0
Masalah Penyusuan, Penyusuan Eksklusif, Penyusuan Ibu

Kekangan dalam menjayakan Penyusuan Ibu

Seringkali ibu-ibu baru yang bercadang untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu secara eksklusif akan menghadapi kekangan dan cabaran seperti berikut:

  1. Kita hidup di dalam masyarakat yang menganggap penyusuan susu formula adalah lumrah (perkara biasa) untuk bayi.
  2. Masyarakat sedar penyusuan ibu adalah baik untuk bayi dan ibu tetapi susu formula masih dilihat pilihan yang baik, tambahan pula dalam keadaan penyusuan ibu tidak begitu berjaya.
  3. Ibu-ibu baru tidak mendapat sokongan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang menyokong penyusuan ibu atau yang berjaya dalam penyusuan ibu untuk berkongsi pendapat, pengetahuan dan pengalaman.
  4. Profesional kesihatan seperti doktor dan jururawat menerima penyusuan susu formula adalah penyelesaian kepada masalah penyusuan ibu tanpa memberi nasihat /cadangan bagaimana mengatasi masalah penyusuan ibu yang dialami.
  5. Agensi kerajaan tidak memahami kepentingan penyusuan ibu dan mengapa kerajaan harus memperbanyakkan usaha mempromosikan penyusuan ibu.
  6. Media massa memperoleh pendapatan lumayan daripada pengiklanan susu formula tanpa menghiraukan kesan buruk pengaruhnya kepada masyarakat umum.
  7. Syarikat susu formula membelanjakan wang yang banyak untuk promosi yang ada ketikanya melanggar etika yang digariskan dalam kod etika WHO berkaitan promosi dan pemasaran susu formula.
  8. Pandangan umum mengatakan ibu-ibu tidak perlu merasa “bersalah” sekiranya tidak menyusukan anak mereka dengan susu ibu.

Pendapat umum #1: Kita selalu menganggap jika penyusuan ibu tidak berjaya, penyusuan susu formula adalah pilihan kedua terbaik untuk menyusukan bayi.

Hakikatnya: WHO telah menggariskan secara jelas bahawa susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Pilihan kedua ialah penyusuan susu ibu yang diperah. Jika gagal juga maka pilihan ketiga ialah susu ibu daripada ibu susuan. Jika tidak dapat diperolehi maka barulah susu formula boleh diberikan kepada bayi (pilihan keempat!)

Pendapat umum #2: Profesional perubatan seperti doktor dan jururawat tahu banyak perkara berkaitan penyusuan ibu (atau penyusuan yang sesuai untuk ibu berikan kepada bayinya).

Hakikatnya: Memang semua profesional perubatan menyokong penyusuan ibu kerana agak sukar menafikan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Tambahan pula hampir semua hospital telah menggariskan polisi penyusuan ibu di hospital masing-masing. Namun ramai profesional perubatan tidak dapat membantu ibu sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah berkaitan penyusuan ibu. Ketidakupayaan ini mungkin berpunca daripada pengalamannya sendiri. Pasti sukar memberi nasihat atau galakan kepada ibu-ibu untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu sedangkan diri sendiri gagal memberikan susu ibu kepada anaknya. Malah ramai doktor mengakui penyusuan ibu tidak ada di dalam sukatan pelajaran ketika di universiti.

Kenalpasti antara tanda-tanda atau petunjuk seseorang profesional perubatan (doktor/jururawat) menyokong penyusuan ibu:

  • Tidak mempamerkan bahan cetak atau logo mana-mana syarikat pengeluar susu formula di kliniknya termasuk carta pertumbuhan kanak-kanak.
  • Poster, brosur dan maklumat penyusuan ibu dipamerkan di klinik.
  • Menyenaraikan kumpulan sokongan yang boleh dirujuk oleh ibu-ibu sekiranya menghadapi masalah penyusuan ibu.
  • Tidak menyebarkan brosur atau risalah (walaupun berkaitan penyusuan ibu) daripada syarikat pengeluar susu formula.
  • Tidak memberikan “gift pack” berupa sampel susu formula.
  • Sebelum bersalin, ibu-ibu diberi nasihat dan panduan berkaitan penyusuan ibu dan kepentingan penyusuan ibu pada 1 jam pertama selepas kelahiran.

 Kod Antarabangsa Pemasaran Susu Formula (1981).

  • Syarikat pengeluar susu formula tidak boleh memasarkan secara terus sebarang produk (susu formula, botol atau puting tiruan, dan makanan tambahan) kepada pengguna. Wakil syarikat pengeluar tidak dibenarkan mempromosikan produk mereka kepada wanita hamil, ibu-ibu baru atau ahli keluarga mereka terutamanya di wad bersalin, klinik atau hospital.
  • Syarikat pengeluar susu formula tidak dibenarkan memberikan sampel percuma atau potongan harga istimewa kepada wanita hamil, ibu-ibu baru atau ahli keluarga mereka.
  • Informasi saintifik berkaitan susu formula hanya boleh diberikan kepada profesional perubatan.
  • Informasi berkaitan penyusuan untuk bayi hanya boleh diberikan oleh kerajaan bukannya oleh syarikat pengeluar susu formula.
  • Semua sumbangan derma atau peralatan perubatan daripada syarikat pengeluar susu formula kepada pihak tertentu (klinik / hospital) perlu diumumkan secara terbuka dan tiada keistimewaan boleh diberikan kepada syarikat tersebut kerana sumbangannya itu.

Persoalannya.. adakah kod etika ini dipatuhi sepenuhnya di negara kita??

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman.

Previous Post Next Post

You Might Also Like

7 Comments

  • Reply sitisifir10 14/06/2009 at 3:33 pm

    Pn Nieza,
    Masalah yang tersenarai di atas lah yg menyebabkan saya tewas menyusukan tiga anak saya yang mula2. Skang saya menanggung malu kerana berhabis dengan begitu byk untuk susu mereka setiap bulan. Juga sangat malu kerana terpaksa membancuh susu botol depan ibu yng menyusu anak secara eksklusif

  • Reply nieza 14/06/2009 at 4:57 pm

    Salam sitisifir10,

    Kadang2 kesilapan kita berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan pendedahan mengenai penyusuan ibu. Sama2lah kita jadikan pengalaman dan kegagalan kita utk membantu lebih ramai ibu memahami bahawa pendidikan penyusuan ibu sangat penting untuk menjayakan penyusuan eksklusif.

  • Reply Sarah 20/06/2009 at 7:16 am

    Salam Kak nieza, lamanya tidak datang ke sini, boleh tak sarah copy artikel ni utk diletakkan di dalam blog ? utk dikongsikan juga kawan2..

  • Reply nieza 20/06/2009 at 7:29 am

    W.salam Sarah! Sila-sila, sama-samalah kita kongsi bersama

  • Reply ibu sedih 08/06/2010 at 11:06 am

    salam, sy bersetuju dgn artikel ini..
    bg sy sokongan org tdkt amat diperlukan. sy begitu bersemangat untuk menyusukan anak secara eksklusif semasa masih mengandung dan mendapatkan sebanyak info berkenaan penyusuan secara eksklusif. tetapi malangnya apabila mula bekerja, usaha sy menjadi sia2, apabila mendapat tentangan dari MIL.. hanya susu yang diperah sebelum pergi kerja yg diberikan kepada anak saya, yang lain dibuang dengan andaian susu yang telah disimpan semalaman tidak elok utk bayi..dan susu formula diberi ganti yang mana saya rs adlh lbh tdk elok utk bayi..dan yg plg sdih sy brasa bersalah kpd anak sy krn bukan sy tdk mampu utk memberikannya yg tbaik, tetapi kekangan keadaan..sy tlh berusaha sbaik mgkn utk memberikannya yg terbaik..
    promosi penyusuan ibu perlu diperhebatkan berbanding susu formula..sehebat mana susu formula, tidak mungkin dpt mengalahkan khasiat susu ibu..

    salam. nampaknya puan perlu berkongsi info mengenai penyusuan ibu bersama suami dan juga keluarga terutama ibu mertua yang menjaga bayi puan semasa puan keluar bekerja. mungkin agak sukar utk menyakinkan ibu mertua supaya mengikut cara puan dalam memilih susu utk bayi puan tetapi bagaimana dgn suami puan? sekiranya beliau menyokong usaha puan utk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi puan, minta beliau menyatakan pendirian kalian berdua dalam hal ini kepada ibunya. puan berhak menentukan pilihan yg terbaik utk bayi puan.

  • Reply mummy khaira 18/05/2011 at 3:34 pm

    salam…sy br memulakan EBM pd usia 2 bulan…agak mengecewakan jgk sbb start ebm lambat…tp bila dah start rasa seronok apabila tgk kuantiti susu makin byk…meyemarakkan lagi semangat sy…tp kdg2 kecewa apabila kluar bjln2 or shopping…shopping complex xde nursing room…sedih sungguh!!

  • Reply ANNURZILA 24/08/2018 at 4:52 pm

    Assalamualaikum,
    Pengalaman mengajar kita dewasa, Jadi gagal sekali jangan mengalah carilah ilmu dimana sahaja supaya kita tidak gagal dalam menjalankan amanah allah
    supaya memberi susu ibu kepada bayi yang dilahirkan…kerana diakhir zaman ramai ibu yang tidak mahu menyusukan anaknya dengan susu ibu..dengan pelbagai alasan…

  • Leave a Reply

    Chat with us
    Chat with us
    Questions, doubts, issues? We're here to help you!
    Connecting...
    None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
    Our operators are busy. Please try again later
    :
    :
    :
    Have you got question? Write to us!
    :
    :
    This chat session has ended
    Was this conversation useful? Vote this chat session.
    Good Bad