0
Anatomi dan Fisiologi, Kesihatan, Metodologi/Teknik

Refleks Prolaktin dan Oksitosin

Prolaktin dan oksitosin adalah hormon-hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.

Semasa kehamilan, aras estrogen yang tinggi meningkatkan penghasilan prolaktin. Pada ketika ini prolaktin berperanan untuk kematangan kelenjar mamari (mamogenesis) bagi menyediakannya kepada penyusuan ibu apabila bayi lahir kelak. Namun begitu aras progesteron yang tinggi ketika itu merencat peranan prolaktin untuk merembeskan susu dalam waktu kehamilan ini.

Sebaik sahaja kelahiran berlaku, aras prolaktin akan berkurangan kerana pencetus dalamannya (iaitu plasenta) telah tiada. Oleh itu hisapan bayi akan memainkan peranan penting untuk merangsang penghasilan prolaktin selepas kelahiran ini.

Hisapan bayi akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus).  Ini seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.

Milk Ejection

Milk Ejection

Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.

Untuk memahami refleks ini dengan mudah, saya ringkaskan begini:

  • Bayi menghisap puting payudara dan mengosongkan stok susu dalam payudara
  • Prolaktin dirembes oleh kelenjar pituitari
  • Prolaktin merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu
  • Payudara diisi dengan susu semula
  • Kehadiran susu dalam payudara merencat tindakan prolaktin
  • Jika susu di dalam payudara tidak dikeluarkan, aras prolaktin kekal rendah, maka susu baru tidak dihasilkan
  • Jika susu di dalam payudara dikeluarkan, proses penghasilan susu akan berlaku semula

Kesimpulannya: lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak prolaktin akan berjaya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu.

Namun begitu prolaktin hanya berperanan dalam penghasilan susu (laktogenesis) tetapi pancutan susu dikawal oleh hormon oksitosin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari (posterior).

Milk Secretion and Milk Ejection

Hisapan bayi pada puting payudara ibu mencetuskan impuls yang dibawa oleh neuron ke otak untuk merangsang kelenjar pituitari (posterior) merembeskan oksitosin. Oksitosin seterusnya dibawa oleh aliran darah ke payudara ibu. Kehadiran oksitosin merangsang sel mioepitelia mengecut dan seterusnya merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting payudara. Tindakan ini dinamakan refleks oksitosin atau lebih dikenali sebagai let-down reflex.

Sumber: wikipedia.org, kellymom.com, colorado.edu

Previous Post Next Post

You Might Also Like

4 Comments

  • Reply armaza 22/07/2009 at 3:07 pm

    Saya selalu mengalami sakit di bahagian puting ketika hari subur. Biasanya bermula dari hari yang ke 10 hingga ke 14, kadangkala hingga tidak boleh disentuh. Period saya sentiasa ada pada setiap bulan tetapi tidak mempunyai tarikh yang tetap. Saya sudah 8 tahun berkahwin dan belum mempunyai anak dan pernah mengalami keguguran beberapa tahun dulu.telah banyak menjalani pemeriksaan dan menggunakan pil subur tetapi tiada kesan. Apakah saya mempunyai prolaktin yang tinggi.Apakah yang menyebabkan perempuan yang belum hamil mempunyai prolaktin yang tinggi. Apakah pemakanan atau vitamin yang sesuai digunakan untuk menurunkan hormon prolaktin?

    • Reply Nieza 22/07/2009 at 5:15 pm

      Salam Puan Armaza, saya mohon maaf saya tidak dapat menjawab soalan puan di atas kerana saya bukanlah doktor atau pakar perubatan. Saya cadangkan puan rujuk terus kepada doktor untuk mendapatkan penjelasan terperinci dan melakukan pemeriksaan lanjut berkaitan masalah puan untuk mendapat rawatan sewajarnya. Semoga puan dimurahkan rezeki dan dapat menimang cahaya mata.

  • Reply Nana 29/04/2011 at 9:20 am

    Akak,
    Saya copy masuk blog saya boleh kan ?
    Saya dah copy, tq 🙂

  • Reply Ladynoe 24/08/2011 at 2:41 pm

    salam,

    oksitosin ni boleh ditingkatkan dalam beberapa cara. boleh saya tahu, kalau2 penulis blog ni tau kat mana saya boleh dapatkannya?

  • Leave a Reply

    Chat with us
    Chat with us
    Questions, doubts, issues? We're here to help you!
    Connecting...
    None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
    Our operators are busy. Please try again later
    :
    :
    :
    Have you got question? Write to us!
    :
    :
    This chat session has ended
    Was this conversation useful? Vote this chat session.
    Good Bad