0
Kepentingan Susu Ibu, Kesihatan, Penyusuan Eksklusif

Penyusuan Eksklusif

Berdasarkan polisi penyusuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan takrifan yang diberikan oleh WHO, dapat disimpulkan bahawa:

Penyusuan ibu secara eksklusif itu adalah bayi diberi SUSU IBU SAHAJA tanpa  minuman/makanan lain (air masak, susu formula, jus, teh, kopi dll)


Berapa lamakah penyusuan eksklusif diperlukan?

Selama 6 bulan

Sekiranya bayi diberi minuman lain (air masak/jus) di samping susu ibu dalam tempoh 6 bulan itu, maka ia dikatakan “Penyusuan Sepenuhnya” (fully breastfeeding) dan bukannya “Penyusuan Eksklusif”.

Di Malaysia dikatakan terdapat peningkatan dalam penyusuan susu ibu namun penyusuan eksklusif masih kurang (walaupun tiada statistik rasmi dikeluarkan).

Senarionya ramai ibu-ibu masih kurang yakin untuk memberi susu ibu SAHAJA kepada bayi selama 6 bulan tersebut. Tambahan kepada air masak dan sekali sekala susu formula kelihatannya sukar dielakkan.

Previous Post Next Post

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply