0
Metodologi/Teknik

Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Expressed Breast Milk (EBM)

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League

Gambar ihsan Rizua (thanks ya! 🙂 )

Previous Post Next Post

You Might Also Like

374 Comments

  • Reply Sue 01/03/2009 at 1:49 am

    Thanks for this info. Saya nak tahu bagaimana kita nak panaskan susu yg disimpan kat dlm peti ais ( bhg bawah & tempat beku ?. If we don’t have a warmer, can we use hot boil water ?

    • Reply nieza 01/03/2009 at 9:52 am

      Thanks Sue kerana sudi melawat blog ini. 🙂
      1. Untuk memanaskan susu yang disimpan di bhg sejuk, rendamkan susu dalam bekas kecil/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Rasa kepanasan susu. Jika belum terasa suam, tukar air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
      2. Untuk susu yang dibekukan di bhg atas peti sejuk, pada sebelah malam turunkan susu (mengikut kuantiti/bilangan botol yang hendak digunakan keesokkan harinya) ke bhg sejuk peti sejuk untuk membenarkan pencairan berlaku perlahan-lahan. Apabila hendak diberikan kepada bayi, panaskan seperti no 1 di atas. Susu yang sudah diturunkan dpd bhg beku perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula.

  • Reply tiena 15/03/2009 at 8:42 pm

    Thanks god coz i jumpa blog ni… benar2 memberi info yang saya perlukan. Anak kedua saya baru 22 hari… dan saya bercadang nak menyusui secar eksklusif.
    Saya nak tahu juga berapa banyak susu yang selalunya dapat diperah dalam sekali perahan? sebab saya rasa susu saya tak banyak…anak pertama dulu saya ada cuba tetapi saya rasa sikit sangat lah susu yang dapat diperah dalam satu masa perahan tu.. tq.

    • Reply nieza 16/03/2009 at 1:57 am

      Salam tiena,
      Semoga beroleh manfaat dpd blog ini.

      Berapa byk susu dpt dikumpul dlm setiap perahan berbeza2 di kalangan individu… boleh jadi hanya 1 oz sahaja, secara purata biasanya 3-4 oz atau tidak mustahil juga boleh sampai 10 oz!

      Baby baru 22 hari kan? Kerapkan direct feeding (setiap 2 jam) ketika masih dlm pantang ini. Pada permulaan ini breast belum benar2 adjust dgn rutin memerah jadi kuantiti yg diperolehi masih belum lumayan.

      Semakin kerap memerah, semakin byk susu akan dihasilkan kerana prolaktin akan mengesan breast telah “kosong” maka susu baru akan dihasilkan. Kekerapan bayi menghisap adalah mekanisme terbaik merangsang lebih banyak susu dihasilkan. Rutin memerah juga sebaiknya dipatuhi secara konsisten supaya breast terbiasa dgn rutin tersebut dan akan menghasilkan susu yg mencukupi. Biasakan memerah sekurang-kurangnya 3 kali dlm tempoh bekerja 8pg-5ptg dan 1-2 kali pada sebelah mlm. Simpan semua hasil perahan walaupun hanya 1 oz.

  • Reply farra 02/04/2009 at 1:36 pm

    akak, kalu dah panaskan ebm, baper lama leh tahan? ada yg kater 1jam kena discut, tp hubby saya rasa pas 2 @ 3 jam still leh minum lagik..knfius la…sayang nak buang kalu byk lagik..huhuhu….hep me….

    • Reply nieza 02/04/2009 at 7:59 pm

      salam farra,
      Susu yang sudah dipanaskan dan diminum oleh baby boleh disimpan pada suhu bilik utk tempoh 2-3 jam. Kalau x confident ibu boleh try rasa sikit susu tersebut… SEDAP.. 🙂
      Memang sayang nak buang susu yang telah diperah hasil usaha kita, jadi boleh kurangkan kuantiti simpanan dlm 1 botol, contohnya hanya 2 oz utk sekali minum. Tetapi kadang2 tu memang tabiat baby (agaknya)… mesti nak tinggal sikit baki dlm botol… hmmm…

  • Reply fadzilah 09/04/2009 at 10:36 am

    Saya mengandungkan anak kedua dan berazam untuk menyusu secara eksklusif apabila kelahirannya nanti. Sekarang kandungan dah 7 bulan setengah. Sya telah mula membuat persiapan untuk tujuan tersebut. Azam saya memang kuat. Walaupun ada kata2 yang kurang enak didengar tentang penyususn eksklusif, saya abaikan yang penting niat saya untuk anak dan melalui pembacaan saya tentang penyususn lagi menambahkan azam sya. Mudahan azam saya in i tercapai. Saya sering membaca artikel tentang penyususn dalam internet dan buku. Doakan sya berjaya. Amin

    • Reply nieza 09/04/2009 at 4:20 pm

      salam fadzilah, tahniah kerana telah membina azam yang kuat utk menyusukan anak kedua secara eksklusif. Azam yg kuat menyumbang kpd kejayaan penyusuan eksklusif kerana apabila kita telah mempunyai azam yg kuat kita sebenarnya telah melatih otak kita bersedia ke arah penyusuan eksklusif. Jangan lupa bahawa hormon prolaktin (yg merangsang penghasilan susu ibu) dirembeskan oleh kelenjar pituitari di otak, jadi ada relevannya kita melatih minda dan otak kita untuk yakin dan percaya bahawa kita akan berjaya menyusukan anak secara eksklusif nanti. Percayalah! Anda pasti berjaya. 🙂

  • Reply fadzilah 10/04/2009 at 1:51 pm

    tq kak,
    Demi untuk merealisasikan impian saya, saya membeli pam susu yang agak mahal tapi insyaaalah saya rasa ia sesuai dengan saya kerana saya telah bertanyakan pendapat rakan2 yang menggunakan produk tersebut.. Satu soalan saya, saya akan cuti bersalin selama 2 bulan,adakah sempat untuk saya memulakam simpanan stok susu dua minggu sebelum mula bekerja?Adakah ia mencukupi bila saya mula bekerja dan meninggalkan anak kepada pengasuh?Ada yang mengatakan bahawa kita perlu mula membuat stok semasa 3 minggu dalam pantang.

    • Reply nieza 11/04/2009 at 5:25 pm

      salam fadzilah,
      Jenis pam memang sedikit sebanyak mempengaruhi hasil perahan. Ciri pam yg baik adalah yg mengikut ritma hisapan, selesa digunakan dan tidak menyakitkan ibu. Kerana pam yg menyakitkan akan membuatkan ibu stress, puting luka dan melecet dan ini boleh mengganggu proses penghasilan susu.
      Ibu boleh mula memerah susu seawal 2 minggu selepas kelahiran bayi. Digalakkan berlatih memerah dgn tangan dahulu dan kemudian menggunakan pam. Pada peringkat awal, kebiasaannya hasil perahan adalah sedikit kerana payudara belum biasa dgn rutin mengepam tetapi dari sehari ke sehari hasilnya pasti bertambah. 2 minggu atau 1 minggu sebelum kembali bekerja biasakan diri dengan jadual mengepam seolah-olah telah kembali bekerja.
      Pada bulan kedua juga boleh mula mangajar bayi minum susu perahan. Sebaiknya bayi minum dgn cara menyuapkannya menggunakan sudu atau cawan kecil. Boleh juga menggunakan botol tetapi dibimbangi masalah keliru puting akan berlaku. Akak akan paparkan nanti jadual melatih bayi minum susu perahan. Atau boleh rujuk buku Panduan Penyusuan Ibu bagi Ibu Berkerjaya. 🙂

  • Reply Rizua 10/04/2009 at 3:36 pm

    Salam k nieza..baru tgk gamba ebm ku d cini..bangga kembang idung ..hehe

    • Reply nieza 11/04/2009 at 5:34 pm

      salam rizua, tumpang kembang idung gak… gambar ebm tu membuatkan ramai ibu bersemangat utk menyimpan ebm dgn meriahnya.

  • Reply toptotty 20/04/2009 at 4:04 pm

    sy bakal melahirkan anak pertama seawal bln 5 ni..
    sy dr awal2 sgt berminat tuk penyusuan eksklusif ni..dan telah pun beli pam untuk kegunaan akan dtg ni..
    kemusykilan saya,

    1. jika saya amik keputusan tuk mula pam,selepas bayi berumur sebulan,bermakna saya perlu direct feeding setiap 2 jam untuk merangsang pengeluaran susu berkekalan?plan sy,sy akan kenalkan susu ibu dlm botol slps sbln atau lebih bg elakkan bayi keliru puting.

    2.seandainya berlaku bengkak susu dlm bulan pertama kelahiran nti,perlu ke sy pam lebihan susu itu atau direct feeding je sudah memadai?

    3. btul ke kalu kite alami bengkak susu,tekap dgn daun kobis le menyebabkan pengeluaran susu terbantut?(mitos org tua)dan mcm2 lg la mitos yg tak sdp didengar.

    4. memakan jamu sewaktu berpantang,efek pada susu ibu ke?bila ms sesuai perlu makan jamu supaya susu ibu yg asli le dihasilkan dgn baik.

    maaf ye kalu soalan tidak begitu bijak..sbb tuk berjaya dlm penyusuan eksklusif ni bkn la mudah kerana ada suara2 berpengalaman yg suh saya membeli susu awal bayi sbg persediaan kalu susu ibu kurang.tp,dlm diam sy tekad,tidak akan membelinya,sebaliknya akan cuba sedaya upaya hasilkan susu dgn jayanya..sbb tu saya perlu tau,mengenai pam dan direct feeding supaya mampu hasilkan susu yg byk.tambahan pula,sikap org tua yg suka tuk memberi bayi br lahir air suam kosong,katanya bayi x cukup knyang/haus..walhal,setahu saya,bayi br lahir tak perlu paper selain susu ibu semata.namun,adakalanya,terpaksa mengalah demi menjaga hati org2 tua ni.

    sbb itu saya bercadang tuk pam susu slps sbln berada di kedua2 kampung (ibu dan ibu mentua)supaya tidak berlaku pendapat yg pasti bercanggah dan melemahkan smgt saya.

    • Reply nieza 21/04/2009 at 9:09 pm

      Salam toptotty,
      Tahniah kerana sudah memasang niat utk exclusive bf anak yg bakal lahir nanti.
      Menjawab soalan di atas:
      1. Bayi baru lahir memang biasanya menyusu 10-12 kali dlm tempoh 24 jam (bermakna setiap 2 jam sekali). Ya benar… menyusu kerap dpt meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu yg byk. Ibu boleh mula berlatih mengepam seawal minggu kedua selepas kelahiran utk membiasakan payudara dengan rutin pengepaman. Simpan susu yg dipam walaupun hanya 1oz. Jika ibu bimbang bayi akan keliru puting, latih bayi minum dgn sudu. Tidak salah jika tidak memperkenalkan langsung bayi menyusu menggunakan botol (anak saya x minum dgn botol w/pun usia sudah 3 thn…. kalau minum pun amat payah utk habiskan w/pun hanya 3oz). Yg penting latih bayi minum EBM, boleh mula selepas umurnya masuk 2 bln. Latih secara berperingkat-peringkat, contohnya mulai dgn 1 kali sehari (selama 3 hari berturut-turut) dan kemudian bertambah kpd 2 kali sehari, 3 kali sehari dan seterusnya mengikut jadual ibu bekerja (8 pg hingga 5 ptg). Malam teruskan direct feeding spt biasa. Sewaktu bayi diberi EBM, ibu wajib mengepam.
      2. Jika berlaku bengkak susu, perlu terus susukan bayi dgn segera atau pam sekiranya bengkak belum surut dan terasa masih ada susu di dalam payudara. Jangan biarkan bengkak tidak disurutkan (konon2nya nak simpan utk penyusuan seterusnya!) Payudara perlu dikosongkan setiap kali penyusuan supaya ia memberi signal kpd otak (hipotalamus) bahawa susu baru perlu dihasilkan di dalam payudara. Ini akan memastikan susu dihasilkan dgn banyaknya.
      3. Jika mengalami bengkak susu, tuam dgn tuala suam atau mandi di bawah pancuran air suam (shower air panas) dan pamkan susu dgn segera atau susukan bayi. Berurut dgn bidan juga digalakkan bagi melancarkan peredaran susu di dalam salurannya. Jangan biarkan bengkak berlarutan kerana jika tidak ditangani dgn segera dan terpaksa perlu ke hospital, doktor akan memberi sejenis ubat utk mengurangkan bengkak (dan mengurangkan penghasilan susu!) Saya juga pernah mendengar bahawa tuam dgn kobis akan mengurangkan pengeluaran susu. Namun sejauh mana kebenarannya saya tidak dapat pastikan. (Nanti saya akan cuba dptkan kepastian fakta/mitos ini).
      4. Dlm bab jamu ini isunya agak sensitif. Sesetengah ibu sangat menitik beratkan pengambilan jamu (kerana dipengaruhi atau “dipaksa” oleh org tua-tua utk menelan jamu2 tertentu utk mengembalikan tenaga dan sebagainya). Pandangan peribadi saya, makan jamu sekadar yg berpatutan, lebihkan makan makanan berkhasiat (yg sesuai utk ibu lepas bersalin dan tidak memudaratkan). Menghadkan makan (seperti makan nasi dgn ikan kering saja!) tidak langsung membantu menambahkan tenaga apatah lagi menambah penghasilan susu ibu. Utk mengelakkan kesan jamu (kalau ada), saya biasanya makan jamu/set bersalin sebaik sebelum menyusukan bayi. Rasionalnya semasa menelan jamu itu, ia belum mula dicerna, baru masuk ke perut, maka susulah bayi ketika itu. Penyusuan seterusnya 2 jam kemudian, dgn andaian jamu itu sudah dicernakan dan dilute. Jika ada kesan sampingan kepada bayi seperti ruam, kembung perut, buang air tidak lawas, cirit dan sebagainya, hentikan pengambilan jamu.

      Nasihat tambahan: Memang agak sukar utk “berdebat” dgn org tua (ibu dan ibu mertua) dlm hal penyusuan eksklusif. Banyakkan membaca dan ajak suami bersama-sama menambah info berkaitan penyusuan ibu. Jika suami menyokong penuh penyusuan susu ibu, saya percaya lebih mudah utk ibu menanggani masalah pada masa depan. Boleh juga libatkan ibu/ibu mertua berkongsi info yg dibaca.
      Semoga berjaya. 🙂

  • Reply toptotty 22/04/2009 at 10:21 am

    saya amat berterima pada k.nieza..
    info dan pengalaman yg diberikan sgt berguna untuk ibu baru seperti saya.
    insyaallah,sy akn trus layari website ni tuk trus pastikan sy berjaya dlm penyusuan ekslusif ni…

    =)

  • Reply siti 22/04/2009 at 3:59 pm

    salam…saye siti…saye mmg berazam utk menyusukan ank saye scr eklusif..saye nak mintak sket nasehat sbb ank saye nanti akn saye tinggalkan di bawah jagaan ibu saye di kg..jarak umah saye ke kg lebih kurang 1 jam..mungkin saye hanye akn balik kg 2 hari sekali..saye yakin saye mampu adakan stok susu saye..peti ais di kg pulak adalah peti ais jenis 1 pintu…ade tak perbezaan masa luput susu antara peti ais 1 pintu dgn 2 pintu..

  • Reply nieza 26/04/2009 at 8:10 pm

    Salam Siti, tahniah kerana memilih utk menyusukan anak secara eksklusif nanti.
    Bilakah Siti akan tinggalkan anak di kampung? Semasa dlm pantang atau selepas kembali bekerja? Berjauhan dgn anak akan mengurangkan kekerapan anak utk direct feeding maka sekaligus mengurangkan stimulation terhadap payudara ibu. Perlu ditegaskan bahawa rangsangan hisapan baby adalah mekanisme paling berkesan merangsang penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Kalau boleh semasa dlm tempoh penyusuan eksklusif, janganlah berpisah dgn baby. Harap pertimbangkan alternatif lain. Jika terpaksa juga berpisah dgn baby, pastikan Siti merancang pengurusan susu ibu dengan sebaik mungkin termasuk kekerapan mengepam (haruslah menyamai kekerapan bayi menyusu iaitu 10-12 kali sehari), penyimpanan EBM di rumah, transporting EBM ke kampung, stok EBM di kampung dsb.
    Perkara kedua, tempoh penyimpanan EBM di dalam freezer peti sejuk 1 pintu dan 2 pintu memang berbeza. Utk freezer peti sejuk 1 pintu, tempoh penyimpanan 2 minggu sahaja, manakala utk freezer peti sejuk 2 pintu EBM boleh disimpan sehingga 3 bulan. Di bahagian sejuk biasa, tempoh penyimpanan sehingga 7 hari.

  • Reply AMY 02/05/2009 at 2:16 pm

    KAK, MACAM MANA KALAU KITER MENGEPAM DI OFFICE?????ADAKAH BOLEH KITER TERUS SIMPAN DI FREZER KEMUDIAN TIME BALIK KITER KELUARKAN DAN KEMUDIAN SAMPAI DIRUMAH KITER SIMPAN BALIK DI FREEZER???
    MACAM TU JUGAK BILER SAYA DI RUMAH BAGAIMANA….KERANA ANAK DIHANTAR DIRUMAH IBU…
    ADAKH SUSU YANG DIPERAH HARUS TERUS DIMASUKKAN DI FREEZER ATAU IA BOLEH BERADA DISUHU BILIK 2 HINGGA KE 3 JAM…
    BAGAIMANA KITER HENDAK TAHU YANG SUSU ITU MASIH BOLEH DIMINUM ATAU TIDAK…

    • Reply nieza 09/05/2009 at 10:11 am

      Salam Amy,
      Selepas memerah susu, sebaiknya biarkan susu pada suhu bilik seketika (5-10 minit) untuk menstabilkan suhunya (kerana biasanya susu yang baru dikeluarkan dari payudara agak suam-suam kuku) dan tidak perlu sehingga 2 jam kerana susu tersebut untuk simpanan, bukan untuk diberi kepada bayi ketika itu.
      Akak cadangkan semasa di ofis, Amy simpan EBM di ruangan sejuk biasa (bukan dibekukan di freezer) dan dibawa balik di dalam cooler bag. Apabila sampai di rumah EBM itu boleh disimpan di dalam ruang sejuk biasa atau di dalam freezer. Ini bergantung kepada perancangan bila hendak menggunakan EBM tersebut. Katakan hasil perahan pada hari itu ada 6 botol, mungkin 3 botol boleh disimpan di freezer dan selebihnya di tempat sejuk biasa. Tetapi jika semua EBM pada hari itu untuk kegunaan terus esok hari, tidak perlulah simpan di freezer, memadai di ruang sejuk biasa sahaja. Ini adalah kerana EBM yang berada di freezer sudah kehilangan banyak komposisinya berbanding EBM di ruang sejuk biasa. Lagi pula EBM di freezer perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam sekiranya ianya sudah diturunkan di ruang sejuk biasa atau perlu dihabiskan dalam tempoh 2-3 jam jika telah dipanaskan. Ini bermakna EBM yang dibekukan adalah bertujuan untuk simpanan lama (sehingga 3-6 bulan). Jika EBM cukup-cukup untuk stok 1-2 hari sahaja, memadai disimpan di ruang sejuk biasa sahaja.
      Sekiranya EBM yang berada di ruang sejuk biasa tidak habis digunakan sehingga hari ke 5 (dari tarikh mengepam) maka bolehlah dinaikkan ke bahagian freezer untuk memanjangkan tempoh hayat penyimpanannya. (Amy perlu labelkan tarikh mengepam pada botol/bekas simpanan EBM).
      Susu ibu yang disejukkan jarang-jarang rosak atau tercemar kerana susu ibu mengandungi bahan anti bakteria maka ia adalah steril. Namun begitu susu yang rosak dikenalpasti jika bau dan rasanya berubah (masam).
      Harap panduan ini berguna untuk Amy.

  • Reply sharm 05/05/2009 at 4:21 pm

    hi! can i know how to increased my breast milk, my baby is going to rich two months this 11th

    • Reply nieza 09/05/2009 at 10:28 am

      Hi sharm,
      Tips to increase breast milk:
      1. feed your baby frequently, up to 12 times a day. This will remove more milk from your breast and more milk will produce. If you are a working mother, pump every 3 hours at the office.
      2. eat food rich in protein and calcium. don’t skip meal, drink enough water.
      3. avoid stress. rest as much as you can. keep positive mindset that you can produce enough milk for your baby.
      4. some herb such as fenugreek is helpful to increase milk supply. you can try Milkmaid tea too.

  • Reply AMY 15/05/2009 at 4:26 pm

    susu yg sudah kiter pam sementara nk tunggu baby minum kata kiter dh simpan dlm freezer kemudian,katakan susu yg baby minum tu kiter letak 2oz tp die just minum 1oz atau tak sampai 1oz pun!!lalu lebihannya kiter simpan dlm freezer untuk susuan 2 atau 3 jam berikutnyer….

    • Reply nieza 16/05/2009 at 4:15 am

      boleh simpan semula dlm peti sejuk (bhg sejuk biasa, bukan bhg beku/freezer) utk tempoh 2-3 jam then kalau nk beri utk next feeding boleh dipanaskan semula.

  • Reply ummu hafiz aiman 28/05/2009 at 11:53 am

    sy ade 1 kemusykiln..sy gne pam medela freestyle.spnjg sy bercuti 2 bln unt pantang..sy kerap pam susu..jadi, alat2 unt mengepam susu tu pon kena rebus dlm air mendidih jugak ke.skrg ni sy rebus tiap kali nak guna.rasa macam terlalu kerapla pulak.tkut nnt xelok unt dgnakan pd ms akn dtg sb tkut effect kat susu yg dipam

    • Reply nieza 02/06/2009 at 1:31 am

      salam ummu hafiz aiman, merebus adalah kaedah yg biasa digunakan utk membersihkan dan menyahkumankan peralatan mengepam. biasanya peralatan mengepam diperbuat daripada pp plastic yg tahan panas… namun sesetengahnya tidak boleh direbus. cuba baca label atau manual panduan penggunaan jika ada dinyatakan kaedah yg sesuai utk peralatan medela puan. cara yg selamat yg saya ingin cadangkan (yg biasa saya gunakan) ialah dgn merendam peralatan tersebut di dalam bekas berisi air mendidih selama 5-10 minit.

  • Reply rina 03/06/2009 at 12:03 pm

    salam..
    nk tanya,utk 1 sesi pengepaman, tk silap sy 20 mins for each breast kan?
    let say after 20 mins, dpt 2 oz, perlu ke switch terus atau keluarkan dulu susu?
    and after that boleh cmpur tak susu kiri+kanan utk simpan dlm 1 bekas? sy selalu buat camtuu..

    tq

    ——————————————
    salam rina,
    sorry terlepas pandang pulak soklan rina ni…
    selepas mengepam sebelah breast 20 mins, dan susu sudah x keluar lagi (atau keluar tetapi sangat sedikit) boleh beralih ke breast yg 1 lagi then balik semula ke breast tadi utk pam semula “baki” susu jika ada.
    susu dari sebelah kiri dan kanan boleh dicampur dlm 1 bekas.
    🙂
    -nieza-

  • Reply Tini 05/06/2009 at 1:44 pm

    Salam…kak, sy tini dr kk, sabah…br jumpa blog ini. it’s helpfull

    sy nk tanya, kenapa sy pam dpt 1.5oz susu lpstu da xdpt dipam. sy cukupkan 2oz pun kena perah dgn tangan…sy br 4x mngepam…pam avent. itupn dpt pam tgh mlm jk n only 1 session…kalu sy pam 2am…nk pam 5am xdpt lg sebab abg(2thn) & adik(8minggu-girl) da bgn mnyusu…siang pulak xdpt pam sbb dua2 masi mnyusu n berebut2…yg abg tu smenjak ada adik kuat plak mnyusu…lg sminggu nk sekolah, stok ebm baru 4x2oz…tp syukur la sy masi bole balik flat kalu xda kelas…stok ebm utk mnampung kalu bb nangs jk…

    Kak..nk tanya, brapa ebm yg perlu sy sediakan jika jadual mengajar sy mcmni:

    6.45 – 8.05 (8.10 – 9.30 balik flat)
    9.45 – 11.05 (11.10 – 12.15 balik flat)
    12.25 – 1.45 (sesi psekolahn tamat 1.45)

    sy pernh bg bb ebm 2oz tp smbung lg DF..jd xtau brp oz yg bb perlu…

    sy hrp kakak dpt membantu..

  • Reply nieza 06/06/2009 at 10:26 pm

    salam tini,
    oh… cikgu yaa?? samalah kita… 🙂

    Actually dgn mengepam saja memang x akan “menghabiskan” susu di dlm payudara. (Susu sebenarnya memang x akan habis dan payudara memang x akan kosong sepenuhnya…) kerana apabila susu dikeluarkan, susu baru akan segera dihasilkan maka akan sentiasa ada susu di dlm payudara tetapi kuantitinya masih terlalu sedikit utk disedut oleh pam tetapi hisapan bayi berupaya menyedutnya. Oleh kerana itu selepas mengepam memang masih berbaki susu di dlm payudara dan jika baby menghisapnya memang dia masih boleh mendapat susu.

    Abang dah adik menyusu bersama… tahniah! jarang2 ibu-ibu berupaya melakukannya. Bersyukur kerana Tini dapat balik menyusukan baby 2 kali sehari. Akak pun dulu balik tiap2 hari tapi cuma 1 kali sahaja, dan masa lain diganti dgn mengepam (1 atau 2 kali) di sekolah.

    Berapa EBM perlu disediakan bergantung kpd keperluan baby. Dlm kes Tini, disebabkan baby 2 org (2 thn dan 8 minggu) keutamaan harus diberikan kepada si adik kerana dia masih perlu menyusu secara eksklusif dan nutrisinya bergantung sepenuhnya kepada susu ibu manakala si abang yg sudah 2 thn boleh mendapat nutrisi dpd sumber makanannya yg lain. Biasanya bayi 8 minggu perlu 3-4oz sekali menyusu dlm setiap 2-3 jam.

    Jika Tini tidak dapat menyimpan stok EBM dgn banyak dan mencukupi ketika cuti sekolah ini usah terlalu risau kerana spt Tini katakan Tini masih ada peluang balik ke rumah dan menyusukan mereka. Jadi nasihat akak, semasa di sekolah, gunakan 1 kali antara masa 6.05-8.05 utk mengepam dan juga antara masa 9.45-11.05 dan 12.25-1.45. Bermakna di sekolah Tini akan mengepam 3 kali. Jika tidak ada masa, cukuplah sekurang-kurangnya sekali. Masa mengepam tidak perlu terlalu lama 10-20 minit sahaja. Jika menggunakan pam elektrik double pumping hasilnya mungkin lebih baik. Tetapi berdasarkan pengalaman rakan-rakan yg pernah menggunakan Avent manual pun masih boleh mendapat 3-4oz dlm tempoh 20 minit. Jika Tini amalkan rutin mengepam 2 atau 3 kali setiap hari, lama-lama payudara akan adjust dgn sendiri terhadap rutin ini dan hasilnya nanti pasti tidak mengecewakan. Percayalah!

  • Reply Tini 07/06/2009 at 4:29 pm

    TQ kak…
    sy ada kemusykilan lagi..

    1. Bagaimana menyediakan susu kpd bb kalu EBM tu disimpan dlm liner.
    2. Bolehkah rendam dalam 1 botol EBM yang berlainan. Cthny sy campurkan EBM
    1oz dgn 2oz utk mencukupkan keperluan bb?
    3. Bolehkah campur hasil pgepaman susu kanan & kiri?

    • Reply nieza 07/06/2009 at 11:29 pm

      Salam Tini,

      Soalan & jawapannya:

      1. Bagaimana menyediakan susu kpd bb kalu EBM tu disimpan dlm liner.
      Pindahkan EBM dari liner ke dlm botol dan barulah panaskan dgn cara merendam botol di dalam air panas. Jgn panaskan terus susu di dlm liner.

      2. Bolehkah rendam dalam 1 botol EBM yang berlainan. Cthny sy campurkan EBM 1oz dgn 2oz utk mencukupkan keperluan bb?
      Boleh campur… takde masalah.

      3. Bolehkah campur hasil pgepaman susu kanan & kiri?
      Boleh campur hasil kanan dan kiri. Pengepaman pada masa yg berlainan dlm hari yg sama pun boleh dicampur tetapi pastikan suhunya sama. Contohnya hasil pengepaman pagi telah disimpan di dlm peti sejuk, so kalau nk campurkan hasil pengepaman tengahari (mungkin utk menjimatkan ruang & bekas), sejukkan dulu hasil tghari kemudian bolehlah campurkan kemudian kpd hasil pengepaman pagi, atau boleh juga campur apabila hendak memanaskannya nanti (seperti jawapan no 2 di atas).
      🙂

  • Reply Tini 11/06/2009 at 11:01 am

    Salam

    kak, kalau kita gabungkn ebm sprt soalan no.3 di atas, bole ka ebm tu disimpan dlm ruangn sejuk beku selepas beberapa jam di ruangan sejuk

    • Reply nieza 12/06/2009 at 2:02 am

      boleh tini… no problem 🙂

  • Reply iza 21/06/2009 at 8:38 am

    salam k nieza,

    Sy tgh bpntg skrg ni,dh 35 days..sms bpntg mmg sy fully bf..n sy ada lakukn perahan n simpn susu yg diperah dlm peti sejuk tp just utk keperluan harian bby sy..tiada stok ebm dilakUkn..sy baru tjumpa blog akak n baru sy tahu tidklah sesukr mana utk exclusive bf 4 my bb..n skrg ni sy br plan nk lakukn pyusuan eks. utk ank sy.. soalannya:

    1)adkh sdh tlalu lewat utk sy start my plan ni..coz sy blm melakukn stok pyimpnn ebm..

    2)sy cuma ada pgepam manual yg murah shj bjenama pureen..perlukh sy mbeli pgepam elektrik?apakh keperluan lain yg perlu sy ada utk mjayakn plan sy ni?

    3)baby sy akn dihntar ke pgasuh..jd bekln ebm utk kegunaan harian ank sy perlu diletkkn dlm cooler bag..yg mana ebm tsebt boleh thn 12-24 jam..dn pgasuh tidk perlu lg letakkn stok ebm tsbt dlm peti sejuk di rumah beliau..adkh pyataan sy ini betul?

    Sy masih lg dlm proses memahami konsep pyusuan exclusive ni..byk lg yg perlu di studi..sori ye kak..kalu soaln2 sy di ats tlalu skema n ape2 nth..hrpkn akk sudi mbantu.. 🙂

  • Reply nieza 21/06/2009 at 9:32 am

    salam iza,
    tahniah kerana memilih bf utk baby.

    1. masih belum terlambat utk memulakan penyusuan eksklusif utk baby iza, malah inilah masa yg sesuai utk bertindak (semasa masih dlm pantang lagi).

    2. pam apa pun sebenarnya boleh digunakan, ada juga ibu2 yg berjaya exclusive bf tanpa pam (hanya perah dgn tangan sahaja) tetapi jika ibu mampu apa salahnya membeli pam yg baik kerana pam yg tidak menyakitkan, selesa digunakan, dan memberi hasil yg baik ketika mengepam secara tidak langsung akan memberi kesan positif kepada semangat ibu yg menyusu. selain daripada pam, keperluan biasa lain spt cooler bag, ice packs dan botol juga diperlukan.

    3. jika di rumah pengasuh ada peti sejuk dan beliau tidak keberatan menyimpan ebm di dlm peti sejuknya, itu adalah sebaik-baiknya. cooler bag hanya digunakan utk transport ebm dpd rumah ke rumah pengasuh sahaja. ebm di dlm cooler bag memang boleh bertahan sehingga 8-10 jam (dgn bekalan ice packs yg cukup sejuk dan suhu persekitaran yg x panas) tetapi dlm keadaan cuaca sekarang yg sgt panas, saya bimbang ice packs di dlm cooler bag akan mencair lebih cepat, tambahan pula apabila cooler bag itu kerap dibuka dan ditutup setiap kali pengasuh hendak menyediakan susu utk baby, maka kebarangkalian utk pencairan lebih tinggi. jadi minta jasa baik pengasuh menumpangkan ebm baby di dlm peti sejuknya.

    beberapa nasihat dan panduan utk iza,

    1. sebelum menghantar baby kpd pengasuh apabila mula bekerja nanti, ambil masa beberapa hari sebelumnya utk menjelaskan kpd pengasuh bahawa iza hendak memberi susu ibu kpd baby, jelaskan tentang cara penyediaan susu kpd baby, tempoh susu boleh bertahan dsb. ini sgt penting kerana tidak semua pengasuh sudi handle susu ibu (konon2nya leceh utk disediakan). tekankan konsep penyediaan susu ibu tidak spt susu formula. sesetgh pengasuh merasakan lebih mudah menyediakan susu formula kerana apabila baby menangis terus bancuh susu dan siap segera berbanding menyediakan susu ibu yg perlu direndam dahulu di dlm air suam selama beberapa minit. cara yg mudah ialah mengamalkan rutin menyusu baby setiap 2-3 jam sekali, bermakna setiap 2-3 jam sekali sediakan susu utk baby tanpa menunggu dia menangis.

    2. sediakan susu dlm kuantiti utk 1 kali penyusuan saja dlm setiap botol, iaitu utk baby 3 bulan biasa 2-3 oz sahaja. ini memudahkan pengasuh memanaskan 1 botol utk sekali penyusuan dan tidak perlu menyimpan lebihan susu.

    3. latih baby minum ebm menggunakan botol (atau sudu) selewat-lewatnya 2 minggu sebelum kembali bekerja utk membiasakan baby dgn rutin minum ebm.

    akak doakan semoga iza berjaya dlm penyusuan eksklusif. jika ada apa2 masalah, jgn segan2 bertanya. 🙂

  • Reply liyana 23/06/2009 at 6:35 pm

    Assalamualaikum
    Boleh tak kalau kita campurkan susu yang berlainan hari?
    contoh:susu bertarikh 5hb5 dengan 6hb5.
    Terima kasih

  • Reply nieza 23/06/2009 at 9:37 pm

    w’salam liyana.

    biasanya ibu2 akan campur ebm berlainan hari selepas dipanaskan sebelum diberi kpd baby.

    kalau dicampur utk disimpan di dlm peti sejuk, saya tidak pernah mendapat info mengenainya. namun begitu secara peribadi saya x galakkan kerana tarikhnya sudah berlainan… bermakna expired date nya juga berlainan.
    kalau “terpaksa” juga campurkan kerana x cukup ruang penyimpanan, pastikan ia digunakan sebelum expired date yg pertama… saya rasa ianya selamat. ini hanya pendapat peribadi saya.

  • Reply liyana 24/06/2009 at 4:01 pm

    Assalamualaikum
    Terima kasih kak nieza,mm maknanya kalau dah panaskan,boleh dicampurlah kan?
    Forum ni memang sangat membantu saya memahami penyusuan ibu secara xklusif Saya dalam usaha melatih baby sulung lelaki yang baru masuk 48 hari utk meminum ebm dengan menggunakan botol susu,alhamdulillah bermula minggu lepas lagi,dia tak keliru antara puting botol dan puting ibu.Saya minta tolong kak nieza menjawab persoalan saya sebelum saya kembali ke sekolah tidak lama lagi.

    Saya mengajar sesi petang dan akan menghantar anak kpd pengasuh pada pukul 12 tgh dan balik pada pukul 7.00 ptg.Saya belum beli apa-apa peralatan pun kecuali bekas plastik kecil yang boleh isi susu sebanyak 2 oz dan botol susu.Dalam minggu ni,saya dapati anak saya menyusu setiap 1jam,bermula 12.30-6.30.Bermakna ada 7 bekas kecil yang berisi susu sebanyak 2 oz.

    Pertanyaan saya:

    W’salam. Akak jawab di sini ya

    1) Selepas perah susu,kita perlu simpan di peti sejuk bwh dulu atau boleh terus simpan di peti sejuk atas?

    Bergantung kpd bila EBM itu hendak digunakan. Jika EBM itu cukup2 utk bekalan 2-3 hari saja, sebaiknya simpan di bhg bawah sahaja, tak perlu dibekukan. Rasionalnya, EBM beku telah kehilangan beberapa komposisi nutriennya akibat pembekuan. EBM beku biasanya utk simpanan lama. Labelkan tarikh pada bekas menyimpan. Gunakan yg paling awal disimpan.

    2) Bagaimana caranya menyimpan perahan susu di sekolah, boleh guna peti ais sekolah ke? Bagaimana nak bawa balik ebm (peralatan)?

    Jika ada peti sejuk di sekolah (bilik guru/pejabat) boleh simpankan EBM di bhg sejuk biasa… (kena inform kawan2 juga kot2 ada nanti yg terminum… hehehe…). Liyana cuma sediakan cooler bag & ice packs utk bawa EBM sejuk itu balik ke rumah. Ice packs juga boleh simpan di bhg beku di dlm peti sejuk itu supaya ia kekal beku.

    3) Apa peralatan yang sesuai untuk saya menyimpan 7 bekas kecil untuk dihantar kepada pengasuh?

    Utk hantar ke pengasuh juga perlu cooler bag & ice packs utk bawa EBM sejuk dan sampai di rumah pengasuh boleh tumpangkan peti sejuknya. Jika beliau keberatan utk tumpangkan EBM di dlm peti sejuknya, Liyana kena sediakan ice packs secukupnya supaya EBM kekal sejuk di dlm cooler bag itu.

    4)ebm yang saya simpan itu nanti adalah dari freezer,bagaimana caranya sebelum dihantar kepada pengasuh?

    Pada sebelah malam sebelum hantar ke pengasuh, turunkan beberapa bekas yg hendak digunakan ke bhg sejuk biasa supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dan memudahkan pengasuh mencairkan EBM itu nanti berbanding nk mencairkan EBM beku. EBM beku yg sudah cair itu perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam dpd masa menurunkannya dari freezer. Kalau bersekolah petang, boleh juga turunkan EBM itu pada pagi Subuh itu.

    5) Semua bekas susu perlu dibasuh dengan sabun dan dibilas dengan air suam setiap kali digunakan,kalau tak guna air suam,boleh?

    Sebaiknya bilas menggunakan air mendidih tetapi bukan direbus di atas api dapur.

    Maaflah kalau saya tanya terlalu banyak.Terima kasih.

    It’s okay. Terima kasih kerana bertanya… diharap soalan dan jawapan ini dapat membantu ibu2 lain yg mungkin mengalami situasi yg sama.

    🙂

  • Reply liyana 24/06/2009 at 4:37 pm

    *mmm..lagi satu yg merisaukan saya,air susu yg banyak..kalau masa menyusukan baby,baby saya cabut je puting susu dr mulut dia,terpancut laju air susu,kat sebelah lagi pun terpancut juga..tapi taklah lama..saya alas kain atau tadah je yg sebelah lagi tu kalau sempat dan ingat..
    Kadang2 masa tak menyusu atau tak perah habis basah baju saya..
    Masalahnya kalau kat sekolah nanti,takde masa free utk perah,bagaimana caranya menyelesaikan masalah ini?

    Ketika dalam pantang memang susu ibu akan melimpah ruah. Alhamdulillah… Ambil peluang ini utk kumpul EBM. Keadaan ini mungkin tidak akan berulang lagi pada masa hadapan, tambahan pula apabila telah kembali bekerja. Ini adalah kerana pada ketika ini otak belum adjust dgn rutinnya. Selepas beberapa minggu/bulan nanti otak akan teradaptasi dgn rutin ibu menyusukan baby dan rutin memerah.
    Jika susu terlampau banyak, boleh perah dulu susu sebelum beri baby hisap supaya dia tidak tersedak atau susu memancut dan dibazirkan. Simpan hasil perahan itu. Kemungkinan peluang ini hanya datang sekali in sahaja. Nanti jika suatu ketika production susu merudum, simpanan EBM ini boleh menyelamatkan keadaan. Apatah lagi kata sesetengah ibu2, anak lelaki kuat menyusu.
    Apabila kembali bekerja, ambil masa 1 atau 2 kali memerah di sekolah. Ini sangat penting utk memastikan stimulasi tetap berlaku ketika tidak bersama baby dan production susu dapat dikekalkan. Jika tidak memerah di sekolah, walau pun susu ada bila baby hisap, akak pasti jika diperah susu hanya dapat sedikit sahaja kerana payudara tidak dibiasakan dgn rutin memerah. Harap ambil perhatian.

  • Reply liyana 25/06/2009 at 1:48 pm

    mmm..bagusla akak ni,lain kali kalau saya ada soalan,saya tanya lagi,terima kasih..Kak,cooler bag & ice packs tu nak beli kat mana,pasaraya biasa ada ke?

    • Reply nieza 25/06/2009 at 4:04 pm

      tq.. 🙂
      cooler bag & icepacks boleh beli kat sini 🙂

  • Reply liyana 26/06/2009 at 8:59 am

    Utk bw balik ebm dr sekolah dan menghantar ebm ke pengasuh,saya rasa “Mom’s Precious” Cooler Kit Set tu sesuai,tp dah “out of stock”..

    Ya sudah out of stock

  • Reply nazra 19/07/2009 at 3:26 pm

    salam. saya dapati blog ni amat bagus sekali. saya baru melahirkan anak ke2 dah dua bulan. niat kali ni memang nak lakukan penyusuan ekslusif dan dah mula perah susu utk simpan. masalahnya saya akan mula bekerja semula minggu depan tapi bayi saya masih tak nak minum dgn botol wpun saya bagi minum susu badan yang diperah tu. dia akan nangis setiap kali puting kena bibir dia. langsung tak hisap atau tutup mulut dia. try bg minum dgn sudu pun dia tak nak. harap akak dapat tolong saya.

    salam nazra, terima kasih kerana melawat blog akak… semoga mendapat manfaat daripada blog ini. melatih bayi minum dgn botol/sudu memang tidak mudah bagi sesetengah bayi (akak pernah mengalaminya dgn anak ke-2 ini). Latihan menggunakan botol/sudu boleh dimulakan 2-3 minggu sebelum kembali bekerja. Ada beberapa perkara yg mungkin nazra boleh cuba iaitu;
    1. membiarkan orang lain yang menyusukan bayi, kerana bayi amat kenal bau ibunya dan dia hanya mahu direct feeding apabila bersama ibu,
    2. menyusukannya dalam keadaan dia belum terlalu lapar,
    3. menggunakan sudu lebih baik berbanding puting botol kerana bimbang nanti berlaku masalah keliru puting. ada juga ibu yg menggunakan picagari tetapi harus berhati-hati mengunakannya,
    4. jika nazra memilih menggunakan botol (mungkin memudahkan pengasuh) gunakan puting yang lembut yg hampir menyamai puting ibu. memang agak sukar mengagak kehendak bayi tapi ibu boleh mencuba, mungkin ada 1 yg sesuai untuknya.
    5. jgn putus asa melatih bayi minum EBM, akak doakan semoga usaha nazra dipermudahkan.

  • Reply iza 20/07/2009 at 4:35 pm

    Salam,

    akak…saya ada kemusykilan berkenaan botol yg digunakan utk penyimpanan susu ebm.Setakat ini,sy menyimpan susu dlm ‘moms little ones bottle’ dan juga botol susu biasa spt avent n pureen.Soalan saya boleh tak akak tolong terangkan secara detail pasal jenis2 botol yg sesuai utk penyimpanan ebm dan tempoh hayat botol tersebut sekiranya digunakan utk simpan ebm. MAM bottle n MLO bottle tu yg mcm mana ek??Tq yea akak… 😉

    Botol yg sesuai utk simpan EBM ialah botol yg “BPA-free” iaitu bebas Bisphenol-A. Malah bukan hanya utk simpan EBM tetapi juga utk minum bagi baby, kanak-kanak dan org dewasa juga. Botol polycarbonate mengandungi BPA yg toksik yg boleh merangsang pertumbuhan sel kanser dan lain2 penyakit. Antara botol yg disenaraikan mengandungi BPA dan perlu dielakkan ialah Avent, Dr. Brown’s, Evenflo, First Year, Playtex dan Gerber.
    Apa saja botol plastik termasuk botol bebas BPA dicadangkan untuk digunakan dalam tempoh 6 bulan sahaja. Botol MAM dan MLO (mom’s little ones) adalah botol bebas BPA. Begitu juga dgn botol Bumble Bee.
    Rujuk link berikut untuk maklumat lanjut mengenai botol BPA:
    Smart Plastic Guide
    How To Find Safer Baby Bottles

  • Reply zu 22/07/2009 at 4:45 pm

    salam kak,
    saya masih dlm pantang 38 hari.
    saya da mula buat stock ebm.
    tapi setiap kali pam cuma dapat 1 oz atau 2 oz saja.
    saya terus simpan dalam botol. setiap botol yang saya simpan cuma berisi 1 atau 2 oz sahaja. soalan saya adalah: boleh ke jika saya campur ebm yang di pam pagi ( saya simpan dalam fridge bwh) dengan ebm yang saya pam malam b4 saya tdo? wpun suhu nya berlainan? sbb saya nak jimatkan ruang n jmatkan botol. adakah saya perlu sejukan dulu yang saya pam malam baru bley campur ngan yang pagi tadi punya?

    Adalah biasa pada latihan awal mengepam kita hanya mendapat kuantiti susu yg sedikit. Lama kelamaan jika puan melakukan rutin mengepam dgn tetap (masa dan kekerapan mengepam) puan akan mendapat hasil perahan yang lebih baik. Teruskan usaha mengepam dan menyimpan stok susu. EBM pada hari yg sama memang boleh dicampur tetapi pastikan suhunya sama. Jadi hasil perahan kedua perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum dicampurkan dgn EBM sejuk.

    terima kasih.

    sama-sama 🙂

  • Reply shidah 23/07/2009 at 12:40 pm

    salam kak,

    mcm mana nak buat ya,saya terpaksa travel bawa susu yg saya pam dari kl ke perlis(memakan masa selam 8jam lbh kurg).saya ada membeli cooler bag dan ice packs yg thn lbh 12 jam(momslittleones punya)..cukup tak dalam 3 packs??saya terpaksa naik bas pergi pudu dulu..

    salam shidah, cooler bag dan ice packs keluaran MLO memang boleh tahan sehingga 12 jam. Namun begitu puan perlu juga pastikan beberapa perkara berikut:
    1. suhu persekitaran tidak terlalu panas (dlm kenderaan berhawa dingin EBM dlm cooler bag itu masih bertahan sejuk sehingga sampai ke destinasi).
    2. jgn buka cooler bag terlalu kerap kerana suhunya akan meningkat jika selalu membuka-tutup cooler bag.
    3. boleh bawa ice packs extra dlm cooler bag lain, tukar ice packs lama dgn yg baru jika didapati ice packs mencair selepas 5-6 jam (mungkin suhu persekitaran terlalu panas maklumlah cuaca sekarang ni) atau
    4. boleh juga masukkan ice ketul yg boleh dibeli di kedai makan dlm perjalanan.

  • Reply shidah 23/07/2009 at 12:44 pm

    salam kak,
    ada lagi nak tanya,saya tak da tmpt nak strile,adakah slps saya merendam pam susu dlm air panas,biar sekejap,pastu msk freezer utk jadikan sbg tmpt strile pam tu??kwn2 saya buat mcm tu.

    jangan masukkan pam ke dalam freezer kerana ini boleh merosakkannya dan menyebabkan bhg2nya mudah retak dan pecah.
    selepas mengepam puan boleh basuh corong, tiub dan bhg2 lain dan keringkannya. jika hendak menggunakannya semula memadai puan membilasnya dgn air didih.

    lagi satu,berkait dgn soalan saya yg lepas,saya pam susu di pejabat utk stok smggu atau lbh..adakah elok saya letak dibahgian peti sejuk biasa atau freezer?

    jika mengepam di pejabat memadai di simpan di dlm tempat sejuk sahaja (bukan tempat beku). Tetapi apabila sampai di rumah EBM sejuk itu sebahagiannya boleh simpan di tempat sejuk dan 1-2 botol boleh disimpan di bhg freezer… terpulang kepada puan, mengikut bila nak menggunakan EBM itu. Jika stok EBM itu cukup-cukup utk 2-3 hari saja tidak perlu disimpan di freezer. EBM disimpan di freezer biasanya utk simpanan lama. EBM sejuk yg telah berada 5 hari dlm peti sejuk boleh dipindah ke freezer utk memanjangkan tempoh hayatnya.

  • Reply zu 26/07/2009 at 3:31 pm

    salam puan,

    nak sambung tanya, bila saya da samakn suhu susu tuh. then saya letak dlm fridge …esoknya bley ke saya pindahkan ke dalam freezer pulak ?

    boleh… tetapi sebaiknya EBM disimpan di bhg sejuk biasa sahaja kerana EBM yg dibekukan akan hilang beberapa komposisi nutriennya. Namun begitu jika EBM sejuk telah disimpan selama 5 hari bolehlah dinaikkan ke bhg beku utk memanjangkan tempoh hayatnya.

  • Reply anne1 30/07/2009 at 5:37 pm

    salam…
    akak..anne nk tanyer mcm mana cara nk simpan susu klu kiter dalam perjalanan jauh yg hampir 5-6jam tanpa cooler bag..? boleh x klu susu yg beku tu kite biarkan dia cair sendiri dlm perjalanan kiter tu..?

    salam anne, kalau susu beku dibiarkan cair dlm perjalanan selama 5-6 jam, ia tidak boleh disimpan lagi di dlm freezer apabila anne sampai ke destinasi nanti. Kesemuanya mesti dihabiskan dan saya rasa dlm suhu biasa (terutama cuaca panas sekarang), susu akan rosak selepas 3 jam.

  • Reply LIZA Seremban 03/08/2009 at 12:45 pm

    Kak Nieza,

    saya ader beberapa kekeliruan;

    1) berapa lama jangkamasa EBM boleh disimpan/ digunakan setelah dikeluarkan dr freezer kemudian diletakkan k dalam ruangan peti sejuk biasa? (dari atas k bawah)

    dlm tempoh 24 jam dari masa menurunkannya dari freezer mesti dihabiskan. EBM yg sudah diturunkan tidak boleh dibekukan semula walaupun belum dipanaskan lagi.

    2)boleh kah kita simpan EBM dlm bekas kecil (yg biasa org simpan dadih / jelly) ? sbb saya x tahu dier BPA free k tidak.

    boleh guna bekas dadih tu tetapi jgn dipanaskan direct dpd bekas dadih tu. pindahkan ke botol dahulu sebelum memanaskannya.

    3) botol BPA free hanya digunakan dlm jangkamasa 6 bln. Kalau lebih dr 6 bulan botol tu sudah bertoksid k? sbb saya dh beli 20 biji botol jadi mcm membazir pulak kalau guna 6 bln sahaja hehehe..

    6 bulan tu adalah atas nasihat WHO. jika botol2 itu tidak diguna heavy duty (sebab ada byk kan), pendapat saya boleh terus gunakan. tetapi jika ada keretakan atau scratch pada botol, botol mesti dibuang walaupun belum 6 bulan.

    4)saya ada terbaca mengatakan pam susu yg telah digunakan tidak perlu dibasuh terlalu kerap kerana boleh disimpan di dalam bekas yg bertutup dan diletakkan di dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya. Memadai dibasuh hanya apabila telah tiba di rumah setelah pulang dari tempat kerja. biasanya ini kes di pejabat kerana boleh mengambil masa untuk membasuh peralatan semua? boleh akak jelaskan?

    saya kurang pasti tentang ini. apa yg saya tahu pam susu tidak boleh disimpan di dlm peti sejuk kerana ia boleh merosakkannya dan bhg2nya mudah pecah. saya akan cuba dapatkan info lanjut mengenai perkara ini.

    terima kasih daun keladi kerana sudi menjawab pertanyaan saya 😉

    sama-sama kasih 🙂

  • Reply zu 12/08/2009 at 4:10 pm

    salam kak, saya nak tanya. kalau ebm yang da diturunkan dr freezer ke ruangan bwh, kene pakai dalam masa 24 jam ke? tak bley simpan 2 3 hari ke??

    tak paham tang tuh.

    salam zu, ye dik kena habiskan dlm tempoh 24 jam dpd masa menurunkannya ke bawah. Yg dah diturunkan itu pulak tak boleh dinaikkan semula ke freezer… pendek kata, kena habiskan juga.

  • Reply suzie 18/08/2009 at 3:20 pm

    Salam Kak,

    Bolehkah susu disimpan di dalam plastik makanan, bukan menggunankan liner atau botol?
    Adakah susu akan hilang kualitinya jika disimpan di dalam plastik biasa?
    Kawan saya menyimpan susu nya di dalam plastik biasa dan saya menasihatinya menggunakan liner khas untuk menyimpan ASI tetapi dia mengatakan kualiti susu tetap sama dan lebih menjimatkan.Apa pendapat akak?

    Salam Suzie, sebaiknya susu disimpan di dlm bekas khas menyimpan susu spt botol BPA Free atau breatmilk storage liner. Namun begitu ada juga ibu2 yg menyimpan susu di dlm bekas dadih tetapi penggunaannya hanya 1 kali simpan sahaja dan tidak boleh memanaskan EBM di dlm bekas tersebut. Dlm hal plastik biasa, akak x pernah dengar pulak… adakah plastik macam plastik aiskrim malaysia tu? Atau plastik tupperware (atau tipuware) simpan makanan? Kalau dari segi kualiti susu mungkin tidak berubah tetapi kita tidak tahu kualiti plastik yg digunakan, adakah ia selamat, tiada pencemaran bahan kimia bahaya? Tgk kepada kualiti plastiknya, biasanya bekas makanan ada berlabel nombor. Secara peribadi akak nasihatkan gunalah bekas yg khas utk EBM, selamat dan boleh diguna berulang kali. Fikirkan tentang anak2 yg masih kecil dan sistem badannya yg masih baru dicemari dgn bahan toksik… Rujuk artikel ini utk nombor gred plastik.

  • Reply myrza 24/12/2009 at 11:32 am

    salam,
    saya nak tanya, bolehkah susu ibu itu disimpan dalam rendaman air panas semasa menunggu masa utk menyusu @ susu tak habis tp disimpan dengan cara demikian untuk susuan akan datang dan berapa lamakah ia boleh tahan?

    terima kasih

    salam, susu yg tidak habis diminum x perlu dibiar dlm rendaman air panas sementara menunggu sesi penyusuan berikutnya. Ia boleh disimpan dlm suhu bilik utk tempoh 2 jam atau disimpan semula di dalam peti sejuk dan dipanas semula apabila diperlukan utk penyusuan berikutnya.

  • Reply ain rahim 24/12/2009 at 11:42 am

    salam kak,

    saya bg anak sy fully breastfeed.sekarang anak saya b’umur 5 bulan .genap 6 bulan pada tahun hadapan saya akan mula m’beri nya makan. saya bakal menghadiri kursus selama 8 hari di johor. saya ingin tahu cara penambahan susu sye.saya risau susu sye x m’cukupi semasa peningggalan saya nti.

    salam. tingkatkan direct feeding dan mengepam utk tingkatkan penghasilan susu ibu. buat anggaran berapa byk baby minum sehari, oleh itu puan boleh menganggar berapa byk susu perlu ditinggalkan utk bekalan baby. jgn stress kerana stress akan menyukarkan usaha mengumpul susu perahan. jika baby sudah makan, stok susu yg tidak mencukupi boleh ditampung dgn makanan pelengkap dan campuran susu ibu. contohnya campurkan sedikit susu ibu ke dlm bubur nasi atau kentang lenyek utk diberi kpd baby. dgn itu penggunaan stok susu dapat dijimatkan.

  • Reply mai 26/03/2010 at 3:16 pm

    salam,
    biasanya lps saya pam susu. trus sy letak dlm peti beku.. bole ke cam tu.. x rosak ke?sy takde la ltk kat bahagian bawah peti sejuk dulu..

    mai

    salam mai. susu yg baru diperah perlu dibiarkan seketika pada suhu bilik dlm masa 5-10 minit untuk menurunkan suhunya kerana susu masih suam-suam kuku selepas diperah. selepas itu barulah masukkan ke dalam peti sejuk beku.

  • Reply sue 03/05/2010 at 2:03 pm

    salam. rs bertuah sgt jmp blog ni. nk tny, kalau x de cooler bag, pakai cooler box dgn ais je blh tak?

    salam. thanks. boleh juga guna cooler box dgn ais.

  • Reply Mia 13/05/2010 at 11:35 am

    Salam..

    Saya ingin bertanya berkenaan penyimpanan susu yang tidak habis di minum oleh anak saya. boleh ke susu yg belum habis dan masih banyak lagi disimpan semula dlm peti sejuk. adakah cara ini boleh menyebabkan kualiti susu terjejas?

    salam. susu yg tidak habis diminum boleh disimpan semula ke dalam peti sejuk utk penyusuan berikutnya (1-2 jam selepas penyusuan pertama). tetapi jika tidak habis juga selepas penyusuan kedua, maka susu perlu dibuang, tidak boleh disimpan semula.

  • Reply shikin 16/05/2010 at 11:08 pm

    Salam,

    Bolehkah sy mencampurkan susu yg diperah pd hari yg sma tetapi berlainan waktu dlm botol yg sama?

    salam. susu yg diperah pada hari yg sama boleh dicampur dgn syarat suhu kedua-dua botol adalah sama. contoh: susu yg diperah kali pertama sudah dimasukkan ke dlm peti sejuk (bermakna susu sudah menjadi sejuk). Jadi susu perahan kali kedua juga perlu disejukkan terlebih dahulu (mungkin dlm 1 jam) kemudian barulah boleh dicampurkan. Tetapi jika susu sudah dibekukan, tidak boleh dicampur dgn susu sejuk.

  • Reply nina 24/05/2010 at 2:20 pm

    salam…
    nak tanya, kalo nak pakai bekas dadih tu kita rendam air panas dulu lah kan? boleh pakai berulang kali tak ek? skrg ni saya pakai liner YHAB, pakai buang tapi jimat space sikit… ingat nak jimatkan wang gak… mekacih…

    salam nina, bekas dadih tu pun pakai buang jugak. kalau nak panaskan pindahkan ke dlm botol dan rendamkan dlm air panas, sama spt menggunakan liner x boleh dipanas terus.

  • Reply nur 20/08/2010 at 5:46 pm

    minta izin copy artikel utk share kat blog.. thanks

    dengan izin 🙂

  • Reply anna 16/09/2010 at 9:45 am

    boleh tlong jwbkn soaln mia, myrza dn shikin,, utk pnduan trima ksih

    sudah dijawab spt di atas. terima kasih 🙂

  • Reply fara 21/09/2010 at 5:28 pm

    salam,

    Saya ingin bertanya, bagaimanakah tahap kualiti susu yg disimpan di tempat beku peti seju sekiranya bekalan elektrik terputus selama sehari. Adakah ia masih boleh bertahan sehingga 3-6 bulan?

    salam. Jika bekalan elektrik terputus selama 1 hari bermakna susu yg dibekukan pastinya akan mencair. Susu beku yg sudah dicairkan perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam dan tidak boleh disimpan lagi waima dalam bahagian sejuk bawah sekalipun.
    Jika bekalan elektrik terputus disedari awal, maka susu beku masih boleh diselamatkan dengan memindahkannya ke dalam cooler box yg berisi penuh dgn ais sebelum stok susu dipindahkan ke peti sejuk beku lain.

  • Reply nafiza 23/09/2010 at 12:27 pm

    salam..
    sy ingin bertanya..bagaimana kita nak mengetahui samada EBM yg kita frozen dlm freezer tu elok ke tidak..sebab baru2 ni sy ada panaskan semula frozen EBM (disimpan kurang dr 3 bulan) tersebut n rasa ebm tersebut tidak manis sepeerti fresh EBM..ada sedikit pahit..adakah EBM tersebut tidak elok?

  • Reply rina 30/09/2010 at 12:17 pm

    salam.
    sekiranya outing,adakah kita perlu memanaskan susu terlebih dahulu susu yg disimpan dlm cooler bag sblm diberi kpd bayi.

  • Reply iman 03/10/2010 at 10:51 pm

    boleh x susu yg tlh dibekukan diturunkan ke bahagian sejuk kemudian di masukkan semula ke bahgian beku..kalau boleh dlm tempoh bape lame

    tidak boleh! susu itu perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam (dikira dpd masa menurunkan susu ke bhg bawah)

  • Reply sakinah 15/10/2010 at 3:07 pm

    salam..saya perah susu di tempat kerja dan simpan dlm peti sejuk beku. bila balik, susu tersebut beku dan bila sampai dirumah susu dah cair. saya risau susu tu rosak..

    Salam, susu yg dikeluarkan dari tempat beku apabila sudah mencair perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam. oleh itu adalah lebih baik jika susu perahan di tempat kerja di simpan di ruang sejuk bawah saja dan di bawa balik dlm cooler bag dlm keadaan sejuk. sampai di rumah, boleh simpan di ruangan sejuk bawah atau simpan di tempat beku.

  • Reply ina 15/10/2010 at 3:58 pm

    Salam..
    Kak bagaimana caranya nak elakkan susu berkurangan?

    salam,
    beberapa tips mudah sebagai panduan:
    1. kerapkan direct feeding dan mengepam
    2. berfikiran positif, jika mendapati hasil perahan sikit, jgn cepat kecewa dan putus asa, simpan hasil perahan walaupun 1oz dan berazam itu mendapat hasil yg lebih banyak pada masa lain
    3. lapangkan fikiran, jangan stress, banyakkan berehat
    4. minum air secukupnya, makan makanan/minuman yg boleh menggalakkan penghasilan susu ibu seperti oat, horlick, barli, daun kucai, ulam-ulaman, halba, kurma, madu dll

  • Reply azliana 21/10/2010 at 4:34 pm

    hi, nk tnyer, lps beku dlm bekas yg kiter takleh terus panaskn, di mana kena tukar bekas, kiter perlu tggu dia cair dlm bekas asal dulu sebelum dipanaskan? jika berlebih boleh simpan dlm peti sejuk bawah? tetpi dihbiskn dlm tempoh 24 jm

    salam,
    kalau bekas penyimpan yg digunakan x boleh dipanaskan so boleh cairkan dahulu (dlm bekas asal) then pindah ke botol barulah panaskan then diberi kepada baby.
    jika kuantitinya agak banyak, selepas dicairkan bolehlah simpan semula ke dlm peti sejuk bawah tetapi perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam.
    statement puan itu betul 🙂

  • Reply IDAYU 25/10/2010 at 5:46 pm

    salam sis..

    sy nk ty perbezaan penyimpanan susu ibu dlm peti sejuk satu pintu dan dua pintu..
    harap dpt membantu..trima kasih..

    salam,
    perbezaan penyimpanan utk peti sejuk 1 pintu dan 2 pintu adalah seperti berikut:
    1. penyimpanan di bhg biasa (bawah): susu tahan antara 3-5 hari. selepas 5 hari, susu boleh dipindahkan ke dlm bhg beku (freezer) utk memanjangkan hayat susu.
    2. penyimpanan di bhg freezer: susu tahan hingga 2 minggu (bg peti sejuk 1 pintu) dan 3-6 bulan bg peti sejuk 2 pintu.

  • Reply afna 08/11/2010 at 2:50 pm

    salam. saya nak tanya, macam mana nak buat penyimpanan perahan susu ibu, jika di tempat kerja tiada peti ais.

    dan bolehkah susu-susu yang dibuat stok yang tlah dibekukan setelah dipanaskan dicampur ke dalam satu botol untuk diberi kepada bayi

    salam.
    jawapan utk soalan 1; jika di pejabat tiada peti sejuk, susu perahan boleh disimpan di dlm cooler bag dgn bekalan ice pack yg mencukupi yg tahan sejuk dlm jangka masa 10-12 jam.
    jawapan utk soalan 2; susu perahan beku yg sudah dipanaskan boleh dicampur utk diberi kpd bayi walaupun stok2 susu itu berlainan tarikh/masa

  • Reply juehadi 15/11/2010 at 2:38 pm

    salam….
    Saya baru melahirkan bayi perempuan dan sekarang bayi berusia hampir 2 bulan,saya bercadang ingin memberi fully breast feeding pd bayi saya ini.Saya ingin bertanya soalan:

    Saya bercadang mahu membawa EBM dlm tupperware tanpa ice pack yg boleh memuatkan 6 botol EBM yg sudah di cairkan semalaman untuk dibekalkan di rumah pengasuh,jarak rumah saya ke rumah pengasuh antara 5-10 minit.

    1)Perlukah saya membawa cooling bag bg mengekalkan kualiti suhu EBM
    2)Bolehkah saya memanaskan EBM beku dengan botol susu yang sama digunakan
    untuk mengepam EBM dan terus diberi kepada bayi tanpa menukarkan
    ke dlm botol lain.
    3)Bagaimana saya boleh tahu samada EBM masih boleh di gunakan lagi atau
    tidak.

    salam. tahniah kerana baru mendapat cahaya mata dan memilih untuk menyusukan anak dgn susu ibu sepenuhnya.
    jawapan:
    1. walaupun jarak perjalanan 5-10 minit, suhu persekitaran masih boleh merosakkan susu perahan (kerana masa 5-10 minit itu sama spt masa memanaskan susu perahan). jika puan menggunakan tupperware kedap udara dan puan tidak mahu menggunakan icepack, puan boleh meletakkan ketulan2 ais di sekeliling botol di dalam tupperware itu. ini lebih baik daripada mendedahkan susu kepada perubahan suhu yg mendadak di persekitaran.
    2. boleh. botol yg sama boleh digunakan utk memberi susu terus kpd bayi.
    3. EBM yg telah rosak berbau masam dan rasanya tidak sedap. saya cadangkan puan merasa susu perahan yg segar, yg sejuk dan yg dibekukan supaya puan dapat mengenalpasti rasa susu yg sudah rosak. susu yg elok akan berasa lemak manis :

  • Reply juehadi 15/11/2010 at 3:11 pm

    salam kak nieza,
    ada lagi soalan yg saya nak tanyer,

    saya dah start bg baby EBM melalui botol,kadang2 die minum kadang2 die tolak,boleh tak akak cadangkan puting yg sesuai untuk memberi baby EBM..satu lagi soalan
    EBM beku yg telah dicairkan semalaman dan disimpan dalam ruang sejuk,jika tidak habis digunakan bolehkah disimpan semula dlm ruang beku,sebab saya takut tersalah bagi info kat baby sitter..

    terima kasih,blog akak banyak membantu saya utk menjayakan penyusuan eksklusif banyak persoalan saya terjawab,saya akan cadangkan pada kwn2 yg niat nak fully bf..

  • Reply yus 19/11/2010 at 10:01 pm

    salam,
    saya nak tanya, ebm yg dah di bawa turun dari freezer mesti digunakan dalam tempoh 24jam. seandaiya dalam tempoh 24jam ebm yg sudah cair tadi tidak habis digunakan, bolehkah ianya diguna lagi?
    susu yg telah dipanaskan dan tidak habis diminum bole disimpan semula di dalam fridge. berapa lama tempoh susu itu bole diguna?

    salam. ebm beku yg sudah diturunkan dari freezer perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam, jika tidak digunakan ia perlu dibuang (jika sayang nk buang boleh minum sendiri atau jirus pada tanaman :)).
    susu yg sudah diminum tetapi tidak habis boleh disimpan semula ke dlm peti sejuk dan dipanaskan utk diminum pada next feeding (dlm tempoh 2 jam selepas penyusuan sebelumnya). jika baby x mahu minum juga, maka perlu dibuang.

  • Reply ina 22/11/2010 at 11:56 am

    Saya musykil tentang pemanasan EBM.
    Apakah suhu yang paling sesuai untuk panaskan EBM?

    salam. suhu yg sesuai utk pemanasan EBM ialah sama spt suhu badan iaitu 37 darjah celcius.

  • Reply jenn 24/11/2010 at 12:52 pm

    Salam pn nieza,
    sy telah membaca semua soalan dan jawapan tapi masih mengelirukan (maaf). soalan2 sy:

    1) susu yg telah dibekukan, dicairkan dgn memindahkan ke bhgn bawah selama semalaman (fridge 2 pintu), dlm tempoh berapa lama perlu digunakan?
    2) jika jawapannya mesti digunakan dlm 24 jam, 24 jam tersebut dari waktu diletakkan ke bawah atau pun dikira dari waktu susu itu telah cair 100% di bhgn bawah itu?

    salam. jawapannya:
    1) susu yg telah dibekukan, dicairkan dgn memindahkan ke bhgn bawah selama semalaman (fridge 2 pintu), dlm tempoh berapa lama perlu digunakan? – dalam tempoh 24 jam
    2) jika jawapannya mesti digunakan dlm 24 jam, 24 jam tersebut dari waktu diletakkan ke bawah atau pun dikira dari waktu susu itu telah cair 100% di bhgn bawah itu? – 24 jam dikira dpd waktu menurunkan susu ke bhg bawah, contohnya jika menurunkan susu pada jam 10 mlm, bermakna susu perlu dihabiskan sebelum 10 mlm esoknya, senang kira sepanjang siang itu kena habiskan susu. jadi jika nak bekalkan susu kepada pengasuh, turunkan jumlah susu ikut keperluan seharian baby di nursery sahaja. jika susu sudah diturnkan dan tidak digunakan, susu tidak boleh dibekukan semula.

  • Reply mas 25/11/2010 at 12:31 pm

    salam,
    1.saya kat ofis xde peti ais,lpas pam saya just letak susu dlm suhu aircond jer..bole ker?lpas tue sy amek mase satu jam tngu husband kat luar ofis brsama susu yg di pam tdi..persoaln nyer susu tue elok lgi ker tuk saya simpn bile smpai drumah..?
    2.susu yg dh dminum baby xabis bole disambung blik ker minum n bpe lme kualiti susu bole tahan n perlu ker pnas kan smula?

    tq..

    salam, saya rasa susu tersebut tidak lagi sesuai diminum atau disimpan di dlm peti sejuk memandangkan ia telah terdedah kpd suhu bilik dan suhu luar (saya kira agak panas) dlm jangka masa yg lama. susu hanya boleh dibiar pada suhu bilik (lebih kurang 28-30 darjah celcius) selama 2 jam, jika di dlm bilik berhawa dingin sekitar 4 jam sahaja.
    jika di pejabat tiada peti sejuk, saya cadangkan puan guna cooler bag yg berisi ice packs secukupnya yg tahan 10-12 jam utk menyimpan susu perahan sepanjang berada di pejabat sehingga balik ke rumah.

  • Reply syuhaida 27/11/2010 at 1:46 pm

    akak,, nak copy paste kat fb bley??????

    boleh dgn izin 🙂

  • Reply sarah 30/11/2010 at 4:12 pm

    Salam,
    Saya berazam utk bagi susu ibu utk anak saya kali ni.Masalah saya adalah:
    1) hari ke 20 baru saya melatih anak saya utk menhisap susu melalui botol.Dia nampak tidak berminat.Puting susu jenis mana yang sesuai utk baby?utk pengetahuan ,saya menggunakan set pump dan botol avent.
    2)saya akan bekerja tak lama lagi.jarak rumah saya dengan tempat kerja lebih kurang 30 minit.kekdg menjangkau 45minit.Bagaimana cara penyimpanan terbaik utk saya simpan di tempat kerja sebelum balik.perlu ke saya pump dan simpan di tempat bawah.ataupun saya perlu terus simpan di tempat atas.
    3)bgmana utk simpan di peti atas atau bwh susu yg di bawa blk td.

    salam. tahniah kerana memilih susu ibu untuk anak puan. jawapan kpd persoalan puan:
    1) hari ke 20 baru saya melatih anak saya utk menhisap susu melalui botol.Dia nampak tidak berminat.Puting susu jenis mana yang sesuai utk baby?utk pengetahuan ,saya menggunakan set pump dan botol avent.
    saya tidak dpt memberikan jenama puting yg tepat kerana setiap anak mempunyai citarasa yg tersendiri, puan kena bereksperimen dgn pelbagai jenis puting (pilih yg lembut dan menyerupai puting ibu), antara yg selalu disyorkan ialah puting MAM dan NUK. Semasa latihan itu, jangan ibu sendiri yg memberinya minum menggunakan botol kerana bayi amat kenal bau ibunya dan dia tidak mahu menyusu botol kerana mengetahui dia boleh direct feeding ketika itu. Minta org lain memberinya minum spt ayahnya, pengasuh atau saudara yg lain. Alternatif lain kepada penyusuan botol ialah penyusuan melalui cawan (cup feeding). Cara ini lebih baik sebenarnya kerana ia mengurangkan kebarangkalian bayi keliru puting.
    2)saya akan bekerja tak lama lagi.jarak rumah saya dengan tempat kerja lebih kurang 30 minit.kekdg menjangkau 45minit.Bagaimana cara penyimpanan terbaik utk saya simpan di tempat kerja sebelum balik.perlu ke saya pump dan simpan di tempat bawah.ataupun saya perlu terus simpan di tempat atas.
    jika di tempat kerja ada peti sejuk, simpan di dalam peti sejuk (bhg bawah, bukan bhg beku) dan dibawa balik menggunakan cooler bag dgn ice pack yg secukupnya. sampai di rumah bolehlah puan memilih sama ada simpan di bhg bawah atau bhg beku (freezer). namun begitu jika susu perahan itu adalah untuk kegunaan esok lusa memadai ia disimpan di bhg bawah sahaja.
    3)bgmana utk simpan di peti atas atau bwh susu yg di bawa blk td.
    jawapan spt di atas. susu yg dibekukan lebih susah utk diuruskan kerana apabila puan membawa balik susu beku menggunakan cooler bag ke rumah, susu beku itu pasti akan mencair sedikit (kerana suhu cooler bag tidak menyamai suhu freezer). apabila susu sudah mencair, ia perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam (dikira dpd masa mengeluarkannya dpd freezer).
    semoga usaha puan berhasil… 🙂

  • Reply Azzian 01/12/2010 at 10:15 am

    salam…
    Saya ade persoalan tentang susu simpanan yg dibekukan ni..susu beku ni sy da simpan dlm sebulan, bile sy cairkan warnanya jadi kekuningan dan berminyak di lapisan atas..tu tanda susu dah x elok ke? sbb ada perubahan bau pada susu (tengik mcm santan kelapa yg da lame tuh) jd setiap kali sy cairkan susu, sy akan bau dulu, bila bau mcm tu sy terus buang..betul ke tindakan sy ni?…

    salam. susu yg disejukkan memang akan mempunyai 2 lapisan iaitu lapisan lemak di bhg atas dan lapisan yg cair di bawah. ia adalah NORMAL dan susu itu masih elok. apabila dipanaskan, goyangkan botol (jangan goncang) utk mencampurkan lapisan lemak dan air. bau tengik adalah biasa bagi susu beku, rasanya juga kurang sedap berbanding susu segar. sebab itu sesetengah bayi tidak mahu minum susu beku. jika kaedah pengendalian dan penyimpanan dilakukan dgn betul, puan tidak perlu risau, susu beku itu masih elok. susu yg rosak akan berbau masam dan berlendir.

  • Reply elmie 08/12/2010 at 7:56 pm

    salam…
    saya berhajat untuk menyusukan anak 3 ini secara ekslusif..permasalahan yang saya hadapi sekarang :

    1) saya terpaksa hantar anak ke kampung apabila bekerja kelak(perjalanan ke kg hanya 1 jam)…tiap2 minggu balik ke kampung…boleh tak puan memberikan idea bagaimana jadual perancangan untuk penyimpanan susu sepanjang tempoh berpantang dan bila sudah bekerja kelak…

    a) bagaimana hendak mengekalkan kualiti susu …yang disimpan selama 5 hari sepanjang perjalanan ke kg…

    2) adakah dengan meletakkan semua susu perahan sepanjang tempoh berpantang didalam frozen boleh megekalkan kualiti susu…(susu disimpan dalam tempoh berpantang boleh digunakan semasa bekerja kelak..)

    3) perlukah saya membeli mini bar fridge (frozen) untuk mengasingkan susu perahan…(memandangkan fridge sediada sentiasa digunakan)…

    salam, menjawab persoalan puan…
    1) saya terpaksa hantar anak ke kampung apabila bekerja kelak(perjalanan ke kg hanya 1 jam)…tiap2 minggu balik ke kampung…boleh tak puan memberikan idea bagaimana jadual perancangan untuk penyimpanan susu sepanjang tempoh berpantang dan bila sudah bekerja kelak…
    sudahkah puan mempertimbangkan kemungkinan2 yg akan berlaku apabila meninggalkan anak di kampung? berjauhan dpd anak menyebabkan
    i. kurangnya penyusuan terus dari payudara ibu (direct feeding) menyebabkan kurang rangsangan hisapan bayi ke atas payudara dan ini boleh menyebabkan production susu akan menurun (tiada alat/pump yg dapat menggantikan keupayaan bayi menghisap);
    ii. puan perlu menggantikan sesi menyusu itu dengan mengepam, bermakna puan perlu mengepam setiap 2 jam sekali (termasuk waktu malam) utk menjamin rangsangan berterusan pada payudara;
    iii. berjauhan dgn bayi akan meningkatkan kebarangkalian bayi akan mengalami keliru puting iaitu bayi yg sudah terbiasa dgn puting botol akan menolak utk menyusu terus dari payudara ibu (kerana menyusu botol “lebih senang” berbanding menyusu daripada ibu).
    Jadi jika boleh cuba pertimbangakan semula keputusan utk berjauhan dgn bayi

    a) bagaimana hendak mengekalkan kualiti susu …yang disimpan selama 5 hari sepanjang perjalanan ke kg…
    susu yg disimpan di dlm peti sejuk selama 5 hari boleh dibawa pulang ke kg dengan menggunakan cooler bag yg berisi ice pack secukupnya. sampai di kampung puan boleh memasukkan sebahagiannya ke dlm freezer (bhg beku) utk menjamin ketahanan susu tersebut.

    2) adakah dengan meletakkan semua susu perahan sepanjang tempoh berpantang didalam frozen boleh megekalkan kualiti susu…(susu disimpan dalam tempoh berpantang boleh digunakan semasa bekerja kelak..)
    susu yg diperah ketika dlm pantang boleh dibekukan utk bekalan selepas kembali bekerja. namun begitu dari segi kualiti, susu beku akan kekurangan beberapa nutrien dan antibodi berbanding susu yg disimpan di bhg bawah kerana proses pembekuan mengurangkan nutrien dan kandungan2 lain dlm susu ibu (tetapi masih jauh lebih baik berbanding susu formula!!)
    3) perlukah saya membeli mini bar fridge (frozen) untuk mengasingkan susu perahan…(memandangkan fridge sediada sentiasa digunakan)…
    terpulang kpd puan jika hendak menyimpan susu dlm peti sejuk berasingan, jika kuantitinya sangat banyak, adalah digalakkan mengasingkannya. namun begitu susu yg disimpan bersama makanan lain di dlm freezer masih elok digunakan.

  • Reply ain 09/12/2010 at 3:20 pm

    salam…

    saya baru 3 bulan melahirkan bayi dan menyusukan bayi dengan susu badan… disini sy nak tanye,

    1) sy baru mula bekerja, sewaktu sy dalam pantang sy tidak memerah susu dan sekarang sy menghadapi masalah kekurangan stok susu untuk ank sy. boleh tak akak cadangkan kepada saya cara untuk mengekalkan stok susu yang mencukupi untuk ank sy.

    2) dalam masalah yang sama, susu yang di hasilkan banyak dari buah yg sebelah kiri kerana ank sy lebih cenderung menghisap susu sebelah kiri dan akan menangis jika diberi susu sebelah kanan. sy kuatir khasiat yang ank sy terima tidak seimbang. bagaimana cara sy hendak mengatasinya?

    3) saya juga ingin tahu cara pemakanan yg bagaimana dapat menghasilkan susu yang berkualiti.

    salam, jika puan tiada stok susu dalam pantang tidak bermakna puan tidak dapat memenuhi keperluan penyusuan bayi puan. puan boleh mengepam dgn kerap utk merangsang penghasilan susu yg banyak. ramai org yg bekalan susunya kais pagi makan pagi iaitu pam hari ini utk kegunaan esok. antara cara-cara utk meningkatkan kuantiti susu ibu, puan boleh makan makanan berkhasiat, jangan skip waktu makan, minum air secukupnya, makan makanan yg boleh menambah susu badan seperti kurma, oat, halba, ulam pegaga, longan dll. penting juga jangan stress dan banyakkan berehat. kunci kepada penghasilan susu yg banyak ialah KERAPKAN MENGEPAM.
    adalah biasa anak pandai memilih payudara sebelah mana yg disukainya. biasanya dia suka jika air susunya banyak. jika payudara menghasilkan susu yg sedikit, bayi perlu menggunakan otot mulutnya dgn lebih kuat sebab itu bayi akan meragam kerana terpaksa bekerja kuat utk mendapatkan susu. oleh itu puan perlu lebih kerap mengepam sebelah yg kurang susu utk merangsang penghasilan susu yg lebih banyak atau susukan bayi sebelah yg kurang susu itu pada ketika dia tidak terlalu lapar, hisapan bayi masih sangat diperlukan utk merangsang payudara menghasilkan susu. dari segi khasiat tiada bezanya bhg kiri atau kanan. yg penting bayi menyusu sebelah payudara dari awal hingga terasa payudara kosong utk menjamin dia mendapat foremilk dan hindmilk.

  • Reply hafiza 09/12/2010 at 8:46 pm

    salam..
    saya nak tahu..
    sekiranya susu yg dikeluarkan dr peti beku dan berada dlm ice box boleh disimpan slama 12-24 jam di luar kan? jika susu itu ada baki (botol berlainan),boleh simpan dlm peti bawah plak,tp brape lama plak tempoh nya??

    salam,
    apabila susu beku dikeluarkan dari freezer dan disimpan dlm keadaan sejuk (sama ada di dlm cooler bag atau di dlm peti sejuk bawah) ia boleh bertahan sehingga 24 jam sahaja (dikira dari masa mengeluarkannya dari freezer).
    jika telah dikeluarkan ke suhu bilik, ia boleh bertahan 2-4 jam sahaja. boleh dimasukkan ke dlm peti sejuk (bhg bawah) semula tetapi perlu dihabiskan dlm tempoh 2-4 jam sahaja (dikira dari masa mengeluarkannya dari peti sejuk pada kali pertama).
    contoh: 5 botol susu dikeluarkan dari freezer pada jam 10 mlm dan disimpan di dlm peti sejuk bhg bawah, maka susu itu perlu dihabiskan sebelum 10 mlm esok. jika 3 botol dikeluarkan pada jam 8 pagi utk diberi kpd baby, susu itu boleh bertahan dlm suhu bilik selama 2-4 jam sahaja (bergantung kpd suhu bilik) maknanya sehingga jam 10pg atau maksimum 12tgh. kemudian didapati 1 botol tidak digunakan. susu yg tidak digunakan itu boleh disimpan semula ke dlm peti sejuk dan gunakan sebelum jam 10 pagi atau maks. sebelum 12 tengahari.
    walau bagaimanapun utk memastikan susu boleh digunakan atau tidak, kaedah yg terbaik adalah merasa dan membau susu tersebut. jika rasanya masih elok dan tidak berbau masam maka susu tersebut boleh diberikan kpd bayi. tempoh masa ketahanan susu yg dinyatakan hanyalah sebagai panduan asas sahaja, yg penting semasa menyediakan susu perahan utk simpanan pastikan langkah-langkah kebersihan diamalkan spt sterilkan botol dan basuh tangan dgn bersih utk memastikan susu disimpan dgn baik dan tidak mudah rosak.

  • Reply Lydia 13/12/2010 at 12:43 am

    Salam,
    Saya ada satu soalan yang hendak diajukan mengenai cara memanaskan susu ibu. Saya mengepam susu lebih kurang jam 9 malam dan kemudian memanaskan dengan cara steam (dibiarkan dalam bekas steam sehingga digunakan). Tujuan saya buat begitu kerana susu tersebut akan dipakai pada jam 5-6 pagi (kekerapan anak saya berjaga. Bolehkah susu tersebut digunakan? Selepas distim susu tersebut seperti pekat sedikit. Terima Kasih 😉

    salam, saya kurang setuju dgn cara puan memanaskan susu perahan, walaupun mungkin susu itu masih elok tetapi membiarkannya dlm suhu steam (mungkin dalam 80 darjah celcius) selama 8 jam (9mlm-5pagi) boleh mengurangkan kualiti susu dan kandungan air dalam susu (sebab itu susu menjadi pekat). puan boleh menyimpan susu tersebut di dlm peti sejuk dan panaskan apabila hendak digunakan.

  • Reply BIHA 14/12/2010 at 11:02 am

    Salam,

    Saya pon nak bertanya..
    Saya bekerja di opis..biasa dlm kul 9pagi..1tghari…3ptg…mesti nak kene perah..
    kadang saya biar pasal tak tau mcm mana nak simpan sementara tggu balik..peti sejuk kene tumpang opis orang plak..jauh lak tu
    kalu saya simpan dlm petisejuk atas, pastu keluarkan semula pasal nak bwk balik…then sejukkan semula…bolehkan??
    lagi satu…kalu sy peras susu kol 9am, pastu dok biar dia dlm bilik aircon..then balik umah baru masuk peti sejuk…boleh ke?

    salam. saya cadangkan puan guna cooler bag dan ice pack yg tahan sejuk selama 10 jam utk menyimpan susu perahan semasa di pejabat. ini lebih mudah kerana puan boleh meletakkan cooler bag itu di meja kerja sahaja dan tidak perlu menumpang peti sejuk org utk menyimpan susu. susu itu akan kekal sejuk dan bila balik puan boleh terus simpan di dalam peti sejuk atau freezer.
    susu yg disimpan di dlm peti sejuk atas (freezer) perlu kekal dlm keadaan beku, apabila ia dah mencair (walaupun sedikit) kerana dikeluarkan dpd freezer, ia tidak boleh dibekukan semula dan perlu diminum/dihabiskan dlm tempoh 24 jam.
    susu dlm tempat berhawa dingin (suhu antara 16-20 darjah celcius) tahan hanya utk 4-6 jam sahaja.

  • Reply BIHA 16/12/2010 at 10:24 am

    So, susu yg dh tercair walau sikit, mmg tdk boleh dibekukan semula nye..
    apa kesan pada bayi jika kita beri juga susu beku..cair…then beku semula

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 8:04 am

      salam. semasa proses pembekuan, susu beku akan kehilangan sebahagian nutrien penting termasuk “bahan pensteril semulajadi” yg merencat pertumbuhan bakteria di dalam susu. oleh itu susu beku yang sudah dicairkan perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam kerana ia tidak lagi boleh mensterilkan dirinya sendiri (bermakna pertumbuhan bakteria sudah boleh berlaku). jadi susu itu tidak boleh lagi disimpan (dibekukan).

  • Reply lynn 21/12/2010 at 3:33 pm

    saya nak tanye la…jika saya panaskan susu, kemudian masukkan ke dlm termos utk dihantar ke penjaga, jd penjaga tu xpayah nak pnaskan susu lg, dia just terus tuang susu tu dari termos ke dalam botol susu utk diberi ke bayi saya..boleh ke tak saya gunakan cara ni?..adakah kualiti susu akan terjejas?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 8:04 am

      salam, berapa lama susu itu berada di dalam termos? jika hanya selama 2-4 jam saya rasa masih okay tetapi jika sepanjang hari, saya rasa susu akan rosak. susu perahan sebaiknya disimpan dlm keadaan sejuk berbanding keadaan panas kerana suhu suam (40 darjah celcius) adalah suhu optimum untuk pertumbuhan bakteria.

  • Reply ira 22/12/2010 at 1:52 am

    Maaf saya masih keliru sedikit,betulkan saya sekiranya saya silap.

    1.Adakah benar fahaman saya, susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk tahan selama 4 jam, sekiranya lebih boleh di simpan semula dalam 1-2 jam pertama. Dan perlu dihabiskan untuk 2 jam terakhir.

    2. Sekiranya saya biarkan susu tadi didalam warmer sahaja tanpa perlu menyimpan semula adakah kualiti susu akan berkurangan?

    2. Bekas penyimpanan susu, kalau guna bekas dadih perlu dibuang selepas sekali penggunaan atau bagaimana?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 8:04 am

      salam, statement no 1 adalah betul.
      susu jgn dibiarkan di dalam warmer utk jangka masa yg panjang (spt 2 jam) kerana suhu warmer (40 darjah celcius) adalah suhu optimum utk pertumbuhan mikroorganisma. sebaiknya simpan susu di dlm peti sejuk hingga sampai masa utk menggunakannya.
      bekas dadih boleh digunakan utk 1 kali penggunaan saja.

  • Reply alin 24/12/2010 at 1:16 pm

    Salam..

    Saya ada pertanyaan..

    Ptg ni saya nk balik kg yang mana perjalanan mengambil masa dalam 2-3jam perjalanan. Saya bercadang membawa pulang susu yang telah saya bekukan dengan meletakkan susu beku tersebut di dalam cooler bag.

    Soalan saya:

    1. Adakah susu itu akan cair dan kesemua susu itu saya perlu abiskan dalam tempoh 24jam?

    2. Adakah alternatif lain yang boleh saya gunakan untuk membawa susu yg beku agar akan kekal beku apabila sampai ke destinasi yang dituju dan boleh dimasukkan semula susu beku tersebut ke dalam freezer.

    Selain itu, kalau saya nk berjalan-jalan, susu yg telah dicairkan akan saya letak kedalam cooler bag.
    1.Perlukah saya memanaskan dulu sebelum diminum atau susu itu boleh terus diminum tanpa dipanaskan?

    Terima kasih

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 8:03 am

      salam, jawapan:
      1. Adakah susu itu akan cair dan kesemua susu itu saya perlu abiskan dalam tempoh 24jam?
      bergantung kpd suhu di dlm cooler bag dan ice pack yg digunakan. jika susu mencair maka perlulah dihabiskan dlm tempoh 24 jam.
      2. Adakah alternatif lain yang boleh saya gunakan untuk membawa susu yg beku agar akan kekal beku apabila sampai ke destinasi yang dituju dan boleh dimasukkan semula susu beku tersebut ke dalam freezer.
      jika cooler bag tidak mampu mengekalkan suhu beku susu, boleh cuba gunakan cooler box spt coleman box (bekas utk org yg selalu pegi memancing, boleh dibeli di pasaraya) dengan ice pack yg mencukupi utk memastikan suhunya kekal pada takat beku. boleh juga penuhkan bekas itu dengan ketulan ais yg biasa dan taburkan sedikit garam pada ais utk melambatkan proses pencairan. pastikan ketulan ais memenuhi segenap ruang dan tiada ruang kosong yg tinggal.
      Selain itu, kalau saya nk berjalan-jalan, susu yg telah dicairkan akan saya letak kedalam cooler bag.
      1.Perlukah saya memanaskan dulu sebelum diminum atau susu itu boleh terus diminum tanpa dipanaskan?
      kalau pergi berjalan bersama baby alangkah mudahnya jika direct breastfeed saja, so x perlu membawa bekal susu perahan dan cooler bag segala…
      jika nak bawa juga, boleh bawa dgn cooler bag dan singgahlah di gerai makan utk minum2 dan minta air panas utk panaskan susu baby atau bawa termos air panas… tapi agak leceh kerana tak ubah spt org yg beri susu formula pulak..

  • Reply lozianna 27/12/2010 at 6:19 pm

    kak….minta izin utk copy artikel buat dgn kongsi dengan kwn2 yang masih kurang tetang pengetahuan ini….

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 8:02 am

      …dengan izin 😉

  • Reply ira 27/12/2010 at 10:08 pm

    Saya ingin bertanya,

    1.boleh tak susu ibu dicampur dengan bahan lain sebagai contoh nestum?

    2.Saya ada masalah di mana anak saya berumur 4 bulan mengalami masalah kurang tidur di waktu siang dan kurang untuk minum susu secara direct walaupun susu badan diperah ke botol pada waktu siang, tidak lama lagi saya perlu menghantar anak saya ke pengasuh jadi saya khuatir pengasuh gagal untuk menjaga anak saya. Pandangan orang tua saya adalah memberi nestum sedikit untuk mengenyangkan anak saya. Apa pendapat puan dan cadangan puan berkaitan permasalahan saya ini?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 8:02 am

      salam. menurut polisi yg disarankan oleh WHO, penyusuan eksklusif (bayi minum susu ibu sahaja) adalah sehingga bayi berumur 6 bulan, makanan pelengkap hanya diberi selepas umur 6 bulan. rasionalnya ialah sistem pencernaan bayi termasuk perut dan usus masih belum matang utk menerima makanan lain selain susu ibu pada usia di bawah 6 bulan. memberi bayi nestum bercampur dgn susu ibu dibolehkan jika bayi puan berumur lebih 6 bulan tetapi bagi bayi puan yg baru berusia 4 bulan dia belum boleh diberi makanan tambahan lagi.
      Orang2 tua termasuk ibu bapa atau mertua kita memang selalu mencadangkan memberi bayi makanan lain atau susu formula supaya bayi “kenyang”, tidur lena dan kurang meragam! Memang benar bayi akan “kenyang” kerana diberi makanan tambahan dan susu formula. bayi “kenyang” kerana makanan itu kekal lama di dalam perutnya dan lambat dihadam maka sebab itulah bayi tidur lena dan tidak bangun minta menyusu. tetapi keadaan ini tidak baik utk tumbesaran dan kesihatan bayi kerana makanan yg dimakannya tidak boleh dihadam dgn baik kerana perut dan ususnya belum cukup matang utk melakukan proses pencernaan makanan yg kompleks. berbeza dgn susu ibu, susu ibu cepat hadam dan sebab itu bayi akan lapar semula selepas 1-2 jam menyusu. namun begitu itulah keperluan sebenar badan bayi ketika umurnya di bawah 6 bulan, susu ibu yg diminumnya dihadam dgn cepat utk memberi nutrien yg cepat utk pertumbuhan otak, tulang dan sel-sel dalam badan utk tumbesaran.
      ramai ibu2 bimbang bayi kurang mahu menyusu pada waktu siang apabila ditinggalkan di nurseri atau pengasuh. bayi dan ibu mempunyai naluri yg kuat antara satu sama lain. jika puan asyik teringatkan bayi yg ditinggalkan dan bimbang tidak cukup susu, tidak cukup tidur dll, begitu juga dgn bayi puan, dia juga merasa ‘kehilangan’ ketika puan tiada bersamanya. perkara ini mungkin akan berlarutan beberapa minggu namun begitu apabila puan mula berlapang dada apabila menyerahkannya kepada pengasuh setiap pagi, bayi juga akan melakukan perkara yg sama, dia juga hari demi hari akan menerima hakikat bahawa ibu tiada bersama pada suatu ketika (siang hari).
      apa yg penting ialah persiapkan stok susu perahan secukupnya utk bekalan bayi ketika ditinggalkan bersama pengasuh. utk bayi berusia 4 bulan biasanya dibekalkan 3-4oz setiap botol, 4-5 botol sehari jika ibu bekerja 8pg-5ptg.

  • Reply ct 05/01/2011 at 5:01 pm

    salam,
    sis,maafla kalau soalan sy tya ni pernah dijwb,mgkn sy yg x perasan.sy ada buat stok susu sbln sebelum sy start keje..sume susu tersebut sy simpan dlm freezer bhgn bwh x dmskkan dlm tempat beku.skrgni sy dh start keje,mknanya susu tu dah 1 bln lbh..adakah ia masih boleh digunakan?
    soalan yg ke-2
    susu yg sy pam diofis,sy bw blk ke rmh dgn cooler beg,adakah sy perlu mskkan ke dlm tmpt beku terus ataupun di bahagian bwh saja?
    soalan 3
    susu yg nk dibekalkan kpd bby sitter keesokkannyer tu nk guna yg mana?
    itu sj tq!!!

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:59 am

      salam.
      1. susu yg disimpan di bhg sejuk bawah (bukan freezer) hanya tahan sehingga 5 atau 7 hari sahaja. jika dah lebih sebulan, susu sudah tidak boleh digunakan lagi. sepatutnya selepas 5 hari disejukkan dan susu itu belum mahu digunakan, pindahkan susu itu ke bhg freezer beku utk memanjangkan tempoh hayatnya sehingga sebulan.
      2. susu yg di bawa balik dari ofis menggunakan cooler bag boleh disimpan di bhg sejuk bawah atau freezer atas, bergantung kpd bila puan hendak menggunakan susu itu. jika susu itu akan digunakan dlm 2-3 hari selepas itu memadai disimpan di tempat sejuk bawah, tetapi jika susu itu lambat lagi nk guna, simpan di freezer.
      3. utk dihantar pada pengasuh, gunakan susu yg paling lama disimpan (sebab itu perlu labelkan tarikh memerah susu) tetapi jgnlah pulak bekalkan semua susu beku sepanjang hari. sebaiknya bekalkan susu beku dan susu sejuk, contoh jika bekalkan 6 botol sehari; 4 botol susu sejuk, 2 botol susu beku.

  • Reply nid jamil 08/01/2011 at 12:57 pm

    salam….
    saya baru 12 hari melahirkan anak. bolehkah saya mula memerah dan menyimpan susu.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:58 am

      salam. boleh saja. ibu boleh mula berlatih memerah susu pada minggu kedua selepas melahirkan. sebagai permulaan perah 1 kali sehari selama beberapa hari dan kemudian tingkatkan kekerapan kepada 2 kali, 3 kali dan seterusnya.

  • Reply ati 10/01/2011 at 12:21 pm

    As Salam…

    1. saya dah but frozen stock masa dlm pantang…jadi nya nak transfer sikit from frozen stock saya ke frozen stock parents(anak tinggal dgn parents) camana ye? bole transfer mcm tu je ke pakai cooler?

    2. bila kembali kerja..saya akan letak 4 x 3 oz fresh EBM(perah today) dlm peti sejuk bawah rumah parents ( utk esok) dan esok nya my mum akan bawak turun 1 frozen ke peti bawah. mana satu patut saya utama kan utk baby minum? frozen @ chilled ?

    3. Kalau tak habis yg fresh(at the end of the day-lepas balik keje) dlm peti sejuk mak…bole transfer ke frozen kan?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:58 am

      salam.
      1. susu beku perlu dikekalkan dlm keadaan beku semasa pemindahan ke peti sejuk lain. saya cadangkan puan guna cooler box dgn ais yg banyak utk memastikan susu kekal dlm keadaan beku kerana once susu dah mencair walaupun sedikit susu itu tidak boleh lagi dibekukan.
      2. apabila susu beku sudah diturunkan ke bhg bawah maka susu itu perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam, maka susu beku itu perlu diutamakan terlebih dahulu.
      3. kalau susu sejuk itu tak habis, boleh biarkan saja di dlm peti sejuk asal saja tempohnya belum 5 hari dan gunakan susu yg itu dahulu keesokan harinya. jika tidak habis juga selepas 5 hari baru pindah ke bhg beku. kalau nk transfer ke freezer terus pun boleh tetapi susu sejuk lebih baik dpd susu beku dari segi kandungan nutrien dan rasanya.

  • Reply ati 10/01/2011 at 12:32 pm

    lagi satu question

    1. saya nak pam 2 jam sekali..tapi sekarang pam dpt 2 oz sahaja…bole ke 1st session pam saya masuk kan dulu peti sejuk bawah..lepas tu another 2 jam..pam lagi ..campur kan terus yg baru pam (2 oz) utk top up yg 1st session jadi 4 oz..lepas tu baru masuk dlm frozen?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:57 am

      hasil perahan kali kedua itu tidak boleh dicampur serta merta ke dlm botol pertama kerana suhunya yg berbeza (yg first sudah sejuk tetapi yg second masih suam2 kuku). sebaiknya perah ke dlm botol lain dan simpan dlm peti sejuk juga. selepas beberapa jam, baru kedua-dua susu boleh dicampurkan kerana suhunya telah sama. lepas dah campur bolehlah simpan di freezer atau biarkan pada suhu sejuk bhg bawah saja.

  • Reply alin 12/01/2011 at 8:08 am

    Salam,

    Saya nk tahu, bolehkah kita mencampurkan susu yang diperah berlainan tarikh semasa nk memberi susu kepada anak?

    Contoh : trkh: 9/1 – 60ml dan trkh: 5/1 – 60ml dicampurkan sekali dan dipanaskan.

    terima kasih

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:56 am

      boleh. sama ada campurkan sebelum dipanaskan atau panaskan secara berasingan (di dlm botol masing2).

  • Reply Nora 12/01/2011 at 1:57 pm

    Salam,

    Saya ingin bertanya apakah teknik yang paling baik untuk mencuci dan mensteril alat pam susu setiap kali habis sesi perahan susu di tempat kerja..

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:56 am

      salam. memadai dengan membasuh dgn sabun spt biasa dan menjirus dgn air suam utk mensterilkan peralatan mengepam seperti corong dan membran atau valve, tidak perlu merendam peralatan tersebut. peralatan yg tidak kena direct kpd susu atau badan seperti tiub tidak perlu dicuci, balik rumah kalau nak cuci bolehlah.

  • Reply julia 12/01/2011 at 3:48 pm

    Maaf Kak, Nak Tanye..
    1.Kate kan lah saya bekal kan 4-5 (3-4 oz) botol susu perahan yang telah beku ke rumah pengasuh..tanpa menggunakan cooler bag( jarak perjalanan dlm 5-10 minit)..adakah susu beku tadi boleh dimasuk kan semula dalam freezer atas??or hanye masuk kan dlm peti sejuk bahagian bawah?bekalan ini hanye untuk 1 hari penyusuan sahaja..adakah betul cara saya ni??

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:55 am

      salam. susu itu boleh dimasukkan ke dlm peti sejuk bawah dan dihabiskan pada hari itu, dan tidak boleh dimasukkan ke dlm freezer semula.

  • Reply erin 14/01/2011 at 10:55 am

    Assalam.. Saya nak tanya.. kalau sebelum bersalin, seminggu sebelum EDD, boleh tak kalau saya nak try pump?. sebab rasa breast dah besar dan ada susu..

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:55 am

      salam. sebelum bersalin tidak perlu mengepam atau memerah susu walaupun breast sudah terasa berat dan ada susu kerana secara teorinya ini berkemungkinan boleh menyebabkan contraction berlaku pada uterus dan puan boleh bersalin sebelum waktunya. walau bagaimanapun kajian masih sedang dilakukan perihal perkara ini kerana belum ada bukti kukuh yg boleh mengaitkan perkara ini. namun begitu puan boleh mula memerah susu seawal minggu pertama jika berlaku sesuatu seperti baby terpaksa ditahan di wad dan sebagainya.

  • Reply naa anilzah 14/01/2011 at 11:30 am

    asslamualaikum..

    suka sangat blog nih!!

    saya nak tanya:
    kalau saya balik kg dlm 4-5 hari dan bercadang nak pam susu, boleh tak saya pam susu dan simpan dlm peti ais 1 pintu (ebm tak beku) dan bawa balik susu pam tadi dlm cooler bag yang ada icepack kemudian menyimpanya dlm freezer. Jarak perjalanan dr kg mengambil masa 7 jam.. elok lagi ke susu saya tadi? thanks

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:55 am

      salam. terima kasih kerana membaca blog ini, semoga ia memberi manfaat dan dapat membantu puan.
      menjawab pertanyaan puan, boleh bawa balik susu menggunakan cooler bag dan bila sampai di rumah barulah simpan di dlm freezer (beku). cuma pastikan ice pack mencukupi dan tahan sejuk utk perjalanan selama 7 jam.

  • Reply julia 14/01/2011 at 12:55 pm

    Kak, saya berpantang dia umah mak saya di melaka..sekiranya saya buat stock/perahan semasa di melaka.. dan habis pantang balik semula ke KL.. semua stock yang saya ada boleh di masukan dlm kotak yang berisi ais kan…dan sampai KL saya boleh masukkan semula dlm freezer??

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:54 am

      salam. jika stok beku yg dibawa, pastikan ice mencukupi utk memastikan susu kekal beku sepanjang perjalanan. kerana sekiranya susu sudah mencair (walaupun sedikit) susu itu tidak boleh dibekukan semula. malah ia perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam.

  • Reply nurul nhb 16/01/2011 at 8:30 pm

    salam,
    1.Saya nak tanya, sekiranya susu yg disimpan di bahgian bawah peti 1 pintu sudah 5 hari, then untuk menyambung hayat susu tersebut diletakkan di bahagian beku. Ia akan tahan sehingga 2 minggu sahaja kan? dikira dari tarikh mengepam or dari hari dipindahkan ke bahagian beku?
    2.Saya pam susu di sekolah. then, masukkan susu perahan ke dlm cooler bag. kdg2 lambat balik ke rumah, contohnya pukul 3 lebih baru sampai rumah. saya keluarkan susu dr cooler bag n dapati susu tersebut kurang sejuk. mb ais cair. saya masukkan kebahagian bawah peti 1 pintu. so,susu tu ok lg ker untuk penyimpanan 3-5 ari? thanx

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:53 am

      salam.
      1. ya betul… susu yg dipindah ke bhg freezer itu tahan 2 minggu (utk peti sejuk 1 pintu) dikira dari tarikh mengepam.
      2. saya tidak boleh memutuskan sama ada susu itu masih ok atau tidak, puan kena uji sendiri melalui bau dan rasa. insya Allah susu tersebut masih ok jika ia masih sejuk (walaupun suhunya telah meningkat sedikit, tetapi masih sejuk kan?). sebagai peringatan utk masa akan datang, bawa ice pack yg mencukupi (biar lebih) atau gunakan ice pack yg tahan sehingga 10-12 jam.

  • Reply Aleesya 16/01/2011 at 10:08 pm

    Assalammualaikum.
    tyvm kak coz blog ni byk membantu saya.
    soalan: jika sya perah susu di office dan simpan dlm peti sejuk. berapa lama masa susu tersebut boleh tahan sehinggalah saya masukkan semula ke dalam peti sejuk di rumah. 4 jam juga ke?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:53 am

      wa’alaikumussalam…
      terima kasih kerana membaca bloq ini, semoga mendapat manfaat daripadanya.
      berdasarkan situasi puan mengepam di office dan menyimpan susu tersebut di dalam peti sejuk, puan perlu menggunakan cooler bag dgn ice pack yg cukup utk membawa susu itu ke rumah. bila sampai di rumah susu boleh terus disimpan di dlm peti sejuk bhg bawah atau freezer (terpulang kpd bila nak menggunakan susu tersebut). jangka hayat ketahanan susu itu dalam perjalanan sehingga 12 jam (bergantung kpd ice pack yg digunakan).

  • Reply Aleesya 16/01/2011 at 10:16 pm

    adakah susu yg dicampurkan drp berlainan waktu perahan menyebabkn susu tersebut rosak. sbg cth: perahan pertama sudah dimasukkn kedlm peti sejuk. 2 jam kemudian perahan kedua dimasukkn kedlm bekas yg sama tnpa disejukkn terlebih dahulu.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:52 am

      ya susu akan rosak. kerana susu perahan yg pertama telah disejukkan manakala susu perahan kali ke2 masih suam. ini menyebabkan suhu susu telah berubah (tidak lagi sejuk). peningkatan suhu akan meningkatkan kebarangkalian pertumbuhan mikroorganisma yg merosakkan susu.

  • Reply mar 16/01/2011 at 11:19 pm

    slm,

    sya ada persoalan. saya ada lebih kurang 10 botol stok EBM yang disimpan di bghn beku peti sejuk 2 pintu. baru2 ini suami saya membuka pintu peti sejuk bghn beku tersebut dan selepas 1 jam saya mendapati suami tidak menutup semula pintu peti sejuk dgn ketat menyebabkan EBM saya kelihatan sedikit mencair (akibat penurunan suhu). walaubgmnpun saya tidak mengeluarkannya dari bhgn beku trsbut. Persoalan sya bolehkah EBM tersebut digunakan lagi kerana telah ada sedikit yg mencair

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:52 am

      salam. insiden tidak sengaja sebegini sering berlaku… malang sekali saya terpaksa memberitahu susu beku yg sudah mencair (walaupun sedikit) jangka hayatnya hanyalah 24 jam sahaja (dikira dari waktu ia mula mencair iaitu waktu pintu freezer puan tidak ditutup rapat).
      jika insiden sebegini berlaku, cepat2 periksa semua susu beku. jika ada yg sudah mencair, terus asingkan dan turunkan ke bhg bawah dan habiskan hari itu juga. jika ada yg masih beku (biasanya yg disimpan paling dalam) biarkan di dalam freezer.

  • Reply sue 18/01/2011 at 1:55 pm

    Assalamualaikum Puan Nieza,

    Saya sgt2 berterima kasih dgn Puan sbb byk membantu saya menjayakan penyusuan ibu penuh. Dlm masa yg sama, saya juga seolah-olah menjadi mentor kpd bbrp rakan yg berhasrat menyusu penuh tp masih belum berjaya (dicampur dgn susu formula). Namun,saya kdg2 terasa stress bila rakan membandingkan berat dan perkembangan bayi mrk dgn bayi saya, seolah-olah memberi isyarat bhw susu formula dan susu ibu takde beza pun dlm merangsang perkmbgn anak, malah (seolah-olah) lebih baik esp bila anak saya yg hmpir 4 bln skrg ni masih belum meniarap, sdgkan anak-anak rakan yg lebih muda usianya telah pun meniarap dgn sempurna. Saya sendiri rasa was-was adakah saya telah memberikan susu ibu perahan dgn sempurna atau ada terkurang di mana2 yg menyebabkan keadaan ini.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:51 am

      w’salm. pada zaman sekarang apabila mentaliti ibu2 ‘moden’ sudah diasak oleh ‘kelebihan’ susu formula di media, tiada yg dapat mengubahnya melainkan diri sendiri juga. perkembangan setiap bayi adalah unik dan tidak sama antara satu sama lain. puan harus yakin bahawa susu ibu tetap jauh lebih baik daripada susu formula hatta ibu yg menyusu dalam keadaan kurang zat (malnutrisi) pun masih lebih baik berbanding susu haiwan lain. apatah lagi kita ibu2 yg sihat dan cukup makan, sudah tentu susu yg dihasilkan berkualiti.
      jika puan telah pastikan dia menyusu cukup, berat badan bertambah seperti yg sepatutnya, baby sihat, cergas dan ceria tiada apa yg perlu dirisaukan jika dia lambat merangkak. mungkin dia lambat pada bahagian ini tetapi pada bahagian lain dia lebih cepat. insya Allah.

  • Reply naa anilzah 18/01/2011 at 4:40 pm

    salam akak,

    ada tak artikel yang berkaitan dengan jangka hayat botol susu? sebenarnya saya baru tahu botol susu tak boleh guna lebih dr 3 bulan (bukan BPA free) dan bagi botol BPA Free boleh guna 6 bulan je… thanks kak.

  • Reply noeyzzy 19/01/2011 at 2:30 pm

    salam..kalau kita simpan ebm dalam peti sejuk 1 pintu yang tidak digunakan untuk simpan benda lain..i mean hanya untuk simpan susu semata-mata..boleh tahan berapa lama ye?..yg saya tau kalu simpan dalam peti sejuk 1 pintu tahan 2 minggu kan..tapi itu kalau peti sejuk tu simpan sekali ikan, daging, sayur n so on kan…tapi peti sejuk 1 pintu saya guna untuk simpan susu je..harap ada yang dapat membantu..tq

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:51 am

      salam. jangka hayat ketahanan susu masih sama iaitu 2 minggu sama ada peti sejuk itu mengandungi susu sahaja atau makanan2 lain. yg membezakan jangka hayat susu ialah jenis peti sejuk. freezer yg ada di dlm peti sejuk 1 pintu mempunyai suhu lebih tinggi (-4 hingga -10 darjah celcius) berbanding freezer yg terasing spt peti sejuk 2 pintu iaitu lebih kurang -18 darjah celcius.

  • Reply lyna 19/01/2011 at 3:06 pm

    salam,
    saya ada satu soalan tentang mencairkan ebm menggunakan warmer.
    boleh ke kita panaskan ebm sebanyak 4 oz dalam warmer dan hanya gunakan 2 oz saja, dan biarkan sehingga baby bangun dari tidur untuk balance 2 oz lagi? maksudnya lebih kurang 1-2 jam ebm dalam warmer.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:50 am

      salam. pendapat saya, tidak digalakkan membiarkan susu dalam keadaan suam selama 2 jam kerana suhu suam (lebih kurang 40 darjah celcius) adalah suhu optimum utk pertumbuhan mikroorganisma. lagipun suhu yg tinggi akan menyejat kandungan air di dalam susu. adalah lebih baik jika panaskan kuantiti yg hendak digunakan saja. jika terdapat lebihan susu, lebih baik disejukkan semula dan dipanaskan utk kegunaan kali kedua.

  • Reply iza 22/01/2011 at 2:22 pm

    salam..

    Saya nak tanyer beberapa soalan..ank sulung saya mmg tak suke susu putih..skang ni dia minum susu yg berperisa coklat..boleh EBM kite ni di campurkan dengan milo n bg dia minum?masih berkhasiat tak?

    Biasa yer bagi bayi 2 bulan lebih berapa kekerapan bayi tersebut menyusu EBM?ank saya 4 jam sekali tu pun 2 or 3 ounz..adekah ia normal?

    Biasa yer saya akan perah susu saya di dalam botol susu utk sekali hisap n then simpan di dalam peti ais..apabila ank saya mahu susu saya terus panaskan susu tersebut di dalam botol tersebut n then terus bg dia hisap..adakah cara saya betul?perlukah saya tukar susu ke dlm botol lain?

    Kalau kite simpan EBM kite dlm bekas dadih, kite tak boleh panas kan terus EBM tersebut dlm bekas dadih tu ker?

    Sory kalau soalan sya terlalu seng utk di jawab..byk lagi perkara yg saya tak tau tentang EBM ni..saya berminat utk mmberi ank saya yg kedua ni fully BF ni..thanks

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:49 am

      salam. saya sudah menjawab pertanyaan ini di email tetapi utk panduan pembaca yg lain saya copy & paste jawapannya di sini.
      boleh campurkan susu ibu ke dlm minuman lain (utk anak yg lebih besar) atau campurkan dlm bubur, cereal, kek, puding pun boleh. insya Allah khasiat susu ibu masih ada dan dapat dinikmati oleh si anak.

      pengendalian susu yg disejukkan tu betul, boleh terus panaskan guna botol yg sama dan beri kpd baby, tak perlu tukar botol lain. tetapi jika guna bekas dadih jangan panaskan guna bekas dadih itu kerana plastiknya bukan jenis bpa free. ramai pakar laktasi sebenarnya tidak menggalakkan penggunaan bekas dadih utk simpan susu perahan kerana plastiknya sama spt bekas air mineral yg tidak bebas bpa.

      jika nak guna jugak, bila nk panaskan tuang susu ke dlm botol dan barulah panaskan.

      harap menjawab kemusykilan puan.

  • Reply baiti 31/01/2011 at 11:57 am

    asalam..
    saya nk tya 1 soalan yg maseh saya tidak faham iaitu :susu yg saya pam di ofice dan diletakan dlm cooler bag,dan sampai dirumah saya terus masukkan kedalam freezer adakah ianya tahan selama 3 bulan???

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:48 am

      salam… ya betul..

  • Reply jue 02/02/2011 at 11:28 pm

    salam.. nk tny blh tak susu yg disimpn di bwh di naikkn ke frezer? lau dari office saya letak lam peti ais dan bila nk blik tak msukkan lam cooler beg dan sampai dirumah saya masukkan lam peti dahkan boleh? dan ketahanannye bape lame?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:46 am

      salam. susu yg disimpan di bhg bawah boleh dinaikkan ke bhg freezer utk memanjangkan tempoh hayat susu sehingga 2 minggu (bg peti sejuk 1 pintu) dan sehingga 3 bulan (bg peti sejuk 2 pintu).
      sebaiknya susu yg dipam di ofis dibawa balik menggunakan cooler bag dgn ice pack yg mencukupi utk mengekalkan keadaan sejuk susu tersebut. apabila tiba di rumah boleh masukkan ke dlm peti sejuk bhg bawah atau bhg freezer, tempoh ketahananny spt dinyatakan di atas.

  • Reply jue 03/02/2011 at 10:36 am

    susu simpan bahgian bawah than bape lame?peti 1pintu ? 2 pintu?..
    cmne nak bgi stok susu banyak sebab bb saya memerlukan 40 oz sehari..cmne nak tingkatkan jumlah susu,sebab sy kursus dalam seminggu memandangkan sy dapt menyimpan 40oz sehari

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:31 am

      susu yg disimpan di bhg bawah peti sejuk sama ada 1 pintu atau 2 pintu sama saja iaitu sehingga 5-7 hari. jika selepas 5 hari susu belum digunakan lagi maka bolehlah dinaikkan ke bhg freezer utk memanjangkan tempoh hayat susu tersebut.
      utk menambah penghasilan susu ibu, puan perlu mengepam dgn kerap di samping menyusu direct kerana kekerapan mengosongkan breast akan memberi isyarat kpd otak utk menghasilkan lebih byk hormon prolaktin utk meningkatkan penghasilan susu di payudara. di samping itu makan makanan berkhasiat, minum banyak air, kurangkan stress dan rehat yg cukup. namun begitu peningkatan penghasilan susu tidak akan naik mendadak kerana ia mengambil masa utk meningkat. amalkan perkara-perkara di atas secara konsisten setiap hari, insya Allah susu akan bertambah banyak dari sehari ke sehari.

  • Reply jue insyirah 04/02/2011 at 2:02 pm

    salam akak..
    nk tanya susu yang cam bercampur ngan ketulan susu leh minum tak lagi..
    betul ke susu ibu yang dismpan lama tak bagus.. hari 2 kawan saya p klinik doktor yang ckp cmtu..

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:29 am

      salam. apa yg dimaksudkan dgn ketulan susu? biasanya susu yg disejukkan/dibekukan akan menyebabkan bhg lemak dan bhg air terasing (lemak di atas, air di bawah). jika ini yg berlaku, semasa memanaskan susu goyangkan botol perlahan-lahan supaya semua bhg susu sebati semula.
      susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk (waima sehingga maksimum 6 bulan di dalam deep freezer) masih jauh lebih baik berbanding susu formula.
      kalau mengikut turutan (ranking), susu paling baik ialah menyusu direct daripada ibu, diikuti susu perahan yg disimpan pada suhu bilik (2 jam selepas diperah), diikuti susu perahan yg disejukkan (dlm peti sejuk bhg bawah) dan akhir sekali susu perahan yg dibekukan (dlm freezer). ini adalah kerana susu yg disejukkan/dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses penyejukan dan pembekuan.
      oleh sebab itu selalu dinasihatkan ibu-ibu jangan hanya bekalkan bayi dgn susu perahan yg dibekukan sepanjang hari sebaiknya bekalkan kedua-dua jenis stok susu beku dan susu sejuk.

  • Reply jue insyirah 05/02/2011 at 12:17 pm

    mekaseh akak atas nasihat akak..
    1 lg nk tye? susu yg di pam mmg kena msuk lam bks 1 kali minum ke? lau yg bsar cmne? lau susu 2 di pam ari ni n diminum separuh air ni..susu yg lebh cmne plak hayat dia

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:29 am

      ada beberapa cara boleh dilakukan.
      1. simpan susu di dlm botol besar (contohnya botol 8oz) utk menjimatkan ruang menyimpan, jika bayi biasa minum 4 oz sahaja, tuang 4 oz saja ke dlm botol lain utk dipanaskan. yg selebihnya boleh disimpan semula ke dlm peti sejuk utk digunakan pada masa menyusu yg seterusnya. jangka hayatnya masih sama iaitu 5-7 hari di dlm peti sejuk.
      2. boleh juga panaskan ke semua 8 oz tetapi bayi hanya minum 4 oz sahaja, bakinya masih boleh disimpan di dlm peti sejuk semula hanya utk next feeding. jika selepas dipanaskan kali kedua utk next feeding tidak habis juga maka harus dibuang. sebabnya ialah susu itu sudah dipanaskan kali pertama maka ia tidak boleh lagi disimpan selepas dipanaskan kali kedua.

  • Reply umi_aneesa 05/02/2011 at 1:23 pm

    salamm..saya nk tanya kalau pergi mana2 ngan kereta.tak ada warmer.boleh tak kt keluarkan ebm dr cooler n biarkan let say sejam ka..lps tu bagi baby..contohnya nk g mall ke..atau mcm mana cara yg baik ms kt public selain bg direct bf.tk

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:29 am

      salam. agak sukar menjawab soalan ini kerana sepatutnya apabila bersama bayi (tak kira di mana) ibu-ibu yg menyusu sepatutnya tidak perlu membawa EBM dan cooler bag kerana boleh direct bfeed, kebanyakan shopping complex atau mall sekarang ada disediakan feeding room atau boleh gunakan poncho/ baby’s blanket semasa menyusu di khalayak. namun begitu beberapa cadangan boleh saya kemukakan:
      a. menyusu baby sepuasnya (direct feeding) semasa di dalam kereta atau dlm perjalanan.
      b. bawa EBM dlm cooler bag, jika bayi hendak menyusu singgah di kedai makan, minta air panas dan panaskan EBM sebelum diberi kpd bayi.
      jika EBM dibiarkan di luar selama sejam, ia belum cukup utk memanaskannya berbanding kaedah merendam atau menggunakan warmer kerana suhu persekitaran tidak mampu memanaskan EBM itu seperti yg sepatutnya.

  • Reply jue insyirah 06/02/2011 at 10:35 pm

    ketulan susu tu macam lemak sayur..bercampur dgn susu bila letk kt bhgian frigde.. susu 2 leh minum ka tak? n 1 lagi susu pam sebelah kiri dan kanan kena asing ke? leh cmpur skali lam botol akak…

  • Reply jue insyirah 07/02/2011 at 4:54 pm

    salam akak.mf byk lak soalan sy nk tye.sebab sy btul daif bab SI ni.. akak adakah susu yang kita simpan lam frezer 2 lbh baik dari susu formula…

  • Reply aishah 08/02/2011 at 4:41 pm

    saya nak tanye, jika saya perah susu di pejabat, dan saya terus masukkan susu itu ke dalam tempat beku sebelum balik ofis. dalam jam 5.15 ptg saya ambil utk bawa balik rumah dengan menggunakan cool pack. Semasa saya ambil susu tu, ianya dah beku. sampai dirumah, susu dah mencair tetapi masih sejuk. saya terus letakkan di peti sejuk bahagian bawah sehingga digunakan utk esok hari. berape jam sebenarnya susu itu bertahan? atau saya dah silap dari segi cara penyimpanan?

  • Reply mastura 09/02/2011 at 12:02 pm

    salam…

    sy ingin bertanya perkara berikut :

    1) sy baru habis berpantang di kg dan sy telah menyimpan susu dlm 20 botol dlm tempoh 2 minggu ni.. sekarang ni sy dah nak pulang semula ke rumah sendiri, semua susu tu sy akan bawa dlm coller bag, sampai di rumah sy akan simpan dlm freezer (peti sejuk 1 pintu), soalannya berpapa lama plak jangka hayat susu tu setelah sy simpan di dlm freezer (1 pintu) di rumah sy dan mcm mana plak kalau susu tu sudah mencair sedikit dlm perjalanan sy pulang ke rumah? berapa lama plak ketahanan susu tu?

    2)Jika sy pump susu di ofis, adakah susu tersebut perlu terus disimpan dlm freezer atau tmpt sejuk biasa atau dlm cooler bag sementara waktu bekerja sblm dibawa pulang ke rumah.

    diharap akak dpt menjwb soalan sy… terima kasih…

  • Reply mastura 09/02/2011 at 12:06 pm

    salam kak…

    sori nak tanya lg…

    kalau sy minum Melilia Soya Organic tu, adakah sy masih perlu minum susu Anmum yg sy amalkan sekarang atau sudah mencukupi hanya minum Melilia Soya Organic tu sahaja?

    terima kasih…

  • Reply jue 09/02/2011 at 8:50 pm

    salam,nak tye sebelum pam susu adakah pd mulanya susu kena buang dahulu..coz ada org ckp ia msam dan jika hnta rumah pengasuh yg diambil dr bwh peti ais…bape lama hayat susu tersebut krn kdg2 susu tersebut tidak habis digunakn adakah boleh disimpan?

  • Reply rose 12/02/2011 at 8:51 pm

    Aslamalaikum… susu ibu yg diperah dn dikeluarkan dari peti sejuk stlah dpanaskn dberi minum kepada ank kmudian mempunyai lebih.blh ka lbihan susu tadi dsimpan smula kdalam peti sejuk.klu tdk boleh brapa lama susu tersbut blh btahan?

  • Reply munirah 12/02/2011 at 10:23 pm

    salam kak,

    nak tanye, kalau bf boleh tak minum minuman berais selepas pantang? ade effect kat baby tak?

  • Reply aimi 17/02/2011 at 7:14 am

    salam puan,

    saya masih kurang faham tentang penyimpanan ebm namun saya sangat bersemangat untuk mengumpul stok ebm untuk meneruskan penyusuan ekslusif.

    di pejabat saya mengepam susu dan menyimpannya di dalam peti sejuk 1 pintu di bahagian freezer. saya menunggu susu menjadi beku barulah saya membawanya pulang ke rumah. kerana saya fikir susu hanya boleh dipindahkan apabila dalam keadaan beku.
    adakah amalan saya ini salah dan menyebabkan kualiti ebm saya berkurangan atau rosak?

    saya juga mempunyai stok ebm yang telah disimpan selama 2 bulan. adakah ia masih elok kerana saya difahamkan ia kurang bernutrien. adakah saya patut membuangnya?

    terima kasih di atas nasihat puan 🙂

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:27 am

      salam. sebaiknya di pejabat puan simpan susu di bhg sejuk biasa saja, tidak perlu dibekukan. harap baca maklumat tambahan yg saya tuliskan di dalam artikel di atas.
      stok ebm yg dibekukan selama 2 bulan masih elok dan boleh diberi kepada bayi puan. memang ada sedikit nutrien dan antibodi yg hilang akibat proses pembekuan namun ia masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula!
      harap jangan dibuang begitu saja kerana ia adalah hasil perahan yg amat bernilai utk bayi puan.

  • Reply aimi 17/02/2011 at 7:18 am

    puan,

    saya juga nak ucapkan terima kasih kerana tulisan di blog puan sangat membantu saya dan sentiasa membakar semangat saya untuk meneruskan penyusuan eklsusif. terima kasih sangat-sangat..

  • Reply Rose 17/02/2011 at 9:19 am

    Aslamualaikum…..sy myusukan ank dengan susu perahan yg telah sy simpan dlm frezer dan telah dipanaskan sblum itu.susu yg sy gunakn td ada lbihan dan tdk blh dimasukn smula kdalm peti sejuk.berapa jam ka susu tersebut blh btahan tuk diminum kepada anak semula?

  • Reply liza 17/02/2011 at 5:14 pm

    salam puan…
    saya ingin tahu di mana boleh dapatkan ice pack tu?
    dan macam mana nak tau samaada botol susu tu free BPA atau tidak.
    Harap dpt beri jawapan melalui e-mail.
    Terima kasih.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:26 am

      salam. saya sudah menjawab melalui email spt yg diminta

  • Reply jue 17/02/2011 at 10:47 pm

    salam. leh tak sy nk tye? kalau susu yng dismpn di frezer tapi masih blum smpat keras lagi..lau di bawa keluar cmne jngka hayat susu tu..adakh sama?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:26 am

      salam. kalau susu belum beku bermakna ia hanya disimpan sekejap di freezer. pendapat peribadi saya, susu itu sama spt susu yg disimpan di peti sejuk bhg bawah, jangka hayatnya 5-7 hari.

  • Reply noor irwani 18/02/2011 at 12:01 am

    salam..sy pernah turunkan susu beku tuk stok baby minum..tp ade 1bkas xhabs..so sy naikkan balik susu cair td ke tempat beku..esknyer sy bg smule pd baby.ape effectnyer yer..tq..

  • Reply aishah 20/02/2011 at 2:27 am

    salam..

    kak nk tanye, if sy tgah pam susu n dpt 2.5oz…then bb bangun nk menyusu (amik masa 5-10min) , boleh tak sy smbung pam blik dlm bekas yg same tuk jd kan 3 oz

  • Reply suraya 21/02/2011 at 12:04 pm

    slm,sy nk tanya..
    bole ke simpan ebm dlm plastik?
    dan di ikat dengan getah…

  • Reply Ina 03/03/2011 at 9:20 am

    Salam,

    Saya nak tanya, setelah saya perah susu dan simpan di peti sejuk di ofis, apabila hendak balik ke rumah perjalanan lebih kurang 15-20 min,susu dibawa balik tanpa menggunakan cooler bag. Adakah susu itu masih boleh terus disimpan dipeti sejuk (1 pintu) dalam tempoh 5-7 hari juga.Adakah khasiat ye masih sama & tidak ada pertumbuhan mikroorganisma?
    Terima Kasih.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:25 am

      salam. susu tersebut telah disimpan di dalam peti sejuk ofis bermakna susu sudah sejuk. tetapi apabila puan bawa balik tanpa cooler bag suhu susu sudah berubah (meningkat). dlm hal ini susu tersebut tidak boleh disimpan semula ke dlm peti sejuk. jangkahayatnya 4 jam pada suhu bilik. ia perlu dihabiskan dalam tempoh itu.

  • Reply Jessel 10/03/2011 at 10:58 pm

    Hi Puan

    Apa akan terjadi jika perahan susu ibu itu tidak disejukkan atau disimpan dlm cooler bag atau ice pack semasa mengepam di pejabat. Tetapi hanya akan disimpan di dlm peti sejuk biasa apa bila sampai di rumah.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:23 am

      susu perahan boleh dibiarkan pada suhu bilik antara 2-4 jam sahaja. jika sepanjang hari di pejabat susu tidak disejukkan, susu itu akan basi.

  • Reply jaja 11/03/2011 at 9:32 am

    salam kak..
    1. saya nk tanya susu yg baru diperah mesti dimasukan dlm peti ais dgn segera atau perlu dibiar kan pada suhu bilik dulu (klu perlu brape lame tempohnye)
    2. kebiasaannye ank sy minum 4 oz..kadang2 susu yg sy perah dapat dlm 5 oz..so saya hanya panaskan 4oz utk skali minum n balance 1oz saya simpan balik dlm peti ais.boleh x balace 1 oz tu saya campurkan dgn susu perahan waktu lain utk minum seterusnye..
    3.boleh x susu perahan saya diofis hanya dimasukan dlm cooler bag sehingga time balik (tempoh dlm cooler bag lbh kurang 10 jam)

    tq so much kak atas bantuan n sokongan

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:23 am

      salam. menjawab soalan puan,

      1. saya nk tanya susu yg baru diperah mesti dimasukan dlm peti ais dgn segera atau perlu dibiar kan pada suhu bilik dulu (klu perlu brape lame tempohnye)
      – selepas diperah biarkan seketika pada suhu bilik (lebih kurang 10-15 minit) utk menstabilkan suhu susu dan barulah simpan di dalam peti sejuk.

      2. kebiasaannye ank sy minum 4 oz..kadang2 susu yg sy perah dapat dlm 5 oz..so saya hanya panaskan 4oz utk skali minum n balance 1oz saya simpan balik dlm peti ais.boleh x balace 1 oz tu saya campurkan dgn susu perahan waktu lain utk minum seterusnye..
      – kalau balance 1 oz itu belum dipanaskan semasa kali pertama dikeluarkan puan boleh campur dgn susu perahan waktu lain tetapi campurkan sebaik sebelum dipanaskan bukannya dicampur dahulu kemudian simpan semula di dalam peti ais.

      3.boleh x susu perahan saya diofis hanya dimasukan dlm cooler bag sehingga time balik (tempoh dlm cooler bag lbh kurang 10 jam)
      – boleh tetapi pastikan ice pack yg digunakan mampu mengekalkan suhu sejuk selama 10 jam.

      happy breastfeeding 🙂

  • Reply nasha 16/03/2011 at 2:43 pm

    Assalammualaikum..

    saya ingin bertanya adakah yang dimaksudkan simpan susu di bahagian bawah itu adalah bahagian chiller ke?? kalu betul, bukankah sekiranya meletakkan susu perahan di bahagian chiller hanya bertahan selama 48 jam sahaja. Maklumat ini saya baca daripada laman web susu ibu juga. Timbul kemusykilan disini bahawa puan mengatakan susu perahan sebolehnya disimpan di bahagian bawah sahaja seandainya tidak digunakan sehingga hari ke 5 baru lah disimpan di bahagian beku. Harap pihak puan dapat menjawab segala kemusyilan yang saya alami ini. Sekian.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:21 am

      w’salam. susu perahan yg disimpan di bahagian sejuk biasa (bhg bawah) boleh bertahan 5-7 hari bergantung kepada suhu peti sejuk, biasanya suhunya kurang dari 4 darjah celcius. boleh rujuk maklumat lanjut di link ini.

  • Reply edamartila 18/03/2011 at 6:14 pm

    assalamualaikum.. saye just nk tnye..sy smpan susu kt tmpt paling atas n susu tu dah membeku.. one day saye cuci fridge then tgk susu yg dah beku tu menjadi cair..so, susu yg cair tu dah xleh guna lg kan kalo kite bekukan balik pun? ke mcmne proses penyimpanan berkaitan susu yg sudah beku tu?? tolong jwb kemusykilan saye tu

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:19 am

      w’salam. susu beku yg sudah mencair perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam, oleh itu susu beku yg mencair itu perlu dipindahkan ke bhg peti sejuk bawah dan habiskan dalam tempoh 24 jam.

  • Reply fauziah 22/03/2011 at 2:41 pm

    Assalammualaikum..

    sy ibu menyusu yang berkerja..di tempat kerja sy pump susu dengan pump elektrik..kadang-kadang sy pump,puting saya terasa sakit,ngilu.waktu mengepam pun x boleh lame coz tak tahan rase sakit tu.
    bila balik rumah direct menyusu pun puting rase sakit.bila sy tengok di sekeliling puting sy kemerahan dan merekah.mcmane sy nk menanganinya..

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:18 am

      w’salam. puting sakit disebabkan puting merekah atau luka, biasanya disebabkan baby tidak melekap dgn betul semasa direct feeding. utk menangganinya, selepas menyusu atau mengepam, sapu sedikit lebihan susu ibu di sekeliling puting. insya Allah cara ini berkesan. di samping itu pastikan baby melekap dgn betul semasa menyusu, dan juga jangan basuh puting dgn sabun semasa mandi.

  • Reply mamahannan 22/03/2011 at 11:35 pm

    salam..sy nk tnya anak sy lahir xcukup bln 34 week.masa lahir berat dia 1.63kg.skg umo dia da 5bln tp berat dia lambat naik baru 3.3kg.mmg baby premature berat lambat naik ker walaupun sy bg susu bdn..

  • Reply Haslinda 22/03/2011 at 11:40 pm

    sy amat risau.sy telahpun membuat stok susu yg amat byk dgn menggunakan plastik biasa shj yg diikat dgn getah (cth:plastik isi mknn).apakah kondisi susu tersebut??

  • Reply laila 24/03/2011 at 9:22 am

    Kak,
    nak tanya,saya pam susu dapat 1oz dan saya simpan dalam peti sejuk. esoknya saya pam lagi 4 oz, leh tak saya campur dua2 tu untuk simpan semula

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:16 am

      salam, susu berlainan tarikh yg sudah disejukkan boleh dicampur (pastikan susu yg dipam kali kedua juga telah disejukkan sebelum mencampurkannya) tetapi tarikh hayatnya mengikut tarikh hayat susu terawal

  • Reply nita 25/03/2011 at 12:17 pm

    Salam…
    saya hantar EBM saya kepada babysitter seminggu sekali. peti sejuk bahagian bawah ade masalah. Jadi EBM saya disimpan di bahagian beku. Soalan saya : apabila ingin memberi susu kepada bayi boleh tak stok yg disimpan di bahagian beku terus di keluarkan dan dibiarkan cair di luar peti ais, suhu bilik . pls advice…

  • Reply syikin 29/03/2011 at 7:35 pm

    salam
    1)saya nak bertanya, adakah susu formula boleh menyebabkan demam kuning anak semakin meningkat?..ini kerana sudah 16 hari anak saya mengidap demam kuning tetapi masih belum sembuh. Saya berusaha memberi susu saya tapi saya dapati anak saya masih belum kenyang kerana mulutnya masih mencari-cari makanan. Ibu saya cuba memberi susu formula tetapi saya berasa sangsi adakah susu itu penyebab demam kuning anak saya tidak kebah2..adakah ini hanya perasaan saya?..mohon nasihat dari pihak puan.

  • Reply ummu aiman 30/03/2011 at 10:15 am

    salam.

    1. berapa lama susu boleh dibiarkan dalam warmer? Biasanya sy panaskan susu awal dan kekalkan dlm warmer supaya bila baby bangun tidur sy boleh terus bagi dia susu tersebut?

    2. adakah betul cara saya, meletakkan susu yg baru diperah perlu di peti sejuk bawah terlebih dahulu(untuk menyejuk kan susu) sebelum dicampurkan dengan susu yg lain (yang telah sedia sejuk di peti ais bawah)?

    tq

  • Reply ummu aiman 30/03/2011 at 10:20 am

    (pembetulan soalan no.2)

    adakah betul cara saya, meletakkan susu yg baru diperah di peti sejuk bawah terlebih dahulu(untuk menyejuk kan susu) sebelum dicampurkan dengan susu yg lain (yang telah sedia sejuk di peti sejuk bawah)?

    tq

  • Reply sya 30/03/2011 at 2:24 pm

    salam ..
    bby sy tak menyusu direct but still fully bfeed…
    ni kerana dia da biase dgn puting botol ..
    persoalan nyer…mcmana saya nk manage penyusuan sy bile berada di luar ? …
    tq 🙂

  • Reply liza 31/03/2011 at 12:19 am

    salam..saya baru nk mula memerah dan menyimpan susu ibu.saya baru 30 hari bersalin.jadi saya baru nk mencari breastpump yang sesuai.bleh ta akak bagi cadangan yang mana lebih baik, yg elektrik ke yg manual.dan lagi baik kalu ader suggestion jenama seperti yg pernah akak gunakan.u ank yg petama sy ada guna yg bateri tetapi dh rosak dn sukar nk dapat perahan yg baik smapi kuar drh.jadi u ank yg kedua ni sy nk cuba bg fully walaupun bekerja.tolong yea kak.tq

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:15 am

      salam, apa saja jenis breastpump yg baik yg mempunyai ciri-ciri “mimic baby’s suction rhythm” iaitu meniru gaya hisapan baby menyusu boleh digunakan. yg agak popular sekarang ialah spectra 3 breastpump (elektrik) kerana harganya agak murah berbanding jenama lain spt jenama Medela (Freestyle, Swing atau PISA). Kalau nak guna pump manual pun boleh seperti Medela Harmony atau Avent. Jadi terpulang kpd budget utk membeli breastpump yg hendak digunakan.
      Actually banyak atau sedikit hasil perahan bukan bergantung sepenuhnya kpd breastpump, maknanya breastpump yg mahal tidak semestinya akan mendapat hasil perahan yg banyak. breastpump cuma membantu dan memudahkan saja. malah ada ibu yg memerah dgn tangan saja sepanjang 2 thn membekalkan susu utk anaknya.

  • Reply fatinakashah 04/04/2011 at 11:41 pm

    salam..

    baby sy skang dah 2 bln..sy still bg direct bfeed but sometimes sy perah..coz bby sy xpuas biler bg direct bfeed..

    now,sy bekerja..mcm maner sy nak manage penyimpanan susu yg diperah coz sy hanya berjumpe bby seminggu sekali..?

    dalam sehari berapa kali kite perlu perah susu..?

    hope akak dpt explain dgn jelas..tqvm…

  • Reply Ainen 06/04/2011 at 9:49 am

    Assalamu’alaikum,

    dari pembacaan artikel/panduan nieza, saya rase, byk yg saya dah buat silap dalam proses EBM ni. Saya dah memerah di ofis dan ade dalam 16oz dalam masa 2 hari. Setelah perah, saya masukkan terus ke dalam freezer 2 pintu di ofis. hari ke-3 saya akan bawa pulang ke rumah menggunakan cooler bag dan terus masuk ke dlm freezer 2 pintu di rumah persoalannya..

    1. Adakah susu itu akan cair dalam cooler bag yg tahan 12 jam(dlm perjalanan ke rumah)?
    2. Saya harus masuk ke dalam freezer terus di rumah atau bhg bawah?
    3. Sekiranya cair sedikit, dan tidak digunakan dlm masa 24 jam, adakah susu itu harus dibuang?
    4. Seharusnya masuk bhg bawah peti ais, bila tidak digunakan dlm masa 5 hari baru diletakkan ke freezer, adakah betul ?

    Terima kasih!

  • Reply liza 07/04/2011 at 7:37 pm

    salam…

    saya cuma nak tanya 1 soalan
    baby saya baru berumur sebulan
    saya cuba utk memerah susu badan utk disimpan sebelum saya start kerja bulan hadapan…

    soalan nyer :-
    utk kali pertama saya telah perah susu & masukkan kedalam botol susu
    sebanyak 2onz & simpan didalam peti.
    utk perahan kedua & seterus nyer boleh ke saya masukkan kedalam botol yg sama (dikeluarkan dr dlm peti)

    tenkiu~~

  • Reply syahiera 07/04/2011 at 10:22 pm

    salam,
    saya nak tanya cara nak memanaskan susu kalau kite guna plastik/liner storage?

  • Reply sheeda 11/04/2011 at 2:50 pm

    salam. susu yg baru diperah perlu disejukkan dulu before dimasukkan dlm freezer ke? sy biasa buat after perah terus masuk freezer.

    freezer kt rumah satu pintu shj, kdg2 susu xbeku sgt. selamat tak?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:12 am

      salam, sebaiknya susu perahan disimpan di bhg sejuk biasa sehingga 5 hari, jika tidak digunakan barulah bekukan di dlm freezer. susu sejuk lebih baik dpd susu beku dari segi kandungan nutrien kerana pembekuan menghilangkan sebahagian nutrien dan antibodi di dlm susu.
      jika susu yg disimpan di dlm feeezer tidak beku, ada kemungkinan suhu freezer puan tidak mencapai suhu yg sepatutnya. jadi susu perahan yg dibekukan tetapi tidak beku sepenuhnya dianggap sama spt susu yg disimpan di bhg bawah.

  • Reply azahfie 11/04/2011 at 9:46 pm

    salam..
    saya dah simpan susu badan di peti ais 1 pintu selama 1bulan lebih..so melbihi dari masa yang puan nyatakan.boleh tak saya gunakan susu tersebut untuk anak saya?/adakah ia memudaratkan??sayang rasanya nak buang susu2 yang ada dalam freez tu..please puan,help me..

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:12 am

      salam. jangka masa penyimpanan itu hanyalah panduan semata-mata, utk benar2 memastikan susu masih elok dan tidak basi, sebaiknya puan rasa dulu sebelum beri kpd bayi. jika susu rasa masam ia perlu dibuang.

  • Reply farah 14/04/2011 at 9:37 am

    kak, saya baru mula guna breastpump. saya nak tahu, jika kita guna dual pump, katakan botol kanan dpt 2oz, botol kiri dapat 2oz. boleh tak kita campurkn dalam satu botol dan kemudian baru simpan dlm peti sejuk? atau susu kiri kanan tak boleh dicampur? terima kasih.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:11 am

      boleh campur… takde masalah.

  • Reply noormah 14/04/2011 at 5:02 pm

    sy ingin bertanya.. jika sya memerah susu saya pada pukul 3 ptg dan simpan pada suhu bilik sahaja kemudian pada pukul 6.00 petang balik ke rumah dan sampai kira2 jam 6.30 terus disimpan di dalam peti sejuk. Berapa lamakah susu tersebut boleh disimpan. tq

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:10 am

      secara teorinya susu tersebut boleh disimpan dlm peti sejuk dan jangka hayatnya sehingga 7 hari. namun begitu puan perlu pastikan semasa dibawa pulang, suhu di dalam kereta menyamai suhu bilik di pejabat puan kerana jika suhu persekitaran terlalu panas bimbang susu akan rosak. adalah lebih baik jika puan bawa pulang di dalam cooler bag berisi ice pack yg sejuk utk benar2 menjamin susu selamat.

  • Reply laila 14/04/2011 at 9:01 pm

    sy nak tanya..adakah satu2 btol susu yang disukat mesti dihabiskan?maksud sy ..klu sebotol susu penuh 5auns..dan bb hanya menyusu 3 auns bg yang berusia 2-4 bulan..bolehkah setelah dipanaskan susu itu disimpan semula??/dan berapa lama ia boleh bertahan…

  • Reply fida 19/04/2011 at 12:42 pm

    salam… sy simpan EBM dlm peti sejuk beku yg bleh tahan hingga 6 bln.stok pd bulan FEB 2011 terdapat tompokan putih . Kawan sy ada bg tahu tompokan putih tu fungus. Adakah EBM masih berkeadaan elok?? Bagaimana boleh adanya fungus??

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:10 am

      salam. ada kemungkinan tompokan putih itu bukan fungus tetapi “freezer burn”, sama seperti kita bekukan ais di dalam freezer, kita akan dapati ada seperti ‘tompokan putih’ yg sebenarnya adalah kesan pembekuan. fungus tidak mungkin boleh wujud jika suhu peti sejuk beku kurang dpd -18 darjah celcius.

  • Reply diana 20/04/2011 at 1:40 pm

    salam.. boleh tak bagi info bagaimana susu perahan yang telah diberikan kepada baby berapakah jangkamasa boleh disimpan. contohnya sy telah memanaskan susu perahan sbyk 3oz. tapi anak sy hanya minum 1oz shj.. bgmn susu selebihnya perlu dibuat.. dlm jangkamasa brapa lama boleh disimpan ke dlm suhu bilik. dalam info yg tlh dbrkn blh dmskkn smla ke dlm peti.. boleh terangkan details tak.. still xfhm n confius

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:09 am

      salam, sebaiknya simpan lebihan susu itu di dalam peti sejuk dan tidak dibiarkan berada di dlm suhu bilik saja. panaskan semula susu apabila hendak memberinya kepada bayi kemudian (jangka masa tidak lebih 2 jam).
      susu yg telah diminum oleh bayi boleh mengandungi mikroorganisma daripada air liur atau mulut bayi, oleh itu jika dibiarkan pada suhu bilik, pertumbuhan bakteria adalah lebih pesat berbanding jika disejukkan semula (suhu sejuk merencat pertumbuhan bakteria).

  • Reply Krsty 21/04/2011 at 2:43 am

    salam..
    saya ada beberapa kemusykilan mengenai EBM.

    1. saya memilik deep freezer dan benarkah ia mampu mengekalkan kepanjangan jangka hayat EBM ke 6 bulan?
    2. rumah saya mudah sangat electric trip dan menyebabkan suis utama jatuh.(padam).pernah satu hari tu,saya keluar ke pekan dan sejurus pulang,saya mendapati suis utama jatuh.persoalannya,adakah ebm saya masih boleh digunakan hingga ke 6 bulan jika EBM di dalam deep freezer tidak mencair?berapa lamakah EBM mampu membeku di dalam deep freezer jika ketiadaan elektrik?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:08 am

      salam.
      utk soalan 1, ya benar jangka hayat susu disimpan di dalam deep freezer sehingga 6 bulam.
      utk soalan 2, jika ebm tidak mencair, ia masih boleh terus dibiarkan di dlm deep freezer dan tahan sehingga 6 bulan, insya Allah. mungkin ketiadaan elektrik hanya berlaku sekejap dan suhu di dalam deep freezer masih kekal sejuk maka ebm masih selamat.

  • Reply Awatif Aqilah 23/04/2011 at 1:05 am

    Assalamuallaikum Puan…
    Saya mempunyai masalah kekurangan susu tetapi saya bersyukur kerana masih lagi dapat memberikan susu ibu untuk anak saya. Soalan saya sekiranya kita nak campur susu yang telah diperah ke dalam botol yang sama(contohnya :perahan yang pertama 1 oz, ke dua 1 oz dan seterusnya pn 1 oz, boleh tak saya campurkan di dalam botol yang sama?? adakah saya perlu menyejukkan terlebih dahulu susu yang baru diperah kemudian baru dicampur dengan susu yang dah sedia ada??Terima kasih…

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:08 am

      salam. susu yg diperah pada hari yg sama boleh dicampur dgn syarat semua susu disejukkan terlebih dahulu sebelum memcampurkannya, bermakna tidak boleh campur susu baru diperah yg masih hangat kpd susu yg telah disejukkan.

  • Reply zuefir 27/04/2011 at 9:36 pm

    salam,
    terima kasih kerana byk info yg dikongsi di blog ini..
    sy cume nk bertanya, adakah nutrien susu berkurang jika pekatanyg trjadi di permukaan susu yg disimpan bhgian sejuk biase dibuangdan hanya mengambil susu yg cair sahaja..

  • Reply aniem 01/05/2011 at 8:06 pm

    assalamualaikum…
    saya nak tanya boleh ker susu dari kedua2 belah breast dicampurkan?
    satu lagi, pernah terjadi susu yang saya panaskan mertukar warna menjadi warna kuning dan kadang2 terdapat 1 layer nipis dibahagian atas walaupun setelah digoncang, bolehkah susu tersebut digunakan lagi?
    terima kasih bebanyak di atas panduan yang diberikan.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:06 am

      salam. susu kedua-dua belah payudara boleh dicampurkan.
      warna susu ibu yg sebenar ialah putih kebiruan, tetapi warnanya boleh jadi pelbagai spt kuning kerana kandungannya (bergantung kpd apa yg ibu makan). Jadi tidak perlu bimbang jika warnanya agak berlainan asalkan bau dan rasa susu masih elok maka ia masih selamat utk diminum. Lapisan di bahagian atas biasanya adalah lapisan lemak, ia boleh sebati dgn susu jika digoyang atau “swirl” (bukan digoncang spt ibu2 mengoncang susu formula!). Jika lapisan tersebut masih ada walaupun telah digoyang, mungkin juga ada kaitan dgn pemakanan ibu yg tinggi kandungan lemak menyebabkan tekstur susu sedikit berbeza. wallahua’lam

  • Reply Penyimpanan Susu Ibu - Dunia Susu Ibu 06/05/2011 at 12:04 am

    […] Sumber: (2009, Februari 9). Penyimpanan Susu Ibu. Mom’s Choice; the right choice for todays’ moms. Diakses pada Mei 3, 2011 melalui http://www.momschoice.com.my/blog/?p=214 […]

  • Reply Mardziah 07/05/2011 at 11:59 am

    Salam Puan Nieza, saya masukkan entri ini di blog saya dan saya linkkan kembali rujukan di sini. Terima kasih atas ilmu yang ditulis ni 🙂

    Rujukan : http://duniasusuibu.com/pemerahan-dan-penyimpanan-susu-ibu/penyimpanan-susu-ibu/

  • Reply rose 07/05/2011 at 6:40 pm

    asmekum pn…nak tanya apa beza gel ice dgn ice pek?sy mempunyai collerbag,perlu ka sy myimpn susu perahan dalm collerbag bsama gel ice?harap pn dapat membantu sy cara penggunaan collerbag dan gel ice krn ini adalah ptama kali membelinya dan tdk tau cara penggunaanya walaupun sudah mempunyai anak saramai 4 org.terima kasih.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:06 am

      salam. gel ice dan ice pack itu sama saja, cuma ia dinamakan gel ice kerana kandungan di dalam ice pack itu adalah gel (jelly). utk menggunakan ice pack, ia hendaklah dibekukan terlebih dahulu di dalam freezer semalaman. kemudian bolehlah digunakan bersama dgn cooler bag. tujuan penggunaan cooler bag dan ice pack adalah utk memastikan susu perahan disimpan dalam keadaan sejuk jika tiada peti sejuk di pejabat atau semasa membawa susu yg diperah di pejabat balik ke rumah.

  • Reply munira 07/05/2011 at 9:23 pm

    sy ingin bertanya.. jika sya memerah susu saya pada pukul 3 ptg dan simpan pada suhu bilik sahaja kemudian pada pukul 6.00 petang balik kerumah dan sampai kira2 jam 6.30 terus disimpan didalam peti sejuk. Berapa lamakah susu tersebut boleh disimpan. tq

  • Reply tini 13/05/2011 at 6:54 am

    Salam… Nk tanya kenaper susu yg telah dibekukan tidak boleh dibekukan semula bila dah cair…

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:04 am

      salam. susu yg dibekukan akan kehilangan sebahagian nutrien dan bahan semulajadi yg mencegah pembiakan bakteria di dalam susu. oleh itu jika susu sudah cair, perubahan suhu akan menggalakkan pertumbuhan bakteria di dalam susu. oleh sebab itu susu yg sudah cair perlu dihabiskan dan tidak boleh dibekukan semula

  • Reply Mimi 17/05/2011 at 3:24 pm

    Salam,saya nak tanya sikit.
    Sekarang saya bekerja,dan saya memerah dalam masa yg berperingkat2.daripada pukul 10.00 am,1.00noon,3.00 pm dan 5.00 pm.Dan hanya menyimpan di dalam suhu bilik sahaja.Apabila sampai di rumah pd pukul 6.30 baru lah saya menyimpan di dalam freeze
    Adakah susu ini masih boleh di berikan kepada bayi saya?

  • Reply zaem 27/05/2011 at 2:36 pm

    slm.betul ke thawed breastmilk mesti dihabiskan oleh baby dalam masa 1 jam?

  • Reply ayu 28/05/2011 at 1:08 pm

    Salam. Sy menyimpan EBM di freezer 2 pintu dan ia lebih kurang 50 bekas dadih 4oz-5oz/unit. Masalhnya ayah saya telah tertekan butang “defroze”tanpa kami semua menyedari kesemua EBM sy cair dan telah membeku kembali. Sy terperasan EBM itu pernah cair kerana bila ia membeku, ada lapisan lemak dibahagian atas. Persoalan sy 1) sy tidak pasti brp lama freezer itu telah defroze dan membeku kembali. Ini bermakna sy tidak pasti brp lama EBM itu telah cair. 2) adakah EBM sy masih lg bole digunakan? 3) Atau adakah EBM sy telah rosak? Tolong bantu sy as sy akn mula berkerja isnin depan 30/5 dan sekiranya EBM itu telah rosak, maka sy perlu bertukar ke EBM yg lain. (EBM yg terbabit dr tarikh 6/5-16/5)

  • Reply farah 28/05/2011 at 11:57 pm

    asalamualaikum sy nk tnye sangsi dgn cara sy menyimpan susu,ble sye pump susu bdan sy sy hanya dpt 2auns lepas itu sy simpan kn didalam peti beku,selepas 2jam sy pumpkn lg susu badan sy dan sy campurkan susu badan sy yg telah disimpan 2jam yg lalu boleh ke begitu

  • Reply eta 02/06/2011 at 11:10 am

    salam…saye msih myusukan anak selama 9 bulan. Saya bekerja dan saya tinggalkan perahan susu di rumah pengasuh. Tetapi anak saya xnak minum susu perahan yg dibekukan. Kalau minum pun sedikit je dalam 1oz. Kenape ye..risau anak x minum susu banyak seperti baby yang lain.

  • Reply umi 03/06/2011 at 3:36 pm

    salam..sy nak tnya..sy dah memerah susu pada pukul 9 am..kmudian pd pukul 2.00 pm sy memerah lg n letakkan hasil susu pd pukul 2.00 pm td ke dlm botol yg sama.sedangkan sy dah letakkannya ke dlm freezer..adakah susu tsebut masih bleh dgunakan?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:01 am

      salam. tidak boleh mencampurkan susu segar (baru diperah) terus ke dlm botol berisi susu sejuk apatah lagi susu beku. kerana jika puan berbuat demikian, suhu susu sudah berubah (meningkat), hal ini serupa spt puan telah memanaskan susu tersebut. oleh itu susu yg sudah bercampur itu perlu dihabiskan dan tidak boleh disimpan lagi.
      saya cadangkan susu yg puan perah simpan dahulu di bhg bawah peti sejuk jangan terus dibekukan. jika hendak mencampurkan susu perahan sesi kedua, susu tersebut juga perlu disejukkan terlebih dahulu. apabila kedua-dua susu telah sejuk barulah boleh dicampurkan dan bolehlah disimpan di freezer jika mahu.

  • Reply rose 04/06/2011 at 2:47 pm

    mekum..nak tanya,sy dapat tau minum teh blh myebabkan air susu berkurang betul ke tu?

  • Reply noris 04/06/2011 at 8:36 pm

    salam… saya akan balik ke kg utk jangkamasa seminggu. tetapi perjalanan dr rumah ke kg mengambil ms kira-kira 4jam lebih… jika saya memerah susu di kg, dan ingin membawa balik ke rumah.. boleh tak sy bekukan dan letak dlm termos yg berisi ais sepanjang perjalanan balik ke rumah. dan setelah sampai ke rumah blh tak sy terus simpan dlm freezer…susu tu blh digunakan lg tak???

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:01 am

      salam. kaedah itu boleh digunakan, cuma pastikan bekalan ais mencukupi utk memastikan susu kekal beku sehingga sampai ke rumah.

  • Reply fana 10/06/2011 at 9:31 pm

    salam,
    saya baru dalam menyimpan susu perahan memandangkan ini anak pertama saya…
    setelah dipanaskan susu yang disimpan didalam freezer, bau dan warna yang dapat berlainan setiap kali…
    kekadang bau hamis dan warnanya kuning..kekadang pulak bau hamisnya kurang sikit tetapi warnanya putih..setelah dibandingkan dengan perahan yang baru, kenapa xde bau langsung dan warnanya pulak putih jernih?
    macamna nak saya pastikan bau dan warna yang mana elok diminum dan bau mana yang tidak elok? saya takut cara penyimpana saya salah dan menyebabkan kerosakan sebelum penyimpan dilakukan…diharap puan dapat membantu..
    terima kasih

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:00 am

      salam, susu yg dibekukan memang mempunyai bau yg agak kurang enak berbanding susu sejuk dan susu segar. saya juga pernah terbaca bau susu dipengaruhi juga oleh pemakanan ibu. utk menentukan susu masih elok adalah lebih baik merasa sedikit susu tersebut sebelum memberi kepada bayi, jika rasanya masam bermakna susu sudah tercemar.

  • Reply eida 11/06/2011 at 12:57 pm

    salam, saya nak tanye bolehkah ibu yang meyusukan anak minum kopi/nescafe setiap hari & adakah akan memudaratkan anak?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 7:00 am

      salam, antara kesan pengambilan kopi/nescafe ialah ia mengurangkan kandungan air di dalam badan. oleh itu jika puan minum kopi, minum air masak dengan banyak selepas pengambilan kopi/nescafe. adalah digalakkan puan minum sebaik selepas menyusukan bayi supaya kandungan kafein di dalam badan sudah menurun pada sesi penyusuan berikutnya.

  • Reply nurul 13/06/2011 at 3:09 pm

    assalamualaikum…saya memang menyusukan anak secara ekslusif. di sini saya ingin bertanya jika saya keluar bershoping dan membawa anak saya berusia dua bulan, saya akan memerah susu ke dalam botol susu dan memberikan kepada anak saya. saya ingin bertanya mengenai tempoh hayat susu tersebut.jika saya keluar dari rumah pukul 2 petang dan pulang semula pukul 8 malam…adakah sepanjang tempoh saya di shoping complex susu itu boleh digunakan untuk anak saya? atau susu itu hanya bertahan hanya 3 jam sahaja? perlukah saya membawa cooler bag untuk memastikan susu sentiasa segar?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:59 am

      W’salam. susu perahan boleh tahan sehingga 4 jam pada suhu bilik. oleh itu susu tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 4 jam dari masa memerah di rumah. adalah lebih baik jika puan membawa susu di dalam cooler bag utk memastikan ia kekal sejuk sepanjang masa dan memanaskannya apabila diperlukan, tambahan pula semasa keluar rumah perubahan suhu adalah pelbagai seperti cuaca panas di luar atau dalam perjalanan ke shopping complex.
      adalah lebih baik lagi sekiranya puan memilih utk menyusu terus (direct feeding) walau di mana pun berada kerana sudah tentu baby puan mendapat susu segar yg benar2 dijamin bersih dan mengandungi khasiat yg maksimum berbanding susu perahan. kebanyakan shopping complex menyediakan bilik penyusuan atau boleh saja menyusu di mana2 saja dengan ditutupi nursing cover, selimut bayi, tudung, tuala dll.

  • Reply alia 15/06/2011 at 11:13 am

    assalamualaikum…nak tanya setiap kali perahan msti 4 auns ke…macamnih saya perah utk pagi dapat 2 auns tghari 2 auns boleh ke campur susu perahan tersebut…ataupon utk pagi bekas lain untuk tghari bekas lain.macamana ek….penyimpanan yang macam nih

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:59 am

      w’salam. boleh dicampur selepas kedua-dua bekas berada pada suhu yg sama, iaitu kedua-duanya telah disejukkan. ini bermakna puan perlu perah dlm bekas berlainan dan simpan kedua-duanya di dalam peti sejuk, jika sudah sejuk baru boleh dicampurkan. jika susu sejuk dicampur dgn susu baru diperah, susu akan rosak kerana perubahan suhu meningkatkan kebarangkalian pembiakan mikroorganisma.

  • Reply azma 15/06/2011 at 7:00 pm

    salam.klu dlm satu2 ms,sy perah susu sblh kanan dulu n memandangkn botol susu still ade ruang lg utk diisi,sy perah plk susu sblh kiri.adakah ianya dblhkn?or perlu ke botol yg berbeza wlupun perahan d buat dlm ms yg sama?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:57 am

      salam. perahan dalam waktu yg sama boleh dicampur walaupun daripada breast yg berlainan.

  • Reply angah 17/06/2011 at 2:48 pm

    Salam kak,…
    Susu yg di keluarkan dari peti sejuk (tpt biasa) pd jam 6pagi dan dibiarkan didlm cooler bag tanpa ada ice pack…dan nak masukkan semula ke dlm peti sejuk pada jam 3ptg. Bila sy lihat, susu sdh menjadi warna kuning….
    1.Adakah susu itu boleh dimasukkan semula ke dlm peti sejuk(tpt beku)?
    2.Bolehkah digunakan lagi susu tersebut?
    3.Adakah warna kuning itu menunjukkan susu itu sudah tidak boleh digunakan lagi?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:57 am

      Salam. Cooler bag hanya akan berfungsi sebagai cooler (penyejuk) apabila digunakan bersama ice pack kecuali kita menggunakan special cooler bag spt fridge on the go yg tak perlukan ice pack. jangka masa 6 pagi hingga 3 ptg adalah sangat lama utk membiarkan susu dlm keadaan suhu bilik. sorry to say… susu itu memang telah rosak dan tidak boleh diminum.

  • Reply mama DH 19/06/2011 at 2:45 pm

    Salam kak…
    kat sini saya de beberapa perkara yang saya keliru n nak tanya pendapat….

    1)apakah petua n pemakanan yang bagus utk memperbanyakkkan susu badan.masalah saya ialah apabila saya perah susu hanya dpt dlm kuantiti yang sedikit….

    2)boleh tak terangkan cara n waktu perahan yang betul…

    tenq

  • Reply zaitil 21/06/2011 at 10:04 am

    salam puan,

    saya menghantar anak ke nursery berdekatan dengan office. saya telah membuat stok dan pengasuh menyimpannya selama 3 hari di dalam peti ais sejuk beku. pada hari ketiga, anak saya diberi susu yang disimpan dalam peti ais oleh pengasuh dan saya mendapati terdapat selaput seolah-olah seperti minyak. warna susu adalah kekuningan. selaput berwarna keemasan. adakah ini normal kepada susu yang disimpan di bahagian sejuk beku?

    terima kasih

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:56 am

      Salam. Keadaan susu yg masih elok hanya boleh benar-benar dipastikan dgn merasa susu tersebut, jika rasanya masam maka susu sudah tercemar dan tidak boleh diminum. jika rasa susu masih elok walaupun bau kurang menyenangkan spt bau tengit (kerana susu beku memang berbau kurang enak berbanding susu segar) susu tersebut masih elok.
      selaput keemasan dan berminyak itu mungkin lemak susu. ia akan sebati dgn susu apabila kita goyang (bukan goncang!) botol susu selepas memanaskan susu tersebut.

  • Reply yusno 23/06/2011 at 12:28 am

    salam saya menghadapi masalah yang amat merunsingkan… susu yang dihasilkan adalah tidak mencukupi untuk dinikmati sepenuhnya oleh baby saya yang berumur 2 bulan… saya terpaksa mencampurkan susu formula kerana baby saya akan menyusu 2 @ 3 jam sebanyak 4 oz sedangkan saya hanya menghasilkan 2 oz setiap kali saya mengepam susu antara 6 jam. bagaimanakah cara terbaik bagi saya untuk menghasilkan susu yang banyak dan mengepam susu dengan betul… tolonglah bantu saya

  • Reply nadiya 09/07/2011 at 7:19 pm

    salam,saya mau tanya..jika susu kita da masukkan ke dalam bahagian sejuk beku 7hb..kemudian boley x kita nak masukkan susu itu ke bahagian sejuk biasa pada malam 8hb utk mencairkannya bagi penggunaan esoknya iaitu pada 9hb?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:51 am

      salam, boleh. itulah cara yg baik utk mencairkan susu perahan yg beku.

  • Reply sarah 11/07/2011 at 4:32 pm

    saya akan pergi bercuti selama 4 hari.. adakah susu saya akan berkurangan sekiranya dalam masa 4 hari tersebut saya langsung tidak memerah susu seperti yg biasa saya lakukan semasa di rumah.. saya bimbang produktiviti susu akan menurun sekiranya saya kurang mngepam susu untuk stok semasa saya mula bekerja nanti..

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:51 am

      ye penghasilan susu akan berkurang apabila puan berhenti memerah walaupun sehari, melainkan puan membawa bayi bersama dan bayi menyusu dgn kerap (10-12 kali sehari).

  • Reply sarah 11/07/2011 at 4:36 pm

    adakah kandungan nutrien dalam susu akan berkurangan sekiranya susu dipanaskan dalam warmer lebih 15 min.. ini kerana saya pernah terlupa mengambil susu yg dipanaskan kerana menenangkan anak yang sedang menangis…

  • Reply rose 18/07/2011 at 10:33 pm

    salam..bgmana hendak memanaskan susu perahan yg telah disimpan didlm freezer?

  • Reply lynn 20/07/2011 at 2:37 am

    Salam..saya nk tanye berkenaan penyimpanan susu ibu.baby girl saya skg dah 3 months lebih tp susu saya mcm makin kurang.ini dpt saya pastikan bila perah susu utk satu sessi hanya dpt 1-2oz. Soalan sy,boleh ke nk cmpurkn susu perahan utk lain hari?contoh,hari ni sy perah dpt 2oz dan esk perah lg dpt 2oz.then,susu ni sy simpan dlm fridge bwh utk dptkn suhu yg sama supaya nnt dpt sy campurkn. Boleh ke mcm tu?hrp puan dpt share ngn sy since this is my 1st baby n sy harap sgt dpt bg exclusive for her. Time kasih..

  • Reply syazaa 21/07/2011 at 10:08 am

    slm..sy nk tnya..kalo sy pump susu kanan & kiri dpt 4oz..lps 4jam sy nk pump pula kalo msukkan dlm btol yg sma xpe ke @pn kena pump masuk btol lain..tq..

  • Reply HMD 22/07/2011 at 10:51 am

    Assalamualaikum….

    saya mmg memberikan penyusuan scra ekslusif kepada bayi ke-3 saya….saya nak tanya adakah ada makanan atau minuman yang boleh menggalakkan susu menjadi lebih banyak?

  • Reply Yuss 22/07/2011 at 11:52 am

    susu saya sgt sedikit, tiap kali pam cuma dapat 1-2 oz sahaja. ofis tak ada peti sejuk. saya boleh pam tiap 2-3 jam. boleh ke campur2 yg diperah tu dlm satu bekas, atau kena asing?

  • Reply normala 24/07/2011 at 7:15 pm

    salam….saya nk tnya stu soaln…saya bekerja di selgor,sekrg blk berpntg kat kedah…bagaimn saya nk mngekalkn susu perahan saya sehgga smpai ke selgor yg mgmbil ms 6 hgga 7 pjlnn?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:49 am

      salam. terlebih dahulu rancang sesi perahan semasa berada di kg. jika susu yg diperah disimpan melebihi 1 minggu dpd tarikh balik ke selangor, susu tersebut perlu dibekukan. tetapi jika susu perahan kurang seminggu dpd tarikh balik ke selangor, maka sebaiknya susu disejukkan sahaja. ini adalah kerana menggendalikan susu beku lebih sukar berbanding susu sejuk.
      bagi susu beku, susu perlu kekal berada dlm keadaan beku sepanjang perjalanan hinggalah tiba di rumah. oleh itu puan perlu menyediakan ice pack secukupnya dan cooler bag (atau cooler box) yg boleh tahan sejuk dlm tempoh 10 jam (anggaran masa persiapan dan perjalanan). susu beku tidak boleh mencair sehingga tiba di rumah.

  • Reply jun 26/07/2011 at 10:51 pm

    salam….

    sy nk tnya, elok x kite panaskan EBM dgn menggunakan air panas di dlm termos?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:48 am

      salam. adakah maksudnya merendam dgn air panas yg disimpan di dalam termos atau memanaskan susu di dlm termos berisi air panas? kedua-duanya boleh dilakukan, namun begitu sentiasa waspada dgn suhu susu tersebut, rasa dahulu sebelum memberi kpd bayi kerana bimbang susu terlalu panas apabila direndam di dlm termos.

  • Reply wardiah 27/07/2011 at 9:27 am

    Salam,saya nak tanya,
    di opis saya memerah dalam masa yg berperingkat2.pukul 10.00 am,1.00noon,3.00 pm dan 5.00 pm.Dan hanya menyimpan di dalam suhu bilik sahaja.Apabila sampai di rumah pd pukul 6.30 baru lah saya menyimpan di dalam freeze
    Adakah susu ini masih boleh di berikan kepada bayi saya?

  • Reply sofea 28/07/2011 at 10:48 pm

    assalamualaikum puan,bagaimana persediaan terbaik bagi ibu menyusu dalam bulan puasa agar penghasilan susu tetap memberangsangkan..mohon tip-tips yg berguna utk ibu menyusu..t.kasih

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:47 am

      w’salam. menyusu di bulan ramadhan memang mencabar. ramai ibu mengadu kekurangan susu, perkara ini adalah normal kerana ibu yg berpuasa kekurangan air dalam badan. oleh itu manfaatkan waktu mlm sebaiknya untuk menambah kuantiti air dlm badan, makan makanan berkhasiat dan makan makanan penggalak penghasilan susu seperti kurma dan oat. jangan tinggal waktu makan sahur. kurangkan atau jangan minum minuman berkafein spt kopi kerana kafein mengurangkan kuantiti air dalam badan. perah susu pada waktu malam dan awal pagi (sebelum sahur) utk menampung stok susu.

  • Reply kak eda 31/07/2011 at 6:42 pm

    skrg sy mmg dh terlambat utk mnyimpan susu stok ebm krana kurang ilmu jadi bila sy bekerja mmg ngam2la susu sy ari nie sy keja sya perah dptla 5oz dan sy bagi kpada pengasuh seterusnya balik rumah sy direct bf…..esoknya pn diulang samala tpi satu ari sy penat mgepam so dpt 2oz jerla lgiplak sy mmg cmpur susu fm tapi ari tu anak sy menangis kelaparan dn x nk susu fm sbelum tu dia nk tapi sbb asyik bf jer dia dh x nak susu fm ,,,so skrg sy nak kumpulkn stok ebm mcmana yer???

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:47 am

      salam, utk menambah stok susu apa yg perlu ibu2 buat adalah meningkatkan sesi perahan. kalau di pejabat paling kurang pam 3 kali sehari. di rumah pun kena pam jugak pada sebelah mlm. pengalaman ibu2 yg pernah mengalami kekurangan stok yg kritikal, ibu2 sanggup bangun jam 2 pagi dan 4 pagi utk mengepam. kekerapan memerah susu (iaitu mengosongkan payudara) akan memberi isyarat kpd otak bahawa permintaan adalah tinggi maka hormon prolaktin akan dirembeskan dgn lebih banyak utk menghasilkan lebih banyak susu ibu.

  • Reply RUHAYA 08/08/2011 at 11:21 am

    salam kak saya nk tanye…ofis saya mmg tak ade freezer…ade tak alternatif lain u simpan susu perahan waktu di ofis?…mcm mne kt nk tau cooler bag y sesuai untuk susu…?saya rase bersalah rugi sgt sbb kne buang ssu perahan skrng nie…lg pula…husband saya marah simpan susu perahan untuk diberi pada ank kami…katenye…takut susu tu dh tercemar…itu yang buat saya lg takut…

  • Reply baiti 08/08/2011 at 2:31 pm

    salam puan.
    saya bekerja.sya memerah susu berperingkat2 ketika di tpt kerja n xada tpt utk smpn adakah susu bleh brthn sehingga sya smpi kerumah pda jam6 ptg..dan bleh dsimpan ddlm peti sejuk n keesokan harinya di beri pada bayi sya.

  • Reply namira 12/08/2011 at 5:11 pm

    salam..
    saya nak tanya.. anak saya nak masuk 3 bln
    brapa oz yg anak saya perlu minum dalam 1 hari?
    adakah setiap peringkat umur nya berlainan oz?
    sebab saya bekerja, saya akan perah susu pada sebelah malam 4 oz
    untuk anak saya minum keesokan harinya,dan pada waktu tgh hari saya balik lunch,sy bf ank sy dulu n saya pump 4 oz lagi untuk anak sy minum pada sebelah petng, saya balik keje dlm pukul 6…
    cukup ke susu yg dia minum tu ?
    pls reply

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:46 am

      salam. berapa oz yg baby minum dalam sehari atau setiap sesi penyusuan perlu dibuat ujikaji oleh ibu sebelum ibu kembali bekerja. latihan penyusuan susu perahan melalui botol, picagari, sudu atau cawan kecil boleh dimulakan sebulan (atau sekurang-kurangnya 2 minggu) sebelum ibu kembali bekerja. dalam masa yg sama ibu sudah mempunyai stok susu perahan yang mencukupi. biasanya bagi bayi berusia 2-3 bulan minum 2-3 oz setiap sesi penyusuan. berdasarkan maklumat yg puan nyatakan, bayi puan dibekalkan 4 oz susu perahan utk sesi pagi (anggaran 8 pagi hingga 12 tghari), menyusu terus dari payudara pada waktu tengahari dan bekalan susu perahan 4 oz pada sebelah petang (jam 2 – 6 ptg).
      pada pendapat saya kuantiti susu perahan yang dibekalkan adalah “cukup-cukup makan” saja iaitu pada sesi pagi bayi puan akan menyusu 2 kali dan setiap kali menyusu hanya minum 2 oz, begitu juga pada sebelah petang. saya cadangkan puan bekalkan susu perahan 4 oz lagi utk sehari, bermakna sekurang-kurangnya sehari 8 oz. kita tidak boleh menjangka bayi akan minum 2 oz utk sela masa 2 jam, ada ketikanya bayi minum lebih dan ada ketikanya pula kurang.
      puan juga perlu kerapkan sesi memerah di pejabat sekurang-kurangnya 3 kali sehari (semasa waktu pejabat) dan pada malam hari 1 atau 2 kali perahan. ini untuk menjamin bekalan susu perahan mencukupi dan untuk memastikan penghasilan susu berterusan. sekiranya puan tidak memerah susu semasa waktu pejabat, penghasilan susu pasti akan berkurangan.

  • Reply yan 12/08/2011 at 9:26 pm

    drpd apa yg sy bc dr blog ni,sy ingin berkongsi ilmu yg saya adani dgn kwn2,sbb dr pengalaman saya,utk 1st baby n 2nd baby saya ialah dlm tempoh b`pantang tu saya bg ank saya full bf,tp dlm masa yg sama sya pn ada pam susu utk stok ebm,so ebm yg saya pam tu ,sy smpn utk guna lepas pantang nnt,sbb bila kita direct bf penghasilan susu dpt dihasilkan dgn lebih cepat,so bila cukup time jer sy bg bf kat baby,setiap 3-4jam sy akan pam susu utk ebm,skrg ebm dlm peti sejuk saya dh penuh dlm ms 26ari(simpanan tdk termasuk diruangan pintu-sbb suhu xok)alhamdulillah…hasil dr usaha saya dan tnjk ajar doktor,nurse dan kwn2,mnm air putih dlm sehari lebih dr hari biasa..sbb sy yakin susu ibu susu yg terbaik utk ank2,ank sy yg 1st sehat dan cerdik, IQ dia pn tinggi dr sepupu dia..alhamdulillah..

  • Reply Ras 15/08/2011 at 3:50 pm

    “salam….saya nk tnya stu soaln…saya bekerja di selgor,sekrg blk berpntg kat kedah…bagaimn saya nk mngekalkn susu perahan saya sehgga smpai ke selgor yg mgmbil ms 6 hgga 7 pjlnn?

    salam. terlebih dahulu rancang sesi perahan semasa berada di kg. jika susu yg diperah disimpan melebihi 1 minggu dpd tarikh balik ke selangor, susu tersebut perlu dibekukan. tetapi jika susu perahan kurang seminggu dpd tarikh balik ke selangor, maka sebaiknya susu disejukkan sahaja. ini adalah kerana menggendalikan susu beku lebih sukar berbanding susu sejuk.
    bagi susu beku, susu perlu kekal berada dlm keadaan beku sepanjang perjalanan hinggalah tiba di rumah. oleh itu puan perlu menyediakan ice pack secukupnya dan cooler bag (atau cooler box) yg boleh tahan sejuk dlm tempoh 10 jam (anggaran masa persiapan dan perjalanan). susu beku tidak boleh mencair sehingga tiba di rumah.”

    Apa yg berlaku kalau sekiranya susu yg beku tu cair wp sedikit? adakah perlu dibuang atau masih blh digunakan?kalau masih blh digunakan, brp jangka hayatnya?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:45 am

      susu beku yg mencair dlm perjalanan tidak boleh dibekukan semula apabila tiba di rumah. ia perlu dihabiskan dlm tempoh 24 jam (dari masa ia mencair)

  • Reply Noris 19/08/2011 at 12:36 pm

    salam..
    boleh tak puan ulaskan sejauh mana kebenaran pendapat yang menyatakan ibu2 yg mnyusukan bayi tidak dibenarkan minum atau makan benda2 yang sejuk, x boleh berada dalam persekitaran yang sejuk kerana takut susu yang akan dihasilkan sejuk dan menyebabkan bayi kembung. terima kasih.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:45 am

      salam. pendapat saya, ibu menyusu perlu mendisiplinkan diri dlm hal pemakanan kerana sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi kualiti dan kuantiti susu ibu yg dihasilkan. walaupun menyusu, ibu2 masih boleh mengambil makanan/minuman sejuk tetapi biarlah berpada atau dlm kuantiti yg sekadar perlu sahaja. jika didapati makanan/minuman itu menyebabkan bayi kembung, maka sebaiknya elakkanlah demi kebaikan bayi dan ibu juga.

  • Reply Alia 20/08/2011 at 8:19 pm

    Hi, saya nak tanya. Apa kesan jika saya mencampurkan susu yang telah disejukan dengan susu yang baru diperah? Perahan dibuat pada hari yang sama cuma berbeza waktu perahan.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:44 am

      salam. mencampurkan susu segar yg baru diperah (biasanya ia agak suam) ke dalam susu yang telah disejukkan akan merosakkan susu tersebut. ini adalah kerana suhu susu telah meningkat. peningkatan suhu meningkatkan aktiviti mikroorganisma dan seterusnya mikroorganisma akan merosakkan susu tersebut. sebaiknya susu perahan kali kedua itu disejukkan terlebih dahulu di dlm peti sejuk dan barulah boleh dicampurkan dgn susu perahan yg terdahulu.

  • Reply nurul atiqah iqa 02/09/2011 at 11:47 pm

    salam saya nak tanya,mcm mana nak pastikan susu perahan yang saya panaskan sudah cukup panas?kerana saya ada buat percubaan…selepas dipanaskan saya rasa airnya masih sejuk…dan bolehkah susu yang disejukkan dikeluarkan awal tanpa memanaskan dahulu?dan hanya dipanaskan bila hendak digunakan,kalau boleh berapa lama susu boleh bertahan?saya menggunakan bekas dadih untuk menyimpan susu,dan pindahkan ke dalam botol untuk dipanaskan,kemudian bekas dadih saya basuh dengan sabun,apakah saya masih boleh menggunakan bekas dadih tersebut?dan berapa kali bekas terdebut boleh digunakan?saya harap akak sudi menjawab soalan saya…kerana saya kuatir selama ini saya tersalah dan menyebabkan kesihatan anak tidak berapa baik,,,terima kasih

  • Reply halimatun 07/09/2011 at 10:52 am

    assalam sy nk tanya kalu susu perahan yg lepas diperah boleh tahan berapa lama sebelum sy bw blk msk kn kedalam peti sejuk…coz sy bekerja dlm tempoh 9 jam sehari…

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:43 am

      salam. susu perahan tahan 2 -4 jam sahaja pada suhu bilik. jika puan memerah di pejabat, simpan susu perahan di dalam peti sejuk pejabat (jika ada) sehingga tiba waktu balik dan bawa balik susu perahan sejuk itu di dalam cooler bag berisi ice pack yg sejuk. jika tiada peti sejuk di pejabat, susu perahan boleh terus di simpan di dalam cooler bag berisi ice pack yg sejuk (gunakan ice pack yg berkualiti yg tahan sejuk sehingga 10-12 jam)

  • Reply Ct 14/09/2011 at 5:11 pm

    Salam,
    saya nak tanya..saya memerah susu di dalam bekas tuperware,selepas memerah saya masukkan dalam peti beku,selepas beberapa jam saya memerah di bekas yang sama dan saya ulangi sehingga beberapa hari di bekas yang sama,di sebab kan tupperware nye agak besar…biasa nya mengambil masa 3 hari untuk penuh…ada kah susu itu masih boleh di gunakan…

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:42 am

      salam, maaf saya katakan bahawa susu tersebut tidak boleh digunakan. susu beku (atau susu sejuk) tidak boleh dicampur dgn susu segar baru diperah kerana suhu susu adalah berbeza. apabila puan memerah susu segar yg suhunya suam-suam kuku ke dalam bekas mengandungi susu beku, suhu susu beku itu akan berubah iaitu bertambah dan susu beku akan mula mencair sedikit. oleh itu pembiakan mikroorganisma boleh berlaku dgn peningkatan suhu.
      kaedah yg sepatutnya dilakukan ialah susu yg baru diperah disimpan di bhg sejuk biasa (bhg bawah) peti sejuk. jika sehingga 5 hari susu tersebut belum digunakan, barulah pindahkan susu tersebut ke bhg beku. labelkan tarikh perahan pada bekas penyimpanan susu supaya lebih mudah mengendalikannya. guna susu yg paling lama disimpan. jika puan mempunyai stok susu beku dan susu sejuk, bekalkan bayi dgn kedua-dua stok susu setiap hari, contohnya jika bayi dibekalkan 6 botol sehari, 2 botol adalah susu beku manakala 4 botol adalah susu sejuk.

  • Reply halimatun 27/09/2011 at 4:21 pm

    Assalam… skali lg sy nk tanya beberapa soalan..1)baby sy berusia 3 bln skrg..berapakah sukatan susu yg perlu diberikan utk setiap kali baby sy mahu minum..utk skrg baby sy minum dlm 2oz…setiap hari sy bekalkan 4 botol dlm 2oz setiap botol..waktu bekerja sy 8-6pm..2) sy mengunnakan bekas simpan dadih tu..menyimpan susu..tp sy menggunakan berulangkali adakah ia boleh @ tidak…3) sekiranya sy memerah susu dlm satu bekas..tp sy perah dlm kuantiti sikit slps 2 jam sy akan perah skali lg msk dlm bekas yg sama..adakah ia boleh @ tidak coz susu tu sy letak dlm cooler bags..sy hrp cik bleh membantu sy…

  • Reply AS 05/10/2011 at 2:09 pm

    Bolehkah perahan susu kanan dan kiri di campurkan didalam satu bekas

  • Reply lin 13/10/2011 at 10:56 am

    salam..saya ibu 3 org anak..ank ke3 ni br 1st time bg full breast feed.soalannyer..sy simpan susu perahan smasa di opis didlm freezer n bila balik umah(hampir cair)ke dlm freezer utk stok esok..adakah susu tu sudh tercemar atau kehilangan nutriennyer kerana sy baru saja dpt tau susu yg sudah mencair tdak boleh dibekukan semula.apakah kesannya kepada ank n kesihatannya..?

  • Reply erin 18/10/2011 at 8:44 pm

    asalam..
    sy nk tye..kalau susu yg kita simpan kt peti ais bwh kita kena pakai dlm 5 hari..kalo lbh dr 5 hari,kita xnaikkn kat peti ais yg beku ade ape2 kesan ke kalo bby kita minum?

  • Reply Zura 21/10/2011 at 2:17 pm

    Susu perahan yg disimpan di warmer bag tahan brapa lam?adakah jangka masanye adalah sama sprt cooler bag?

  • Reply ritha 23/10/2011 at 1:25 pm

    selamat pagi..kalau ibu makan set bersalin boleh bagi breast feed kah? tak kena penyakit kuning kat baby kah? i dengar macam tu ,tapi tak confirm benarkah tu…

  • Reply ida 24/10/2011 at 2:24 pm

    sy nak ty satu soalan..saya akan bersalin bulan 12 ni, dan akan berpantang di kg.semasa dlm pantang, akan akan perah susu utk buat stok bila naik kerja nanti.soalan saya, bagaimana cara saya nk menyimpan susu tersebut dan membawanya balik ke KL..jarak perjalanan dr kg ke kL mengambil masa 7 jam.

  • Reply tini 31/10/2011 at 4:49 pm

    assalam sy nk tanya sy perah susu di pejabat pada waktu rehat pukul 1…. dan x di letakkan di dalam bekas yg dikhaskan (cooler bag).. tapi di pejabat sejuk (air cond).. masih elokkah susu perahan itu utk di bw balik pada pukul 5.30ptg?

  • Reply yati 02/11/2011 at 12:41 pm

    salam….

    saya baru jer dapat anak ke 2..sepasang..baby saya da masuk 4 bulan,..anak yg 1st susu badan sepenuhnya 2 tahun lepas tu campur2 sampai 5 tahun, lepas bersalin dia tak nak da..now, ada baby still the same, cuma saya bakal bekerja tdk lama lagi..so, info di atas cukup baik saya ikut..thanks a lot…susu ibu mmg susu yg terbaik…

  • Reply aqifiman 04/11/2011 at 11:03 am

    salam.. saya nak tanya kaedahnya penyimpan susu sekiranya untuk pejalanan jauh pergi 2 tempat sebelum pulang kerumah dalam tempoh 4 hari 3 malam…contoh dari jb bermlm di segamat kemudian bermalm di kuantan baru balik ke jb semula…. tolong

  • Reply Radiah 14/11/2011 at 12:58 pm

    Hi, saya baru lg dlm bf ni wpun utk ank ke3. Kalu susu yg diperah simpan didlm mini fridge brp lama boleh tahan. Tq

  • Reply umie 23/11/2011 at 4:51 pm

    salam..saya nak tye jika susu yg disimpan di dlm peti ais sejuk beku,kemudian diturunkn ke bwh di tmpt sejuk..berapa lama susu ini tahan?

  • Reply Sha 15/12/2011 at 11:13 am

    Salam….

    Susu perahan yang telah dipanaskan, tetapi tidak terus diberikan kepada baby boleh tahan berapa lama? Kalau baby dh minum hanya boleh disimpan 1-2 jam shj kan

  • Reply ibu mikhail 13/01/2012 at 10:24 pm

    Salam…

    saya baru 11 hari bersalin…susu badan saya keluar lambat..hari ke 4 baru dpt keluarkan susu tp xbanyak…sy cuba perah susu saya setiap kali anak sedang tidur tp hanya dapat sekitar 20ml shj..xsampai pun 1 oz…saya ada simpan stok susu 2 botol masing2 20 ml n 40 ml..

    sy sering terbaca ibu2 dpt kuantiti susu perahan sekitar 2 oz setiap kali perah…macam mana sy nak dpt kuantiti sebegitu..
    adakah nasihat dr pihak puan….

    bantulah sy…skrg baby sy minum susu FM + susu bdn sy…

  • Reply ina 17/01/2012 at 6:13 am

    salam,
    saya tertinggal susu yg di pam di suhu bilik selama 7 jam..adekah susu itu masih boleh diberikan kpd bayi?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:38 am

      salam, susu ibu hanya boleh tahan 2-4 jam dlm suhu bilik (bergantung kpd suhu ketika itu). 7 jam adalah jangka masa yg lama dan susu pastinya sudah rosak, oleh itu susu tersebut tidak boleh disimpan atau diminum oleh bayi.

  • Reply Julia 20/01/2012 at 10:53 am

    salam,

    saya nk tanya, saya ade anak yang berumur 2 bulan, dan berharap dapat menyusukan die selama 2 tahun. tapi masalahnya, saya masih belajar dan terpaksa meninggalkan anak di kampung. Seminggu sekali saya akan pulang ke rumah. Saya nak tanye tentang penyimpanan susu perahan. Saya ada buat banyak research ttg bagaimana nk simpan susu n bawak pulang susu. Ade yang tulis, simpan di tempat beku (-20), n bile nk bawak pulang just letak dlm bekas polistrina n letak ais2 banyak2. bile dah sampai kampung cek susu same ade still ade crystal ice ke x. if still ade masih boleh digunakan n disimpan di bahagian sejuk beku. tp dalam entry puan, puan ade tulis if susu dah thaw even sedikit kene habiskan dalam masa 24 hours. saya ade kemusykilan, sekarang saya just letak semua stok 5 hari susu perahan saya di peti ais belah bawah (4 degree). Dan bile pulang saya just letak dalam bekas polistrene n cover ngan ais banyak2. dah sampai rumah saya akan transfer susu ke bahagian atas (-20) untuk memanjangkan tempoh hayat susu. Ape pendapat puan?…betul x cara penyimpanan susu saya tu???

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:37 am

      salam. betul cara puan. disebabkan balik seminggu sekali so stok 5 hari tu sejukkan saja then sampai di kampung baru bekukan. boleh bekukan kesemuanya atau bekukan yg diperah 3 hari pertama saja manakala yg diperah hari khamis & jumaat sejukkan saja supaya bayi ada bekalan susu beku dan susu sejuk juga. utk pengetahuan susu beku akan kehilangan sedikit nutrien dan antibodi, so bekalkan bayi dgn susu sejuk yg masih ada byk nutrien dan antibodi.

  • Reply aiza 24/01/2012 at 11:07 pm

    Salam, sya nk tye klu susu yg telah dipanas kn kemudian susu itu di beri minum pd bby…klu x abis tahan berapa lama lg masih blh di gunakan. TQ

  • Reply aryantie 02/02/2012 at 3:54 pm

    salam,

    terima kasih dgn info yg diberikan mmg byk membantu. saya ingin bertanya, saya ada menyimpan susu perahan di bawah. selepas 2 hari, susu tersebut ada sedikit bau. adakah normal selepas di simpan dln fridge susu ibu ada bau? masih boleh digunakan dan nutrient tetap ada ke..and mcmana nk bezakan bau dan rasa susu yg tidak boleh digunakan?

    thanks..

  • Reply zehan 29/02/2012 at 5:21 pm

    salam puan ,

    apakah kesannya jika kita terus menggunakan botol yg tidak dikeringkan dengan sempurna . saya tak bnyk botol, jadi … selalunya lepas basuh dan curahkan air panas pada botol ,saya akan renjis2kan botol tu dan terus saya pakai utk pump susu. botol x kering sepenuhnya.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:34 am

      Salam, takpe… saya pun biasa buat mcm tu… 🙂

  • Reply Siti 01/03/2012 at 6:40 pm

    Salam mommies.. Nak tanya, selepas susu dipanaskan, berapa lama ianya akan bertahan pada suhu bilik? Adakah sama 2 jam seperti dinyatakan diatas dimana jika disimpan balik ditempat sejuk peti ais?..

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:34 am

      salam. ye betul… 2 jam sahaja.

  • Reply suri 05/03/2012 at 12:37 pm

    salam… saya nak tanya bagaimana cara / kaedah untuk memanaskan susu yang telah beku dengan cara yang betul?

  • Reply heryza 05/03/2012 at 4:50 pm

    Akum.. puan saya nak tanya berapa jam sekali kita perlu perah susu ibu untuk stok dalam masa yang sama anak menyusu jugak..

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:33 am

      salam. bila2 masa boleh memerah susu walaupun pada masa yg sama anak menyusu juga, contohnya pada masa anak tidur, atau semasa anak menyusu sebelah payudara ibu boleh memerah sebelah payudara lagi atau selepas menyusukan anak perah susu payudara yg sebelah lagi. kekerapan memerah akan menyebabkan susu bertambah banyak maka ibu akan dapat menyimpan stok susu perahan.

  • Reply nora 13/03/2012 at 6:29 am

    salam boleh kah sejukkan susu perahan saya mengguna kan dry ais (ais kering)

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:32 am

      salam. boleh sejukkan susu perahan menggunakan dry ice malah ia sesuai digunakan utk membawa susu perahan dlm perjalanan yg jauh dan mengambil masa lama.

  • Reply nurul 14/03/2012 at 4:36 pm

    salam, saya nak tanya macam mana nk cairkan susu yang telah diletakkan di peti sejuk bahagian beku dan setelah dicairkan boleh tak masukkan balik ke bahagian belah bawah?

  • Reply Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan 15/03/2012 at 4:56 pm

    […] Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu. […]

  • Reply Sar 15/03/2012 at 6:12 pm

    Salam, saya akan kembali bekerja tak lama lagi. Bagaimana nak bawa stok susu perahan ke taska? Saya dimaklumkan, susu beku perlu dicairkan dengan meletakkannya dibahagian bawah peti sejuk. Jadi, adakah saya perlu cairkan dulu susu beku untuk dibawa ke taska? Tapi berapa lama susu tu tahan? (sehingga 9-10 jam? dalam peti sejuk bawah di taska?) Jika stok yg di bawa tak habis, boleh digunakan lagi esoknya ditaska/ atau dirumah?

  • Reply haida 16/03/2012 at 11:20 pm

    tumpang iklan yer tuan tanah…
    istimew utk ibu2 yg sedang aktif bf n sedang mencari baju yg sesuai ke pejabat n masa yg sama baju yg memudahkan para ibu2 utk menyusu juga memerah susu time kerja..rajin2 la singgah fb hyeda collection..kami menawarkan baju kurung menyusu degan harga istimewa..anda pasti berpuas ati..happy breastfeeding..

  • Reply murni 22/03/2012 at 3:28 pm

    Salam, ape pendapat puan kalo simpan susu perahan menggunakan bekas dadih. Tidakkah ade kemudaratan lain pada bayi kerana bekas dadih diperbuat drpd plastik biasa.

  • Reply Juwita 04/04/2012 at 3:19 pm

    Salam.. Selepas membaca setiap pertanyaan dan jawapan baru sy realise sesuatu.. Selama sebulan lebih menghantar anak saya ke rumah babysitter saya hya membekalkan dia 120z susu beku.. huhu.. saya x campurkan dengan susu sejuk..Anak saya sudah berusia hampir 4 bulan.. alhamdulillah di office mmg ada mom’s room beserta degan peti ais 2 pintu utk memudahkn ibu2 memerah dan menyimpan susu. Bila sampai rumah susu masih sejuk dan sy akan terus memasukkan dalam freezer. Slps ini sy akan pastikan ia sejuk sehingga 5 hari dan apabila tidak digunakan baru sy akn pindahkan ke ats.. Terima kasih di ats bantuan puan. 🙂

  • Reply lina 05/04/2012 at 8:11 pm

    slm,nk tmpg tny..
    cmne cara pmanasan tbaik tnp mhilangkan nutrien susu ibu ek?thx =)

  • Reply Nuril 08/04/2012 at 9:07 pm

    Salam. Kak, saya baru saja jadi ibu. Jadi memang tak ada pengalaman. Nak tanya, kalau susu yang saya perah saya just terus simpan dalam cooler bag (with ice pack) dan bila sampai rumah baru pindah masuk ke peti ais boleh tak? Atau perlu juga saya simpan dahulu susu tu dalam peti sejuk semasa dipejabat?

  • Reply siti 13/04/2012 at 8:25 am

    Salam…

    Salam…

    Saya perlukan bantuan. Bangun pagi ni, bukak freezer, stok EBM saya mencair tetapi tidak totally cair. Kemungkinan peti freezer tidak rapat semalamam.Ada yang masih beku, separa beku dan cair. Luluh hati tengok stok EBM saya tu..:( Mood nak keje pun tiada. Persoalannya,
    1.macam mana saya nak uruskan ketiga-tiga keadaan stok EBM saya yang beku, separa beku dan cair tu?
    2.Betul ke kalau EBM dah mula mencair, tempoh bertahan hanya 24jam?
    3.Tidak bolehkah susu berkenaan dibekukan semula memandangkan saya tidak mengeluarkan satu pun dari freezer, hanya menutup rapat kembali pintu peti?

    Tolong mommies, saya kerungsingan & moody memikirkan stok EBM saya.. 🙁

  • Reply wani 14/04/2012 at 1:54 pm

    salam….
    saya nak tanya…jika saya memerah susu menggunakan tangan dan susu yang diperah terkena pada jari saya ketika memerah adakah susu tersebut telah tercemar atau tidak?terima kasih.

  • Reply jun 15/04/2012 at 8:56 am

    salam.saya telah simpan susu perahan pada bahagian bawah peti ais.bukan di dalam tempat sejuk beku.selepas 3 hari saya dapati susu itu menjadi 2 lapisan. lapisan bawah bertukar sedikit warnanya.soalan saya, adakah susu itu telah rosak?

  • Reply diana 17/04/2012 at 7:43 pm

    salam.. nak tanya.. saya perah susu dalam botol tp dapat dalam 2oz jer n saya rehat jap.. botol tu sy biar pada suhu bilik dan lg sejam saya perah tambah dalam botol yang sama.. ok ker?

  • Reply eza 06/05/2012 at 12:20 am

    hi..
    saya nk mintak terangkn kalo saya dah perah susu pukul 1ptg katakn just dpt 2oz thn kul 2ptg saye perah dpt 20z lg..boleh x saya gune bekas storage yg sama tuk isi susu perahan kul 2ptg..tuk cukupkn satu bekas tue dulu..tapi saya kena pastikn bekas tue ade ruang sikit jikalau susu kembang betul..?kalo boleh..susu perahan pertama nak diletakkn dlm peti sejuk dulu or biarkn kat luar dlm suhu bilik jee..mintak tolong sgt2..

  • Reply yanie 13/05/2012 at 12:20 am

    Salm,sye nk tya ank sye myusu bdn,umo bru 2bln lbih,p da 5 die x berak,sye jd risau,tmbh plk sye suka sgt minum milo pnas n sjuk..sye tkut milo tu pnyebab ank sye xberak tp die slalu kentut..adakh milo pyebabnya?? Tlg la sye comfius sgt…

  • Reply fida 17/05/2012 at 10:55 pm

    as salam..nk tnyela..sy pump susu pd 12/5/12 dan simpan dlm peti ais tmp beku..tp br perasan kelmarin susu tu xbeku sbb temperature peti ais xtinggi. sy br tinggikan suhu pd arini 17/5/12, boleh ke susu tu dgunakan lg?

  • Reply hani 01/06/2012 at 2:21 pm

    Salam, saya nak tanya, berapa lama sekiranya susu ibu yang telah di cairkan boleh disimpan didalam cooler bag. contohnya sekiranya kita keluar berjalan dan ingin memberi susu yang dicairkan.

  • Reply fizaa 08/06/2012 at 11:10 pm

    mcm mana kalau saya berpantang di kb, kemudian balik ke trganu…dgn membawa balik susu perahan yg telah dibekukan selama sebulan? dlm perjalanan selama 2 jam, susu akan cair sedikit..

  • Reply yani 02/07/2012 at 3:45 pm

    Salam, jika susu yang telah disejukkan di peti sejuk di pejabat dan dibawa pulang tanpa diletakkan dalam cooler bag, susu tu masih ok ke x?

  • Reply zatil 02/07/2012 at 9:10 pm

    salam….nk tanya xpe ke susu yang dah diperah di simpan terus dlm peti ais di bahagian sejuk beku.rosak tak susu trsebut

  • Reply zue 06/07/2012 at 6:42 pm

    sy sdg berpantang di kg.semasa dlm pantang, sy dah mula perah susu utk buat stok bila naik kerja nanti.soalan saya, bgm cara saya nk menyimpan susu tersebut dan membawanya balik ke KL..jarak perjalanan dr kg ke kL mengambil masa 3-4 jam.

  • Reply safa 09/07/2012 at 5:21 pm

    Salam,apakah kesannya pada susu perahan sekiranya tidak di simpan di dalam peti sejuk mahupun cooler bag semasa dalam perjalanan balik ke rumah dari pejabat? Adakah susu tersebut telah rosak sekiranya diberikan terus kepada bayi sebaik sahaja sampai di rumah?

  • Reply lela 13/07/2012 at 11:48 am

    salam..sis sy nk bertanya..saya skrg ini pump susu setiap hari tetapi setiap susu perahan ini sy terus masukan ke dalam freeze.xpe ke sis??

  • Reply Syafiqah 14/07/2012 at 6:51 pm

    salam. nak tanya susu yg telah saya bekukan ada bau hanyir dan berminyak . adakah susu ini telah rosak atau elok lagi? kerana saya risau peti sejuk saya dh lama dh x elok.

  • Reply Syafiqah 14/07/2012 at 6:53 pm

    salam . nak tanya lagi jika susu yang dibekukan dan telah dicairkan di peti sejuk bahagian sejuk tetapi tidak digunakan dalam 24 jam, adakah susu ini masih boleh guna lagi?

  • Reply faridah 25/07/2012 at 12:08 pm

    salam sy nk tya adakah simpanan susu di peti ais dua pintu dan 1 pintu sama kaedah nya dan tempoh bleh digunakan susu tersebut..

  • Reply CheentaCNje 13/08/2012 at 3:31 pm

    Salam,
    Saya baru saja mulakan kerja selepas cuti bersalin 90hari. Saya ingin meneruskan breast feeding. Saya difahamkan, susu perahan hanya bertahan 2-4jam pada suhu bilik. Saya tidak dapat menyimpan susu perahan tersebut dalam peti ais memandangkan opis saya tidak disediakan peti ais. untuk pengetahuan puan, tiap hari (waktu bkerja), saya akan pam susu pd jam 10pg dan 2.30 ptg (dpt 4oz setiap kali perahan). Jika susu perahan disimpan dalam suhu bilik, perahan jam 10pg tidak boleh diberikan kepada bayi la kan?

  • Reply aishah 21/09/2012 at 11:08 am

    As salam..saya nak bertanya..sekiranya saya bawa susu perahan yang telah dibekukan masuk ke dlm cooler bag untuk perjalanan 2 jam dan bila smpi ke destinasi tersebut saya masukkan semula ke tempat beku (sekiranya susu masih belum cair)..
    agak-agaknya boleh tak dan tahan berapa lama ?
    saya nak mintak org tua sy tlg jaga ank sbb ada urusan pnting..

  • Reply sarifah 24/09/2012 at 1:33 pm

    bagus sangat share info ni..

  • Reply ina azura 13/11/2012 at 12:09 pm

    salam
    saya ada peti satu pintu dan bahagian freeezer telah dikhaskan untuk menyimpan susu yang dibekukan. daging dan ikan saya awet menggunakan garam dan diletakkan di bahagian bawah. adakah susu yang dibekukan itu dijangkiti bakteria ?

  • Reply siti 03/04/2013 at 4:19 pm

    saya ada kemusykilan, jika susu yg disimpan di dalam deep freezer di pindahkan ke freezer biasa untuk kegunaan harian, adakah susu itu thn selama 6 bln juga.?

  • Reply ely 04/04/2013 at 8:57 pm

    Salam..Suka sgat blog nie…Alhmdulillah semua yg sy nk tau ttg meyusu secara exclusive, eveything dh terjawab. ..tqvm….

  • Reply shita 06/04/2013 at 2:28 pm

    good info
    byk maklumat yg sy dpt
    promise utk trs mnyusukan baby..

  • Reply siti khadijah 13/04/2013 at 9:34 pm

    Assalamualaikum. saya share info ini di blog saya k. thanx u

  • Reply siti khadijah 13/04/2013 at 10:23 pm

    assalamualaiku.. minta kebenaran papar di beloh saya. terima kasih

  • Reply anis 10/05/2013 at 12:04 am

    Salam..
    Kalau susu yg.beku telah dicairkn dgn meletakkannya dibhgn bwh peti sejuk dan tidak digunakan’ adakah ia masih boleh digunakan untuk keesokan harinya?

  • Reply nurul aizan 23/07/2013 at 9:21 am

    salam..
    saya nak tanye..kalu saya simpan susu perahan di opis kat peti sejuk biasa…pastu camner nak bawak balik tanpa cooler bag…nak samapai kerumah

  • Reply Ina 30/07/2013 at 3:00 pm

    Nak tanya info no 5. Betul ke susu perahan yg dipanaskan boleh disimpan semula? Setau sy hanya tahan 1 jam lps dipanaskan n tak boleh digunakan semula. Mohon pencerahan sis..

  • Reply azliana ahmad 30/08/2013 at 8:03 am

    Sy nk tya…bekalan elektrik terputus dlm 7-8 jam. Dlm tempoh tsbt sy dapati susu msh keras beku slps eletrik disambung…adakah susu tersebut msh elok?

    Saya mbawa susu yg dibekukn dr freezer ATS mnggunkn cooler bag Tanpa mnyahbekukn tlbh dahulu ke rumah pengasuh. Adakah susu tsbt blh disimpan sml dlm freezer beku atau perlu dihabiskn dlm tempoh 24 jam jg?

  • Reply azura 13/11/2013 at 8:13 pm

    tq utk info ni..
    lawat blog sya http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

  • Reply Dayang 29/11/2013 at 2:27 pm

    Salam,

    saya ada beberapa soalan nk bertanya:

    1. betul ke susu yg telah dipanaskan cuma boleh digunakan dalm tempoh 1 jam sahaja. klu tak habis baby minum kene buang.

    2. klu kita panaskan susu menggunakan warmer, brape lama kita boleh biarkan susu dlm warmer berkenaan. sbb kdg2 kene panakan awal2 susu sblm baby bgn..baby slalunyer tak sabar nk menyusu lepas bgn tdo n utk mengelakkan baby menangis kuat nk susu.

    3. baru2 nie saya bari baby sy susu beku yang lebih kurang 1 minggu. setelah dipanaskan sy beri kepada baby sy. tp selepas je abis minum, baby muntah semula susu yg diminumnya..adakah susu sy tu dah rosak? sy check bau dia mmg ‘tengit’ skit compare dgn susu yg baru diperah dr opis pg tu. ada apa2 komplikasi x bagi susu yg tlh rosak..

    harap pihak puan dpt membantu…perlukan khidmat nasihat berkenaan penyimpanan n penggunaan ebm dgn betul…

    sekian, terima kasih.

  • Reply Dayang 29/11/2013 at 2:32 pm

    salam,

    1 lg soalan, sy ada baca bebrapa artikel mengatakan botol utk menyimpan susu perahan tidak perlu di steril…hanya perlu di basuh dgn warm soapy water n keringkan..? tp ada juaga yg mengatakan perlu disteril?? mana 1 info yang betu.

  • Reply rasyidah 02/02/2014 at 11:48 pm

    info yang bagus =)

  • Reply eina82 03/03/2014 at 2:46 pm

    mohon pendapat n nasihat panduan penyimpanan susu ibu bagi perjalanan jauh.saya tinggal baby dikampung n sy pam susu utk simpan.setiap minggu sy blk utk bwk blk susu dlm bekas sejuk.soalannya :bila sampai dikg susu telah cair,blhkah sy simpan ditempat beku lg?soalannya:apa yg sy bc sekiranya susu yg dh dibeku bila dh cair xblh masuk tempat beku lg,bila cair susu itu bertahan selama 48 jam shj,cmne klau sy bwk blk dlm kuantiti yg byk,mayb baby xsempat nk habiskn dlm masa 2 hari..sekiranya dpt dihabiskan baby tiada stok lain….

    mohon sgt pendapat sbb xde pengalaman penyimpanan susu ibu
    tq

  • Reply Dayang 11/04/2014 at 2:15 pm

    salam puan,

    saya nk bertanya…kita semua tahu khasiat dan nutrient aerta antibodi yg terdapat dlam susu ibu adalah yg terbaik utk anak kita…so, selalunya bayi yg di beri susu ibu jarang jatuh sakit…

    tp dlm situasi sy, sy Breasfeeding baby sy…tp nape ye, anak sy sering deman, batuk n flu…adakah susu yg sy hasilkan tidak berkhasiat? skrg baby dah berumur 9 bln lebih…

    mohon pandangan daripada pihak puan..

  • Reply Syikin 08/06/2014 at 10:18 am

    Salam,Saya nk tnya.. Boleh x susu yg dibekukan cmpur ngan susu yg dibekukan yg lain..? Contohnya saya sejukkan susu beku then bila dh cair sy nk cmpur ngan EBM yg cair lain dlm botol utk cukupkan 3 @ 4 auns utk dihantar ke BS..?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:11 am

      as salam. boleh dicampur susu beku dari botol berlainan spt yg puan nyatakan di atas. Digalakkan campur sebaik sebelum memberi kpd bayi bukannya dicampur dari awal di rumah sebelum dihantar kepada babysitter. Susu yang dicampur itu perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam.

  • Reply umi 09/07/2014 at 4:39 pm

    As salam sis,

    kalu susu EBM di simpan dlm peti.sejuk mini bar mcm kt hotel tu tahan lama mane ya

  • Reply ain naim 21/02/2015 at 5:03 am

    info yang lengkap dan sangat berguna..tq sis atas perkongsian ini

  • Reply Fateen 30/03/2015 at 9:44 pm

    Salam..
    Maaf saya masih x berapa nak faham tentang pemberian susu ibu ni..selalu nya sy akan keluarkan stok susu yg beku pada mlm hari dan diletakkan di tempat sejuk biasa utk kegunaan keesokkan paginya..selalu saya akan keluarkan 5@6 botol..dan kadang2 bayi saya hanya minum 4 botol sahaja..adakah botol selebihnya masih boleh diminum pada hari berikutnya?

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 6:06 am

      w’salam. susu beku yg sudah diturunkan daripada freezer perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira bermula daripada masa menurunkannya ke bhg bawah). Jika tidak diminum dalam tempoh tersebut, ia tidak boleh disimpan semula maka ia perlu dibuang.
      Cadangan saya, jika bayi puan biasa minum 6 botol sehari (sebagai contoh) bekalkan dia 2 botol susu beku dan 4 botol susu sejuk (yg disimpan di bhg sejuk biasa). Pesan kpd pengasuh supaya habiskan yang susu beku dahulu. sebabnya jika susu beku x habis diminum pada hari tersebut, ia TIDAK BOLEH disimpan semula. Tetapi jika susu sejuk biasa tidak sempat digunakan pada hari itu ia masih boleh disimpan semula ke dalam peti sejuk dengan syarat ia masih kekal dalam keadaan sejuk pada hari itu sama ada disimpan di dalam cooler bag berisi ais atau disimpan di dalam peti ais di rumah pengasuh.
      Tambahan pula, susu beku telah mengalami pengurangan nutrien akibat proses pembekuan. oleh itu membekalkan bayi dgn susu beku sahaja tidak digalakkan utk memastikan bayi mendapat nutrien yang baik setiap hari.

  • Reply Siti 20/04/2015 at 2:21 pm

    Salam..

    Boleh tak susu perahan dicampurkan pada hari2 yang berlainan? Contohnya sy pam hari jumaat petang dpt 2 oz, lepas tu sy balik kg & terlupa bawak balik susu tersebut..& blh x dicampurkan dgn susu yg di pam pd hari Isnin?

  • Reply Farhanah 26/06/2015 at 6:57 pm

    Assalamualaikum sis..

    Saya nak bertanya, susu EBM yang diletakkan di freezer peti ais dua pintu hanya bertahan hingga 3 bulan kan?

    Saya sudah membuay stok sejak berpantang tapi susu2 tersebut masih tidak digunakan dan hingga kini (selepas 3bulan) masih banyak.apa yang perlu saya lakukan dengan susu2 ebm ni ya?

    Sayang nak buang..(T_T)

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 5:54 am

      Waalaikumussalam. EBM di dalam freezer memang hanya boleh bertahan 3 bulan sahaja. EBM yg disimpan sejak awal berpantang sepatutnya digunakan dari semasa ke semasa supaya tidak terkumpul terlalu banyak dan terlalu lama. Puan boleh gunakannya utk melatih bayi minum EBM dlm botol utk persediaan kembali bekerja. Apabila telah kembali bekerja pastikan bekalan EBM untuk baby di rumah pengasuh mengandungi EBM beku di samping EBM fresh. Jika masih banyak juga bolehlah ditambah pada makanan/minuman lain utk anak2 yg lebih besar spt campurkan dalam dadih, dibuat aiskrim, campur dlm minuman milo dll jika puan ada anak yg lebih besar. Atau minum sendiri… hehehe (saya biasa buat, sbb sayang nk buang). Jika tidak digunakan maka EBM itu terpaksa dibuang jika telah melepas tarikh luput iaitu selepas 3 bulan. Utk membuangnya apa yg saya biasa lakukan ialah cairkan terlebih dahulu dan siram pada pokok.

  • Reply wanaz 03/08/2015 at 1:58 pm

    as salam sis. saya ingin kepastian tentang susu frozen yg sudah dicairkan dan susu chiller tahan berapa lama pada suhu bilik?

  • Reply Veronal 07/08/2015 at 5:03 pm

    Hai saya mau tanya bolehkah kalau saya langsung gabung asi perahan yang berselang 2-3 jam tanpa menyamakan suhu dan setelah itu langsung dimasukkan freezer?kalau sudah terlanjur demikian apakah asi masih baik diberikan pada bayi?terima kasih

  • Reply Shila 18/08/2015 at 8:40 am

    As salam…
    Sis..saya ade beberapa soalan;

    Saya simpan stok ebm saya dlm deep freezer accidently suami saya ter reset temperature controller..dan tk pasti waktunya. Saya hanya perasan pada pukul 9pm hari berikutnya (17.8.15). 7 botol saya dapati fully defrost sebab saya letak pd bhgn atas…berhampiran pintu. Tp stok ebm yang disimpan di bahagian bawah peti ada yang masih beku dan ada juga yang sedikit defrost. Soalan saya boleh ke saya bekukan semula susu yang sudah sedikit defrost dan berapa lama boleh digunakan. Dan susu yang fully defrost saya perlu consume dalam masa 24jam..sedangkan saya tk pasti pukul berapa pencairan berlaku dan ape kesannya jika saya insist berikan susu tersebut kepada baby saya.. adakah boley menyebabkan cirit birit..muntah… atau keracunan. Harap sis dpt membantu sbb saya buntu.

  • Reply Nur 02/10/2015 at 2:30 pm

    Salam.saye ank frst so xtahu sgt pasal pympanan susu ibu ni..saye pam susu dalam botol dan simpan susu kat freezer di bhagian pintu.so susu still boleh gunà lagi x.

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 5:51 am

      wassalam. Mmg x digalakkan simpan susu dibhg pintu peti sejuk sama ada di bhg freezer (beku) atau bhg sejuk biasa di bwh sbb suhu di bhg tersebut tidak stabil kerana kekerapan kita membuka dan menutup pintu peti sejuk. Tetapi jika sudah berbuat demikian jgnlah pula terus buang susu tersebut. Puan blh gunakan segera susu2 tersebut dan pastikn rasa dahulu sblm beri kpd baby.

  • Reply ina 05/10/2015 at 1:31 pm

    Salam
    Saya nak Tanya, sesuai tak susu yang diperah disimpan bersama makanan sejuk beku yang lain. cth: ikan,ayam dan daging

  • Reply joji 05/05/2017 at 8:11 pm

    salam, nak tanye susu selepas perahan,dan di simpan dalam suhu bilik..boleh dipanas kan atau terus saja beri kepada bayi

    • Reply Nieza 14/09/2018 at 5:58 am

      salam. terpulang kpd puan. boleh dipanaskan sekejap supaya ia suam utk diminum atau nak bagi terus tanpa dipanaskan pun boleh. susu yang baru diperah tahan sehingga 2 jam dalam suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terkena cahaya matahari secara terus.
      kalau dlm bilik berair cond lagi baik… tapi bila nak beri baby, elok dipanaskan sekejap supaya ia suam dan sedap… hehe

  • Reply Zuwainah bt mohd kamal 15/09/2017 at 5:22 am

    As slm..boleh tak beri susu yg diperah & disimpan dlm cooler bag? jika boleh, perlu tak untuk panaskan terlebih dahulu sebelum beri minum pada baby? Susu tersebut perlu dihabiskan dalam masa berapa jam yer?

  • Reply Za Abd Majid 29/12/2017 at 7:26 pm

    Assalam.. sy nak tanya ada ibu2 yg ada experience mcm sy.. anak selalu muntah blik susu 5-10 minit lps bg susu.. dan bukan jeluak.. runsing sgt. Sy pantau masa menyusu supaya tak oversupply.. tp still jugak jd, selalu cek perut takda pulak kembung.. selalu jugak tersedak susu keluar ikut hidung ???
    Anak baru 2 bulan..

  • Reply Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan – Mom's Choice 14/09/2018 at 2:07 am

    […] Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu. […]

  • Leave a Reply

    Chat with us
    Chat with us
    Questions, doubts, issues? We're here to help you!
    Connecting...
    None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
    Our operators are busy. Please try again later
    :
    :
    :
    Have you got question? Write to us!
    :
    :
    This chat session has ended
    Was this conversation useful? Vote this chat session.
    Good Bad