0
Penyusuan Ibu

Pengendalian susu perahan untuk perjalanan jauh

Assalamu’alaikum,

Saya pernah menerima pertanyaan mengenai pengendalian susu perahan untuk perjalanan jauh seperti berikut:

salam kak nieza,
sekarang sy tgh mengandung 8 bln utk ank pertama. Sy menetap di shah alam.. tapi sy akan balik ke kelantan utk bersalin & berpantang di sana. sy berazam utk menyusu kn baby sy, jadi sy akan start pumping utk stok susu pd mggu ke-3 kelahiran. soalan sy, bagaimana cara yang sesuai utk sy menyimpan susu perahan sy tu.. . sebab sy hanya akn blk ke shah alam pd hari ke 50 berpantang..bole ke sy menyimpan susu perahan tu dlm deep freezer? bagaimana cara utk sy membawa blk susu perahan itu ke shah alam yg memakan ms 9-10 jam perjalanan? diharap kak nieza bole mmbantu sy.. thanks.. -balkish

Jawapan:

Berdasarkan maklumat di atas, ibu bercadang memerah susu pada minggu ke-3 kelahiran (iaitu usia bayi lebih kurang 21 hari ke atas) dan hanya akan membawa balik stok susu perahan selepas hari ke 50 usia bayi. Dalam kiraan ini susu paling awal diperah akan disimpan selama 30 hari, jadi kaedah yang paling baik untuk susu perahan ini ialah dibekukan dalam freezer sama ada di dalam freezer peti sejuk 2 pintu (kerana susu perahan boleh tahan 3 bulan) atau di dalam deep freezer (susu perahan boleh bertahan 6 bulan).

Bab penyimpanan tiada banyak masalah yang akan timbul tetapi dalam bab membawa balik susu perahan beku, ibu perlu merancang dengan baik.

Konsep yang perlu difahami adalah susu beku perlu KEKAL dalam keadaan beku di sepanjang perjalanan balik barulah ia boleh dipindahkan ke dalam freezer di rumah apabila tiba ke destinasi. Persoalannya… bagaimana mengekalkan susu perahan dalam keadaan beku sepanjang perjalanan yang memakan masa sehingga 10 jam perjalanan?

Caranya:

  1. Gunakan bekas penyimpanan beku yang baik. Saya cadangkan gunakan cooler box (yang keras dan tebal spt brand Coleman yg biasa digunakan oleh pemancing ikan untuk menyimpan ikan)
  2. Gunakan ice packs yang tahan sehingga 10-12 jam. Boleh juga menggunakan ketulan-ketulan ais yg ditabur garam. Garam akan melambatkan pencairan ais di dlm cooler box.
  3. Susun ice packs di bhg bwh dan sekeliling cooler box manakala botol2 berisi susu perahan beku diletakkan di tengah2 dan ditimbus dgn ais atau dikelilingi ice packs.
  4. Sediakan bekas berasingan jika membawa susu perahan sejuk yang tidak beku. Maknanya jika ada stok susu beku dan stok susu tidak beku, jangan disimpan dlm bekas yg sama.
  5. Walaupun telah disimpan dlm cooler box yg tahan sejuk tetapi sebaiknya cooler box itu diletakkan di dlm kereta yg berhawa dingin dan bukannya di dlm bonet kereta yg agak panas.
  6. Jangan buka bekas simpanan dalam perjalanan. Hanya buka apabila sampai ke destinasi dan bersedia utk memindahkan stok beku ke dlm peti sejuk di rumah (pastikan suhu freezer di rumah sudah berada dlm keadaan sejuk beku bukan sampai2 baru nk on suis peti sejuk)
  7. Periksa setiap botol susu beku dgn baik semasa memindahkannya ke dlm freezer di rumah.
  8. Jika ada susu yg telah mencair, asingkan dan labelkan utk kegunaan esok. Jangan dibekukan semula. Masukkannya ke dlm peti sejuk bhg bawah iaitu bhg sejuk biasa. Susu perahan beku yg telah mencair hanya boleh bertahan sehingga 24 jam sahaja. Oleh itu susu tersebut perlu dihabiskan keesokkan harinya.

Di harap penjelasan ini dapat menjadi panduan para ibu menguruskan susu perahan beku yg dibawa dlm perjalanan jauh.

Previous Post

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

Chat with us
Chat with us
Questions, doubts, issues? We're here to help you!
Connecting...
None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
Our operators are busy. Please try again later
:
:
:
Have you got question? Write to us!
:
:
This chat session has ended
Was this conversation useful? Vote this chat session.
Good Bad