Pengendalian Susu Perahan Untuk Perjalanan Jauh

Assalamu’alaikum,

Saya pernah menerima pertanyaan mengenai pengendalian susu perahan untuk perjalanan jauh seperti berikut:

salam kak nieza,
sekarang sy tgh mengandung 8 bln utk ank pertama. Sy menetap di shah alam.. tapi sy akan balik ke kelantan utk bersalin & berpantang di sana. sy berazam utk menyusu kn baby sy, jadi sy akan start pumping utk stok susu pd mggu ke-3 kelahiran. soalan sy, bagaimana cara yang sesuai utk sy menyimpan susu perahan sy tu.. . sebab sy hanya akn blk ke shah alam pd hari ke 50 berpantang..bole ke sy menyimpan susu perahan tu dlm deep freezer? bagaimana cara utk sy membawa blk susu perahan itu ke shah alam yg memakan ms 9-10 jam perjalanan? diharap kak nieza bole mmbantu sy.. thanks.. -balkish

Jawapan:

Berdasarkan maklumat di atas, ibu bercadang memerah susu pada minggu ke-3 kelahiran (iaitu usia bayi lebih kurang 21 hari ke atas) dan hanya akan membawa balik stok susu perahan selepas hari ke 50 usia bayi. Dalam kiraan ini susu paling awal diperah akan disimpan selama 30 hari, jadi kaedah yang paling baik untuk susu perahan ini ialah dibekukan dalam freezer sama ada di dalam freezer peti sejuk 2 pintu (kerana susu perahan boleh tahan 3 bulan) atau di dalam deep freezer (susu perahan boleh bertahan 6 bulan).

Bab penyimpanan tiada banyak masalah yang akan timbul tetapi dalam bab membawa balik susu perahan beku, ibu perlu merancang dengan baik.

Konsep yang perlu difahami adalah susu beku perlu KEKAL dalam keadaan beku di sepanjang perjalanan balik barulah ia boleh dipindahkan ke dalam freezer di rumah apabila tiba ke destinasi. Persoalannya… bagaimana mengekalkan susu perahan dalam keadaan beku sepanjang perjalanan yang memakan masa sehingga 10 jam perjalanan?

Caranya:

  1. Gunakan bekas penyimpanan beku yang baik. Saya cadangkan gunakan cooler box (yang keras dan tebal spt brand Coleman yg biasa digunakan oleh pemancing ikan untuk menyimpan ikan)
  2. Gunakan ice packs yang tahan sehingga 10-12 jam. Boleh juga menggunakan ketulan-ketulan ais yg ditabur garam. Garam akan melambatkan pencairan ais di dlm cooler box.
  3. Susun ice packs di bhg bwh dan sekeliling cooler box manakala botol2 berisi susu perahan beku diletakkan di tengah2 dan ditimbus dgn ais atau dikelilingi ice packs.
  4. Sediakan bekas berasingan jika membawa susu perahan sejuk yang tidak beku. Maknanya jika ada stok susu beku dan stok susu tidak beku, jangan disimpan dlm bekas yg sama.
  5. Walaupun telah disimpan dlm cooler box yg tahan sejuk tetapi sebaiknya cooler box itu diletakkan di dlm kereta yg berhawa dingin dan bukannya di dlm bonet kereta yg agak panas.
  6. Jangan buka bekas simpanan dalam perjalanan. Hanya buka apabila sampai ke destinasi dan bersedia utk memindahkan stok beku ke dlm peti sejuk di rumah (pastikan suhu freezer di rumah sudah berada dlm keadaan sejuk beku bukan sampai2 baru nk on suis peti sejuk)
  7. Periksa setiap botol susu beku dgn baik semasa memindahkannya ke dlm freezer di rumah.
  8. Jika ada susu yg telah mencair, asingkan dan labelkan utk kegunaan esok. Jangan dibekukan semula. Masukkannya ke dlm peti sejuk bhg bawah iaitu bhg sejuk biasa. Susu perahan beku yg telah mencair hanya boleh bertahan sehingga 24 jam sahaja. Oleh itu susu tersebut perlu dihabiskan keesokkan harinya.

Di harap penjelasan ini dapat menjadi panduan para ibu menguruskan susu perahan beku yg dibawa dlm perjalanan jauh.

Pengalaman Hamil pada usia 40-an

Assalamu’alaikum

Saya ingin berkongsi pengalaman hamil anak ke 4 ini pada usia 43 tahun dan bersalin tepat pada hari lahir saya yang ke 44 pada 9 Februari 2015. Sebenarnya semasa hamil anak ke 3 pada 2011 usia saya sudah pun menginjak ke angka 40. Memang ketika itu nurse di Klinik Ibu dan Anak sudah bising2 mengingatkan saya supaya nanti semasa bersalin (saya bersalin cesarean utk kali ke 2 ketika itu) minta buat prosedur ikat atau BTL (Bilateral Tubal Ligation) satu prosedur pencegahan kehamilan yang kekal dan tidak berbalik. Namun saya menolak atas alasan tiada risiko yang mendesak.

Pada Jun 2014 ketika saya sibuk dengan urusan berpindah sekolah, pindah rumah dan pindah negeri menjelang Ramadhan ketika itu saya dapat rasakan ‘kelainan’…. dan apabila ke klinik doktor sahkan ramalanku benar belaka. Syukur alhamdulillah saya memang jenis yang kurang mengalami alahan teruk semasa hamil. Alahan makan jarang berlaku spt yg selalu para ibu alami. Saya tetap ada selera makan dan tidak begitu cerewet memilih makanan. Semasa hamil anak pertama, kedua dan ketiga masalah yg biasa saya alami ialah bacaan Hb (hemoglobin) yg rendah, tekanan darah rendah, mudah pitam, gastrik dan migrain. Malah semasa hamil anak ketiga pula saya kerap mengalami pendarahan pada trimester pertama sehingga terpaksa mengambil suntikan untuk menguatkan rahim. Maka keraplah saya MC sepanjang kehamilan.

Namun syukur pada Allah kerana kehamilan kali keempat ini lebih mudah berbanding kehamilan terdahulu walaupun dalam keadaan sibuk berpindah rumah dari Taiping, Perak ke Sungai Limau, Yan, Kedah. Kisah berpindah ini pun banyak ceritanya… berpindah 2 kali ke 2 rumah sewa, menyewa homestay selama 2 bulan, berulang-alik balik ke Taiping setiap hujung minggu untuk mengambil barang-barang di rumah lama di sana. Memang sangat memenatkan. Namun semuanya dapat diharungi dengan tidak banyak masalah. Malah saya rasa sangat sihat sepanjang trimester pertama itu. Apa rahsianya?

Sebelum hamil saya memang mengamalkan minuman soya ESP Shaklee di samping multivitamin Vitalea. Sejak mengambil supplemen ini secara konsisten saya perasan saya sudah tidak mengalami migrain dan gastrik seperti selalu. Apabila disahkan hamil, saya terus makan set lengkap kehamilan. ESP memang kegemaran saya kerana ia membantu saya kekal bertenaga sekiranya lambat mengambil sarapan dan kekal rasa kenyang semasa berpuasa dan menyusukan anak. Alhamdulillah perjalanan kehamilan saya kali ini adalah yang paling mudah walaupun pada usia 40-an. Malah suami dan rakan-rakan saya mengakui saya nampak lebih sihat dan cergas semasa hamil kali ini. Saya boleh melakukan rutin harian di rumah dan di tempat kerja seperti biasa, mengemas dan menyusun barang2 pindah rumah, memanjat pasang langsir, angkat-panjat-susun barang2 di rak dalam bilik stor, mengangkut barang2 dari Taiping ke Yan setiap hujung minggu, menjalani ibadat puasa penuh tanpa gastrik, migrain atau kencing kotor seperti yg pernah berlaku pada kehamilan2 terdahulu. Cuma sekali berlaku penurunan bacaan hemoglobin (Hb) semasa ke klinik pada minggu ke 28. (boleh baca kisahnya di sini) Itu pun kerana saya skip makan Vitalea beberapa hari…huhuhu… Malah saya masih menyusukan anak yang ketiga yang berusia 3 tahun sehinggalah hari saya nak masuk wad bersalin sehari sebelum pembedahan cesearean. Dan kemudian si kakak menjadi breastfeeding buddies (tandem nursing) bersama bayi yang baru lahir. Nanti saya kongsikan kisah tandem nursing kakak dan adik kecik ni.

Nina & Iman

Ini set yang saya ambil dan masih terus makan sehingga sekarang. Malah saya tambah dengan vitamin Zinc Complex dan Mealshakes. Zinc Complex bagus utk mempercepatkan penyembuhan luka selepas pembedahan. Mealshakes pula sangat sedap jadi memang tak boleh miss….. campur dgn ESP atau minuman koko atau campur ketiga-tiganya sekali. Sedap dan berkhasiat. Anak-anak pun suka minum.

Healthy PreNatal & PosNatal Set

Set Healthy Prenatal dan Set Healthy Postnatal bukanlah semata-mata untuk si ibu yang hamil saja tetapi boleh juga diambil oleh ibu2 yang tidak hamil, bapa2, dan anak2 belia dan remaja. Jika anda berminat utk mendapatkan set-set di atas jangan segan silu hubungi saya ye. Lebih manis jika terus mendaftar sebagai ahli kerana pada bulan Mei hingga Oktober 2015 ini Shaklee dengan berbesar hati memberi multivitamin Vitalea secara percuma utk anda sempena ulang tahun ke 100 multivitamin Vitalea. Banyak lagi manfaat lain akan menyusul dengan keahlian Shaklee.

Program YES

Hubungi saya di nombor 013-4921262

Mom's Choice