnya jika baby biasa minum 3 oz sahaja, panaskan susu dalam lingkungan 4 oz sahaja, tak perlulah panaskan sampai 7 oz… sayang kalau x habis minum.

  • Reply irah 17/07/2017 at 9:56 am

    salam,saya ingin bertanya bolehkan susu yang hendak dicairkan direndam dalam peti bawah bersama air untuk dicairkan dengan cepat.

    terimaksih

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:03 am

      wslm. maksud puan susu beku yg hendak dicairkan direndam bersama air? susu beku diturunkan dari bhg beku ke bhg bawah pada mlm hari direndam bersama air utk mempercepatkan pencairannya utk diguna keesokkan harinya…? jika begitu… boleh. asalkan perlu patuh kepada masa penggunaan susu tersebut dlm tempoh 24 jam dari masa menurunkannya dari bhg beku

  • Reply Sha Is 14/09/2017 at 10:23 pm

    Saya nk Tanya.. Susu perahan yang dibekukan pada peti sejuk satu pintu, tahan berapa lama yer? Adakah 4-6 bulan? Tq?

  • Reply Siti Norshahira bt Shafie 29/10/2017 at 10:39 am

    Slm puan sy nk tanya boleh x sy bg bayi saya susu dr chiller tanpa memanaskn susu itu sy letak di luar dlm 5-10minit dulu?

  • Reply Adlin Yang 10/05/2018 at 7:43 pm

    Salam sis, saya ada pertanyaan. Sy kluar rumah pukul 3 lbh ptg td. Balik dlm kul 7 lbh, sy lihat peti sejuk beku sy terbuka pintu, sebahagian ebm jatuh cair, sebahagian lagi masih dlm peti sejuk beku. Yg dlm peti sejuk beku, ada yg cair, separuh cair dan masih beku. Persoalan sy, blh guna lagi ke ebm yg dlm peti sejuk beku tu? Peti sejuk sy jenis 2 pintu.

  • Leave a Reply

    Chat with us
    Chat with us
    Questions, doubts, issues? We're here to help you!
    Connecting...
    None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
    Our operators are busy. Please try again later
    :
    :
    :
    Have you got question? Write to us!
    :
    :
    This chat session has ended
    Was this conversation useful? Vote this chat session.
    Good Bad