0
Browsing Tag

Penyusuan Ibu

Kehamilan, Kesihatan, Penyusuan Eksklusif, Penyusuan Ibu, Produk Penyusuan Ibu, Shaklee - Set Bersalin/Berpantang, Shaklee - Set Kehamilan, Shaklee - Set Penyusuan Ibu, Shaklee ESP

Pengalaman Hamil pada usia 40-an

Assalamu’alaikum

Saya ingin berkongsi pengalaman hamil anak ke 4 ini pada usia 43 tahun dan bersalin tepat pada hari lahir saya yang ke 44 pada 9 Februari 2015. Sebenarnya semasa hamil anak ke 3 pada 2011 usia saya sudah pun menginjak ke angka 40. Memang ketika itu nurse di Klinik Ibu dan Anak sudah bising2 mengingatkan saya supaya nanti semasa bersalin (saya bersalin cesarean utk kali ke 2 ketika itu) minta buat prosedur ikat atau BTL (Bilateral Tubal Ligation) satu prosedur pencegahan kehamilan yang kekal dan tidak berbalik. Namun saya menolak atas alasan tiada risiko yang mendesak. Continue Reading

Berhenti Menyusu, Kehamilan, Kesihatan, Penyusuan Ibu, Shaklee - Set Bersalin/Berpantang, Shaklee - Set Kehamilan, Shaklee - Set Penyusuan Ibu, Shaklee ESP

Penyusuan Ibu ketika Hamil

Assalamu’alaikum

Ada 1 persoalan berkaitan penyusuan ketika hamil yang menarik minat saya untuk mengulas..

salam. sy tengah pregnant 4 bulan & bulan 7 ni genap anak sy yg sulung 2 tahun. sekarang im a preggy BF mommy. Mmg sgt2 mencabar. dengn nips sakit tapi ku tahan jugak. anak plak alergi susu lembu yg teruk & dia taknak langsung susu soya
cuba2 jugak bagi. tapi dia baling botol.
apekah cara terbaik utk wean off? leh tak kasi tips?
sbb anak sy baru 20 bulan. bercakap pon belum tahu..if dah leh becakap n faham ape kita kata senang skit kan..huhu

Continue Reading

Masalah Penyusuan, Metodologi/Teknik, Penyusuan Eksklusif, Penyusuan Ibu

Pengendalian Susu Ibu untuk perjalanan jauh

Bismillahirrahmanirrahim….

Kerap juga saya mendapat persoalan tentang bagaimana mengendalikan susu perahan yang telah disejukkan atau dibekukan untuk perjalanan jauh seperti ini….

mohon pendapat n nasihat panduan penyimpanan susu ibu bagi perjalanan jauh.saya tinggal baby dikampung n sy pam susu utk simpan.setiap minggu sy blk utk bwk blk susu dlm bekas sejuk.soalannya :bila sampai dikg susu telah cair,blhkah sy simpan ditempat beku lg?soalannya:apa yg sy bc sekiranya susu yg dh dibeku bila dh cair xblh masuk tempat beku lg,bila cair susu itu bertahan selama 48 jam shj,cmne klau sy bwk blk dlm kuantiti yg byk,mayb baby xsempat nk habiskn dlm masa 2 hari..sekiranya dpt dihabiskan baby tiada stok lain….

mohon sgt pendapat sbb xde pengalaman penyimpanan susu ibu
tq

Continue Reading

Kesihatan, Penyusuan Ibu, Relaktasi

Induced Lactation (Mencetuskan Penyusuan Ibu)

Artikel ini ditujukan khusus kepada ibu-ibu yang mengambil anak angkat dan berusaha untuk menjadi ibu susuan kepada anak angkat.

Mencetuskan penyusuan ibu atau induced lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah perkara mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak sebelum itu. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun begitu ini tidak boleh menjadi penghalang untuk ibu-ibu angkat berusaha untuk menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka. Continue Reading

Kepentingan Susu Ibu, Masalah Penyusuan

Melatih bayi yang “keliru puting”

Soalan daripada Hayati;

salam kak nieza….sy dah melahirkan baby 1bln yg lebih. bayi saya tlh keliru puting akibat kesilapan sy sendiri. adakah pengeluaran susu akan bertambah jika hanya dgn mengepam tanpa bayi menyusu direct?sekarang susu sy hampir kering dan ini myebabkan bayi sy menolak utk menyusu badan .sy juga rasa putus asa utk terus mengepam susu…sy betul2 rasa tertekan, bantulah saya….

Continue Reading

Kepentingan Susu Ibu, Penyusuan Eksklusif

Mitos vs Fakta berkaitan Penyusuan Ibu

10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.

Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan. Continue Reading

Chat with us
Chat with us
Questions, doubts, issues? We're here to help you!
Connecting...
None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
Our operators are busy. Please try again later
:
:
:
Have you got question? Write to us!
:
:
This chat session has ended
Was this conversation useful? Vote this chat session.
Good Bad